E mail pembaca: Lancarkan gerak saraf BANGSA atau WANG?

E mail ini diterima dari seorang pembaca setia BigDogDotCom. Beliau merupakan seorang pesara Kerajaan, yang telah banyak berjasa kepada Negara. Namun, identiti penulis e mail ini kami akan rahsiakan, demi untuk menjaga hak peribadi penulis:

Perkembangan mutakhir khusus keputusan oleh Lembaga Disiplin UMNO sepatutnya dapat meredakan kesangsian rakyat Melayu terhadap UMNO tetapi akibat sebenar adalah sebaliknya. Apa yang telah berlaku mengesahkan bahawa rasuah didalam UMNO sudah menjadi budaya sebati. Bagi Lim Kit Siang yang telah mendedahkan beberapa “tanda tanda tahu sama tahu” dalam UMNO sepanjang kempen barangkali seperti SK – salam kosong dan SI salam berisi serta satu tiang dan tiang seri yang menunjuk harga bayaran atau upahan yang berlaku dalam UMNO, amat memalukan. Jika para perwakilan yang akan mengundi di Perhimpunan Agung nanti tidak mempunyai “conscience” serta perasaan tanggungjawab yang jitu, maka percayalah Perhimpunan kali ini mungkin terakhir bagi UMNO sebagai sebahagian dari parti yang memerintah.

Saya ingin mencadangkan kepada pihak pihak yang mempunyai semangat yang kuat untuk menyelamatkan orang Melayu, berikhtiar melancarkan gerakan gerak saraf dan perang saraf ketika Perhimpunan ini berlangsung. Pendekatannya:-

(a)     Risalah dengan tertulis “BANGSA ATAU WANG?” disebarkan dimerata tempat khusus di PWTC dan juga ditempat penginapan perwakilan,

(b)     Beberapa orang pula membawa “cardboard placard” yang digantung dihadapan serta belakang mereka yang perlu berdiri ditepi jalanraya sekitar PWTC dalam      kumpulan 2 atau 3 orang (jangan lebih dari 5 akan di anggap perhimpunan haram ). Seelok eloknya dilakukan sebelum pengundian.

Dengan terdapatnya terlalu banyak risalah ini mungkin akan menimbulkan berbagai persoalan kepada mereka yang mempunyai “conscience” yang akan mengundi pada hari itu.

Sebagai orang tua yang sudah agak lama mengkaji pergolakan dalam UMNO dan melihat barisan pemimpin yang ada dan akan bertanding, rasanya tak ramai  yang mempunyai kaliber global. Najib terpaksa melakukan satu “paradigm shift” yang drastic jika dia berhajat hendak selamatkan negara dan partinya. Maaf cakap, Dato’ Seri  Najib juga perlu disiplinkan isterinya!

*Perkembangan dikemas kini Sabtu 21 Mac 2009 100pagi

Lembaga Disiplin UMNO menerima 637 laporan salahlaku tataetika pemilihan parti mengenai Naib Presiden UMNO Dato’ Seri Mohd. Ali Rustam, yang bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Dikatakan hampir 500 dari laporan tersebut dibuat oleh orang orang berkaitan dan penyokong Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Muhammad “Mike Tyson” Muhd. Taib, yang juga bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Inilah yang ditafsirkan sebagai ‘professional cannibalism’.

Published in: on March 20, 2009 at 18:00  Comments (17)  

Majlis angkat sumpah Perdana Menteri Malaysia VI 3 April 2009

Upacara mengangkat sumpah taat setia dan menyimpan rahsia Perdana Menteri Malaysia ke VI akan dilakukan di Balai Rong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur pada 1100pagi, Jumaat 3 April 2009M / 7 Rabi-ul-akhir 1430H.

najib-razak

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ke XIII Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmood telah berkenan untuk mencemar duli dan menerima sumpah taat setia dan menyimpan rahsia Perdana Menteri Malaysia ke VI Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak. Instrumen perlantikan keatas jawatan Perdana Menteri juga akan ditanda tangani dan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara dan Ketua Setiausaha Negara.

