Mungkir Janji

Difahamkan Pembangkang dan NGO yang menyokong pakatan haram ini akan membuat ikrar mereka sempena sambutan 55 tahun Kemerdekaan pada 31 Ogos 2012 ini. Ianya akan dikenali sebagai ‘Janji Bersih’.

Ini merupakan intipati yang pakatan haram ini akan buat dalam sidang media yang dijangkakan 9 Ogos 2012 pada 1100pagi:

KENYATAAN AKHBAR 9/8/12
HIMPUNAN JANJI BERSIH SAMBUTAN MALAM MERDEKA
Kami dengan terbuka hati menjemput semua Malaysia – anak semua bangsa untuk bersama kami merayakan ketulenan Hari Merdeka. Kita telah banyak mendengar ‘janji-janji’ untuk perayaan sambutan Merdeka tahun ini, kami tahu apa yang orang ramai mahu ialah Malaysia yang bersih dan adil sebagai sambutan Kemerdekaan yang ke 55 tahun.
Justeru, mari berhimpun bersama kami pada jam 10:00 malam pada 30 Ogos 2012. Berhimpun disebelah pancutan air Dataran Merdeka. Datang dengan memakai baju kuning. Pak Samad , Sasterawan Negara yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0 akan membacakan puisi untuk malam yang bersejarah ini.
Untuk merayakan tema ‘ JANJI BERSIH’ kami juga menyarankan anak semua bangsa, di seluruh pelusuk nergara – tua dan muda – agar memakai pakaian kuning pada masa dan malam yang sama dan mengadakan perhimpunan di tempat dan masing masing.
Terima Kaseh

  1. Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0)
  2. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
  3. EMPOWER
  4. Aliran Kesedaran Rakyat (ALIRAN)
  5. Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK)
  6. Kebajikan Rangkaian Veteran dan Bekas Angkatan Tentera – Army Veteran (KERABAT)
  7. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
  8. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
  9. Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (GAMIS)
  10. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI)
  11. Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat)
  12. KILL THE BILL
  13. WARGA AMAN
  14. SEED
  15. Malaysian Youth and Democratic Movement (DEMA)
  16. Pemuda PRM
  17. Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (Jawatankuasa Hak Sivil)
  18. Movement For Change, Sarawak (MoCS)
  19. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  20. Pro Rakyat

Rakyat Malaysia perlu diingatkan mengenai ‘janji janji’ yang parti parti komponen pakatan haram ini buat semasa sebelum PRU 12 2008. Apakah ‘janji janji kempen PRU 12’ telah dilaksana?

20120809-110631.jpg

Published in: on August 9, 2012 at 06:00  Comments (6)