
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin menyokong penuh saranan agar Ketua Audit Negara menyemak secara telus dan menyeluruh semua kedudukan kewangan, asset dan liabiliti, kegiatan, transaksi dan kommitmen 1MDB, agar segala tohmahan dan andaian dapat di jawab secara muktamad.
Kenyataan Muhyiddin:
KENYATAAN AKHBAR YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI BERHUBUNG ISU 1MDB 6 MAC 2015
Dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Mac 2015, Jemaah Menteri telah diberikan taklimat oleh 1MDB dan firma auditnya Deloitte berhubung beberapa dakwaan yang dibuat terhadap dana pelaburan strategik itu. Saya menyambut baik arahan YAB Perdana Menteri supaya Ketua Audit Negara mengesahkan secara bebas akaun 1MDB yang mana laporannya akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara untuk penelitian lanjut.
Saya berpandangan Ketua Audit Negara wajar mengaudit akaun 1MDB secara telus, bebas dan menyeluruh dengan meneliti akaun 1MDB sejak awal penubuhannya.
Ini kerana beberapa tuduhan penyelewengan yang dilemparkan terhadap dana pelaburan strategik itu adalah berhubung urusniaga yang dibuat sejak tahun 2009 yang tidak termasuk dalam tahun kewangan 2013 yang diaudit oleh firma Deloitte.
Ini termasuk tuduhan berlakunya penyelewengan dalam usahasama antara 1MDB dan PetroSaudi International seperti yang ditimbulkan oleh beberapa portal berita. Saya percaya pengauditan yang telus, bebas dan menyeluruh adalah penting untuk membersihkan nama dana pelaburan strategik milik kerajaan itu daripada sebarang tuduhan penyelewengan dan salah laku.
Oleh kerana dakwaan terhadap 1MDB melibatkan urusniaga korporat yang agak kompleks serta menyentuh kepentingan negara dan kerajaan, Ketua Audit Negara mestilah diberikan sokongan sumber, kepakaran dan tempoh masa yang tidak terlalu lama untuk menyiapkan satu laporan yang lengkap dan komprehensif. Ini penting untuk memulihkan reputasi 1MDB dan mengembalikan keyakinan pelabur.
Audit forensik hendaklah dilaksanakan untuk menentukan tiada penyelewengan kewangan berlaku dalam urusniaga 1MDB. Pada masa yang sama, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara juga boleh memulakan siasatannya sendiri tanpa perlu menunggu Laporan Ketua Audit Negara disiapkan.
1MDB mesti memandang serius semua dakwaan yang dilemparkan terhadapnya terutama di media sosial. Untuk membersihkan nama 1MDB, tindakan undang–undang hendaklah diambil terhadap sesiapa sahaja yang melemparkan tuduhan tidak berasas.
Lembaga Pengarah 1MDB juga perlu mengambil tanggungjawab bersama dan bersedia menghadapi tindakan undang-undang sekiranya hasil siasatan mendapati terdapat kecuaian atau penyelewengan dalam urusniaga 1MDB.
Lembaga Pengarah perlu memberikan penjelasan tentang beberapa urusniaga yang kelihatan tidak memberikan keuntungan jangka panjang kepada syarikat dan kerajaan. Kerajaan juga akan menanggung kerugian jika penstrukturan semula 1MDB melibatkan penjualan tanah TRX dan Bandar Malaysia yang diperolehi pada harga yang rendah daripada kerajaan dan hasil penjualan digunakan untuk membayar hutang syarikat.
Saya juga ingin menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menangani isu 1MDB tidak wajar melibatkan tindakan menyelamat (bail out) syarikat tersebut dengan menggunakan dana awam.
TAN SRI DATO HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Timbalan Perdana Menteri
*************
Ini merupakan sejajar dengan kommitmen yang dibuat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak mengenai akaun dan kedudukan kewangan, asset dan liabiliti 1MDB perlu disahkan secara bebas oleh Ketua Audit Negara dan juruaudit bebas dan laporan itu akan disemak oleh Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC).