Dif dif kehormat terdiri dari Menteri Kabinet, Menteri Besar/Ketua Menteri, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara dan wakil wakil kedutaan dan suruhanjaya tinggi akan diundang dalam upacara bersejarah ini.

Ini merupakan penghujung ‘Plan Peralihan Kuasa’ yang diumumkan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 17 Julai 2008, setelah menerima tekanan dan kritikan akibat prestasi terburuk Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum ke XII 8 Mac 2008. Ini disahkan apabila PM ‘Flip-Flop’ Abdullah akhirnya bersetuju untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO yang diumumkan awal Oktober 2008, atas desakan begitu ramai pemimpin parti dan memberikan laluan kepada Dato’ Seri Najib untuk dicalonkan sebagai Presiden.

PM ‘Flip-Flop’ Abdullah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia V pada 31 Oktober 2003 merupakan tempoh pentadbiran paling kontroversi dalam sejarah 52 tahun merdeka. Majlis penuh bersejarah ini amat dinantikan oleh sebilangan besar rakyat Malaysia yang telah menunjukan pelbagai mesej dan reaksi atas Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah.

Lima setengah tahun dibawah PM ‘Flip-Flop’ Abdullah banyak mengubah lanskap sosio-politik negara, termasuk yang wajar ditafsirkan sebagai ‘malapetaka’ (disaster) yang tidak mungkin diperbetulkan selama lamanya. Antara kegagalan pentadbiran PM ‘Flip-Flop’ Abdullah ialah pembatalan projek rel berkembar utara-selatan, pengubalan semula dasar automotif kebangsaan dan secara automatik meletakan projek motorkar nasional Proton dalam keadaan hampir maut, skandal ECM Libra-Avenue Capital, pembatalan projek ‘Jambatan Indah’ Tambak Johor, perubahan dasar luar negara termasuk isu Myanmar dan Lebanon, skandal pembelian pesawat VVIP A319CJ, skandal melibatkan keluarga terdekat termasuk rakan kongsi  empayar niaga terbaru Malaysia Scomi ditangkap bawah ISA dan polis Tokyo mengenai isu pembekalan alatan membuat senjata nuklear.

Lain lain  isu kontroversi ialah Moonsoon Cup, Islam Hadhari, meminta maaf secara rasmi kepada China mengenai kes ‘ketuk-ketampi-bogel-dalam-lokap’, ‘Budak Tingkat Empat’, Soiree di Seri Perdana sempena sambutan 50 tahun Merdeka, pembayaran gratuiti kepada Mantan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan lima Hakim Mahkamah Agung yang dipecat,  keputusan ‘Flip-Flop’ membebaskan 31 pengganas HINDRAF dari tuduhan cubaan membunuh seorang anggota Polis dan membenarkan  perkataan “Allah” sebagai gantinama dalam ugama Bukan Islam. Dasar ‘keterbukaan’ pentadbiran PM ‘Flip-Flop’ Abdullah juga mengundang pelbagai usaha untuk mengadakan provokasi dan cabaran yang akhirnya kerarah bercirikan ‘anarki’, yang bertopengkan ‘wacana ilmiah dan intellektual’.

PM Dato’ Seri Najib, 56,  merupakan Presiden UMNO VII menjawat Perdana Menteri Malaysia. Sebelum ini merupakan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, Allahyarham Tun Abdul Razak Husssein, Allahyarham Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Setelah mengambil alih Presiden UMNO pada 28 Mac akan datang ini dipengakhir Perhimpunan Agung UMNO yang tertunggak semenjak Disember 2008, Dato’ Seri Najib secara automatiknya akan menjadi Pengerusi Barisan Nasional, parti yang mempunyai 139 MP dalam Dewan Rakyat sekarang.

Malaysia sekarang meletakan sepenuh harapan kepada Perdana Menteri VI Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak untuk membetulkan suasana sosio-politik-ekonomi, terutamanya membawa keluar dari kegawatan ekonomi global seawal mungkin.

Published in: on March 20, 2009 at 07:30  Comments (28)