Siapalah kami tanpa mereka….

Dewasa ini Lidah Pengarang Utusan Malaysia memberikan penghargaan kepada blogger pro-Kerajaan dan UMNO secara terbuka dan langsung. Bermula dengan artikel Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia pada Ahad 27 November 2010 mengenai bloggers dan pagi ini, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Dato’ Zaini Hassan dalam ruangan Cuitnya.

Jika bloggers mesra–kerajaan beralih kiblat?

Oleh Zaini Hassan
Sebahagian bloggers mesra–kerajaan yang menghadiri forum di Petaling Jaya, baru-baru ini.

MALAM Rabu minggu lalu saya berpeluang menemui para blogger mesra-kerajaan yang hebat-hebat dalam satu forum di Petaling Jaya. Mereka merupakan blogger yang berhempas-pulas siang dan malam menyajikan pelbagai maklumat bagi membantu kerajaan, UMNO, BN dan orang Melayu.

Bahan-bahan dalam blog mereka cukup kuat. Siap dengan gambar, grafik dan fakta-fakta yang cukup mengkagumkan, yang media arus perdana – akhbar-akhbar, radio dan televisyen – gagal melakukannya (lagi).

Sebagai wartawan akhbar yang berkecimpung dalam bidang kewartawanan konvensional melebihi 20 tahun, saya melihat revolusi para blogger pasca reformasi 1997/98 ini berupaya memporak-perandakan subjek mereka. Dalam dunia propaganda dan perang psikologi media di Malaysia, mereka ini cukup bernilai.

Bagi saya, yang menjadi ahli panel forum malam itu, mereka sebenarnya ialah penggerak utama (the prime-movers) dalam peperangan siber di negara ini. Diakui pada sebelum, ketika dan selepas reformasi itu dulu, kemunculan mereka ini cukup memudaratkan kerajaan memerintah.

‘‘Saya sebagai penggerak laman web Mahazalim serta Mahafiraun ketika itu berjaya memporak-perandakan pemikiran rakyat terhadap Mahathir,” kata Anuar Md. Nor, blogger yang kini menggerakkan blog UMNO Reform atau pembaharuan UMNO yang mesra-kerajaan.

Malah, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri pernah mengakui kekuatan media baru itu. Pemikiran rakyat ketika itu — sama ada faktanya sahih atau tidak – telah dibentuk oleh media tersebut.

Persepsi rakyat terhadap kerajaan, para pemimpin parti, UMNO dan BN ketika itu, dicorak oleh mereka. Bagi yang tidak boleh mencapai siber, bahan-bahan daripadanya dicetak dan diedarkan ke seluruh pelosok bandar dan kampung.

Revolusi wartawan siber ini telah diwujudkan dengan begitu cepat dan amat menarik sekali. Mereka berupaya merunsingkan semua pihak.

Namun sebagai pemimpin bijak, Dr. Mahathir ketika itu tidak kalut. Malah beliau mewujudkan koridor raya multimedia bagi memberi ruang yang lebih luas bagi medium baru ini berkembang.

Hari ini peranan blog kewartawanan baru itu menjadi satu fenomena. Ia amat penting dalam perang propaganda politik dan sosial di negara ini. Dr. Mahathir sendiri melalui chedet.com berkecimpung menulis melalui laman siber itu. Blognya adalah blog paling popular di negara ini.

Tapi siapa prime-movers yang dimaksudkan itu? Mereka boleh ditentukan dalam beberapa kategori. Jika diikut format blog Rocky‘s Bru (yang dianggap oleh para bloggers mesra-kerajaan sebagai penghulu mereka), ia terbahagi kepada yang utama; Journo-Bloggers, Socio-Political (So-Po), So-Po Anonymous (penulisnya tidak dikenali), Politicians (Ahli-ahli Politik), Blog Gambar dan lain-lain.

Journo-Bloggers sendiri terdiri daripada wartawan dan bekas wartawan media konvensional yang menulis blog di atas kapasiti peribadi. So-Po pula terdiri daripada pelbagai pihak termasuk para profesional dan bergerak aktif meluahkan perasaan dan mendedahkan fakta-fakta yang cukup mengancam. Antaranya Zakhir Mohd atau Big Dog melalui blognya Thirteen Million Plus Ringgit, Syed Azidi AlBukhary melalui blognya yang cukup anti pemerintah dulu, Sheih Kickdefella.

Begitu juga dengan Syed Akbar Ali melalui blog OutSyed The Box – yang analisis terbarunya cukup analitikal dan tidak termampu ditulis oleh wartawan akhbar arus perdana (sekarang).

Beliau menggarap corak pemilihan DAP secara cukup menarik. Bagaimana Teresa Kok dipilih sebagai Pengerusi DAP Selangor – walaupun corot di tempat kelima ke bawah. Sayang sekali tulisan seperti itu tidak dapat dilakukan oleh wartawan akhbar dengan cepat. Syed Akbar – seorang bekas ahli bank, lulusan luar negara dan kini berniaga kedai emas – berjaya membuat analisis mengalahkan wartawan Utusan Malaysia sendiri!

So-Po Anonymous (yang tidak berselindung lagi dan mulai dikenali) seperti Parpu Kari melalui House PK merupakan blogger terhebat memainkan peranan mempertahankan kerajaan semasa daripada pihak pembangkang. Parpu Kari kini berada di tempat ke-3 paling popular mengikut ranking Alexa untuk blog dan portal politik sehingga 28 November ini.

Begitu juga Ruang Bicara Faisal atau rbf online (ranking ke-10), cukup berbisa dengan berita dan analisis sempoi warna-warni politik semasa.

The Unspinners (ke-6), yang kononnya merupakan sekumpulan bloggers yang tidak dikenali juga memainkan peranannya yang tersendiri. Juga Jebat Must Die yang baru-baru ini menggarap secara bersiri dengan begitu detail dan akademik peristiwa di sebalik Tragedi 13 Mei.

Tabik juga kepada Husin Lempoyang, seorang blogger yang cukup kritis pemikirannya. Juga blogger Apanama serta Lydia USM (Lawyer Garang) yang cukup garang dengan coretannya.

 

 


Blog GAP atau Gerakan Anti-PKR yang diasaskan oleh seorang bekas hardcore ahli PKR yang taksub kepada Anwar Ibrahim dan kini berpatah arang 360 darjah. Ia kini berkedudukan ranking ke-5 paling popular.

Tidak ketinggalan blogger foto Minaq Jinggo yang berjaya merakamkan gambar bersejarah Nik Aziz membahagi-bahagikan wang kepada pengundi di Galas. Gambarnya dipetik oleh Utusan Malaysia dan menjadi panas selama kempen itu berlangsung. Pas akhirnya kalah di situ.

Itu hanyalah sekadar yang tersebut. Banyaklah lagi yang tidak tersebut. Banyak yang akan berkecil hati kerana nama-nama blog mereka tidak tersebut. Yang nyata mereka ini terlalu hebat. Bahan-bahan berserta analisis mereka cukup membantu kerajaan daripada tekanan dan serangan pihak pembangkang, yang juga mempunyai jentera siber yang cukup konsisten, terancang dan sistematik.

Dalam forum itu saya membangkitkan satu persoalan: ‘‘Bayangkan sekiranya anda semua yang berada dalam dewan ini swing atau berpatah balik ke sebelah sana (pembangkang), apa akan jadi kepada kerajaan, UMNO, BN, PM…?”

Apa akan jadi jika Anuar, Parpu Kari, GAP, RBF, Kickdefella atau Syed Akbar, Big Dog (yang terlalu kuat UMNOnya) berpatah mengasak kerajaan…???

Semua dalam dewan itu terdiam. Penganjurnya dari pihak kerajaan juga turut terdiam. Para bloggers sebenarnya amat pasrah. Mereka yang saya panggil sebagai penggerak utama propaganda itu sebenarnya amat berkecil hati. Mereka mengadu tiada siapa yang mengambil berat terhadap mereka. Tiada siapa yang mengkoordinasi mereka.

Semasa berdialog mereka merungut. Mereka memberontak. Ada yang diam kerana memikirkan perjuangan menentang sebelah sana amat mustahak sekali. Tapi sampai bila mereka boleh bertahan?

