Bob Lokman: Orang Johor Murtad?

Bob Lokman bersama Linda Onn semasa mengacara FFM 21 pada Ogos 2008

Mantan Pelawak Bob Lokman yang kini menjadi penceramah PAS, difahamkan malam ini di Sungai Burong, Pulau Pinang menuduh orang Melayu-Islam di Johor sebagai “Murtad”. Ini kerana mereka terpaksa bangun pagi seawal 500am untuk pergi bekerja di Singapura, sehingga meninggalkan sembahyang subuh.

Itulah sebenarnya kemampuan penceramah PAS bersyarah bagi tujuan politik sehingga tergamak me’murtad’kan orang Islam lain.

Bob Lokman juga menyentuh mengenai sejarah Kemerdekaan negara tidak benar dan UMNO lah sebenarnya menghanucurkan negara selama ini. Ini kerana menurut rocker and pelawak terkenal itu, hati pemimpim mereka tidak bersih. Bob Lokman juga memuji pemimpin PKR berkenaan isu ‘cincin’, yang jelas tidak benar.

Perbuatan ‘mengkafirkan’ orang Islam lain bukan budaya baru dalam PAS. Semenjak tahun 60an lagi, mereka dengan sewenang wenangnya menuduh UMNO sebagai ‘kafir’ kerana berkerjasama dengan Bukan Islam iaitu MCA dan MIC dalam Kerajaan. Pada tahun 1981, penceramah PAS ketika itu Hj Abdul Hadi Awang mengeluarkan ‘Amanat Haji Hadi’ di Kampung Benggol, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 dimana “Orang UMNO mengekalkan peraturan jahiliyah” dan “Kalau kita melawan puak puak ini, mati kita adalah syahid”:

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.

*******

Kemudian pada 1999, untuk menyokong buku “SHIT” oleh ahli PAS Dato’ Shahnon Ahmad, Menteri Besar Kelantan dan Murshidul Am PAS Dato’ Nik Aziz Nik Mat tergamak mengungkap “Allah pun mencarut”. Bagi ‘menghalalkan’ persahabatan dan kerjasama dengan Chauvinis Cina dan anti Islam DAP, Nik Aziz juga mengeluarkan kenyataan “Boleh berkawan dengan syaitan”.

Ogos lepas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu membuat deklrasi bahawa “Mat Indera Ketua Penyerang Balai Polis (Bukit Kepong pada 20 Feb 1951)”. Kemampuan pemimpin PAS berbohong dan memutar belitkan fakta sejarah demi politik sempit mereka yang mendukung perjuangan Chauvinis Cina DAP yang kini bersifat Min Yuen kerana menyokong Ketua Pengganas Chin “Butcher of Malaya” Peng untuk kembali ke Malaysia, adalah luar biasa. Kini, Mat Sabu didakwa kerana kesalahan ini.

PAS yang sekelian lama berdiam diri mengenai pesta merayakan golongan homoseksual merasakan hak mereka untuk terus hidup melakukan hubungan seks luar tabi dan menentang semua ajaran terutama Islam kini mengambil ketetapan menyokong kumpulan ini untuk meneruskan siri perayaan  mereka, walaupun segenap pelusuk negara majoriti rakyat Malaysia pelbagai keturunan dan kepercayaan menentang dengan keras.

Sebelum ini, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman telah dikeluarkan waran tangkap kerana kegagalan untuk hadir di Pejabat JAIS bagi memberikan keterangan bagi siasatan mengenai dakwaan memberi ceramah ugama tanpa tauliah.

Jadi bagi Bob Lokman me’murtad’kan orang Melayu-Islam Johor di Pulau Pinang bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Mungkinkah Bob Lokman adalah cukup ikhlas dan berani untuk mengulangi apa yang diungkap di Pulau Pinang malam ini di Johor, dihadapan orang Melayu-Islam Johor?

*Dikemas kini Isnin 10 Nov 0930hr

Published in: on November 9, 2011 at 22:15  Comments (9)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2011/11/09/bob-lokman-orang-johor-murtad/trackback/

RSS feed for comments on this post.

9 CommentsLeave a comment

  1. Dear Biggie,

    Just to share with you news in The Star today about KJ’s good friend, Ahmad Zaki Zahid and his good friends are now Board of Directors of Kulim and D Realty. Are they on their way of taking over Johor Corp? What about the 28-year old young ciku, Wan MF (MF as Mother Fucker?) who is also the special officer to MB Johor with no business experience now sitting as BOD of the two Johor Corp’s subsidiaries?

    Young blood for Kulim and DRealty boards – The Star (10 Nov 2011)

    PETALING JAYA: Two companies in Johor Corp’s (JCorp) stable Kulim (M) Bhd and Damansara Realty Bhd (DRealty) saw the entry of fresh faces on their boards, with Kulim adding four new directors and DRealty, three.

    Three of Kulim’s new directors have also been appointed to DRealty board. Plantation giant Kulim’s new executive director is Datuk Ahmad Zaki Zahid, 44, the former executive director of Malaysian Resources Corp Bhd who left the property group in October.

    Zaki has had stints at Booz Allen Hamilton and the Securities Commission and was once the special assistant to then prime minister Tun Abdullah Ahmad Badawi. Zaki is now also DRealty managing director.

    Another new face to the board is non-independent and non-executive director Wan Mohd Firdaus Wan Mohd Fuaad, 28, who is currently the special officer to Mentri Besar of Johor.

    The other two appointed to Kulim board are independent and non-executive directors Edward Leung Kok Keong, 44, and Natasha Kamaluddin, 39. Natasha, a management consultant stalwart and current partner and director of Ethos & Co, is the only one of Kulim’s four new directors not appointed to DRealty board.

    Leung holds two other directorships in Tebrau Teguh Bhd and ACE Market-listed Asia Bioenergy Technologies Bhd and is a chartered accountant.

    All four board members are relatively young. Insiders said part of the rationale for bringing in the new board members is for them to provide new perspectives and ideas on how to restructure the companies under JCorp.

    State-owned JCorp is an asset-rich and diversified group but is saddled with mounting debt problems. By mid-next year, it will have to settle up to RM3.6bil of its debt obligations. The group has been mulling a number of options on how to use its vast asset base to solve this problem, resulting in the recent sale of oil palm estates and mills to its 53% subsidiary, Kulim, for RM700mil.

    Listed companies under JCorp include New Britain Palm Oil Ltd, QSR Brands Bhd and KFC Holdings (M) Bhd.

    • Halas MF (MF as being?),

      what la you.. you know who’s best freind of who but you don’t know and said nothing about tan kok ping friend of guan eng. a real MF la you ni..

      • Dear rexuan PUKIMAK (PUKIMAK as being?)

        what la you…you bitched about tan kok ping friend of guan eng when the whole issue is about Barua Tingkat 4 and Johor Corp. Are you fucking retarded or what? a real PUKIMAK la you ni…..

    • So now KJ & the Gang are “hiding” in Johor. No where to hide is it? Er…this guy, Edward, is he MCA guy? Lim Kang Hoo must be behind the appointments. Poor Johor Corp, the Group will end up owning nothing in no time.

      • Please surf Wan Mohd Firdaus blog at http://wmfirdaus.blogspot.com/ and you will get a better picture of his political thinking and most importantly his idol, BXBX. So who is hiding in Johor Corp, KJ & the Gang or BXBX? Someone please whisper this matter to TS Muhyiddin before Johor Corp ended up like another ABRAR in the making.

  2. tak boleh senang senang kata org johor murtad ustaz,kan islam ni mudah dan indah.oleh disebabkan disebabkan pekara yg tak dapat dielakan ,sampai ditempat kerja mereka qada sembahyang tu,,bekerja dan mencari nafkah tu pun satu amal ibadat.

  3. There is no empirical evidence in the context of Malaysia that young people who have never had any experience in running public listed or big companies can provide better perspectives and ideas on how to restructure companies for the better. Such rationale always irk me and wish those decision makers could be more rational themselves by looking at the credentials , qualifications in related fields and yes above all skills and experience before appointing people as BODs.

    As for some people calling other people murtad, hope he is prepared to answer before God Al Mighty

    • Dear Postgrad. this Wan WF, his first job is a special officer to Chairman of IRDA (MB Johor). And he got his first job through his connection with Zaki, the level 4 boy. What he’s been doing for the past 3-4 years was writing speech for MB Johor, that’s all, and now he is the Board of Director of Kulim and Damansara Realty. This fella does not even understand Profit & Loss or Balance Sheet, and what value can he offer to Johor Corp’s shareholders? There’s no credible Johorean around to take up the position is it? Pity Johor Corp.

  4. Asalammualaikum, aku org Kluang Johor…cucu pak Abbas Sutan Jerela….brother bob sapa kau nak memurtadkan org lain??? apa dlm berceramah…tak perlu kerrr ada adab2 nya…aku ada saudara dan rakan2 yg berkerja di SGP…mana kau tahu dia org x sembahyang??? memang mereka keluar awal pagi…mereka akan singgah di masjid2 yg berhampiran utk bersolat!!!!! kau tahu tak!!!!! sapa kau, memurtadkan orang????? mencari rezeki, ilmu juga satu Ibadah!!! takan kerana masuk PAS terjamin Syurga bagi kau????? apa punya politik lah ko ni….ada kerr masuk PAS masuk Syurga???? kau tak risau ker pada saudara2 seagama yg berada di luar negara sana…adakah tidak cukup keIslaman mereka????? sebab tiada PAS di negara mereka….ada lak fatwa…memurtadkan org lain kerana mengamalkan undang2 penjajah….bagaimana negara2 Islam yg lain yg rata2 nya mengamalkan udang2 penjajah adakah mereka murtad???? bob bob….nak berceramah boleh nak berdakwah tu wajib…tapi….carilah pendekatan yg memupuk,, mengajar…Indahnya Islam…agar kita2 sama2…membangun..agar kita sama2 tetap dijalanNya InsyaAllah….bukan dgn memaki hamun….bukan dgn merosakkan perpaduan sesama Islam….dengan 3 cara manusia itu boleh tergelincir dan murtad…pertama dengan niatnya..kedua dengan lisannya dan ketiga dengan perlakuannya….digalakan sebelum bersolat…kita mengucap dua kalimah Syadah…agar hati kita tetap dalam Islam….Ilmu yg kita ada mungkin hanya sebesar hama….jgn lah sombong….dan jgnlah kamu merasa cukup…kerana Ilmu Allah ini luas wahai saudara bob….jgn lah ayat2 allah ini kamu gunakan utk kesesuaian politik kamu semata2….kenapa tidak dilihat…kenapa sesuatu ayat Allah itu diturunkan, apa peristiwanya?, kenapa? untuk apa? apa maksudnya??…bukan boleh suka2 menterjemah untuk kesesuaian diri…….buku Akta undang2 manusia ni pon tak boleh tafsir suka2 ikut fahaman sendiri…ini kan pula Ayat Allah…..untuk saudara bob dan aku sendiri marilah kita sama2 bertaubat……..


Leave a comment