Keyakinan ‘Tradisi Membela Rakyat’ kembali

 

Calon BN dalam PRK DUN N05 Azahar Ibrahim menang

UMNO menang lagi mengalahkan PAS. Calon BN Mohd. Azahar “Tok Ai” Ibrahim bagi Pilihanraya Kecil DUN N05 Tenang telah menang mengalahkan Normala Sudirman.

Keputusan rasmi: BN menang di Tenang dengan majoriti 3,707

30/01/2011 10:11pm

LABIS 30 Jan. – Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor apabila calonnya, Mohd Azahar Ibrahim mengalahkan calon Pas, Normala Sudirman dengan majoriti 3,707 undi.

Mohd Azahar memperoleh 6,699 undi, manakala Normala 2,992 undi.

Keputusan penuh:

N05: TENANG, JOHOR

Jumlah pengundi: 14,753

KEPUTUSAN:

Normala Sudirman (Pas) 2,992 undi

Mohd Azahar Ibrahim (BN) 6,699 undi

Jumlah mengundi 9,833 pengundi

Peratus mengundi 67 peratus

Undi rosak 142 undi

Majoriti 3,707 undi

Penyandang: Sulaiman Taha (BN)

Undi diperolehi: 6,367

Majoriti: 2,492 – Bernama

**************

Peningkatan majoriti PRK ini meningkat sebanyak 48.75%. Peti undi Labis, Labis Timur dan Tenang Station memperlihatkan undi masyarakat Cina meningkat berbanding PRU 12 8 Mac 2008 dimana BN kecundang. Jelas dakyah Pembangkang terutama usaha parti Chauvinis Cina DAP untuk mempengaruhi masyarakat Cina Johor gagal. Isu yang dibawa PAS untuk menjejaskan masyarakat Melayu terutama FELDA juga amat meleset.

Dari data ini, calon BN mendapat 68% dari undi yang dibuang manakala calon PAS hanya mampu meraih 30.4% sokongan dari pengundi DUN Tenang. Ini menunjukan BN mampu meraih 2/3 keyakinan dan sokongan masyarakat Labis. Sekiranya cuaca lebih baik dan tiada kejadian banjir sekitar Labis dan jika jumlah mereka yang keluar mengundi pada tahap 80%, maka dari polar undi yang  berjaya diraih BN berkemungkinan besar mempamirkan jumlah mutlak BN sebanyak 8, 025 undi atau majoriti sebanyak 5, 000 undi . Ini merupakan prestasi yang amat memberansangkan iaitu peningkatan undi mutlak sebanyak 26% dan majoriti sebanyak 100%.

Tahniah di ucapkan kepada jentera BN yang diterajui Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin merangkap Timbalan Pengerusi BN, MB Johor Dato’ Abdul Ghani Othman merangkap Pengerusi BN Johor dan Pengarah PRK DUN Tenang dan seluruh jentera BN.

Kemampuan MCA Johor terutama Timbalan Menteri Pertanian Chua Tee Yong merangkap MP Labis untuk meningkatkan undi masyarakat Cina juga wajar diberikan penghargaan. Presiden MCA Dato’ Seri Chua Soi Lek juga berkerja keras untuk menentukan masyarakat Cina Labis didekati.

‘Tradisi Membela Rakyat’ dengan nada dan gagasan ‘1 Malaysia’ berjaya dikekalkan dan keyakinan majoriti rakyat sudah jelas kembali. Ini berkat program Economic Transformation Plan (ETP) yang sudah sedikit sebanyak mengembalikan keyakinan dalam cabaran suasana ekonomi global yang gawat.

 

Published in: on January 30, 2011 at 23:45  Comments (2)