Peranan mereka dipandang sepikah? Bukan semua mereka bekerja tetap, profesional atau berniaga emas seperti Syed Akbar. Yang gagal bertahan akan tutup kedai.

Blog AIDC yang hebat menghentam pembangkang hampir-hampir mati (sudah mati pun) kerana tiada bantuan. Kos untuk mengekalkan jentera pelayarnya sahaja sekitar RM26,000 sebulan. Siapakah yang menjaga mereka?

Apakah pihak-pihak tertentu sedar perkara ini?

Bukan tujuan saya untuk mendapatkan atau mencari jawapannya. Kita sedar pihak tertinggi ada bertemu mereka. Tapi mana susulan (follow-up)? Mereka juga manusia yang mempunyai perasaan dan perlu makan.

Cuba bayangkan jika esok mereka beralih kiblat?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Perhargaan ini adalah melengkapkan kedudukan kami berjuang dalam alam siber, terutama medan bloggosfera sosio-politikal. Sepanjang 2008-9, kami di BigDogDotCom menerima pukulan terus dan langsung kepada blog pro-Pembangkang dan tekno-anarki Malaysia Today. Ini kerana pada 23 Jun 2008 kami berjaya mendedahkan niat jahat Pengarang dan Pengendali Portal Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dengan memaparkan surat akuan bersumpah (statutory declaration) bertarikh 18 Jun 2008 mengenai kunun kunun Datin Seri Rosmah Mansor terlibt dalam pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibuu. Akibat pendedahan ini, Polis telah menyiasat Raja Petra dan beliau telah didakwa kerana memfitnah berniat jahat.

Raja Petra ini telah melarikan diri keluar negara dan sedang diburu pihak berkuasa kerana gagal menghadirkan diri dalam perbicaraan. Kami juga yang menengahkan pembohongan Raja Petra dengan mengunakan nama baik DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dalam artikel Malaysia Today “What the eye does not see(Artikel ini telah dikeluarkan dari Malaysia Today setelah kami ulas kerana dipercayai Raja Petra takut didakwa kerana menghasut menggunakan nama SPB YDP Agong).

Kesan dari kedua episod ini ialah kredibiliti beliau dan Malaysia Today yang pra-PRU 12 Mac 2008 disanjung sebagai ‘wira demokrasi digital’ dan perencana minda golongan terpelajar, professional, celik ICT dan warga urban telah merundum sehingga jatuh teruk.

Kami juga yang mula mula sekali memaparkan kronyism MB Kelantan Nik Aziz Nik Mat melantik menantu beliau Ariffahmi Abdul Rahman ke jawatan CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Akibatnya, pegawai media PMBK Syed Azidi Al Bukhari dipecat serta merta dan ini bermula segala pendedahan salah laku PAS di Kelantan, termasuk menyalurkan RM 4 Juta dalam dana khas untuk ‘perang’.

Untuk bloggers seperti kami di BigDogDotCom untuk diberikan sebegini penghargaan amat tidak ternilai makna dan maksudnya. Niat kami, meneruskan Perjuangan, mempertahankan kedudukan dan memartabatkan Bangsa Melayu, atas prinsip ikhlas untuk agama, bangsa dan tanahair.

Rasa hormat, setiakawan dan kerjasama dan kesefahaman antara bloggers juga kunci kejayaan bagaimana penulisan blog, walaupun secara individu dan tidak berstruktur berjaya membuahkan kesan dalam pemikiran golongan pengamal maklumat digital. Kesepaduan beberapa individu bloggers ini sedikit sebanyak berjaya menggegarkan keadaan, termasuk pemimpin peringkat Menteri Kabinet. Menurut seorang pakar PR, bloggers pro-Kerajaan hari ini berjaya ‘mencabar imbangan’ yang suatu masa dahulu dikuasai oleh bloggers pro-Pembangkang sehingga kami disifatkan sebagai ‘kepimpinan perencana pendapat’ (key opinion leaders).

Media arus perdana juga menjadi pendorong kejayaan kami berjuang dalam alam siber. Pengamal media arus perdana banyak membantu terutama memberi tunjuk ajar kepada kami yang tiada pendedahan rasmi kewartawanan dan penulisan ini. Mereka juga sedikt sebanyak bersedia berkongsi sebahagian dari maklumat yang kemudiannya dijadikan modal untuk dikupas dan huraikan, termasuk cerita yang menjadi pendedahan sehingga ada antara kami menjadi begitu popular.

Sekiranya penghargaan diberikan kepada penulis alam siber seperti kami, maka penghargaan yang sama kami pohon kepada pendukung, penyokong dan pembaca setia tulisan kami ini. Tanpa mereka, tulisan kami tidak akan mendapat perhatian. Golongan warga alam siber terutama pemastautin daerah bloggosfera sosio-politikal ini yang bukan sahaja memberikan keyakinan dan sokongan untuk kami terus menulis, tetapi komen yang diberikan dijadikan modal dan cabaran untuk memperbaiki penulisan, termasuk penghujahan.

Walaupun blog seperti BigDogDotCom disifatkan sebagai pro-UMNO dan ultra nasionalis, namun pengikut penulisan dan yang membuat komen juga terdiri dari golongan pro-Pembangkang. Semua ini memberikan kredibiliti bahawa gerak kerja penulisan blog seperti kami sebenarnya memberikan ancaman kepada Pembangkang.

Galakan pembaca blog diberikan nafas baru apabila kami mula mmebuat pendedahan mengenai salahlaku, termasuk dikalangan pemimpin UMNO/Kerajaan dan GLC.  Paling terbaru ialah mengenai kes MCMC dan sebelum itu, pendedahan yang mendapat begitu banyak perhatian ialah mengenai salahlaku dan skandal Sime Darby dalam projek di Qatar. Ianya disifatkan oleh pakar dalam subjek itu sebagai “Painfully accurate” (Ketepatan yang amat menyakitkan).

Untuk rekod, kami bermula berkecimpung dalam penulisan alam siber adalah akibat serangan keatas UMNO dan Kerajaan beberapa hari selepas Anwar “Mat King Leather” Ibrahim dipecat. Mesej anti Kerajaan dan UMNO begitu banyak dimuat naikan ke dalam Malaysian soc.culture (bulletin board pada masa itu), dalam kadar yang begitu mendadak. Kemudian kami yang secara individu ini diundang kedalam satu grup e mail yang dinamakan ‘Anti Reformasi’ oleh pejuang individu yang tidak bernama tetapi begitu berdedikasi menggunakan internet dalam keadaan akses yang begitu kuno (berbanding sekarang).

Dedikasi perjuangan tanpa sebarang imbuhan ini timbul adalah kerana ikhlas dan rasa insaf mendukung Kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad (pada masa itu Presiden UMNO ke V) tatkala UMNO disifatkan oleh orang Melayu sendiri sebagai ‘musuh’ akibat emosi mereka yang berjaya diperkuda oleh Anwar Ibrahim (atas nada di’zalimi’ Kepimpinan yang kunun kununnya korup dan sistem yang mendukung Kepimpinan yang mendukung kronysim itu) dan strategi ‘politik kebencian’ oleh PAS sebenarnya membuahkan hasil. Walaupun tanpa sebarang imbuhan materialism, kami tetap meneruskan sehingga hari ini.

Motivasi meneruskan perjuangan tanpa imbuhan material ini: Rasa kepertanggung jawaban kepada UMNO sebagai wadah memperjuangkan Agenda Melayu + sokongan, galakan dan dorongan langsung dan tidak langsung masyarakat bloggosfera.

Sekiranya perjuangan tulus dan ikhlas kami sepanjang 12 tahun ini dikhianati Kepimpinan dan kepentingan dan kedudukan orang Melayu bukan sahaja diabaikan, malah mula merosot dan dibiarkan dicabar tanpa dibela dan pertahankan, kemungkinan sebagaimana yang dipersoalkan Dato’ Zaini itu akan berlaku.

Selagi pendukung dan penyokong penulisan kami ini merasakan perjuangan kami ini masih relevan dan perlu diteruskan, insyaAllah sebaliknya tidak akan berlaku. Kekecewaan mereka juga merupakan gerak naluri kami juga. Namun bukan mustahil Kepimpinan alpa dan ‘lupa daratan’ dan ‘meriam perlu dialih arah’ menepati sasaran mereka yang kami sokong selama ini.

