DAP merekrut Melayu yang ‘bangkrap politik’

Space shuttle Challenger meletup semasa berlepas ke orbit

Dalam usaha untuk mendapat sedikit sokongan orang Melayu dalam PRU13 yang dijangkakan akan menjelang dalam separuh awal 2012, parti Chauvinis Cina DAP telah merekrut orang Melayu yang sebenarnya telah ‘bangkrap politik’ dan hilang kerelevanan mereka sebagai pemimpin, terutama melalui UMNO. Ini adalah usaha mereka bagi ‘penjanaan dikalangan orang Melayu’.

Portal berita yang pro-anti politik sayap kanan membayangkan bahawa beberapa orang Melayu yang tidak lagi laku dalam arena politik mereka, malah telah dijadikan ‘bahan rosak’ (reject item).

DAP tarik veteran Umno untuk hakis serangan anti Melayu

Oleh Shannon Teoh
December 28, 2011

KUALA LUMPUR, 28 Dis — DAP telah menarik beberapa pemimpin Melayu termasuk sekurang-kurangnya dua veteran Umno sebagai satu langkah untuk menghakis sokongan dari komuniti dominan selepas dituduh anti Melayu dari parti pemerintah.

The Malaysian Insider difahamkan penulis blog terkenal Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, yang juga bekas wakil rakyat Pulau Manis dan Aspan Alias, veteran Umno Negeri Sembilan, telah dijemput untuk menyertai DAP, yang berkemungkinan besar akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pemuda DAP Anthony Loke(gambar), yang ditugaskan untuk menambah sokongan Melayu bersama anggota strategi Liew Chin Tong dan Zairil Khir Johari, mengesahkan penyertaan dua individu itu.

“Kami mendekati mereka tetapi tiada keputusan dibuat. Tetapi bukan penentu mereka akan bertanding dalam pilihan raya. Ia kebimbangan kedua kami,” kata Ahli Parlimen Rasah ini.

Loke menambah bahawa buat masa ini, parti gembira apabila kedua-dua veteran Umno itu membuat kritikan secara terbuka terhadap parti Melayu terbesar dan Barisan Nasional (BN) dalam blog mereka.

Kedua-dua veteran itu menghadiri Konvensyen Media Sosial yang dipanggil “Rakan Pulau Pinang” yang dianjurkan Zairil dua minggu lalu.

“Kami mahu mendekati orang yang berpengaruh di media sosial. Tetapi kami bukan mewujudkan tentera siber. Tidak seperti Umno, kami tidak membayar dan rakan tidak boleh dibeli,” katanya namun enggan mengulas sama ada kedua-dua veteran itu akan menyertai DAP.

Zairil, anak kepada bekas menteri pendidikan dan bekas pemimpin Umno , Tan Sri Khir Johari, telah dilantik sebagai setiausaha politik Lim Guan Eng awal tahun ini dilihat sebagai satu langkah untuk untuk mewujudkan parti berbilang bangsa.

Tetapi pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat mengakui dalam laporan The Malaysian Insidersebelum ini bahawa Umno melemparkan pelbagai tuduhan kepada pembangkang semata-mata mahu mendapatkan kembali sokongan orang Melayu.

The Malaysian Insider juga telah mengeluarkan keputusan kaji selidik yang dijalankan DAP di mana menunjukkan sokongan orang Melayu di Pulau Pinang telah menurun kepada 30 peratus, jatuh hampir 50 peratus selepas beberapa bulan Lim memegang jawatan ketua menteri pada 2008.

Umno berulangkali menuduh Pakatan Rakyat terutamanya DAP, sebagai anti Melayu, terbaru perkara itu dibangkitkan dalam perhimpunan agungnya di mana beberapa wakil dan pemimpin termasuk timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan pembangkang anti Melayu, anti Islam, ejen Kristian dan biadap terhadap raja Melayu.

Akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia pada awal tahun ini mendakwa DAP telah berkomplot dengan pihak Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian.

DAP telah mendekati orang Melayu dengan melantik pemimpin Melayu dan pengasas Transparency International Malaysia Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang kini memegang jawatan naib pengerusi.

Difahamkan pemimpin DAP telah bertemu dengan pemimpin Melayu dalam satu mesyuarat tertutup untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan negara Islam, hudud dan Bumiputera.

Dengan penyertaan Mohd Ariff Sabri, yang menggunakan nama samaran Sakmongkol AK47 akan menjadi perubahan yang besar dalam parti memandangkan beliau merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada 2008 dan juga ketua penerangan bahagian Pekan yang merupakan kawasan Datuk Seri Najinb Tun Razak.

Aspan Alias pula lantang mengkritik pentadbiran pemerintah sejak beberapa tahun lalu dan khabar angin mengatakan beliau akan menyertai DAP selepas dilaporkan telah memberikan ucapan pada satu majlis makan malam DAP di Tampin, Negri Sembilan awal tahun ini

*********

Jika dikaji penulisan Ariif, beliau merupakan seorang selalu membuat analisis yang dangkal dan terssar, akibat dari fakta yang tidak tepat termasuk yang salah dan andaian yang meleset. Aspan juga sering membuat rungutan rhetorik, yang tidak konstruktif dan kadangkala mengecewakan, memandangkan beliau merupakan seorang yang sebenarnya matang dan amat berpengalama. Malah, rungutan ini lebih merupakan lagu sumbing dari rekod piring hitam yang sebenarnya lebih menjukan kekecewaan beliau sebagai pemimpin yang tidak lagi laku dalam arena UMNO.

Melalui rekod, jarang sekali seseorang wakil rakyat UMNO hanya diberikan satu penggal sahaja untuk mewakili rakyat, terutama dikalangan kawasan majoriti Melayu. Biasanya, calon UMNO bagi tiket BN dalam sebarang PRU gugur kerana tidak menepati aspirasi sebagai wakil yang berkesan.

Ariff yang selama ini disifatkan sebagai ‘ADUN yang gagal’ kerana rekod perkhidmatan yang buruk, tidak diberikan peluang untuk dicalonkan semula dalam DUN Pulau Manis pada PRU12. Manakala Aspan pula telah pernah kalah di DUN Seri Menanti apabila bertanding bawah tiket Semangat 46 dalam PRU 8 November 1990, tidak pernah mendapat peluang untuk dicalonkan oleh UMNO dalam sebarang pilihanraya, walaupun pada 1996 Presiden Semangat 46 Tengku Razaleigh Hamzah membubarkan parti yang ditubuhkan pada 1988 itu demi perpaduan Melayu dan sebilangan besar ahlinya kembali kepangkuan UMNO.

Bagi Aspan yang pernah berjuang bermati matian dalam entiti Semangat 46 dimana perjuangan berasakan memartabatkan kepentingan dan keududkan orang Melayu, Islam sebagai ugama Persekutuan Malaysia dan institiusi Raja Raja, kerelaan untuk meninggalkan prinsip perjuangan semata mata kerana kemungkian diberikan peluang sebagai calon dalam PRU 13 walaupun atas tiket Chauvinis Cina merupakan sesuatu yang amat mengecewakan. Ini melambangkan ke’bangkrapan politik’ dan amat terdesak kerana peluang pusingan politik bagi beliau adalah makin tipis, terutama umur yang makin meningkat dan ketirisan idea.

Difahamkan mereka akan dicalonkan dalam PRU13 mewakili DAP dalam kerusi majoriti Cina. Ini adalah taktik DAP bagi:

1. Menunjukkan bahawa parti itu bukan Chauvinis Cina dan mempunyai pemimpin Melayu

2. Membuktikan masyarakat majoriti Cina boleh memberikan calon Melayu peluang untuk mewakili mereka sebagai pemimpin yang dipilih

3. Memaparkan mereka merupakan parti pelbagai etnik yang relevan, sesuai dengan strategi ‘Malaysian, Malaysia’ bagi membolehkan golongan minoriti menguasai majoriti melalui proses demokrasi

4. Mengaburi mereka yang ‘bebal politik’ terutama orang Melayu dikalangan masyarakat urban dan professional yang cenderong kepada politik liberal bahawa sebagai organisasi politik matang dan berpengalaman semenak 45 tahun ini bahawa DAP merupakan alternatif terbaik untuk menentukan Malaysia relevan sebagai masyarakat sivil yang sofistaked dan moden, sesuai dengan mencapai taraf negara maju menjelang 2020

5. Menafikan kuasa politik yang secara tradisinya ditangan orang Melayu semenjak Merdeka tanpa pengantungan mutlak kepada PAS dan PKR sebagai agen meraih undi masyarakat Melayu

Difahamkan juga, kedua calon ini adalah antara nama nama dikalangan orang Melayu yang akan dicalonkan sebagai ‘Kuda Trojan’ DAP dalam PRU13.

Dalam sejarah DAP semenjak usaha menubuhkan parti ‘wakil’ Chauvinis Cina berasal dari Singapura PAP pada tahun 1966 itu, hanya segelintir orang Melayu diberikan puang untuk bertanding dalam mana mana pilihanraya. Sebelum ini DAP pernah meletakan calon Melayu dalam pilihanraya. Bekas Setiausaha Agung Ceupacs Ahmad Nor pernah mengalahkan calon BN di kawasan Parlimen Bayan Baru semasa PRU 8 1990. Dalam PRK Parlimen Gopeng sebelum itu pada 1987, Ahmad telah gagal mengalahkan calon BN Ting Chew Peh. Ibrahim Singgeh juga pernah dipilih sebagai ADUN di Perak.

