Academia Melayu dianak tirikan di UM (Bhg 1)

Sejak kebelakangan ini isu tentang hak bumiputera atau orang Melayu sering diperbahaskan oleh pihak bukan bumiputera dan juga segelintir bumiputera mengenai isu biasiswa bagi pelajar yang mempunyai keputusan cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Di peringkat pengajian tinggi pula, iaitu di universiti, kita sibuk dengan sistem penarafan universiti antarabangsa. Kegilaan kita mengejar penarafan universiti menyebabkan banyak perkara yang telah dilaksanakan telah menjejaskan kepentingan dan survival bangsa Melayu itu sendiri. Paling penting ialah mengorbankan kuota nisbah 55:45 untuk kakitanagan akademik di Universiti Malaya.

Ini dapat dilihat dengan penekanan yang bersungguh-sungguh terhadap penerbitan dalam Jurnal ISI antarabangsa berimpak tinggi sehingga menjejaskan fakulti-fakulti beraliran sastera, terutamanya Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Akademi Pengajian Islam, Akademi Pengajian Melayu dan Pusat Kebudayaan yang rata-rata penerbitannya di dalam Bahasa Melayu. Sudah tentulah isu-isu mengenai orang Melayu dan Islam tidak akan mendapat tempat untuk diterbitkan di dalam jurnal-jurnal ISI antarabangsa yang berimpak tinggi.

Kerajaan sentiasa menyuarakan suapaya memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris tetapi apa yang dilakukan oleh pihak Universiti Malaya ialah meminggirkan Bahasa Melayu dan mengagungkan Bahasa Inggeris. Sekarang ini hampir semua kursus di universiti pada peringkat Ijazah Sarjana Muda diajar dalam Bahasa Inggeris. Ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar asing untuk datang belajar di Malaysia.

Kita dapat lihat pada hari ini bahawa pelajar asing yang datang belajar ke Malaysia bukanlah dari negara-negara yang maju dan sebahagiannya tidak mempunyai latar belakang akademik yang cemerlang. Apa yang turut menyedihkan, Universiti Malaya turut mengambil kakitangan akademik berbangsa asing yang tidak begitu menonjol kepakarannya demi untuk memenuhi criteria penarafan universiti antarabangsa. Ini menyebabkan ramai kakitangan akademik bumiputera berhijrah ke universiti lain.

Survival kakitangan akademik berbangsa Melayu di Universiti Malaya mula terhakis apabila polisi universiti yang begitu memberi tumpuan penuh kepada penerbitan di dalam jurnal antarabangsa ISI berimpak tinggi dan kriteria-kriteria lain untuk tujuan penarafan universiti telah menjejaskan pengambilan pensyarah Melayu terutamanya di Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS), Akademi Pengajian Melayu (APM), Akademi Pengajian Islam (API), Pusat Kebudayaan (PK), Pusat Sukan (PS), fakulti Ekonomi dan Pentadbiran (FEP), Fakulti Perakaunan dan Perniagaan (FPP) dan tidak terkecuali Fakulti Sains (FS), Fakulti Sains Komputer dan teknologi Maklumat (FSKTM), Fakulti Pergigian (FD), Fakulti Kejuruteraan (FK), dan Fakulti Alam Bina (FAB).

Isu-isu yang berkaitan dengan survival pensyarah Melayu untuk kenaikan pangkat dan menyambung perkhidmatan serta pelajar-pelajar Melayu:

