Dr. Mahathir: Kekalkan kuasa, teruskan pembangunan & realisasi negara maju

Tun Dr Mahathir Mohamad berucap di Kempas, dalam Parlimen Pulai 31 Mac 2013

Tun Dr Mahathir Mohamad berucap di Kempas, dalam Parlimen Pulai 31 Mac 2013

Perdana Menteri Malaysia IV Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan kesepakatan dan kerjasama erat dan kukuh antara semua kaum merupakan kunci kejayaan untuk Malaysia maju dari mula Kemerdekaan dicapai sehingga tahap ini. Ini merupakan mesej jelas, sebagai saranan praPRU 13 yang bakal menjelang bila bila masa.

Beliau berucap dihadapan 10,000 penduduk tempatan diprogram Ceramah Perdana yang dianjurkan oleh Pusat Perkhidmatan Parlimen Pulai di PPR Kempas, dekat Johor Bahru. Sebelum itu MP Pulai Dato’ Nur Jazlan Mohamed menyingkap sejarah pahit-maung Tun Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri.

Menyingkap krisis politik yang sengaja ditimbulkan semasa pemecatan Anwar Ibrahim pada 2 September 1998 daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir memberikan contoh rakyat Malaysia bijak memilih Kerajaan, dalam saat pemulihan ekonomi giat dijana setelah krisis matawang Asia 1997-8 dengan kawalan aliran modal dan matawang.”Walaupun ada isu ‘mata lebam’ masa itu, BN masih berjaya mengekalkan 2/3 majoriti Parlimen. Rakyat Malaysia bijak memilih untuk kebaikan”.

Tun Dr Mahathir juga menyifatkan Johor merupakan contoh terbaik Malaysia kerana semua kaum bersatu dan berkerjasama, tanpa rasa curiga.

“Semua kaum bersepakat dan memberikan mandat kuat kepada BN. Konsep ‘kongsi kuasa’ dari zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra memberikan semua kaum peranan untuk mentadbir. Oleh itu, ianya menjadi ‘simpanan tetap’ (kuasa politik)  bagi Malaysia terus dibangunkan dan tumpuan diberikan kepada program pembangunan”.

Mandat yang diberikan rakyat itu digunakan BN untuk membawa pembangunan dan kemajuan yang saksama, kepada semua kaum dan tiada yang tersisih. Ianya berjaya mengujudkan kesinambungan pemerintahan yang menjana pembangunan.

“Itu sebab lambang BN ialah dacing. Kita membawa keseimbangan dan kesaksamaan”.

Beliau juga mengingatkan 8,000 para hadirin bahawa hasrat Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim adalah untuk menjadi Perdana Menteri semata mata dan bukannya untuk membangunkan negara dan rakyat.

“Masa dia Menteri Kewangan dan Malaysia menghadapi krisis matawang 1997-8, selesaian beliau adalah untuk menerima cadangan IMF bulat bulat. Malaysia akan menjadi hamba kepada Barat”.

Semasa Anwar Ibrahim dibawa masuk dalam Kerajaan pada PRU 6 1982 sebagai Timbalan Menteri, beliau hanya berminat untuk kuasa sehinggakan sanggup mendesak untuk dilantik sebagai Menteri penuh.

“Orang ini mempersoalkan kenapa dia tidak dilantik sebagai Menteri penuh. Orang lain cukup berterima kasih apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri”.

Hari ini, belang sebenar Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebagai ‘tali barut’ Yahudi Neo Con telah jelas apabila  beliau menyokong untuk “Keselamatan Israel” apabila memperbincangkan isu Perdamaian Palestin. Tun Dr. Mahathir menjelaskan Anwar tidak langsung mengambil kira kedudukan rakyat Palestin yang sentiasa dalam tekanan, ancaman nyawa dan harta benda dan kekejaman Yahudi Zionis.

Beliau juga mengulas hasrat Penasihat DAP Lim Kit Siang untuk bertanding di Johor dalam PRU 13, bahawa ianya merupakan percubaan mencabar kubu kuat UMNO. Namun, Tun Dr Mahathir yakin rakyat Johor tetap bersama BN dan Lim akan gagal.

