Mukhriz untuk N03 DUN Kota Siputeh?

Semenjak ADUN N03 Kota Siputeh Dato’ Abu Hassan diisytiharkan hilang kerusi oleh Mahkamah Tinggi, maka timbul beberapa  cadangan   blogger pro–UMNO agar Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Dato’ Mukhriz Mahathir dicalonkan sebagai wakil BN apabila SPR mengumumkan Pilihanraya Kecil bagi DUN tersebut kelak.

Kepercayaan orang Kedah keatas MP Jerlun tersebut amat memberansangkan. Juga harapan dan aspirasi akar umbi UMNO Kedah, terutama dikalangan Bahagian Jerlun. Beliau juga seorang pemimpin yang disenangi akar umbi dan rakyat dan mudah didampingi.

 

Namun begitu, kesesuaian Mukhriz untuk dicalonkan adalah diragukan. Ini kerana bukanlah Mukhriz seorang politikus yang tidak mampu membawa aspirasi akar umbi dan rakyat atau berkhidmat sebagai DUN Kota Siputeh dengan baik. Namun, Mukhriz hari ini telah memikul tanggung ajwab yang berat dan mencabar, sebagai seorang MP dan juga Timbalan Menteri dalam sebuah kementerian yang strategik.

Sebagai Timbalan Menteri MITI, beliau dipertanggung jawabkan dalam pembangunan program industri kecil dan serdehana, terutama dikalangan usahawan dan industrialis Bumiputra. Fungsi yang sebelum ini dipikul oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) diambil alih oleh Mukhriz apabila MECD dimansuhkan dalam rombakan Kabinet sulung Perdana Menteri VI Dato Seri Mohd. Najib Tun Razak pada 8 April 2009. Begitu banyak harapan dan aspirasi SME/I Bumiputra dibebankan kepada Timbalan Menteri MITI ini, terutama segala program BICC.

 

Mukhriz juga seorang yang amat aktif dalam isu antarabangsa. Dalam Persidangan Memerangi Penjenayah Peperangan yang dianjurkan Perdana Global Peace Organisation (PGPO) bulan lepas, Mukhriz telah menjadi seorang panelis walaupun setelah menjawat Timbalan Menteri dan tidak lagi menerajui sebuah NGO. Pengalaman berharga beliau sebagai Pengarah Eksekutif PGPO dan selaku Exco Pemuda UMNO Hal Ehwal Antarabangsa merangkap Penyelaras Aman Malaysia melayakan pendapat beliau dalam isu antarabangsa masih lagi diperlukan. Ini pernah disaksikan apabila beliau berdebat dengan TYT Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Boyd McLeary pada Ogos 2006 mengenai isu serangan dan penjajahan  Israel keatas Selatan Lebanon. Beliau juga mengetuai sendiri missi menghantar beakalan kepada Gaza semasa kawasan itu diserang dan  Isarel pada Februari 2008.

Jika diselami, UMNO Kedah kini menghadapi masalah mencari politkus yang kredibel, bagi mengembalikan keyakinan dan seterusnya sokongan rakyat kembali kepada UMNO. Selesaianya ialah untuk menengahkan calon yang bukan sahaja anak tempatan (Jerlun), malah mempunyai kedudukan dalam parti yang melayak beliau bukan sahaja mewakili aspirasi rakyat DUN Kota Siputeh, malah suara akar umbi UMNO dalam DUN Kedah.

UMNO Kedah wajar mempertimbangkan personaliti seperti Dato’ Maznah Hamid. Maznah bukan sahaja Ketua Wanita UMNO Jerlun, beliau juga Ketua Wanita UMNO Kedah dan ahli Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia. Sekiranya Dato’ Maznah berjaya dipilih sebagai ADUN Kota Siputeh, maka ianya akan menambah suara wanita mewakili BN dalam DUN Kedah. Setakat ini, hanya ADUN Sungai Tiang YB Suraya Yaakob suara tunggal wanita UMNO dalam DUN Kedah.

Akar umbi UMNO Jerlun wajar mempertimbangkan cadangan kami ini.

