Makna baru “Melayu mudah lupa”

Melayu mudah lupa” merupakan kata kata hikmat mantan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, 82, yang akan tersemat dalam sanubari sebahagian besar Bangsa Melayu. Peringatan ini diluahkan melalui persembahan sajak oleh Presiden UMNO itu sendiri semasa ucapan pengulungan Presiden, Perhimpunan Agung UMNO pada 23 Jun 2001, untuk menyedarkan bahawa sifat negatif ini ujud dalam sistem orang orang Melayu agar sentiasa beringat, sedar keadaan mereka dan tidak cepat dan mudah selesa.

Hari ini, peringatan hikmat ini mempunyai makna baru. Hari ini, peringatan hikmat ini membawa konnotasi bahawa orang orang Melayu mudah alpa kepada jasa jasa orang lain keatas mereka, walaupun jasa jasa itu begitu besar dan dalam kesanya.

Beliau merupakan mantan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO dari 17 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003 dan dalam sejarah, merupakan pemimpin paling lama berkhidmat dijawatan tertinggi Negara itu. Dalam tempoh kepimpinan itu, begitu banyak perubahan dan pembangunan dilaksanakan untuk orang orang Melayu dan begitu ramai pemimpin pemimpin dikalangan orang orang Melayu diberikan peluang, sehingga mencapai ke peringkat tertinggi, terutama melalui UMNO.

Malam tadi, UMNO mengadakan dan menghadiri majlis jamuan berbuka puasa dan sembahnyang sunat terawih bersama anak anak yatim dan mereka yang kurang bernasib baik diDewan Tun Abdul Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra yang dihadiri oleh keseluruh Majlis Mesyuarat kerja Tertinggi UMNO, pemimpin pemimpin UMNO diperingkat negeri dan bahagian seluruh Negara. Walaupun UMNO berjaya anjurkan majlis umpama ini dengan segala kemudahan yang ujud dan kariah yang cukup besar, namun tiada upacara sembahyang hajat dan doa selamat bagi mantan Presiden UMNO yang sedang terlantar dalam ICU IJN selepas menjalani pembedahan sampingan dua malam sebelumnya, setelah menjalani pembedahan pintasan koronari kedua yang berisiko amat tinggi tiga minggu lebih awal.

Sebaliknya, Presiden UMNO dan pemimpin pemimpin tertinggi UMNO lebih sibuk merakamkan takbir raya dan ucapan peribadi mereka sempena Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang 13 Oktober akan datang ini.

Apakah pemimpin pemimpin UMNO hari ini lupa bahawa bekas pemimpin tertinggi yang pernah mereka sanjungi satu masa dahulu sedang terlantar diICU dalam keadaan risiko tinggi mengharungi proses pemulihan pasca pembedahan kedua diIJN itu? Atau insan bernama Dr. Mahathir Mohamad ini tidak lagi layak untuk didoakan dalam majlis keugamaan anjuran UMNO seperti malam tadi?

Dalam pada itu, pelbagai entiti entiti UMNO diperingkat cawangan dan kampung seluruh Negara tidak putus putus mengadakan majlis majlis sembahyang hajat dan doa selamat untuk sejeahteraan mantan Pemimpin Tertinggi mereka itu.

Kegagalan UMNO diperingkat Pusat untuk menunjukan keperihatinan parti terhadap episod ini merupakan sesuatu yang amat menyedihkan bagi seorang pemimpin UMNO yang begitu banyak menyumbang kepada orang orang Melayu dan Negara. Ini merupakan budaya baru Kepimpinan UMNO hari ini yang dipertontonkan kepada ahli ahli UMNO dan orang orang Melayu generasi muda yang bakal mewarisi tunggak kepimpinan bangsa dan Negara.

*Perkembangan terbaru. Blogger Hussin Lempoyang Al Kaherahi ada cerita menarik berkenaan PM YDP Abdullah Ahmad Badawi dan sembahyang terawih.

Published in: on September 25, 2007 at 14:07  Comments (8)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/09/25/makna-baru-melayu-mudah-lupa/trackback/

RSS feed for comments on this post.