  1. Mengikut garis panduan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), kakitangan akademik di bawah skim SLAB (Skim Latihan Akademik Bumiputera) yang telah Berjaya mendapat ijazah doctor falsafah (PhD) perlu diletakkan kepada tahap DS51. Malangnya di Universiti Malaya mereka hanya diberikan Gred DS45 kerana halangan penerbitan Jurnal ISI berimpak tinggi. Ini secara terang-terangan menafikan garis panduan Kementerian Pengajian Tinggi. Apa yang menyedihkan, kebanyakan kakitangan akademik ini adalah berbangsa Melayu.
  2. Ramai kakitangan akadmeik berbangsa Melayu telah gagal dalam proses kenaikan pangkat dari Profesor Madya ke Profesor, pensyarah kanan ke Profesor Madya, dan pensyarah ke pensyarah kanan kerana tidak memenuhi syarat ISI.
  3. Pengesahan jawatan pensyarah juga perlu ada penerbitan di dalam jurnal ISI yang memakan masa yang lama untuk diterbitkan.
  4. Pihak Universiti Malaya telah memperkenalkan program “Bright Spark” untuk menambahkan bilangan pensyarah yang terbaik dengan memberikan biasiswa kepada pelajar yang mendaapt CGPA 3.7 ke atas. Program ini diperkenalkan satu tahun yang lalu dan kalau dilihat dari senarai konvokesyen Universiti Malaya 2009 kita dapati lebih ramai pelajar bukan bumiputera mengisi program Bright Spark. Maka nisbah pensyarah bumiputera dan bukan bumiputera akan menjadi tidak seimbang. Kita perlu melihat sejarah dalam tahun 1970an di mana kakitangan akademik terdiri dari bukan bumiputera adalah lebih ramai dari bumiputera. Untuk mengatasi masalah ini program Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB) telah diwujudkan. Akhirnya dalam tahun 1990an Universiti Malaya telah Berjaya mengimbangi bilangan kakitangan akademik bumiputera dan bukan bumiputera. Kemudian pada tahun 2007, Universiti Malaya telah member ruangkepada bukan bumiputera dengan mewujudkan SLAI (Skim Latihan Akademik IPTA), dan sekarang pihak pengurusan universiti menambah pula program Bright Spark – yang terang lagi bersuluh member satu lagi pintu kepada golongan bukan bumiputera. Yang menariknya, mereka tidak meminta tetapi pengurusan universiti yang memberi. Dimanakah kesudahannya? Sial ambil perhatian bahawa biasiswa Bright Spark juga diberi kepada warga asing, yang mana mereka ini tidak akan berkhidmat di Universiti Malaya setelah menamatkan pengajian. Oleh yang demikian penganugerahan biasiswa kepada warga asing ini tidak memanfaatkan Universiti Malaya dan negara untuk jangka masa yang panjang.
Published in: on August 14, 2011 at 17:17  Comments (18)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2011/08/14/academia-melayu-dianak-tirikan-di-um-bhg-1/trackback/

RSS feed for comments on this post.

18 CommentsLeave a comment

  1. serve the right…thats what most of them want anyway..these group are the one shouting for meritocracy in the first place. Why should we bark on behalf of them?.

  2. i’m a Malaysian working inside one of Thailand’s top shrimp center in Mahidol University. The higher education ministry of Thailand made Universiti Malaya their case study in order to make Thai universities better. I am so proud of this when they were discussing about it but here u r condemning the good things made by a Malay Vice Canselor. Saya rasa berpada padalah menolong orang Melayu. Orang Melayu tak patut tanya apa yang kerajaan boleh bagi kat depa, tapi apa yang orang Melayu boleh bagi pada kerajaan.

  3. Tuan BD,

    Education uses valuable economic resources. Without a full time minister in charge of the nations economy and its long term development, ministries would pursue their esoteric objectives to moronic ends. The pursuit of international recognition for UM, UKM and other IPTAs is a text book case of this mindless obsession.

    The central issue is can the improvements in international ranking of IPTAs contribute directly to the national economic development?

    After spending billions on this moronic program, we may be able to produce a hand-full of brilliant scholars. Due to limited career prospects and lack of recognition, they will migrate to Harvard, Cambridge or even to lesser universities – so long as they can escape the rut in Malaysia.

    What benefits will the country get for spending billions of Ringgit? A big fat mama ZERO!