 

Published in: on November 19, 2009 at 17:23  Comments (25)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/11/19/mukhriz-untuk-n01-dun-kota-siputeh/trackback/

RSS feed for comments on this post.

25 CommentsLeave a comment

  1. Che Det?

  2. Saya rasa UMNO arif tentang memilih calon yang sesuai. Saya tak mahu komen apa-apa lagi..

  3. OIIITT…JANGAN LA PAKAT CADANG ADIK AKU TU JADI CALON KAT KOTA SIPUTIH.BAGI LA ORANG LAIN.SAYA NAK BAWA DIA JADI CALON PARLIMEN LANGKAWI PRU 13.HARI TU DEPA LEMPAK DIA KAT JERLUN LA KAMI DILANGKAWI NAK DIA BALIK.BIAK DAGU MELECIAK JANGAN MISAI KENA PASIAK…MUKRIZ TETAP KELANGKAWI PRU13

  4. *Comment deleted

    Please do not promote other blogs in here without explicit permission from us.

  5. Dah elok dah Dato’ M where he is now.

    Harap selepas ni tak berlaku lg kes wakil rakyat mana2 parti tuang ataupun tak aktif dlm dewan2 undangan negeri dan parlimen, hatta dewan negara sekalipun.

    Org angkat pi tempat2 tu utk bersuara bukannya utk tuang atau buat bisu. Jagalah sikit nama baik parti dan mandat rakyat.

    Kalau sebab2 genuine, lain citrelah.

  6. Salam Bro,

    1.Dalam isu memilih siapa calon, yang penting pandangan rakyat hendaklah diberi keutamaan nombor satu lepas itu dituruti oleh peribadi ,kewibawaan,prestasi kerja dan penerimaan pengundi didalam DUN tersebut.

    2.Saya kurang setuju dengan cadangan penulis untuk memilih anak tempatan menjadi calon di DUN Siputeh terutama sekali dikalangan Jawatankuasa Bahagian Jerlun kerana saya lihat mereka tidak mempunyaai keupayaan untuk mengalahkan calon PAS.

    3.Saudara kena faham Pas di Kedah berbeza dengan Pas di Kelantan begitu juga ahli ahli Pas serta pengundi atas pagar,mereka boleh mengundi calon BN jika mereka suka pada calon tersebut.Ini jelas berlaku di Parlimen Jerlun.

    4.Pengundi Kedah mahu lihat Pemimpin muda yang mempunyaai ciri ciri kepimpinan yang tinggi yang boleh memimpin negeri Kedah dan menjadi ikon pada anak anak muda Kedah.Ciri ciri ini ada pada YB Dato Mukhriz Tun Mahathir.

    5.Dato Maznah bukan tak layak tapi boleh kah beliau memberi kemenangan kepada BN,yang penting BN mesti menang.Kita kena faham Jerlun merupakan salah satu kubu kuat Pas Kedah dan mereka akan lakukan apa saja untuk tumbangkan BN.

    6.Saya penuh yakin YB Dato Mukhriz akan mendapat sokongan yang padu dari semua lapisan pengundi.Percayalah ramai anak anak muda Kedah akan turun secara sukarela untuk kempen pada Dato Mukhriz.

    7.Mukhriz boleh ! dan jenama ini telah mula mengoncangkan pucuk pimpinan Pas Kedah dan ada yang tidur tak lena !

    • Mejar,

      Kami bersetuju Dato Mukhriz mampu mengoncang PAS di Kedah. Prestasi beliau bertanding di Jerlun pada PRU 12 dengan meningkatkan majoriti adalah bukti jelas.

      Soalnya, sekiranya Mukhriz menang sebagai calon ADUN Kota Siputeh, maka beliau perlu menunaikan tanggung jawab itu. Buat masa ini beliau sudah pun banyak memikul tanggung jawab sebagai MP Jerlun di Dewan Rakyat dan Timbalan Menteri MITI (yang diberikan tanggung jawab khusus SME/I, termasuk program pembangunan usahawan Bumiputra yang sebelum ini dipikul kementerian khusus – MECD). Pendekata, Dato’ Mukhriz pada masa ini ialah Menteri defacto MECD.

