Parti waris Ulama tuduh Ulama berbohong?

Parti Islam Se Malaysia (PAS) yang mendakwa sebagai ‘pewaris nabi’ atau ‘pewaris ulama’ hari ini menuduh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berbohong. Ini kerana mereka mendakwa tidak pernah mendekati Ulama tersohor itu menjadi orang tengah dalam cadangan agar UMNO sebagai parti nasionalis Melayu duduk berbincang dan berunding dengan PAS, demi kepentingan bersama orang Melayu dan Islam.

Dua Naib Presiden PAS Dato Mahfudz Omar dan Salahuddin Ayub menafikan bahawa PAS memberikan kebenaran agar Tan Sri Harussani bertindak sebagai orang tengah untuk membawa kedua musuh politik itu duduk berama dan berunding.

Laporan Utusan Malaysia:

Harussani jadi sasaran kritikan pembangkang

IPOH 19 Julai – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang berusaha menyatukan orang Melayu menjadi sasaran kritikan pemimpin Pas dalam ceramah yang diadakan di Kampung Pasir Putih Tambahan di sini malam tadi.

Harussani dituduh mahu mencampuri urusan politik sedangkan beliau adalah mufti yang bertanggungjawab terhadap hal-hal yang berkaitan agama.

Perkara itu dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad yang menggesa Mufti Perak tersebut menghentikan usahanya itu.

“Mufti ini pelik bercakap pasal Melayu, bukannya bercakap mengenai Islam. Kalau nak bersatu, UMNO kena bersatu dulu. Dalam parti dia berpecah-belah. Tengok apa berlaku di Sungai Petani dan Setiu,” katanya.

Menurut Idris, Harussani tidak perlu menjadi orang tengah kerana Pas tidak mahu bekerjasama dengan UMNO dan mendakwa dasar parti itu bukannya berasaskan Islam.

Sebaliknya, katanya, Pas mahu terus bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana mereka mempunyai persamaan menentang rasuah dan memperjuangkan keadilan rakyat.

“UMNO tak lawan rasuah, DAP menentang rasuah. Nak bekerjasama macam mana? UMNO tak memperjuangkan keadilan untuk rakyat tapi PKR memperjuangkan keadilan rakyat. Nak bersatu dengan mana?” katanya.

Berucap di hadapan kira-kira 100 penyokong, Idris menegaskan, Pas tidak akan bersatu dengan UMNO secara politik kerana kepemimpinan parti tersebut telah menyatakan akan terus komited dengan pakatan pembangkang.

************************

Inilah sebenar benarnya sikap dan hati budi pemimpin PAS yang menggunakan tindakan sebagai pembohongan atas menegakan agenda ‘Membangun bersama Islam”. Apakah menuduh seorang ulama yang mengerjakan proses bagi orang Islam untuk berunding bagi kerjasama dan penyatuan orang Islam, demi kepentingan warga majoriti rakyat Malaysia seluruh itu sebagai ‘PEMBOHONGAN’?

Apakah Tan Sri Harussani adalah jenis pemimpin yang tergamak berbohong?

Kerjasama dan penyatuan orang Melayu dan Islam merupakan tindakan waras yang mana mana pemimpin ugama sekalipun dianggap akan berusaha untuk lakukan, kerana tiada lebih mengancam keutuhan sesuatu masyarakat melainkan perpecahan dan pertelagahan yang berpanjangan. Maka Tan Sri Harussani sebagai penasihat ugama rasmi kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak bertindak untuk berusaha untuk menentukan agar perpecahan ini dihentikan dan proses penyatuan dan kerjasama diusahakan. Maka perundingan ialah langkah pertama untuk merapatkan kedua dua parti politik untuk duduk semeja dan kedudukan beliau sebagai pemimpin ugama yang neutral merupakan platform terbaik untuk menjadi ‘orang tengah’.

Apakah jika dikaji kewibawaan seseorang pemimpin, maka integriti Salahuddin dan Mahdudz lebih baik dari Tan Sri Harussani?

Tidak mungkin! Sah. PAS tergamak BERBOHONG demi politik. Pemimpin PAS tergamak menafikan bahawa Tan Sri Harussani cuba untuk menyatukan orang Melayu dan Islam dengan memfitnah beliau berbohong. PAS lebih rela melihat orang Melayu berpecah dan dalam keadaan bertelagah kerana mereka meraih kekuatan politik melalui ‘politik membenci’ dalam kekeliruan yang mereka sendiri jana.

Hari ini PAS merupakan kekuatan sandaran politik orang Melayu kepada parti seperti Chauvinis Cina DAP (yang amat memerlukan undi orang Melayu kerana kemampuan mereka meluaskan kuasa adalah diragui kerana mereka sudah sampai ketahap tepu dalam kawasan majoriti Cina) dan parti-tanpa-jentera PKR memerlukan undi Melayu atas pagar bagi pemimpin-tanpa-parti mereka Anwar “Mat King Leather” Ibrahim terus popular, berdasarkan ‘politik kebencian’ dan kekeliruan yang dijana.

PAS tergamak berbohong mengatakan Tan Sri Harussani berbohong semata mata agenda menentukan rakan kongsi Pakatan Rakyat terus mendapat sokongan orang Melayu.

Published in: on July 20, 2010 at 00:08  Comments (7)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/07/20/parti-waris-ulama-tuduh-ulama-berbohong/trackback/

RSS feed for comments on this post.

7 CommentsLeave a comment

  1. merepek la mufti perak tu. kalo sume sokong PAS. xda nya hilang kuasa melayu. UMNO lwn PAS. bukan UMNO lwn DAP.

    • Kalau saya ubah sikit apa yang awak tulis. “betul la mufti perak tu. kalo sume sokong UMNO . xda nya hilang kuasa melayu. PAS lwn UMNO . bukan PAS lwn DAP.

      Apa macam?

      mohamed

  2. khairul…

    Kenapa awak kata mufti Perak itu merepek?

    Menolong untuk perpaduan itu sesuatu yang merepek?

    ~ OnDaStreet

  3. sekurangnya2 wuduk mereka tak kering macam saya..
    mereka memilih untuk beramas tamas dgn wanita..huhu

  4. Apabila seseorang itu sanggup berkawan dengan syaitan sudah tentunya orang itu akan mempunyai banyak persamaan tentang sifat dan perangai dengan syaitan.Termaklum bahawa syiatan ini sifatnya amat jahat dan keji.Kerjanya sentiasa berusaha untu menipu dan mengkhianati manusia.Membohong dan menabur fitnah adalah mainan mereka.

    Mengikut Nik Aziz,parti PAS sanggup berkawan dengan syiatan dan kini parti itu telah bersengkongkol dengan parti kafir laknatullah yg telah bersumpah akan menentang penubuhan kerajaan Islam, dan sentiasa memusuhi orang Melayu.Mutlamat dan misi syiatan adalah sama dengan misi parti DAP,iaitu menentang Islam.

    Rumusannya ialah puak PAS ini mempunyai banyak persamaan sifat dan perangai dengan syaitan.Dan mereka ini memangnya telah didorong dan diperdayakan oleh syiatan supaya berkerjasama dengan kaum syiatan dan yg sejenis dengan mereka untuk sama-sama menghancur dan memusnahkan bangsanya sendiri yg beragama Islam.

    Jadi tidak hairanlah jika kita dapati puak-puak mereka ini begitu lantang mengkritik dan mengutuk Mufti Perak,seorang ulama yg begitu bersungguh dan ikhlas untuk melihat bangsanya bersatu padu dan sekali gus memperkuatkan lagi agama Islam.

    Kita semua kena faham tentang keadaan ini, dan tidak perlulah kita mengambil pusing tentang apa yg dikatakan dan dilakukan oleh puak dajal ini.

    Hanya apabila berlaku bencana dan kerusakan kepada negara dan bangsanya barulah mereka ini mula sedar tentang mainan dan tipu daya puak-puak syiatan dan kaum yg sejenis dengan mereka.

    Askar Tua

  5. Bila seorang mufti bersuara tanpa apa-apa kepentingan , maka ketakutan laa syaitan-syaitan ini . Malah semabahyang mereka selama ini pun , hati mereka akan membenci dan memfitnah mufti tersebut . Aku tak dapat nak kata apa laa dengan orang macamni . Agama pun dipermainkan dan anak bini mereka menjadi judian bai’ah. hrmmmm

  6. […] Dalam kenyataan terbaru Salehudin Ayub dan Mahfuz Omar, mereka menghentam Tan Sri Harussani kerana ‘mencampuri urusan politik’ dan beliau ‘hanya mufti yang bertanggungjawab urusan agama sahaja’. Pelik, Haji Hadi yang berkata kita tidak perlu jadi Nasrani atau Yahudi tetapi kita tidak Islam jika kita kata politik lain agama lain. Sekarang apa sudah jadi? Baca sini […]


Leave a comment