    What the country needs now is productive scientists, technologists and business executives in the hundreds of thousands. To be considered productive they must have internationally benchmarked working skills, including good communication skills in English, skillful in working on teams, writes and speaks well, and have street smart outlook towards life and the work place.

    Of course we also need top notch scientists in all social science fields to continually challenge us in our efforts in building Malaysians as good human beings and loyal citizens of Malaysia.

    Not one Minister is thinking continuously about these long term economic issues. The EPU is headed by a minister more concerned about privatization. The trade minister is too focused on increasing our international trade, and not on the holistic economic development of the economy. The minister of finance is to focused on short term fiscal issues. While the minister of labour is more preoccupied with industrial relations matters.

    It is high time we create a new senior portfolio for someone to be appointed as Minister for Economics. This is a very senior position and the person must have the capacity and the standing to override narrow ministerial agendas.

    This this should not be a senator position to recycle some favourite individuals from the private sector to play acting as economist / development planner in the public sector.

    Economist Kampong

    • I support everything that’s said except the appointmment of an additional Minister. I think no need to have too many Ministers. Just the bossman reign them all in and not take the attitude I’ve appointed you all to your posts, now try not to disturb me from trying to get Chinese votes.

      But if the bossman does not entrench himself with the correct values based fully on the Constitution, that’s where our problem lies.

  4. Fakulti-fakulti yg menghasilkan jurnal dlm bahasa Melayu boleh mengambil inisiatif menterjemahkan manuskrip ke Bahasa Inggeris agar jurnal dpt diterbitkan dlm bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

    Keperluan menerbitkan hasil kajian dlm ISI sebagai syarat kenaikan pangkat, pd prinsip nya bagus sebab persekitaran profession memang berterasksn ilmiah, tapi pertimbangan wajar juga diberi terhadap prestasi menyeluruh.

  5. BAGUS la BEGITU.. kalau para PROFESSOR dan PENSYARAH MELAYU sendiri tak sedar maka elok lah mereka ni dibuang terus…
    KEnapa nak komplen kalau mereka ini sendiri takmenunaikan TANGGUNGJAWAB mereka utk BERSAING dgn Bukan Melayu??
    Professor dan Pensyarah MELAYU sekarang berada ditahap LEPAK atau SENANG, dimanakah TANGGUNGJAWAB mereka untuk meningkatkan keupayaan PELAJAR MELAYU itu sendiri??
    Apakah KAJI SELIDIK yang telah mereka lakukan??
    Berapa banyak JURNAL mereka terbitkan? Jgn jadikan alasan bahasa kerana semua bahasa boleh di alihbahasakan..
    Oleh itu jgn jadikan alasan MELAYU dianaktirikan kerana UNIVERSITI adalah tempat PENGELUARAN PRODUK MODAL INSAN paling kritikal..
    PRESTASI dan KUALITI Universiti Awam MERUDUM adalah kerana mereka terlupa bahawa UNIVERSITI adalah tempat PENGELUARAN PRODUK MODAL INSAN paling kritikal bukan semata-mata nak keluarkan insan yang mendapat sekeping ijazah..
    Jika dibandingkan dengan graduan di tahun sebelun 80an Graduan sekarang adalah terlalu lembik terutamanya GRADUAN MELAYU..
    CUBA buat kajian kutip data “berapa banyak JURNAL kah PARA PENYSARAH dan PROFESOR MELAYU telah hasilkan untuk bacaan para insan yang dahagakan ILMU??”

    • kelihatannya anda hanya pandai bercakap tetapi tidak paham isu sebenar yang melanda di universiti malaya. memang benar terdapa deadwood di UM tetapi bukan semua yang berperangai sedemikian. berpuluh jurnal berbahasa melayu yang mengadungi ratusan malah ribuan artikel diterbitkansetiap tahun. profesor dan pensyarah di um tidak perlu membuang masa melayan orang seperti anda..pandangan anda sendiri menunjukkan anda sama bahlul dengan ghauth jasmon..maaf ya, orang melayu sudah lama bersaing dengan orang bukan melayu.