Presiden MTUC Zainal Rampak juga pernah menyertai DAP.

Menengahkan mereka yang sebenarnya ‘bangkrap politik’ ini bukanlah bukti yang baik untuk menunjukan DAP sudah mula diterima oleh orang Melayu, yang menjadi majorit warga Malaysia dan kuasa sebenar politik arus perdana semenjak British kembali memerintah tanahair ini semenjak kekalahan Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Chauvinis Cina DAP amat cemburu dan cuba memecah belahkan kuasa politik ditangan orang Melayu ini semenjak PAP diberi peluang menyertai Persekutuan Malaysia apabila Singapura dimerdekakan pada 16 September 1963.

PAP dibawah kepimpinan Lee Kuan Yew telah mungkir janji dengan Perdana Menteri ketika itu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra untuk tidak mencampuri politik peringkat nasional apabila meletakan 11 orang calon dalam PRU 2 1964. Apabila Singapura telah dinyah keluar dari Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965, saki baki wakil mereka telah berusaha menubuhkan DAP sebagai menneruskan agenda Chauvinis Cina ala Sosialis.

DAP pernah berkerjasama dengan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) iaitu Semangat 46-PAS pada PRU 8 November 1990. Kerjasama ini diteruskan pada PRU 9 April 1995. Pada PRU 10 November 1999, DAP telah bekerjasama dengan PAS dan KeAdilan yang dinamakan Barisan Alternatif untuk cuba mengulingkan BN melalui proses demokrasi, namun tidak berhasil. Buat kali pertama, Parlimen Sidang ke 10 itu, Ketua Pembangkang ialah MP PAS dan bukannya DAP.

Kemenangan terbaik DAP setakat ini ialah pada PRU 12 Mac 2008 apabila kerjasama yang dikenali sebagai Barisan Rakyat ketika itu telah memungkinkan DAP menguasai Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan menguasai Kerajaan Negeri Selangor dan Perak melalui proksi (PKR dan PAS).

Kerjasama rapuh dan bergolak antara DAP/PAS/PKR yang kemudiannya dikenali sebagai Pakatan Rakyat semenjak BN kalah 5 + 1 negeri pada 8 Mac 2008 tidak meyakinkan DAP untuk terus kekal relevan. Ini kerana PAS dan PKR disifatkan tidak akan berjaya menambah keyakinan pengundi Melayu kerana kegagalan mereka untuk menyampai dan menunaikan janji janji PRU 12 dan kelemahan dalaman parti tersebut, terutama pergolakan dan perebutan jawatan tertinggi.

Oleh demikian DAP berusaha untuk meraih sokongan pengundi Melayu, terutama yang kecewa dengan BN, walaupun hanya mampu menengahkan mereka yang ‘bangkrap politik’ ini sebagai wakil orang Melayu mereka dan tindakan lemah untuk memaparkan mereka merupakan DAP adalah parti pelbagai etnik yang benar benar demokratik.

Membenarkan diri menjadi alat seabagai ‘Kuda Trojan’ agar Chauvinis Cina DAP dapat menembusi tembok yang selama ini mejadi pemisah majoriti dari golongan minoriti yang kurang ajar dan ektremis, termasuk yang tergamak menggunakan gereja bagi mencapai cita cita politik ‘minoriti menguasai majoriti’ adalah bahaya kepada orang Melayu secara khususnya dan kesecuian ugama Islam dan institiusi Raja Raja sebagai amnya. Ini belum lagi jika diambil kira pemimpin DAP yang biadap, menghina orang Melayu secara terbuka dan secara konsisten menyemai ‘politik kebencian’.

Kedua dua bekas pemimpin UMNO yang satu masa dahulu pernah dihormati dan hari ini disifatkan  telah ‘luput tarikh’ dan ‘bangkrap politik’ merelakan diri mereka dijadikan ‘Kuda Trojan’ Chauvinis Cina DAP merupakan contoh bagaimana ada dikalangan orang Melayu hanya mementingkan diri sendiri dan boleh di’rasuah politik’. Walaupun jika mereka berjaya dipilih sebagai wakil rakyat dalam konstituensi majoriti Cina, mereka akan terus menjadi barua kepada Chauvinis Cina dengan segala keputusan autokratik parti dan tidak akan dapat merealisasi cita cita politik mereka.

Ini jelas dari pengalaman wakil rakyat Bukan Cina dalam DAP seperti M Kulasegaran, Keshminder Singh dan Prof Ramasamy, walaupun diletakan sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Published in: on December 29, 2011 at 03:31  Comments (67)