      Dalam pada itu, ahli UMNO seluruh negara pun ‘memerlukan’ beliau. Undangan yang beliau terima oleh pelbagai Bahagian UMNO adalah bukti jelas populariti beliau sebagai Kepimpinan Pelapis UMNO.

      Oleh demikian, isu DUN Kota Siputeh ini wajar ditangani oleh seorang pemimpin UMNO Jerlun. UMNO Kedah perlu menyelesaikan masalah mereka sendiri diperingkat Kepimpinan sekiranya barisan pemimpin sekarang tidak berkesan.

      • Mukhriz dia menang dengan majoriti 2 ribu je. bukannya gah sangat..

      • 1. Mukhriz menang di Jerlun dengan majoriti undi bertambah, berbanding dengan Dato’ Rahman “Tok Man Pin” Arifin, tatkala “Feel Good” factor yang Tok Man Pin nikmati dalam PRU 11 sudah hilang

        2. Mukhriz merupakan calon ‘Bidan Terjun’ BN di Jerlun

        3. Mukhriz merupakan salah satu dari 3 calon UMNO yang menang sebagai MP diKedah berbanding dengan kawasan lain.

        Semestinya prestasi ini ialah bagus, memandangkan keadaan setempat.

  7. Betoi cakap Major,
    Kedah memerlukan pelapis la BigGuy! DMM sahajalah yang disandarkan harapan yang menggunung itu.

    Lihat saja macamana terjadi beberapa (belas??) tahun lampau sewaktu PM waktu itu hendak menukarkan MB Kedah yang baru, dan nama TS Sanusi disebut, ianya menjadi isu hangat sekali. Keretakan berlaku.

    UMNO Kedah memerlukan seorang yang benar-benar dapat menarik rakyat Kedah kembali menyokong BN khususnya pada PRU13 nanti. Jawapannya ada pada kita sendiri, calon bersih BN amat perlu digilap. “Bakal MB BN” yang bersih perlulah dirancang, seorang yang disegani dan dihormati KAWAN & LAWAN. Itulah anak mantan PM ke 4 yang akan menyambut Hari Lahirnya pada 25hb NOVEMBER ini!

    Tak lain dan tidak bukan… DATO’ MUKHRIZ BIN TUN DR. MAHATHIR.

    Percayalah! InsyaAllah BN akan lebih mudah untuk menawan hati rakyat Kedah. Mohon baca juga ; http://aloqstaqblog.blogspot.com/2009/11/mukhriz-calon-terbaik-di-dun-n3-kota.html

    Terima Kasih.

    AloQStaQ

    • Setuju. Kedah terutama UMNO memerlukan Kepimpinan Pelapis.

      Tetapi Dato Mukhriz bukanlah orangnya, walaupun suara akar umbi DUN Kota Siputeh sedemikian. Kami berpendapat Dato Mukhriz lebih sesuai dipersada peringkat nasional dan antarabangsa dan bukan ‘bermain dalam gelanggang’ Perhubungan Negeri. Pendapat ini berlandaskan best use of resources.

      Kebolehan dan bakat pada Dato Mukhriz wajar dipersediakan dan digilap untuk peranan yang lebih strategik. Sebagai contoh terdekat, beliau amat tekun mendalami tugas sebagai Timbalan Menteri MITI yang menjadi hal ehwal SME/I, terutama keusahawanan Bumiputra. Dalam keadaan ekonomi merundum ini, peranan beliau amat mencabar. Terutama memainkan peranan yang sebelum ini ditugaskan kepada seorang Menteri Kabinet dengan sumber sebuah kementerian penuh (MECD).

      Sebagai ADUN Kota Siputeh, peranan beliau hanyalah taktikal. Mungkin meletakan beliau untuk menyelami masalah taktikal peringkat DUN akan melembapkan karrier politik beliau, sebagai seorang calon Pelapis Kepimpinan Negara, sebagaimana aspirasi ramai golongan muda. Guna tenaga dan peranan beliau sebagai pemimpin UMNO peringkat nasional juga akan sedikit terjejas sekiranya beliau perlu meluangkan sumber untuk memainkan peranan taktikal sebagai ADUN.

      UMNO Kedah mempunyai beberapa pemimpin muda yang berkebolehan seperti Dato’ Azimi Daim, Dato’ Latt Shariman Abdullah dan YB Suraya Yaakob. Mereka ini harus diberikan peluang untuk meneraju UMNO Kedah dan membetulkan keadaan. Pendapat ini bukan untuk merendahkan kemampuan sesiapa.

      Ini hanya pendapat peribadi kami.

      ‘Lets see the bigger picture’

    • BigGuy,
      Bagi kami di Kedah, krisis kepimpinan dalam BN Kedah akan lebih cepat terlerai jika DMM mengambil bahagian sebagai ADUN Kedah. Bukan sekadar masalah dalaman sahaja, malah masalah dengan parti lawan juga akan turut mudah untuk diuruskan … InsyaAllah.

      Yang pasti, menyokong pendapat kami semua selama ni juga adalah seorang Wartawan Uusan dalam penulisannya 19/Nov/2009 yang telah disiarkan di akhbar ;

      http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

      Harap segala penulisan tersebut, ditambah dengan sokongan padu rakyat Jerlun dan Kedah amnya, memungkinkan impian kami untuk melihat Mukhriz sebagai “ADUN Menunggu” DUN N3 Kota Siputeh menjadi kenyataan. Mungkin dalam hal ini, kita agak sedikit berbeda pendapat Big Guy, tapi fahamilah bahawa kami respect pada pendapatmu juga …

      NOTA: Peluang “MUDAH” terakhir (Last Call) untuk BN Kedah merampas kembali Kedah dari parti cap bulan. Jika tidak, jangan harap ianya mudah, boleh jadi SESUKAR BN Kelantan selama 19 tahun … Ingat. Kedah adalah Negeri Kelahiran 2 PM Malaysia. Jangan sedihkan mereka.

      RAMPAS KEMBALI!

      AloQStaQ

      • Tanggung jawab merampas Kedah kembali ketangan UMNO tidak wajar disandarkan kepada Dato’ Mukhriz.

        Ianya tanggung jawab Dato’ Shapie Apdal, seorang Menteri Kabinet dan Naib Presiden UMNO, selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah. UMNO Kedah juga mempunyai seorang Naib Pengerusi iaitu YB Dato’ Ahmad Bashah. Sekiranya pemimpin pemimpin ini tidak sesuai untuk apa keadaan sekalipun, maka tanggung jawab akar umbi UMNO Kedah untuk membawa perkara ini ke perhatian Kepimpinan, terutama Presiden UMNO PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden UMNO TPM Tan Sri Muhyiddin Mohd, Yasin.

        Mengharapkan perubahan dibawa oleh Dato Mukhriz sebagai ADUN Kota Siputeh, yang sudah pun memikul tanggung jawab MP Jerlun dan Timbalan Menteri MITI adalah umpama ‘membunuh’ karrier politik beliau. Sekiranya beliau gagal dalam KPI selaku Timbalan Menteri MITI kerana bebanan kerja tambahan sebagai ADUN Kota Siputeh, maka yang rugi ialah ahli UMNO seluruh negara.

        Akar umbi UMNO Kedah harus berpakat dan membuat gerakan untuk mengerakan Kepimpinan UMNO Kedah. Mereka wajar bertemu Presiden dan Timbalan Presiden.

  8. Susah2 sangat, letak je Datuk Zam.. hehehehehehe

  9. Mukhriz ni selalu nampak bizi betul dengan smart phone dia. Mungkin ketagihan seperti itu boleh mengurangkan minat atau keyakinan atau hormat orang terhadap beliau.

  10. muka Mukhriz ni ada iras iras anak karpal Singh (Gobind Singh Deo)?

