
Presiden UMNO PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat kenyataan keras membidas Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad, akibat kritikan dan nasihat ikhlas yang perdana menteri Malaysia ke IV itu buat, terutama sebagai pra-pencalonan kepada pemilihan UMNO, yang ditangguhkan ke Mac 2009.
Utusan Malaysia membuat laporan ini dimuka hadapan:
PM bidas Mahathir
KOTA KINABALU 18 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahahir Mohamad yang menurutnya berlagak seolah-olah pengarah pilihan (pemilihan) parti yang menentukan “siapa yang perlu berada dalam parti UMNO dan siapa yang perlu dikeluarkan”.
Perdana Menteri berkata, UMNO tidak pernah memerlukan arahan daripada pemimpin yang tidak berada dalam parti itu.
“Siapakah Tun yang dah keluar parti UMNO itu nak cuba membuat arahan kepada orang UMNO apa yang patut dilakukan?
“Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu… orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?,” katanya pada persidangan akhbar di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini malam ini.
Abdullah mengulas kenyataan Mahathir yang mahu perwakilan UMNO “mengusir orang-orang Abdullah” dalam pemilihan parti itu Mac depan.
“Sebenarnya beliau mahu menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian. Apakah salah sangat orang-orang yang bekerja dengan saya. Apakah kalau mereka itu tidak bercakap atau tidak riuh-rendah maka itu mesti dianggap sebagai orang yang tidak baik…orang yang tidak pernah membuat baik untuk UMNO dan kerajaan.
“Siapa dia yang membuat penentuan seperti itu. Ini akan menimbulkan kebencian sesama ahli UMNO, mengajar ahli UMNO bergaduh sesama sendiri,” katanya.
Abdullah berkata, beliau mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan Presiden UMNO bagi mengelakkan perbalahan sesama anggota parti.
“Oleh sebab adanya pertandingan sebagaimana yang biasa berlaku terutama di peringkat atasan berpecah belah. Kita patut belajar daripada apa berlaku dulu.
“Cakap macam ini akan menimbulkan kemarahan kepada mereka yang dianggap tidak boleh terima, mesti diketepikan. Saya menganggap apa yang Tun telah lakukan sebenarnya menimbulkan perkelahian di dalam UMNO,” kata Abdullah.
Menurut Perdana Menteri, gesaan Mahathir itu tidak akan mendatangkan kebaikan.
“Inikah “reform” yang diharapkan…Kita ada kebebasan, tiap-tiap ahli UMNO ada kebebasan untuk bertanding.
“Saya dengar kata Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) yang nak bertanding timbalan presiden dicuba orang tertentu memaksa dia untuk tarik balik…Mengapa suruh Ali tarik balik? Apa tak eloknya Ali?.
“Tak boleh diberi saja kebebasan untuk bertanding… tentu ada orang yang mahu sokong mahupun yang tak sokong. Jadi biarlah dia bertanding dan biarlah orang UMNO menentukannya,” katanya.
Dalam hal ini, anggota UMNO tidak perlu orang daripada luar untuk memberi arahan.
“Adalah lebih baik Tun tak cakap langsung pada hari ini,” katanya.
Sementara itu, Abdullah juga kecewa apabila Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, tidak mengendahkan keputusan peralihan kuasa yang dipersetujui antara beliau dan Najib pada Mac tahun depan.
“Sebenarnya dialah (Muhyiddin) yang menimbulkan isu mempercepatkan peralihan kuasa dilakukan dengan membuat kenyataan-kenyataan di luar, di Singapura.
“Semua orang dah bersetuju. Mereka sendiri tak kata tak bersetuju. Datuk Seri Mohd. Najib dengan saya dah ada persetujuan yang direstui dan dipersetujui oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO,” katanya.
Abdullah berkata, beliau telah menerangkan sebab beliau memerlukan masa yang dipersetujui antara beliau dan Najib, antaranya, terdapat perkara berkaitan dengan reform yang beliau hendak laksanakan dan dibawa ke persidangan Dewan Rakyat.
