PAS tidak amalkan ‘Iqra’

PAS sebagai parti yang satu masa dahulu memperjuangkan wadah politik berasaskan Al Quran dan hadiths, sebenarnya tersasar dari perjuangan asal, Perjuangan itu kini mengabaikan speenuhnya konsep ‘tabligh’ dari amalan politik mereka.

Bwekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Exco Kerajaan Negeri Selangor mewakili PAS Dato Dr Hassan Mohamed Ali yang kini berani keluar mengkritik perjuangan parti sendiri yang ramai ahlinya anggap sebagai ‘terasar’, menjelaskan bahawa media rasmi PAS sendiri mengekang aliran maklumat sebenar kepada ahli ahli.

Media pro-Umno lebih daripada Harakah, jelas Hasan Ali

Oleh Syed Mu’az Syed Putra
December 24, 2011

KUALA LUMPUR, 24 Dis — Bekas perusuhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali menegaskan tidak wujud sama sekali istilah media Umno atau media musuh sambil menyifatkan akhbar rasmi milik parti Islam itu bersifat berat sebelah dalam menyiarkan laporan.

Malah Hasan juga berkata media dalam negara tidak memberi liputan negatif kepada parti dan dirinya termasuk ketika menyiarkan laporan berhubung polemik yang berlaku baru-baru ini.

“Bagi saya, tak ada yang dinamakan media Umno. Memanglah sebab kerajaan berkuasa, perkara kena rujuk kerajaan. Dan Umno sebahagian dari kerajaan. Sebab itu timbul media Umno. Saya sebenarnya pada asasnya, saya terima mana-mana media pun.

“Bagi saya, siapa yang dapat menyebar luas dan meletakkan berita ke pangkuan masyarakat luas, jadi ia pilihan saya. Saya tak nampak selama ini media memainkan peranan negatif kepada parti dan saya dalam konteks kontroversi ini,” katanya pada sidang media di sini.

Hasan sebelum ini muncul di Utusan Malaysia dan program yang disiarkan TV3 iaitu Soal Jawab — sesuatu yang dianggap tidak biasa diberikan kepada pemimpin pembangkang di negara ini.

Menurut Hasan beliau menganggap media lain lebih mudah dan memberikan liputan yang lebih baik berbanding organ partinya, Harakah.

Beliau turut mendedahkan Harakah melebihkan liputan terhadap golongan tertentu di dalam parti lantaran penguasaan yang diberikan terhadap lidah rasmi parti tersebut.

Hasan mengambil contoh wawancara Harakah bersama Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din berhubung isu gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang masih belum disiarkan sehingga kini kerana kepentingan pihak tertentu.

“Tetapi mungkin atas arahan pihak berkuasa dalam parti, didapati temuramah Datuk Harun din tidak tersiar sampai sekarang. Bayangkan kalau Haron Din tak tersiar bagaimana orang kecil seperti Hasan Ali?” kata beliau.

Justeru Hasan mencadangkan agar Harakah melakukan transformasi besar-besaran agar ia boleh diterima semua lapisan masyarakat.

“Kalau kepimpinan media baru diterajui oleh orang-orang lama. Sesetengahnya telah memimpin PAS selama lebib 20 tahun, tak berubah dan tak beralih, sudah tentulah saya merasakan perlu (berubah),” katanya.

**************

Selepas pendedahan ikhlas dan terbuka kepada Soal Jawab TV3 dimana seluruh negara menonton bagaimana sekarang telah berubah dan tidak lagi memperjuangkan memartabatkan Islam, menjaga adat istiadat dan kedudukan kebudayaan orang Melayu dan institiusi Raja Raja. Dr Hassan juga meyakinkan rakyat Malaysia bahawa sebilangan besar ahli PAS sendiri kini sudah merasakan ‘Kepimpinan Ulama’ PAS sudah hilang kedudukan praktikalnya dan sebagai rakan kongsi dengan DAP dan PKR dalam pakatan haram Pembangkang, telah membelakangkan perjuangan ‘Negara Islam’ mereka.

PAS ditubuhkan pada tahun 1953 apabila golongan Ulama dari UMNO telah meninggalkan parti itu kerana ingin menumpukan perjuangan menubuhkan ‘Negara Islam’, melalui “perjuangan memartabatkan Al Quran dan Hadiths”.

Pendedahan mengenai kegagalan sengaja Harakah untuk tidak menyiarkan temuramah bersama Timbalan Murshidul Am PAS Dato’ Haron Din mengenai isu proses memurtadkan orang Islam dalam kes Damansara Utama Methodist Church (DUMC) adalah bukti jelas Kepimpinan Pro Erdogan PAS hari ini lebih mementingkan ‘sejahteraan politik’ dalam pakatan haram bersama rakan kongsi ‘tidak ikhlas dan haram’ bersama DAP dan PKR itu.

Kebelakangan ini, pemimpin PAS juga amat takut dengan bayang bayang sendiri apabila acap kali mengeluarkan ‘gam media dan kenyataan’. Paling terbaru ialah selepas pendedahan Dr Hassan. Kontroversi berkenaan isu ‘Hudud’, yang satu masa dahulu menjadi modal politik utama bagi PAS terutama kempen di Kelantan dan Terengganu kini juga menjadi bahan yang di gam. Rakan kongsi pakatan haram Pembangkang DAP yang jelas anti Islam dan anti Melayu amat begitu bersungguh menentang ‘Hudud’ manakala Ketua Pembangkang Anwar “Mat King Leather” Ibrahim pula menegaskan isu undang undang jenayah menurut syariah itu tidak dirangkum dalam manifesto bersama Pembangkang, Buku Jingga.

PAS mengamalkan ‘gam’ kepada aliran maklumat, kenyataan dan pandangan pemimpin ini tidak ubah seperti kepimpinan kuku besi kominis. Jelas PAS sebagai parti yang kunun kunun membawa wadah “Perjuangan berlandaskan Al Quran dan Hadiths”, kini takut bayang bayang sendiri kerana perjuangan yang tersasar dan carca merba kerana pemimpin liberal puak puak Pro Erdogan seperti Mohamad Sabu, Kamaruddin Jaafar, Mohamed Nizar Jamaluddin, Khalid Samad, Husam Musa, Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Rani Osman, Shaari Sungip dan seangkatan dengan mereka kini mengambil tempat kedudkan tradisi Kepimpinan PAS yang amat cemburu mempertahankan ‘Kepimpinan Ulama’ satu masa dahulu.

Puak puak Pro Erdogan sebenarnya tidaklah mewakili aspirasi majoriti akar umbi ahli PAS. Namun mereka yang sebenarnya minoriti, tetapi berjaya mengambil tempat dikacamata masyarakat kerana sikap vokal dan lantang menyuarakan pandangan pro-liberal mereka, terutama didukung oleh media baru dan media antarabangsa yang sebenarnya Pro Anwar Ibrahim dan didukung kuat gerakan Yahudi Neo Kolonial antarabangsa. Baru baru Ketua Dewan Ulama PAS Haron menyifatkan mereka yang terangkum sebagai Pro Erdogan ini sebagai “Pendatang yang membawa budaya asing yang tidak sihat kedalam parti”.

Pembohongan juga merupakan medium lama pemimpin PAS, tetapi kini dengan nafas baru. Dalam kontroversi pendedahan ikhlas Dr Hassan baru baru ini, jelas Setiausaha Agung PAS Dato Mustapha Ali yang sebenarnya kerap kali bertemu pemimpin UMNO dan bukannya beliau, sebagaimana yang didakwa ramai pemimpin PAS.

‘Bukan saya jumpa pemimpin Umno tapi Mustafa Ali’ jawab Hasan

Oleh Syed Mu’az Syed Putra
December 24, 2011

KUALA LUMPUR, 24 Dis — Datuk Dr Hasan Ali menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dibuat Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali bahawa beliau ada mengadakan pertemuan dengan beberapa pihak yang dikaitkan dengan Umno.Menurut Hasan, bekas pesuruhjaya PAS Selangor dakwaan yang dilemparkan terhadap dirinya merupakan fitnah dan palsu.

Beliau juga melahirkan rasa kesal kerana dakwaan itu dibuat oleh setiausaha agung kepada parti yang berteraskan Islam.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai pertemuan saya dengan mereka (Umno) sama ada pimpinan Umno peringkat bawahan, pertengahan atau atasan seperti yang dinyatakan (Mustafa).

“Sekali lagi Mustafa Ali (gambar) terperangkap dengan prasangka buruk dan api fitnah sesama Muslim. Sebagai setiausaha agung sebuah parti yang berteraskan Islam, tuduhan-tuduhan liar dan serkap jarang seperti itu tidak selayaknya keluar dari mulut seorang setiausaha agung yang berwibawa,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini.

Mustafa sebelum ini mendakwa beliau mempunyai bukti untuk mengaitkan Hasan dengan agenda Umno.

Mustafa berkata ia merujuk kepada satu pertemuan antara Hasan, bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan tiga individu lain di sebuah hotel di ibu negara pada bulan Ramadan lepas.

Dalam sidang media itu, Hasan yang juga Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor mendedahkan individu yang kerap mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno adalah Mustafa.

“Malah terdapat permohonan daripada setiausaha agung sendiri untuk bertemu dengan seorang pemimpin tertinggi Umno yang sehingga kini setakat saya maklum belum dapat diadakan,” katanya.

Enggan mengulas lanjut mengenai pendedahan itu, Hasan berkata kepimpinan tertinggi PAS sepatutnya menjalankan siasatan mengenai perkara itu.

“Saya hendak berhenti setakat itu seperti mana Datuk Mustafa a Ali berhenti dari menuduh saya bertemu dengan pemimpin Umno di Hotel Meridien dan ‘stop-short’ di situ.

“Kalau misalnya, nak tanya lebih lanjut, saya pulangkan kepada pimpinan (PAS) untuk buat siasatan lanjut. Kalau nak siasat pertemuan saya, siasatan sama juga harus dilakukan kepada pertemuan setiausaha agung dan pemimpin Umno,” katanya.

******************

Pemimpin yang berbohong sudah semestinya tidak mendukung “Perjuangan memartabatkan Al Quran dan Hadiths”.

Semasa Allah S.W.T. memfirmankan Muhamad sebagai Rasulullah, diwahyukan kepada baginda Al Quran sebagai panduan dan rujukan melalui Ketua Malaikat Jibril. Ayat pertama yang diturunkan ialah ‘Iqra’, iaitu firman Allah kepada sekelian hamba ‘Bacalah’. ‘Pembacaan’ (Al Quran) merupakan medium yang dipilih Alllah S.W.T. sebagai alat kommunkasi (tabligh) dan kunci segala ilmu dan rekod segala maklumat. Kegagalan PAS untuk mengimarahkan proses tabligh ini jelas memaparkan bahawa Kepimpinan Tertunggi parti itu tidak lagi memperjuangan memartabatkan “Al Quran dan Hadiths’.

Published in: on December 25, 2011 at 12:15  Comments (7)