Apakah keberkesanan pemansuhan MECD dan letak MARA dan Tekun bawah KKLW?

Persoalan yang dibangkitkan kami di BigDogDotCom bangkitkan disini sejurus Perdana Menteri VI Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan Kabinet pertamanya Khamis 9 April, mengenai apa akan jadi kepada agensi ‘Agenda Melayu’ seperti MARA setelah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Kooperasi (MECD) dimansuhkan terjawab dalam Utusan Malaysia pagi ini.

Mansuh MeCD: Kerajaan tidak abai kepentingan bumiputera

Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 12 April – Kerajaan memberi jaminan kepentingan masyarakat bumiputera di negara ini tidak akan diabaikan walaupun Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) telah dimansuhkan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, konsep Kabinet ialah membuat keputusan berdasarkan tanggungjawab bersama yang membabitkan semua kementerian dan tidak memberi tumpuan kepada kementerian tertentu saja.

“Di mana-mana pun Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) boleh letak (agensi di bawah MeCD). Dulu Felda di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, kemudian dipindah ke Jabatan Perdana Menteri. Diletak di mana pun tanggungjawab agensi ini masih penting.

“Keputusan Kabinet kolektif, dasar yang dipersetujui bersama seperti pembangunan bumiputera dan usaha menterjemahkan beberapa prinsip Dasar Ekonomi Baru (DEB) ke dalam konteks sekarang, masih menjadi agenda Kabinet,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis tahlil dan doa selamat serta meraikan ahli-ahli UMNO Bahagian Pagoh di kediamannya di Bukit Damansara di sini hari ini.

Pada majlis itu, Muhyiddin menerima memorandum daripada Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar yang antara kandungannya meminta kerajaan mewujudkan kembali MeCD bagi meneruskan agenda membela bumiputera dengan berkesan.

Agensi di bawah MeCD iaitu Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) kini diserapkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) pula diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, beliau mengetahui sebab Najib memansuhkan MeCD tetapi setakat ini tidak bercadang menjelaskan tujuannya kepada khalayak umum.

“Sesuatu perkara yang dibuat oleh Perdana Menteri dan Presiden UMNO adalah atas sebab-sebab tertentu, kadang-kadang kita susah hendak faham.

“Saya tahu apa sebab beliau buat begitu. Tetapi tidak perlu pada masa ini untuk saya jelaskan kepada khalayak umum,” katanya.

Menurutnya, sedikit masa lagi kerajaan akan membuat penjelasan terperinci sebab-sebab pemansuhan itu dan tidak pasti sama ada beliau atau Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan yang akan diarahkan oleh Perdana Menteri untuk memberi penerangan itu.

“Jaminan yang saya boleh beri ialah tiada satu pun kementerian atau agensi yang dianggap tidak penting. Jadi kita kena beri kepercayaan kepada kerajaan dan kepada pimpinan kita untuk menjelaskannya.

“Umpamanya Mara, ia badan penting selaras keputusan Kongres Ekonomi Melayu untuk membangunkan usahawan bumiputera dan mendidik anak-anak. Apakah dengan tiada MeCD peranan ini terabai? Saya tak fikir begitu, mungkin lebih utama lagi,” ujarnya.

************************

 

Kami membangkitkan perkara yang sama terus kepada TPM Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yasin pada Jumaat lepas dan beliau mengesyorkan perkara ini akan diperhalusi segera. Namun kenyataan rasmi PM Dato’ Seri Najib setakat ini belum diperolehi.

Pembaca BigDogDotCom membangkitkan: sebelum pengumuman Kabinet pada Khamis 9 April 2009, Kerajaan Persekutuan memperuntukan dua kementerian khusus untuk menjaga ‘Agenda Melayu’ iaitu Kementerian pembangunan Usahawan dan Kooperasi (MECD) dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Ini bermakna, aada 2 Menteri, 4 Timbalan Menteri, 2 KSU, 4 TKSU dan berpuluh Pengarah dan Setiausaha Bahagian ditugaskan untuk melaksanakan program dibawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) seperti Felda, Felcra, MARA, Bank Rakyat, SME Bank, Angkasa, LPKP, Tekun, UDA, PNS, PKK dan sebagainya. NGO seperti Persatuan Francais Malaysia (MFA) juga bernaung bawah MECD.

Kini, semua tanggung jawab itu dibuat oleh satu kementerian semata mata. Apa yang perlu dihasilkan (deliverables) adalah amat besar. Persoalanya, apakah keberkesanan untuk merancang dan melaksana semua program ini dengan sumber yang diperuntukan hanya untuk sebuah kementerian?

Dahulu semasa dua kementerian dengan sumber sempurna sekalipun, perlaksanaan setakat ini tidak menunjukan kesan strategik yang boleh dibanggakan. Hanya setakat memenuhi objektif sahaja.

Persoalan “Tigabelas juta Ringgit” ialah, apakah keghairahan untuk ‘menambat hati’ Bukan Melayu yang PM Dato’ Seri Najib cuba laksanakan ini, terutama setelah mesej jelas undi Cina semasa kegagalan BN di PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau akan mengakibatkan program perlaksanaan ‘Agenda Melayu’ makin tiris?

Itulah apa yang kami di BigDogDotCom risaukan. Kami amat berharap PM Dato’ Seri Najib tidak ‘terlepas pandang’ apabila merancang Kabinet pertamanya itu.

Sebagai menyingkap sejarah, ayahanda PM Dato’ Seri Najib, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein merupakan seorang yang banyak memberikan perhatian kepada program pembangunan luar bandar, khususnya melibatkan orang Melayu. Beliau, selaku Timbalan Perdana Menteri  merupakan pengerak utama dibelakang kelahiran MARA (melalui Akta MARA), Institut Teknologi MARA (kini Universiti Teknologi MARA) dan Institut Kemahiran MARA (IKM) pada tahun 1966 dan pemangkin kepada Kongress Ekonomi Bumiputra pertama (1965). Menteri Pembangunan Luar Bandar masa itu pula merupakan Allahyarham Tun Ghaffar Baba, yang begitu menekankan menyeluruh aspek ‘Agenda Melayu’. 

Satu perkara yang menarik ialah sejarah Tun Abdul Razak berhadapan dengan keadaan ketengangan intra-etnik dan kejayaan merumuskan formula untuk semua pihak bergerak dalam keadaan harmoni. Beliau merupakan Pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) semasa Parlimen digantung akibat peristiwa berdarah 13 Mei 1969, berjaya mengumpul semua parti politik mewakili semua kumpulan etnik untuk duduk berunding (kecuali parti Chauvinis Cina DAP), yang melahirkan Majlis Perundingan Negara dan arkitek Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1971 dan Barisan Nasional pada 1973. Ini bermakna beliau berjaya meredakan keadaan tegang, ‘menambat hati’ Bukan Melayu (termasuk parti Pembangkang Gerakan) untuk bersama sama duduk berunding, menubuhkan Kerajaan konsep ‘kongsi kuasa’ yang begitu effektif dan merangka dan melaksana program pembangunan yang memberi tumpuan kepada orang Melayu.

Inilah cabaran yang kami di BigDogDotCom lontarkan kepada Kepimpinan Perdana Menteri VI Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak, terutama dalam cabaran globalisasi, krisis ekonomi global dan kerenggangan hubungan intra-etnik akibat dasar liberasi PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Published in: on April 13, 2009 at 18:31  Comments (30)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/04/13/4182/trackback/

RSS feed for comments on this post.

30 CommentsLeave a comment

  1. Jika Najib, saperti Dollah dirasakan adalah Perdana Menteri kepada Cina dan India tetapi bukan PM kepada Melayu – bye, bye BN.

    Cempaka

  2. Ketika barisan kabinet diumumkan saya rasa amat teruja. Namun rasa berkenaan hanya tahan beberapa jam sahaja apabila sehingga ke hari ini masih belum ada penjelasan yang jelas tentang hala tuju aktiviti yang dahulunya dipertanggungjawabkan kepada MeCD baik daripada PM, KSN atau pun mana-mana Menteri lain.

    Yang ada cuma kenyataan mengatakan TEKUN dan MARA di letakkan di bawah KKLW, seolah-olah MeCD dahulu hanya didokong oleh dua agensi ini. Bagaimana dengan agensi-agensi lain seperti LPKP, UDA, Bank Rakyat, SME Bank, PNS dan lain-lain lagi?

  3. Agensi Korupsi semua ni. Tempat pegawai kerajaan cari makan.
    Jangan siapa nak dalih lagi benda terang lagi bersuluh.
    Kalau aku jadi najib semua aku goreng, ganti semuanya.
    Kurang hajar makan duit haram.

    Apa yang korupnya mengenai MARA, UniKL, IKM dan Pusat GiatMARA?

    Kalau MARA penuh dengan pegawai yang korup, masakan lebih 90,000 anak Melayu sudah lulus dengan cemerlang melalui sistem MRSM dan berjaya dibiaya diperingkat IPT, samada dalam negeri atau luar?

    • Jangan main tuduh-tuduh korupsi. Saya pasti tidak ada anggota kerja MARA, UniKL, IKM dan Pusat GiatMARA. Kalau ada pun sedikit sahaja. Apa kena mengena kurapsi dengan membiayai pelajar cemerlang. Bukanya boleh ambik duit atau biasiswa pelajar pun mereka ini. Fikirlah sendiri sebelum melemparkan tuduhan.

      Bagi masa PM kita masa untuk bernafas.

  4. Tuan Big Dog,

    Apakah tindakan DS Najib menyusun Jemaah Menteri sebeginirupa adalah umpama “Kera dihutan disusukan, anak dibuaian mati tak makan”?????

    Ayahnya amat berjasa pada Bangsa Melayu! Anaknya sanggup gadai agenda Melayu utk dapatkan undi Cina!

    Patutnya, DS Najib berusaha sampai jaya utk Pas kembali pada BN dan kuatkan politik Melayu, BUKAN GADAI KUASA BANGUNKAN ANAK MELAYU!!!!

    Terima kasih.

    Pandangan yang amat baik. PM DS Najib Razak wajar usaha untuk PAS kembali kepangkuan BN dan menguatkan kuasa politik ditangan Bangsa Melayu. Barulah Bukan Melayu tak ‘mengada ngada’ mintak untuk engkar dan hina DYMM Raja Melayulah, DPM kedualah, perkataan Allah dalam gereja dan injillah, kuota 30% Bumiputra dalam syarikat akan disenarai di Bursa Malaysialah dsbnya.

  5. saya berpendapat jawatan Menteri-menteri tidak seharusnya dijadikan gula-gula seperti amalan pentadbiran yang lepas … tindakan Najib mengurangkan jemaah menterinya sangatlah dialu-alukan

    persoalan sama ada MARA, TEKUN, UDA, dsg diletakkan dibawah mana2 Kementerian bukan satu isu yg besar … jikalau agensi2 tersebut diletakkan terus dibawah Jabatan Perdana Menteri pun tak menjadi soal … yang paling utama ialah agensi itu terus wujud dan kewujudannya dipertahankan dengan akta perlembagaan, bukan wujud sekadar wujud tanpa ada hitam putih

  6. Di bawah MeCD bukan hanya TEKUN dan MARA tapi banyak lagi. Seperti kami yang terlibat dengan gerakan koperasi, Maktab Kerjasama Malaysia, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Bank Rakyat, tiada kata putus mengenai hala tuju kami. Semalam perhimpunan bulanan terakhir MeCD, turut dihadiri mantan menteri tetapi masing2 tiada kata putus mengenai teka teki yang berlegar2 dalam pemikiran. Sedangkan KSU sendiri tidak tahu ke mana beliau akan tercampak, apatah lagi kami ini yang sekadar orang bawahan..

  7. Big Dog cakap — “Apa yang korupnya mengenai MARA, UniKL, IKM dan Pusat GiatMARA? Kalau MARA penuh dengan pegawai yang korup, masakan lebih 90,000 anak Melayu sudah lulus dengan cemerlang melalui sistem MRSM dan berjaya dibiaya diperingkat IPT, samada dalam negeri atau luar?”

    Cukuplah menipu Melayu.

    Kalau takde rasuah, dah 300,000 anak Melayu dapat dibiayai oleh MARA apatah lagi org miskin bukan Melayu pun boleh dapat skit

    Pasal rasuah tinggal 90,000 jer yg dapat bantuan

    Apa rasuahnya yang ujud dalam sistem pembiayaan dan pelajaran menengah MARA? Apa mekanisma rasuah dalam pelajaran menengah dan pembiayaan pasca SPM MARA?

    Tak logik langsung!

    90,000 hanya pelajar luar bandar yang berjaya lulus dari sistem MRSM, dari program perintis seramai 120 orang tingkatan satu dalam sebuah bangunan sementara (bekas kediaman rasmi MB Negeri Sembilan) pada tahun 1972.

    Pembiayaan pasca SPM/STPM/A Levels/Matrikulasi/Diploma jauh lebih banyak dari itu. Malah beratus ribu.

    Jangan senang senang lempar tuduhan tanpa asas!

  8. seriously~ 0.o I don’t get it. Why must it be that MARA has to be under the purview of certain ministry to be able to serve the rights of bumiputera? I’m not against or for the proposal, just amused that’s all.

    bumiputera or non-bumiputera, i’m here to remind that these sort of alms will have to be review as we talk now, other countries are growing at a much higher rate at our expense while we argue which ministry is supposed to serve the welfare of certain race. Grow up and start venturing overseas to see it for yourself, malaysia with a population of 22million is just a pretty tiny country

    MECD is a Ministry to look after development programs and specific projects of the Malays, are per provided and allocated in the Federal Constitution. Those were original provisions when Federation of Malaysia achieved its independence. Please look it up.

    It is not about giving alms and charities!

    At no cost, the Malays will allow all these provisions be expendable, for the wrong reasons but to serve the interests of the majority. And that is democracy. These provisions in the Federal Constitution of the Malays are democratically instituted.

  9. Everybody should look after it (the Malay?)

    Everybody means nobody.

    It gives rise to finger pointing.

    Then all balik kepada “Bangau O Bangau”

    Mungkin ini semua nak menyenangkan hati orang sebelah kot.

  10. BigDog,

    Kalau you mau contrek/subcon/pangkat dr MARA, Tekun, MECD, you tak paya risau. Saya talipon Jib kat Putrajaya mintak dia pulihkan semula MeCD. Pasti Jib takkan tolak.

    Lepas tu, jgn lupa jasa saya ok? Bagi sikit sabcon kasi saya pun boleh. Skarang ekonomi gawat, you and I susah-susah. Mercedis aku sudah pandu empat tahun. Anak bini dan gundik pun kena bagi makan. Bangalo dengan pelbagai bumbung & “shiny stainless-steel” gate pun kena baya bank…

    Tapi kena tunggu sampei esok. Kena beli reload Xpax utk henfon saya dulu.

    Hang in there, man…

    Tidak semua Melayu menyara kehidupan dengan kontrak atau pangkat. Ramai Melayu merupakan professional dan mampu menyara kehidupan, dengan usaha. minda dan kudrat yang Tuhan anugerahkan.

    Namun, tidak semestinya Melayu professional tidak perihatin apa yang ramai Melayu luar bandar terpaksa tempuh dan harungi, terutama isu pelajaran dan bantuan kewangan mikro. Kami mempertahankan semua agensi bawah MECD demi ‘Agenda Melayu’.

    MECD merupakan Kementerian yang diujudkan bagi semua peruntukan khas sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dilaksana.

    Kalau sakit hati sangat mengenai apa yang Perlembangaan Persekutuan peruntukan untuk orang Melayu, pergilah migrasi kenegara lain, dimana peruntukan demikian untuk anak pribumi tidak ujud. Jangan tulis komen dalam blog orang HANYA BERTUJUAN KERANA SAKIT HATI!

  11. hahahahah…What is Najib’s SWOT? Strategic Planning? Tacktical Planning? Operational Planning? Beats me.. no time to teka-teka one. Open table laa.. senang cerita.

  12. BigDog,

    Adakah Anda akan Tuduh “Flip Flop” Badawai Lagi?

    Nampaknya the Truth About Najib is Out…..

    Do You Know that the old man was asleep whilst Najib was playing PM? And he suckered you into thinking Badawi was the culprit!!

    I vehemently disagree!

    The persons who played PM were Kamaluddin Abdullah, Khairy Jamaluddin and the ‘Level Four Boys’.

  13. KISAH BENAR, BACA DI SINI!

    http://parpukari.blogspot.com/2009/04/suratkhabar-cina-lapor-berita-palsu.html

  14. BRO, SAYA PERCAYA BAHAWA DS NAJIB DAN TS MUHYIDDIN ADA CARA YANG BAIK UNTUK MENGATASI MASALAH INI!

  15. Najib vs Guan Eng

    Najib: Hapuskan MECD utk org Melayu + Bumi

    Guan Eng: Ujudkan satu office untuk pendidikan cina dibawah Chong Eng

    Hhmmm agak-agak kaum mana yg untung dalam permainan politik Malaysia hari ni?…dan apsal bila Guan Eng buat ofis utk pendidikan cina takde sape panggil dia racist ek? (kesian melayu penang…sokongla DAP lagi lain kali)

    Kalau setakat hapuskan MECD (yg merupakan implementasi kepada hak istimewa melayu + bumiputera seperti dalam perlembagaan) semata mata nak sokongan cina dan india..hentikanlah pasal ultra-cina dan ultra-indians TAK AKAN SOKONG UMNO/BN….mereka bukan peduli atau cuba nak memahami sejarah ttg perlembagaan, asas pembentukan Malaysia….

    tak payah la Najib nak ikut rentak politik melayu-liberal PR tu…jgn ingat org melayu akan berdiam diri…(apa-apapun aku masih tunggu penjelasan Najib dalam hal ni)

    Ke-arah 1Malaysia, Najib sepatutnya work towards ONE education, iaitu memperbaiki silabus dan mutu sekolah kebangsaan (mcm tambah module bahasa mandarin/tamil-melayu pun leh belajar sekali) dalam usaha menghapuskan terus sekolah vernakular (mcm mana anak2 nak bersatu kalau belajar pun asing asing)

  16. Kita adalah kaum majoriti ditanah air ini. Itu semua orang tahu. Sungguh pun begitu, apa yang nyata sekarang ini, tidak menunjukkan kita sebagai majoriti. Kedudukan bangsa dan hak kita kebelakangan ini sering dipersoalkan. Kita sekarang telah dan sedang dipermain2kan. Kaum minoriti kini sedar, keadaan sebaliknya sedang berlaku. Merekalah kini yang menjadi penentu kepada keputusan pilihanraya. Bagaimana mereka mampu berbuat demikian sedangkan sepatutnya kitalah kaum majoriti yang menentukan segala2nya. Ini pun semua orang tahu. Mudah sahaja – mereka bersatu dgn mengenepikan fahaman politik dan titik bengik masing2. Mereka mampu tidur sebantal walau pun mimpi masing2 tidak sama. Apa yang penting bagi mereka adalah kepentingan kaum mereka sentiasa dipertingkatkan dari masa kemasa. Mereka sedar apa maknanya bersatu. Malangnya, keadaan sebaliknya berlaku kepada bangsa kita – kita hilang hak dan kekuasaan sedikit demi sedikit sejak merdeka 51 tahun yang lampau. Keadaan makin ternyata kebelakangan ini.

    Bersatunya mereka berbeza sekali dengan kita (yang majority). Kita berpecah belah dan saling tuduh menuduh, caci mencaci, salah menyalahkan dan berbagai2 lagi semata2 demi kepentingan peribadi, kuasa dan politik masing2. Sebenarnya kita mempertaruhkan kelangsungan bangsa dan anak cucu kita. Pemikiran kita hanya dipengaruhi dendam kesumat, emosi serta faedah keatas diri atau kelompok sendiri. Masing2 mempunyai sifat EGO yang tinggi. Tok guru yang faham Al Quran dan Hadith dan dibibir tak lekang dgn ayat2 Allah pun boleh “lalai” betapa Allah SWT memerintahkan kebersatuan umat Islam. Malahan mereka lebih “aman dan bahagia” bersatu dengan kaum kafirin laknatullah (mungkinkah mereka terlupa ayat-ayat Allah, atau pun disengajakkan demi “kepentingan duniawi”). Inilah satu lagi EGO yang tidak boleh kita terima. Ada juga individu yang hanya memperjuangkan cita2 basi untuk menjadi peneraju negara. Ia sanggup berbuat apa saja waima memperjudikan masa depan bangsa. Umpan2 yang dipasang memang enak dan termakan oleh golongan2 yang lapar dan tidak tahu sejarah. Maka berpecah lagilah kita.

    Maka saya tertanya2, dimanakah jati diri kita sebagai umat Islam yang berpegang kepada Al Quran dan Al Hadith?. Apakah makna perkataan2 yang kita hamburkan selama ini mengenai cita2 kita untuk menubuhkan negara Islam itu.

    Sepatutnya kedua2 parti terbesar Melayu Islam ini perlu berlapang dada. Memikirkan keutuhan bangsa. Kerana dari bangsa kita ini sahajalah kita mampu untuk membangun dan memperkuat agama. Mereka perlu membuang ego masing2. Fikirkan survival bangsa dan agama kita. Memang ada usaha daripada presiden salah satu parti tersebut yang sudah tentu mempunyai pandangan yang jauh. Usaha ini adalah usaha murni dan amat dialu2kan oleh bangsa kita diakar umbi. Namun kini usaha itu telah senyap begitu sahaja.

    Usaha ini patut dihidupkan kembali. Perdana Menteri yang baru dan presiden parti berkenaan perlulah mengadakan satu inisiatif baru. Jika almarhum ayahanda PM yang ada sekarang ini mampu memujuk parti berkenaan untuk berada bersama2 kerajaan BN ketika itu, tidak mustahil jika keadaan yang sama mampu diulangi oleh anakandanya pula. Memang ada segelintir ahli yang tidak mampu menilai betapa usaha ini jika berjaya, akan menjadi pemangkin kpd orang melayu untuk lebih bersatu serta lebih berjaya lagi kerana seluruh tenaga dan pemikiran dapat ditumpukan kepada usaha untuk memajukan bangsa, agama dan negara. Hanya dengan cara itu sahaja, bangsa kita akan dihurmati.

    Untuk mendapatkan itu semua, kita perlukan pengurbanan. Jadi kedua2 pihak perlulah sedikit berkorban. Mungkin ada segelintir yang akan mengalami kerugian, tetapi fikirkan munafaat yang akan diterima oleh bangsa kita secara keseluruhannya. Fikirkanlah rahmat Allah kepada setiap anda yang berkorban demi bangsa, agama dan tanah air.

  17. Come on la bro…give Najib a space to breath.

    Kiri kanan beliau kena serang..from PR supporters, from BN components and la ni dari dlm UMNO sendiri.

    PR skrg tgh suka hati tgk je. Masa Najib lantik kabinet baru bbrp minggu lalu, depa dah habis isu dah.

    Now bila you all bangkitkan pasal MeCD (which Najib has answered for…read Utusan Malaysia), depa dah ada modal balik. Dlm harakah online bukan main kononnya depa simpati la dgn usahawan melayu…whatever. Jgn cepat sgt ‘jerk’ tak tentu pasal ni.

    The fact is we need non malay support. Nak harapkan PAS? Aduiii,….selagi si Mat Lebai kat Kelantan tu masih hidup jangan mimpi la.

    Satu lagi yang aku fedup ni psl ketua editor-editor media yang same je alami sindrom jerking tak tentu pasal. Putar belit kenyataan TSMY.

    So pada semua UMNO members, sudah2la. Give la pemimpin a chance. Jangan la tamak sgt. Skrg ni kita baru nak ‘up’ balik.

    Mustahil la kerajaan akan melupakan nasib kaum majoriti. BUt kita kena ambil kira perception kaum minoriti juga. Bagi la Najib peluang. Bagi la Muhyiddin peluang. Bagi la Shafie Afdal tu peluang.

    • ASAL KO NI MENGHINE ULAMA’ HA??
      KALAU KO NAK TAU…TOK GURU NIK AZIZ TU MEMANG SUME NON ISLAM RESPECT KAT DIER,COZ DIE BAGI LAYANAN BAIK KAT SEMUA ORG…(AKU CKP NON ISLAM COZ ITU SEPATUTNYA AYAT YG KITE GUNE…BUKANNYE..NON MALAY..)

      • apa lah yg mamat ni gila sgt dgn nik aziz…he is nothing !

  18. Syukur kerana LPKP diletak di bawah JPM dan bukan Kementerian Pengangkutan. Kita belum lupa bahawa Ong Tee Keat mempersoalkan syarat pemilikan Bumiputera dalam industri pengangkutan dan menggesa supaya ia dibebaskan. Ong Tee Keat inilah yang mengugut supaya DSN mengekalkan bilangan menteri dari MCA sedangkan sumbangan MCA kepada BN tidak berjaya dikekalkan. DSN pula melayannya dan menambah bilangan Timbalan Menteri menjadi tujuh orang daripada MCA.
    Tekun pula sudah diumumkan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, bukan KKLW sebagaimana yang diwarwarkan sebelumnya. Khaled Nordin dapat semula UniKL yang diletakkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, sedangkan UniKL anak syarikat penuh MARA. Yang tentu lega dengan perkembangan ini, tak lain tak bukan, TRC.

  19. Tuan BigDog,

    Dengo ceta, cadangan mansuhkan MECD in datang dari Ethos Consulting aka Tkt 4?

    Betul ka?

    Siasat & bongkar lah!!!!

    Kami ada dengor juga rumour ini.

    Sama juga dengan rumour tagline “1 Malaysia”, kunun kununya datang dari individu yang sama.

    Sebenarnya, rumour ini sangat kuat. Sampai Perdana Menteri IV Tun Dr. Mahathir Mohamad pun pernah bagi amaran mengenai Perdana Menteri VI Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mengamalkan legasi “Tingkat Empat”nya sendiri.

    Hari Raya Aidil Fitri ketiga tahun lepas, blogger ‘hippie’ A Voice memberikan amaran yang sama.

    Apakah ini sesuatu yang wajar kita pantau dan bagi perhatian khusus?

    Kalau cukup maklumat tentang MECD itu, insyaAllah kami akan usahakan.

  20. is this got to do with the free trade agreement with the United States… because DEB ialah bertentangan dengan Malaysia-US FTA agreement, and read this…

    http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/16454-us-malaysia-fta-to-be-fast-tracked

  21. […] b) Liberalising the service sub sectors, modernising the public sector and abolishing the MECD […]

  22. Senang saja nak bagi malaysia ni aman damai.. Sangat senang!.. Korang semua yang bijak pandai ni pun tak boleh nak pikir ke? Jadikan ISLAM sbg panduan dlm segalanya.. Lantik pemimpin yg terbukti bersih, jujur, amanah.. Bukan setakat PM, malah sehingga ke peringkat bawahan, ketua kampung dsbnya.. Ini korang pi pakat2 lantik LANUN, PENYANGAK, PEROMPAK, KAKI BETINA, PEMBUNUH & segala yg buruk2 sbg pemimpin!.. Inilah padahnya.. Padan muka korang.. Aku duduk dlm KRD 11 thn lepas tu E4 13 thn, boleh dikatakan politik malaysia dlm poket aku la.. Cuma tak boleh bagi detail, aku masih terikat sumpah.. Bagi aku MELAYU yang masih menyokong UMNO, samaada 1. Jahil/kurang pengetahuan 2. Ada kepentingan 3. SEMEMANGNYA BODOH!.. Korang pikirla sendiri.. Mana ada benarnya Pemimpin umno nak tolong rakyat bawahan ni? Cuba korang bagi aku 1 nama menteri Umno yg benar2 bersih, biar aku perjelas kat korang satu persatu.. Bagi korang yg duduk kat luar tu memang la segalanya nampak ok.. Bagi aku la, yg boleh kata hari2 tgk muka diaorang… No komen.. ALLAH BAGI KITA AKAL, GUNAKANLAH.. Jgn dok pikir dunia aje..
    Wasallam..

  23. Kita sepatutnya mempertahankan dan memperkuatkan lagi apa ada pada orang Melayu. Jika arwah Tun Razak masih hidup, beliau pasti akan menangis dgn apa yang telah dilakukan oleh anaknya. Inilah kali terakhir saya akan undi UMNO.

  24. […] The Malay/Bumiputra element is the key of  deciding the best approach to solve our own issues. The dismantling of the tools to derealise what has been enshrined in spirit and letters-of-the-law will have far reaching damning effect to the nation. […]

  25. […] sempena ‘Perayaan 100 Hari sebagai PM’ yang begitu digembar gemburkan ini. Pengumunan MECD dikecualikan dalam senarai Kabinet 9 April 2009, ‘Biasiswa Nasional’  dan liberalisasi pasaran modal sudah cukup […]

  26. […] secebis undi yang belum tentu diperolehi. Cukuplah sekadar konsessi yang diberikan PM Najib seperti pemansuhan agensi perubahan ‘Agenda Melayu’ seperti MECD dari Kabinet,  ‘Biasiswa Meritorasi’, liberalisasi pasaran modal dan FIC dan MPEN yang […]

  27. […] pembangunan ‘Agenda Ekonomi Melayu’ diagih dan pikul oleh lapan kementerian lain. Ramai melihat tindakan ini sebagai tidak menguntungkan Melayu kerana sebelum ini MECD mempunyai kementerian khusus dengan seorang Menteri, 2 Timbalan Menteri dan […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: