STPM 2008: Bukti PPSMI berjaya

 

Penentangan PPSMI oleh Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) sebenarnya satu ikhtiar yang produktiviti songsang (counter productive). Kebimbangan mereka yang bersifat jumud dan terlalu cemburu mengenai kemajuan Bahasa Melayu kunun kunun sengaja diabaikan apabila sains dan matematik mula dilaksana dalam Bahasa Inggeris sebenarnya meleset. Hujah dimana pelajar sekolah akan keciciran apabila PPSMI dilaksanakan juga dibuktikan lemah.

Keputusan STPM yang baru diumumkan ternyata menunjukan kejayaan perlaksanaan PPSMI di sekolah. 13 pelajar mendapat 5A dan dari 53, 638 pelajar yang menduduki peperiksaan, 92.7% memilih untuk memnjawab dalam Bahasa Inggeris untuk semua kertas sains dan matematik. Ini merupakan peningkatan dari 91.9% bagi STPM 2007.

Dianggarkan majoriti calon STPM merupakan Bukan Melayu dan semenjak perlaksanaan PPSMI yang nyata dari keputusan ini, mereka beroleh kelebihan terutama diperingkat institut pengajian tinggi, samada tempatan maupun luar Negara. Secara strategiknya , kemampuan mereka menguasai applikasi sains dan teknologi pasca IPT merupakan kelebihan apabila masuk kepasaran gunatenaga, yang dijangkan makin sengit dan mencabar, terutama kesan kegawatan ekonomi global sekarang.

Ini juga sekaligus melenyapkan hujah golongan chauvinis Cina Dong Zong yang melibatkan secara aktif sebagai sebahgaian dari GMP.

Apakah aktivis jumud Bahasa Melayu seperti Dato’ Dr. Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara Dato’ A. Samad Said sanggup menerima kesan buruk bahawa Bangsa Melayu akan datang akan jauh ketinggalan dan menjadi bangsa mundur kerana gagal dalam penguasaan dan applikasi sains dan teknologi, akibat menentang PPSMI sekarang?

Apakah juga mereka tergamak membiarkan GMP sama sama didokong chauvinis Cina Dong Zong, yang sememangnya bersifat anti Melayu, disamping membiarkan anasir politik Pembangkang mengeksploitasikan keadaan, tatkala kuasa politik Melayu sekarang lemah dan terlerai?

Tanggungjawab orang Melayu sendiri untuk meningkat keupayaan gunatenaga dan keboleh-pasaran para graduan Melayu, yang selama ini Kerajaan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah sebut sebagai ‘modal insan’, dalam keadaan runcing dan mencabar sekarang, terutama kegawatan ekonomi global yang dijangkan makin rumit dan membebankan.

Namun begitu, ada pemimpin UMNO sendiri, seperti Dato’ Seri Dr  Khir Toyo yang beraspirasi untuk memandu Bangsa Melayu kearah kehadapan memilih untuk PPSMI dihentikan dan sains dan matematik diajar dalam Bahasa Melayu semula. Ini adalah langkah yang akan membawa Bangsa Melayu, terutama generasi muda yang sememangnya lemah penguasaan kommunikasi, kearah gagal untuk mengadaptasikan keperluan menguasai dan applikasi sains dan teknologi, yang rata rata dalam Bahasa Inggeris, sesuai dengan dinamism global semasa dan akan datang.

Seorang lagi calon Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin juga menentang PPSMI. Beliau membuat kenyataan sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO, yang disahkan dengan komen yang dipaparkan dalam akhbar The Star ini bertarikh 14 November 2007, lima hari setelah tamat Perhimpunan Agung UMNO:

 

Switching back to Bahasa a good idea

I LAUD the statement by Umno Youth deputy president Khairy Jamaluddin suggesting a switch back to Bahasa Malaysia for the teaching of Science and Mathematics.

Reversing or switching back the medium of instruction for Science and Mathematics to Bahasa Malaysia should be supported and looked upon seriously for the well being of knowledge and education in the future.

First of all, at the beginning of the implementation there was already a problem because the main concern for the ‘change’ was to improve the use of English language and thus improve the students’ fluency in the language.

The reasoning used here is questionable. Normally, language is used as a tool to acquire knowledge in whatever disciplines, including Mathematics and Science. It should not be the other way round where the two disciplines, Mathematics and Science are used to improve the students’ fluency in the English language.

Furthermore, every child wherever he is in this world has the basic right to acquire knowledge in his mother tongue.

How do we expect a child to learn another new language to acquire a knowledge? Is it not much easier to do it in his own mother tongue?

This is also Datuk Seri Ong Ka Ting’s belief. He made a plea to the Government to retain the use of Mandarin in Chinese schools for Mathematics and Science.

He is also supported by our beloved Prime Minister Pak Lah.

*********************************

Pendirian pemimpin UMNO begini dianggap sebagai  mengadaikan kepentingan strategik Bangsa Melayu hanya kerana mencari populariti dikalangan Perwakilan UMNO, dimana ada yang merasakan mempertahankan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar sains dan matematik.  Ini kerana mereka merasakan ianya lebih penting berbanding kemampuan menguasai sains dan teknologi dalam bahasa yang paling rambang digunakan pringkat global: Bahasa Inggeris. Sebenarnya, pendirian ini secara strategik akan melemahkan Bangsa Melayu kerana ketinggalan dari arus dinamism global, terutama bersandarkan atas pemajuan sains dan teknologi.

Dalam pesat menentukan Kepimpinan UMNO dalam masa terdekat ini, Perwakilan UMNO perlu menimbangkan secara strategik dimana dan bagaimana Bangsa Melayu boleh terus dibangunkan setaraf bangsa lain. Menentang PPSMI  dan mengubah dasar ini bukanlah pilihan bijak dan akan membawa Bangsa Melayu beberapa langkah kebelakang.

Published in: on March 10, 2009 at 12:55  Comments (19)