Forum ‘Kontrak Sosial’ Majlis Peguam: Tafsiran sempit dan fakta dimanipulasi

 

Penganalisa politik Dr. Farish A. Noor pagi ini menghina UMNO sebagai “Memomokan orang Melayu bahawa mereka diancam” agar parti nasionalis Melayu untuk terus mengamalkan politik “Memberi perlindungan kepada orang Melayu seolah olah orang Melayu ini binatang, yang sentiasa memerlukan perlindungan. Binatang ternakan (ayam, itik, kambing) perlu dilindung dan akhirnya akan disembelih”.

Beliau mengatakan demikian dalam pengulungan program Forum Kontrak Sosial anjuran Majlis Peguam di Auditorium Majlis Peguam, Lebuh Pasar, Kuala Lumpur. Beberapa ahli Pemuda UMNO yang hadir bangkit, meminta laluan cuba mencelah dan secara tegas menegur Dr. Farish yang dianggap keterlaluan dan ketelanjuran bahasa. Dr. Farish walaubagaimanapun tidak pula menarik balik atau meminta maaf.

Sebelum itu, beliau menegaskan bahawa kerakyatan warga Malaysia dan konsep sistem politik negara ini ditubuhkan adalah sebagai ‘maya’ (artificial). Maka ‘Kontrak Sosial’ yang diujudkan “secara maya” adalah alasan untuk mengekalkan konsep ‘bukan nyata’ (vague) seperti kewarga negaraan untuk menentukan bahawa rakyat mempunyai sifat ‘kekitaan’ (sense of belonging)”. Oleh itu, beliau menjelaskan bahawa ‘Kontrak Sosial’ boleh di’ubah semula’.

Dr. Farish yang kini Fellow Kanan Fakulti Sains Politik Rajaratnam Universiti Nanyang Singapura juga menolak bagaimana sistem politik Malaysia yang berdasarkan menjaga kepentingan dan menurut kaum yang beliau anggap sebagai ‘pemerintahan berpuak’ (sectarian rule).

Forum dimulakan dengan pembentangan kertas kerja oleh Dr. Mavis Puthucheary yang mengatakan sebenarnya UMNO tidak mendapat mandat rakyat seluruh negara untuk merundingkan ‘Kontrak Sosial’, yang beliau dakwa sebenarnya tidak ujud dan sengaja diada adakan. Konsep ‘Ketuanan Melayu’ yang pertama kali digunakan oleh Mantan Setiausaha Politik Perdana Menteri Ke II Dato’ Abdullah Ahmad (sekarang Tan Sri) di Singapura pada 1986 merupakan sesuatu yang sengaja diada adakan untuk menentukan kuasa Melayu pada UMNO terus relevan.

Beliau juga menegaskan bahawa konsep ‘Kongsi Kuasa’ yang diamalkan Kerajaan Perikatan, kemudian Barisan Nasional membatasi prinsip pemerintahan demokrasi. Oleh itu, ‘Kontrak Sosial’ sebenarnya tidak ujud.

Mantan MP DAP bagi Petaling Jaya Dr. Kua Kia Soong pula menegaskan bahawa “Ketuanan Melayu” merupakan imaginasi ‘politikus yang mengambil kesempatan’ (political carpet baggers) dan pejuang Kemerdekaan sebenar merupakan golongan berhaluan kiri seperti Independent Malayan Party, Angkatan Pemuda Insaf dan pengganas seperti Parti Komunis Malaya. British bersetuju memberikan Kemerdekaan Malaya kepada UMNO kerana mereka bersifat lebih pro-British. Parti Perikatan didakwa sebagai sesuatu yang diujudkan British dalam agenda Neo Colonialist.

British, yang memulakan penyusunan semula masyarakat semasa darurat melalui sistem ‘kampung baru’ (new village) disifatkan Dr. Kua sebagai ‘Kem Tahanan’ (concentration camps) dan merupakan agenda untuk menentukan orang keturunan Cina sentiasa dalam keadaan ‘dikawal’.

Dr. Kua masih lagi mempertahankan bahawa UMNO merupakan golongan ‘samseng’ (hoodlums) dan peristiwa berdarah rusuhan kaum 13 Mei 1969 merupakan angkara ‘samseng’ (hoodlums) dalam UMNO.  Peranan DAP menghina orang Melayu Kampung Baru pula tidak langsung disebut sebagai punca rusuhan itu. “Kuasa pada Melayu wajar dikurangkan dari masa ke semasa (Malay control should be reduced in time)” dan mengutarakan konsep “Malaysian, Malaysia”. Dr. Kua juga menyifatkan sistem yang diamalkan oleh pemerintahan yang diterajui UMNO sebagai ‘Fasis’ (Facist).

Pembangunan ekonomi orang Melayu selepas Merdeka pula disifatkan sebagai “Kelas Kapitalis Negara Melayu” (Malay State Capitalist Class), terutama selepas keujudkan MARA, Bank Bumiputra, Tabung Haji selepas Kongress Ekonomi Bumiputra I (1965) dan II (1966). Beliau juga membangkitkan mengenai ITM, program Asasi Sains UM dan Matrik USM.

Peguam terkenal Tommy Thomas, sebagai panelis ketiga tidak bersetuju dengan kedua panelis awal ini dan menjelaskan bahawa ‘Kontrak Sosial’ merupakan elemen penting (“Striking feature“) dalam Perlembagaan Tanah Melayu dan mencadangakan bahawa sejarah dikaji dengan perjalanan dan tafsiran yang betul. Peranan Raja Melayu dalam proses Kemerdekaan juga perlu diambil kira.

Beliau menyanggah hujah bahawa UMNO dan perikatan bersama MCA dan MIC tidak mewakili aspirasi rakyat Malaya. Perikatan yang mendapat mandat 51 dari 52 kerusi dalam Pilihanraya Umum 1955 dan undi popular 80% merupakan manifestasi jelas bahawa kerjasama akrab tiga pihak ini membuahkan ‘Kontrak Sosial’ yang dipersetujui antara Tunku Abdul Rahman Putra, Dato’ Razak Hussein, Dato’ Dr. Ismail Abdul Rahman, Dato’ Panglima Bukit Gantang Hj. Wahab dengan Tan Cheng Lock, Col. H.S. Lee dan V. T. Sambathan. Ianya merupakan sesuatu yang benar dan selesaian kepada kemelut isu isu tertentu setiap kaum, yang diterima British sebelum Kemerdekaan dicapai, termasuk soal kerakyatan kaum immigran. Proses  untuk mengesahkan kerakyatan juga dipermudahkan.

“Hanya sebab ‘Kontrak Sosial’ tidak boleh didefinisikan hari ini, tidak bermakna ianya tidak ujud (Just because Social Contract is undefinable today, doesn’t mean it did not exist)” dan memberi tafsiran  sebagai “Perundingan (tawar menawar) yang berjaya dicapai antara tiga kaum dibawah pemerhatian British (Bargain reached by the three communities under observation of the British)”.

“‘Roh Kontrak Sosial’ ujud yang (dimanifestasikan dalam bentuk beberapa artikel) dalam Perlembagaan Tanah Melayu merangkumi keperluan orang Melayu tidak diabaikan, tiada penindasan kaum, tiada pemecahan negara (partition) dan sebagai balasan, orang Melayu meminta Bukan Melayu memberikan taat setia tidak berbelah bagi kepada Negara”.

Thomas menjelaskan bahawa ‘Kontrak Sosial’ diperkukuhkan lagi dengan kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia dan ianya berlaku sedikit perubahan menjelang Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan pada 1971. Walaubagaimanapun, semenjak PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menerajui Kepimpinan, ancaman keatas ‘Kontrak Sosial’ makin ketara dan lebih banyak diperbincangkan.

Forum hari ini menyaksikan bahawa ada pihak pihak yang sengaja memutar belitkan fakta dan sejarah dan memberikan tafsiran sempit, menurut kepentingan politik dan aspirasi mereka, hanya kerana mereka menentang DEB dan mahukan konsep “Malaysian, Malaysia” menjadi teras utama program pembangunan ekonomi dan pengagihan kekayaan, sebagaimana yang mula mula diketengahkan PAP dan kemudian diteruskan DAP sehingga hari ini.

Published in: on June 28, 2008 at 15:41  Comments (36)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/06/28/forum-kontrak-sosial-majlis-peguam-tafsiran-sempit-dan-diputar-belitkan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

36 CommentsLeave a comment

  1. Hello dot.com

    Suprise…..suprise……malu. Yang Melayunya perli bangsanya sendiri.

  2. The rest of the world doesn’t care about the NEP and the “Social Contract”. Malaysia is already feeling the pressures of global economic forces and we should not waste time arguing about history.

    Instead of quibbling about how the economic cake should be divided and which BN crony gets the biggest slice, our politicians and economists should be more focused on making the cake even bigger.

    I will not live to see a Malaysian Malaysia in my lifetime, neither will my children, but it will happen, sooner or later. It will happen.

    Who cares about what the world think? This is purely about us and how we move forward!

    Looking and understanding history is very necessary before we can move forward. Some people just want to ‘rewrite’ history with the bended and biased interpretations, so that people who don’t understand history will have the wrong perceptions.

    Stop meddling with the NEP and let it do what it is supposed to do. When it achieved its obejctive and sooner we get there, sooner we can move forward. Till then, it stays and “Malaysian, Malaysia” will not happen. Ever!

  3. Dah melampau puak-puak ini bersuara atas nama kebebasan bersuara. Telah lama saya nyatakan agar kita menubuhkan satu parti yang benar-benar bersifat perkauman yang berpaksikan Melayu agar mereka yang bersuara di dalam forum ini faham apa sebenarnya rupa wajah parti yang bersifat perkauman seperti dap.

    Selama ini UMNO Plah beri muka banyak sangat maka ini lah yang berlaku. Ini lah dia sebenarnya agenda malaysian malaysia.

    Saya rasa sangat tercabar. Saya kena buat aduan kepada Sultan saya. Mengapa mereka ini bersifat seperti tetamu yang tidak tahu bersyukur dengan ihsan tuan rumah?

  4. Dalam pilihanraya pre merdeka (1956) Perikatan menang 51 dari 52 kerusi yang dipertandingkan. Majority yang dimenangi oleh UMNO, adalah lebih dari 2/3. Kalau UMNO hendak membolot semua kuasapun boleh tetapi UMNO tidak berbuat demikian. Fikirlah!

  5. Melayu yang konon-kononya pandai, yang dapat bekerja di Singa-pura2 menganggap kononnya merekalah yang paling pandai dalam dunia ni, dan bagi mereka Melayu di Malaysia amat memalukan Melayu di Singa-pura2. Namun itu mereka tidak dapat dan tidak kisah akan penindasan kerajaan Singapura terhadapa Melayu kelas pertengahan dan kelas rendah, secara lansung dan tidak lansung.

    Siapa yang silap? Kerajaan UMNO sekaranglah yang silap kerana memberi muka dan kebebasan mutlak untuk mereka bersuara dan naik tocang, atas dasar konon-kononnya kebebasan bersuara. Bagi kerajaan UMNO sekarang, kebebasan bersuara adalah hak pembangkang, adalah hak sepenuhnya kaum selain dari Melayu. Andaikata Melayu dan ahli UMNO bersuara, mereka akan digelar derhaka, pengkianat dan sewaktu dengannya, lebih-lebih lagi apabila Melayu mengkritik pemimpin UMNO! Inilah kebebasan bersuara pemimpin UMNO ketika ini (yang diterajui oleh KJ – melayu yang dibesarkan di Singa-pura2 dan di UK, yang tidak tahu akan keperitan dan survival sebenar orang Melayu!)

  6. Dalam pilihanraya pre merdeka (1955) Perikatan menang 51 dari 52 kerusi yang dipertandingkan. Majority yang dimenangi oleh UMNO, adalah lebih dari 2/3. Kalau UMNO hendak membolot semua kuasapun boleh tetapi UMNO tidak berbuat demikian. Fikirlah!

  7. Tangkap sahja penganjur forum ini digawah ISA, bersama dengan speaker-speaker yang obviously has been indoctrinated and brain washed by Lee Kuan Yew’s DAP. Hantar mereka ke Kamunting duduk berehat seketika selama dua tahun.

    Kurang ajar Farish ni nak samakan orang melayu macam binatang pula. Pak Menteri Syed Hamid mesti ambil tindakan tegas takut-takut forum begini yang dianjurkan oleh Bar Council akan membawa kepada perpecahan kaum.

    Bar Council ini apa punya council? Legal council ke? NGO? Human Rights? Parti politik? Bar Council should look after public complaints against errant lawyers who cheat their customers of their saving and absconded and other commercial frauds. Leave politics to the politician lah.

  8. well, everyone is entitled to their opinions. it is not that whatever was discussed will happen. umno still has the government and the political power in their hands, so why worry. let people say what they want to say. the more important thing now is to find a true leader that will bring umno forward in the changing times. tunM’s wisdom should be taken advantaged of and not cast aside. we are all aware of the sectarian politics within umno itself and that is more worrying than what an academician says. when umno unites, they will be strong enough to face the rest of malaysia and they can implement policies that will further improve the lives of the malay. internal squabbling doesn’t help anyone.

  9. Sangat setuju dengan Eddy Said,

    “Bar Council should look after public complaints against errant lawyers who cheat their customers of their saving and absconded and other commercial frauds. Leave politics to the politician lah”.

    Nak tambah – Mengenakan bayaran ikut sedap hati aje..

  10. What is the difference between yogurt and the Malaysian Bar Association?

    Yogurt has culture.

  11. It’s so appropriate that the Bar Council should rename themselves Bar(-ua) Council.

  12. apsal aku rasa yg tommy je yg setuju dgan kntrak sosial..sape dia neh walaupun bukan melayu sokong kontrak sosial..melayu bodoh farish boleh x sokong lak..aku ras dia orang sume kena belajar sejarah kat sekolah balik ni..tu la masa sekolah x nak belajar..dah besar menyusahkan orang!!!

    Tommy Thomas ialah peguam. Dia bagi hujah ikut fakta.

    Dr. Kua ialah orang politik DAP, walaupun kini mengaku menjadi akademia. Dr. Puthucheary and Dr. Farish ialah penganalisa politik, tetapi mempunyai kecenderungan anti UMNO.

    Itulah beza hujah mereka.

  13. BD,

    Latest:

    Police report lodged by PKR aide alleging sodomy by DSAI.

    DSAI issued statement that it’s all conspiracy.

    Who actually gain from this? Certainly not UMNO…

    Kalau Sekali Mungkin Konspirasi
    http://umnodu.blogspot.com

    Yes, I know. Thanks. Been informed about it since 930pm. Not able to thread on it just yet because contradictory reports saying that this Saiful Bahri was forced to make the Police report.

    Lets see developments.

  14. Kepada bangsa bangsa yang tak sedar diri…

    Malaysianya kita sebab tiga benda:-
    1)Islam 2) Melayu/Penduduk watan 3) warisan

    Wahai cina cina Malaysia..ada sekadar memenuhi syarat ketiga..

    Tak kan menjadi persoalaan bagi saya jika seorang cina muslim itu menjadi perdana menteri. kerna memenuhi syarat pertama.

    Seorang melayu indon yang baru sehari ditauliahkan wargenegara malaysia bagi saya lebih malaysia dari seorang cina beranak di malaysia dari 7 generasi yang lalu..sebanya malaysia adalah sebahagian dari ‘Tanah Nusantara'(memenuhi syarat kedua)

    Anda pula..hanya memenuhi syarat ketiga. Syarat yang baru diwujudkan ketika kemerdekaan. Faham sekarang? Jadi janganlah dok besar kepala.

    Hanya pandangan peribadi. Aan

  15. Dr. Farish Noor itu mungkin tidak pernah dapat apa-apa manfaat daripada DEB, maka dia ada hak untuk bukan sahaja mempertikaikan perkara-perkara asas sejarah negara bahkan menghina seramai lebih 3 juta orang yang berdaftar sebagai ahli Umno. Bukan rahsia lagi bahawa Dr. Farish Noor adalah orang Anwar Ibrahim dan boleh jadi sewaktu dengan Anwar sendiri. Apa yang disuarakan oleh Dr. Farish Noor itu adalah lambang akal budinya yang walaupun telah bergelar Dr. tetapi masih tidak boleh membuat pertimbangan untuk memilih perkataan yang sesuai sebagai seorang yang madani. Penggunaan perkataan-perkataan menghina itu di hadapan khalayak ramai bukanlah sikap seorang yang mempunyai akal budi yang luhur walau neraca bangsa atau agama mana pun digunakan untuk menilainya.

  16. Kerajaan amabik tindakan paling tegas!!!!!!!!!!!

  17. Earish noor, pastikan anda tidak muncul dihadapan aku, naas nanti!!!!!!

  18. 1. The Malaysian Bar Council’s interference/ involvement in the country’s politics should be neutralized, after which if failed the Government should proceed with the next alternative mission – seek and destroy …….oops better still annihilate. We have now Hyde Parks organized the MBC.

    2. The promiscuous behavior of the MBC should be left to the defecto law minister to handle. If Zaid Ibrahim is not being able to so within the month due to his close associated with MBC, he should resign and be replaced a hard liner. Similarly, PM should with immediate effect pronounce the death of all his reforms which have directly and indirectly have contributed MBC (read as its errant members) and their kind to have caused all the political uncertainty otherwise he will share the same fate with Zaid. UMNO cannot remain silent instead UMNO should demonstrate its radical stand, no more pussy, pussy talk. Enough is enough; blaze away the smoke screen of political MBC! So thumbs up for Muhyidin Yasin who wants the Home Ministry to disallow open forums discussing the social contract and Ketuanan Melayu.

    3. The MBC should also be neutralized from inside i.e by its members who do not subscribe to its promiscuous behavior on such issues as Malay Rights and Islam in relation to those provisions enshrined in the constitution by aggravating the organization. I agree with Dr Mohd Ali Rustam and Hishammuddin Tun Hussein stand as per Utusan Melayu. Other legal (law) organizations and Malay based NGO should also come forward to suppress MBC.

    4. If MBC is being politicized by its members, there is no reason for the MBC not be neutralized politically from within and outside MBC. Interference/ pressure from foreign elements and the political based parties promoting Malaysian Malaysia or Ketuanan Rakyat would be enormous, so what, when the Melayu and their rights are being questioned derogatory and repeatedly causing insult, despise and hatred. Thus the need of Malays NGO’s and MSM and alternative media to come forward and blow up the issue. Funny I could find any write up on this in Sunday Times, for sure under Kali the paper has lost its priority covering instead “Khairy eyes top Youth post”= Bull shit!

    5. I lost my temper in reading Star’s comment on the discussion:
    Ms. Pundekcherry has wrongly interpreted “the notion of ketuanan Melayu, advanced by certain groups in Umno to give credence to their view that it is the only party able to protect Malay interests, had been shattered on March 8.” On that date to me and many others, it was PM and his SIL who were shattered. The Malays can be united again easily under Ketuanan Melayu the moment those two are replaced. So guys, any one wants her cherry up for grabs?

    Mr Kua sees only from his prospective of Malaysian Malaysia, let him believe in his fantasy world; he and his type will never endorse Malaysia for what it is today.

    Tommy Thomas has a short memory when he suggested that “the March 8 election results showed that voters had had enough of Umno’s uninterrupted power over the years”. What about in the GE 11 results just past 4 years before then? The main difference being PM, SIL and 1st family decimated BN and UMNO; Tommy need not be discrete about his love for PM to stay longer in office to ensure credence to his believes! Whose corporate work are you legally advising now, Tommy?

    I support Dr Farish remarking “It is UMNO that thinks if there is no UMNO, Malays will die. But we have seen that even without UMNO, Malays continue to live.” I would not disagree with Dr. Farish but with a different perspective “UMNO is just a party whose strength depends on the members sharing its ideals and visions”. PM has failed to just do that in his blindness to leave a legacy of nepotism and cronyism albeit the 1st family’s plundering while clamoring “support the President, not UMNO”.

    It should be noted that Dr Farish and Thomas shared the belief that “the social contract was real and was redeemable, even as it was being constantly challenged, re-interpreted, revised and recontextualised”. However, Dr Farish said the entry of religion into politics had put a strain on the social contract.
    Irrespective to Dr Farish remarks, I would believe that if any changes to the social contract, it is the Malays through UMNO to decide what and when (as purported by Mukhriz) and I don’t see it coming during my lifetime for inequality will always exist, every where and every moment for Man to submit to His Will lest the world will come to an end; that’s Allah’s decree.

  19. Salam,

    Kita kena belajar cara Arab memerintah. Kaum lain bebas boleh berniaga/mewah/boleh hidup senang di tanah arab tetapi tidak boleh sentuh agama dan bangsa arab itu sendiri. Bab ini mereka cukup jaga. Jangan bermimpi hendak mempersoalkan bangsa mereka. Ketuanan Arab cukup hebat.

    Presiden Kelab Malaysia
    Kingdom of Bahrain

  20. FCUK those bloody arrogantly-stupid racist bar council whose only aim is to push the Malays – ain’t that PURE RACISM?

    FCUK those bloody stupid bar council who they themselves do not know Malaya’s history as their ancestors were the ignorant coolies of the British -who btw, were Very Grateful to the Malays for GENEROUSLY letting them be citizens of this peaceful, moderate nation!

    FCUK those bloody selfish bar council who not only are they NOT Loyal to Malaysia, they CAN’T even speak Malay, the National Language!! – and now, THEY got the cheek to question the Malay’s standings & RIGHTS in this Malay Heartland of the Malay Archipelago??

    => What a SELFISH bunch of UNGRATEFULS!

    HIDUP MELAYU DI TANAH MELAYU!

  21. Salam BDDC,

    Your last statement of, “konsep “Malaysian, Malaysia” menjadi teras utama program pembangunan ekonomi dan pengagihan kekayaan, sebagaimana yang mula mula diketengahkan PAP dan kemudian diteruskan DAP sehingga hari ini.”,
    I’d like to highlight that the person yang mula-mula mengenengahkan concept Malaysian Malaysia adalah Dato’ Onn Ja’afar.

    PAP hanya meniru concept Dato’ Onn itu & memutarbelitkannya sedikit sebanyak untuk meraih sokongan kaum Cina terhadap parti itu (yang baru memasuki Malaysia pada tahun 1963) pada General Election tahun 1964.

    Pada General Election 2008 baru-baru ini, concept Malaysian Malaysia yang dicetuskan oleh Dato’ Onn Ja’afar itu telah sekali lagi diambil kesempatan; sekarang oleh parti DAP (serpihan PAP), sebagai strategi untuk meraih sokongan terhadap Pakatan parti pembangkang pada GE 2008.

    Concept Malaysian Malaysia Dato’ Onn itu (sekarang telah diubahsuai) sesuai digunakan dalam keadaan perpaduan kaum yang lemah – seperti dalam zaman pemerintahan PM Badawi dewasa ini.

    Sekian.

  22. RACISM AT IT’S BEST! tahniah majlis peguam!

  23. Bar Council is Racist Group. Being too much involved in politics and interfere with executives and monarchy.

    HIDUP MELAYU DI TANAH MELAYU! THE MALAYS HAVE AWAKENED.

  24. Teruskanlah perangai macam ni, dan kemungkinan besar BN akan ditendang keluar di pilihanraya akan datang. Ini jika UMNO & MCA tidak meletup dulu akibat perang saudaranya.

    You don’t understand the new generation of Malaysians…

  25. […] mahu berbicara tentang forum tersebut kerana anda boleh membaca laporan lengkapnya daripada blog Thirteen Million Plus Ringgit. Memang […]

  26. Salam jua kepada semua Muslim…Non~muslim selamat pagi…kita banyak merobek faktor sejarah dan mentafsir sendiri dengan akal yang ada …ilmu yang sedikit kita kaburkan bangsa dengan bahasa gajah…kita lunturkan kain yang putih menjadi kelabu sedangkan kain yang ada itu telah putih berseri lagi suci…salam salam kaseh sayang

  27. selalu bermain dengan bahasa politik membuatkan mereka kabur atau buta kepada realiti. apa agaknya orang spt ini fikir demi kepentingan sendiri!?

    belajarlah untuk menerima bahasa sejarah demi masa depan sendiri. jika tidak ia akan menjadi kemarahan rakyat yang dibesarkan dalam suasana harmoni dan ditinggalkan turun temurun nilai-nilai murni, budaya, agama & rasa hormat.

    bangsa melayu, berpantang ajal sebelum maut!

  28. […] tidak pernah mengkaji dan merungkai sejarah yang sedia ada? Hinggakan orang kita sendiri (melayu) membandingkan kita dengan binatang!? […]

  29. Farish Noor !!!!
    Putu(mayam)cherry!!!!
    KK (ber)Siong !!!!!
    BANGSAT KAMU SEMUA !!!!!!!!

    Betapa susahnya tok nenek aku dulu hendak meletakkan kamu dimana kamu berada sekarang ????????
    Betapa tok nenek aku dulu berjuang bermati-matian dan berkorban agar BANGSAT-BANGSAT macam kamu semua boleh hidup senang-lenang sekarang ??????

    Kami tak harap satu sen pun duit kamu kerana kami tahu bagaimana liciknya kamu mencari rezeki. Kamu boleh kata orang lain korup sana sini, tetapi sedarkah kamu rezeki yang kamu dapat itu adalah atas kesusahan orang lain, atas peraturan yang dicipta oleh kafir-kafir keparat !!!!!!

    Buat kerja kamu baik-baik, cari rezeki secara halal !!Apa bezanya kamu dengan Zaid tu !!!!!!

  30. Hm, kena ajar skit diorang nih. Siri2 kebiadapan mereka harus diberi perhatian serius oleh kerajaan. Bukan sibuk bergaduh sesama sendiri. Bangang wal bengong!

  31. […] of power convict Anwar Ibrahim for obvious narrow political reasons. Then in June, they held the highly controversial ‘Ketuanan Melayu’ forum; having to openly but narrowly discuss the fundamental of the agreement between the major ethnic […]

  32. Mmg si laknat ber dua tu tak tau sejarah tanah air, cuba jadi jaguh untuk mengadai tanah air sendiri. JUST BE LIKE ARAB COUNTRY SPECIFICLY UAE, THEIR CITIZEN IS MINORITY IN THEIR SOIL, HOWEVER THEY ARE PROUD TO CONTROL THEIR SOIL. NOBODY CAN CHALLENGE ISLAM LAW/REGULATIONS THOUGH THERE MORE THAN HALF OF THE POPULATION (EXPAT) ARE NON MUSLIM. THEY CAN DO THE BUSINESS AND WORK THERE HOWEVER COUNTRY LAW NEED TO BE STRICTLY FOLLOWED.

    I AM PROUD TO SEE THE EMERATI BEING GIVEN 1ST PRIORITY SERVICES I.E AT THE BANK, ANY COUNTERS AT GOVERNMENT AGENCIES. NOBODY CAN DISPUTES THE TREATMENT THAT THEY GET OR HAVE.

    JADI KAT MALAYSIA KITA SEPATUTNYA IKUT MACAM KAT UAE, KALAU PERSOAL TENTANG HAK MELAYU, PENJARA OR LUCUTKAN KEWARGANEGARAAN. LET THEM FIND A GOOD PLACE BETTER THAN MALAYSIA. KALAU INDIA KE SINGH PERGI JAHANAM HIDUP KAT INDIA DENGAN KASTA SYSTEM. KALAU CINA BALIK KE NEGARA NENEK MOYANG MEREKA, BARU DIA TAU MACAM MANA KEADAAN. ATAU PERGI JER KE USA YG PENUH PREJUDICE KAT BANGSA ASIA. BOLEH LAH MEREKA HIDUP AMAN. KALAU BUAT KECOH DI SANA TAU LER NASIB MEREKA.

  33. haha
    your ancestor getting sadder every day..

    eversince our malays put their hand on foughting the war of our indipendence
    the chinese and indian are well protected by their british owner..when we malays are shouting for tanah melayu rights

    the indians and chinese only concerned about their homeland..

    so..what else is it they want??

    it is malaysia who must concerned about melayu
    like melayu used to care about tanah melayu..

    i guess the long lost warrior of our nation would be so much sad to hear that they grandson..

    try to take away what their fighting for..and to comfort other races..

    that live in comfortness

    dulu kini dan selamanya..

  34. […] from their attempts on “intelectual discourse”, like the one about ‘Ketuanan Melayu and Social Contract’ forum in June. Anwar, who is vying back into Parliament, have riddiculous hopes of forming a Government […]

  35. […] via series of ‘intellectual discourse’ NGOs beginning to organise and openly look into ultra sensitive matters such as ’social contract’. Many antagonists used these platforms as a mean ‘”towards builing Malaysia into a […]

  36. leh tak terangkan tentang
    perlembagaan malaysia merupakan asas pembentukkan negara
    send to my email please
    knights_rider89@hotmail.com


Leave a comment