9 Bulan: Aspirasi akar umbi UMNO dan rakyat belum diterjemah lagi?

 

Hari ini merupakan genap sembilan bulan kami diBigDogDotCom membuat posting “Pembaharuan bermula: Segunung harapan atas bahu Najib”. Ini merupakan genap sembilan bulan PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mengambil alih Kepimpinan UMNO sebagai Presiden UMNO VII dari Presiden UMNO VI PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Antara yang digariskan PM Najib dalam ucapan pengulungan pertama sebagai Presiden UMNO ialah “Memerangi Politik Wang (Rasuah)”. Ianya merupakan bukan sahaja asprirasi akar umbi UMNO, malah menjadi aspirasi orang Melayu dan rakyat Malaysia untuk melihat gejala buruk amalan segelintir pemimpin dan ahli UMNO yang menjadi sebab utama mengapa rakyat Malaysia menolak BN dalam Piliharaya Umum (PRU) 12 pada 8 Mac 2008. Ketidak puasan hati majoriti yang sebelum ini menyokong BN di translasikan dalam kegagalan BN mempertahankan 5 + 1 buah negeri dan pertama kalinya dalam sejarah, gagasan kongsi-kuasa antara kaum dan etnik yang diterajui orang Melayu hilang kuasa 2/3 Dewan Rakyat.

Namun begitu, sepanjang sembilan bulan ini UMNO secara total gagal mengheret pemimpin dan ahli yang mengamalkan ‘politik wang’ dibawa ke muka pengadilan dan di jatuhkan hukum. Ini menjadi ‘kegusaran’ ramai pihak kerana rata rata, akar umbi dan rakyat mempunyai persepsi yang ramai pemimpin dan penyokong calon calon yang menawarkan diri untuk pelbagai jawatan dalam pelbagai sayap dan peringkat mengamalkan gejala jijik ‘politik wang’.

Hujah mengenai ‘kegagalan’ ini ialah proses mengheret (witch hunting) mereka yang mengamalkan dan terlibat dalam ‘politik wang’ akan “melemahkan parti”. Parti akan di lihat sebagai “Membuka pekung di dada” dan mengundang begitu banyak kritikan dan kecaman pelbagai pihak, terutama pengundi.

Kami di BigDogDotCom berpendapat sebaliknya. UMNO perlu berani mengambil pilihan drastik untuk memulihkan keyakinan dan akhirnya sokongan bukan sahaja akar umbi dan orang Melayu, malah seluruh warga pengundi. Kesungguhan UMNO untuk berani menolak secara terbuka pemimpin dan ahli yang mengamalkan ‘politik wang’, gejala jijik yang akan membawa parti nasionalis dan kerajaan yang di pimpini kearah kehancuran.

Inilah anjakan paradigma yang UMNO berani ambil secara total dan tindakan ini perlu di laksanakan dengan kadar segera. Tidak dapat tidak, proses untuk membuat ‘pembedahan dan membuang barah (penyakit)’  dalam UMNO ini akan meninggalkan ‘luka’. Sebarang ‘luka’ perlu masa dan rawatan untuk di pulihkan. Oleh demikian, lebih awal ‘pembedahan dan membuang barah’ ini di lakukan, lebih cepat ‘luka’ dapat di pulihkan. Maka lebih awal ‘organ’ tersebut akan beroperasi sebagaimana sebelum ianya ‘di jangkiti’.

TEPUK DADA, TANYA SELERA!

Published in: on December 29, 2009 at 07:54  Comments (5)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/12/29/9-bulan-aspirasi-akar-umbi-umno-dan-rakyat-belum-diterjemah-lagi/trackback/

RSS feed for comments on this post.

5 CommentsLeave a comment

  1. Assalamualaikum ,

    Selepas berbulan UMNO mengharungi keadaaan, seikhlas ingin saya katakan bahawa UMNO tidak nampak langsung berubah. Hanya retorik kata-kata/slogan dan idea semata-mata. Pilihanraya lagi dua tahun…entahlah! SO SLOW.!!!

    • saya setuju terlalu perlahan.terlalu banyak slogan kosong yang sia-sia.pemimpin2 rasuah pun gagal didakwa.mereka masih lagi berkeliaran dengan sombong sekali.

      lagi satu, DSN terlalu berselera menarik undi org cina sampai melayu diletak tepi.contohnya pasal sekolah menengah jenis kebangsaan cina. tidak pernah dalam sejarah negara PM bertindak sebegitu rupa.kewujudan sekolah itu pun telah menyalahi perlembagaan.setahu saya memang polisi kerajaan untuk tidak menggalakan dan memberi sokongan terhadap SJK.

      jangan sampai satu tahap, undi umno melayu lingkup, undi pas melayu punah..pkr tolak tepi, tu parti anwar.kalau ini berlaku, mana lagi kita nak mengadu nasib.sekali orang melayu hilang kuasa, sampai bila2 pun kita akan gagal berkuasa semula seperti zaman TDM.

  2. Setuju sepenuhnya bahawa UMNO perlu mengambil tindakan drastik untuk memulihkan keyakinan dan sokongan orang Melayu dan seluruh warga pengundi… menolak secara terbuka pemimpin dan ahli yang mengamalkan ‘politik wang’, gejala jijik …”

    DS Najib perlu mengambil tidakan yang lebih dari pindaan sistem pemilihan parti. Majlis Tertinggi UMNO perlu menggesanya berbuat demikian. Ini akan membawa banyak sokongan rakyat. Ingat, Pak Lah mendapat undi yang banyak dengan imej “Mr Clean”nya dan jaji-janji membenteras rasuah suatu masa dahulu. Sekarang banyak rakyat bosan dan benci dengan pemimpin yang rasuah diapa peringkat pun. Sekarang rasuah sudah sampai peringkat Ketua Cawangan. Ahli-Ahli Perwakilan sudah tentu sekali. Tun Dr Mahathir telah berkata seorang bekas Menteri kanan menyatakan UMNO sudah busuk hingga keteras (rotten to the core).

    Pihak yang berkuasa memberi arahan supaya tindakan tegas diambil nampaknya tidak memberi arahan tersebut. Selain dari arahan, nampaknya panduan pun tidak ada. Agensi mengawal rasuah sepatutnya menyiasat dan mendakwa perasuah politik wang dan sebagainya tidak kira parti, tidak hiraukan pangkat didalam parti atau Kerajaan. Tetapi tiap agensi Kerajaan mesti bertindak berdasarkan dasar Kerajaan. Nampaknya tidak nyata dasar Kerajaan berkenaan rasuah didalam berbagai bentuk itu. Tetapi hairan mengapa tidak dinyatakan dengan jelas dasar Kerajaan itu? Apakah benar kata pepatah Inggeris bahawa mereka yang diam dirumah kaca enggan membaling batu?

  3. […] 9 Bulan: Aspirasi akar umbi UMNO dan rakyat belum diterjemah lagi? […]

  4. […] Disember lalu, kawan saya Zakhir Mohamed menyiarkan posting bertajuk “Sembilan bulan: Aspirasi akar umbi Umno dan rakyat belum diterjemah lagi?” Posting tersebut dan komen-komen di bawah posting tersebut menghantar satu kesimpulan […]


Leave a comment