Tindakan JAIS betul menyerbu gereja DUMC

DYMM Sultan Selangor Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah bertitah mengenai kebenaran tindakan JAIS dalam isu serbuan dan siasatan mengejut keatas Damansara Utama Methodist Church pada 3 Ogos 2011, adalah benar dan mengikut bidang kuasa dan lunas perundangan yang diperuntukan.

Serbuan JAIS ke atas gereja betul – Sultan Selangor

10/10/2011 11:50am
Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM 10 Okt. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah gereja di Petaling Jaya Ogos lalu adalah betul dan tidak menyalahi undang-undang yang dikuatkuasakan di negeri ini.

Baginda bertitah, tindakan itu selaras dengan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam Selangor 1988.

Titah baginda, merujuk kepada siasatan JAIS, terdapat keterangan bahawa ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam tetapi bukti yang diperoleh tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.

“Oleh itu setelah meneliti dengan mendalam laporan JAIS dan setelah mendapat nasihat dari pakar-pakar agama dan undang-undang, beta bersetuju tiada pendakwaan akan dibuat terhadap mana-mana pihak.

“Walau bagaimanapun, beta menitahkan JAIS memberi kaunseling kepada orang Islam yang terlibat dalam majlis tersebut supaya akidah dan kepercayaan mereka terhadap agama Islam dapat dipelihara dan dipertingkatkan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Baginda juga melahirkan rasa amat tersinggung dengan usaha-usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor.

Justeru, baginda menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS agar memantau rapi serta mengambil tindakan sewajarnya tanpa teragak-agak terhadap usaha itu. – Utusan

*******************

Kenyataan titah ini secara tidak langsung mengesahkan bahawa ada usaha usaha memurtadkan orang Islam dengan membawa mereka ke dalam pegangan Kristian sedang berlaku di Selangor. Ianya bukan setakat 12 orang itu, malah lebih dari itu dan usaha berstruktur ini sedang berlaku.

Soal pendakwaan pula, kemungkinan pihak menyiasat tidak mempunyai cukup bukti agar mereka yang terlibat termasuk mereka yang sedang dalam proses dimurtadkan itu didakwa bawah Enakmen Jenayah Syariah. Namun begitu, tanpa bukti yang boleh membawa kepada pendakwaan tidak bermakna ianya tidak berlaku.

Kitab Injil berbahasa Melayu yang diedarkan di Semenanjung Malaysia

Isu yang lebih penting ialah bagaimana pemimpin pemimpin DAP begitu mempertahankan kes serbuan di DUMC ini dan begitu memberikan ‘perlindungan politik’, termasuk sokongan moral. Pemimpin DAP Selangor memberikan tekanan kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dengan segera ‘memohon maaf kepada Pastor Kanan Ho’ kerana serbuan JAIS tersbut TANPA meneliti laporan JAIS.

Peristiwa mengumpul paderi paderi termasuk dari luar negara pada 5 Mei di Red Rock Hotel, McAlister Road, Georgetown, Pulau Pinang juga membuktikan bahawa pemimpin DAP menggunakan gereja sebagai pentas gerakan politik. Ini termasuk menggunakan upacara keugamaan Kristian bagi menaikan semangat golongan minoriti bahawa mereka harus berusaha untuk meletakan antara mereka sebagai Perdana Menteri, walaupun bertentangan dengan aspirasi majoriti.

Hakikatnya pemimpin DAP menggunakan Kristian sebagai salah satu modal politik secara intensif semasa siri kempen Pilihanraya Negeri Sarawak April 2011.

Bekas MP Pembangkang yang kini menjadi bebas Dato’ Zulkifli Nordin juga mengaku bahawa usaha usaha ‘Merampas Kedudukan Islam’ memang sebenarnya ujuddan ianya adalah gerakan berstruktur oleh golongan tertentu. Pemimpin pemimpin DAP dikata mendukung gerakan ini dalam proses mereka sebagai golongan minoriti untuk berkuasa, yang di’topeng’kan dengan proses proses ‘pencernaan ilmu dan pelbagai diskusi atau forum intelektual’ terutama dalam isu isu universal seperti ‘hak asasi’, ‘keadilan sosial’ dan ‘kesama rataan untuk semua’.

Pemimpin DAP sudah sampai tahap kebiadapan apabila sewenang wenangnya menggunakan ayat suci Al Quran dalam kempen dan ceramah politik:

Sekiranya DAP tergamak bermain kotor dengan membelakangi gerakan untuk memurtadkan orang Melayu/Islam, memberi maksud bahawa matlamat politik bukan sahaja objektif mereka.

Apa yang tersirat dari titah kenyataan Tuanku Sultan Selangor ini perlu menjadi perhatian serious, dengan juga mengambil kira titah titah Tuanku Raja Raja yang lain sebelum ini. Ini termasuk titah Tuanku Sultan Johor mengenai politik kotor Pembangkang dan titah Tuanku Sultan Perak berkenaan tindakan golongan yang “Membuat tuntutan tidak munasabah” sehingga menimbulkan kemarahan majoriti.

Published in: on October 10, 2011 at 11:36  Comments (17)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2011/10/10/tindakan-jais-betul-menyerbu-gereja-dumc/trackback/

RSS feed for comments on this post.

17 CommentsLeave a comment

  1. jais pergi periksa saja bukan buar sebuan.

  2. jais pergi periksa saja bukan buat serbuan.

  3. I ingat dulu kat New York di mana FBI masuk mesjid untuk periksa isi kandungan buku buku and sebagainya. Tak henti henti rakyat muslim di Amerika kutuk memperiksaan ini.

    FBI kata tak serbu tapi hanya menyisat

  4. Sultan had been forced to make such statement because this will put Sultan in the bad light if he chose not to do so. Obviously again had been held the sultan as ‘hostage’ for their political gain against the Selangor state gov.

