Dr. Ismail Md. Salleh kembali ke Rahmahtullah

Tokoh akademik, aktivis ekonomi orang Melayu dan orang kurang upaya YB Senator Prof. Dato’ Dr. Ismail Md. Salleh telah kembali ke rahmahtullah jam 350am tadi, dilaporkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura.

Ismail Salleh

Beliau merupakan pakar ekonomi yang bermula sebagai tenaga pengajar IPTA, pernah menjawat Timbalan Ketua Pengarah ISIS selama hampir dua tahun (1993-94) dan kemudian menjadi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif dan akhirnya Naib Canselor  Kolej Universiti Antarabangsa  Twintech sebelum dilantik sebagai Ahli Dewan Negara pada tahun 2007, mewakili golongan orang kurang upaya.

 Laporan Utusan Malaysia:

ARKIB : 19/12/2007

Dr. Ismail, Senator OKU pertama

 
 

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Naib Canselor Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech (IUCTT), Prof. Datuk Dr. Ismail Md. Salleh mengangkat sumpah sebagai Senator pertama di negara ini daripada golongan orang kurang upaya (OKU).

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh dalam satu upacara ringkas di Dewan Negara hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abd. Jalil yang terlibat secara langsung dalam mencalonkan nama Ismail untuk menjadi Ahli Dewan Negara turut hadir menyaksikan upacara itu.

Ismail, 60, yang juga Presiden Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) berkata, pelantikannya sebagai seorang Ahli Dewan Negara membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap golongan OKU.

‘‘Saya amat berterima kasih kepada Perdana Menteri dan Datuk Seri Shahrizat kerana memberi kepercayaan ini kepada saya.

“Peluang yang diberikan akan digunakan dengan sebaik-baiknya oleh saya untuk memartabatkan lagi golongan OKU supaya masa depan kami lebih terbela,” katanya yang cacat penglihatan sejak dilahirkan pada sidang akhbar di Parlimen di sini hari ini.

Menurut Ismail, beliau bercadang mewujudkan satu kongres bagi membincangkan secara menyeluruh mengenai masalah yang dihadapi oleh golongan OKU.

“Dalam kongres ini, kami tidak akan membincangkan mengenai bagaimana masalah itu boleh berlaku tetapi kami akan mencari jalan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh golongan OKU itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shahrizat berkata, pelantikan Ismail sebagai Senator diharap dapat membawa suara golongan OKU ke peringkat yang lebih tinggi.

“Melalui beliau kita boleh membincangkan dan mendengar pendapat golongan OKU yang sebelum ini sukar untuk kita perolehi,” katanya.

****************

Laporan The Star:

Tuesday December 18, 2007

First disabled senator sworn in

By MANJIT KAUR

KUALA LUMPUR: Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh became the first disabled person to become a Senator at the Dewan Negara.

The blind father of six was sworn in Tuesday, taking the oath before Dewan Negara president Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh.

Dr Ismail
Professor Datuk Dr Ismail Md Salleh – Starpic by Azlina bt Abdullah

Dr Ismail, 60, is also president of the Malaysian Association of the Blind, as well as a member of the National Implementation Task Force in the Prime Minister’s Department, vice-chancellor of Twintech International University College, chairman of both the East Asia International Council for the Education of the People With Visual Impairment and the Tun Hussein Onn National Eye Hospital.

*****************

Dr. Ismail yang cacat penglihatan semenjak 13 tahun, merupakan seorang yang becita cita besar. Sebagai seorang anak Melayu Kelantan yang dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan, keazaman dan kecekalan beliau untuk berjaya menjadi aspirasi ramai anggota masyarakat, terutama golongan kurang upaya. Dr. Ismail mendapat pendidikan awal disekolah kanak kanak buta  Princess Elizabeth, Johor Bahru, Johor. Beliau mendapat ijazah pertama dari State Univeristy New York, Albany dan doktor falsafah ekonomi dari Univeristy of Illinois.  Beliau antara orang yang layak disifatkan sebagai “Towering Malays”. Atas kebolehan dan pencapaian luar biasa, Dr. Ismail dinobatkan sebagai tokoh Maal Hijrah 1429H.  Beliau dirakamkan dalam rekod dunia “Guiness Book of World Records” sebagai insan cacat penglihatan pertama yang menerima ijazah doktor falsafah.

Dr. Ismail juga sering memberikan pendapat mengenai ekonomi dan kedudukan sosio ekonomi dan politik orang Melayu, terutama pendidikan dan program pembangunan kemiskinan  dalam pelbagai forum, termasuk siaran televisyen.

*Dikemaskini 0945am

Dr. Ismail telah menghembuskan nafas terakhir jam 350am dalam penerbangan dari Beijing ke Kuala Lumpur, transit melalui Singapura. Jenazah Allahyarham masih lagi berada di Singapura dan dijangkakan akan dibawa ke Kajang, Selangor untuk disemadikan sejurus pihak berkuasa selesai dengan proses biasa.