  6. Saya ingin menyatakan pendapat saya secara umum bahawa selagi pihak yang melantik mereka sebagai Naib Chanselor, Dekan dan Pensyarah terdiri dari orang yang berwibawa, ada integriti, suci murni maksud dan tujuan, tidak akan jadi simpang siur dan lintang pukang keadaan setaf akademik, prestasi dan imej universiti universiti tempatan.

    Mereka semua mestilah yang benar benar hormatkan dan patuhi kapada Perlembagaan negara. Jika timbul keadaan seperti diUniversiti Malaya, dimana seorang Pensyarah Melayu diJabatan Undang Undang mengatakan Perkara 153 Kedudukan Istimewa itu tidak memberi apa apa hak kapada kaum Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, masakan dia bukan pakar dalam undang uandang Perlembagaan (Constitutional Law), tidak diminta atau perlu mengeluarkan tafsiran begitu, manakah wibawa dan integriti Pensyarah itu? Dan dimanakah pegangan yang berkenaan kapada Perlembagaan negara.

    Apabila Pensyarah seperti itu dinaikkan pangkat kapada Associate Professor, dimana kah imej Universitu itu?

    Maka wibawa dan integriti mereka yang berkenaan perlu melingkupi semua peringkat, hingga yang atas sekali. Sebenarnya, perlu bermula dari atas sekali.

  7. Suatu ketika dulu, universiti ni adalah umpama dumping ground untuk pelajar-pelajar yang under perform. Pelajar yang pandai-pandai semua pi kerja korporat dan tinggallah pelajar-pelajar yang tak laku ni bila tak di pilihan ambil kursus master dengan jawata research assistance (ra). Dengan itu, pelajar-pelajar ni dapatlah duit poket dan seterusnya boleh tinggal di kampus menjalani “kampus life” sebagaimana mereka dalam waktu undergrad.

    Banyak dari mereka ni ambil masa 3-4 tahun untuk habis master, kemudian sambung pula PHD. dan kalau bertuah, dapatlah diserap jadi pensyarah.

    Hasilnya kita lihat universiti di Malaysia terkeluar dari ranking 200 dunia. Sewaktu saya belajar di USM, pada pertengahan 90an, USM rank sekitar 47. Itu angka yang saya boleh ingat.

    Lepas saya berpeluang belajar di universiti di luar negara, baru saya faham polemik di universiti tempatan.

    Pada pendapat saya, universiti ni tidak patut dijadikan medan politik mahupun medan experiement NEP. Ia patutnya dijadikan pusat kecermelangan pendidikan dan penyelidikan. Tapi amat malang ditempat sedemikian masih ada lagi isu-isu demikian.

  8. Tolong faham masalah sebenar yang melanda pensyarah di UM, terutamanya para pensyarah Melayu dan bukan-Melayu di Fakulti Sastera & Sains Sosial, Fakulti Ekonomi & Pentadbiran, Akademi Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Islam, Fakulti Bahasa & Linguistik, Fakulti Alam Bina,Fakulti Perniagaan & Perakaunan dan Fakulti Undang-undang, juga Pusat Kebudayaan… yang semuanya merupakan para pensyarah disiplin Bahasa, Kesusasteraan, Geografi, Sejarah, Pengajian Islam, Kajian ekonomi &budaya, politik dll. Mereka semua membuat penyelidikan dan menulis artikel akademik, menghasilkan buku akademik serta bab-bab buku akademik. TETAPI, mereka semua tidak menerbitkan hasil kajian tersebut dalam ISI. Budaya penulisan dan penerbitan dalam jurnal ISI adalah budaya ganjil yang hanya terdapat di kalangan para saintis, para jurutera, para ahli matematik para biologis, para akademik bidang kritikal seperti perubatan. Mereka berkecimpung dalam penulisan ISI sejak berdekad-dekad lamanya dn biasanya cukup gemar berkongsi hingga sepuluh orang untuk satu penerbitan. Oleh kerana pihak pengurusan UM dgn mendadak memaksa semua pensyarah menulis penerbitan hanya dalam ISI, maka hasilnya semua kakitangan akademik di luar bidang sains, teknologi dan perubatan tersepit. Ini bukan amalan mereka selama kerjaya mereka di UM.
    persoalannya sekarang, kenapa hanya ISI? Jurnal antarabangsa yang berwibawa lain pun banyak. Hanya satu saja sebabnya, KERANA MENGEJAR RANKING SEMATA-MATA. VC UM ada obsession dengan ranking… itulah punca segala-galanya.

