1433H: Hijrah bagi warga FELDA

Hijrah adalah peristiwa dimana Rasulullah S.A.W. berpindah dan mencari penghidupan baru yang lebih baik dan membawa pengarahapan baru di Medinah, dari keadaan dan sikap warga Mekah yang menentang ajaran yang difirmankan Allah s.w.t. keatas manusia dan semua makhluk, melalui baginda. Ianya membawa erti pembaharuan, kemajuan, peningkatan dan dalam erti yang lebih mudah; transformasi.

Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak berusaha untuk menentukan transformasi ini berlaku kepada warga FELDA, samada 112,635 peneroka FELDA di 317 tanah rancangan, 5,000 warga kerja Lembaga FELDA, 22,000 warga kerja FELDA Holdings Bhd (FHB) dan Felda Global Ventures (FGV) dan antara 750,000-800,000 keluarga terdekat mereka. Transformasi yang didambakan ini ialah perancangan membawa FELDA ke mercu yang lebih tinggi berbanding dengan kejayaan 55 tahun selama ini. Transformasi ini akan berlaku dalam suku kedua (Q2) 1433H.

Transformasi ini adalah proses gerak-kerja pra, semasa dan pasca penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (dimana semua anak anak syarikat Kumpulan FELDA, FHB dan FGV), akan disatu dan rasionalkan. Pegangan 100% Kerajaan Persekutuan melalui Lembaga FELDA dalam FGV dan 49% dalam FHB (baki 51% ialah milik Koperasi Permodalan FELDA) akan disusun semula. Nilai pasaran (market capitalisation) FGVH pra-penyeneraian akan memberikan nilai tambah dianggarkan pada 250% kepada KPF.

Namun begitu hasrat Perdana Menteri, yang juga Menteri yang brtanggung jawab keatas hal ehwal FELDA, memberikan peluang pulangan maksimum kepada warga FELDA terutama peneroka. Oleh demikian, selepas penyenaraian FGVH, KPF sebagai pemegang saham terbesar akan mempunyai pegangan 35%. Sekiranya keuntungan dari aktiviti perladangan 300,000 ha FELDA Plantations (milik penuh Kerajaan Persekutuan melalui Lembaga FELDA, yang akan dipajak kepada FGVH untuk 99 tahun) ditaksirkan pada RM 2 billion untuk 2012, maknanya KPF akan menikmati keuntungan sebelum cukai sebanyak RM 700 juta hanya dari aktiviti perladangan berbanding sekarang pada RM 553 juta.

Sekiranya difaktorkan keuntungan nilai tambah termasuk semua pulangan yang diaggregatkan dalam FGVH, maka 35% pegangan KPF akan memberikan penghasilan yang lebih baik kepada ahli ahlinya. Pegangan saham FGVH termasuk rakan kongsi strategik peringkat global (demi menjamin produk hiliran FGVH akan berkembang secara latitud dan mendatar), akan menjamin plan dan model perniagaan akan menentukan aktiviti memberikan pulangan maksima kepada kumpulan, sebagaimana amalan konglomerat lain.

FGVH akan menjadi konglomerat global baru sebagai pemain produk seluruh jajaran perladangan berasakan kommoditi seperti kelapa sawit. Ini adalah ‘transformasi’ yang hebat dan meletakan kedudukan FELDA sebagai jenama baru diperingkat antarabangsa.

Menolak cadangan ini bermakna melepaskan peluang untuk menimba pulangan (rezeki) yang lebih baik bagi ahli ahli KPF. Ini sebenarnya bukan perkara baru kerana KPF telah menyaksikan keuntungan sebanyak RM 300 juta dari pegangan dalam MSM Holdings Bhd, yang disenaraikan di Bursa Malaysia hanya enam bulan lepas. Penyenaraian FGVH juga akan menentukan urus tadbir yang kemas dan ketat, sesuai dengan kedudukan syarikat awam yang tersenarai dan pengurusan dikalangan professional bertaraf global.

Hasrat Kerajaan Persekutuan juga untuk merasionalkan peranan kerajaan dalam perniagaan juga terbantut.

Namun, ada usaha untuk mengagalkan program penyenaraian FGVH sebagaimana dirancangan oleh Perdana Menteri. Walaupun telah dikeluarkan arahan bertulis pada 15 Ogos dan Lembaga Pengarah FELDA memutuskan perlaksanaan arahan yang sama pada 25 Ogos, namun pada mesyuarat Lembaga Pengarah KPF yang dipengerusikan Dato’ Dzulkili A Wahab pada 28 Oktober memutuskan bahawa Tan Sri Isa Samad, Tan Sri Dr Yusoff Nor, Dato’ Seri Sabri Ahmad dan Dato’ Seri Mohd. Bakke Saaleh disingkirkan keahilan KPF mereka.

