Kemelut politik tahap Menteri Besar yang melanda dalam Selangor hari ini semenjak Januari lalu apabila Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menggerakkan ‘Langkah Kajang’ kunun kunun sebagai persiapan PRU14 untuk kerjasama haram rakan-kongsi-tidur-sebantal-tetapi-mimpi-lain-lain DAP-PKR-PAS untuk mengambil alih Putrajaya, makin kronik. Keingkaran DAP dan PKR untuk memenuhi aspirasi Sultan Idris Shah agar pemimpin yang berwibawa diangkat sebagai MB, mengeruhkan keadaan.
Laporan portal online pro-PKR The Malaysian Insider:
Sultan Selangor murka DAP, PKR derhaka, mungkin pilih Adun Pakatan lain jadi MB
OLEH JAMILAH KAMARUDIN Published: 8 September 2014 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (kanan) murka DAP dan PKR ingkar arahan hantar lebih 2 nama sebagai calon pengganti Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kiri). Gambar fail The Malaysian Insider. Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (kanan) murka DAP dan PKR ingkar arahan hantar lebih 2 nama sebagai calon pengganti Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kiri). Gambar fail The Malaysian Insider. Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa dengan tindakan PKR dan DAP yang mengingkari arahannya supaya mengemukakan lebih 2 nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Pada masa sama, baginda tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lain daripada parti Pakatan Rakyat (PR) yang berkelayakan untuk dilantik memimpin negeri terkaya itu. “Sultan Selangor a mat merasa dukacita di atas tindakan parti DAP dan PKR yang ingkar terhadap titah baginda bertarikh 27 Ogos 2014. “Tindakan parti DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada Sultan Selangor,” kata Sultan Selangor melalui kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Sulitnya Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini. Munir berkata, Sultan Selangor akan meneliti senarai calon yang dikemukakan PAS, PKR, dan DAP dan mengambil kira segala aspek sebelum keputusan dibuat. “Dalam masa yang sama memandangkan kuasa melantik menteri besar Selangor terletak pada budi bicara Sultan Selangor, maka baginda juga akan meneliti nama-nama Adun yang lain daripada Pakatan Rakyat yang berkelayakan dan pada fikiran Sultan Selangor mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri,” katanya. Katanya, hanya PAS yang akur dengan titah Sultan Selangor dengan menyenaraikan 3 nama calon menteri besar Selangor. Manakala DAP dan PKR masing-masing mengemukakan hanya 1 nama saja, iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Katanya, titah baginda supaya mengemukakan senarai lebih 2 calon adalah amalan bagi membolehkan baginda membuat pilihan dengan melihat bukan saja sokongan majoriti Adun malah daripada segi kemahiran, pengalaman, integriti dan kebolehan seseorang Adun tersebut. “Ciri ini amat penting bagi menjamin perjalanan pentadbiran negeri agar berjalan dengan baik dan lancar demi keharmonian rakyat negeri Selangor. “Sultan Selangor berkeyakinan terdapat ramai calon dalam parti Pakatan Rakyat yang mempunyai ciri kepimpinan yang tinggi seperti disebutkan tadi bagi menerajui kerajaan negeri Selangor,” katanya. Sultan Selangor pada 27 Ogos lalu menitahkan ketiga-tiga parti dalam PR mencadangkan lebih 2 nama sebagai calon menteri besar sebelum 3 September bagi memudahkannya membuat pilihan, namun DAP dan PKR bertegas mahu menghantar nama Dr Wan Azizah saja. PKR pada 3 September kemudiannya menerima surat amaran daripada istana yang mengingatkan mereka supaya menghantar lebih 2 nama selain Dr Wan Azizah. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam penjelasan terbuka di Marang, Terengganu pada Jumaat minggu lalu berkata, keengganannya mengikut kata DAP dan PKR dan menghantar 3 nama adalah kerana tidak mahu ingkar titah Sultan sambil menegaskan parti itu menghormati prinsip Raja Berperlembagaan. – 8 September, 2014. *******************
Jelas Anwar dan gerombolan Pembangkang dikalangan DAP dan PKR tidak langsung menghormati Raja dan sistem Raja BerPerlembagaan, malah mereka memang lebih mengutamakan kepetingan politik sempit mereka.
LIm Kit Siang + Lim Guan Eng + Betty Chew
Anwar + Azizah + Nurul Izzah
Nepotism
Cronyism
Corruption?
Nepotism is very clear in PKR and DAP. The other nepotism names have been Karpal Singh, son Deo and one other who has just taken the father’s constituency and seat in Parliament.
