Rais: Agenda ‘bakar jambatan’ atau keangkuhan?

 

Minister-in-charge of Communications, Information & Culture Dr. Rais Yatim

Isu yang membelenggu Menteri Penerangan, Kommunikasi dan Kebudayaan Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Ph.D menjadi antara bahan bualan rancak dalam PAU 2011 yang baru selesai semalam. Bukan sahaja dikalangan Perwakilan dan mereka yang datang ke PWTC untuk mengikuti PAU, malah ianya menjadi topik hangat media yang mendukung Perjuangan UMNO.

Sepanjang dua minggu ini, antara topik hangat dibangkitkan dan menjadi perhatian khusus warga media ialah episod dimana Rais membuat laporan Polis keatas seorang blogger yang dihormati, Datuk Ahirudin “Rocky” Attan pada 12 Oktober 2010. Laporan Polis itu juga mengaitkan penulis, yang mana artikel bertarikh 8 Oktober 2010 yang telah dilink oleh Rocky pada 9 Oktober 2010 telah dijadikan rujukan laporan Polis itu, yang disifatkan Rais sebagai ‘berniat jahat’.

Ianya menjadi kontroversi kerana kedudukan Rais sebagai Menteri Kabinet yang sepatutnya bertanggung jawab keatas alam siber mengambil pendekatan ‘keras’ keatas artikel Rocky dan penulis, berbanding dengan pendekatan ‘merangkumi’.

Tindakan ‘keras’ Rais ini disifatkan ‘keterlaluan’ oleh banyak pihak, terutama dikalangan pengamal media samada arus perdana atau baru. Ianya menjadi perhatian terlalu ramai pihak sehinggakan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yasin sendiri membuat komen mengenai tindakan Rais ini.

Penulis sebagai pengamal media baru untuk membuat liputan sepanjang PAU 2011. Antara isu yang dibangkitkan ramai pengamal media arus perdana kepada penulis sepanjang PAU 2011 ialah tindakan Rais keatas Rocky dan kegagalan RTM menyiarkan siaran langsung ucapan dasar Timbalan Presiden UMNO semasa pembukaan serentak Mesyuarat Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada 19 Oktober 2010.

Ini adalah perkara yang luar biasa kerana ucapan dasar Timbalan Presiden dianggap sebagai ‘pembuka bicara’ PAU setiap tahun. Ianya menjadi perhatian sehingga rencana meja pengarang Mingguan Malaysia, Awang Selamat, memilih untuk membangkitkan isu ini:

“Awang lega sesungguhnya para pemimpin utama UMNO dalam perhimpunan kali ini responsif kepada suara orang Melayu dan ahli UMNO di akar umbi. Agenda Melayu tetap subur biarpun parti itu perlu lebih bijak mengurus aspirasi kaum lain dalam landskap politik lebih mencabar. Ucapan Muhyiddin pada perasmian persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri juga cukup baik dan sendat dengan mesej. (Cuma anehnya, buat pertama kali, ucapan Timbalan Presiden tidak mendapat liputan siaran langsung daripada RTM)

Apabila ianya menjadi perkara hangat dibangkitkan ramai pihak termasuk dikalangan Pimpinan Tertinggi parti sendiri, maka diberitahu bahawa Rais membuat respons peribadi kepada Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin melalui sms.

Apakah ini merupakan agenda Rais untuk ‘bakar jambatan’ lagi sekali?

Untuk rekod, satu perbincangan dikalangan pegawai tertinggi Kementerian Penerangan, Kommunikasi dan Kebudayaan telah berlaku sebelum keputusan untuk tidak menyiarkan ucapan dasar Timbalan Presiden PAU 2011 ini. Memandangkan ini merupakan keputusan politik, maka rais sebagai Menteri dalam KPKK dan ‘Tuan Politik’ wajar bertanggung jawab keatas kegagalan penyiaran secara langsung ucapan dasar Timbalan Presiden UMNO, yang terbukti amat penting mesej ‘”Tidak apologetik” telah disampaikan kepada Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

 

Karikatur Menteri Multimedia 'bakar jambatan' dengan pengamal Media Baru

Rais memang seorang pemimpin UMNO yang terkenal dengan keangkuhan ‘bakar jambatan’. Bermula dari perebutan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO semasa pemilihan parti April 1987 dimana Rais menjadi ‘orang kuat’ Team B yang dipimpin Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah mencabar Kepimpinan Presiden UMNO masa itu Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad. Rais juga merupakan Menteri Luar Negar pada masa itu, setelah menduduki Menteri Penerangan antara 1984-6.

Sekiranya Rais benar benar mendukung untuk mengukuhkan Kepimpinan PM Najib, maka ucapan dasar TPM Muhyiddin wajar dilihat sebagai mesej konsisten Kepimpinan Tertinggi UMNO kepada ahli sebagai mesej menyeluruh. Rais sepatutnya berusaha untuk semua mesej mesej rasmi Kepimpinan Tertinggi UMNO ini disebarkan dan bukan di’halang’.

Apakah episod membuat laporan Polis keatas Rocky dan mengagalkan siaran langsung RTM keatas ucapan dasar Muhyiddin merupakan bukti ‘keangkuhan’ Rais yang dipertontonkan semula?

Ada penganalisa politik Melayu membangkitkan kepada penulis sehari sebelum PAU 2011 ini bermula bahawa Rais sebenarnya ‘ancaman’ politik sebenar kepada Muhyiddin dan bukan personaliti lain. Walaupun Rais adalah jauh lebih berusia berbanding Muhyiddin, kemampuan beliau untuk mengagalkan sebarang agenda politik Muhyiddin berbanding dengan pemimpin lain yang ‘berhajat’.

Sejarah telah menunjukan Rais pernah mengkhianati UMNO apabila agenda beliau tidak berjaya dicapai. Apabila UMNO diumumkan haram pada 4 Feb 1988, Rais adalah antara mereka yang menjadi jawatankuasa penaja UMNO 1946. Kegagalan UMNO 1946 untuk didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan mengakibatkan Parti Semangat 46 lahir dan Rais menjadi Timbalan Presiden. Semangat 46 bertanding menentang UMNO pada PRU 8 1990 dan PRU 9 1995. Semangat 46 dibubarkan pada 1996 dan sejumlah besar kembali kedalam UMNO, termasuk Rais. Rais diberikan peluang bertanding di Jelebu bawah tiket BN pada PRU 10 November 1999 dan kembali keadalam Kabinet, bawah Perdana Menteri IV Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Kami di BigDogDotCom masih lagi menunggu laporan Rais kepada SPRM mengenai artikel Rocky (sebagaimana yang beliau ugut ingin lakukan pada 11 Oktober 2010 kepada The Malay Mail) dan respons beliau atas petisyen untuk injuksi yang difailkann oleh Abdul Razak Mohd. Noor, Aishah Harun dan Numix Engineering Sdn. Bhd. keatas Desmond Looh, Magic Telecoms Sdn. Bhd. dan Sejahtera Selalu Sdn. Bhd. pada Jumaat 22 Oktober 2010 (tarikh perbicaraan ialah 18 November 2010) yang dikatakan mengaitkan nama Dino Rais.

 

 

 

 

 

Published in: on October 24, 2010 at 12:58  Comments (14)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/10/24/rais-agenda-bakar-jambatan-atau-keangkuhan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

14 CommentsLeave a comment

  1. Wasn’t that what happened to all media Liputan this time round….

    As little Direct Liputan on UMNO General Assembly so as not to Cause Fear or Provoke the Non Malays..

    Is this instructions coming from Najib Himself?
    Who knows… but we know Khadam Rais will only act on Najib’s Instructions.

    • You think so…??

      Mostly likely you are mistaken.

      Rais probably thinks he is bigger than PM Najib. He was already a Menteri Besar when PM Najib had his first running-in ‘training wheels’ in Tun Hussein’s Cabinet as Deputy Telecoms and Energy Minister in 1978.

      When PM Najib got his MB-ship in April 1982, Rais has already been made the Minister of Land and Regional Development (in charge of all Felda schemes). PM Najib only got to do that when he was made the DPM in 2004.

      PM Najib only got to go for UMNO Vice Presidency in 1993. Rais already a Deputy President of Semangat 46 five years earlier, which was a spin off from UMNO.

      This is ‘block’ against DPM Muhiyiddin all about Rais. Nothing to do with PM Najib. If Rais used his ‘political brain’, then DPM Muhyiddin’s speech would complement PM Najib’s keynote address. No way in hell PM Najib or any of his men would issue “instruction” to ‘block’ DPM Muhyiddin’s speech from live airing over RTM!

      PM Najib needed Muhyiddin to work with him. Only people like Rais would conveniently ‘miss’ that one out. Arrogance probably set it.

  2. salam Tuan..

    penulisan yang sangat2 menarik
    harap dpt diberi tunjuk ajar…
    saya telah memasukkn blog Tuan dlm blog pilihan saya..
    harapan juga agar saudara membantu saya mempromosikn blog sesat jalan bertanya

    hariz hussein
    blogger sesat jalan bertanya

  3. Bila rocky bru and yourself wrote tentang Santa Rais, itu berniat jahat ? Yang halang siaran ucapa Muhyiddin tu niat apa? niat puasa sunat?

  4. “political gays ” sudah berlaku.Siapa yang lebih sayang ketua akan diberi ganjaran.Dahulu Nazri,KJ,Zaid adalah “political gays”kepada Pak Lah Flip-Flop sekarang “Pembakar jambatan ” sudah berteman untuk kenakan seseorang.

  5. His political epitaph:-

    A bridge arsonist who later cried wolf. Finished after getting swallowed by his massive ego.

  6. […] This has something to do with the MCMC’s on-going investigation into me and fellow blogger Big Dog following the police report lodged against me on Oct […]

  7. aku pelik apa salahnya dia buat repot polis sbb pada aku dgn itu dia akan menjadi isu rasmi drpd angin saja .

  8. Biggie,

    Rais Yatim brought this upon himself. He attracted far too much attention, becoz he was arrogant and his pride is paramount to everything else. The petition for injunction between the two companies could go un-noticed but he had to bring maximum attraction to it: by making a Police report against a highly respected blogger/editor.

    One of two things must hv happened before the Police report was made:

    1. Rais never read the blogs, dunno how blogs work and thus pander to the ill advice of people like Zainal Epi and Nor Azli
    2. Rais is really stupid, obsolete in technology and is behind in all the new and social media

    I remembered he made some comments against blogs, twitters and even facebook.

    So unbecoming of him as the Minister of Information, Communications and Culture!

    • Thank you.

      You are right. Rais is doing PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak a great disservice by alienating bloggers and new media practitioners to a point of ‘adversarial’ instead of ‘engaging’. In fact, PM Najib is very open to new and social media.

      In his closing address in this year’s PAU 2011, he asked UMNO to embrace new and social media.

      PM Najib should throw Rais out of his Cabinet ASAP.

  9. jawab nya….korek lagi issue2

  10. big mistake on part of Rais. can he really be that stupid? i’d like to think not, but…his action to lodge a police report over your and rocky’s postings certainly speaks for itself.

    was that a criminal act? seditious?

    so, yes…he is malicious and petty. not a all befitting of a minister.


Leave a comment