Penyingkiran keahlian ini bermakna Isa tidak boleh menggantikan Dzulkifli sebagai Pengerusi KPF. Tiga lain calon yang mungkin menjadi alternatif kepada Isa sebagai Pengerusi KPF juga ditentukan tidak layak dengan keahlian yang dibatalkan. Perlantikan Isa ialah atas kuasa kuasa khas yang diperuntukan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Pengguna, bawah Akta Koperasi.

Dzulkifli yang juga Pengarah Besar Lembaga FELDA telah jelas berbohong kepada wakil peneroka FELDA di Kuantan (26 Oktober), K Terengganu (27 Oktober), Melaka (29 Oktober), Trolak (31 Oktober) dan K Pilah (12 November). Ini kerana rancangan dan tindakan beliau tidak menujukan beliau “Menyokong penuh, termasuk tanngung jawab mempercepatkan proses”, sebagaimana yang diikrarkan dalam ucapan dan kemudian sidang media di K Pilah pada dua minggu lepas.

Penyingkiran Isa dan tiga lain sebagai ahli KPF telah dimaklumkan dalam surat Lembaga Pengarah KPF kepada Pengerusi Suruhanjaya Koperasi bertarikh 31 Oktober. Ini bermakna, semasa disoal dalam majlis di K Pilah pada 12 November dan kemudianya sidang media tersebut mengenai berita penyingkiran itu, Dzukifli telah berbohong kerana menafikannya.

Dalam tribunal SKM pada 24 November, Isa yang diwakili oleh peguam Datuk Hafarizam Harun berjaya membatalkan keputusan Lembaga Pengarah KPF dan kedudukan beliau sebagai ahli KPF dimasukkan semula (reinstate).

Persoalan sekarang ialah:

1. Kenapa Dzulkifli sebagai pegawai tinggi Kerajaan engkar kepada arahan Perdana Menteri?

2. Siapakah dalang dan arkitek sebenar usaha untuk mengagalkan program transformasi Perdana Menteri bagi warga FELDA, terutama 112, 635 orang peneroka?

3. Apakah ianya rancangan strategik pihak tertentu untuk melihat program transformasi Perdana Menteri gagal atau personaliti seperti Dzulkifli dan konco konconya mempertahankan kepentingan peribadi yang dinikmati selama ini dari Kumpulan FELDA?

4. Apakah ada pihak pihak berkepentingan ini menutup salahlaku/salahguna kuasa mereka yang lepas akan dibongkar apabila semua aktiviti perniagaan Kumpulan FELDA dirasionalkan dan dibawah pengurusan professional?

Persoalan ini semua menjurus kepada kesangsian atas penentangan bersungguh sungguh atas program penyenaraian FGVH ini.

Satu perkara menarik ialah Jawatan Kuasa Perunding Peneroka telah dipanggil oleh Dzukifli pada 23 November dimana 30 orang wakil peneroka wilayah. Dipercayai perbincangan bersekitar dengan nada dan niat untuk menyuburkan ‘kebencian kepada Isa’ dan menolak program penyenaraian FGVH, sebagaimana yang dirancang Perdana Menteri. Ini termasuk Ketua Peneroka Kebangsaan Shamsuddin Osman menegaskan kedudukan beliau dalam penentangan cadangan keseluruhan program ini walaupun beliau dihapan majlis di Melaka pada 29 Oktober dan dua kali ditemuramah oleh TV 3 menyatakan sokongan penuh.

Komputer tablet Samsung Galaxy Tab 10.1 16GB 3G

Apa yang memeranjatkan ialah ‘hadiah’ diberikan kepada setiap wakil wakil wilayah peneroka pada mesyuarat JKPP 23 November itu ialah sebuah komputer tablet Samsung Galacy Tab 10.1 16GB 3G, yang bernilai RM 1,750 setiap satu. Ini wajar dilihat sebagai usaha Dzulkifli memberi ‘rasuah’ kepada pemimpin peneroka agar bersama beliau dalam gerakan ‘bawah tanah’ menentang program penyenaraian FGVH ilham Perdana Menteri.

Hijrah membawa pengertian ‘Transformasi’ yang menyeluruh. Jelas sikap dan niat segelintir warga FELDA dalam menentang program transformasi strategik masyarakat FELDA oleh Perdana Menteri dalam hasrat untuk menentukan semua perniagaan Kumpulan FELDA terus maju, berkembang dan memberi pulanga lebih baik kepada peneroka, perlu melakukan ransformasi.

Salam Maal Hijrah 1433H.

Published in: on November 27, 2011 at 11:01  Comments (7)