Perjuangan belum selesai

Perjuangan Belum Selesai

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)

Inilah sajak yang dinukil dan deklimasikan oleh mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996. Sajak ini membawa erti yang amat bermakna dan mendalam sebagai pesanan seorang negarawan unggul kepada kita, generasi dan pewaris Negara, agar tidak alpa kerana begitu banyak perlu dibuat dan bereskan, dalam proses mengisi dan menentukan Kemerdekaan, dalam erti kata sebenar dikekalkan.

Sajak ini telah dilagukan pada tahun 2000, diterbitkan oleh Dato’ Wah Idris dan dinyanyikan oleh Nora.

Sempena Sambutan 50 tahun Kemerdekaan besok, disini ingin dibawa semua mengimbau kembali kejayaan Negara, menjadi tuanrumah Sukan Commonwealth XVI 11-21 September 1998, meletakan nama Malaysia sebagai negara Asia pertama menganjurkan sukan berprestij itu dan dipersada antarabangsa, sebagaimana disampaikan dalam lagu thema Sukom ’98, “Standing in the eyes of the world“, ditulis oleh Dato’ Wah Idris dan David Gates dan dinyanyikan oleh Ella.

Published in: on August 30, 2007 at 03:02  Comments (5)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/08/30/perjuangan-belum-selesai/trackback/

RSS feed for comments on this post.

5 CommentsLeave a comment

  1. yes big bro,

    we have achieved alot economically. huge part of it thanks to Tun Dr Mahathir. he is still my PM at heart regardless of what others may say. my political stand has always been consistent and clear. i’m no UMNO, nor PAS. neither am i PKR or MCA/PPP.

    I’m a TDM-man, and proud of it.

    here’s wishing you and Feline and the Rabbit selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-50. 50 spanking years of greatness!

    Selamat Hari Kemerdekaan ke 50 to you, your family and fellow wheelers. Ride on! 🙂

  2. MELAYU YG HAMPIR DITELAN BUMI…
    SELAMATKAN KAMI AYAHANDA…

  3. yeah..i’m absolutely agree. I love my country..Malaysia boleh!

  4. ILUSFDM malaysia!!!!! m’sia boleh!!!! A.D.A.M=
    aku darah anak malaysia!!!!!! go m’sia mahathir was da best pm eva

  5. […] a son abroad, and other stories … Read also Eli's The Unfinished business of Merdeka, Big Dog's Perjuangan Belum Selesai, A Voice's Sepi Meraikan Merdeka to capture the various moods and colours of this year's Merdeka. […]


Leave a comment