Nik Aziz hiprokrit

 

Nik-Aziz-Lim-Kit-Siang-DAPAS

Nik Aziz in a Chinese Chauvinists anti-Islam/Malay DAP function with Lim Kit Siang

Murshidul Am PAS dan MB Kelantan Dato’ Nik Aziz Nik Mat ialah seorang pemimpin yang hipokrit. Dalam bahasa Arab berthemakan Islamnya, sebagaimana yang sering PAS selalu perkudakan: Munafiq!

Ariffahmi

Ir Ariffahmi Abdul Rahman, CEO PMBK and Son-in-Law to MB Kelantan and PAS Murshidul Am Dato Nik Aziz Nik Mat

Ini kerana menantu kesayangan beliau, CEO PMBK Ir. Ariffahmi Abdul Rahman ialah seorang ahli UMNO.  Beliau yang bernombor keahlian 02666057 merupakan ahli berdaftar Cawangan Kg. Chakong, Bahagian Machang. Beliau merupakan seorang yang datang dari keluarga ahli UMNO.

Maklumat ini disahkan Kepimpinan UMNO Bahagian Machang.

Nik Aziz pernah mengeluarkan kata kesat “Pergi jahanam UMNO” semasa membuat komen keatas cadangan Presiden PAS Dato’ Hadi Awang dalam ucapan penggulungan Muktamar PAS mengenai ‘Kerajaan Perpaduan’ dan kemungkinan berkerjasama dengan UMNO ditimbulkan oleh media untuk ulasan.

PAS-TIPU

Nampaknya, kemelut Kepimpinan PAS yang melibatkan ‘warna sebenar’ pemimpin mereka, terutama yang diagungkan sebagai “Tok Guru” akhirnya mula menampakan apa yang sebenarnya. Pembohongan PAS memperkudakan emosi orang Melayu terhadap ugama Islam dijadikan senjata untuk dimodalkan sebagai sasaran politik hanya untuk meraih kuasa.

Hipokrasi Nik Aziz sebagai MB Kelantan bermula lebih awal lagi. Antara slogan PAS Kelantan semasa kempen pilihanraya ialah “Membangun bersama Islam” dan menyifatkan Kelantan sebagai “Serambi Mekah”. Setelah 19 tahun memerintah, pembangunan fizikal dan Islam dalam Kelantan amatlah mengecewakan.

Sebelum ini, Nik Aziz sebagai seorang hipokrit dibongkarkan apabila beliau pada mulanya menerima tawaran mengerjakan haji pada musim ini dengan empat orang ahli keluarga lain dengan kos RM 65,000.00 seorang, yang sepatutnya ditakrifkan sebagai rasuah. Namun setelah pendedahan tawaran dari sebuah kontraktor papantanda diKelantan itu dalam media alternatif dan mula mendapat perhatian rakyat Malaysia dalam tempoh yang amat singkat, Jumaat lepas beliau mengumumkan membatalkan pemergian itu yang sepatutnya dilakukan hari ini.

Isu ‘Baiah Cerai Talak Tiga’ yang mula mula diketengahkan oleh  ADUN PAS Gunung Semanggol Hj Ramli Tussin semasa PRK Bukit Gantang April 2009,  pada 10 Nov 2009 disahkan oleh MP Shah Alam Khalid Samad dan dipaparkan NST dan kemudian disahkan oleh Setiausaha PAS Selangor Mohd. Khairuddin Othman. Namun, setelah timbul kontroversi yang mendapat liputan meluas media, ianya dinafikan oleh Kepimpinan PAS sebagai dasar rasmi parti, termasuk Nik Aziz sendiri. 

Laporan Bernama.com:

10 November, 2009 17:25 PM

Nik Aziz Nafi Wujud Bai’ah Dalam Pas

 

KOTA BAHARU, 10 Nov (Bernama) — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Selasa menafikan wujudnya apa yang dinamakan sumpah bai’ah yang membawa kepada perceraian isteri sehingga menjadi polimik baru dalam kepimpinan PAS sekarang.

Menteri Besar Kelantan itu berkata isu itu sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu di kalangan orang Islam sendiri yang dengki terhadap perjuangan PAS yang mula diterima oleh masyarakat umum.

“Sebenarnya PAS ini telah didengki oleh orang Islam sendiri, oleh kerana parti ini berkembang akhir-akhir ini maka golongan sekular ini berusaha juga dan mencari juga jalan yang boleh menggugat kedudukan PAS.