It’s preposterous these PKR and DAP people. They do all the things that they accuse BN of. They have been called cakap tak serupa bikin. They have been just over 5 years in Penang and Slenagor, yet all kinds of corruption occurred, except that the DAP system of secret societies, thugs and gangsters had ensured the minimal leakage of incriminating information and they often teased others to get proof and charge them in court.
But there have been cases of the lower rung DAP and PKR blokes being caught and prosecuted for corruption. MACC records, even newspaper reports, would show that.
Salahkah Lim Kit Siang (kaum Cina) untuk memenohi cita-cita politik mereka ,setelah eknomi mereka kuasi sepenohi ?.
Salahkah Anuar (glandangan politik) berusha dengan apa cara sekalipon (termasok maruah ugama dan bangsa serta ke Sultanan, malah negara sekalipon) bagi mencapai matalamat peribadi beliau untuk berkuasa ?.
Salahkah Hadi Awang (PAS) bersekokonkol dengan dengan siapa sahaja walaupon maruah agama dan bangsa terpaksa digadai ,hanya untuk politik dan kuasa .
Siapakah mereka-mereka ini ?. Mereka-mereka ini hanya pemain politik yang matalamat dan tujuan masing jelas bagi mereka yang mengamati , yang saorang ,bagi meperjuangkan kuasa bangsa mereka ,yang tidak akan tercapai tampa sokongan dari pehak lain ,yaitu orang Melayu sendiri.
Orang Melayu sepatutnya jelas akan halatuju bangsa ,ugama ,negeri dan negara mereka .
Pengundi Selangor (Melayu) selalu banga dengan diri mereka ,sebgai ‘urban voters’ ,yang kononya berpendidekan dan tidak bodoh seperti pengundi-pengundi Melayu kampong, yang hanya nampak lambang UMNO sahaja.
Urban intellectual voters , tetapi mudah diperbodohkan dengan dakyah mengundi UMNO (BN) adalah pilihan yang “low class”.
UMNO tidaklah sebaik manapun ,tetapi tidak mungkin belaku, apa yang belaku di Selangor sekarang ini ,dan UMNO juga bersalah kerana gagal menonjolkan serta menyakinkan kebaikan.
Seharusnya UMNO juga wajib memperbaiki diri mereka ,kelemahan mereka juga penyebab yang tidak bolih dinafikan .
Tak salah nak “memenohi cita-cita politik mereka ,setelah eknomi mereka kuasi sepenoh (nya)”. Tapi tak boleh. Melayu bantah dan bangkang. Pakai Melayu Dyana di PRK Teluk Intan pun tak jalan. Melayu ramai tak undi, Cina pun ramai tak undi. DAP kalah.
Nyata salah Anwar gunakan “apa cara sekalipon (termasok maruah ugama dan bangsa serta ke Sultanan, malah negara sekalipon) bagi mencapai matalamat peribadi beliau untuk berkuasa. Itu takda perinsip, nama nya. Tak boleh main sebat saja. Ada adab, ada sopan, ada undang undang, ada Perlembagaan negeri, ada Perlembagaan negara. Bila langgar undang undang adab dan kesopanan, kena keji. Bil langgar undang undang berkanun, kena masuk penjara. Dia dah jadi bekas banduan.
Anwar kena panggil “derhaka kapada Sultan”, beb. Bukan sikit sikit tuduhan. Kalau Jepun samurai, dia hara kiri, bunuh diri. Tapi dia ultra kiasu, amat mementingkan diri sendiri, nak dalangkan bini dia jadi MB, maka dia buat tak peduli. Tapi ramai dah kata bahawa pengundi dah benci. Itu pasal dia orang Pakatoon tak mau ada pilihanraya di negeri Selangor lagi.
Macamana nanti jika dah berjaya menakluki Putrajaya? Maka berkecamuk dan bercemperalah hubungan antara kerajaan dan raja raja jika tindakan sebegini yang diambil.
Walau ada isu2 tertentu tetapi Tun M berjaya mengatasi semuanya dgn lancar selama 22 tahun.
Di Selangor ni, baru penggal ke2, dah harubiru
Ada loyar yang kata tuduhan biadap dan derhaka itu tak sama kesan nya dengan membantu musuh di masa perang contoh nya. Tapi dia ada lah loyar berpendirian Pembangkang, cuba menegakkan benang basah.
Dia di tonjolkan sebagai pakar Perlembagaan. Mengarut. Ha nya Professor Emeritus Shad Saleem Faruqi UiTM saja yang di akui Pakar Undang Undang Perlembagaan di negara ini.
