Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary Tokoh Maal Hijrah 1429H

Dermawan terkemuka Tan Sri Syed Mokhtar Shah Syed Nor Al Bukhary telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan1429H oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Tunaku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Tuanku Sultan Mahmood, dalam sebuah upacara gilang gemilang di Putrajaya International Convention Centre hari ini.

syed-mokhtar.jpg

Tokoh perniagaan yang banyak menyumbang kepada amal jariah ini sememangnya layak untuk diberikan penghormatan sedemikian. Sebuah badan NGO yang ditubuh beliau, Yayasan Al Bukhary, berjaya membangunkan masjid, surau, madrasah, rumah anak anak yatim, rumah orang orang tua dan menyumbang pelbagai bentuk kepada pembangunan dan pengekalan seni dan warisan Islam serta amal amal jariah berbentuk sumbangan pelajaran, pembiayaan rawatan dan penjagaan mereka yang kurang bernasib baik.

Bernama.com mempunyai laporan mengenai anugerah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan ini:

10 Januari, 2008 18:38 PM

Syed Mokhtar Albukhary Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan Hantar berita ini kepada rakan Versi bolehcetak berita ini

 

 

PUTRAJAYA, 10 Jan (Bernama) — Tokoh korporat dan Pengerusi Yayasan Albukhary Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary hari ini diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1429H pada sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini.

Beliau menerima hadiah berupa piala, pingat dan wang tunai RM80,000 yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Turut hadir pada majlis itu Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Syed Mokhtar, 57, yang ditemui pemberita kemudian menyifatkan asuhan sejak kecil oleh ibunya Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat menjadi nadi utama kejayaan dan kesenangan yang dimilikinya sekarang.

“Sejak usia saya remaja lagi ibu sudah mendidik saya untuk mengagihkan separuh daripada pendapatan yang diperolehi kepada golongan yang memerlukan dan sehingga sekarang tanggungjawab itu terus menjadi satu kewajipan buat diri saya katanya.

Selepas hampir dua dekad melaksanakan kerja-kerja kebajikan dan menderma secara peribadi akhirnya beliau menubuhkan Yayasan Albukhary pada 1996, yang menjadi pelaksana program-program kebajikan.

Sejak penubuhannya sehingga tahun lepas sebanyak RM1 bilion disumbangkan untuk membiayai pelbagai program kebajikan.

Ditanya apakah perancangan yang akan dilakukan dengan wang tunai yang diperolehi, beliau berkata: “Duit itu saya akan berikan kepada ibu… kerana atas didikan dan asuhan ibu, saya dapat menikmati segala kejayaan dan kesenangan dengan rezeki daripada Allah.”

Syed Mokhtar, yang mula berjinak dalam perniagaan sebagai pengusaha daging dan merasai pahit getir dunia perniagaan, berpendapat bahawa untuk mencapai apa jua kejayaan didikan agama dan ilmu amat penting.

Meskipun beliau tidak dapat meneruskan pelajaran kerana kesempitan wang ketika itu, kurniaan rezeki daripada Allah SWT mendorong beliau membantu golongan kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi sebagaimana impiannya dulu.

“Saya tak dapat nak meneruskan pelajaran kerana tak cukup duit.. jadi melalui yayasan tersebut mereka yang terdiri daripada pelajar miskin yang kurang cerdik akan diberi bantuan dalam Program Tuisyen Albukhary,” katanya.

Sejak program tuisyen itu dilaksanakan pada 2001 di 500 pusat tuisyen, setiap tahun lebih 20,000 pelajar menyertai kelas itu dan mereka yang berjaya cemerlang menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

Syed Mokhtar berkata bantuan turut diberikan kepada umat Islam di dunia seperti di Pakistan, Uganda, Afrika Selatan dan Lebanon dengan 300 pemegang biasiswa Albukhary dari lebih 40 buah negara Islam kini belajar di Malaysia.

Selain membantu dalam bidang pendidikan melalui penubuhan Universiti Antarabangsa Albukhary, Syed Mokhtar turut menyediakan Pusat Perubatan Albukhary di Kompleks Albukhary yang terletak di Alor Setar yang dilengkapi dengan pusat dialisis dan bakal mempunyai 36 unit mesin haemodialysis.

Melalui yayasan itu, sebanyak 20 buah masjid dibina termasuk menyumbang kepada projek membaik pulih Masjid Negara selain membina Muzium Kesenian Islam pada 1998 serta membiayai golongan fakir untuk menunaikan Haji setiap tahun.

– BERNAMA

 

Syed Mokhtar memulakan berniaga sebagai pemborong beras dan gula, kini dikatakan bernilai melebihi USD 2 billion kerana ‘penguasaan’ empayar perniagaanya yang merangkumi industri pertanian (Bernas), pembinaan (IJM), logistik (PTP dan Senai Airport), pembuatan dan pertahanan (MMC), perbankan (Bank Muamalat), perniagaan runcit (MPH), perniagaan kommoditi (MARDEC) dan sebagainya. Namun begitu, beliau sebenarnya tidak memegang satu saham atau menjadi pengarah pun dalam mana mana diantara syarikat syarikat ini.