UMNO, yang mendukung dan menjadi tunjang dan tunggak sistem pemerintahan negara semenjak Kemerdekaan perlu sedar agar tidak berbuat silap dengan mengangkat orang yang sebenarnya tidak wajar menjadi pemimpin.

 

 

 


Published in: on December 1, 2010 at 10:46  Comments (10)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/12/01/siapalah-kami-tanpa-mereka/trackback/

RSS feed for comments on this post.

10 CommentsLeave a comment

  1. Sepatutnya kolumnis utusan tak patut tanya macam tu , apa yg patut dibuat ialah perkongsian maklumat mengenai fitnah pembangkang . apapun tahniah blogger pro Kerajaan semua !

  2. The one with a well-trimmed beard and ShahRukhHan’s look, is that Abang Parpu Kari? Can i hv his hphone number please?

    • Itu sebenarnya Dato Shah Rukh Khan. Dia ambil berlebihan steroid untuk memainkan watak “Incredible Hulk Hindi” dalam film akan datang.

      • nasib baik watak hulk. kalau watak shivaji the boss, ada pemimpin tak boleh cari makan!!

  3. slm ziarah
    kalau sdr masih ingat lg,
    saya merupakan peserta kursus UMB di Penang
    yang diadakan di naza Hotel pada Feb lalu.
    Hasil dari panduan dan petua yg disampaikan,
    saya diberikan kekuatan utk berblogging..

    Walaupun entry saya hanya biasa-biasa saja dan sukar menyamai kepoweran sdr dr segi mencungkil rahsia2 yg menggemparkan, namun Alhamdulillah, hari ni rank saya dah di tangga 54 dan InsyaAllah saya akan terus berblogging.

  4. Salam Bigdog,

    Kami di Kedah Times juga menghadapi perkara yang sama yang di utarakan oleh Dato Zaini.Kami berhempas pulas untuk mendapat maklumat yang tepat lagi sahih dari Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah,tapi malangnya sudah 7 kali perjumpaan dengan pembesar pembesar Badan Perhubungan negeri,hasilnya zero.

    Kami akan teruskan perjuangan kami mencari maklumat,memperoses dan terus menyebar semua maklumat ini kepada rakyat Kedah khasnya dan rakyat malaysia amnya.Kami tidak menharap sebarang imbuhan dari mana mana pihak,kami bersyukur dengan apa yang kami perolehi dari bumi bertuah ini dan kami tidak sanggup melihat Negara ini dihancurkan oleh Pengkhianat bangsa Melayu yang diketuai oleh 3A(ANWAR AL JUBB,AZIZAH AL PAK TURUTI,AZMIN AL PONDANNI)

    We will not and never surrender to this IDIOT,War must go on and with Allah blessing we will win this war.

  5. BD,

    Sokong sepenuhnya. Jangan “angkat orang yang sebenarnya tidak wajar menjadi pemimpin”.

    Ini amat penting. Kalau tidak, jahanam bangsa, agama dan Negara. Khairy Jamaluddin satu daripadanya. Nazri satu lagi.

  6. Biggie,

    Congratulations.

    It seems you hv made it. At the rate you are going, you’re more popular compare to Khairy Jamaluddin. I can’t recall Utusan Malaysia editorial single him out, twice in the same week despite he is the Pemuda UMNO Boss.

    You and other pro-UMNO/Right Wing bloggers’ dedication, perseverance & tireless work is being recognised & duly validated. Its time for the leadership to do the same.

    PM must kick out Ahmad Maslan & bring someone like you guys in. You fuys definitely know more about ‘information’ & ‘propaganda’ compared against him. Let alone cyberwar!

    Keep up. God bless.

  7. Salam, bunyi sedey nampak.Anyway, congrat to Bigdogdotcom kerana berjaya emberi maklumat yg amat berharga. Teruskan.

  8. […] This post was mentioned on Twitter by razzoe, azeeza. azeeza said: Siapalah kami tanpa mereka…. « BigDog.. http://me.lt/3A77Z .. 72% top 100 proBN bloggers.. someone is crying i think!!! […]


Leave a comment