Laporan Utusan Malaysia semalam:
Sahkan akaun 1MDB- PM arahkan Ketua Audit Negara,
-Laporan akan diserah kepada PAC
05 Mac 2015 1:08 AM
KUALA LUMPUR 4 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengesahkan secara bebas akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, laporan Ketua Audit Negara akan diserahkan untuk pemeriksaan telus kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) yang bersifat bipartisan sepenuhnya dan mencerminkan komposisi Parlimen.
Ia menyatakan Perdana Menteri telah memberitahu Kabinet mengenai langkah itu.
“Jika terbukti ada salah laku, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian,” kata Najib.
Kenyataan itu menerangkan perdana menteri hari ini memanggil 1MDB dan juruaudit mereka, Deloitte menghadap Kabinet berikutan laporan media baru-baru ini berkaitan syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan itu.
Setelah menerima penjelasan dari 1MDB dan Deloitte, Kabinet melahirkan keyakinan bahawa tidak terdapat sebarang salah laku dalam 1MDB, dan hasrat mereka supaya syarikat itu dibenar melaksanakan hasil semakan strategiknya yang dicadangkan,” kata kenyataan itu.
Walaupun demikian, ia mengambil perhatian bahawa kerajaan telah meminta Ketua Audit Negara memeriksa akaun 1MDB sebagai langkah lanjutan.
Ia berkata, 1MDB telah memberi taklimat mengenai situasi semasanya dan menjawab siri pertanyaan dikemukakan oleh menteri-menteri kabinet, termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Deloitte katanya, memberi keterangan menyeluruh tentang urusan mereka dengan 1MDB dan mengesahkan bahawa firma itu telah mengaudit dan mengesahkan akaun syarikat berkenaan.
“Kabinet diberitahu bahawa dakwaan baru-baru ini yang ditujukan kepada 1MDB, adalah berkaitan transaksi pihak ketiga seperti Petrosaudi, bukan 1MDB.
“Pelaburan relevan 1MDB telah dikembalikan sepenuhnya dengan keuntungan signifikan yang tersedia diaudit,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda berkata, adalah jelas semua serangan yang ditujukan kepada 1MDB hanya bermotif politik dan sengaja dibuat sebagai percubaan untuk melemahkan syarikat dengan menyebarkan dakwaan tidak berasas dan lebih bersifat spekulasi yang seterusnya akan memberi kesan kepada ekonomi.
“Sehubungan itu, 1MDB amat mengalu-alukan permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya Ketua Audit Negara mengesahkan akaun 1MDB, yang mana sebelum ini telah diaudit oleh Deloitte yang juga satu daripada firma terkemuka dunia.
“Kami akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Ketua Audit Negara dan berharap hasil penemuannya dapat menjawab segala spekulasi yang ditimbulkan baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sahkan-akaun-1mdb-1.66125/najib-tun-razak-1.66130#sthash.HtUaMbbU.dpuf
**************
Apa yang menarik ialah keyakinan yang diunjurkan oleh Muhyiddin sebagai orang nombor dua dalam Kabinet dan Kerajaan dimana dana awam tidak akan digunakan untuk menyelamat (bail out) mana mana entiti dalam kumpulan 1MDB, sekiranya perlu berlaku sebarang penstrukturan modal, kedudukan kewangan dan asset, kommitmen dan liabiliti 1MDB.
Konglomerat yang bermula dari dana bernilai RM4 billion sebagai entiti pelaburan strategik semasa PM Najib mula mengambil alih sebagai Perdana Menteri ke VI, kini mempunyai asset dinilaikan melebihi RM50 billion.

Antara program program pendidikan asas dan khidmat rakyat (CSR) oleh 1MDB
1MDB merupakan entiti kommersial pelaburan strategik Kerajaan, yang begitu kontroversi dan hebat dibincangkan oleh banyak pihak secara aktif terutama media baru dan sosial. Ianya lebih menarik perhatian umum apabila sering diulas secara kritikal oleh Perdana Menteri Malaysia IV Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Mantan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.
Ianya dijadikan modal politik Pembangkang walaupun hakikatnya 1MDB banyak melakukan program program khidmat rakyat (CSR) melalui Yayasan 1MDB, yang dananya datang dari keuntungan melalui pelaburan dan pulangan 1MDB.
Setakat ini Kerajaan gagal menangani persepsi negatif mengenai 1MDB dan penjelasan yang diusahakan setakat ini terutama oleh politikus Kerajaan sebenarnya makin mengelirukan.

Ketua Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda bersama Timblan Menteri Kewangan Dato’ Hj. Ahmad b. Hj. Maslan
Ketua Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda telah memberikan terumramah eksklusif kepada Mingguan Malaysia, dalam usaha untuk meningkatkan kefahaman rakyat mengenai konglomerat pelaburan strategik Kerajaan itu, tiga minggu lepas.
1MDB tamatkan spekulasi
15 Februari 2015 12:09 AM
Kuala Lumpur 12 Februari 2015 TEMUBUAL bersama Presiden & Ketua
MUKADIMAH : Sebagai sebuah syarikat pembangunan strategik dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia, 1MDB dilanda satu demi satu isu daripada pelbagai entiti, yang kebanyakannya mendapat maklumat daripada pihak ketiga.
“Tiada siapa mahu datang bertanya terus kepada kami, walaupun kami membuka pintu untuk memberi penerangan,’’ kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda . Jumaat lalu, beliau mengumumkan pembayaran penuh pinjamannya berjumlah RM2 bilion, sekali gus membuktikan dakwaan pelbagai pihak kononnya 1MDB gagal berbuat demikian, hanya spekulasi semata-mata. Dalam wawancara eksklusif bersama Mingguan Malaysia, yang merupakan sesi sulungnya dengan media sejak menerajui 1MDB pada 5 Januari lalu, Arul menyampaikan mesej yang terang dan jelas arah tuju 1MDB di bawah kepimpinannya. Arul menjawab dengan penuh keyakinan terhadap soalan-soalan yang dikemukakan dan sengaja tidak diberikan awal oleh Pengarang Berita Ekonomi, Johardy Ibrahim , Penolong Pengarang Berita Ekonomi, Fauzi Jaafar dan wartawan Zunaidah Zain on dalam wawancara di pejabatnya, kelmarin.
MINGGUAN : 1MDB melunaskan pembayaran hutang RM2 bilion, yang didakwa pihak tertentu sebagai “tertunggak” dan bakal diisytihar NPL (hutang tidak berbayar). Apa signifikannya?
Arul Kanda : Pinjaman tersebut dibayar lebih awal dari tarikh akhir, sejajar dengan perjanjian kemudahan pinjaman. Dengan lunasnya pembayaran ini, saya menegaskan komitmen 1MDB akan terus memenuhi kehendak hutang kami, apabila tiba tempoh akhirnya. Yang paling penting, apa yang kami lakukan Jumaat lalu, diharap akan menamatkan segala spekulasi yang tersebar tentang kami. Terdapat banyak laporan tentang perkara itu, antaranya hutang 1MDB akan dilangsaikan oleh ahli perniagaan terkemuka, Ananda Krishnan.
Sejujurnya, Ananda sendiri pun tidak pernah bercakap apa-apa tentang perkara ini. Ini adalah satu spekulasi yang dimulakan oleh pihak ketiga. Fikirlah. RM2 bilion adalah satu jumlah yang besar dan ini sepatutnya melibatkan RHB dan Maybank tetapi mengapa mereka tidak membuat apa-apa pengumuman rasmi berkenaan perkara ini? Apa yang saya boleh katakan, kami akan berjumpa dengan pemberi hutang apabila ia sudah sampai tarikh akhir. Dan Jumaat lepas, telah kami buktikan.
Laporan New York Times minggu lalu, mengaitkan saudara dengan Jho Low. Sebenarnya, apa hubungan saudara dengan hartawan itu?
Arul Kanda : Ya, saya pernah berjumpa dengannya di Kuala Lumpur. Ini sama seperti saya berjumpa dengan orang lain yang terlibat dalam dunia perniagaan kerana saya berada di sektor perbankan. Tetapi Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB dan saya tidak menjumpai sebarang dokumen yang mengaitkannya dengan syarikat ini. Malah, dakwaan yang mengatakan ayahnya atau kawannya menjadi pengarah di 1MDB juga tidak tepat.
Ini satu lagi spekulasi. Jujurnya sebagai ahli perniagaan, saya tidak mahu memberi reaksi kepada sebarang aktiviti yang menjurus kepada berita-berita berbentuk spekulasi. Tetapi saya juga mempunyai kuasa untuk menghentikan apa jua cerita dibawa mereka. Apa yang boleh saya buat ialah akan terus bercakap secara jujur dan menerangkan fakta yang betul.
Nama saudara dikaitkan. Kenapa tidak mengambil tindakan menyaman pihak yang membuat tuduhan sedemikian?
Arul Kanda : Saya pernah terfikir (untuk menyaman) tetapi kita ada bisnes dan kita perlu pastikan projek kita dapat berjalan dengan baik. Kita tidak mahu semua perkara ini mengganggu apa yang telah kita rancangkan. Ini kerana, politik bukan bidang kepakaran kita. Sebenarnya, saya agak kecewa kerana setelah kita buka ruang untuk mereka datang berjumpa, masih ada lagi kenyataan-kenyataan tidak berasas dikeluarkan tanpa menyemak fakta yang betul dengan pihak kami.
Saya hanya boleh membuat kesimpulan bahawa kenyataan yang dikeluarkan itu lebih cenderung kepada politik semata-mata. Saya amat terbuka dan sudah berjumpa dengan semua media yang mengkritik kami. Tetapi pihak satu lagi, tidak berbuat demikian. Apa lagi yang boleh saya buat untuk menjelaskan kedudukan sebenar. Apa yang saya maksudkan “terbuka” dengan mereka adalah untuk mendapatkan maklumat yang betul tetapi bukanlah seperti menganjurkan debat atau forum. Malangnya, kadang kala bila saya buat kenyataan, ia diputar belit.
Selain itu, satu lagi perkara yang ingin disentuh ialah akaun tahunan syarikat. Walaupun, 1MDB sebenarnya ialah syarikat swasta dan bukan syarikat disenaraikan tetapi laporan akaun tahunan syarikat dibuat dengan teliti dan mempunyai 175 muka surat. Tetapi apabila kami terlalu terbuka pula, ada pula yang menyerang dengan menggunakan laporan tersebut.
Adakah 1MDB menetapkan tempoh tertentu untuk saudara pulihkan syarikat?
Arul Kanda : Lembaga Pengarah memberi ruang kepada saya untuk menilai segala keperluan dan mengambil kira pelbagai aspek sebelum mengambil langkah tertentu untuk pulihkan syarikat. Tiada sebarang tempoh masa diberikan untuk tindakan ini diambil. Untuk itu, saya melihat kepada semua aset yang ada demi manfaat rakyat. Cabaran sentiasa ada kerana kami sedar mempunyai hutang yang perlu dilunaskan dan akan memastikan dapat menjana segala aset itu dengan baik.
Apakah perancangan syarikat bagi tahun kewangan 2015 ini?
Arul Kanda : Kami akan meneruskan tanggungjawab untuk meningkatkan nilai ke atas aset. Saya tahu dan sedar disebabkan salah faham yang timbul, orang lebih banyak bercakap tentang hutang kami berbanding aset-aset yang dimiliki, misalnya loji jana kuasa, yang mana telah selesai penggabungannya, macam-macam boleh dibuat seperti disenaraikan, jual syarikat atau jual stesen jana kuasa persendirian ini. TRX pula, bila tanah plot dah sedia, kami boleh jualkan kepada pihak swasta yang berminat.
Apa yang saudara maksudkan “Lembaga Pengarah memberi ruang menilai segala keperluan”?
Arul Kanda : Maksud saya ialah kami juga mungkin mempertimbangkan beberapa keputusan yang sukar demi manfaat pemegang saham kerana mempunyai tanggungjawab yang perlu dipenuhi. Antara yang mungkin dilaksanakan termasuklah melupuskan aset, membatalkan projek, mempercepatkan projek atau letak lebih ekuiti ke atas sesebuah projek itu supaya lebih cepat dijalankan. Keputusan ini bukan satu perkara yang mudah kerana kami memiliki tanggungjawab yang harus dilaksanakan.