“Apakah dia takut reform? Apakah dia tidak mahu reform? Apakah ini sebagai satu langkah untuk menggagalkan usaha-usaha sedangkan reform itu dikehendaki oleh rakyat.
“Saya dimarah oleh rakyat kerana tidak memenuhi janji. Sebab itu ada dalam manifesto 2004 apabila saya bertanding, apabila kita memenangi pilihan raya pada 2004 dengan sokongan yang kuat.
“Mengapa pula dia mencadangkan seperti itu? Ertinya nak menggagalkanlah.
Nak menggagalkan saya atau menghalang saya mengambil tindakan-tindakan yang saya telah usahakan.
“The point is that there is an agreement. Dah setuju. Mengapa mengungkit lagi?
Tak sabar agaknya nak jadi Timbalan Presiden. Itupun kalau ada cukup orang nanti nak menyokong dia,” katanya.
– Bernama
<!–[if gte vml 1]> <![endif]–><!–[if !vml]–>
<!–[endif]–>
Persoalan samada wajar atau tidak Tun Dr. Mahathir membuat teguran dan kenyataan tertentu mengenai pra-pencalonan pemimpin yang berhasrat menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan parti tidak sepatutnya timbul. Jika diperhalusi, pengalaman mendalam dan teliti beliau memimpin dan membangunkan parti selama lebih 22 tahun wajar menjadi sandaran untuk apa apa pertimbangan strategik terutama bila bercakap mengenai memilih pemimpin. Ikhtibar UMNO tersalah memilih Kepimpinan tidak wajar diulang lagi.
Mereka yang hari ini, menawarkan diri untuk jawatan utama, termasuk Timbalan Presiden merupakan pemimpin yang membangun dari zaman kepimpinan Tun Dr. Mahathir lagi. Perkembangan mereka, dari peringkat bawah sehingga diberikan ‘peluang pertama’ (first big break) dalam politik dan kedudukan mereka hari ini, berkait rapat dengan Tun Dr. Mahathir. Oleh itu, sebagai ‘pembangun’ mereka, pandangan Tun Dr. Mahathir begitu berharga bagi ahli akar umbi UMNO tentukan antara pemimpin UMNO, mana kaca dan yang mana permata.
Dalam 22 tahun beliau memimpin UMNO dan negara, terlalu banyak episod ‘naik-turun’ (roller coaster) yang beliau tempuh. Yang nyatanya, semasa beliau bersara pada 31 Oktober 2003, UMNO diletakan dalam keadaan begitu kukuh, kedudukan kewangan yang amat baik dan persada politik yang begitu tinggi. Keadaan ini yang membolehkan BN menang besar dan mencapai rekod dalam Pilihanraya Umum ke XI 21 Mac 2004. Namun begitu, dalam tempoh singkat empat tahun sahaja BN juga mencapai rekod paling buruk kalah di 5 + 1 negeri pada Pilihanraya Umum ke XII 8 Mac 2008 dan UMNO gagal meletakan Menteri Besar pilihan di dua negeri.
Formula kejayaan 22 tahun UMNO dan negara membangun dan maju terletak dalam minda dan sanubari Negarawan berusia 83 tahun itu. Oleh demikian, dalam apa jua keadaan sekalipun, pandangan dan kritikan beliau amatlah berharga untuk menentukan UMNO dan negara maju kearah yang betul.
Hari ini, amat penting UMNO diletakan kelandasan yang betul, untuk kesinambungan penerimaan dan sokongan kepada parti nasionalis yang begitu signifikan mencorakan negara sehingga saat ini. Lebih lebih lagi, persepsi golongan generasi muda dan pelapis keatas UMNO perlu diperbetulkan. Oleh demikian, susunan calon calon yang wajar ahli akar umbi UMNO tentukan sebagai pemimpin mereka perlu diperhalusi dengan teliti. Inilah peranan dimana pemikiran seorang yang begitu berpengalaman mentadbir, mengurus dan membangunkan parti dan negara wajar diambil kira secara serious dan sebaliknya bukan dibidas.