Kami di BigDogDotCom mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

*Dikemaskini 415pm

Jenazah Allahyarham Dr. Ismail diterbangkan dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Senai, Johor dengan sebuah pesawat khas TUDM ke Pengakalan TUDM Subang, Selangor dan dijangkakan akan sampai jam 500pm. Kemudian jenazah akan dibawa di Lot 7140, Jalan Melati 2, Sg. Kantan, Kajang, Selangor untuk perhormatan terakhir dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Sg. Kantan, Kajang, dijangkakan selepas Maghrib

Published in: on August 27, 2009 at 07:30  Comments (8)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/08/27/dr-ismail-mohd-salleh-kembali-ke-rahmahtullah/trackback/

RSS feed for comments on this post.

8 CommentsLeave a comment

  1. Innalillah …takziah kepada Aruah’s family. Yes, he was one of the towering human being, first and Malay second.

    Bro, I dont see the big fuss whether TDM or DPM on the Singapore issue… I just want to record my statement somewhere
    “Aiyoh, why so complicated one and big majority are so confused ?
    Why everybody jump the gun…. psychologically should tell me that if I was LKY, I would only threatened the decision maker alone, without any witness and knowing LKY, he has done it to TAR and he would do it again and again as long it serves his purpose.

    DUMBO.

  2. Salam..
    saya berpeluang mendekati arwah pada dua minggu yang lepas apabila menjadi Liason Officer beliau dalam satu program konvensyen memperkasa politik dan ekonomi Melayu anjuran MUBARAK Kedah. pada ketika saya mengiring beliau, kelihatan tahap kesihatan arwah tidak begitu baik dan kehadirannya juga diringi bersama anaknya. walaupun begitu, saya amat kagum dengan kebolehan arwah menyampaikan idea-idea yang bernas terhadap isu-isu terkini terutamanya dari sudut ekonomi orang melayu dan negara kita. walaupun arwah seorang yang buta, Allah s.w.t telah mengurniakan hati yang tulus dan ikhlas serta akal fikiran yang cerdik kepada arwah. sesungguhnya, kita telah kehilangan seorang cendekiawan yang banyak bakti dan jasanya kepada bangsa melayu dan tanah airnya.sama sama lah kita mendoakan kepada Allah supaya rohNya ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Alfatihah..

    Achmad Dzariean
    UUM Sintok

  3. I feel sad that Prof Salleh should be taken so soon. One gentleman I have had the pleasure of meeting and knowing and with whom I have had the presence at small meetings and so on. You get awed by him when he begins to participate in ongoing discussions. His ability to recall and to reference.

    My condolences and deepest sympathies, and especially so to his brother who was always by his side even at meetings. They were like Siamese twins. Wonder what will come of him. My sympathies to him too.

    Bigdog, if there is anymore you could write of this great man, it will be appreciated.

  4. takziah kpd famili arwah n cekal sepanjang masa.

  5. sy pelajar twintech induk bandar sri damansara,mengucapkan takziah kpda keluarga arwaah diatas pemergian beliau.beliau akan sentiasa berada didalam ingatan sy sebagai seorang tokoh yg hebat wlaupon beliau tidak dikurniakan dengan penglihatan,tetapi beliau dikurniakan dengan pemikiran yg amat hebat..pemergian arwah amat sy kesali…takziah…salam..

  6. Tuan,

    Pertama sekali Al-Fatihah dan takziah kepada keluarga Allahyarham Dr. Ismail.

    Maafkan kami kerana membuat jemputan kepada Tuan secara am seperti dibawah:-

    Yang berbahagia Dato/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

    Dengan segala hormatnya kami memaklumkan bahawa kami akan melancarkan portal “Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)” di

    http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com.

    Kami menjemput anda untuk melayari laman web tersebut selepas Sambutan Merdeka 12tengahmalam pada 31 Ogos 2009. Anda dipersilakan untuk melayari tab “e-patriot”

    (http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/)

    di mana kami telahpun menyenaraikan laman citra anda di bawah senarai “e-patriot” (“Patriots with blog entry”). Kami ingin merakamkan rasa penghargaan kami yang tidak terhingga di atas sokongan anda secara langsung ataupun secara tidak langsung terhadap Kempen SSS ini apabila, anda telah memuatkan sekurang-kurang satu tulisan/artikel/bahan di laman citra anda. Terima kasih di atas sokongan anda terhadap Kempen SSS ini.

    __________________

    It is our honor to inform you that we will be launching “Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)” portal at

    http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com.

    Please visit the website after the 12midnite Merdeka celebration on 31 August 2009 and check out the “e-patriot” tab

    (http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/).

    We have listed your blog site under the “e-patriot” list (Patriots with blog entry). We wish to record our upmost appreciation for your support toward SSS campaign by having at least one blog entry/article/item, written in support of the SSS campaign, directly or indirectly. Thank you for your support toward the SSS campaign.

    Terima kasih.
    Satu Sekolah Untuk Semua

    rujukan Artikel Tuan

  7. Sebagai setiausahanya sehinggalah ke akhir hayat beliau, secara peribadi saya menyatakan bahawa beliaulah seorang ketua yang sentiasa mengucapkan terimakasih di atas tugas-tugas yang telah saya laksanakan.

  8. sememangnya seorang manusia yang biasa yang berfikiran luar biasa…


Leave a comment