“Di Kelantan, isu bai’ah ini tak timbul langsung,” katanya kepada pemberita di sini hari ini, mengulas isu yang ditimbulkan oleh anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad baru-baru ini.

Khalid dari Pas, mengakui wujudnya syarat yang menghendaki pemimpin-pemimpin parti itu melafazkan bai’ah iaitu sumpah taat setia bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing jika mereka mengkhianati parti.

Bagaimanapun Naib Presidennya Salahuddin Ayub berkata Majlis Syura Pas tidak pernah mengeluarkan sebarang dasar yang menghendaki pemimpin-pemimpin parti itu melafazkan bai’ah sedemikian.

Namun Anggota Jawatankuasa Pas Pusat dan Anggota Exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa pula mempertahankan bai’ah yang wujud dalam parti itu dengan alasan untuk mengelak wakil rakyat mereka daripada dibeli oleh Umno.

Reaksi daripada itu Kerajaan mahu kepimpinan PAS memberi penjelasan mengenai dakwaan bai’ah itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata ini kerana pihak kerajaan melihat bai’ah adalah suatu keputusan yang hanya dibuat sebelah pihak tanpa perbincangan dengan pihak wanita.

Bagaimanpun Nik Abdul Aziz mengakui sebelum calon PAS bertanding (dalam pilihan raya) ada angkat sumpah dan ianya terdapat dalam borang taat setia sebagai akujanji sebagai tanda setia dan amanah kepada parti.

“Kita kahwin dengan orang pun ada ijab kabul, ijab kabul itu yang dipanggil bai’ah,” katanya.

Ditanya mengenai wujudnya bai’ah sedemikian di kalangan PAS Selangor, Nik Aziz berkata sebagai Menteri Besar Kelantan masalah Selangor adalah masalah individu dan terserah kepada tugas jawatankuasa disiplin utuk menyelesaikannya.

Di KUALA LUMPUR, Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang berkata, PAS tidak akan mengambil sebarang tindakan atau memberikan penjelasan lanjut mengenai isu bai’ah kerana menganggap isu itu telah selesai.

“Tak payah (siasatan), tidak ada (bai’ah), benda tu tidak ada, ia sudah selesai, sudah habis,” jawabnya ringkas ketika ditanya pemberita di Lobi Parlimen.

Abdul Hadi berkata, perkara itu hanya dibangkitkan oleh media dan bukannya anggota PAS.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata, parti itu tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Khalid yang membuat kenyataan itu memandangkan pemimpin tertinggi dan Majlis Syura PAS memberitahu bahawa sebenarnya bai’ah yang didakwa tidak wujud.

Baginya, isu bai’ah itu tidak menjadi liabiliti kepada parti itu bahkan ia dianggap sebagai satu percambahan minda yang sihat dalam parti serta mencerminkan kebebasan bersuara di kalangan anggota PAS.

— BERNAMA

************

Pemanipulasikan fakta ini merupakan hipokrasi PAS secara institiusi. PAS sebagai parti politik dan pemimpin mereka sebenarnya tergamak menguna dan manipulasikan Islam semata mata untuk menagih simpati, mengelirukan, meraih sokongan dan mendapat undi.

Nik Aziz tidak terkecuali dari amalan ini.

*Dikemaskini 400pm

 

Published in: on November 15, 2009 at 11:06  Comments (25)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/11/15/nik-aziz-hiprokrit/trackback/

RSS feed for comments on this post.

25 CommentsLeave a comment

  1. ISh ish ish, memang harami la N.ajis ni, sekejap kata pergi jahanam UMNO, sekejap lagi ambik menantu dia yang menjadi ahli UMNO untuk menjadi bos PMBK!

    Wahai penyokong dan pencacai PAS, N.ajis telah menipu kamu terang-terangan! Padan Muka korang! Muahahahaha

    • Eleh si House PK datang plak. hoi dengarlah orang kampong dah tau menilai mana permata mana kaca. nak cucuk Tok Guru ngan cerito macam nih hampeh je. kalau dia orang ameno buat pe kao nak kenankan dia? ibarat meludah ke langit..biarlah housepk terjun ngan carutnya

      • jika beliau mampu menghafal ayat quran sehingga hampir tahfiz, beliau tentulah mempunyai daya pikiran yg mantap dan tajam. beliau mampu mengalirkan air mata tanda keinsafan, tentulah tidak ada tekanan dalam dirinya kerena telah mampu mengatasi perasaan salah diri yg banyak memusnahkan ramai pemimpin di dunia ini.
        ramai ahli PAS bersetuju sesungguhnya tahap mental sharpness dan tahap fokus nik aziz sebagai seorang pemimpin tak boleh dinafikan. malah saya rasa beliau tahu keadaan sekelilingnya.
        dia (nik aziz) telah mengalami ‘anwar sindrom’. segala galanya mestilah salah org lain jika kerana dilihat pada dirinya yg sudah taubat nasuha dan insaf, maka tiada kesalahan pada dirinya. melalui ketajaman ilmu mantik nya, jika tiada salah didepannya maka automatik salahnya adalah parti lawan iatu UMNO. Cuma dia masih belum mengupah seorang budak kopi. Jika tidak, mashallah.

      • Menghafal dan memikir dua perkara berlainan. Kalau macam Imam Bukhari, lain lah. Dia kumpulkan lk 600,000 Hadith, hafal lk 200,000 tapi kitab nya memuatkan ha nya lk 6,000 sahaja. Yang dia hafal pun dia fikir lagi, pilih ha nya 6,000 masuk kitab nya.

        Tapi amacam dengan Nik Aziz? Pergi jahanam UMNO, kata nya. Dulu PAS kata kalau undi kafirun, tak boleh masuk Syurga ke hape ke. Sekarang tidur sebantal dengan kafirun yang anti-nasional, yang kata semua nya di negara ini tak betul.

        Orang Kampong sudah boleh menilaikan mana permata mana kaca? Orang kampong yang memberi komen di atas dan penganut2 Nik Aziz saja kot. Mengatakan Nik Aziz semua betul sebab dia Tok Guru?

  2. Dgn ini sahlah PAS & UMNO tu tak boleh duduk berjauhan. Bila dekat gaduh tapi sebenarnya sayang. Kan lebih baik jika PAS & UMNO ni pakat duduk semeja mencari jalan utk kepentingan umat Islam di Malaysia ini.

    Mimpi ke sy ni … macam mengharap bulan jatuh keriba ? Pokok pangkal kalau ade hati nak duduk semeja insya ALLAH dimakbulkan.

    Tak perlulah tunggu yg terlampau tinggi diatas tu nak mulakan … sembang lepas Maghrib disurau/mesjid ape salahnya … asalkan utk kepentingan dan kebaikan org Islam.

    ALLAH KNOWS BEST

    Nani Cheras

    • nani dear
      lain kali baca le suratkhabar. apa hadi dan pas cakap pasal perpaduan ni…
      itu hadi dan nik aziz macam lidah ular cabang banyak le..
      sekejap nak bersama, sekejap tak nak. macam sial.

      • Ya, memang betul kata cam, yang iklas dan ingin nak bersatu adalah orang Melayu. Yang tak ingin adalah perminpin PAS.

        mohamed

    • Betul, Allah knows best.

      Tapi kita nak tahu apa yang nak di buat dengan Nik Aziz asyik dengan DAP sehingga tak sedarkan Melayu telah berpecah lemah dan di eksploitasi bukan Melayu. Allah tak beri tahu kita. Kita kena cari jalan.

      Pemimpin PAS sendiri sudah coba cari jalan. Tapi Nik Aziz asyik bangkang. Sekarang MACC sudah masuk ofis nya dan ofis SIL yang di lantik nya secara kroni.

      Pulak dia kata ambik pekej haji dari kontrekter nya tak rasuah! Undang-undang mana dia ikut? Dia kata pulak Nabi Muhammad pun ada guna kroni. Tengok lah begitu jauh dia cari helah nak melarikan diri dari undang-undang.

      Dia tak sedar ke kita pakai undang-undang sivil berkenaan rasuah? Macam ini ke nak terus jadi MB dan Mushidur? Jahnam lah Kelantan dan PAS kalau dia tak di nyahkan.

      • “Pemimpin PAS sendiri sudah coba cari jalan. Tapi Nik Aziz asyik bangkang.”

        Tepat sekali

        mohamed

  3. Bro BD,

    Pada saya keahlian UMNO menantu N.Ajis hanya pada daftarnya sahaja. Jujur cakap ramai yang hanya mendaftarkan (kadang-kadang orang lain yang daftarkan) diri sebagai ahli. Walau bagaimanapun keahlian tersebut hanya setakat itu. Ramai yang tidak tahu perjuangan serta program UMNO setempat. Ini hakikat dan realiti.