SKRNG banyak MELAYU BODOH BERPURA PURA PANDAI
Kalau kamu maksudkan Azmi Shahrom, aku setuju.
Tangkap saja mereka. Di bawah Akta Hasutan. Dan jangan buang Akta Hasutan itu. Hari ini seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO kata begitu. Dia juga seorang Menteri – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertanian.
Tak tahu lah jika ada Akta lain yang lebih berkesan. Tapi Akta Hasutan pun dah cukup. Ha nya bagi mereka penghakiman bertahun dalam penjara. Jangan denda sahaja. Maksima RM5,000 tak ada makna.
Akta Hasutan dah tentu kena tempat nya. Tentu sabit kesalahan. Dari segi menyakitkan hati ramai rakyat pun dah cukup. Mungkin majoriti sakit hari mereka tak hormatkan institusi Raja. Apa hal pun, sekurang kurang nya sebilangan besar yang sakit hati.
Hah, now Lim Guan Eng apologizes to the Sultan and blames Anwar –
DAP has apologised to Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah for submitting only one name for the mentri besar post to the palace.
He said it was done following a consultation with PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim.
He said the party would consult again with Anwar on the decree made by the Sultan.
It was reported by thestar –
thestar.com.my/News/Nation/2014/09/09/Selangor-MB-crisis-DAP-apologises-to-Sultan/
DULU Singapura.
SEKARANG PURA PURA.
MELAYU PERLU BERHATI HATI.
Berhati hati terhadap Cina Bukit DAP, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dsb nya, sudah tentu. Sejak sabelom pergaduhan kaum 13 Mei 1969 lagi.
PKR dan DAP di laporkan dah minta ma’af kapada Tuanku Sultan. Tapi thestar kata tak tahu sama ada akan hantar lebih nama.
Keras kepala nampaknya. Masuk rekod istana lah dua parti itu kurang ajar macam kata Setiausaha Tuanku. Tak straight forward lah pandangan Tuanku kpd mereka di masa depan. Kalau mereka menang majoriti besar pun. Tuanku masih boleh mintak lebih nama – mereka dah akui bersalah.
Sekarang Tuanku boleh pilih nama ke tiga yang PAS hantar. Orang PAS, kata nya. Bagus. Gigil lutut lah mereka yang buat rumah urut, hotel maksiat, yng berkeliaran di zaman PR perintah. Dan risaukan Hudud – Karpal Singh dah mati, tak boleh calap “Langkah mayat aku dulu” lagi.
It is possible that a Pas MB can be turned into a puppet MB by DAP and PKR. I don’t forsee any major changes in the way Pakatan will administer Selangor even if the new MB is from.Pas. Knowing how PKR and DAP operate, they will coup d’etat a Pas MB and will not cooperate with him if he tries to close down rumah urut, restaurants serving liquor etc. It could end up with another turmoil because we know already the loosely held parties of Pakatan exist in a state of expedience, nothing more, nothing less.
Yang tidak menghormati Raja dan sistem Raja BerPerlembagaan di negara ini ada lah mereka yang tidak menghormati Perlembagaan. Sebab sistem itu tersemat di berbagai Perkara di dalam Perlembagaan negara, yang di kenali sebagai peruntikan yang sensitif dan di lindungi oleh Akta Hasutan.
Memang mereka itu juga mahukan Akta Hasutan di hapusi kerana, jika tiada Akta Hasutan, senang mereka menyo’al, menungkit dengan melanda landa, malahan mengeluarkan pendapat mahu mengenepikan atau mnukar sistem itu.
Itu semua akan memporak perandakan negara. Sebab sudah tentu kaum Melayu yang 60% penduduk negara ini akan membangkang sekeras keras nya. Oleh itu, perlu lah mereka saperti itu di suruh berhijrah ke negara yang Perlembagaan nya mereka hormati.
Bagus PAS yang di pimpin DS Hadi, hormatkan institusi Raja Raja Melayu.
Yang tidak itu boleh masuk PASma, ikut PKR dan bersama Cina Bukit DAP. Yang tak hormatkan dan tak patuhi Perlembagaan negara ini perlu di siuhkan supaya berhijrah dari negara ini.
Hahaha, Anwar Al Juburi kena hentam lagi oleh Tun Dr Mahathir, kena sindir bila TDM kata dia hantar satu nama sahaja kpd Sultan dan di terima.
TDM kata dia boleh buat begitu sebab dia takda masalah dengan Sultan.
Mana Anwar nak letak muka nya tak tahu lah. Tapi tak tahu lah juga jika hamba Allah itu ada muka dalam politik nya atau tidak.