  11. Isu calon di N3 Kota Siputeh memang harus dilakukan dalam keadaan yg begitu berhati2…dan calon yg paling sesuai pastinya DMM…mmg benar beliau amat sibut dengan tugas2 yg telah diamatkan kepada beliau,namun jika beliau telah dipilih untuk mewakili Dun N3 pastinya peratusan untuk BN memang agak cerah…bukan juga bermaksud bahawa calon yg lain tidak bagus…tidak sama sekali…namun dengan imej serta aura DMM pastinya membuatkan BN merasa yakin serta semestinya barisan jentera yang bertungkus lumus untuk memastikan kemenangan BN tidak akan merasa seperti ‘membuang masa’ ketika proses berkempen kelak…

    • Janganlah terlalu memandang kepada masalah UMNO Kedah semata mata.

      Kalau BN calonkan Dato Mukhriz sebagai calon DUN Kota Siputeh dan menang, bagaimana?

      Mampukah Dato Mukhriz hadirkan diri setiap kali persidangan DUN Kedah dan sekaligus mengabaikan tanggung jawab berat menjaga program pembangunan SME/I dan keusahawanan Bumiputra sebagai Timbalan Menteri MITI (yang sebelum ini dipikul oleh Menteri Kabinet dan kementerian penuh MECD)?

      Kalau ponteng persidangan (sebab terpaksa laksana tugas Timbalan Menteri MITI atau hadir persidangan Dewan Rakyat, yang biasanya serentak), nanti jadi balik bagaimana Dato Abu Hassan Sarif dibuang DUN Kedah!

      Orang UMNO Kedah ni dah pikir panjang ke sebelum beriya iya nak calonkan Dato Mukhriz keatas kerusi DUN Kota Siputeh ni?

      • Menjawab BigGuy : “Orang UMNO Kedah ni dah pikir panjang ke sebelum beriya iya nak calonkan Dato Mukhriz keatas kerusi DUN Kota Siputeh ni?” …

        YA. (Diulangi sekali lagi – YA!) Memang kami dah pikir panjang mengenai pencalonan ini. BigGuy mungkin nampak Mukhriz amat sesuai di peringkat Nasional. KENAPA? Kerana BigGuy melihat kredibiliti Mukhriz, tak gitu? …

        Begitu juga kami diperingkat Negeri. Kami juga melihat kredibiliti beliau. Kami percaya legasi yang Tun Dr.M tinggalkan kepada UMNO haruslah dicongak untuk semua peringkat, Negeri & Negara! Dua-Dua Sama Penting bro!

        Kami boleh menjawab BigGuy, kalau diperingkat Nasional yang lebih luas, MESTI (WAJIB) ADA SERIBU INSAN SEHEBAT MUKHRIZ berbanding kami di sini (Kedah). Jadi, kami amat mengharapkan wirawan ini. BigGuy boleh meletakkan harapan BigGuy itu kepada 999 yang lain di peringkat nasional.

        Harap BigGuy fahami betul-betul niat kami di Kedah. Amat pedih sekali selama lebih 18 Tahun KELANTAN “merana” diperintah PAS demi semata-mata tidak ada seorangpun calon BN yang “kononnya” tidak dapat menandingi Tok Guru mereka. Dulunya UMNO nak diharapkan kepada Tok Pa, tak capai … Harapkan pada Tok Awang , pun tak capai …

        TENGOK! BETAPA PUNYA HEBAT DUA ORANG TU!? MASIH TAK CAPAI LAGI! … Dah lama dah dok kat parti cap bulan BigGuy! Susah nak amik balikkk …. Kedah tak mahu melalui semua itu bro.

        AloQStaQ

  12. Saya setuju umno perlu menilai semua calon2 yg ada. Tapi kalau dah sampai tahap terpaksa memilih untuk memastikan kemenangan, dan caranya ialah dgn meletakkan Mukhriz, so be it.

    Ini bukan lagi soal memberi peluang muka baru dsb, tapi soal kredibiliti umno dan soal hendak menang.

