Penentangan PPSMI secara strategiknya merugikan Bangsa Melayu

 

Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dimaktubkan dalam Jemaah Kabinet 19 Julai 2002 dan mula dilaksanakan pada sessi persekolahan 2003 kini menjadi bahan yang terlalu intensif yang dipolitikan, terutama dari sudut yang kadar songsang (counter productive). Ianya mendapat tentangan tegar ramai golongan pendidik Melayu sendiri, sehingga secara strategiknya sebenarnya merugikan Bangsa Melayu.

PPSMI ini diujudkan juga, walaupun Akta Pendidikan 1996 berkuat kuasa kerana keperluan strategik menjajarkan bahawa orang Melayu wajar mempunyai kekuatan menguasai Bahasa Inggeris, bahasa yang paling banyak digunakan diperingkat global. Penguasaan Bahasa Inggeris diperingkat sekolah diberikan penekanan hanya dilaksanakan tertumpu untuk pelajaran matematik dan sains. Kegagalan menguasai bahasa yang paling penting digunakan dalam teknologi dan kommersial ini akan merugikan negara.

Ini kerana bahan yang terkini dan relevan terlalu banyak dibangun dan rakamkan dalam Bahasa Inggeris. Untuk menentukan anak Melayu diperingkat sekolah mendalami dan menguasai applikasi ilmu, terutama sains dan tekonologi dalam masa hadapan, maka penguasaan dalam mata pelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris perlu dimulakan semenjak sekolah rendah lagi.

Tanpa penguasaan baik Bahasa Inggeris dari skop sains dan matematik peringkat sekolah lagi, dijangkakan akan menjadi masalah apabila pelajar cuba menguasai diperingkat pendidikan lanjutan, termasuk universiti. Ini kerana perubahan diperingkat ini kepada bahasa lain akan memberikan kepincangan untuk mencapai kefahaman dan penguasaan, terutama sudut applikasi dengan baik. Akibatnya, kecemerlangan penguasaan dan kecekapan applikasi sains dan matematik dikalangan pelajar Melayu bermedium Bahasa Melayu amatlah rendah.

Pasca peringkat universiti, pelajar yang mencari pekerjaan, terutama dalam sektor syarikat multinational (MNC) menampakan kesukaran. Ini kerana kemampuan dan penguasaan mereka untuk berkommunikasi dan mengapplikasi pengetahuan semasa universiti amat terbatas, terutama sebilangan bahan rujukan utama adalah dalam Bahasa Inggeris.

Ini terbukti kerana semenjak PPSMI, kualiti pelajar Melayu yang dihantar ke negara luar, terutama Barat dalam applikasi sains dan teknologi  telah pun menampakan peningkatan kadar yang membanggakan. Pencernaan minda mereka, terutama kemampuan untuk meraih segala maklumat dan ilmu yang begitu mudah dijana dalam era ICT ini, mula terserlah. Penguasaan mengapplikasikan sains dan teknologi menggunakan Bahasa Inggeris juga menampakan kemampuan berkommunikais dan interaksi, keyakinan, keterampilan dan jatidiri yang membanggakan.

Golongan penentang utama PPSMI iaitu Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP), Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) dan aktivis Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) harus mengkaji secara komprehensif kedudukan yang mereka ambil. Ini kerana kegagalan mereka, terutama DBP untuk memperkasakan Bahasa Melayu dengan bahan dan terma rujukan ilmu dan applikasi sains dan teknologi, termasuk kejuteraan dan ICT sebenarnya member sebab mengapa PPSMI perlu ujud dan dilaksanakan. Kecenderungan mereka mem’politik’an isu ini menunjukan jelas kegagalan mereka memberikan fokus agar Bahasa Melayu itu sendiri diperkasakan, sesuai dengan keperluan dinamism dunia globalisasi hari ini.

Tidak dapat tidak, jika diperhalusi, mereka yang begitu gigih dan tegar menentang PPSMI ini sebenarnya berjaya dibangunkan melalui sistem pembelajaran medium Bahasa Inggeris juga. Ramai dikalangan mereka mendapat pendidikan luar negara, termasuk peringkat sarjana kerana kemampuan mereka menguasai Bahasa Inggeris dan peluang yang dibuka kerana kemampuan ini.

Jika dikaji, sekiranya orang Melayu berhasrat untuk membangun dan maju setaraf dengan bangsa lain, terutama Barat dan Asia Timur, terletak pada penguasaan dan kecekapan dalam ilmu dan applikasi sains dan teknologi dan bukan sastera dan sains sosial, sebagaimana kelulusan majoriti para aktivis GMP, GAPENA dan DBP.

Kesan mendedah dan memberikan cabaran kepada pelajar Melayu untuk menguasai sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris seawal peringkat sekolah rendah sebenarnya akan memberikan mereka kelebihan dan kemampuan bersaing dan kompetitif. Ini sebenarnya secara strategiknya akan meningkatkan keupayaan pelajar, terutama dalam cabaran peringkat universiti dan saujana.

Sebelum PPSMI diperkenal dan laksanakan, kedudukan kualiti sekolah kebangsaan ialah lebih rendah berbanding dengan sekolah vernakular. Ramai Bukan Melayu memberikan tumpuan untuk mendapatkan pelajaran di sekolah vernakular dan kedudukan ini sebenar berubah ketara semenjak PPSMI. PPSMI juga menenggelamkan aktivis dan chauvinis Bahasa Mandarin kerana pelajar Bukan Melayu kini mempunyai alternatif yang berwibawa peningkatan kemasukan Bukan Melayu ke sistem sekolah kebangsaan mula menampakan kesan positif yang memberangsangkan.

Kerjasama GAPENA dan aktivis DBP dengan chauvinis Cina Dong Zong dalam  GMP untuk menentang PPSMI juga membinggungkan. Namun begitu, semasa Kerajaan DAP Pulau Pinang berhasrat untuk memberikan ruang kepada bahasa Mandarin dan Tamil dalam semua papan tanda tidak ditentang oleh golongan yang kunun kunun “Pejuang Bahasa” ini, maka boleh dirumuskan bahawa tindakan mereka ini sebenarnya cuba menangguk di air keruh, sehingga sanggup bersekongkol dengan chauvinis Cina seperti Dong Zong.

Hujah dimana bangsa maju seperti Jepun, Korea, Jerman dan Perancis mampu menguasai ilmu dan applikasi sains dan teknologi dalam bahasa ibunda mereka ini menjadi kurang relevan, terutama dalam era globalisasi ini. Mereka sebenarnya sudah berubah dan kini memberikan penekanan serious dalam Bahasa Inggeris, terutama banyak bahan dan manual, terutama ICT dan kejuteraan teknologi tinggi memerlukan penguasaan Bahasa Inggeris dengan baik. Perubahan ini begitu ketara sehingga negara seperti Perancis, yang secara tradisinya begitu anti Inggeris kini mensyaratkan bahawa lulus Bahasa Inggeris merupakan syarat untuk meningkat tahap dalam sistem persekolahan mereka.

Penguasaan baik Bahasa Inggeris juga meletakan guna tenaga pekerja Malaysia mempunyai kedudukan lebih baik dan mudah dipasarkan berbanding Thailand, Indonesia, Vietnam dan China, walaupun kos pengajian jauh lebih tinggi diMalaysia. Ini jelas dalam industri berdasarkan applikasi sains dan tekonologi.

Apa guna menjadi ‘Jaguh Kampung’ semata mata jika keberkesanan guna tenaga orang Melayu hanya relevan dalam tanahair sendiri sahaja. Mengambil kedudukan yang merugikan Bangsa Melayu secara strategik ini akan mengakibatkan “Menang sorak, kampung tergadai”. Memang benar “Bahasa itu jiwa bangsa”, tetapi sekiranya bangsa itu terpinggir dari arus globalisasi, maka apa nilai ‘bangsa itu mempunyai jiwa’?

Kemajuan sesuatu bangsa itu terletak kepada kemampuan terus kekal relevan dan bukan sekadar sentimen dan rhetorik. Tanggung jawab orang Melayu menentukan Bangsa Melayu terus kekal relevan dalam era cabaran dan dinamism globalisasi ini.

Published in: on February 27, 2009 at 00:13  Comments (41)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/02/27/penentangan-ppsmi-secara-strategiknya-merugikan-bangsa-melayu/trackback/

RSS feed for comments on this post.

41 CommentsLeave a comment

  1. Alang tukang kayu terbuang
    Alang bijak binasa adat
    Alang alim rosak binasa

    PPSMI telah menunjukan kepada melayu semua perihal perangai orang melayu. Bila dah kaya lupa daratan dan dijual bangsa sendiri. Bila dah pandai sangat habis semua melayu nak dibodohkan nya. Bila dah alim sangat semua melayu tidak sesucinya dan kepercayaan melayu hendak dimusnahkan.

    boleh blah la PPSMI. Dimana engkau bila Bahasa Malaysia ditukar kepada Bahasa Melayu dan ditukar balik kepada Bahasa Malaysia? Untuk meletakan nama pada Bahasa pun, PPSMI tak boleh nak buka mulut.
    Dimana engkau bila anwar meng”arab”kan bahasa melayu?

  2. TukarTiub.

    Baru 6 bulan, dah 1.88 juta ‘hits’ (kunjungan).

    Lebih 300,000 pengunjung setiap bulan.

    Esei-esei mengenai sosio-politik Malaysia di Tukartiub memang gempak, bijak, cool.

  3. Jika ada ramai orang Melayu yang sememangnya menentang PPSMI dan sanggup berdemonstaris membuktikan kekuatan perjuangan mereka, saya percaya sudah sampai masanya kerajaan harus berani membuat keputusan radikal.

    Elok juga diwujudkan dua sistem persekolahan: satu yang mengajar semua mata pelajaran dalam Bahasa Melayu/Mandarin/Tamil dan yang satu lagi memilih terus mengikuti PPSMI. Saya percaya kedudukan Bahasa Melayu tidak akan tergugat kerana ramai yang memprotes ini akan memilih memasuki anak-anak mereka ke dalam aliran pertama. Ini termasuklah mereka yang tua-tua itu yang mungkin mempunyai cucu cicit untuk dijaga kedudukan mereka sebagai bakal pembela bahasa
    Bagi mereka yang tak mahu PPSMI biarlah mereka menghantar anak-anak mereka yang ke aliran pertama.

    Adalah tidak adil sekiranya tiada pilihan bagi mereka yang mahukan PPSMI diteruskan. Itulah demokrasi bukan? Kebebasan memilih dan hak untuk disediakan peluang untuk memilih yang ada pada mana-mana demokrasi.

    Perkara ini tidak mustahil dilakukan. Bagi guru-guru yang tak mahu belajar Bahasa Inggeris dan menggunakan Bahasa Inggeris, biarlah. Ada banyak lagi guru-guru yang fasih berbahasa Inggeris yang boleh ditugaskan di sekolah-sekolah aliran kedua. Dengan cara ini, tidak mungkin lagi timbul alasan tidak cukup jumlah tenaga pengajar dan sebagainya.

    Saya orang Melayu, berjiwa Melayu dan sekian lama mempertahankan segala-galanya yang Melayu. Sokongna saya kepada PPSMI tidak bermaksud kurangnya Kemealyuan saya. Saya mampu menggunakan kedua-dua Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris; begitu juga dengan anak-anak saya yang persekolahannnya memalalui SK dan SMK tetapi mampu berbahasa Inggeris. Saya mahu melihat anak-anak Melayu diberi peluang memperkayakan hidup mereka dan berpeluang bersaing dengan sesiapa saja di mana saja.

    Bagi saya PPSMI merupakan satu peluang emas bagi membolehkan generasi anak-anak Melayu mengadu nasib dengan yakin dan mudah di mana saja dan di atas apa jua landasan di dalam dan di luar negeri di masa akan datang. PPSMI tidak akan menghancurkan orang Melayu. Orang Melayu tak perlu lagi takut kepada bayang-bayang rekaan yang sebenarnya tidak wujud.

    AYAH

  4. Dear Rina Damansara,

    Minta maaflah. Content atau kandungan di dalam blog itu hanya mengandungi sampah. Tiada ilmu yang berguna untuk dikutip. Mengenai kenapa blok itu terkenal ialah kebanyakan masyarat maya lebih gemar blog yang mengutuk kerajaan, blog yang mengutuk dan memaki hamun dan blog yang menuduh tanpa memberikan bukti dan input. Blog Hishamuddin ini adalah blog picisan yang hanya mengantikan Malaysian Today oleh RPK. Tidak ada apa yang boleh dibanggakan.

  5. Saya berharap penentang-penentang PPSMI ini tidak menghantar anak-anak dan cucu-cucu mereka ke Universiti atau ke kolej yang berlatarbelakangkan bahasa Inggeris. Saya berharap mereka tidak menghantar anak-anak dan cucu-cucu mereka ke luar negeri kerana mana ada universiti di luar negeri yng berlatar bahasakan Bahasa Melayu. Kalau mereka buat juga, mereka patut direjam dengan batu kerana hipokrit.

    • Saya tertarik dengan penulis cucu tok selampit 27/9/2009, bagi mereka2 yang menentang PPSMI, cerminlah muka sendiri kalau anda tak minat PPSMI jangan memaksa orang lain ikut telunjuk anda tahukah anda semua betapa pentingnya PPSMI? terutama dalam pekerjaan? kenapa DAP nak gunakan disemua papan tanda dipulau pinang bahasa mandarin dan tamil anda tak rasa marah? atau kerana anda semua takut bangsa anda tak minat membaca sastera anda? tahukah anda ramai bangsa melayu yang keluar universiti belum tentu fasih berbahasa inggeris, tidakkah anda merasa kasihan kepada mereka? ada ijazah pun tak boleh kemana? kecuali sekiranya penentang PPSMI menyediakan pekerjaan untuk mereka.

  6. If you look at the major players going against PPSMI i.e. Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) dan aktivis Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)are from linguistic and literary area. I am sorry but they have to be realistic. There are business world, science, economic, and so on and Bahasa Malaysia is not prepared for it. Yes, the truth hurts.

    GAPENA / DBP should concentrate on “memperkayakan” bahasa melayu. GAPENA should ask their members to talk less and produce more books. DBP – aiyah, I still can’t find the right word when I am writing a simple letter to government office.

    I am afraid that they missed the whole idea. I am a malay and its quite disturbing that I myself am having difficulty in getting enough qualified malays to work for me. How much can our children learn from Malay books? Be honest! Spend some time at the book store and look for yourself how many malay books are actually “educational.” Set aside those Novel Cinta and MAWI / Norhaliza-worshipping magazines and you would have virtually none. And you want to talk glocal? You want to produce rocket scientists by asking them to read Mangga Magazine and URTV?

    I am proud of my race and my Religion. But I know that I would not be able to go out there and fight with my Keris and Selendang anymore. I have to learn their business, art and science. Tell me if I can do that in Bahasa Malaysia and I’ll fight along with you. If not, and you still want to stick to BM, then you are actually a traitor to your own race.

  7. Salam BD dan saudara/i,

    Terlalu banyak difokuskan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris sehingga perkara pokok iaitu penguasaan bahasa inggeris hilang ertinya.

    Dikhuatiri menjadi kelam kabut nanti apabila bukan sahaja gagal menaikkan penguasaan bahasa inggeris tetapi juga sains dan matematik.

    Mentol kesedaran ini perlu ‘dinyalakan’ secara sendirinya di dalam minda mereka-mereka yang buat tak kisah, kalau diikutkan sejarah dan penyebaran Islam yang sudah beratus tahun, bahasa Arab patutnya sudah menjadi bahasa kedua orang Melayu kerana mendekatkan lagi kita kepada al-Quran.

    Tidak hairanlah, kalau sesetengah golongan masyarakat menolak peluang pembelajaran bahasa kedua, tidak kiralah Inggeris, Arab atau lain-lain kerana tidak inginkan kerja lebih dan ‘buat penat otak aje’.

    Pada masa yang sama, diharap mereka yang memprotes ini mencurahkan tenaga mereka kepada kerja yang lebih berfaedah seperti menterjemahkan lebih banyak buku rujukan teknikal ataupun novel bukan fiksyen kepada bahasa Melayu.

  8. 1. Saya berpendirian bahawa perbahasan mengenai PPSMI harus dibenarkan sehingga pihak berkuasa mengambil keputusan yang muktamad.

    2. Saya bersimpati dgn pejuang2 bahasa Melayu yang dikecam –kononnya mereka ‘menjual’ bangsa Melayu @ bertindak ‘merugikan’ orang Melayu….Sedangkan jasa & sumbangan mereka kpd bangsa Melayu dan bangsa Malaysia dalam kemantapan BM/Bahasa Kebangsaan sudah dilupakan….

    3. Saya tak percaya yang pejuang2 BM yang membantah PPSMI itu mencadangkan supaya BI diketepikan @ diboikot terus. Mereka task pernah sebut yang subjek BI dihapuskan di sekolah2.

    4. Saya kira dalam kepala mereka, pembelajaran & penguasaan BI masih bisa dicapai lewat kaedah2 lain dan bukan PPSMI. Itu pendirian mereka. Negarawan kita, TDM pula semasa memperkenalkan PPSMI pun ada pendirian dan alasan2 beliau. Ini semua kita dengar, ambil-maklum, dan ambil perhatian.

    5. Saya kira “tidak elok” kalu ada di kalangan kita yang hanya menerima pendirian dan alasan2 TDM dan menolak bulat2 pendirian/alasan2 pejuang2 BM, atau sebaliknya, hanya menyokong pejuang2 BM sambil menolak bulat2 alasan2 TDM.

    6. Setelah meneliti kenyataan Menteri Pelajaran tempoh hari, saya yakin Kementerian akan mengambil pendekatan yang paling baik dgn membuat pengubahsuaian yang sesuai terhadap PPSMI tanpa menghentikan pelaksanaannya terus, sambil pada masa yang sama memperkuat waktu2 bagi pembelajaran BI di sekolah2. Inilah pencapaian “win-win” (menang-menang) yang melegakan semua pihak.

    7. Secara peribadi saya masih sokong pendirian dan alasan2 TDM dalam melaksanakan PPSMI. Ini satu dasar yang membawa manfaat besar dalam jangka panjang bagi anak2 Melayu khususnya, dan bagi rakyat Malaysia secara keseluruhan amnya. SELAMAT BERPOLEMIK.

    KEPADA SDR JEAN:

    a. Bahasa Melayu sudah lama “diperkayakan”. Bahasa kita sudah pun mantap. Jika sekiranya Sdr menghadapi masalah2 spt “… still can’t find the right word when I am writing a simple letter to government office…”, saya kira itu bukan silap bahasa kita. Puncannya ialah kelemahan penguasaan BM Sdr. Rajin2lah layari laman web DBP. Di sana semua kata BI (dan Latin & Belanda) ada diberi pengertiannya, Kamus BI-BM & BM-BM pun disediakan dalam talian (online):

    http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php

    b. Tolong jangan ‘mengata’ yang petugas2 di DBP tak membuat kerja mereka.

    Selamat Majukan BM.

    Kalau dikaji, DBP telah ujud lebih 50 tahun. Apakah pencapaian DBP diukur hanya terletak kepada berjaya mengusahakan Kamus Dewan sahaja?

    Pada Kami, DBP gagal. Ini kerana manuskrip penting Melayu seperti Hikayat Tun Seri Lanang, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Munshi Abdullah dsbnya bukan sahaja gagal dihayati oleh generasi Kami, malah DBP gagal meletakan manuskrip ini dalam setiap rumah orang Melayu, terutama golongan terpelajar dan professional, untuk menentukan Bangsa Melayu terus mempunyai jati diri ini.

    Berapa banyak buku berkaitan sains, matematik, teknologi dan kommersial berjaya dibangun dan/atau terjemahkan oleh DBP? Berapa banyak diantara yang berjaya dibangun dan/atau terjemahkan ini berjaya dipasarkan dengan baik oleh DBP dan/atau saluran pengedaran kommersial?

  9. Saudara Bigdog,
    Saya rasa penentangan terhadap PPSMI ini ada motif yang lain – a political motive – dengan niat yang serong, a move by a certain hidden hand to discredit someone. I dont know, it’s just a hunch.

    Saya sangat2 sokong PPSMI. Persoalan yang saya nak kemukakan adalah, “Adakah bahasa Inggeris itu suatu ilmu yang terlalu sukar untuk dipelajari atau permasalahan yang timbul dari P&P PPSMI serta keputusan peperiksaan adalah masalah pengurusan dan pentadbiran PPSMI”.

    Saya rasa pada tahap ini, guru2 yang terlibat telah dapat menguasai P&P PPSMI, telah melepasi tahap kesukaran (halangan psikologi – social inhibition)atau ‘kekekokan’ berbahasa Inggeris. Kini hanya perlu tingkatkan perkaedahan atau ‘pedagogi’nya.

    Insyaallah apabila perkara keselesaan guru2 PPSMI itu wujud dengan terbungkasnya halangan psikologi itu serta peningkatan pedagogi pengajaran, maka pelajar2 dan keputusan mereka akan cemerlang dan mereka akan menjadi insan atau rakyat yang cemerlang, yang mempunyai “LEBIH KEYAKINAN DIRI”.

    Ini bukan bererti membelakangkan bahasa Melayu, tidak sama sekali. Yang membelakangkan bahasa Melayu itu adalah “orang2 yang sepatutnya dari kita merdeka dulu” berusaha dengan lebih keras cara2 meningkatkan bahasa Melayu daripada asyik berpolemik dan beretorik, berebut2 jawatan, gah dengan kemasyuran diri.

    Sebab itulah tuan, saya mengandaikan bahawa penentangan terhadap PPSMI mempunyai ‘political motive”

    Sekian, terima kasih

    Kami bersetuju. Orang Melayu tidak wajar regresss. Kalau ini merupakan agenda politik, maka Bangsa Melayu akan rugi.

  10. Bro BigDog yang disayangi…

    HOT HOT PANAS PANAS MENGELEGAK!!!

    Karpal Singh telah memberi pita rakaman Ketua Hakim yang mengaku rasuah kepada Agong!!

    Lihat di sini.

    HOT PANAS LAGI MELECUR!!!

    Speaker Perak V. Sivakumar telah meminta agar sidang tergempar Dewan Undangan Perak diadakan pada hari Selasa untuk mengundi usul percaya/tidak percaya kepada Dato’ Seri Nizar dan usul memansuhkan Dewan!

    Lihat di sini.

    • Terimalah hakikat dalam perlembagaan, janganlah tunjuk hero, pada dato nizar kesian….sangat pada anda dan malu…teramat sangat kerana terlalu ego!oleh kerana orang lain, janganlah terlalu ikut perasaan gunakan fikiran.Sayanglah pada bangsa kita sendiri kerana sebusuk2 bangsa kita ada masanya kita boleh bertaut bila kesusahan tetapi sewangi-wangi bangsa lain belum tentu boleh bertaut kerana dahannya senantiasa rapuh untuk kita bangsa melayu…

  11. Saya hanya hendak bertanya kepada DBP, Gapena dan lain-lain badan yang memperjuangkan Bahasa Melayu mengenai satu soalan; bilakah kita hendak tukarkan sebutan abjad “double-U” ke dalam Bahasa Melayu?

    Tidak ada sebutan lain kah di dalam Bahasa Melayu yang boleh digunakan untuk abjad ini?

    Mengapa sibuk-sibuk mengatakan orang-orang Jepun, Perancis, German dan lain-lain menggunakan bahasa ibunda mereka sedangkan kita sendiri secara terang-terangan menggunakan Bahasa Inggeris di dalam penggunaan abjad untuk mengeja Bahasa Melayu?

    Tidakkah ironis perjuangan mereka ini?

  12. Puak-puak penyokong PPSMI ini benak dan dungu. Mereka tidak dapat membezakan literasi bahasa dan juga literasi Sains/Maths.

    Kedua-duanya perlukan kemahiran pemikiran berbeza. Macam main bola dan main ping-pong. Teknik berbeza, cara berbeza begitulah dengan belajar Sains/Maths.

    Contoh dekat di hati, belajar tajwid. Kalau ustaz/ustazah melabon dalam bahasa arab menerangkan hukum tajwid, sampai tua rentalah penyokong PPSMI tak akan pandai baca Al-Quran.

    Jadi nak pandai BI, belajar BI. Baiki silibus, banyakkan guru, ada makmal bahasa. Orang gila macam penyokong PPSMI saja buat Maths/Sains untuk pandai BI.

    Buat penyokong PPSMI, aku nak belajar bahasa Jawa, ada soalan Maths/Sains dalam bahasa Jawa? Nanti aku akan pandai ngomong Jawa bila pandai buat Maths/Sains dalam bahasa Jawa?

    Sekarang letak perkara ini pada anak-anak seawal 7 tahun.Bagaimana mereka nak faham KONSEP jika penyampaiannya dalam bahasa asing? Terangkan bagaiamana menjelaskan konsep pecahan dalam bahasa Jawa kepada anak Melayu? Samalah dengan menerangkan KONSEP pecahan dalam BI kepada anak Melayu. MEREKA TIDAk FAHAM.

    Tentang kemahiran komunikasi dalam BI, siapa pun tak bantah kalau nak memahirkan diri. PPSMI bukan caranya.

    Suka diingatkan cara belajar bahasa dengan cara belajar sains dan matematik adalah berbeza. Belajar bahasa ialah belajar kemahiran berbahasa. Belajar pertuturan, belajar grammar, belajar kosa kata, belajar struktur ayat dan belajar membuat karangan dan lain-lain kemahiran berbahasa.

    Belajar Sains ialah belajar fakta, konsep, prinsip, teori dan hukum yang memerlukan penguasaan bahasa.
    Mana boleh belajar sesuatu bahasa (BI) menggunakan pendekatan belajar Sains. Ini kerja gila.

    Oleh itu kerja PPSMI ini sebenarnya kerja gila. Penyokong PPSMI adalah penyokong kerja gila atau orang gila.

    Betul ilmu dlm bahasa apa pun tak apa tapi apakah cara/ bahasa terbaik bagi anak-anak seawal 7 tahun menuntut ilmu. ITU PERSOALANNYA?

    http://www.nst.com.my/Current_News/NST/PDF/Math-Science%20Report

  13. Saya tak termakan dengan retorik tanpa fakta. PPSMI telah dilaksanakan di Filipina, Sri Lanka, Jamaica, India, Pakistan, Bangla. Mana bukti kejayaan mereka?

    Dapatan Kajian TIMSS 2007 menunjukkan yang skor purata pencapaian pelajar Malaysia 2007 untuk Matematik dan Sains menurun secara signifikan berbanding dengan skor prestasi pelajar Malaysia dalam kajian TIMSS 1999 dan 2003.

    Menurut Kajian itu:

    Skor Matematik untuk tiga tahun pelajar Malaysia adalah sebagai berikut:

    1999 = 519
    2003 = 508 (turun 11 mata berbanding dengan skor 1999)
    2007 = 474 (turun 34 mata berbanding dengan skor 2003)

    Skor Sains untuk tiga tahun pula adalah seperti berikut:

    1999 = 492
    2003 = 510 (naik 18)
    2007 = 471 (turun 40)

    http://profabdullah1.wordpress.com/2009/02/28/dapatan-kajian-antarabangsa-timss-2007-tentang-prestasi-pelajar-8th-grade-tingkatan-2-malaysia-dalam-ujian-matematik-dan-sains/

  14. Bahasa melayu perlu didaulatkan selamanya.
    Dan Bahasa Inggeris & Sains perlu diajar terus dalam bahasa inggeris.
    Hidup Melayu..

  15. Melayu dalam GMP ini semua Jumud yang tertarik dalam (sucked into) agenda politik org tertentu!

    Mana puak puak DßP / GAPENA ni semasa Cina DAP umum buat papantanda mengandungi tulisan Cina & Tamil di Penang????

  16. Bro,

    Orang yang sewaktu dengan lu, cakap penentangan terhadap PPSMI itu merugikan bangsa Melayu. Tapi tak pernah terfikir ke sejak pelaksanaannya orang bukan Melayu semakin menjauhkan diri dari bahasa kebangsaan, kini sudah ada saluran tv yang mengutamakan bahasa etnik dan bahasa inggeris sehingga bahasa kebangsaan semakin terpinggir, orang bukan melayu tidak lagi membaca surat khabar menggunakan bahasa kebangsaan, orang bukan melayu semakin tidak fasih berbahasa kebangsaan, bahasa mandarin kini mula menguasai iklan dan rancangan tv, orang bukan melayu malah orang melayu tidak lagi berkomunikasi menggunakan bahasa kebangsaan, ada orang bukan melayu yang langsung tidak boleh berbicara dengan bahasa kebangsaan…..bla…bla

    Sedar tak sedar sejak pelaksanaan PPSMI, bahasa Melayu kian tergugat. Realitinya, bahasa Inggeris dan bahasa mandarin berkembang pesat baik dalam dunia penyiaran mahupun dalam bidang lain.

    Mengapa Jepun, Korea, dan Perancis yang mengutamakan bahasa ibunda/kebangsaan boleh menjadi maju dalam segala bidang malahan lebih maju daripada negra yang menggunakan bahasa INggeris?

    tepuk dada tanya selera!

  17. Bro,
    Dalam isu bahasa, kita sepatutnya berusaha supaya bahasa kita “tegak sama tinggi, duduk sama rendah” dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Kita sewajarnya menyematkan di dada dengan keyakinan bahawa bahasa kita “tidak lapuk di hujan, tak lekang di panas”. Jika pemimpin dahulu melakukan kesilapan, kita sewajarnya berpegang pada peribahasa “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya” dan “sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan”. Janganlah hanya kerana “nila setitik habis rosak susu sebelanga” atau “seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit”.

    Kalau betullah UMNO itu parti yang mendukung bangsa Melayu, pemimpinnya perlulah berpegang pada cogan kata “Bahasa Jiwa Bangsa”, “Bahasa Menunjukkan Bangsa”, dan “Hilang Bahasa Lenyaplah Bangsa”.

    Logiknya, kalau nak mahir dalam sesuatu bahasa, perkembangkanlah subjek bahasa itu. Sepatutnya, subjek bahasa Inggeris itu diperluaskan. Apa salahnya adakan kelas tatabahasa, penulisan, percakapan, pemahaman seperti yang dilalui oleh pelajar mempelajari bahasa Inggeris di universiti seperti di UIA. Selain itu, perkenalkan subjek sastera Inggeris di sekolah supaya pelajar tahu lenggok bahasanya.

    Apalah sangat yang boleh dipelajari jika subjek Matematik dan subjek Sains diajarkan dalam bahasa Inggeris. Lebih banyak istilah dan formula daripada tatabahasa dan aspek bahasa yang lain.

    Bro, kalau hendak menguasai sesuatu bahasa perlu melaui bahasa itu bukannya melalui subjek lain. Janganlah ikut falsafah “sokong membawa rebah”. Kata-kata Hang Tuah “Takkan Melayu hilang di dunia” itu memang benar, Melayu hanya hilang bahasa dan agama bukannya nama Melayu.

  18. […] further thoughts, please read here, here, here and […]

  19. Salam Bigdog,
    Setelah merujuk kepada laporan TIMSS 2007 setebal 512 mukasurat, saya tidak dapati ada sesuatu yang SUBSTANTIVE, SIGNIFICANT dan CONCLUSIVE untuk mengaitkan kemerosotan ranking pelajar2 Malaysia dengan PPSMI. Terlalu banyak variables yang lain yang mempengaruhi ranking tersebut. Sebenarnya tidak cukup asas atau adil untuk mengatakan PPSMI punca kemerosotan ranking tersebut.

  20. Izinkan saya mengulas beberapa kenyataan spt di bawah:

    (1) Apakah pencapaian DBP diukur hanya terletak kepada berjaya mengusahakan Kamus Dewan sahaja?

    KOMEN: Saya tak sebut yang kejayaan DBP hanya terhad kpd “Kamus Dewan” saja. Kalau itulah persepsi Sdra,terserah!

    (2) Pada Kami, DBP gagal. Ini kerana manuskrip penting Melayu seperti Hikayat Tun Seri Lanang, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Munshi Abdullah dsbnya bukan sahaja gagal dihayati oleh generasi Kami, malah DBP gagal meletakan manuskrip ini dalam setiap rumah orang Melayu, terutama golongan terpelajar dan professional, untuk menentukan Bangsa Melayu terus mempunyai jati diri ini.

    KOMEN: Kalau hikayat2 itu tak dibaca/diminati rakyat, sama ada yang terpelajar @ sebaliknya, itu bukan tanggungjawab DBP. Petugas2 DBP tak pernah disuruh menjadi guru supaya mengajar rakyat rajin membaca teks klasik itu.

    (3) Berapa banyak buku berkaitan sains, matematik, teknologi dan kommersial berjaya dibangun dan/atau terjemahkan oleh DBP? Berapa banyak diantara yang berjaya dibangun dan/atau terjemahkan ini berjaya dipasarkan dengan baik oleh DBP dan/atau saluran pengedaran kommersial?

    KOMEN: Banyak dan sudah mencukupi pun di pasaran. Kebanyakan buku teks bagi subjek2 utama adalah penerbitan DBP, dr SR, SM hinggalah ke universiti.

    Cuma fungsi penerjemahan DBP yang belum mencapai kejayaan besar. Tetapi, buku2 teks asas sudah diterjemahkan oleh DBP.

    Dalam bidang pengedaran komersial, DBP memang lemah. Itu kerana mentaliti “jbt kerajaan”. Tetapi kelemahan bidang ini tidak harus dijadikan alasan menafikan sumbangan DBP kpd pengembangan BM sehingga BM menjadi bahasa ilmu.

    KESIMPULAN: Dalam kekurangannya yang serba-serbi, DBP b isa dianggap sudah berjaya menunaikan tanggungjawabnya. Tetapi kelemahan penguasaan BM seseorang sudah tentu bukanlah kerana kesilapan/kecuaian DBP; itu kelemahan orang itu sendiri.

    Selamat berforum.

  21. PPSMI: satu pandangan dari kacamata seorang mahasiswa
    Assalamualaikum.saya terpanggil disini untuk memberikan pendapat saya mengenai Pengajaran & Pembelajran Sains dan Matematik dalam dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dari perspektif sebagai seorang mahasiswa. saya merupakan pelajar kurusus kejuruteraan di sebuah unviersiti IPTA yang mana kejuruteraan dan teknologi menjadi kurusus utama universiti ini. Untuk pengetahuan semua,boleh dikatakan 85% pensyarah subjek teras elekrik saya menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengajaran walaupun buku rujukan yang menggunakan Bahasa Inggeris. saya melihat walaupun kami menggunakan buku rujukan luar,tetapi apabila belajar,kami lebih suka pensyarah manggunakan bahasa melayu.
    Sudah menjadi lumrah manusia untuk lebiih faham sesuatu di dalam bahasa ibundanya. Jangan terkejut jika dikatakan pelajar Cina juga lebih selesa jika pensyarah menggunakan Bahasa Melayu. Bila ada istilah dalam Bahasa Inggeris,pensyarah akan menggunakan terus istilah asal dan tidak mengubahnya.Cuma bila penerangannya,pensyarah menggunakan Abhasa Melayu. Kami amat selesa dengan cara ini .
    Apa pula kaitannya dengan PPSMI? Jika kami yang belajar subjek Elektrik (Sains) yang lebih kompleks lebih suka dan lebih mudah faham jika menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Inikan pula kita hendak suruh murid-murid yang baru hendak belajar sains dan matematik menggunakan Bahasa Inggeris. Ada orang yang mengatakan istilah-istlah Sains dan Matematik ini jika ditukarkan kedalam Bahasa Melayu,akan jadi kelakar. Ya mereka ini memang cukup bijak untuk menghina bahasa ibunda mereka sendiri. Jika kita tanya pada murid-murid pada hari ini, tahukah mereka apa itu ‘kebuk wasap’? bagaiman pula dengan ‘jelaga’. Istilah itu tidak lah terlalu pelik ketika sebelum PPSMI dilaksanakan. Kini murid-murid mungkin tidak tahu apakah istilah-istilah yang disebutkan tadi kerana perkataan itu telah mati dalam kamus murid-murid. Terbukti PPSMI mematikan Bahasa Melayu.
    Mengapa kita perlu mengagungkan bahsaa Inggeris? jika benar kita tidak akan maju kalau tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar,mengapa Melaka boleh terkenal dengan zaman kegemilangannya sekitar kurun ke 14 dimana Bahasa Melayu diangkat sebagai ‘lingua franca’. Jadi apakah kita tidak boleh untuk maju jika menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik? Kita lihat pula ketika zaman kegemilangan Kerajaan Abbasiah di Baghdad, dalam masa yang sama juga sebuah kerajaan Islam muncul di Sepanyol, Kerajaan Umayyah kedua. Ketika itu, Cordova menjadi aset penting pada Eropah iaitu sebagai pusat ilmu dan mempunyai universitinya sendiri. Dikatakan buku-buku yang tersimpan di dalam khutub khanahnya , melebihi 400 000 buah buku, dan ada juga yang mengatakan melebihi 1 000 000 buah buku. MasyaAllah, Islam pada masa ni , betul-betul mencelikkan pandangan buta manusia terhadap dunia. Selepas jatuhnya kerajaan Islam di Sepanyol, bermulanya Renaissance di barat, mereka memulakan proses penterjemahan transkrip-tanskrip dari Bahasa Arab dan Latin ke bahasa masing-masing. Bermulanya era baru bagi barat, iaitu zaman Renaissance,zaman kebangkitan Eropah. Jika benarnya penyokong PPSMI mengatakan kita tidak akan maju jika tidak menggunakan Bahsa Inggeris,kenapa orang Eropah dan Barat sendiri boleh bangkit dari zaman gelap tanpa menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa ilmu ketika itu? Presiden Jacques Chirac kecewa bila setiausaha agung PBB, Ban Ki-Moon tidak pandai berbahasa Perancis. lihat betapa bangganya bangsa asing mengagungkan bahasa ibunda mereka sendiri.
    Saya pernah menghadiri temuduga JPA untuk pengajian bidang teknikal ke Korea selepas tamat pengajian SPM.semasa temudga dijalankan,saya dan rakan-rakan dalam sesi temuduga itu telah diberikan satu tajuk dan dikehendaki untuk membincangkannya.Dan saya gagal dalam temuduga itu. Saya gagal bukan kerana saya tidak belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kerana soalan yang diberikan tidak memerlukan satu pun istilah Sains dan Matematik untuk saya menjawab soalan ketika temuduga tersebut. Saya gagal kerana saya kurang mahir bertutur dalam Bahasa Inggeris.

    Sebelum PPSMI dilaksanakan,wujud dua kumpulan:1-pelajar yang minat sains 2-pelajar yang tidak minat sains. Selepas PPSMI dilaksanakan,tiga kumpulan pula terbentuk:1-pelajar yang minat sains dan mahir Bahasa Inggeris,2- pelajar yang minat sains dan tidak mahir Bahasa Inggeris dan 3- pelajar yang tidak minat sains dan tidak mahir Bahasa Inggeris.Jadi disini apa yang perlu kerajaan lakukan adalah dengan menyeru guru-guru subjek Bahasa Inggeris memberi penekanan lebih ketika mengajar subjek Bahasa Inggeris ketika di dalam bilik darjah,dan bukannya mengubah bahasa pengantar Sains dan Matematik dalam Bahsa Inggeris. Pernah guru Bahasa Inggeris saya yang berbangsa India ketika pengajian saya di Matrikulasi mengatakan,yang mana beliau tidak menyokong sama sekali PPSMI .PPSMI ini sebenarnya membunuh masa depan orang-orang melayu di kampung-kampung dan luar Bandar. Abang saya merupakan seorang guru subjek sains dan isterinya pula guru matematik,dan apabila saya bertanya kepada mereka tentang PPSMI, mereka juga menentang dan mengatakan para pelajar sukar untuk faham perkara asas subjek Sains dan Matematik dan menyebabkan kurang minat mereka terhadap Sains dan Matematik. Skor A mereka bukan kerana mereka betul-betul faham asas-asas dalam Sains dan Matematik itu,sebaliknya hanya kerana ingin lulus peperiksaan awam.Jangan kita memberi alsan kita tidak akan maju jika tidak melaksanakan PPSMI kerana sejarah telah membuktikan sesiapa sahaja maju walaupun menggunakan sebagai bahasa pengantar.HAPUSKAN PPSMI!!

  22. Salah guna dan salah faham sering berlaku dalam hidup seharian. Kebebasan dan demokrasi pun sering disalah guna dan disalah faham. Jahil. Akibatnya atau hukumnya kita selalu kerugian. Macam Pak Kadok, macam Si Tanggang, macam Lebai Malang. Kononnya nak maju, lalu dipinggirkan bahasa sendiri. Patut ke begitu. Mana nurani bahasa kita…

  23. orang Melayu rugi kalau tidak pandai berbahasa inggeris…tapi orang melayu paling rugi kalau tidak pandai menguasai bahasa arab…bahasa alquran….apa yang saya lihat kerajaan tidak mengikuti dasar utamanya dari dulu…dasarnya sering berubah…itulah hakikat…Kejab LCE kejab SRP…camtulah dari dulu lagi…kita nak kemana lagi bukan kah kita dimalaysia…

  24. 1. Anak saya 3 di sekolah rendah dan 2 di sekolah menengah suka belajar Maths dan Science dalam Bahasa Inggeris.

    2. Saya sendiri dulu belajar English Medium dan ambil MCE. Tetapi tidak melunturkan penguasaan Bahasa Melayu saya. Kerjaya saya hari ini sebagai editor dan penulis (novel dan skrip) dalam Bahasa Melayu. Tidak sehebat SN A Samad Said, tapi masih memartabatkan bahasa ibunda.

    3. A Samad Said memartabatkan BM? Tak juga. Banyak penulisannya melacurkan Bahasa Inggeris menggantikan istilah Melayu yang sedia ada. (Contoh dalam satu puisi beliau gunakan “librari” sedangkan dalam BM ada perpustakaan dan khutub khanah).

    4. A Samad Said mahu anak kita memuliakan Bahasa Melayu? Sila rujuk website anak SN ini, Az Samad (http://www.azsamad.com) yang 100% guna bahasa Inggeris.

    Pak Samad, bagi anak-anak kami pilih sendiri. Bagi kami pilih untuk anak-anak kami.

    Saya sokong PPSMI 100%

  25. Apa makna GAPENA & ExKP DßP Dato Hassan Ahmad mengctuai GMP, kunun kunun mempertahankan kepentingan Bahasa Mclayu, sekiranya sanggup ‘lacur’kan kcdudukan sebagai aktivis bahasa apabila tido sekedudukan dgn chavinis Cina Dong Zong????

    Bodoh!!!

  26. “Pada pendapat aku, suka tidak suka bahasa inggeris masih lagi bahasa ilmu, terutamanya dalam bidang teknologi dan sains. Tidak ada bezanya, sekiranya kita mahu mendalami Agama Islam, kita mesti faham bahasa Arab terlebih dahulu, kerana ia bahasa Al-Quran. Boleh ke kita jadi mufti kalau belajar agama dalam bahasa Melayu & dari guru Melayu semata-mata?

    Dan kalau kita nak anak kita jadi alim ulamak, tentu kita nak mereka belajar bahasa Arab dari mereke kecil. Setuju?”

    http://syedsyahrul.blogspot.com/2009/03/ppsmi-apa-cerita-ni-beb.html

  27. Dasar telah dibuat tetapi maseh berubah ubah…kerajaan kena ikut kehendak rakyat…tukar sahaja kepada bahasa malaysia…bahasa orang melayu…kan lebih mudah orang melayu belajar…dari mendapat tentangan dan keselamatan tak terjamin, elok kerajaan ubah kepada lebih baik…kalau tidak diambil tindakan dengan hanya mengeluarkan kenyataan kat paper tak memadai…lama lam menteri pelajaran sendiri akan kehilangan sokongan…rakyat sedang melihat tindakan pak menteri…kita lihat menteri mana yang boleh selesaikan kemelut ini secara harmoni…rasanya tiada…yang ada pun tahap akal tak sampai untuk mengawal isu pendidikan dimalaysia…berfikirlah secaramatang mana utama nya…bahasa melayu atau Inggeris…sekiranya bahasa inggeris jua dituruti bermakna kerajaan telah melukai hati rakyat untuk selama lamanya…rakyat akan menghukum dalam PRU13 nanti…perkara ini bukan benda main main yang boleh di selesaikan sehari dua atau keluar kenyataan berjela jela…Ketahulah apa yang penulis blog tulis adalah kebenarannya yang perlu diselesaikan segera…ia umpama api yang membakar didalam…janganlah beranggapan penulis blog ini semua nya pembangkang…sehingga apa yang ditulis semua nya tidak ada point…

  28. […] Penentangan PPSMI oleh Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) sebenarnya satu ikhtiar yang produktiviti songsang (counter productive). Kebimbangan mereka yang bersifat jumud dan terlalu cemburu mengenai kemajuan Bahasa Melayu apabila sains dan matematik mula dilaksana dalam bahasa Inggeris sebenarnya meleset. Hujah dimana pelajar sekolah akan keciciran apabila PPSMI dilaksanakan juga dibuktikan lemah. […]

  29. Kita sebenarnya telah terkeliru tentang penguasaan Bahasa Inggeris dan ilmu – sains & teknologi. Terus terang saya katakan dasar PPSMI yang dilaksanakan oleh kerajaan merupakan satu kesilapan amat besar dan membawa malapetaka kepada anak bangsa terutamanya anak melayu. Menguasai bahasa dan ilmu adalah berbeza dalam kaedah pencapainnya. Masakini anak-anak bangsa kita terutama dari golongan marhaen mereka cuma memahami BM dalam menguruskan kehidupan seharian kerana BM adalah bahasa rumah ( home langguage ) jika dibandingkan dengan golongan elit di mana mereka menjadikan BI sebagai bahasa ibunda yang diwarisi dari turun temurun. Maka anak golongan ini tidak menjadi masaalah dalam pencarian ilmu. Bagaimana dengan anak-anak petani,nelayan,pekerja bawahan di sektor awam & swasta ? Mereka ini kita telah lakukan ketidakadilan yang tak berbatas oleh pihak berwajib maupun golongan korporat. Mereka dinafikan untuk memperoleh maklumat,pengetahuan maupun ilmu moden kerana penyebarannya dilakukan dalam bahasa yang mereka tidak fahami langsung ( bahasa inggeris ). Di sinilah wujudnya fenomena anak melayu ketinggalan di dalam arus kemodenan. Wajarkah tindakan kita ini? Padahal di dalam alquran jelas menganjurkan setiap insan dianggap sama tanpa kelas dan perbezaan. Setiap insan mempunyai hak untuk memperolehi sesuatu kieiginan termasuk ilmu. Allah menjadi insan di dalam pelbagai rupa kulit,warna,bangsa dan bahasa. Setiap insan mempunyai akses masing-masing untuk maju mengikut pelbagai metod termasuk penguasaan bahasa.

    PPSMI ternyata gagal kerana penguasaan bahasa inggeris kurang mantap dan ternyata lemah di kalangan anak melayu. Di dalam keputusan UPSR & PMR 2008 menunjukkan kegagalan ketara. Contohnya UPSR telah mencatatkan kurang lebih 27000 pelajar lulus dengan cemerlang ” A ” ( kalau tidak silap saya ). Jumlah tersebut kesemua jawaban dibuat dilam dwibahasa. Jika benar keputusan tersebut menunjukkan dasar PPSMI mencapai kejayaan, sila umumkan statistik pelajar yang menjawab secara total dalam BI ? Saya yakin jawabannya menunjukkan jumlah yang lagi kurang dari 27000 orang. Tetapi puihak tertentu cuba menyembunyikan statistik ini agar semua ibubapa & rakyat ghairah dengan dasar kejayaan PPSMI. Inilah agenda sebenarnya golongan elit politik kita.

    Fenomena PPSMI boleh dianalogikan seorang pembaca/pengajian alquran di mana bacaan mengikit tajwid sangat mengagumkan tetapi pemahaman isi kandungan alquran adalah nil. Kenapa ? Pembaca/pengkaji tersebut tidak memahami bahasa arab sedangkan makna & tafsiran landung tidak diketehui. Inikah yang kita hendak banggakan sebagai bangsa yang memahami ajaran alquran. Begitu juga dengan program PPSMI masakini walaupun pelajar berjaya mencapai gred A dalam sains & matematik tetapi secara realitinya adakah mereka dapat manfaatkan sains& matematik. Saya bimbang mereka sebagai burung nuri yang pandai bercakap tetapi tak faham apa yang diperkatakan. Ini adalah suatu falasi golongan elit politik.

    Bahasa adaljh alat ( tool ) untuk meluahkan apa yang terkandung di dalam minda. Keberdayaan dan kewibawaan seseoranglah yang menentukan kejayaan perkembangan fizikal & jiwanya. Kejayaan bangsa eropah dalam menguasai ilmu adalah kegigihan merekas terhadap ilmun dan misteri alam semesata. oleh itu mereka berusaha bersungguh untuk mencapai misi & visi mereka. Lihatlah bangsa Jerman, Peranchis, Russia termasuk inggeris dari Britain, AS, Kanada dll. Begitu bangsa Arab semasa ketamadunan Islam di mana kelimuan begitu bercambah melalui bahasa arab lihatlah sarjana tersohor Islam – Ibn Sinna, Al-Farabi, Alkindi adakah meluahkan ilmu mereka bahasa asing selain bahasa arab. Ya saya akui mereka ini banyak menyerapi ilmu asing terutama dariu pengaruh Yunani – Aristotle dll dengan mempelajari bahasa Yunani kemudian ilmu tersebut disebarkan keseluruh empayar islam melalui bahasa arab. Kemudian perkembangan ilmu sarjana muslim berkembang ke seluruh Eropah di mana kebanyakan naskah keilmuan bahasa arab diterjemahkan ke bahasa Eropah – LATIN,Jerman, Perancis dan akhir sekali BI. Ini membuktikan keilmuan bukan dimonopoli oleh sesuatu bahasa sahaja. Setiap insan perlu menguasai bahasa asing selain bahasa ibunda sendiri untuk mengenbangkan minda kuta.

    Sebagai rumusan kita mesti menetapkan minda kita supaya sains & matematik dan ilmu-limu moden lain mesti disaluran melalui BM bukannya BI. Di samping kita mesti menguatkan penguasaan bahasa-bahasa asing moden termasuk BI demi kemajuan anak bangsa kita seperti ketamadunan bangsa silam !

  30. If we were to take a look at the renowned Muslim scholars in the Middle East during the era of the Prophets other than the Arabic language they also studied other languages with the view to acquire knowledge. Even in the Al Quran it is clearly stated “Belajarlah kamu walau hingga kenegara Cina.” I believe this in itself should provide us with something to ponder and a lesson learned.

    As a Malay I had an early start whereby since primary school I was exposed to the English language until graduation. Studying and working overseas does not make me less Malay. We still communicate in Malay at home and with friends, read the Malay newspapers and even watch Malay movies and drama. Basically I am still a Malay and my main concern is to see where the Malays will be 50 years from now? That is how far ahead I am looking. I do not mean any malice but I attended an international conference a few years back whereby there was a goverment official who attended on behalf of his Ministry. Throughout the 3 days conference he did not make any comments! I thought that it was rather strange because the issues discussed was closely related to the Ministry that he represents. At the end of the Conference I found out that sorry to say our official does not comprehend the going ons of the Conference due to his inability to understand the language used i.e. English. I just wonder why he was send! I will not divulge the reason that he gave me for attending the conference.

    The learning of another language should by right be considered an advantage. I must admit I made a mistake for not taking the initiative to learn Mandarin when I was growing up as the opportunity existed then. However, I compensated by learning French and Japanese. My children are learning Arabic and French. Mind you we are not the elitist group but rather the hard working Malay middle class. I have been taught since young to acquire knowledge and to be proactive and the same principle I cascade down to my children and hopefully grandchildren.

    Let us all be rational rather than emotional. The Malays especially should get rid of the “katak bawah tempurung” syndrome. The world is moving forward and thus the Malays too should take the initiative to be more proactive. We cannot stop the fact that there are job opportunities all over the world and thus knowing a universal language is an advantage. Unless the Malays are only interested to work in Singapore, Indonesia or Brunei if they are not interested to learn a foreign language. Come on let us look at the bigger picture.

    I believe it is pretty presumptous to say that the Japanese or Koreans are successful without having to learn the English Language. For the benefit of everyone I had the opportunity to work in both countries and let me say they use a lot of books written in English!! So do not be duped by our own assumption without knowing the true facts!!

    The other issue is acquiring the English language should not be limited to only Maths and Science but rather in the other subjects as well. My only guess for the strong objection towards the English language is the reluctance to put in extra efforts and the extra hours needed. I grew up in a kampong and thanks to the foresight of my parents they were willing to make the sacrifice. It was all hard work for me. The school library was pratically my second home. However, one other sacrifice my parents made was to subscribe to an English newspaper daily and I made sure I read from the front page to the back page without fail.

    Strangely today the Malay younger generation are more interested in the PS zone and using abbreviations when sending sms. So where does that take the Malay language??

    I am all for the teaching of Maths and Science in English. On the same note I hope the agencies concerned like DBP become more aggressive in increasing the related books translated into Bahasa Malaysia for the benefit of the hardcore Malays who still insist on using the Malay language. However, I hate to see words such as “Franchise” becomes “Francais”, “Cosmopolitan” becomes “Kosmopolitan”, “Condominium” becomes “Kondoninium” etc etc. Surely the educated linguists at DBP could do better than that!!

  31. Nampaknya isu PPSMI begitu hangat dan akhir-akhir ini ada segelintir pihak tertentu mengambil peluang dalam menguatkan strategi & sinergi penguasaan politik untuk mengaruhi massa sedangkan GMS tidak berniat mengadakan demontrasi jalanan tanpa permit. Tetapi GMS tiada polatform yang tepat untuk memperjuangkan hasrat untuk meletakkan Bahasa Melayu di atas landasan yang betul sebagai suatu supremasi bangsa Malaysia. Maka terpaksalah GMS menggunakan platform politik untuk didengari oleh kerajaan. Mereka terpaksa bersekongkol dengan pembangkang – PR untuk melaksanakan misi & visi untuk menentang dasar PPSMI.

    Tindakan GMP telah disalahkan-ertikan sebagai tindakan keterlaluan kerana membawa kes PPSMI diselesaikan ke pentas perundangan. Merteka juga dicop sebagai taksub,kolot & menentang kemajuan. Begitulah beberapa klisye mual golongan mempertahankan dasar PPSMI. Golongan tersebut mempertikaikan kenapa setelah 6 tahun perlaksanaan PPSMI baru kini dizahirkan penentangan ? Jawabannya mudah. Pencinta bahasa ( bukannya ahli bahasa ) inmgin melihat dampak dari perlaksanaan PPSMI kerana tempoh 6 tahun merupakqn era eksprimen. Setelah genap 6 tahun ternyata hasilnya menunjukkan keputusan negatif. Ramai para pelajar sukar unuk memahami aaasains & matematik melalui pembelajaran/pengasjaran melaui bahasa inggeris. Dianggarkan sekirar 70% – 80% pelajar sukar memahami PPSMI. Hasilnya keputusan UPSR/PMR/SPM/STPM agask mengecewakan. Rata-rata pelajar yang cemerlang dalam UPSR/PMR/SPM menjawab soalan dalam dwibahasa. Sekiranya mereka diwajibkan mengikuti kelas pembelajaran/pengajaran & menjawab soalan sepenuhnya dalam BI, saya yakin keputusan lagi teruk jika dibandingkan dengan keputusan SPM 2008 ( seramai 6277 calon dapat semua A dalam semua subjuk ). Pihak Kementerian Pelajaran pula tidak mendedahkan secata telus secafa rinci statistik dari 6277 calon mengikut jawapan dalam BI,BM & campuran BI& BM. Kenapa terjadi begini ? Saya berandain ( mungkin betul atau salah )pihak tertentu di kementerian berasa kecewa bahawa PPSMI menemui kegagalan total.

    Kami sebagai pencinta Bahasa Melayu yang dinobatkan sebagai bahasa rasmi negara melalui sistem pentadbiran & pendidikan yang tyercatat dalam Perlembagaan Malaysia, Akta Bahasa Kebangsaan & Akta Pendidikan Negara 1996 tidak mahu BM terpinggir dan akhirnya puput ditelan zaman globalisasi. Sekarang telah jelas terlihat sesudah terlaksananya dasar PPSMI tahun 2003 BM tidak lagi signifikan di kalangan elit politik,korporat dan golongan berpendidikan yang jatidiri telah dicemari oleh kolonialisme inggeris. BM tidak lagi sebagai medium di dalam setiap wacana,simposium,persidangan,seminar malahan ceramah di peringkat nasional berbentuk akademik. Setiap peserta begitu ghairah & teruja untuk meluahkan idea intelektual masing-masing dalam BI. Adakan ini satu fenomena sebenar yang segelintir elit politik mendakwa BM tetap diletakkan sebagai bahasa rasmi negara. Kita tidak mahu sikap standard ganda terhadap dasar bahasa kebangsaan pada masa yang sama BI tetap dicahayapuncakkan sebagai bahasa luahan idea, pada masa yang lain BM tetap dianggap bahasa rasmi negara.Inilah kelemahan bangsa melayu dari golongan elit yang berpendidikan tinggi tetapi tidak mempunyai jatidiri yang mantap dan betul. M ungkin ini adalah asuhan diplomasi kolonial inggeris mendoktrin anak bangsa di Tanah Melayu supaya apa yang dipunyai oleh orang melayu semuanya buruk,mundur dan anti kemajuan. Jarum kotor penjajahan telah berjaya mengubah penetapan minda melayu supaya memandang inggeris sebagai sesuatu yang suci.

    Saya bukannya anti bahasa inggeris & bahasa moden asing tetap tidak rela bahasa ibunda saya dipandang rendah oleh orang lain apalagi bangsa sendiri yang mudah lupa. Bangsa lain di dunia ini tetap bangga dengan keutuhan bahasa ibunda mereka di samping bersikap terbuka terhadap bahasa asing/inggeris. Ramai para cendiakawan,politikus,ahli ekonomi,saintis dll di negara maju selain AS & Britain memproduksikan penemuan sains & teknolgi pengguna yang canggih. Mereka juga mahir berbahasa inggeris tetapi meluahkan idea penemuan saintifik & teknologi dalam bahasa sendiri dan menyebarkan penemuan tersebut ke dalam jurnal berbahasa inggeris. Tetapi malangnya bangsa kita begitu megah dengan idea berbahasa inggeris tyertapi setakat bangsa pengguna teknogi orang lain. Rekaciptaan & kreativiti sendiri langsung tidak ada setakat ini. Hanya cedokan idea oran lain. Bahasa adalah alat kemahiran meluahkan idea bukannya metod ke arah kemajuan, kemajuan hanya boleh dicapai melalui kekuatan minda – cara berfikir dan kesungguhan dalam sesuatu misi. Tiada bangsa di dunia ini maju kerana penguasaan bahasa asing/inggeris tetapi keberdayaan setiap individu & kelompok sesuatu negara. Orang inggeris dulu pernah mundur dan merasa rendah diri dengan bangsa-bangsa eropah,arab & parsi tetapi mereka bangkit setelah sedar dalam kejumudan dan kini bangsa inggeris/AS menjadi adikuasa dunia kini. Kenapa ?

    • betul tu….tengok sajalah syarikat kereta kita,iaitu Proton yg menggunakan BI sepenuhnya dalam industri.Syarikat Proton perlu menunggu beberapa tahun untuk mengeluarkan model baru kerana menunggu enjin buatan Jepun dari jurutera Jepun yang tidak pun belajar guna PPSMI.Inilah bahananya bila melebihkan BI berbanding kreativiti sendiri.Proton patut bersyukur kerana Jepun tidak mengamalkan PPSMI.Jika Jepun mengamalkan PPSMI,sudah tentu jurutera Jepun tidak akan dilahirkan untuk membuat enjin untuk Proton kerana mereka tidak faham asas sains dlm BI.

  32. Salam sejahtera semua !

    Banyak pendapat mendakwa bahawa para penentang PPSMI bermotifkan politik ? Benarkah andain tersebut. Pada hemat saya para penentang PPSMI adalah golongan rakyat yang cintakan bahasa melayu supaya bahasa tersebut sentiasa segar didalam era permodenan tamadun sesuatu peradaban bangsa sama seperti ketamadunan Greek, Roman, Muslim Arab, Cina, Parsi & Mesir Kuno. Kemahiran berbahasa inggeris bukanlah begitu signifikan untuk mencapai kemajuan kehidupan sesuatu bangsa, pengembangan insan secara fisis & spritual adalah tergantung kepada kemampuan,kejituan minda sesorang. Kalau seseorang individu itu tekun,rajin,sentiasa komited dalam misi & visinya pasti akan mencapai matalamat yang dihasratkan. Lihat bangsa Jerman, Perancis, Itali, Jepun, Korea malahan negara jiran kita Thailand & Indonesia adakah negara tersebut mundur ? Rakyat mereka berusaha dengan tekun untuk kemajuan diri & negara melalui penguasaan sains & teknologi melalui bahasa ibunda masing-masing. Bangsa ini juga tidak mengabaikan kepentingan bahasa asing/inggeris dalam urusan peribadi/kelompok pada peringkat antarabangsa. Malahan bangsa ini pula begitu mahir pelbagai bahasa moden termaju dunia jika dibandingkan dengan rakyat Malaysia hanya menguasai bahasa inggeris selain BM/Tamil/mandarin. Bahasa hanya sebagai alat menzahirkan sesuatu pendapat di dalam memori minda dalam upaya mencetuskan sesuatu penemuan saintifis & rekayasa teknologi terbaru.

    Semua bahasa tidak terlepas dari mengadopsikan beberapa perkataan/terma asing dalam memperkayakan khazanah keistilahan ilmu. Bahasa inggeris sendiri juga banyak meminjam dari kata Greek & Latin seperti philosophy: philosophia – Greek,science :scientia – Latin dll ( terutamanya dalam sains & teknologi )dalam menguruskan hal-hal kehidupan. Sikap dan paradigma dalam pandangan dunia ini akan menjerumuskan kita ke arah falasi, kuno & mundur.

  33. […] Peningkatan dalam keputusan STPM terbaru merupakan bukti  jelas bahawa perlaksanaan PPSMI berjaya. Rata rata ibu bapa pelajar Melayu tidak menafikan kepentingan untuk menguasai Bahasa Inggeris, terutama sebagai pengunaan dalam sains dan matematik. Rungutan mereka ialah pengajaran PPSMI perlu lebih berkesan, terutama bagi sekolah sekolah diluar bandar. Segala usaha untuk menafikan pelajar Melayu peluang untuk meningkatkan kemahiran penggunaan Bahasa Inggeris dalam sains dan matematik sebenarnya secara strategik merugikan Bangsa Melayu. […]

    • Kita anda berada di mana keputusan itu dikeluarkan pasti anada tahu cemerlang setakat mana keputusan tersebut.Kemerlangan peperiksaan di negara kita bergantung kepada keputusan semasa bukan gred yang telah ditetapkan dulu kini dan selamanya.Terus terang dikatakan bahawa pernah satu ketika pelajar yang dapat 15% dalam matematik tambahan boleh lulus dan 60% sudah mencapai gred A.Jika kita nilai ramainya yang dapat A memang ramai tetapi kualiti kepada A tersebut tiada.

  34. […] Mana perginya pengusung ‘keranda Artikel 152′? Baru baru ini, semasa Menteri Pelajaran TPM Tan Sri Muhyiddin Md.Yasin mengumumkan pemansuhan PPSMI, antara yang paling bergembira adalah GAPENA. NGO ini menentang hebat PPSMI sehingga sanggup bergabung dengan Dong Ziong untuk menubuhkan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP). […]

  35. PPSMI tu sebenarnya baik dan bukan satu kesilapan. Biasalah pencapaian yang kurang baik pada peringkat awal namun lama kelamaan ia akan bertambah baik. Hanya mereka yang malas belajar sahaja yang kata tak baik dan membuat pelbagai alasan. Dahulu ada sekolah aliran Inggeris dimansuhkan sedangkan pencapaian pelajar-pelajarnya cemerlang dan ramai anak-anak Melayu pandai berbahasa Inggeris dan berjaya dalam pelajaran dan kerjaya. Saya berpendapat kekalkan PPSMI untuk mereka yang mahu belajar dalam bahasa ini di samping mewujudkannya dalam bahasa Malaysia. Kesilapan yang paling besar sebenarnya terletak pada persekolahan perkauman. Sekolah aliran Cina dan India sepatutnya tidak diwujudkan kerana ia mendidik bangsa secara perkauman. Kita tidak mahu perasaan perkauman tetapi hakikatnya itulah yang ditanamkan ke sanubari anak2 khususnya kaun Cina dan India. Ini cakap tak serupa bikin.

  36. […] in English.More Updates:Stuck with the English language with nowhere to go by Mansur PutihZakhir's Anti-PPSMI merugikan Bangsa MelayuJMD – A cover-up for ineptitude?Haven't we done enough damage to our kids? – Wong Chun Wai .. "the […]

  37. Perjuangan untuk memartabatkan bahasa bukan mudah.Kita perlu ingat tidak ada satu pun bangsa di dalam dunia ini yang boleh mengatakan bahawa bahasa mereka terbaik kecuali bahasa arab ( bahasa syurga).Saya bertugas sebagai pendidik.Berada paling dekat sekali dengan masalah pelajar.Pernah mengajar di pedalaman, felda dan sekarang di tengah-tengah pusat bandar Kuantan.Kelemahan paling ketara PPSMI ialah kepada bangsa Melayu terutamanya di kampung-kampung.Saya melihat sendiri bagaimana setiap kali mesyuarat agung mahu pun sewaktu menandatangani buku kemajuan murid ialah rungutan ibu bapa yang buta bahasa Inggeris berkata, “Cikgu dulu masa abang-abang dia bersekolah boleh juga kita bantu sikit-sikit tapi sekarang satu apa pun tak tahu, kami nak tolong macam mana.”Kesemuannya bangsa Melayu.Kita kajian yang dibuat secara telus tanpa ada campur tangan politik , terus terang kita akan terkejut bahawa bangsa Melayu mendominan carta yang paling bawah.Di bandar-bandar perkara ini tidak menjadi masalah terutamanya mereka yang mempunyai wang ringgit seusia 4 tahun sudah menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat tuisyen tetapi di kampung-kampung yang 100% orang Melayu.Jika kita memandang sejarah sewaktu kegemilangan islam di Andalusia dan juga Baghdad banyak kitab-kitan ilmu dikarang oleh ilmuan islam seperti Ibnu Sina, Al Biruni, Ibnu Khind dan banyak lagi yang asalnya ditulis dalam bahasa Arab.Pernah tak kita dengar di eropah mereka menukarkan bahasa pengajaran di sekolah mereka kepada bahasa arab , tidak bukan tetapi mereka terjemahkan ilmu itu kepada bahasa mereka sendiri malahan nama pengarang pun mereka tukar bersesuaian dengan bahasa mereka .Pelik bukan kenapa kita yang Melayu ini yang selalunya berlebih-lebih.Belajar dan kenali dulu sejarah sebelum kita membuat kenyataan.Jangan sampai kenyataan kita itu melambangkan ilmu kita terlalu cetek.

    * mempelajari banyak bahasa itu adalah satu tuntutan tetapi jangan jadikan bahasa kita sebagai bahasa murahan di negara sendiri.Sejarah telah membuktikan bagaimana terkuburnya tulisan jawi di alam melayu ini.


Leave a comment