“Persilakan Berambus”

Muka depan BH hari ini: Titah Murka Tuanku Sultan Johor bertujuan untuk membedal Dr Mahathir kerana memanipulasi dan bersdusta menegnai program-program pembangunan ekonomi yang wajar disifatkan sebagai ‘Sabotaj Ekonomi’

DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Johor mengulangi kemurkaan baginda mengenai campur tangan orang yang dari luar di Johor dengan mempolitikkan program-program yang dirancang untuk memakmurkan negeri Johor dan kepentingan rakyat dengan titah murka sekali lagi, buat kali ke-empat.

SELASA, 21 MAC 2017 @ 8:01am

PM Orang yang nak pecah belahkan rakyat Johor dipersilakan berambus

MERSING: Sultan Johor menasihatkan pihak berkepentingan politik yang cuba memecah belahkan rakyat Johor supaya menghentikan segera perbuatan itu.

Sultan Ibrahim Iskandar bertitah, baginda tahu apa yang baik untuk rakyatnya dan tidak memerlukan campur tangan orang luar.

Malahan, baginda juga meminta anak Johor sendiri supaya tidak bertindak sehingga memecah belahkan rakyat negeri itu.

“Orang luar Johor saya nasihatkan sama ada bukan politik atau politik jangan campur hal Johor. Saya tahu apa yang baik untuk rakyat saya. Saya pandang rakyat saya bukan daripada segi politik… sebagai rakyat.

“Saya sayang rakyat saya. Bila orang luar datang Johor memecah belah orang Johor atau orang Johor yang duduk di Kuala Lumpur balik ke Johor, yang ada kepentingan politik dan memecah belahkan, bolehlah berambus. Kamu tidak dialu-alukan di sini. Bila cita-cita mereka tak tercapai, yang rugi adalah rakyat,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian dalam dalam temubual eksklusif bersama agensi media di bawah Media Prima Berhad baru-baru ini, sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor, lusa. SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Walaupun tidak menyatakannya, ia dipercayai merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pengerusi Parti Bersatu Pribumi Malaysia yang mengkritik projek pembangunan Forest City, mempersoalkan status hak milik tanah dalam projek perumahan di situ dan dakwaan kononnya warga China yang membeli rumah boleh menjadi warga Malaysia.

Malah, Dr Mahathir menyiarkan rakaman gambar beliau ketika kunjungannya ke Forest City bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dalam blognya dan disiarkan oleh beberapa portal berita.

Ditanya mengenai kemungkinan rakyat tidak memahami kerana diputar belit mengenai perkara itu, Sultan Ibrahim berkata: ” Kalau saya nak sembunyi nak menipu rakyat saya, buat apa yang pergi letak papan tanda hak milik kekal kat situ. Guna kepala otak lah. Bergambar ramai-ramai kat situ.” Ikuti laporan penuh dalam akhbar BH esok

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/262609

************************

Baginda begitu menunjukkan kemurkaan dan kekesalan bahawa Perdana Menteri IV Tun Dr Mahathir Mohamad berterusan memanipulasi dan mendustakan program-program pembangunan di Johor seperti Forest City di Iskandar Puteri, dengan bertujuan untuk mngehasut rakyat membenci Kerajaan Barisan Nasional,

Strategi menghasut sehingga timbul kebencian membuak-buak dikalangan rakyat terhadap Kerajaan Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak merupakan cara kotor dan jahat Pembangkang terutama Dr. Mahathir untuk mendapatkan sokongan rakyat kepada perluangan mereka yang tiada berhaluan atau agenda kepada rakyat itu.

Ini amat mengecewakan kerana mereka tergamak menghasut untuk menabur kebencian sebagai steategi politik berterusan sehingga ianya menjadi pertimbangan serious bagi pelabur, rakan kongsi dan pelanggan dari pasaran antarabangsa.

Ini kerana strategi hasutan menabur kebencian ini sudah memuncak, terutama dengan kerjasama dan dokongan media antarabangsa tertentu dan menimbulkan keadaan dimana keyakinan pelabur, rakan kongsi dan pelanggan antarabangsa mula tiris.

Sebagai contoh pada 18 Mac 2017 Perdana Menteri Najib membongkarkan bahawa projek PIC yang berjaya menarik pelaburan Saudi Aramco bernilai RM 6 billion di RAPID, Penggerang, Johor hampir gagal kerana khabar-khabar angin berkenaan “Keadaan politik yang tidak stabil”, “Kerajaan Malaysia muflis”, “Daya maju RAPID disangsi” dan sebagainya.

Sebagai contoh hasutan berterusan Dr Mahathir terhadap projek Forest City sewajarnya disifatkan sebagai ‘Mensabotaj Ekonomi’ negeri dan rakyat Johor, pika tidak Malaysia secara keseluruhan.

Tuanku Sultan Ibrahim juga menyebut dalam titah murka ini bahawa anak Johor yang terlibat dalam perbuatan menghasut bagi tujuan kebencian sebagai strategi politik dan yang membawa kepada ‘Sabotaj Ekonomi’, juga disifatkan sebagai “Menderhaka”.

Ianya tidak syak lagi kepada Timbalan Perdana Menteri yang dipecat Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin, yang merupakan Menteri Besar Johor untuk sembilan tahun. Ini juga merangkumi kuncu-kuncu Muhyiddin.

Dalam kekalutan dan kekeliruan segenlintir Pembangkang seperti Dr Mahathir dan Muhyiddin menghasut rakyat dengan strategi politik kebencian, Tuanku Sultan Johor mengambil pendekatan dan tindakan bertentangan untuk membela rakyat baginda.

Baginda mengusahakan skim ‘Rumah Mampu Milik’ kepada warga Johor.

Astro Awani story:

Skim rumah mampu milik hadiah Sultan Ibrahim untuk Bangsa Johor sempena hari keputeraan

Astro Awani | Diterbitkan pada Mac 21, 2017 14:13 MYT
KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengumumkan kejutan kepada rakyat Johor dengan memperkenalkan skim perumahan mampu milik, lantaran prihatin dengan masalah pemilikan rumah dalam kalangan rakyat negeri itu.

Lebih istimewa, pengumuman tentang projek Rumah Impian Sultan Ibrahim itu dibuat sempena menyambut hari ulang tahun keputeraan baginda yang ke-59.

Sultan Ibrahim bertitah projek hakmilik bebas unik ini akan dibangunkan di bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim dengan kerjasama Bank Rakyat, menawarkan konsep hartanah kediaman yang berlainan, rumah kedai dan lain-lain unit komersil.

“Fasa pertama, saya hendak buat dalam 600 unit termasuk banglo dan rumah berkembar (semi-D). Rumah atas tanah. Mana ada banglo yang boleh bawah RM100,000 dan semi-D.

“Saya mahu Bangsa Johor menjadi sebuah komuniti yang memiliki rumah. Saya mahu skim perumahan yang pertama seumpamanya ini benar-benar mampu dimiliki, murah dan berkualiti tinggi.

“Bayangkan memiliki sebuah banglo tiga bilik atau rumah berkembar dengan harga bawah RM100,000 seunit. Ia dibuka kepada semua Bangsa Johor yang layak,” titah baginda yang turut menyentuh tentang konsep pewayaran dan pengkabelan elektrik bawah tanah.
Tambah baginda, projek tersebut tidak akan merugikannya kerana ia lebih kepada amal jariah baginda kepada rakyat negeri.

Sultan Ibrahim, bagaimanapun, bertitah bahawa tawaran itu hanya terbuka kepada Bangsa Johor, dan proses pemilihan akan disaring ketat dan teliti.

“Kita mesti memastikan rumah mampu dimiliki oleh semua. Harga sekarang adalah di luar jangkauan mereka yang berpendapatan sederhana,” titahnya.

Pemohon yang berjaya hanya perlu membayar deposit RM1 untuk pinjaman penuh dengan skim pembayaran semula yang mudah.

Orang ramai juga dijemput mengunjungi majlis pelancaran projek itu di Galleria@Kotaraya, pada Rabu.

Memetik sebuah laporan temu bual eksklusif, baginda bertitah: “Jikalau Rumah Impian Sultan Ibrahim ini menjadi betul-betul impian rakyat seluruh negara, dan mendapat sokongan daripada kerajaan Persekutuan untuk saya bina rumah rakyat untuk negara, saya akan buat dengan tidak mengambil untung satu sen pun.”
SULTAN YANG MENDEKATI RAKYAT

Sultan Johor sememangnya sinonim dengan program kerakyatan antaranya Program Kembara Mahkota Johor, aktiviti yang berteraskan kerja sosial yang diilhamkan Baginda sejak 2001 ketika menjadi ‘Tunku Mahkota Johor’.

Program Kembara Mahkota Johor dengan konvoi motosikal berkuasa tinggi dijadikan acara tahunan yang disertai Menteri Besar dan pegawai-pegawai Kerajaan Negeri, bagi melaksanakan pelbagai projek kebajikan sepanjang laluan konvoi di semua 10 daerah di negeri Johor.

Kini, Kembara Mahkota Johor telah pun berlangsung selama empat belas tahun, melalui laluan darat (motosikal, pacuan 4 roda, keretapi dan bas), jalan air (bot dan kapal).

Program Kembara Mahkota Johor

Pada 5 Februari 2012, Sultan Ibrahim bertitah memperkenankan Bandar Muar menjadi Bandar Diraja ketika Tuanku menghadiri sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Johor di Masjid Sultan Ibrahim, Bandar Maharani, Muar.

Dalam satu istiadat yang bersejarah, Sultan Ibrahim telah mengisytiharkan Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja Johor pada 24 November 2012, sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Tuanku pada 22 November 2012.

Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah mengisytiharkan Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja Johor pada 24 November 2012, sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan DYMM Tuanku pada 22 November 2012.

Sultan Ibrahim juga sangat berminat dalam bidang sukan, khususnya polo yang telah membawa Baginda menyertai kejohanan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Baginda juga telah mencipta sejarah memperolehi Lesen Memandu Kereta Api Kelas 26 setelah menyempurnakan acara pusingan lokomotif seberat 86 tan.

Malaysia Book Of Records turut mengiktiraf Baginda sebagai Sultan pertama memandu kereta api secara rasmi 29 Jun 2010.

****************

Ini sewajarnya disifatkan sebagai ‘Strategi Lautan Biru’ (Blue Ocean Strategy) sebagai tindakan untuk menangani masalah rakyat dan menyediakan selesaian dengan kadar yang amat cepat, demi kebajikan dan kesejahteraan warga Bangsa Johor.

Ini amat penting kerana Bangsa Johor merupakan warga yang sentiasa dekat dihati Tuanku Sultan Ibrahim.

Published in: on March 22, 2017 at 07:00  Comments (3)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2017/03/22/persilakan-berambus/trackback/

RSS feed for comments on this post.

3 CommentsLeave a comment

  1. What would happen when HRH’s wish goes unheeded, Zakhir?

    I never assume Mahathir is a paper tiger.

    The question is will the country fare better under Mahathir? I say NO – even worse.

    Unless, of course he accepts my three game changers; but the fact us that he never will.
    Overpopulation and Islamization, Zakhir, is a delicate job to handle well.

  2. Ni tak paham bahasa ke atau tak reti-reti malu?

    Macam gini jadi Negarawan?

    Bikin malu saja. Contoh amat malang utk golongan muda.

    Nanti, bila anak muda terbawak-bawak budaya degil senonong ni, habis sempadan dan hak orang dilanggornya. Budi pekerti, adat, budaya dan peraturan pun disondol buta.

    Maklumlah, dah ada contoh untuk tak menghormati apa-apa melainkan agenda sendiri dan alasan yg berubah-ubah.

    Ini sebebornya ARNARKI!

    • “Habis sempadan dan hak orang diangagornya”

      Very interesting ,siapa yang dimaksudkan ?.


Leave a comment