Lupuskan aset luar negara dahulu?
Arul Kanda : Saya tidak mahu membuat sebarang kenyataan berbentuk spekulasi berhubung keputusan yang akan dibuat. Kami sangat terbuka berhubung perkara ini. Saya memberi contoh, jika kita membeli sekeping tanah untuk disimpan selama lima tahun bagi meningkatkan nilai tetapi pada tahun ketiga kita berdepan masalah hutang dan perlu melangsaikan bayaran tersebut, jadi tindakan yang boleh diambil, mungkin kita terpaksa menjual tanah tersebut. Bagaimanapun, dalam langkah melupuskan aset, seperti yang dinyatakan, kita bercakap tentang aset yang pelbagai dan nilai pada aset tersebut. Tidak semestinya pada aset-aset luar negara sahaja.
Misalnya dengan aset tenaga yang kita ada, macam-macam kita boleh buat sebagai langkah untuk menjana hasil daripada aset tersebut, begitu juga dengan projek TRX dan juga Bandar Malaysia. Bagaimanapun, bagi projek Bandar Malaysia, ia mungkin mengambil masa kerana kita perlu mengalih tapak pangkalan tentera di Sungai Besi itu. Tetapi kita yakin apabila adanya kemudahan kereta api berkelajuan tinggi di Bandar Malaysia kelak, kita tidak dapat bayangkan nilai yang dapat dijana daripada pembangunan tersebut.
Saya ingin memberi contoh bagaimana tiga projek utama di Kuala Lumpur iaitu KLCC, Mid Valley dan KL Sentral yang menyumbang kepada peningkatan nilai. Kuala Lumpur perlu dibentuk semula dan pembangunan baharu seperti ini dapat memberi manfaat kepada negara dan juga rakyat khususnya.
Menyentuh tentang Pulau Cayman, masih ramai yang tertanya-tanya apakah rasionalnya meletakkan duit di situ?
Arul Kanda : Sebenarnya, kita tidak meletakkan duit di Pulau Cayman. Kita mendaftarkan dana di situ dan pelaburannya dibuat di seluruh dunia. Ini penting untuk kita fahami, bukannya duit yang kita laburkan di Pulau Cayman tetapi adalah dana yang didaftarkan.
Duit tidak diletakkan di Cayman?
Arul Kanda : Seperti yang dinyatakan, pelaburan itu dibuat di seluruh dunia dalam pelbagai instrumen dan lokasi. Cayman ialah satu daripada pengawal selia dana terbaik di dunia untuk membuka dana. Ini adalah kebenarannya dan kita boleh lihat beribu-ribu dana didaftarkan di Pulau Cayman. Dengan mengambil contoh Sime Darby, ia disenaraikan di Malaysia tetapi asetnya tidak semestinya hanya ada di negara ini sebaliknya ada di negara lain seperti Indonesia dan Papua New Guinea. Sama juga seperti dana, dibuka di bawah pengawal selia Pulau Cayman tetapi duit dilaburkan di seluruh dunia.
Saudara sedar kontroversi mengaitkan Cayman sebagai tempat menyorok wang oleh mafia?
Arul Kanda : Kita sedar ada yang mempertikaikan kenapa kita melabur dalam dolar Amerika Syarikat (AS), kenapa bukan di Malaysia dan kenapa bukan dalam Ringgit. Cuba lihat pada penyata kira-kira 1MDB, kami mempunyai AS$6.5 bilion (RM23.41 bilion) sukuk antarabangsa yang diterbitkan dan bila dapat liabiliti dalam dolar AS, kita perlu uruskan pendedahan mata wang memandangkan kita perlu bayar bon itu setiap tiga atau enam bulan. Jika kita simpan aset berasaskan dolar AS, secara tidak langsung akan mengurangkan risiko ke atas mata wang. Ini merupakan sebab mengapa wang itu disimpan dalam dana dolar AS dan ternyata mempunyai kelebihan dari segi cukai dengan berpandukan bidang kuasa dana.