  9. bukan sahaja pada kumpulan akademik peluang melayu/bumiputra ini terhakis, di jabatan-jabatan pentadbiran dan perkhidmatan juga terjadi perkara yang sama.

    Pengarah jabatan harta benda diberi tekanan sehingga terpaksa melepaskan jawatan (berasara awal), bagi membolehkan rakan Tan Sri VC (yg suatu ketika masa dahulu bersama-sama makan meggi katanya) mengambil posisi sebagai proxynya..

    pengarah pusat IT merupakan rakan Tan Sri VC semasa di MMU, seorang yg berbangsa India yg tidak mempunyai latar belakang teknikal IT yg membanggakan, tetapi begitu “cekap” merancang hala tuju IT universiti ke suatu arah yg KEBELAKANG. dan menjadi bahan jenaka dikalangan rakan-rakan universiti yang lain.

  10. 1. Sudah ada warga asing (ex-parte) yang dilantik sbg ketua jabatan. Ini jelas membelakangkan kepentingan rakyat Malaysia dalam sebuah jabatan di dalam badan kerajaaan.

    2. Terlalu ramai ex-parte yang diambil sbg pensyarah. Dari segi kenaikan pangkat, mereka tidak diperlukan menjalani kursus PTK seperti kakitangan rakyat tempatan.

    3.Geran penyelidikan diberikan hanya berdasarkan kebolehan penerbitan ISI. Bagaimana dgn sumbangan penyelidikan terus kepada masyarakat dan rakyat. >90% geran datang dari wang rakyat. Dan ironinya tidak sumbangan yg jelas hasil penyelidkan pada rakyat. Yang banyak ISI journa.

    4. Wang. Rakyat digunakan utk membiaya pendidikan warga asing dr bangladesh, iran dll. Walaupun mereka dikenakan yuran lebih tinggi,tapi perbelanjan utk penyelidikan mereka melalui geran dari wang rakyat jauh lebih tinggi. Selepas tamat pengajian mereka akan pulang. Ex-parte juga lebih berminat utk taja xan biaya students dari negara sendiri. Gaji mereka dari wang rakyat, geran mereka utk taja pelajar dari negara mereka pun gunakan wang rakyat.

    5. Pengambilan pelajar utk ijazah dasar dikurangkan tidak selari dgn ijazah tinggi. Ijazah dasar 95% rakyat tempatan, walhal ijazah tinggi banyak warga asing. Kepentingan rakyat sendiri diperkecilkan. Lebih teruk lagi, ijazah dasardah dibuka utk warga asing.

    Alumni prihatin.

  11. […] Academia Melayu dianak tirikan di UM (Bhg 1) […]

  12. ghauth jasmon juga memaksa bekas ketua penerbit universiti malaya tuan haji abdul manaf untuk berhenti menjadi ketua penerbit UM dan melantik seorang cina – george wong, yang tiada nilai intelektual mentadbir penerbit universiti malaya. tuan haji abdul manaf adalah seorang scholar yang berpengalaman luas dan faham dalam pengurusan dan pemasaran buku ilmiah. beliau pernah menjadi pengurus di berita publishing dan menganggotai biro buku teks di kementerian pelajaran. george wong? beliau hanya mempunyai diploma dalam bidang arts tetapi mengaku seorang pakar dalam bidang penerbitan. bagaimana mahu menjadi universiti penyelidikan jika melantik seseorang yang tiada nilai intelektual mengetuai penerbit universiti malaya? semoga Tuhan membalas perbuatan keji Ghauth Jasmon ini satu hari kelak.

