Semua kawan gila!

Presiden UMNO Baru Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak setiap orang perseorangan yang gagal atau memilih untuk tidak bersama beliau lagi dalam kegilaan politik peribadi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak, termasuk kerjasama dengan Chauvinis Cina DAP dan mengundang campurtangan casing.

Laporan Malaysiakini:

Dr Mahathir: Saya malu Ibrahim Ali kawan saya

Geraldine Tong 22 Nov 2016, 6:28 petang 22 Nov 2016, 6:33 petang
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau malu menyebut bahawa Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali adalah kawannya.

“Saya malu, dia kawan saya tapi tak mahu masuk BERSATU pasal kita kawan dengan DAP,” kata Dr Mahathir pada satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

Menurut Dr Mahathir, Ibrahim mendakwa bahawa DAP adalah “jahat”, tetapi jika dibandingkan DAP dengan MCA, siapa sebenarnya lebih jahat.

Katanya, DAP secara terbuka mengisytiharkan bahawa mereka menghormati perlembagaan, kedudukan Raja-Raja Melayu, Islam sebagai agama rasmi negara dan sebagainya.

Adakah MCA atau MIC pernah melakukan perkara yang sama, soalnya.

Beliau turut mengulas keputusan Ibrahim untuk meletakkan 50 calon bebas mewakili kumpulan pendesak Melayu itu pada pilihan raya umum akan datang.

Ini, katanya, bermakna bahawa Ibrahim bekerja untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Dia bekerja untuk Datuk Seri Najib. Sebab dia tau kalau lebih daripada pertandingan satu lawan satu, Najib akan menang. Jadi dia berusaha supaya Najib menang

“Dia pura-pura berjuang untuk orang Melayu, tak boleh cakap dengan DAP. Tapi dia sanggup bekerja dengan Najib, dia sanggup sokong orang yang curi duit,” kata Mahathir.

Beliau juga menafikan bahawa pernah menjadi penaung PERKASA.

Ibrahim pada Ahad lalu mengumumkan PERKASA merancang untuk meletakkan 50 calon pada pilihan raya umum akan datang, termasuk dirinya.

Katanya, mereka tidak akan menggunakan platform parti politik sebaliknya hanya bergerak sebagai NGO kerana mahu bertindak di luar radar politik tempatan.

Sementara itu, Ibrahim ketika dihubungi oleh Malaysiakini tidak mahu mengulas dan sebaliknya berkata, beliau akan mengadakan sidang akhbar esok.

****************

Dr Mahathir bersahaja menuduh setiap individu yang tidak lagi bersama beliau sebagai samada sudah bekerjasama dengan Perdana Menteri Najib atau ‘dibeli’.

Hakikatnya, sebagai mantan Presiden UMNO Dr. Mahathir bukan sahaja tergamak bekerjasama dengan elemen anti Melayu dan Islam Chauvinis Cina DAP semenjak Mac 2016 lagi, beliau mempertahankan DAP.

Laporan Utusan:

Tun Mahathir tetap pertahan DAP

SOFIAN BAHAROM | 22 November 2016 8:37 PM

PUTRAJAYA 22 Nov. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terus mempertahankan sekutu baharunya, DAP dan PAN apabila menyatakan kedua-dua parti itu bersetuju mematuhi peruntukan Perlembagaan termasuk berhubung hak-hak istimewa orang Melayu
Menurutnya, perkara itu termasuk menerima kedudukan Raja-Raja Melayu, Islam sebagai agama rasmi negara, kedudukan istimewa orang Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, DAP bersama PAN dan PKR telah menyatakan pendirian masing-masing untuk mematuhi peruntukan Perlembagaan tersebut.
“Saya tidak pernah dengar MCA atau MIC membuat kenyataan seperti itu tetapi DAP ada buat sebegitu,” katanya dalam sidang akhbar bagi mendesak pembebasan Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah yang kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Beliau mengulas desakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali sebelum ini agar PPBM menyatakan dengan jelas hala tuju parti itu terutamanya dalam perjuangan agenda bumiputera.
Ibrahim berkata, kesanggupan Dr. Mahathir untuk bekerjasama dengan DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim nyata menimbulkan 1,001 tanda tanya.
Mengulas pengumuman Perkasa bahawa pertubuhan bukan kerajaan itu akan meletakkan 50 calon bagi bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, Dr. Mahathir berkata, pengumuman itu tidak lebih daripada hanya untuk menarik perhatian dan meraih publisiti.
Jelasnya, sebagai kawan lama, beliau sudah biasa dengan sikap Ibrahim yang suka kepada publisiti murahan dan melakukan sesuatu untuk kepentingan diri.
Tambahnya, tindakan Ibrahim tersebut dilihat bertujuan memecahkan undi orang Melayu dan mewujudkan pertandingan banyak penjuru yang akhirnya akan memenangkan Barisan Nasional (BN).
“Dahulu masa di universiti, dia adalah musuh saya, selepas itu jadi baik kononnya apa saya buat dia akan sokong tetapi lepas lihat ada kepentingan diri, lain pula jadinya,” katanya.
Dr. Mahathir bagaimanapun memberi peluang agar Ibrahim untuk mengubah pendirian daripada hasrat untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
“Mengenai kedudukan sebagai Penaung Perkasa, bila saya dilantik jadi penaung pun saya tidak tahu tetapi saya diisytihar menjadi penaung,” katanya. – UTUSAN ONLINE
– See more at: https://www.utusan.com.my/berita/politik/tun-mahathir-tetap-pertahan-dap-1.410772#sthash.gOGXVTgb.dpuf

***************

Adalah naif bagi Dr Mahathir untuk cuba mempertahankan DAP dengan mencanangkan kepalsuan golongan minoriti Chauvinis Cina ini akan akur dan menerima peruntukan Perlembagaan termasuk Hak Istimewa Orang Melayu.

Selama lapan tahun pasca PRU12 ini, dengan sedikit kuasa yang ada pada Chauvinis Cina DAP di Pulau Pinang dan Selangor, telah memaparkan bagaimana kepentingan orang Melayu termasuk hak istimewa telah sedikit sebanyak dinafikan.

Kepincangan percubaan Dr Mahathir ini seolah-olah beliau cuba menafikan realiti. Akar umbi DAP rata-rata sebenarnya sedar kepalsuan bahawa kerjasama dengan DAP boleh berlaku dan ianya untuk kebaikan rakyat Malaysia dan negara.

Dr Mahathir seolah-olah menafikan realiti mengenai sifat Chauvinis Cina dan  kebiadapan pemimpin dan ahli DAP, walaupun Raja Raja Melayu sendiri pernah menitahkan desakan dan permintaan golongan minoriti terutama Chauvinis Cina ini adalah ‘keterlaluan’.

PAS yang satu masa dahulu bersama DAP dalam Pakatan Rakyat kini telah meninggalkannya.

Dalam ucapan beliau pada 2013, Dr Mahathir berpendapat walaupun DAP “Akan bertimbang rasa, berlaku keadilan, tidak terlalu rasis, pada hakikatnya bila mereka berkuasa maka ini berlaku akan terjadi”. Beliau juga menggunakan contoh PAS sanggup untuk menjadi boneka DAP sleeps PRU12.

“Kalau orang Melayu mash lagi tidak sedar dan utamakan perasaan benci”, merupakan pesanan yang cellar dari mulut Dr. Mahathir sendiri.

Dr. Mahathir sendiri pernah menggelar Lim Kit Siang “Kit Siang adalah seorang rasis! Belum lagi jadi Kerajaan, dah tunjuk sikap bongkak!” sehinggakan disaman oleh mendiang Karpal Singh.

Untuk Dr. Mahathir berdalih, berbohong dan mengkhianat seorang pejuang perjuangan kepentingan Melayu yang setia kepada beliau sepanjang lapan setengah tahun ini dan sebaliknya mempertahankan Chauvinis Cina DAP, abdallah bukti kegilaan memuncak.

Ini sekaligus meletakan Dr Mahathir sebagai musuh yang lebih dasyat untuk menafikan kuasa orang Melayu sebagai majoriti.

Published in: on November 22, 2016 at 23:30  Comments (3)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2016/11/22/semua-kawan-gila/trackback/

RSS feed for comments on this post.

3 CommentsLeave a comment

  1. Yang tanya soalan tu jinggo. Photographer pentaksub ha ha ha …orang yang mulakan makan dedak dari agensi kerajaan

  2. It is not the fault of Mahathir but his thoughtless children, Zakir.
    Makan tahu kenyang keluarga rupanya.
    Maklumlah, Melayu yang mudah lupa kerana sombong merekalah celik agama.

  3. […] Menyalahkan pentadbiran dan Eksekutif sebagai dalang dalam undangan ini dibatalkan merupakan reaksi yang tidak bertanggung jawab. Ianya selari dengan segala apa yang tidak memenuhi selera beliau apabila mereka yang diharapkan, beralih pendapat dan kedudukan mereka keatas kegilaan apa yang dihajati oleh…. […]


Leave a comment