Terutama dalam keadaan sekarang dengan penyusutan ringgit, secara tidak langsung memberi kelebihan kepada syarikat. Kita mempunyai aset dalam dolar AS dan dapat menebusnya untuk kegunaan kita. Saya difahamkan terdapat lebih 200 syarikat Malaysia bertaraf global yang juga mempunyai dana di situ. Jadi tidak timbul soal “mafia”. Saya pasti pihak berkuasa Pulau Cayman juga akan sedih jika mendengar tentang perkara seperti ini. Tidak ada apa-apa hendak disorokkan kerana semuanya dinyatakan dengan jelas dalam akaun tahunan.
Apa jadi pada 60 peratus pelaburan yang ditebus tahun lalu?
Arul Kanda : Kita sudah tebus 60 peratus daripada pelaburan itu tahun lalu dan penggunaannya semua dinyatakan dengan jelas dalam laporan tahunan itu. Tetapi malangnya, tiada siapa mahu melihatnya dari sudut positif. Kenapa orang yang menuduh ini tidak bercakap tentang ke mana duit itu, sebaliknya melihat tentang RM2.3 bilion. Tidak ada apa hendak disembunyikan. Menyentuh tentang baki 40 peratus itu pula, kita akan masukkan dalam laporan akaun selepas ini. Adalah tidak adil apabila orang mengharapkan kami untuk melakukan sesuatu yang di luar batasan kerana kami juga seperti syarikat-syarikat lain yang tertakluk kepada peraturan dan undang-undang syarikat.
Menyentuh tentang penyenaraian unit tenaga 1MDB, ada laporan media menyatakan akan dibatalkan kerana 1MDB akan menghentikan cadangan terbitan sukuk sebanyak RM8.4 bilion. Adakah ini juga satu spekulasi?
Arul Kanda : Maaf, saya tidak boleh memberi komen berhubung perkara ini kerana tertakluk di bawah garis panduan Suruhanjaya Sekuriti. Apa yang boleh saya nyatakan ialah tugas kami membangunkan aset di mana aset itu boleh dijanakan dan kami sentiasa mencari peluang terbaik untuk menjana aset berkenaan seperti aset-aset tenaga. Kami sentiasa meneroka peluang bagi meningkatkan nilai kepada pemegang saham.
Bagaimana dengan laporan tentang 1MDB akan menarik diri daripada projek jana kuasa 3B?
Arul Kanda : Sekali lagi, ini juga satu spekulasi dan kami tidak boleh mengeluarkan kenyataan lagi. Jika sesuai, kami akan umumkan kemudian, tetapi buat masa ini, kami tidak dibenarkan untuk berbuat demikian.
Bagaimana aset-aset milik 1MDB?
Arul Kanda : Berkaitan dengan aset, kami sentiasa mengambil kira kepentingan MoF dan juga rakyat. Sehingga 31 Mac 2014, aset dan liabiliti kami berjumlah RM51.4 bilion dan RM48.9 bilion.
Sebenarnya, apa yang orang di luar sana boleh harapkan kepada 1MDB
Arul Kanda : Kami akan terus fokus kepada perniagaan. Disebabkan isu hutang, orang lupa tentang asas syarikat ini, bahawa kami mempunyai 5,500 MegaWatt tenaga, antara terbesar di negara ini, terbesar di Mesir dan Bangladesh. Kami melihat ini satu pencapaian utama bagi syarikat.
Di samping itu, tanah kami di TRX yang berkeluasan 28.33 hektar mempunyai saiz yang hampir sama dengan KL Sentral. Cuba tengok KL Sentral 12 tahun dahulu dan sekarang, jauh berbeza. TRX akan dilengkapi stesen MRT terbesar di Kuala Lumpur dan kami juga akan menjalin kerjasama dengan sebuah syarikat pemaju hartanah yang berpangkalan di Australia, Lend Lease tidak lama lagi untuk pembangunan 6.88 hektar membabitkan pembinaan hotel, tiga menara kediaman dan pusat beli-belah dengan GDV dianggarkan RM8 bilion.