  13. Aku tengok penulis blog banyak menulis benda negatif tentang Ghauth,
    NC UM tapi Raya ini dengan takdir Tuhan semasa beraya di rumah
    beberapa member aku berjumpa dengan dua orang hamba Allah. Seorang
    ialah kawan baik aku yang kerja di MMU dan seorang lagi Pak Arab
    bekerja di syarikat IT di KL. Kawan baik aku itu kata dia mengenali
    Ghauth sebagai President MMU dan juga dia selalu berinteraksi dengan
    Canselor MMU, Tun Siti Hasmah, isteri Tun Mahathir. Kawan aku beritahu
    dia selalu mendengar Tun Siti Hasmah seringkali memuji Ghauth tentang
    kebaikkan, kebolehan dan daya kepimpinan cemerlang Ghauth sebagai
    pemimpin sehingga ke hari ini. Katanya Ghauth bekerja di bawah Tun
    Siti Hasmah lebih 10 tahun dan sudah mengenali Ghauth dengan sangat
    rapat. Kawan aku kata Tun Hasmah tidak pernah menuturkan sesuatu yang
    tidak elok tentang Ghauth, semuanya yang baik sahaja.

    Pak Arab ini pula nampaknya amat menghormati Ghauth. Dia memberitahu
    aku yang Ghauth ada menubuhkan sebuah rumah perlindungan bagi
    orang-orang yang dibuang keluarga di Selangor. Katanya ramai orang
    telah tinggal di rumah perlindungan yang dibina Ghauth dengan percuma
    tanpa sebarang bayaran. Pak Arab ini memberitahu yang Ghauth
    merahsiakan kerja-kerja kebajikan beliau dan tidak mahu memberitahu
    sesiapa. Kagum aku, tak pernah perkara ini disebut sebelum ini!

    Satu lagi yang aku diberitahu, Ghauth kalau kemana saja destinasi di
    dunia akan naik airline kelas Ekonomi dan bukan kelas Bisnes walaupun
    dia layak untu naik Bisness Class sebagai NC. Katanya dia buat begitu
    untuk menjimatkan wang universiti. Katanya perkara ini telah lama
    dipraktikan di MMU dan sekarang di UM pula. Perkara ini menarik sangat
    sebab di universiti lain atau pun pegawai kerajaan middle level pun
    dikatakan naik Bisness Class.

    Jadi aku sedih mengapa orang baik seperti Ghauth ini tidak habis-habis
    dikutuk. Ciri-ciri di atas adalah ciri orang baik sahaja. Kalau yang
    menulis blog-blog ini berugama Islam, banyak dosa besar dikumpul
    kerana mengumpat. Wahai manusia, janganlah mengatakan sesuatu jika
    kamu tak tahu hakikat sebenar. Perbuatan sedemikian amat terkutuk dan
    Allah menjanjikan api neraka buat mu

  14. jangan laa cakap banyak, kalau takat ranking UM tu bergerak dua anak tangga (2005/169, 2011/167) resign aje laa…mana janji2 kau cakap UM bleh dapat 100 terbaik selama ini jasmon??

  15. buta matematik ke…..sebelum tahun 2011 ialah 2010…ranking 2010 207…maknanya naik 40 tangga..yg ko nak compare 2005 buat apa….baik ko cerita tahun 2000 ke, 1995 ke….itupun dapat naik sikit 40 tangga sebab masih ada kebodohan puak2 pelampau yg memberontak tentang pelan transformasi NC…..bengong bengong

  16. kau tu yang bodoh tak boleh di ajar, ko tak tau ke THES dan QS dulu adik beradik sebelum ni macam NUS dengan UM? lain kali membaca laa sikit!


Leave a comment