ANAK ialah ‘musuh dalam selimut’ tegar

Usaha lapan orang ahli Perastuan Anak FELDA Kebangsaan (ANAK) untuk menghalang program penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) dengan mendapatkan perintah injuksi Mahkamah gagal apabila Mahkamah Tinggi Kuantan memutuskan untuk mengenepikan perintah injuksi tersebut, dimana mereka menghalang proses untuk Koperasi Permodalan FELDA (KPF) melepaskan pegangan FELDA Global Ventures (FGV) kepada FGVH.

Tuesday April 3, 2012

Court dismisses Felda settlers’ attempt to stop share transfer

KUANTAN: Eight settlers failed to stop their cooperative society from disposing of its shares in Felda Holdings Bhd (FHB) to Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVH), which plans to go public.In dismissing the injunction application filed by the eight members of Koperasi Permodalan Felda (KPF), High Court judge Justice Mariana Yahya ruled their application was premature as the proposal for the equity disposal had yet to be made.She found the issue of transferring the equity was not on the agenda of the KPF’s cancelled extraordinary general meeting (EGM) on Feb 22.The judge made her decision in chambers after meeting the parties concerned here yesterday.The plaintiffs were represented by lawyer Mohd Harris Abdullah while counsel J. Doshi acted for KPF. Abu Bakar Isa Ramat acted as observer for FGVH.The EGM was aborted due to an order by the High Court here through an interim injunction dated Feb 17.The eight settlers had filed an application in the same court for an injunction to block the share transfer from KPF to FGVH or for discussing it at the EGM.It was the third application for an injunction against KPF.

Speaking to reporters yesterday, Mohd Harris said the court ruled the transfer of shares had not yet happened and the court could not make the assumption that the transfer would happen and stop it.

Mohd Harris said the judge also found the plaintiffs’ allegation that KPF owned 51% of FHB shares worth RM 3.13 billion was not based on solid evidence.

“What we alleged must be substantiated by Felda reports.

“We are handicapped in this area, as we could not get it. Even if there is a report, it is under the Official Secrets Act.

“The judge, therefore, found our application to be based on speculation and hearsay,” added Mohd Harris.

He said the court also found it was not the proper forum for the case, as it felt cooperative issues should be taken up with the Malaysia Cooperative Societies Commis­sion.

Mohd Harris said he would apply for action against Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, Felda chairman Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad and Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Ahmad Maslan for making statements on the matter before the court delivered its judgment.

**************************

ANAK telah berjaya dalam usahanya untuk melengahkan / melambatkan penyenaraian FGVH dan yang rugi adalah ahli ahli KPF dari kalangan warga peneroka dan petugas FELDA. Malah, telah terbukti bahawa majoriti warga peneroka FELDA tidak mahukan senario ‘Dah terhantuk, baru nak tergadah’.

Namun Perdana Menteri telahpun mengatakan yang mengumumkan ‘Durian Runtuh’ Sabtu baru baru akan diadakan pada bulan Mei nanti.  Apa yang menarik untuk diperhatikan apakah lapan orang peneroka ini akan menerima ‘Durian Runtuh’ tersebut?  Yang penting sekali apakan ANAK akan menampung kerugian yang ‘terlepas’ dan ‘kos melepas’ (opportunity cost), yang berlaku akibat dari tindakan mereka?

Sekiranya diteruskan dengan Mesyuarat Agung Khas Perwakilan (EGM) sebagaimana dirancang pada 22 Februari lepas, hal ini sudah selesai dan warga peneroka mendapat penerangan seperti yang dirancangkan. Yang paling penting, suara majoriti dari kalangan warga peneroka FELDA boleh diperolehi dari EGM tersebut dan segala proses akan berjalan, sesuai dengan lunas lunas demokrasi.

Sepatutnya lapan orang peneroka dengar penerangan dahulu sebagaimana warga FELDA lain, dan memberikan semua orang hak demokrasi yang samarata dan peluang mengundi untuk memutuskan. Namun tidak mereka untuk menghalang rezeki orang lain dengan mengagalkan proses demokrasi menunjukan mereka sebenarnya tamak kuasa dan mementingkan diri sendiri.

Ini adalah prinsip yang sama yang diamalkan Pembangkang, terutama PAS dan PKR. Mereka tidak menghormati keputusan majoriti dan amalan demokrasi dengan segala drama demonstrasi dan  mengunakan proses membuat laporan Polis dan pentas Mahkamah, untuk menghalang apa jua yang memihak kepada majoriti dan tidak secucuk dengan politik sempit dan produktiviti songsang mereka sebagai minoriti.

ANAK, dibawah pimpinan Mazlan Aliman yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat PAS juga membawa budaya Pembangkang ini kedalam masyarakat FELDA.

Hakikatnya, injuksi ini telah membangkitkan kemarahan para peneroka yang merasa hak mengundi mereka telah dirampas dan peluang mereka untuk memanjangkan rezeki mereka secara strategik. Ada yang telah memulakan kempen mengumpul tandatangan sebagai menyokong penyenaraian FGVH seperti peneroka di Hulu Selangor, sementara di Melaka, peneroka akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri untuk mempercepatkan penyenaraian.  Ini tidak termasuk lagi peneroka di Negeri Sembila, Johor, Pahang dan juga di Kelantan dan Sabah.

Apa yang menghairankan rata-rata peneroka menunggu ‘Durian Runtuh’ dan penyenaraian.  Baru-baru ini Ketua Peneroka FELDA Kebangsaan Shamsuddin “Pak Sam” Osman yang sebelum ini bersama sama dengan Pengurusan KPF untuk mengagalkan rancangan asal penyenaraian FGVH, sebaliknya pula mahukan penyenaraian dipercepatkan dan akan turun padang bersama JKPP untuk menerangkan penyenaraian FGVH.

Ini sebenarnya telah dibuktikan aspirasi majoriti warga FELDA. Di Karnival Iktiraf pada hujung minggu lalu, Majlis Belia Felda telah berjaya mengumpul 50,ooo tandatangan menyokong penyenaraian FGVH. Hari Khamis lalu, 7 NGO Felda telah menyatakan sokongan terhadap penyenaraian dan juga menyampaikan memorandum Jumaat lalu kepada Perdana Menteri untuk sokong penyenaraian – Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Gabungan Pemikiran Profesional Felda (GAPROF), Alumni Asrama Felda Malaysia (AAFM), Ikatan Seni dan Kebudayaan Anak Felda (ISKAF), Kelab Sahabat Bina Negara, Permuafakatan Siswa Siswi Felda (PERSADA) dan Kelab Veteran Komando Malaysia yang mewakili lebih 200,000 warga Felda.

Begitu juga dengan Gabungan Wawasan Global FELDA (GWGF) yang para asalnya dilihat sebagai ‘skeptikal’ dalam sokongan mereka keatas program penyenaraian FGVH ini. Kini, mereka mula mengerakan jentera mereka diakar umbi untuk membantu membawa mesej untuk memberikan sokongan penuh kepada program peneyenaraian FGVH. GWGF juga telah membuat memorandum dengan NGO Gabungan Generasi Wawasan FELDA Kebangsaan (GEMPAK), Persatuan Pegamal Undang-Undang Generasi FELDA Malaysia (PPUGFM) and Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI).

Masyarakat FELDA wajar menolak ANAK dan politik golongan minoriti yang berpolitik sempit dan berkepentingan seperti Mazlan Aliman kerana mereka sebenarnya ‘api dalam sekam’ yang akhirnya ‘membakar seluruh kampung’ kerana mereka gagal merealisasikan impian mereka, cara mereka.

Published in: on April 3, 2012 at 11:48  Comments (6)