Bandar Malaysia pula yang melibatkan kawasan seluas 202.3 hektar di tengah bandar raya Kuala Lumpur akan menjadi hab komersial, budaya, pendidikan, sosial dan pengangkutan yang mesra alam. Apabila kereta api berkelajuan tinggi ditempatkan di situ, ini akan dihubungkan dengan MRT bersama pusat beli-belah Pavilion KL, KLCC, hotel termasuk pembinaan rumah mampu milik.
Orang sentiasa beranggapan hari ini dapat tanah terus boleh dibangunkan sedangkan ia melibatkan banyak kerja yang perlu diselesaikan pada peringkat awal seperti mendapatkan kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan berbincang dengan pihak Telekom Malaysia atau Indah Water Konsortium. Kita tidak boleh terus bangunkan dengan serta-merta tanpa ada perancangan.
Bagi saya, TRX dan Bandar Malaysia ialah projek multi dekad yang dibangunkan setakat ini. TRX sebagai contoh akan disambung dengan terowong Smart dan kami juga sebenarnya pada masa sama cuba untuk memperbaiki Jalan Tun Razak. Sekarang kerja-kerja di TRX masih di peringkat gali tanah dan akan ambil masa untuk disiapkan. Dalam beberapa bulan akan datang, kami akan buat pengumuman terbaharu tentang rakan kerjasama.
Apakah 1MDB ada sasaran tertentu untuk dijadikan rakan kerjasama projek ini?
Arul Kanda : 1MDB amat terbuka dalam soal ini dan kita keluarkan permohonan cadangan (ROP) kepada mana-mana syarikat sama ada tempatan atau luar negara untuk membuat bidaan pada tender projek.
TRX ini akan menjadi platform awal bagi 1MDB untuk membawa masuk pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini, yang juga merupakan antara tugas utama kami.
– See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/1mdb-tamatkan-spekulasi-1.59530#sthash.G6ZGPny1.dpuf
*****************
Dalam masa yang sama, pihak 1MDB yakin serangan Pembangkang keatas konglomerat pelaburan strategik Kerajaan itu berupa niat jahat politik yang sememangnya berpotensi untuk menjejaskan ekonomi, terutama dalam cabaran ekonomi global semasa yang terjejas akibat kesan penurunan harga pasaran minyak.
Kenyataan Ketua Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda semalam mengenai ini:
Statement by 1MDB President & Group Executive Director Arul Kanda
“It is clear that the attacks being directed at 1MDB are politically motivated. These are deliberately coordinated attempts to undermine the company by spreading unsubstantiated allegations and speculation, which in turn could potentially harm the economy.
“In light of this, 1MDB welcomes the Prime Minister’s request for the Auditor General to verify 1MDB’s accounts, which have been audited by Deloitte, one of the world’s leading firms. We will cooperate fully with the Auditor General and hope that the outcome of his findings put to rest recent speculation.”
************
Maklumat dari laporan Ketua Audit Negara dan juruaudit bebas ini kelak perlu diuruskan secara bijak untuk memberikan kefahaman bagi lebih ramai orang untuk faham keadaan sebenar. Pengurusan kommunikasi perlu effektif, progressif dan disesuaikan dengan kehendak masyarakat Malaysia sebagai pihak berkepentingan (stakeholders).
*Dikemaskini tengah malam
Dirgahayu Tuanku
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar is now the fifth Sultan of modern Johor Sultanate.
The Star story, based on Bernama original posting:
The elaborate majestic event was almost the same one his grandfather, Almarhum Sultan Ismail Ibni Sultan Ibrahim had city fives years ago. His late father, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Sultan Ismail chose not to have a coronation when he ascended the Johor throne thirty four years ago.
The full event which was covered by most TV stations, has been made available online by Jabatan Penerangan.
The most interesting bit about this coronation is that Sultan Johor is the only Ruler out of the nine Malay Rulers who is crowned with a crown, instead of a tanjak. The State Crown was actually designed in 1886 by jeweller J.W.Benson in London and was enhanced with more diamonds and rare gems by Almarhum Sultan Ibrahim in 1925.