KJ wajar berundur kerana gagal

Khairy the 'cry-baby'

Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin wajar berundur kerana beliau gagal dalam tugas, sebagai pemimpin bertaraf Naib Presiden itu. Beliau membuat kenyataan bahawa terdapat 120,000 ahli Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) sebenarnya tidak berdaftar sebagai pengundi.

120,000 ahli Pemuda UMNO tidak mendaftar sebagai pemilih

2011/05/22

GEORGETOWN: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, mengingatkan pemimpin pergerakan itu di seluruh negara supaya menggiatkan jentera pendaftaran kerana masih terdapat kira-kira 120,000 ahlinya yang tidak berdaftar sebagai pemilih.

Katanya, ahli pergerakan yang tidak berdaftar sebagai pemilih adalah dianggap melakukan “dosa politik” dan gerakan untuk mendaftar mereka sebagai pemilih harus menjadi fokus utama sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata, jika ahli pergerakan itu dengan sengaja enggan mendaftar sebagai pemilih, maka satu tindakan susulan haruslah diambil kerana ia membawa kerugian kepada parti.

“Kami belum cadangkan sebarang bentuk hukuman atau tindakan disiplin terhadap mereka yang tidak berdaftar sebagai pengundi, namun hakikatnya ialah mereka yang belum mendaftar ini adalah satu kerugian yang besar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan serentak pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Tanjong di sini hari ini.

Khairy berkata, setakat ini Pergerakan Pemuda UMNO mempunyai 600,000 ahli dan 120,000 didapati tidak mendaftar sebagai pemilih.

Katanya, Pemuda UMNO Perak berjaya mengurangkan sebanyak 50 peratus daripada jumlah mereka yang tidak berdaftar sebagai pemilih.

Beliau berkata, semua ahli parti haruslah meletakkan kepentingan parti melebihi daripada kepentingan diri atau puak dalam parti kerana tidak ada maknanya seseorang itu berebut untuk memegang jawatan sebagai pemimpin dalam parti sekiranya parti itu kalah dalam pilihan raya. – BERNAMA

***************

Sebenarnya, ‘dosa politik’ ini patutnya dipikul oleh beliau terlebih dahulu. Ini kerana sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia (KPUM) dan boleh menghabiskan sepenuh masa menumpukan tugas untuk parti (kerana walaupun beliau merupakan Ketua Pemuda Barisan Nasional dan seorang MP, tiada sebarang jawatan dalam pentadbiran diberikan keperceyaan kepada beliau samada sebagai Menteri Kabinet, Timbalan Menteri atau mana mana ahli Suruhanjaya atau Lembaga Pengarah sebarang GLC).

‘Dosa Politik’ Khairy Jamaluddin bermula semenjak 2004 apabila dalam zaman pentadbiran PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, beliau bertanggung jawab dalam banyak dasar dan keputusan Kerajaan Persekutuan yang dibuat melalui ‘Budak Budak Tingkat Empat’sehinggakan keyakinan rakyat kepada Kerajaan BN semakin tiris.

BN gagal mendapat sokongan rakyat. BN gagal dalam 5 +1 negeri semasa PRU 12 8 Mac 2008 dan pertama kali hilang 2/3 majoriti dalam Dewan Rakyat. Ahli ahli akar UMNO sendiri menyalahkan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah kerana mendengar nasihat Khairy dan ‘Budak Budak Tingkat Empat’ dalam pelbagai perkara, termasuk projek projek yang membazir dan tidak memberikan impak tinggi kepada rakyat dan negara.

PKR yang pada PRU 11 April 2004 hanya mampu meraih satu kerusi Parlimen sahaja dan hampir mati itu, mendapat nafas baru akibat kelemahan pentadbiran, kegagalan dasar dan pembaziran yang menejelekkan Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah. Mereka beroleh peningkatan 3000% dalam pertambahan kerusi pada PRU 12, iaitu sebanyak 31 kerusi Parlimen. Undi terhadap PKR juga meningkat sebanyak hampir 200%, berbanding pertambahan undi kepada DAP sebanyak 50% dan PAS sebanyak 3.5%.

Pada PRU 12 jelas terbukti orang UMNO sendiri membuang undi mereka, sekiranya tidak mengundi Pembangkang. Sebagai contoh, kubu kuat UMNO iaitu Johor yang merakamkan 500,000 orang ahli parti menyaksikan undi rosak sebanyak 100,000. Ini merupakan 1/3 dari undi rosak seluruh Malaysia pada PRU 12 yang menyaksikan ‘Tsunami Politik’ itu.

Prestasi Khairy dalam kedudukan paling utama PPUM juga tidak memberangsangkan. Difahamkan, semenjak berjaya memengani jawatan KPUM pada 25 Mac 2009 walaupun tidak mendapat mandat majoriti Perwakilan Pemuda, PPUM hanya mampu menambah 50,ooo ahli baru sahaja.

Jelas, Khairy tidak berjaya menyakini apatah lagi meraih sokongan golongan muda. Jika diukur dari perspektif mempertahankan Islam pula, Khairy sememangnya gagal, Nantikan analisa oleh PERKASA mengenai isu ini dan juga  mempertahankan isu Melayu dalam SUARA PERKASA terkini yang akan berada dipasaran mulai esok.

*Dikemas kini Isnin 23 Mei 2011

Published in: on May 22, 2011 at 18:36  Comments (22)