Tun Dr Mahathir: Perjuangan memartabatkan orang Melayu tidak nafi hak orang lain

Tun Dr Mahathir Mohamad berucap di Perhimpunan Melayu anjuran PERKASA Kedah, 30 April 2011

Perdana Menteri Malaysia IV dan Negarawan Ulung Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan agar orang Melayu belajar sejarah secara menyeluruh agar mereka tidak mengulangi kesilapan lepas, termasuk dijajah dan dihina.

Beliau mengulas laungan “Hidup Melayu” yang begitu bersemangat, sebagai orang Melayu kini berada dalam keadaan serba salah. Beliau mengulas kini ramai orang Melayu sendiri malu alah apabila isu isu mengenai orang Melayu diketengahkan. “Ada yang mengatakan apabila kita bercakap soal Melayu, ianya ‘rasis.’ Perjuangan memartabatkan Bangsa Melayu tidak bermakna kita hendak menafikan hak orang lain”.

“Kini, mereka mempersoalkan bahawa orang Melayu itu layak sebagai anak pribumi dan ada juga mahu melabelkan orang Melayu sebagai ‘Pendatang'”.

Dalam kupasan, pasca Perang Dunia II orang Melayu tidak bersatu dan berpecah sehingga kedudukan orang Melayu walaupun sebagai majoriti dipandang sepi dan diabaikan. Beliau menyingkap bagaimana UMNO berjaya menyatukan orang orang Melayu pada 11 Mei 1946 dan berjaya menggagalkan Malayan Union. “British pada masa itu ingin menyingkirkan kuasa Raja Raja”.

“Perpaduan berjaya menjadikan orang Melayu yang lemah dan tidak ada apa apa itu menjadi kuat. Oleh kerana perpaduan (yang padu) ini, orang Melayu mampu tuntut Kemerdekaan”, dalam uacapan anjuran PERKASA Kedah dihadapan 5,000 orang Melayu di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah.

“Tidak siapa dapat nafikan kita berjaya bangunkan negara dan orang Melayu dengan begitu baik. Ini kerana kita bersatu padu. Kita berjaya memilih pemerintah yang berjaya”.

“Kita akui kita berkerjasama dengan kaum lain. Kita timbang rasa dengan kaum lain. Tunku Abdul Rahman sampai bagi 1 juta kerakyatan orang Bukan Melayu. Janganlah lupa itu dan kenanglah jasa itu. Balas budi sikit. Kita nak kerjasama, dengan parti parti dalam BN”.

Bagi Bukan Melayu, beliau berpesan “Kita beri sesiapa saja mau berniaga atau kumpul harta. Tetapi janganlah sampai nak ambik hak orang Melayu. Kita kongsi secara adil”.

Mantan Perdana Menteri itu juga mengingatkan walaupun orang Melayu berjumlah dengan kedudukan majoriti, perpecahan akan mengakibatkan mereka hilang kuasa politik. “Kalau orang Melayu pecah tiga, siapa yang menang itu terpaksa ‘tunduk’ kepada permintaan dan tekanan orang lain. Kuasa pada orang Melayu itu tidak ada makna”.

Beliau juga mengimbau bagaimana Anwar “Mat King Leather” Ibrahim masuk ke dalam UMNO semata mata inginkan kedudukan dan kuasa semata mata, dan tidak mahu berkhidmat kepada rakyat, terutama orang Melayu. “Dia hanya berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri dan ianya hanya boleh melalui UMNO dan PAS. Orang ini berjaya memecah belahkan orang Melayu, sehingga menjadi lemah. Dia pengkhianat bangsa!”.

“Hari ini ada orang Melayu menyokong DAP pun ada! Memecah belahkan orang Melayu hanyalah cara untuk melemahkan mereka”.

Tun Dr. Mahathir mengupas bagaimana orang Melayu berjaya dibangunkan dengan memberikan mereka pelajaran, termasuk luar negeri. “Sekarang ini, ada orang Melayu yang berjaya dibangunkan ini mula mempersoalkan dasar dasar Kerajaan, termasuk dasar yang berjaya meletakan mereka dalam kedudukan yang selesa sekarang ini”.

“Tidak lama lagi kita akan ada PRU 13. Inilah ujian yang amat penting bagi orang Melayu. Kalau mereka terbawak bawak dengan cerita donggeng, maka orang Melayu akan rugi. Ni yang pi bakaq kelambu ni pasai apa!”

Beliau mengakhiri ucapan dengan satu pantun sindiran, bagi mereka yang lupa jasa UMNO, BN dan Kerajaan:

Pulau Pandan jauh ketengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik, dilupakan juga

Posted with WordPress for BlackBerry.

Published in: on April 30, 2011 at 16:41  Comments (46)  

Tun Dr Mahathir di ‘Perhimpunan Melayu PERKASA Kedah’

Perdana Menteri Malaysia IV dan Negarawan Ulung Tun Dr Mahathir Mohamad akan berucap di ‘Perhimpunan Melayu PERKASA Kedah’ hari ini. Ianya akan dianjurkan di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah jam 300pm hari ini.

Semua dijemput.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Published in: on April 30, 2011 at 12:22  Comments (2)