Khalid wajar berundur kerana gagal rampas ‘kuasa’ Tuanku

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim wajar meletak jawatan kerana gagal merampas ‘kuasa’ Tuanku Sultan. Ini kerana usul pindaan Perlembagaan Undang Undang Tubuh Negeri Selangor pada sidang tergempar hari ini gagal diluluskan Dewan Undangan Negeri apabila hanya 34 ADUN menyokong manakala 20  ADUN lain menentang.

Selangor gagal pinda undang-undang tubuh kerajaan

24/01/2011 8:21pm

SHAH ALAM 24 Jan. – Kerajaan negeri Selangor gagal meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri apabila ia tidak diluluskan setelah gagal memperoleh majoriti dua pertiga dalam undian belah bahagian dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Speaker Datuk Teng Chang Khim berkata, sebanyak 34 Ahli DUN (ADUN) menyokong pindaan rang undang-undang berkenaan, manakala sebanyak 20 tidak menyokong.

“Namun mengikut peraturan mesyuarat sebarang pindaan memerlukan undian sebanyak dua pertiga dari jumlah kerusi DUN di bawah Perkara 98, Fasal 5 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

“Maka ia tidak boleh dibawa kepada bacaan kedua dan seterusnya,” katanya selepas pengiraan undi belah bahagian itu.

Berikutan kegagalan untuk mendapatkan undi majoriti dua pertiga itu, mesyuarat pada hari ini ditamatkan dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan supaya sidang dewan ditangguhkan sehingga satu tarikh yang ditetapkan kemudian. – Bernama

******************

Pindaan ini me’wajib’kan baginda Tuanku Sultan merujuk dan mendapat persetujuan Menteri Besar bagi apa apa cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk lantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor akan datang. Pada masa ini, lantikan SUK Kerajaan Negeri Selangor hanyalah berdasarkan cadangan calon SPA yang dirujuk kepada baginda Tuanku Sultan untuk mendapat perkenan.

Undang Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor menggariskan bahawa baginda Tuanku Sultan merupakan Ketua Eksekutif Negeri Selangor.

Kontroversi poliktik ini timbul apabila calon SPA bagi jawatan SUK Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Mohd. Khusrin Munawi yang telah diperkenan oleh baginda Tuanku Sultan telah tidak diterima oleh Khalid sebagai MB Selangor. Dipercayai Khalid sebagai MB Selangor dan mewakili PKR telah tunduk kepada tekanan parti chauvinis Cina DAP, yang sememangnya bersifat anti Melayu dan Islam.

Polemik lantikan Khusrin ini bermula kerana beliau merupakan seorang penjawat awam yang tegas, bertindak menurut peruntukan undang undang dan tidak boleh di’perguna’ oleh kepimpinan politik sewenang wenangnya. Isu tindakan keatas MP DAP Serdang Teo Nie Ching memasuki dewan sembahyang sebuah surau di Seri Kembangan Ramadhan lepas dan menimbulkan emosi umat Islam dan menguatkuasa larangan menggunakan masjid dan surau sebagai pentas ceramah politik.

Sebelum itu, Murshidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat pernah mempertikai titah larangan baginda Tuanku Sultan atas perbuatan menggunakan masjid dan surau sebagai platform politik. Ini berlaku semasa kempen PRK P094 Hulu Selangor April 2010. PAS merupakan rakan kongsi Kerajaan PR Selangor.

Kesan tindakan biadap Teo ini sehinggakan Tuanku Sultan menitah murka, menunjukan berat salah-guna dan menghina kesucian Islam. Khusrin pada masa itu merupakan Pengarah JAIS dan melaksanakan tugas sebagaimana titah Tuanku Sultan. Baginda Tuanku Sultan pernah menitahkan ada anasir cuba mencabar institiusi Islam. Ini termasuk golongan chauvinis Cina DAP, yang sememangkan anti Islam dan Melayu.

Kemelut politik ini sebenarnya memaparkan jelas ‘perang dingin’ antara Istana dan Exco Kerajaan Negeri Selangor. Lantikan Khusrin yang diperkenan Tuanku Sultan telah dimanipulasikan Khalid sehingga berbohong, walaupun beliau telah merafak sembah mengadap baginda apabila mula timbul bibit bibit ‘percanggahan’ mengenai keputusan pengganti Dato’ Ramli Mahmud itu.

Ini bukannya isu baru. Baru baru ini, DYMM Tuanku Sultan menitah dukacita baginda institiusi dan peranan Raja Raja Melayu dipertikaikan. Ini termasuk gerakan yang sama dalam Selangor.  DYMM  Tuanku Sultan Selangor telah menitah murka tindakan Khalid cuba menggunakan duit zakat bagi kegunaan pembangunan, yang jelas bercanggah dengan kehendak Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia, yang juga agama Negeri Selangor.

