Lim Guan Eng: MCA tak guna sebab ikut telunjuk UMNO

Parti Chauvinis Cina DAP meneruskan dakyah bagi memperkudakan jika tidak membakar emosi masyarakat Cina dan memainkan sepenuhnya sentimen perkembangan terkini mengenai dua kenyataan terbaru Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menganggap MCA tidak lagi menghormati demokrasi sebaliknya membantu UMNO untuk mengugut dan menghukum pengundi kaum Cina yang tidak menyokong BN. Di samping itu, MCA juga di tuduh tidak berani menghukum UMNO apabila parti itu mengajak PAS untuk menyertai BN untuk menyatukan orang islam. Dakwa Lim Guan Eng lagi ini merupakan satu tindakan double standard kerana pengundi di hokum akibat melaksanakan demokrasi dan membuat pilihan secara bebas dan sebaliknya tidak menghukum UMNO yang membuat keputusan sendiri tanpa mendapat persetujuan daripada parti-parti Komponen BN seperti MCA.

Setiausaha Agung parti Chauvinis Cina Lim Guan Eng juga menyatakan UMNO adalah BN dan BN adalah UMNO dan ini turut membuktikan perwakilan MCA ada atau tidak berada dalam Kerajaan adalah tidak penting manakala perwakilan MCA tidak berkhidmat demi masyarakat Cina atau rakyat Malaysia sebaliknya berkhidmat untuk UMNO sahaja. Beliau membuat kenyataan media tersebut sebagai menyahut cabaran Presiden MCA Dato’ Seri Dr. Chua Soi Lek yang menyatakan MCA tidak akan menerima jawatan dalam Kerajaan sekiranya parti itu mendapat keputusan buruk dalam pilihanraya akan datang.

Persoalan mengundang PAS menyertai BN sebenarnya tidak sepatutnya menjadi isu bagi MCA kerana satu masa dahulu (1973-77), PAS memang sebahagian dari BN apabila ianya dibentuk untuk menggantikan Parti Perikatan.

Jelas DAP sedang membakar emosi masyarakat Cina untuk menolak BN dan sebaliknya mengundi DAP dalam PRU 13, yang dijangkakan akan diadakan dalam tempoh setahun. Walaupun DAP dijangkakan tidak akan mampu menguasai lebih dari 20 kerusi majoriti Cina di Semenanjung, namun mereka amat konsisten dengan kempen berbaur perkauman mereka.

Dalam pada itu, rakan kongsi ‘tidur sebantal, tetapi mimpi lain lain’ DAP dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR berada dalam keadaan yang amat rumit dan terdesak. Mereka kini menyalahkan Cawangan Khas Polis DiRaja Malaysia atas permasalahan yang timbul apabila Ketua Umum dan Penasihat PKR Anwar “Mat King Leather” Ibrahim dirakam mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita Cina.

Petikan dari Malaysiakini:

PKR hari ini mengemukakan beberapa keping gambar bagi membuktikan dakwaan mereka bahawa Bukit Aman terbabit dalam beberapa siri ceramah untuk menyebarkan ‘pembohongan’ dan ‘fitnah’ terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kelantan.

NONEPada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Timbalan Presiden PKR Mohd Azmin Ali mendakwa pegawai polis di peringkat nasional bertindak sebagai “agen politik” untuk Umno.

Menurut Azmin (kanan), program itu – berjudul ‘Seminar Isu-Isu Keselamatan Negara Masa Kini’ – dilangsungkan di beberapa tempat di di Kelantan yang mensasarkan penyertaan guru dan pengetua sekolah.

Seramai 2,000 pegetua dan guru dikatakan terlibat.

Azmin menambah, seorang daripada penceramah merupakan pegawai polis kanan berpangkat SAC, Abdul Rahman Ismail yang merupakan ketua penolong pengarah dalam unit sekretariat dan penyelidikan Bukit Aman.

NONEDengan pendekatan sebegitu, Azmin mendakwa Abdul Rahman menjadi seorang daripada “agen fitnah untuk bercakap tentang isu liwat dan seks”.

“Dia dakwa Anwar bersalah dalam kes liwat dan video seks,” dakwa Azmin sambil menyifatkan penglibatan polis sebagai penyalahgunaan kuasa oleh Umno.


*Dikemas kini 1130pm

Posted with WordPress for BlackBerry.

Published in: on May 3, 2011 at 19:36  Comments (25)