    Pada saya isu menantu N.Ajis adalah ahli UMNO bahagian machang mungkin sudah tidak relevan dan tidak meninggalkan bekas pada empunya diri. Pastinya jasad dan tubuh beliau bersama PAS setelah mengahwini anak N.Ajis.

    • Samada beliau aktif atau tidak sedar keahlian beliau dalam UMNO, namun hakikatnya beliau ialah ahli UMNO dan berada dalam daftar parti nasionalis itu.

      • Kalau orang lain yang daftarkan????

      • Tak ada makna keahlian UMNO beliau kerana beliau sebenarnya sudah PAS. Percayalah, tak kan ada orang yang nak berhenti jadi ahli UMNO sanggup membuang masa untuk memaklumkan beliau mahu keluar UMNO (hanya Tun Dr. Mahathir serta beberapa kerat sahaja yang berbuat demikian).

        Sejarah telah mengajar kita bahawa kebanyakkan kakitangan kerajaan (termasuk menantu N.Ajis) mendaftarkan diri sebagai ahli UMNO. Tetapi penting sangatkah keahlian UMNO???? Sedangkan yang penting bagi sesebuah parti adalah “Orang UMNO” bukannya “ahli UMNO”. Fikirkan.

      • “http://kickdefella.wordpress.com/2009/11/15/tauke-teng-nudin-awang-dan-george-michael/

        UMNO Cawangan Chakung terletak di DUN Temangan. Ariifahmi adalah ahli biasa dan Ketua Cawangan ialah Sdr. Saidi Husin. Ketua Pemuda Cawangan ialah Sdr. Azman Ibrahim. Setelah berlaku selisih faham yang melibatkan masalah dalaman UMNO Machang, Cawangan ini di sisih. Akibatnya bermula tahun 2006, ramai ahli termasuklah Ketua Cawangannya sendiri telah memasuki PAS.”…

        Apa UMNO untung jika BD still wanna claim this buddy is an UMNO member?

  4. Nik Aziz hari tu kata ahli UMNO masuk neraka jadi kesiannya menantu dia tak dapat bau syurga PAS khayalan Nik Aziz.

  5. macam mana nak defend kata org lain daftarkan? sedangkan familinya org umno!! Hanya sbb nak kawin dgn anak TGNA masuk PAS. Bukankah opportunist namanya tu?
    AAF, anta telah banyak merosakkan imej TGNA. Baik anta berundur dari PMBK. Cari kerja lain, atas merit diri sendiri bukannya atas nama menantu TGNA. Menantu TGNA yg lain tak buat macam awak pun. Tak berpaut kpd ayahanda sehingga ayahanda nak rebah. Sedarlah diri anta tu, wahai AAF

  6. UMNO ahli je ramai, tapi byk tak betul.. Kalau tak percaya, dulu pernah sekali keluar Ust Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat ahli UMNO Kubang Lembek.. Aku pun hairan jugak, sejak bila Ust Harun Taib masuk UMNO.

    Sebelum cek arif fahmi, better check status ust Harun Taib dulu.. Kalau tak betul.. lakukan pembersihan keahlian segera..

    • Realitinya, banyak orang jadi ahli UMNO sebab ada kepentingan tersendiri. UMNO menjadi wadah tempat orang Melayu mengadu dan kepentingan mereka dijaga, samda secara masyarakat, kollektif ataupun individu.

      Lepas tu bila lepas tengkuk sendiri, malu pulak nak mengaku pernah menjadi ahli UMNO. Kenapa malu nak mengaku menjadi ahli UMNO bukan isu dalam hal ini. Isunya, sifulan pernah menjadi ahli UMNO berdaftar, samada pernah mengisi borang atau tidak atau pernah pergi mesyuarat atau tidak.

      Soal sifulan itu masih lagi menjadi ahli UMNO atau tidak bukan isu. Soal pokonya ialah orang orang ini pernah menjadi ahli UMNO pada satu ketika, samada sukarela atau keadaan.

      Apabila didedahkan, maka terimalah kenyataan bahawa sifulan itu pernah menjadi ahli UMNO dan tidak mencari alasan, terutama dari konteks “Pergi jahanam UMNO!”.

      Kata orang tua tua, “Terlajak perahu boleh diundurkan, terlajak kata……”

      *Notakaki

      Kawan tidak malu mengaku menjadi ahli UMNO. Kawan juga tidak berselindung bahawa nenda Kawan pernah menjadi Pesuruhjaya PAS. Kami orang berbeza.