Jelas MB Selangor Khalid Ibrahim dan keseluruhan Exco Kerajaan Negeri Selangor sepanjang menjawat kedudukan sediada semenjak kekalahan BN pada PRU 12 8 Mac 2008 dan tertubuh Kerajaan Pakatan Rakyat bersifat durhaka dan perlu diambil tindakan, melalui peruntukan yang ada. Polemik yang mereka timbulkan bukan sahaja menghalang perjalanan pentadbiran, malah kenyataan dan manipulasi bertujuan politik sepanjang hampir 3 tahun ini telah menimbulkan kerasahan rakyat, jika tidak kemarahan.

Isu kontroversi penentangan lantikan Khusrin Disember lepas adalah atas dasar politik. Ianya jelas akan menghalang parti parti komponen PR ‘melombong kekayaan’ dari Selangor (negeri ppaling kaya dalam Persekutuan Malaysia), demi meneruskan agenda strategik ‘Politik Kebencian’ yang menjadi teras bagi Pembangkang kekal relevan dalam persada kuasa.

Dalam pembukaan  hujah dalam DUN Selangor ini, Khalid menuduh BN sebagai ‘penderhaka’ apabila berusaha meminda Perlembagaan Persekutuan dan Negeri termasuk Selangor. Hakikatnya, pindaan Perlembagaan tersebut adalah untuk mengekang hak imuniti Raja Raja hanya setakat apabila sekelian baginda melaksanakan tugas dalam kapasiti mereka sebagai Raja dan menurut peruntukan Perlembagaan. Baginda sekelian Raja Raja perlu bertanggung jawab atas tindakan masing masing atas kapasiti mereka sebagai individu dan tindakan sebagai warganegara.

Sebaliknya, usul pindaan Perlembagaan Selangor hari ini ialah tindakan bagi DYMM Tuanku Sultan melepaskan hak sebagaimana yang diperuntukan dalam Perlembagaan kepada MB Selangor. Ini wajar dilihat sebagai tindakan ‘Durhaka’. Bibit ‘penderhakaan’ MB Khalid dan barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor ini bukanlah perkara baru. Baginda Tuanku Sultan menitahkan keresahan baginda semasa majlis sambutan Hari Keputeraan Baginda ke 65, 29 Nov 2010:

Sultan Selangor kurang senang

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
saiful.hasam@utusan.com.my
 

Sultan Sharafuddin Idris Shah

 

SHAH ALAM 29 Nov. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan segelintir pihak yang berhijrah ke negeri ini, terutamanya orang Melayu sendiri, yang sanggup mempersoalkan kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, sama ada institusi raja Melayu masih relevan dan peranannya dalam sistem pemerintahan negara.

Baginda bertitah, tindakan golongan terbabit mempersoalkan perkara-perkara itu adalah bertunjangkan matlamat supaya sistem Raja Berperlembagaan yang ada sekarang disemak dan dikaji semula.

Titah baginda, golongan berkenaan juga telah mengemukakan alasan yang amat tidak tepat untuk merasionalkan matlamat itu kononnya negara telah menjalani arus pemodenan dan sistem yang diamalkan sekarang sudah tidak bersesuaian.

“Sehingga ada suara lantang daripada orang Melayu sendiri yang meminta perkataan ‘Melayu’ yang ada pada ungkapan ‘Raja-Raja Melayu’ hendaklah dihapuskan.

“Beta percaya perbuatan ini adalah untuk kepentingan mereka sendiri ataupun kepentingan politik mereka,” titah baginda sewaktu berangkat ke majlis pembukaan Wacana Raja Berperlembagaan – Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan, di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Sharafuddin ke-65 itu ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kepimpinan kanan kerajaan negeri.

*******************

Usul pindaan Perlembagaan Negeri Selangor hari ini ialah memberikan Menteri Besar kuasa untuk menentukan pegawai Kerajaan Negeri Selangor yang jelas diperuntukan sebagai pemilihan oleh ‘Suruhanjaya Yang Berkenaan’. Jelas Khalid dan barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor dipengaruhi chauvinis Cina DAP untuk mengambil alih kuasa perkenan baginda Tuanku Sultan atas lantikan pegawai pentadbir dari kalangan pentadbir awam professional, yang jelas bukan jawatan politik.

Permainan mempolitikan semua aspek termasuk lantikan pegawai pentabir awam hanyalah kemampuan PR, yang pada hakikatnya gagal mengurus dengan baik dan membawa pembangunan demi kesejahteraan rakyat yang memberikan mereka mandat.

Mencabar kedudukan, peranan dan kuasa DYMM Tuanku Sultan merupakan permainan seorang yang durhaka.

Oleh itu, Khalid dan keseluruhan Exco Kerajaan Negeri Selangor wajar berundur secara terhormat dengan segera. Keyakinan baginda Tuanku Sultan dan majoriti rakyat Selangor dijangkakan akan tiris akibat tindakan durhaka dan kegagalan ‘rampasan kuasa’ DYMM Sultan Selangor melalui usul pindaan Perlembagaan ini. Jika mereka berdegil dan menjaga kepentingan Kerajaan dan rakyat Selangor, mungkin sudah tiba masa Akta 150 dipertimbangkan secara serious untuk dilaksanakan.

*Perkembangan dikemas kini 1145pm

Published in: on January 24, 2011 at 20:42  Comments (17)