Cara dan pendekatan Syed Mokhtar dalam urusan perniagaan memang cenderung kepada menunaikan tanggung jawab sebagai usahawan Muslim dan juga menunaikan kepertanggung jawaban korporat kepada Islam dan masyarakat Muslim setempat. Zakat dikeluarkan dengan taat terhadap semua keuntungan dan simpanan syarikat syarikat dibawah naungan beliau. Disamping itu, seluruh syarikat dan perniagaan dibawah ‘empayar perniagaan’ Yayasan Al Bukhary akan sepenuhnya mengunakan perbankan, instrumen dan sistem kewangan dan insurans Islam dalam segala urusan, berbanding sistem konvesyenal menjelang 2010.

Majalah mingguan terkemuka global Time Magazine pernah menyifatkan anak kelahiran Kedah ini sebagai ‘Yang terpilih’ (The chosen one). Beliau setakat ini tidak pernah mengecewakan amanah dan penghormatan yang diberikan untuk membangunkan perniagaan yang beliau ‘beli’ atau ambil alih. Ini termasuk konglomerat Kumpulan DRB-Hicom, yang sekaligus melihatkan beliau menguasai bank kedua, iaitu EON Bank. Kini beliau diberitakan meluaskan jajaran perniagaan ke persada antarabangsa seperti di Iran dan Saudi Arabia, sebagai pemain utama bertaraf global dan disegani.

malaysian_billionaires.jpg

Walaupun dalam serba serbi kemewahan, penguasaan kewangan dan kedudukan sebagai tokoh korporat ternama, sebagai seorang insan, usahawan berusia 55 tahun ini hidup dalam keadaan yang serba serdehana dan tidak bermegah megah, walaupun lebih dari mampu. Beliau pernah dilihat menaiki pesawat sebagai penumpang kelas ekonomi dan tinggal dalam kediaman serdehana semasa mengerjakan haji dan umrah, berbanding dengan tokoh tokoh korporat yang setaraf denganya. Beliau merupakan anak Melayu yang kini tersenarai dalam Forbes sebagai seorang billionaire, dalam kedudukan ke 754 dunia.

kuala_lumpur_islamic_arts_museum_malaysia.jpg

Sumbangan beliau kepada khazanah seni Islam dan pembangunan pendidikan sahsiah Islam Negara amatlah tidak terhingga nilainya, seperti dengan terbina dan dibangunkan Muzium Kesenian Islam, di Jalan Lembah Perdana (sebelah Masjid Negara), Kuala Lumpur. Yaysan Al Bukhary juga membina Kolej Yayasan Al Bukhary diAlor Star, Kedah. Secara peribadi, beliau menyumbang kepada bakal bakal haji yang telah tua tetapi masih lagi tidak mampu untuk mencapai ketahap minima (kerana kos mengerjakan jahi meningkat setiap tahun) yang dibenarkan untuk mengerjakan ibadah sekali seumur hidup itu. Dikatakan beratus orang jemaah warga emas dapat menunaikan hajat setiap tahun dengan sumbangan ikhlas dermawan ini.

al-bukhary-complex-alor-star.jpg

Jelas sekali pemilihan insan mulia dan pemurah bernama Syed Mokhtar ini amat wajar dan bertepatan, kerana sumbangan ikhlas beratus juta ringgit dan usaha beliau tanpa penat dan jemu selama ini, untuk membangunkan umat Islam di tanahair ini dan juga peringkat antarabangsa. Semoga Allah s.w.t. melimpahkan lebih banyak kemurahan rezeki kepada beliau, yang nyata disumbangkan semula kepada masyarakat dan pembangunan ummah.

Sesungguhnya, sambutan Maal Hijrah yang dirayakan 1 Muharram setiap tahun adalah memperingati dan menghayati peristiwa dimana baginda Rasulullah S.A.W. berhijrah dari Mekkah ke Madinah, dengan membawa pengharapan baru untuk meneruskan penyebaran agama Allah dan dakwah. Proses penghijrahan ini membawa iktibar pelbagai sudut; berubah dari buruk kepada baik, penerimaan golongan Mujahirin oleh Ansari dengan hati terbuka, kasih sayang dan sifat persaudaraan dan membawa pembangunan kepada kebaikan dan kemajuan. Semua ini ujud dalam diri, pendekatan dan tindakan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1429H.

 

Published in:  on January 11, 2008 at 12:03 am Comments (18)

The URI to TrackBack this entry is: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/01/11/tan-sri-syed-mokhtar-al-bukhary-tokoh-maal-hijrah-1429h/trackback/

RSS feed for comments on this post.

18 Comments Leave a comment.

  1. Does that mean he’ll go to heaven?

    Heh. I have always been an admirer of SMAB. At one time, when Daim and Dr M were suffering froma falling out, Daim remarked that SMAB could do no wrong in the eyes of the then PM. It is sad to see his good work with Port of Tanjung Pelepas undone. If the Abdullah Administration hadn’t reversed the process, I believe that his plan of taking on Singapore’s Changi-Keppel by using our Senai-PTP connection would have borne great results by now.