PM ‘Flip-Flop’ Abdullah samada sengaja atau tidak, gagal memahami sebab kenapa ahli UMNO seumur hidup No. 0000001 satu mengambil keputusan untuk keluar bersyarat dari UMNO pada Mei 2008 lepas. Namun begitu, Tun Dr. Mahathir tidak segan silu menegaskan bahawa saat PM ‘Flip-Flop’ Abdullah tidak lagi menjadi Presiden UMNO, beliau akan memohon semula menyertai parti itu.
UMNO perlu dilihat sebagai “berani berubah” dan tidak mewarisi legasi seorang pemimpin yang hampir membawa UMNO kepada keadaan bankrap. PM ‘Flip-Flop’ Abdullah merupakan Presiden UMNO yang wajar direkod dalam sejarah sebagai Kepimpinan yang paling meninggakan kesan negatif kepada parti. Oleh demikian, mereka yang dilihat sebagai berpotensi untuk menyambung legasi negatif dan kehancuran keatas UMNO wajar tidak diberikan peluang lagi untuk memimpin UMNO. Masa inilah peranan pandangan dan kritikan Tun Dr. Mahathir yang paling berharga sekali, tatkala UMNO berada dipersimpangan yang paling getir dalam sejarah 62 tahun mewakili aspirasi orang Melayu.
Peranan media perdana membawa mesej sebenar dan konteks yang jelas dan tepat apa apa pandangan, kenyataan, kritikan dan cadangan Tun Dr. Mahathir sebenarnya amat penting dalam memberikan perspektif jelas keadaan. Sering kali, ianya di’putar belit’kan (spin) untuk memberikan gambaran yang terpesong dan merupakan sesuatu yang buruk kepada UMNO, walhal sebenarnya ia merupakan sesuatu yang wajar menjadi asset berharga untuk dipertimbangkan.
Dalam pada itu, soal Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yasin, yang juga calon favourite Timbalan Presiden membuat kenyataan untuk mempercepatkan proses ‘Peralihan Kuasa’ dan/atau PM ‘Flip-Flop’ Abdullah wajar berundur seberapa segera sebenarnya tidak patut timbul. Ini kerana kenyataan sebenar Tan Sri Muhyiddin (bukan sebagaimana dispin Riong Kali) ialah proses menangguhkan pemilihan dari Disember 2008 kepada Mac 2009 merupakan tempoh yang lama dan macam macam boleh berlaku. Ini termasuk gejala politik wang, fitnah-memfitnah dan proses memperkudakan emosi sehingga akan timbul keadaan dimana “Marahkan nyamuk, kelambu dibakar”.
Pandangan Tun Dr. Mahathir and Tan Sri Muhyiddin memang kena pada tempatnya. Ahli UMNO, terutama akar umbi wajar membuat proses pemikiran strategik (strategik thinking) sekarang, kerana apa pun yang UMNO putuskan hari ini, akan meninggalkan kesan yang mungkin payah diperbetulkan (irreversable) dimasa akan datang. Ahli UMNO kini hanya ada satu peluang sahaja lagi untuk membetulkan apa yang PM ‘Flip-Flop’ Abdullah jahanamkan dalam tempoh begitu singkat, samada secara sengaja dan terancang atau tidak.
TEPUK DADA, TANYA SELERA
Tun Dr. Mahathir bashed Omar Ong
This is phenomenon of upcoming Prime Minister Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak’s own future ‘fourth floor boys’ has come to another level. This time, former Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamad also went on a shooting spree.
Before this, blogger A Voice did two pieces against the Ethos CEO Omar Mustapha Ong. The second one, the blog portrayed Omar and Rohana as being “nauseatingly arrogant”.
For the record, Omar, was formerly with Multimedia Development Corporation and McKinsey before founding Ethos Consulting with late Dr. Liew Boon Horng, was one time the Special Function Officer in the Deputy Prime Minister’s Office. He left abruptly with the untimely and sudden demise of Dr. Liew. Now, he is said to be inching his way back into Najib’s close aide status.
These are very serious messages put across. Will the Deputy Prime Minister and Finance Minister take heed on these strong messages?