    Kalau kerusi itu sudah 100% atau 99% diyakini menang tak apalah kalau nak letak calon lain…

  13. Saya cadangkan Tan Sri Sanusi jadi calon N03 Kota Seputeh. Gerenti menang!

  14. Saya pun berkenan kalau TS Sanusi Junid diangkat manjadi calon. Formula Isa Samad di PD masih ada bisanya.

  15. letak MM bertanding di kota siputeh. Insyallah menang.

    lepaskan jawatan menteri dia tu.

    tanggungjawab kan dia jadi ketua perhubungan umno negeri kedah.

    kita tengok mukriz cukup kuat tak untuk lawan pengaruh azizan. kalau dia boleh satukan kedah dan kembalikan negeri tu pada BN, baru lantik dia di peringkat federal.

  16. dato mukhriz adalah calon kompromi terbaik utk jd MB Kedah kelak utk PRU 13.

    Kita kena bersedia dari sekarang la kawan2 UMNO Kedah oi, PRU 13 tinggal berapa lama saja, kalu nak repair UMNO Kedah, kena mula dari skrg la, banyak nak kena repair..kalu tidak payah la UMNO..

    PAS dan PKR pun masih kuat lagi di Kedah. Tp org Kedah ni macam Major Hj Anuar ckp la, kalu depa berkenan kat satu2 org, depa nanti undi org tu, tak peduli org UMNO ka org PAS.

    PERSONALITY POLITICS REALLY MATTER IN KEDAH. Hangpa ingat tak zaman Tun dulu, berkarat/berkocak macam mana pun UMNO Kedah/kerajaan negeri BN KEDAH waktu tu, bila Tun mai repair saja, CLEAR semua. pasai pa? Pasai ketokohan/personaliti Tun la. PAS waktu tu takdak chan langsung.

    Mana ada tokoh PAS yg ada personaliti macam TUN dulu? La ni, mana ada personaliti di KEDAH, UMNO atau PAS sendiri yg boleh setanding ‘bekenan org’ selain dato Mukhriz? Tak leh nak bagi Tun lagi dah la, dia dah retire. Paling hampiag dgn Tun ialah anak Tun la, Mukhriz.

    Betui, dato mukriz sibuk di MITI,tapi kalau BN tak amik kesempatan ini bungkuihlah Kedah tuk selama2nya duk tangan PAS/PKR mcm di Kelantan. Org2 Kelantan bekenan sngguh kat Tok Guru, bukan konon2, memang depa bekenan sngguh2. Mana ada tokoh UMNO atau PAS Kelantan yg boleh challen ketokohan/personaliti Nik Aziz?

    kalu nak banding ustaz azizan dan mana2 tokoh PR lain di kedah dgn mukhriz ada sapa leh lawan mukriz dari segi aura dan personaliti? tgk muka mukriz saja pun org dah rasa berkenan di hati. Dgn lembut dia, mesra dia, seri dia, hensem pun hensem juga.Itu adalah pemberian ALLAH pd mukriz. Jadi UMNO jgn jadi bodoh, ambikla kesempatan ini.

    Ketua perhubungan umno kedah dato sri Shafie afdal dah tentulah tak leh jd MB Kedah sbb dia org sabah, timbalan ketua perhubungan, dato bashah tiada ketokohan selaku MB. dato nawawi langkawi popular di langkawi saja. lain2 mcm man pin, man brahim, mahadzir khalid, syed sobri, aziz sheikh kadir, azimi daim, bakar taib,affifudin,sanusi, man arop, azizan taib etc dah lepasi zaman kegemilangan depa.

    Maznah Hamid takkan nak boleh pi sampai jadi MB.Bukan nak nidak kebolehan dia sbg Iron Lady. Setakat Adun bolehla. Kalu banding dgn Mukriz, org tetap berkenan Mukriz lagi secara personaliti.

    Lagipun Kota Siputeh ini lah peluang terakhir UMNO tuk perbetui apa yg silap iaitu cari calon MB yang kuat utk terajui UMNO lawan PR waktu PRU13 sebelum SEMUANYA SUDAH terlalu lambat…

  17. in a blog elsewhere it has been described that

    bn politicos are silvio berlusconi wannabes.

    my take is i cannot fault with that comment

    what say you guys? silvio b is a sophisticated

    smart, suave and man of all seasons kind of fella

    very apt with the image of the bn politicos!


Leave a comment