  2. MAAL HIJRAH
    YANG DINANTI….!

    Salam maal hijrah dirakami
    Hari ketiga 1429H hari ini
    Kita tidak boleh tewas lagi
    Apatah lagi kalau meredhai

    Titah YDA perlu kita hayati
    Agama dan keturunan sekali
    Bukan hanya Islam saja taati
    Tiada rakyat boleh dikecuali

    Bertepatan Islam agama rasmi
    Sambutan ada peringkat negeri
    Kepada rakyat peringatan beri
    Dunia dan akhirat wajib penuhi

    Seperti maal hijrah dahulu lalui
    Tokoh maal hijrah dianugerahi
    Syed mokhtar diiktiraf kali ini
    Setiap negeri ada tokoh sendiri

    Tokoh Maal Hijrah penuhi ciri
    Dulu, sekarang dan bakal temui
    Kehidupan mereka perlu hayati
    Agar generasi pewaris contohi

    Syabas syed mokhtar mulia budi
    Razeki ada sanggup sama nikmati
    Semoga dilimpahi lebihan razeki
    Koperat lain bersamalah berbakti

    serling
    (3 Muharam 1429 /12.01.08)
    sabtu
    …..

  3. alhamdullillah tan sri…
    im so proud of your contributions all this while..
    for your info, i’ve just finished up my spm two months ago..
    first time when i heard about you when i was in form five..
    you was in the magazine..
    when i read the elaborations about you,
    first thing that was pop in my mind was a wow word..
    i really admire your contributions and achievements from the beginning..
    n i really hope that i’ll be the next tan sri syed mokhtar al-bukhary!!!
    your my idol..
    alhamdullillah.

  4. alhamdullillah….sya dan rkyat malaysia yang lain dpat mencntohi skap drmawan syed mokhtar ini..amin..

  5. Alhamdulillah Tan sri..semoga tan sri sentiasa diberkati Allah SWT di atas sifat pemurah dan dermawan yang telah tan sri sumbangkan..

  6. Don worry,I’ll be richer than them….with iman,ilmu n ihsan…chaiyo!

  7. tahniah…..

  8. The chosen one…

  9. subhanallah…sekaya manapun kita,ingatlah bhw Dialah segala-galanya..contohilah sifat dan budi pekerti SMAB,membantu dan membangunkan islam..alhamdulillah..

  10. beliau memang seorang yg pemurah…syukur di atas kemurahan rezekinya itu didermakan kpd yg memerlukan…ahli perniagaan spt inilah yg kita harus contohi..

  11. assalamu alaikum
    I am Abdulrahim Aisheh from Palestine and i am doing PHD in usm in the school of pharmacy, i heard about your generoucity and helping muslim students studying in Malaysia by providing scholarships, so if its possible i would like to apply for your scholarship.
    jazak allah kul kheir

  12. Amazing. I wish I can be like him.
    May Allah bless him in this world & afterlife.

  13. saya teringin nk berjumpe ngan Tan Sri,
    semoga rezeki sy murah tok ketemu ngan Tan Sri
    semoga Tan sri di berkati Allah

    and Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubaraq
    semoga Tan Sri berbahagia n bertambah sihat

  14. semoga tuan dilimpahi rahmatAllah dan diberkati usaha!
    jasa tuan amat dihargai!

  15. tan sri idola saya..
    saya ingin memiliki kejayaan seperti tan sri..
    semoga lebih ramai ahli perniagaan melayu berjaya seperti tan sri..
    kejayaan tan sri, kejayaan bangsa melayu kita..

  16. asslamualaikum tan sri semoga allah swt panjangkan umur tan sri dan di lemparkan rezeki yang banyak budi baik tansri akan dikenang pada semua orang sy teringin sangat nak sangat tengok orang melayu semua berjaya di malaysia semoga taan sri dicontoh kepada anak-anak melayu tu sendiri termasuk lah saya ni

  17. Salaam, May the rahma of ALLAH ever be with you.I write purposively to seek for your kind assisstance to pay my tution fees. I am a self sponsor PHD student in International Islamic University, Malysia and presently i am having a financial difficulty that is threaten my studentship. I shall be most grateful if out of your milk of abundant and benevolent assisstance my tution fees is settle. May ALLAH reward you for all assisstance to Muslim and humankind amin.
    My particulars are:
    SHITTU, AHMED TAJUDEEN
    G0825745
    PHD CANDIDATE
    INSTITUTE OF EDUCATION
    INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY, MALAYSIA

    Thanks with regards.

  18. Assalamualaikum…
    sy lepasan diploma kejururawatan (swasta)dan telah lulus dalam peperiksaan LJM (Lembaga Jururawat Malaysia),sy berminat ingin berkerja di pusat rawatan Tan Sri di Alor Setar dan sy telah pun membuat permohonan dgn menghantar resume serta sijil-sijil yg berkaitan.Di harap sy dapat maklum balas secepat yg mungkin…..


Leave a Comment