Bob Lokman: Orang Johor Murtad?

Bob Lokman bersama Linda Onn semasa mengacara FFM 21 pada Ogos 2008

Mantan Pelawak Bob Lokman yang kini menjadi penceramah PAS, difahamkan malam ini di Sungai Burong, Pulau Pinang menuduh orang Melayu-Islam di Johor sebagai “Murtad”. Ini kerana mereka terpaksa bangun pagi seawal 500am untuk pergi bekerja di Singapura, sehingga meninggalkan sembahyang subuh.

Itulah sebenarnya kemampuan penceramah PAS bersyarah bagi tujuan politik sehingga tergamak me’murtad’kan orang Islam lain.

Bob Lokman juga menyentuh mengenai sejarah Kemerdekaan negara tidak benar dan UMNO lah sebenarnya menghanucurkan negara selama ini. Ini kerana menurut rocker and pelawak terkenal itu, hati pemimpim mereka tidak bersih. Bob Lokman juga memuji pemimpin PKR berkenaan isu ‘cincin’, yang jelas tidak benar.

Perbuatan ‘mengkafirkan’ orang Islam lain bukan budaya baru dalam PAS. Semenjak tahun 60an lagi, mereka dengan sewenang wenangnya menuduh UMNO sebagai ‘kafir’ kerana berkerjasama dengan Bukan Islam iaitu MCA dan MIC dalam Kerajaan. Pada tahun 1981, penceramah PAS ketika itu Hj Abdul Hadi Awang mengeluarkan ‘Amanat Haji Hadi’ di Kampung Benggol, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 dimana “Orang UMNO mengekalkan peraturan jahiliyah” dan “Kalau kita melawan puak puak ini, mati kita adalah syahid”:

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.

*******

Kemudian pada 1999, untuk menyokong buku “SHIT” oleh ahli PAS Dato’ Shahnon Ahmad, Menteri Besar Kelantan dan Murshidul Am PAS Dato’ Nik Aziz Nik Mat tergamak mengungkap “Allah pun mencarut”. Bagi ‘menghalalkan’ persahabatan dan kerjasama dengan Chauvinis Cina dan anti Islam DAP, Nik Aziz juga mengeluarkan kenyataan “Boleh berkawan dengan syaitan”.

Ogos lepas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu membuat deklrasi bahawa “Mat Indera Ketua Penyerang Balai Polis (Bukit Kepong pada 20 Feb 1951)”. Kemampuan pemimpin PAS berbohong dan memutar belitkan fakta sejarah demi politik sempit mereka yang mendukung perjuangan Chauvinis Cina DAP yang kini bersifat Min Yuen kerana menyokong Ketua Pengganas Chin “Butcher of Malaya” Peng untuk kembali ke Malaysia, adalah luar biasa. Kini, Mat Sabu didakwa kerana kesalahan ini.

PAS yang sekelian lama berdiam diri mengenai pesta merayakan golongan homoseksual merasakan hak mereka untuk terus hidup melakukan hubungan seks luar tabi dan menentang semua ajaran terutama Islam kini mengambil ketetapan menyokong kumpulan ini untuk meneruskan siri perayaan  mereka, walaupun segenap pelusuk negara majoriti rakyat Malaysia pelbagai keturunan dan kepercayaan menentang dengan keras.

Sebelum ini, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman telah dikeluarkan waran tangkap kerana kegagalan untuk hadir di Pejabat JAIS bagi memberikan keterangan bagi siasatan mengenai dakwaan memberi ceramah ugama tanpa tauliah.

Jadi bagi Bob Lokman me’murtad’kan orang Melayu-Islam Johor di Pulau Pinang bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Mungkinkah Bob Lokman adalah cukup ikhlas dan berani untuk mengulangi apa yang diungkap di Pulau Pinang malam ini di Johor, dihadapan orang Melayu-Islam Johor?

*Dikemas kini Isnin 10 Nov 0930hr

Published in: on November 9, 2011 at 22:15  Comments (9)