    • ooohh didn’t know you are a mind reader!

  5. If what JAIS did is the truth, why no one was charged so far? Obviously Sultan had been used to bail them out.

    • hullo you seriously THINK the Sultan is a puppet?

  6. Golongan pendakwah Kristian ini memang kurang ajar dan DAP pula nyata sebuah parti durjana. Mereka ini tidak akan puas selagi tidak dapat menjadikan orang Melayu/Islam di sini peminta sedekah di bumi sendiri.

  7. Bagus lah Sultan Selangor sudah bertitah menyelesaikan isu ini. Walau pun pihak Pembangakang masih terus mengata itu ini.

    Isu itu telah menunjukkan kekerdilan fikiran Kerajaan PR Selangor. Yang paling sedih sekali ialah MB Khalid meminta ma’af kapada Pastor Ho DUMC sebelom JAIS siapkan laporannya. Khalid di gesa dek Exco Kristian DAP Theresa Kok, Ronnie Liu dll gamaknya.

    Sekarang nyata JAIS ada kuasa, telah menjalankan kuasanya mengikut undang undang dan Exco PAS sendiri, Dr Hassan Ali, telah menegaskan bahawa tindakan JAIS itu berupa siasatan, bukan serbuan.

  8. Memang golongan Kristian ini agak licik demi mendkwahkan ajaran agama mereka dengan menggunakan kaedah keduaniaan dan ini yang sangat menarik juga. Persoalannya juga kenapa mereka2 ini pergi ke gereja mendengar syarahan2 yang pasitnya mengasyikan berkemungkinan punca penyebab adalah tingkah laku para ulama2 atau ustaz2 yang sudah tidak dipercayaai lagi oleh mereka. Coba kita lihat gelagat2 para ulama dan ustaz yang sering mengeluarkan golongan itu murtad, keluar dari Islam dan serba serbi lagi, justru persoalan yang paling dasar “atas decree atau kelulusan dari siapa yg membolehkan para ulama dan ustaz ini boleh menurunkan kemurtadan atau kekafiran seseorang atau golongan?” Hal itu hanya hak mutlak Yang Berkuasa Allah SWT sahaja. Diharapkan para ulama dan ustaz melihat kenapa mereka ke gereja, bukalah dada sendiri dan tanya apa yang dilakukan demi untuk kebaikan Islam dan baca dan dalamilah sabda SAW dan Al-Quran, ini akan pasti menakutkan tindak tanduk para ulama dan ustaz ketika berkata2.

    Apa pula perancangan dan dakwah para ulama dan ustaz untuk menerapkan ajaran Islam kepada orang2 yang bukna beragama Islam demi mereka boleh memeluk ajaran Rasullullah SAW. Contohilah para padri2 Kristian bagi menyebarkan ajaran mereka dan buatlah pula sebaliknya dan jangan lah berkata “belum ada perentah dari atasan” buat SOP dan gagasan demi Islam.

    • Good points! He fact that JAIS’s SOP has to be reviewed ans nobody got charged meant JAIS is actually at the wrong side and sultan was just bailing them out. if indeed what JAIS claim is the truth, why on earth these Muslim need the help from the Christian group? They must be desperate and can’t get the help they want and have no choice but to accept e chritian help.

      • Just Ice,

        I was once conned into visiting a rich man’s mansion only to discover that they had wanted to convert me. These christians are very “persuasive” and they start from the schools to tertiary institutes.

        Quote: “these Muslim need the help from the Christian group” is definitely incorrect – they need help from anyone. BUT the christian groups with solid financial backing are always on the lookout for “vulnerable” and “influential” segments of society.

        They also teach christianity to unsuspecting pre-primary Malay children on the pretext of FREE tuition.

        How sneaky can you be?

      • You must be very close to your rich friend for him to ‘care’ about you. The Christian has the same responsibility as the Muslim to spread their religion to non believers. Only in this country it is ‘illegal’ by the law written by human not by god. If you are easily get converted, it is because of your loose foundation on your faith not to blame others. Indonesia don’t become a Christian country despite that they allow inter religion marriage and allow the Indonesia to choose their religion freely.

      • Haiya just ice

        The point here is that the christians spread their religion SNEAKILY. Since many chinese are easily converted to christians, does that mean their religious faith is flimsy??

        Since when YOU become the expert on Indonesia’s religious affairs? They burn churches there, did you know? On record, they had also raped chinese women too.

      • Ever wonder why on the Indonesian Muslim rape the non Muslim and not the other way round? Does it mean Muslim is actually worse than the Christian who spread their religion by offering help to people in need rather than by force?

      • Yo SiKiaSu

        Please read up extensively instead of simply over-generalising. The first scenario is economic imbalance which got stuck with ethnicity. The second is chinese versus chinese.

        Scenario #1 – “And the rapes were merely manifestation of frustration derived from imbalance economic status between Chinese and non-Chinese.”
        http://www.indonesiamatters.com/1788/jakarta-riots/

        Scenario #2 – “Xinjiang is home to many Uyghurs. China’s constitution guarantees ethnic minorities equal rights and limited autonomy. However, ethnic tensions run deep. Minority groups such as the Uyghurs complain that they are subjected to discrimination by the majority Han nationality.”
        http://edition.cnn.com/2009/WORLD/asiapcf/07/06/china.uyghur.protest/index.html

  9. […] This is not the first time HRH Sultan Selangor spoke against aggressive attempts by some Christians to encroach into the sanctity of Islam. The JAIS raid for anti-protelysation operation at Damansara Utama Methodist Church on 6 August 2011 caught the Selangor Head of Islam’s attention and defended JAIS’s operation. […]


Leave a comment