      • Biggum Dogmannsteinberg,

        Sblm buat andaian tu, better check dulu mcmmana Mahathir hidupkan balik UMNO Baru.. dan jangan pulak buat-buat lupa, UMNO dah lama berkubur, yang ada cuma UMNO baru yg hidup selepas peristiwa 1987…

        Kalau hang nak tau, ayah aku yg bukan ahli UMNO pun jadi tetiba je jadi ahli UMNO slps 1987, aku ingat lagi 1988 ayah aku dpt surat suruh bayar yuran.. keh!keh!keh!

  7. kalau dia dah tak percaya Umno, ngape dia cuba guna kebel PM utuk settle siasatan SPRM???

    selagi ada kabel selagi itulah dia orang Umno

    tak percaya tanya dia….

  8. Salam Perjuangan bigdogdotcom……

  9. […] The ‘Baiah issue’ as per admitted by ADUN Gunong Semanggol Ramli Tusin during the Bukit Gantang by-elections in April 2009, which was highlighted in mainstream media by NST with the ’confirmation’ of highly controversial Shah Alam PAS MP Khalid Samad clearly demonstrated MB ‘Flip-Flop’ Nik Aziz’s propensity to ‘lie and hipocrisy’. […]

  10. […] Isu ‘Baiah’ (Menceraikan isteri dengan talak […]

  11. […] Isu ‘Baiah’ (Menceraikan isteri dengan talak […]

  12. Ulama Umno fokus program ‘kukuhkan iman’

    kumpulan ulama muda yang menyertai Umno baru-baru ini membentangkan beberapa cadangan, antaranya bagi mengukuhkan pegangan agama dan akidah umat Islam kepada pergerakan Pemuda parti itu malam tadi.

    Menurut jurucakap kumpulan itu Fathul Bari Mat Jahaya (duduk, kiri sekali), dalam perbincangan yang dipengerusikan oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, selain mahu memfokuskan kepada program pengukuhan iman dan akidah, ulama muda mahu mengetengahkan konsep “Islam for All” (Islam untuk semua).

    “(Hasilnya) Positif. Hasrat kita hendak berdakwa disambut baik oleh Khairy. Kita akan buat mesyuarat susulan.

    “Setakat ini cuma bincang dulu cadangan-cadangan yang boleh dibuat,” kata Fathul yang juga anak bekas mufti Perlis Mat Jahaya Yussin.

    Fathul – Ulama lepasan universiti di Madinah dan Jordan itu – diminta mengulas pertemuan dua jam kumpulannya dengan exco-exco Pemuda Umno di ibu pejabat pergerakan itu di Kuala Lumpur pada jam 8.45 malam tadi.

    Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Fathul bagaimanapun menjelaskan, semua cadangan itu masih di peringkat awal dan akan dibincangkan lagi dengan pertemuan-pertemuan susulan selepas ini, termasuk dengan pelbagai pihak lagi dalam Umno.

    “Pertemuan semalam lebih kepada taaruf (berkenalan) dan mengenali struktur Umno sebagai sebuah organisasi,” kata penasihat agama di Institut Jantung Negara (IJN) itu.

    Ditanya sama ada cadangan Islam for All itu mahu menyaingi pendekatan PAS for All dalam parti lawan, Fathul sambil ketawa menafikannya.

    “Kami mahu gambarkan Islam itu untuk semua, bukan semata-mata untuk pihak tertentu, orang tertentu dan bangsa tertentu,” katanya ulama dalam bidang hadis itu.

    Beliau bagaimanapun enggan menyatakan jumlah sebenar ulama yang menyertai mesyuarat malam tadi. Beliau sebaliknya hanya berkata “ramai”.

    Sementara itu, Fadlan Mohd Osman – yang mengetuai kumpulan 40 ulama menyerahkan borang keahlian Umno kepada presidennya Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu – pula berkata kemungkinan kumpulan itu akan bergerak melalui satu biro khas dalam pergerakan itu.

    “Hasrat berdakwah itu disambut baik oleh Khairy, mungkin dengan pembentukan lajnah (biro),” kata pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.

    “Semua ini masih di peringkat idea. Kita akan drafkan dulu cadangan kepada Pemuda dan Umno.”

    _ Bagus la tu sekurang kurang ,Ulama nik boleh la ajar pemuda nie cara mengucap yang betul..


Leave a comment