Tan Sri Muhyiddin umum tanding Timbalan Presiden UMNO

Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yasin pagi ini mengumumkan kesediaan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO bagi pemilihan parti Mac 2009. Ini dibuat setelah Timbalan Presiden UMNO TPM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan akan bertanding jawatan Presiden UMNO, setelah PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN Selasa lepas.

Antara agenda yang ingin dibawa Tan Sri Muhyiddin ialah  memainkan peranan dengan Presiden UMNO yang baru untuk mengukuhan  parti, memperkuatkan BN dan mengembalikan perpaduan dan kesefahaman antara kaum. Sokongan rakyat kepada BN dan membuat persediaan untuk Pilihanraya Umum ke XIII juga adalah agenda utama.

Beliau berjanji akan berkhidmat sebaik mungkin dan memberikan kerjasama kepada Kepimpinan baru, yang selama ini beliau akui tersedia ujud kesefahaman dan hubungan kerja yang mantap dan kukuh.

Setakat ini, Tan Sri Muhyiddin merupakan calon paling popular untuk merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO dan beliau yakin Bahagian UMNO akan memberikan pencalonan dan sokongan yang baik. Pengumuman dan sidang media ini dilakukan di Shangri-la Putrajaya dan dihadiri beberapa Ketua Bahagian UMNO.

Published in: on October 10, 2008 at 09:00  Comments (11)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/10/10/tan-sri-muhyiddn-umum-tanding-timbalan-presiden-umno/trackback/

RSS feed for comments on this post.

11 CommentsLeave a comment

  1. Saudara,

    Ahlan wa sahlan kepada TS Muhyiddin. Ia memang diduga. Tahniah juga kerana beliau telah menggariskan secara agenda perjuangannya. Saya berharap pada pemilihan kali ini tumpuan kita ialah kepada AGENDA PERJUANGAN dan bukannya PERSONALITI. Selamat bersidang kepada semua perwakilan bahagian.

  2. Sekalung tahniah dan harapan yang mengunung agar TMY akan memperolehi pencalonan tertinggi dan seterusnya memenangi kerusi TP (bakal TPM). Kepada calon yang baru nak ambil STPM dan ketua menteri seboleh-bolehnya tarik diri lah kalian sebagaimana DR Zahid hamidi. Kalau kalian sayang pada parti UMNO kita harap berundurla dengan terhormat.Disini saya memuji cara Datuk Mustapha Muhamad berperanan dalam UMNO. pada dasarnya beliau pun boleh untuk menawarkan diri jawatan NP tetapi kerana senario dalam UMNO sendiri telah mengubah beliau untuk kekal AMT sahaja. Buat apa kita bazirkan wang ringgit semata-mata untuk mendapatkan jawatan dengan kaedah “urusniaga” melalui lobi.

    Off topik sikit :
    Kepada calon Ketua Pemuda :
    Dr Khir Toyo : anda dah berumur dan saya rasa tidak layak untuk berdampingan dengan rakan pemuda kerana anak-anak muda tak ngam dengan anda. kerana status Mantan MB. Kalau anda belum jadi MB mungkin ada sedikit harapan.
    Kepada KJ : Guntinglah rambut anda se “skema” yang boleh . Lagaklah sebagai menantu PM.Anda adalah lialibiliti kepad UMNO. so jangan lah duduk jaja apa agenda yang anda akan laksanakan. Dan kepada Pemuda Bahagian , ingat jangan sokong KJ kerana nak maintain projek atau akan dapat projek baru, kerana kita kena ingat semua calon tajaan Kj masa PRU12 kantoi habis (alhamdulillah) kalau tak konform KJ tanding NP kali ini.
    Datuk Mukhriz : Teruskan perjuangan anda.tanya lah pendapat Ayahnda TDM untuk kebaikan dan bukan ikut telunjuk ayahnda TDM.
    Zahidi orang perghlih : tariklah diri anda .nanti nak kena bayarpada bank kerana buat personel loan untuk lobi. Banyak Oi.

    Pada pendapat saya : Presiden Umno DSNajib.TP TMY,NP : Mat taib,Ali Rustam dan sorang lagi tunggulah dulu.
    wallahhuaklam.

  3. Janji, janji juga. Jangan janji tinggal janji dah la. Dulu beriya-iya desak Pak Lah undur diri. Sekarang Pak Lah dah pun umum nak undur diri pada Mac 2009. Baru lah Beliau puas hati sekarang. Sama-sama kita lihat dan tunggu sama ada beliau akan tunaikan janji beliau jika berjaya jadi Timbalan Presiden UMNO…

  4. Dear Big Bro,

    My favorite person to become the next PM. My prediction is Najib will be the next shot term of Prime Minister.

    Adios.

  5. Bila tradisi tidak mahu dituruti, inilah akibatnya. Umno ini amat pelik dalam keadaan sekarang. Presidennya tidak mahu bertanding tetapi masih mahu memegang jawatan. Bagaimana sekiranya DSN menjadi calon tunggal yang melepasi kuota kelayakan bertanding Presiden. Langkah seterusnya yang wajar diambil oleh Pak Lah ialah melepaskan jawatan Presiden UMNO sebaik sahaja selesai pencalonan sekiranya keadaan sedemikian terjadi. Biarlah DSN terus disebut sebagai Presiden UMNO dan menerajui kerajaan untuk mengelakkan kejanggalan dalam pentadbiran parti serta kerajaan.
    Jika parti komponen BN dijadikan iktibar, kita dapat melihat Presiden Gerakan melepaskan jawatan Presiden untuk dipangku oleh TS Koh. Barulah pencalonan bermula dan sebagainya. Dalam MCA pula, DS OKT juga tidak mempertahankan jawatan Presiden tetapi beliau terlebih dahulu melepaskan jawatannya dalam kerajaan. Tampak kedua-duanya lebih bersedia dan mungkin lebih ikhlas dalam keputusan mereka untuk tidak mempertahankan jawatan tertinggi parti.
    Perlu juga diingat bahawa dalam kedua-dua parti berkenaan tidak ada sistem kuota untuk pertandingan jawatan. Dalam MCA misalnya, ketentuan siapa yang bakal menjadi Presiden hanya akan diketahui pada hari pengundian sendiri kerana telah ada dua orang yang menawarkan diri. Gerakan pula sudah menobatkan TS Koh sebagai Presiden kerana tiada calon lain yang mencabarnya.
    Selain itu, berbeza dengan UMNO, kedudukan jawatan tertinggi parti komponen tidak mempengaruhi pucuk pimpinan kerajaan. Sebarang pertukaran teraju kepimpinan mereka tidak membawa kesan yang besar terhadap kerajaan yang memerintah. Sebaliknya sebarang pertukaran teraju UMNO akan turut membawa perubahan kepada pucuk pimpinan kerajaan.
    Adalah janggal UMNO mempunyai seorang Presiden yang tidak mempertahankan jawatan dan dalam masa yang sama mempunyai seorang calon tunggal Presiden yang hanya menanti masa untuk dinobatkan sebagai Presiden oleh Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung empat bulan selepas tempoh pencalonan berakhir.
    Kita tidak pelik sekiranya akan muncul bahagian-bahagian yang masih mencalonkan Pak Lah sebagai Presiden, dan sekiranya kuotanya dapat dicapai, beliau akan bertanding pada bulan Mac nanti. Segalanya tidak mustahil dalam keadaan pucuk pimpinan UMNO yang tidak mahu menurut tradisi pada hari ini.

  6. pm- dato seri najib
    tpm- tan sri muhyiddin yassin
    ketua pemuda- dato mukhriz

    the very best of success to all of them

  7. Najib = Presiden
    Muhyidin = Timb Preiden
    Mukhriz = Ketua Pemuda

  8. Saudara,

    Saya amat bersetuju komen cik Said bahawa calon selain TMY patut berundur diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden.

    Off topik sikit : Kenapa Mat Taib tak patut tanding Timbalan Presiden… bacalah komen saya ini. tq

    Semua orang UMNO apabila berhasrat bertanding sebarang jawatan di dalam parti selalu mengungkapkan alasan demi agama, bangsa dan negara bagi menjustifikasikan niat/tindakan mereka. Hampir tiada yang akan memberikan alasan demi untuk kemajuan karier peribadi. Di dalam perkara ini Tan Sri Mat Taib aka “Mike Tyson” harus dipuji kerana berterus terang seperti katanya ketika mengumumkan keputusan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO iaitu beliau sudah banyak kali beliau mengambil peperiksaan SPM (bertanding Naib Presiden 1993, 1996, 2000, 2004) dan sudah tiba masanya untuk Ketua Penerangan UMNO ini mengambil peperiksaan STPM (bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO).

    Namun kewajaran Tan Sri Mat Taib bertanding nombor dua di dalam hierarki UMNO boleh dipertikaikan. Hakikat ini timbul apabila kita mengambil kira kepentingan negara, bangsa dan parti. Ini berpunca kepada fakta bahawa secara tradisinya sesiapa yang memegan jawatan ini akan juga secara tradisi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

    Sememengnya jawatan Timbalan Perdana Menteri bukanlah jawatan yang diwujudkan oleh Perlembagaan Persekutuan seperti mana jawatan Perdana Menteri yang tata cara perlantikannya telah dimaktubkan didalam perlembagaan negara yang merupakan undang-undang tertinggi malaysia. Jawatan TPM adalah jawatan yang wujud hasil konvensyen perlembagaan.

    Namun sejarah telah menyaksikan jawatan TPM berevolusi menjadi jawatan kedua paling penting selepas PM. Ini kerana mengikut tradisi UMNO individu yang memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO akan juga memegang jawatan TPM dan mengikut tradisinya akan menggantikan Perdana Menteri apabila sesuatu terjadi kepada pemegang jawatan PM atau PM mengundur diri dari jawatan tersebut dan selaku Presiden UMNO.

    Tradisi ini telah dimulakan oleh Presiden UMNO kedua dan PM pertama negara iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman apabila beliau telah melantik Timbalan Presiden UMNO Allahyarham Tun Abdul Razak memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri setelah beliau (Tunku) dilantik menjadi Perdana Menteri apabila negara merdeka pada tahun 1957. Konvensyen ini kemudiannya telah diterus dan perkukuhkan oleh Tun Razak apabila beliau melantik Allahyarham Tun Dr.Ismail sebagai TPM ketika mengambilalih jawatan PM daripad Tunku apabila Tunku bersara di dalam tahun 1970, Tun Dr.Ismail yang meninggal dunia pada tahun 1973 kemudiannya digantikan oleh Allahyarham Tun Hussein Onn.

    Apabila Tun Abdul Razak meninggal dunia pada tahun 1976 semasa masih memegang jawatan PM beliau digantikan oleh TPM Tun Hussein. Proses pewarisan ini telah berterusan semasa era Tun Dr.Mahathir dan Pak Lah.

    Mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 43 Fasal 2 (a) seorang Perdana Menteri hendaklah dilantik dari kalangan ahli Dewan Rakyat. seorang ahli Dewan Negara (Senator) berkelayakan dilantik sebagai anggota Jemaah Menteri mahupun Timbalan Perdana Menteri tetapi seorang Senator tidak boleh sekali-kali mengikut Perlembagaan dilantik sebagai Perdana Menteri. Jika beliau ingin menjadi PM beliau harus meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Negara dan bertanding di dalam pilihanraya kecil Parlimen dan memenanginya.

    Ditakdirkan Allah SWT YB.Senator Tan Sri Muhammad Taib menang jawatan Timbalan Presiden UMNO di dalam Perhimpunan Agong UMNO Mac 2009 maka beliau akan dilantik sebagai TPM mengikut tradisi UMNO, ini tidak menjadi masalah asalkan parti UMNO/BN masih berkuasa namun komplikasi dan krisis perlembagaan akan timbul jika (mohon dijauhkan Allah SWT) berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada PM. Ketika itu bagaimana Tan Sri mat Taib hendak dilantik oleh yang sri Paduka Baginda Di Pertuan Agong sebagai PM kerana beliau bukan ahli Dewan Rakyat.

    Ya beliau boleh bertanding di dalam pilihanraya kecil Parlimen namun ketika ini hanya ada empat kerusi Parlimen yang masih dikuasai UMNO di negeri Selangor iaitu Parlimen Sabak Bernam, Tanjung Karang, Sungai Besar dan Sepang. Hari ini bagi Parlimen Tanjung Karang dan Sepang keduanya diwakili oleh Anggota Kabinet yang juga adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO manakala bagi ahli parlimen Sungai Besar pula beliau adalah Timbalan Menteri adalah amat merugikan kepada parti jika beliau perlu meletak jawata. Hakikatnya hanya ada satu kerusi Parlimen yang dipegang oleh individu yang tidak memegang jawatan pentadbiran persekutuan iaitu ahli parlimen sabak Bernam.

    Namun Tan Sri Mat Taib adalah Ketua Umno Bahagian Kelana Jaya iaitu kawasan parlimen yang bermaoriti bukan Melayu. Ahli parlimen Kelana Jaya hari ini adalah dari parti pembangkang PKR. Jika diadakan pilihanraya umum untuk beliau bertanding agar membolehkannya dilantik menjadi Perdana Menteri jika sesuatu berlaku kepada PM bukan sahaja proses ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan dari notis peletakkan jawatan salah seorang ahli parlimen dari UMNO Selangor yang ada (ahli yang meletakkan jawatan juga tidak boleh bertanding selama lima tahun) belum tentua lagi beliau akan menang di dalam iklim politik hari ini.

    Pada masa itu negara yang tidak mempunyai ketua kerajaan berkemungkinan akan berada dalam situasi kelam kabut. Alternatifnya adalah untuk melantik salah seorang dari enam Naib Presiden UMNO yang merupakan Ahli Parlimen untuk menjadi PM sementara atau melantik salah seorang pemimpin parti komponen BN yang mana paling kanan bermula dengan Presiden Parti MCA sebagai Perdana Menteri.

    Sudah tentu alternatif-alternatif ini kurang sesuai. Cara yang paling baik sebenarnya adalah bagi Tan Sri Mat Taib yang terkenal dengan kesetiaan kepada UMNO (beliau patuh kepada arahan Presiden untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor pada tahun 1997 dan bercuti dari semua jawatan parti ekoran terbabit dengan insiden bawa beg berisi wang akibat ketidakpandaian membaca borang berbahasa Inggeris di Australia, beliau tidak keluar parti dan berjuang di platform pembangkang sebaliknya menerima hukuman yang diberikan parti) meletakkan kepentingan negara serta parti di atas kepentingan peribadi dan mengundur diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden. Eloklah beliau menumpukan tenaganya untuk mengembalikan kekuatan UMNO Selangor dan menjadikannya sebagai kerajaan di negeri Selangor Darul Ehsan pasca PRU-13. Bukan beliau tidak layak untuk jawatan Timbalan Presiden namun keadaan menyebabkan beliau perlu untuk meletakkan prioriti beliau ditempat yang lebih hak iaitu utuk memperkasa UMNO Selangor selaku Pengerusi UMNO dan BN Selangor.

  9. Remember this???

    R
    A
    H
    M
    A
    N
    ???????????????????????? theory

    hahahahahaaa

  10. Ni yang dia nak sebenarnya. Tu sebab selama ni dok bising menyalak tak habis2. Macam2 benda nak dikutuk nak jadi hero, bukan ikhlas, tapi tamak kuasa jugak.

  11. […] not defending the UMNO Presidency, which provided relief to many. UMNO Deputy President aspirant Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yasin announces his candidacy. Tun Dr. Mahathir warned for ‘Level Four Boys’ influence beyond PM […]


Leave a comment