“Lim Kit Siang kunun kunun nak bawa ‘Perubahan’. Dia yang patut di’ubah’ dahulu. Semenjak tahun 1964 beliau menjadi Setiausaha Politik Devan Nair, beliau masih ada lagi sekarang. BN dah ubah enam kali Perdana Menteri semenjak masa tu!”

Beliau memberikan contoh usaha berterusan Kerajaan BN untuk menentukan pembangunan dan masih lagi gigih merancang dan melaksana. Hasilnya, pembangunan membawa kepada kegiatan ekonomi dan memakmurkan negara dan rakyat.

“Dahulunya, semua perniagaan besar milik British. Selepas Kemerdekaan, memberi kebaikan bagi semua kaum dan pembangunan menentukan rakyat Malaysia boleh berniaga dalam bidang yang dahulunya dikuasai penuh oleh British. Hari ini, ada yang sampai menjadi billionaire. Mereka mencapai kejayaan jauh lebih baik dari British”.

Beliau memperincikan plan transformasi berterusan Kerajaan BN sehingga merancang untuk Malaysia mencapai taraf negara maju menjelang 2020 melalui dasar ‘Visi 2020’.

“Kita ubah kepada benda yang kita tahu, tak apa. Ini kita tak tahu Pembangkang ini jenis apa, untuk kita ‘UBAH’. Kita perlu kekalkan sokongan padu kepada BN”.

Presiden UMNO V itu menyingkap sejarah penubuhan PAS pada tahun 1951 kerana kekecewaan golongan ulama’ kerana tidak diperuntukkan kerusi. Oleh kerana tidak berpuas hati, mereka keluar dari UMNO dan menubuhkan PAS. Mulai dari saat itu, kekuatan kesatuan Melayu dicabar kerana mereka memainkan isu ugama sebagai platform politik.

“PAS bukan Islam. PAS ialah parti politik! Jangan tipu orang Islam dengan mengeluarkan fatwa yang bukan berasaskan Islam”.

Beliau juga menambah,

“Pengaruh PAS di Johor ini amat kecil dan patutnya dihapuskan terus. Orang Johor mempunyai sistem pelajaran ugama terbaik. Mereka tidak ada sekolah pondok. Mereka tidak mudah dipengaruhi oleh guru sekolah pondok yang mempunyai hasrat dalam politik”.

Tun Dr Mahathir juga memberikan amaran bahawa Pembangkang akan melakukan apa saja termasuk kekacauan sehingga berlaku huru hara dan keadaan anarki apabila kalah dan tidak berjaya menubuhkan Kerajaan. Ini jelas dalam beberapa kali mereka meluahkan hasrat untuk mengujudkan ‘Malaysian Spring’ ala ‘Arab Spring’, sebagaimana demonstrasi bertukar rusuhan sehingga mengakibatkan kerajaan di Tunisia, Mesir dan Libya tumbang.

“Ini mereka sudah rancang. Apabila mereka rasa tidak akan menang pada hari mengundi, mereka akan mulakan khabar angin berlaku ‘penipuan’ dan menghasut rakyat untuk menimbulkan kekacauan”.

Beliau menjelaskan Anwar merupakan seorang yang pakar dalam memanipulasi emosi dan menghasut agar kemarahan orang ramai timbul sehingga berlaku demonstrasi yang sebenarnya dirancang untuk menjadi kekacauan.

Mesej Tun Dr. Mahathir kepada pengundi Johor adalah jelas; berikan BN mandat yang kuat agar pembangunan diteruskan, ekonomi dirancakkan dan taraf negara maju dicapai demi kebaikan Malaysia sebagai negara berdaulat.

Published in: on March 31, 2013 at 21:11  Comments (3)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2013/03/31/dr-mahathir-kekalkan-kuasa-untuk-meneruskan-pembangunan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

3 CommentsLeave a comment

  1. freemalaysiakini2 , Delivers The Latest Breaking News And No Subscription Needed.

  2. Orang-orang Johor dari kalangan Gen X &Y lebih mengenali Tun M sebagai pemimpin dan Bapa Pemodenan berbanding Tun Musa Hitam. Ceramah2 Tun mengandungi fakta2 peristiwa that resonates among the people. Hidup Tun, hidup UMNO dulu , kini dan selama nya. Hidup BN.

    • Amin. Insyallah.


Leave a comment