Melayu ‘bankrap politik’

(Sila klik disini untuk mengikuti temuramah mobtv.my) talkshow-1234.html

Seorang politikus yang pernah menjadi ahli UMNO, Parti Semangat 46 (1988-1996) dan UMNO semula (selepas 1996) memberi temuramah kepada mobtv.my mengenai keputusan menyertai DAP, yang diumumkan Januari lepas.

Aspan Alias, seorang penyokong politik tegar MP Gua Musang YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah, telah menjelaskan justifikasi membelakangkan UMNO dan menyertai parti Chauvinis Cina DAP.

Beliau telah jelas memberikan hujah bertentangan (self-contradict) justifikasi beliau meninggalkan UMNO dan mentertai DAP. Beliau mengakui menyertai semula UMNO apabila Semangat 46 dibubarkan pada 1996. Untuk rekod, Ku Li dan kepimpinan tertinggi Parti Semangat 46 dengan kesedaran sendiri atas dasar perpaduan Melayu, membubarkan parti tanpa dijanjikan apa apa oleh Presiden UMNO ketika itu, Dato’ seri Dr Mahathir Mohamad. UMNO membuka pintu dan menerima pemimpin dan ahli Semangat 46 seperti Ku Li, Dato’ Seri Rais Yatim (dilantik Menteri pasca PRU 10 November 1999), Dato’ Zainal Aibdin Zin (dilantik Timbalan Menteri pasca PRU 10 November 1999), Ahmad Shabery Cheek dan Aspan Alias sendiri.

Namun, keputusan peribadi Aspan meninggalkan UMNO untuk DAP hanya datang hampir 16 tahun kemudian. Pendek kata, beliau membenarnya diri menjadi ‘kuda tunggangan’ kepada DAP kerana sebagai ‘Melayu Bankrap Politik’.

Apa apa pun rungutan mengenai UMNO, ianya sebagai pasca-alasan (after thought) kerana kekecewaan peribadi terhadap UMNO yang sebenarnya menjadi ciri asas memahamkan mengenai episod ini bagi ramai yang mengenali Aspan Alias secara peribadi. Dalam temuramah ini, Aspan mengakui sokongan beliau terhadap Ku Li. Setelah Ku Li beberapa kali gagal untuk mendapatkan kedudukan jawatan tertinggi dalam parti, termasuk gagal menjadi calon Presiden pada pilihanraya parti 2008-9, maka selepas itu baru timbul opsyen untuk bergerak mendapatkan tempat dalam parti lain dan mengagalkan UMNO dari luar.

Untuk rekod, Ku Li bercita cita untuk menentang Presiden UMNO ketika itu PM ‘Flip-Flop’ Dato’ seri Abdullah Ahmad Badawi pada pemilihan jawatan tertinggi UMNO Mac 2009. Namun, MP Parlimen itu hanya berjaya mendapat satu pencalonan jawatan Presiden UMNO sahaja, iaitu Bahagian Gua Musang.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan pada pasca 8 Mac 2008 membuktikan BN termasuk UMNO tidaklah begitu kukuh. BN hanya mampu bertahan di 21 kerusi dalam DUN yang mempunyai anggota seramai 36 orang wakil rakyat. DAP merupakan parti Pembangkang terbesar sebanyak 10 kerusi. Sekiranya DAP bercita cita untuk menubuhkan Kerajaan Negeri selepas berjaya menguasai DUN Negeri Sembilan, maka parti Chauvinis Cina itu perlu menengahkan seorang wakil rakyat Melayu kerana tidak mahu mengulangi apa yang berlaku di DUN Perak pada pasca 8 Mac 2008 dimana jawatan Menteri Besar terpaksa diberikan kepada PAS walaupun mempunyai kerusi paling sedikit.

Aspan Alias dan Ariff Sabri menyertai DAP

Apa pun alasan yang Aspan cuba justifikasikan mengapa beliau menyertai DAP, ianya amat jelas beliau sedia diperkudakan parti Chauvinis Cina itu kerana beliau sebenarnya kecewa kerana telah hilang peluang menjadi politikus yang dipilih sebagai wakil rakyat sebanyak 8 kali semenjak PRU 5 pada 1978.

“Saya tidak menyertai PAS kerana mugkin saya tidak sesuai dengan parti itu”, jawapan yang ditanya justifkasi menyertai DAP apabila keluar kerana kecewa kepada UMNO. Hakikatnya, PAS tidak ada tempat untuk memperkudakan Aspan Alias sebagai seorang lagi Melayu berbanding dengan DAP yang amat tandus dengan orang orang Melayu yang boleh diketengahkan sebagai calon semasa pilihanraya. Tanpa calon Melayu, DAP tidak boleh memaparkan mereka ialah ‘parti pelbagai kaum untuk Malaysia’.

Untuk rekod, DAP mempunyai 29 MP dalam Dewan Rakyat dimana tidak seorang pun ialah orang Melayu. Semasa PRU 12, DAP tidak langsung memberikan peluang dari kalangan  orang Melayu untuk bertanding di mana mana kawasan samada Parlimen atau DUN.

Space shuttle Challenger meletup semasa berlepas ke orbit

Aspan menuduh bahawa UMNO telah menjadi “Parti Towkay” dan mendakwa pemimpin UMNO termasuk dikalangan peringkat Bahagian dan wakil rakyat mengutamakan peluang perniagaan. Namun beliau tidak jujur mengakui bahawa apabila DAP diberikan kuasa seperti di Pulau Pinang, mereka dengan rakusnya menyalah gunakan kuasa demi ‘kroni perniagaan’. Bukti yang jelas ialah skandal Bayan Mutiara.

Satu perkara yang Aspan wajar jujur mengenai DAP ialah sejak menguasai Pulau Pinang, orang orang Melayu Pulau Pinang telah banyak kali menyuarakan dengan lantang bagaimana mereka sebagai peniaga kecil sentiasa ditindas. Ini termasuk mereka dikasari oleh wakil rakyat DAP, yang dihadapan khalayak ramai menunjukan sifat rasis dan Chauvinis Cina mereka.

Dalam perpektif politik, beliau sendiri tidak jujur kerana tidak dapat menerima keputusan majoriti apabila Tun Dr Mahathir berjaya mengekalkan kerusi Presiden UMNO ke V pada April 1987. Mereka yang “Gila Kuasa” yang Aspan sebut itu sebenarnya mereka yang menyokong pemimpin yang gagal semasa pemilihan jawatan tertinggi itu dan tergamak mengeheret UMNO ke Mahkamah sehingga diharamkan pada 4 Februari 1988.

Sejurus itu, Ku Li dan gerombolan yang begitu ‘bankrap politik’ itu tergamak pula menubuhkan Parti Semangat 46 dan secara automatiknya memecahkan kuasa hampir mutlak orang Melayu ketika itu yang ujud pada UMNO. Sekiranya mereka dalam Semangat 46 ini benar benar “UMNO yang original” dan mendukung perjuangan memartabatkan orang Melayu, kenapa Ku Li pada PRU 8 November 1990 dan PRU 9 April 1995 tergamak bekerjasama dengan DAP yang memang sudah jelas Chauvinis Cina dan anti Melayu?

Apakah sebagai ahli dan mungkin wakil rakyat DAP, Aspan Alias tergamak menyokong dasar seperti ini: "Kepimpinan Chauvinis Cina DAP menyokong kuat penternakan babi"

Sebagai seorang yang memilih DAP sebagai wadah perjuangan, apakah Aspan Alias, Sabri Ariff Aziz dan Hatta Wahari sedia untuk akur kepada possisi pasti dan tergamak membelakangkan kepentingan dan perasaan majoriti orang Melayu dalam isu seperti ‘Penternakan Babi’ dan paling nyata, kontroversi seperti pusat penyembelihan babi Kg Berjaya, dekat Alor Star?

Pengundi dikalangan orang Melayu terutama mereka di Negeri Sembilan wajar berwaspada kepada mereka yang ‘Bankrap Politik’ dan samada mepunyai dendam yang tidak sudah dan kebencian peribadi yang membara atau berkepentingan peribadi.

*Dikemas kini 530pm

Published in: on April 21, 2012 at 12:30  Comments (24)