8 CommentsLeave a comment

  1. Sikap berdendam dan tak mengenang budi pak lah akan memakan diri satuhari.

    Allah s.w.t. dalam alam semesta ada cara tersendiri untuk memberi balasan kepada orang orang yang keikhlasanya rendah. Sekarang ini, balasan dirasa sementara nyawa masih lagi dikandung badan.

  2. Melayu tidak mudah lupa. Hanya mereka tidak mahu mengingati sahaja. Kalau di kampong2 yang mana susah mendapat internet, apabila di maklumkan sahaja tentang keadaan Tun mereka akan setidak2nya mendoakan beliau dan ada pula dengan tanpa soal akan mengadakan sembahyang hajat utk beliau. Orang kebanyakan berbangsa Melayu tidak mudah lupa, hanya pemimpin-pemimpin UMNO sahaja yang hendak lupa. Lihat sahajalah seorang dari penyumbang komen disini. Walaupun beliau tidak lihat Tun sebagai seorang pemimpin yang baik, beliau masih lagi berdoa agar Tun diberi kesihatan dan sembuh kembali.

    Ahli2 Majlis Tertinggi hari ini hanya mementingkan kedudukan mereka sahaja. Saya kasihankan Tun dan saya juga akan kasihankan Pak Lah, kerana beliau juga akan dilayan sedemikian oleh orang2 yang menyanjungnya hari ini.

    Saya percaya semasa Tun berkuasapun, perkara seperti ini berlaku kerana takut hendak menyinggung kehendak pemimpin. Tak ingat saya jika sembahyang hajat dilakukan ataupun tidak untuk Tunku semasa beliau tenat. Yang saya ingat, tiada doa selamat diantara agama yang diadakan untuk Almarhum, yang dikenali sebagai seorang yang sangat senang bertolak ansur dengan orang2 berlainan kaum dan agama.

    Semoga Allah mencucuri Rahmat keatas roh Almarhum Tunku, panjangkan umur dan beri kesihatan kepada Tun Dr Mahathir Mohamed dan turunkan hukuman terus kepada mereka yang berlaku syirik dan bukan kepada saudara-mara mereka.

  3. It is ok if those who used to ampu Tun do not want to offer prayers for him kerana kalau mereka buat pun tapi tak ikhlas tak berguna.

    Mari lah kita yang betul2 sayang pada Tun terus berdoa semoga beliau cepat sembuh. Semoga permintaan kita dimakbulkan Allah. InsyaAllah

  4. Betul kata Hayati. Kalau tak ikhlas tak payah lah.

    Persoalanya, kenapa sampai keadaan “tidak ikhlas”. Empat tahun dahulu, Negarawan ini bukan main dijunjung dan sanjung lagi, dengan segala puji pujian yang melangit.

    Hari ini, manusia begitu berjasa ini terlantar dalam ICU IJN mengunakan mesin respirator dan UMNO diperingkat Pusat dan MKT tak boleh anjurkan sembahyang hajat dan mendoakan sejahteraan mantan pemimpun agung Bangsa Melayu????

    Ini yang mengecewakan!

  5. INILAH MELAYU….
    INILAH MELAYU….
    INILAH MELAYU….
    INILAH MELAYU….
    INILAH MELAYU….
    MELAYU…SAMPAI SILA PUN “SIKAP” TAKKAN BERUBAH

  6. Melayu….
    sudah ramai yang memiliki darah melayu tetapi tidak mengaku melayu…
    KENAPE???

  7. bro pembela…
    sikap melayu yang meranapkan bangsa mereka sendiri…
    sikap :
    1. berdengki sesama melayu
    2. tak suka lihat bangsa sendiri terus maju
    3. masing-masing inginkan IDEA mereka diguna.

    yang paling penting disini hanyalah ?:
    SIFAT DENGKI SESAMA MELKAYU…

  8. Sebagai orang Islam saya malu melihat Malaysia…
    Saya tidak mengira Raja Malaysia yg jg Islam ternyata hanyalah RAJA PENCURI dengan NEGARA PENCURI.
    Negara Malaysia yg menerapkan hukum Islam ternyata hanyalah kedok utk menutupi kehinaan negaramu.
    Musang berbulu domba atau lebih buruk ULAR BERBISA…
    Ya Allah sadarkanlah mahluk laknatmu di Malaysia…
    Amien…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: