Si Tanggang Melayu moden

Sehari dua ini, Perdana Menteri Malaysia IV dan Presiden UMNO V Tun Dr. Mahathir Mohamad menerbitkan dua artikel yang amat mendalam maksudnya, mengingatkan bahawa orang Melayu walaupun berada dalam jumlah majoriti sebenarnya diancam dengan bahaya sebagai kumpulan minoriti yang mungkin akan ditindas dalam tanahair sendiri sekiranya perpecahan Melayu akibat politik ini tidak diperbetulkan dalam kadar segera.

‘Melayu Liberal’ yang kini makin meningkat jumlahnya dan menyesuaikan diri mereka kepada arus dunia moden dengan nilai nilai universal dan pemikiran berpaksikan Barat dan kefahaman liberal (dan mungkin Bohemian), dewasa ini mula mempersoalkan kedudukan bangsa mereka dengan hujah hujah ‘keterbukaan’. Ini termasuk mempersoalkan kewajaran peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang memberikan sedikit kelebihan kepada orang Melayu sebagai kaum Bumiputera dalam Nusantara, penduduk asal perairan ini sebelum penjajah membawa masuk dengan ramainya kaum immigran kerana kepentingan politik dan sosio-ekonomi mereka semata mata.

‘Melayu Liberal’ seperti ini secara terbuka dan lantang mempersoal sehingga tahap memomokan peruntukan khusus bagi orang Melayu dan Bumiputera seperti peluang mendapat pelajaran sehingga peringkat menara gading dengan pembiayaan langsung Kerajaan, berbanding Bukan Melayu. Begitu juga peruntukan khusus lain seperti peluang perniagaan yang dijana secara langsung oleh Kerajaan.

Profil ‘Melayu Liberal’ ini ialah mereka yang menjawat kedudukan selesa dalam sektor swasta, berpendidikan tinggi (berkemungkinan besar dari luar negara terutama negara Barat dan maju), berpengalaman luas dan menimba pelbagai pendedahan termasuk peluang keluar negara, menguasai Bahasa Inggeris dengan amat baik dan membudayakan gayahidup moden, liberal dan mirip kepada arus perdana Barat. Mereka juga secara langsung dan terancang, cuba menghilangkan kesan kesan nilai asas asal mereka yang dianggap sebagai ‘kolot’ dan ‘kekampungan’. Pendekata, mereka sebenarnya malu dengan asal usul mereka dan masyakarat dimana mereka ujud.

Namun golongan ini sebenarnya gagal menimbangkan kemampuan mereka bertapak ditahap ini hari ini tidak datang secara ‘diparachutkan’ turun dari langit dalam kemewahan hari ini. Mereka sebenarnya pada satu peringkat melalui proses pembangunan affirmatif yang dikhususkan kepada rakyat Malaysia melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dirangka khas sebagai program transformasi dan penstrukturan semula kedudukan dan kemampuan sosio-ekonomi dan masyarakat, terutama program pelajaran dan pembangunan ekonomi. Kesanya, sebilangan besar majoriti masyarakat desa (terma pada tahun 1971 menggambarkan ‘luar bandar’) terutama orang Melayu berjaya dibangunkan dan menguasai pelbagai kecekapan dan tahap pelajaran, termasuk sebagai golongan professional dan ikhtisas.

Ekonomi negara juga diperlebarkan dengan penjanaan program program tertentu seperti industrialisasi (termasuk subsektor industri elektronik, pembuatan dan kapasiti tinggi dan berat), pembukaan sektor sektor kommersial, pengembangan pasaran termasuk sektor perbankan, modal dan pelaburan dan sekuriti, percambahan sektor perkhidmatan dan program program khusus pembangunan fizikal seperti pembinaan, pemajuan hartanah dan sebagainya. Peluang ini dijana lebih pesat lagi dengan kemasukan pelaburan asing secara banyaknya. Kesannya ialah peluang pencernaan pembangunan modal insan dibuka dan ada yang mengambil kesempatan untuk berniaga, terutama dengan pelbagai insentif dan imbuhan langsung dan tidak langsung Kerajaan, khususnya kepada Bumputera bawah DEB.

Kini apabila mampu berdikari, golongan minoriti ‘Melayu Liberal’ ini mula lupa daratan dan asal keujudan dan perjalanan kehidupan mereka dari permulaan hingga saat ini. Mereka ini mula mengkritik secara terbuka dan lantang program yang sebenarnya menyediakan asas dan peluang untuk memungkinan mereka sampai ketahap ini. Mereka mula rasa teruja ‘diangkat’ oleh Bukan Melayu (yang sememangkan menguasai ekonomi, industri dan kommersial) dan orang luar apabila menjadi ‘Pejuang’ mempersoalkan dasar dasar tindakan affirmatif seperti DEB dan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan seperti Akta 153 yang disifatkan sebagai ‘kolot’, ‘tidak lagi relevan’ dan paling dasyat, ‘Menghalang arus pembangunan perdana’ sesuai dengan Globalisasi. Kemampuan mengkritik secara lantang atas nilai universal walaupun ‘menyakitkan’ warisan keujudan asal mereka adalah ‘pembebasan’ (emancipation) golongan minoriti Melayu Liberal’ ini untuk keluar dari stigma ‘kekampungan’ yang pada perasaan mereka membelenggu keujudan dan penerimaan dalam arus perdana dunia moden, terutama dikalangan Bukan Melayu yang lebih tinggi kedudukan sosio-ekonomi mereka.

Sejarah telah merakam bahawa penjajah British sendiri yakin dengan peranan dan kedudukan orang Melayu sebagai Bumiputera tanahair ini dan memberikan peruntukan khusus kedudukan mereka, terutama apabila British sendiri secara terancang membawa masuk immigran bagi keperluan sosio-ekonomi mereka. Ini merupakan sebahagian dari asas Perjanjian Tanah Melayu pada 1 Februari 1948, sebagai ganti kepada Malayan Union dan perjanjian ini merupakan asas Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang berkuat kuasa pada 31 Ogos 1957 apabila Kemerdekaan dicapai.

Antara mereka ini ialah Prof. Madya Azmi Shahrom. Beliau menyifatkan ingatan Tun Dr. Mahathir itu sebagai “Tidak matang”. Mereka ini layak dan wajar digelar dan sifatkan sebagai ‘Tanggang Moden’. Mitos Melayu menggambarkan orang yang lupa daratan dan menjadi angkuh sehingga malu mengaku bondanya sendiri yang miskin yang dianggap hina dan rendah martabat itu. Akibatnya, Tanggang disumpah oleh bonda sendiri yang amat kecewa sehingga berubah menjadi batu. Metafor penentangan dan penafian asal usul ini sendiri ini mengambarkan bahawa ‘Pengkhianat’ akan akhirnya dihukum dengan sebegitu rupa: Dari seorang hartawan, rupawan, produktif dan berkedudukan di’turun’kan martabat dan sifat sehingga paling bawah sebagai batu yang tidak membawa apa apa menafaat.

Kegagalan dan penafian mereka ‘Melayu Liberal’ yang angkuh dan lupa daratan ini secara total dan holistik keengganan menyingkap sejarah perjalanan dan Perjuangan Melayu memartabatkan kedudukan Bumiputera Nusantara ini bagi menentukan keujudan mereka dalam tanahair sendiri akibat terbelenggu bawah penjajahan asing selama 450 tahun sebenarnya merupakan “Ketidak Matangan”yang amat kronik.  ‘Melayu Liberal’ seperti ini adalah agen menghancurkan Perjuangan memartabatkan Melayu, yang sebenarnya asas keujudan tanahair dan negara-bangsa Melayu Nusantara ini.

Published in: on June 18, 2010 at 14:41  Comments (22)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/06/18/si-tanggang-melayu-moden/trackback/

RSS feed for comments on this post.

22 CommentsLeave a comment

  1. Kita juga tidak seharusnya lupa apa terjadi di Negara China apabila Revolusi Budaya (Cultural Revolution) dijulang. Berapa ramai cendikiawan terkorban dan berapa jauh Negara itu terkebelakang.

    • I wouldn’t put a local professor madya among the “cendikiawan”s.
      We have a lot of these local Sopo Profs who rent seek for their opinions without ever writing any serious academic paper of international standing.

      • Apa nak jadi kepada Melayu kalau dah macam ni? Masalahnya Kerajaan biarkan sahaja timbulnya mereka ni dengan banyak. Atas nama pemimpin “flip flopping, auto-piloting and sleepy” dimasa lalu hingga sekarang.

        Sekarang pula pemimpin nampaknya juga terbawak bawak kapada liberalism kononnya. Liberal kepala hotak mereka jika Amerika pun ada tahanan tanpa bicara diGuantanamo Bay, “affirmative action” dilakukan kapada yang mundur i.e Kulit Hitam, Hispanics dan lain-lain. Obama bahru sahaja dapat melaksanankan Rancangan Kesihatannya yang banyak membantu Kulit Hitam dan Hispanics yang banyak miskin tidak mampu kos perubatan dinegara yang begitu mahal,

        DiMalaysia kesama rataan mesti mengambil kira Kedudukan Istimewa Melayu. Ia dimaktubkan didalam Perlembagaan. Sebagai balasan kapada hak kerakyatan bukan Melayu. “Affirmative action” dilakukan kerana dasar kolonial British menghasilkan jurang perbezaan ekonomi dan pelajaran kaum majoriti Melayu – jauh kebelakang dari kaum minoriti Cina. Yang kononnya liberal mesti sedarkan diri, ingatkan asal usul mereka dan jurang perbezaan itu telah menjadi sebab terselindung (underlying cause) pergaduhan kaum ditahun 1969.

      • Apa kepakaran Prof. Madya Azmi Shahrom itu? Dia dibidang undang-undang tapi layakkah dia mengeluarkan pendapat Tun Dr Mahathir “matang” atau sebagainya? Berapa banyak dia sudah makan garam? Berapa luas pandangannya? Tidakkah dia sedar bahawa diAmerika dan Eropah pun rakyatnya tidak sebegitu bebas dan tidak sebegitu sama rata yang dimahukannya?

        Tidakkah dia sedar bahawa kebebasan dan kesamarataan ada hadnya? Tidakkah dia fikirkan Kedudukan Istimewa Melayu diPerkara 153 Perlembagaan? Adakah dia fikirkan pruntukan itu dibuat diPerlembagaan dengan sewenang-wenang sahaja? Tidakkah dia baca apa sejarah Malaya? Mengarut kah dia?

        Apakah yang diajarnya penuntut-penuntut dibawahnya? Apa kebebasan belajar yang dianutnya? Inilah yang menjahanamkan negara. Bermula dengan menjahanamkan bangsa Melayu yang tidak dipedulikannya. Akhirnya Melayu akan menemplaknya dan mereka yang sekutu dengannya. Masakan sepatutnya Melayu bersatu memperjuang dan memajukan kepentingan bangsanya. Dimasa bangsa-bangsa lain sibuk dengan “kiasu” dan tidak berhenti-henti mahukan lebih, lebih dan lebih. Pengkhianat bangsa dia ini. Harus disula ditepi laut.

  2. Masalah Melayu Liberal lebih ketara antara 30an ke 50an di bandar, yang pernah belajar atau bekerja luar negara, atau masih dipengaruhi najis sosialis atau hippie.

    Dalam kalangan belia dan 20an, masalah ini amat cemas. Takkan ku mengarut jika menyatakan hampir 80% anak muda Melayu berfahaman liberal. Melayu Komunis pun dah ada.

    Masalah yang melanda anak muda Melayu ini disebabkan pengaruh media massa khususnya Internet. Melalui internet mereka diracuni ideoloji dan hiburan asing. Kerajaan perlu menyekat internet demi jatidiri bangsa kita.

    Aku juga sokong 100% menghentikan biasiswa ke luar negara. Apa guna hantar belajar ilmu, tetapi balik juga dengan idea menghakis jatidiri bangsa?

    • Saya tak fikir begitu banyak jumlah mereka. Tidak boleh disalahkan biasiswa luar negeri. Mungkin kesalahan Jabatan Penuntut Malaysia diluar negara. Dan Kerajaan diMalaysia tidak hemahkan timbulnya gejala ini dan membiarkan Jabatan Penuntut Malaysia diluar negara kerja hanya melepaskan batuk ditangga.

      Saya sendiri tahu ada sekali sekala 1-2 Pegawai yang sedarkan buruk padahnya gejala ini. Dengan sendirinya mengeluarkan wangnya mengajak beberapa penuntut yang disasarnya makan dirumah atau diluar serta berdiskusi coba membawa mereka kapada pemikiran “mainstream”. Sebaliknya, ada pegawai yang menjaga DS Najib dan adiknya masa berlajar diEngland secara menatangnya seperti emas. Pegawai “Melayu” itu Bahasa Malaysia pun tidak fasih. Dia dianak-angkat seorang Mat Salleh, lama diam diEngland, dikatakan selalu meminta seorang Kerani menterjemahkan surat resmi dalam Bahasa Kebangsaan keBahasa Inggeris untuknya.

      Dengan keadaan begitu, bagaimana kita mahu mengharapkan nasihat yang sewajarnya kapada Najib dan adiknya masa berlajar diEngland. Maka Najib sekarang amat mengejarkan undi kaum Cina. Dia banyak condong kapada kepentingan Cina. Perkasa, 76 NGO Melayu dengannya, 58 NGO Melayu dikumpulan Melayu Bangkit dan kita semua yang seddarkan keadaan perlu memikirkan cara-cara mendapatkan pemimpin bahru yang sedarkan asal ususl dan tidak berumbang ambing diatas angin.

      • Setuju.

        najib mesti diganti dengan pemimpin Melayu yang lebih garang dalam mempertahankan ajenda melayu.

        Muhiyiddin bukan sesuai. walaupun aku pernah sokong beliu namun aku mendapatinya terlalu lesu dan flipflop.

        Bagiku, Dato Ibrahim Ali sesuai menjadi PM negara ke7 dengan Mukriz DPM. Dengan ketegasan beliau kita boleh membanteras gejala Melayu Liberal di Tanah Melayu ini, mengekang bangsa asing yang tidak menghormati ketuanan melayu dan bumi Sabah sarawak yang kini naik cawat macam Sabah Sifu di bawah. Seperti Tun Mahathir Dato Ibrahim Ali mempunyai ciri ciri pemimpin yang kuat, militaristik dan tegas seperti Adolf Hitler. Hitler dilihat sebagai orang yang jahat disebabkan propaganda Barat dan yahudi tetapi Hitler sedar tentang masalah yahudi di jerman dan eropah.

        Dato Ibrahim Ali pun saya rasa ada keberanian untuk menyatukan Singapura dengan Tanah Melayu dengan kuasa tentera. Selagi isreal cina itu merdeka mereka menjadi perosak dan pencaci kepada ideoloji Ketuanan Melayu.

        Tetapi Umno terlalu bacul membuat ini. Maka diharap PERKASA akan menjadi parti politik yang dapat menjunjung pertahanan keperkasaan bangsa

  3. Melayu di beri kebebasan tak sampai 60 tahun dah terribly confused…

    Nenek moyang kita, deangan kebebasan yang sederhana, dapat mempertahankan Bangsa, Negara, Ugama dengan berpandukan adat resam turun temuran!!

    Kata orang tua-tua, ” Biar mati anak jangat mati adat”

    mohamed

  4. Saya adalah diantara anak melayu yang telah diberi peluang untuk menuntut di luar negara. Saya telah banyak belajar tentang kehidupan cara barat dan sedikit sebanyak juga membudayakan cara kehidupan moden barat. Akan tetapi saya tidak pernah lupa dari mana saya datang atau jenis bangsa saya sendiri. Malahan saya berbangga dapat memertabatkan bangsa dengan mengambil anak bangsa berkerja di syarikat saya. Saya sentiasa mengambil peluang daripada apa yang kerajaan sediakan untuk orang melayu yang ingin memajukan diri sendiri. Saya amat berterima kasih kepada kerajaan BN yang telah memberikan saya peluang untuk menuntut di luar negara.
    Oleh yang demikian saya tidak bersetuju jika biasiswa atau pinjaman kerajaan untuk anak-anak melayu ingin melanjutkan pelajaran luar negara ditarik balik. Kenapa dibakar kelambu disebabkan seekor nyamuk.

    Pada hemat saya dalam menangani masaalah ini, rakyat tidak bersalah. Yang bersalah adalah segelintir pemimpin melayu yang terlalu rakus mengejar kekayaan dan ini telah membuatkan persepsi terhadap pemimpin melayu, khasnya UMNO menjadi kotor dan di pandang hina oleh masyarakat.

    • Syabas, Sdr. Saya bangga dengan pendirian anda. Banyak yang lain pun sama saperti anda. Hanya jenis yang minum segelas mabuk 5 gelas itu yang merosakkan keadaan. Atu tak minum tapi mabuk nauzubillah.

      Sabenarnya mereka tidak terpelajar. Jika terpelajar mereka tahu sejarah negara ini dari awal zaman. Serta latar belakang Merdeka, Kontrak Sosial dan penyediaan rang Perlembagaan negara yang telah dibincang dan diluluskan diParlimen Malaya dan kemudiannya diParlimen Malaysia. Jika terpelajar mereka sedarkan peruntukan 153 Kedudukan Istimewa Melayu yang telah sedia ada “from day one” dan dihormati British sejak mereka mula behubung dengan Malaya dahulu. Ini diakui British dan disebut Menteri Penjajajahan Britain diParlimen dimasa membincangkan Malaya Independence Bill ditahun 1950an.

      Sayang bahawa yang pergi berlajar dan yang mengajar diinstitusi pelajaran tinggi diMalaysia ada yang tidak terpelajar. Kadangkala terlintas difkiran patut berlakunya “Cultural Revolution” saperti ditanah besar China tahun 1960an. Saperti disebut disatu komen diatas. Tapi yang patut berlaku adalah revolusi kebudayaan atau pimpinan diUMNO, diPAS dan PKR – parti yang telah mengakibatkan perpecahan Melayu sebegitu mengecewakan dan dilebih burukkan keadaan oleh si-Tenggang Tenggang dan Pengkhianat Pengkhianat Bangsa yang ada sekarang. Celaka mereka.

      • “Kadangkala terlintas difkiran patut berlakunya “Cultural Revolution” saperti ditanah besar China tahun 1960an”.

        Berpuluh2 juta raakyat di bunuh…

        DiCambodia, tengkorak “sitangang” dan kuncu2nya dikutip dan dikumpul jadi bukit.

        Janganlah kita sampai macam tu….

        Saya setuju, yang Tuan kata, “patut berlaku adalah revolusi kebudayaan atau pimpinan diUMNO, diPAS dan PKR – parti yang telah mengakibatkan perpecahan Melayu”

        Yes nyahkan mereka!! Apa2 pun revolusi mesti berlaku satelah BN menang. We cannot afford to lose now.

        We shadow the lousy Malay candidates to make sure they lose to “Melayu yang berjiwa Melayu” probably a PERKASA candidate.

        PERKASA can then join up, or even form a goverment on its own

        mohamed

  5. A common assumption made by many that people in Sabah is the same as people in Malaya especially the Malays. This assumption is flawed; I begin to see this problem as I joined the blogging community from Malaya. I can summarize these differences in their thinking and the way they perceived the people in Sabah – in one word – Condescending ..
    read more

    Sabah and Malaya are Different part 1 of 5

    • I tried to leave a comment at that site you linked. My Logging In, as required, was not even accepted after several attempts. It leaves questions as to the website ownership or method of operation. I see no reason for the need to log in unless it is to filter comments into acceptable and no-acceptable ones. Big Dog here allows any comment very easily and removes only the extremely indecent, rude and uncouth ones after due warnings given.

      I doubt if the website is Malay owned as claimed. There are many dubious characters claiming all sorts, including claiming to be University Professors when they are not – kept quiet when meticulously counter-argued and challenged in one blog.

      Of course, you may think this is another “condescending” kind of comments. Believe me it is not. It is, like the attempt at getting into the said website, an effort at letting you know it is far from it, it is to get you – if you really are a Malay from Sabah – see that Malays have so many problems already being exploited by the others economically, educationally and now politically, such that the Malays in the Peninsular are split into three politically, and into so-called liberal or pseudo-liberal, non-liberal or conservative, pengkhianat bangsa, lupa akar dan daratan, and all.

      You need to read the book, “The Malay Civilisation” by Mohd Arof Ishak, published by The Historical Society of Malaysia, 2007, for a stronger sense of togetherness and common roots among the 350 million Rumpun Melayu that have existed in the Malay Archipelago and beyond since 5,000 – 6,000 years ago, and that there is no such thing as condescending among brother Malays despite having to grapple with a myriad of problems being left behind the minority Chinese. Of course, there are the “sombong” and so-called liberal ones as this post has tried to convey. But they a small minority which we sneer and jeer. Then again, which community doesn’t have its share of that unfortunate kind?

      Or visit the “Kempen SSS blog” where these issues are regularly discussed – just google those words and you’ll get there.

      • I have over 100 subscribers, mainly from Sabah, Sarawak, United States, Australia and 1 from Indonesia. They have no problem in commenting.
        I believe you have to check on your email redirection.

      • No comment whether you are Malay or not? Can you offer proofs that the blog is Malay owned and operated? A quick run-through of it and the arguments used, including glorifying the Chinese, does not indicate Malay thinking.

        And again I’ll say this is not condescending. But I’ll say you sound like driving a further wedge into the Malay groupings. This, of course, is an opinion expressed in a free country. Despite opinions on lack of freedom etc expressed by others, including those in Australia, US etc that may subscribe to your views.

      • There is definitely a big hole in your analysis of my writings. That is if you read all that I wrote. I don’t glorify anything which means you did not read my blog.

      • Sabah Sifu is maybe one of the Melayu Liberal like Dr Azmi Sharom, Bakri Musa, Zaid, dll who glorify westerner and chinese mindset. Or maybe a Melayu or bumi Sabah who think they can be smart aleck with Malay from the semenanjung.

        The problem now is the east malaysia people now think they can demand this and that from Umno because they are fix deposit. Why you think is lots of noise now coming from the native in jungle for native land? Why are east malaysia christian suddenly fight back on Allah issue?

        Because Umno treat eastmalaysia like fix deposit, they do not respectng us as Abang Besar anymore.

    • We welcome your opinion and thoughst be shared in here. However, we will not allow to use the comment section to be a tool for someone’s personal agenda and politics.

      Please take that elsewhere.

      This is the first and the last time that we will allow posting of your blog to be promoted in this and the argument taken here.

      Consider this a first and final stern warning. Thank you.

  6. siapa tak kenal Prof tu, rugged, pony tail hair, menulis dlm ruangan The Star, kira dah cukup hebat laa anak mamak penang kot?

  7. Orang yang dikatakan tidak matang itulah yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden sehinggakan diberi nama Bapa Pemodenan Malaysia.

    Kebanyakkan cendikiawan ni nama saja berilmu dan berpelajaran tapi bodoh mengalahkan lembu.

  8. Melayu Mudah Lupa ~ Tun Mahathir

    Pernah dengar cerita sekelompok Melayu daripada peserta kumpulan tanah FELDA di Labu Negeri Sembilan?

    Segala penderitaan yang dilalui untuk membangunkan 2 ekar tanah tapak rumah dan 10 ekar tanah untuk tanaman kekal dilupakan serta merta apabila mendapat durian runtuh (pampasan) jutan ringgit apabila tanah mereka di ambil alih bagi tujuan pembangunan.

    1. Rumah lama diroboh dan rumah baru bernilai ratusan ribu dibangunkan serta merta. Malah dilengkapkan dengan lift
    2. Kereta mewah menjadi pakaian biasa
    3. Motor / Kereta lama di jual murah /diberipercuma kepada penjual kerta/motor
    4. MEmbeli ikan dipasar berharga 50 dan sanggup membayar 100 kepada Cina untuk mengahantar kerumah.
    5. Lelaki yang Tua memadu kasih dengan wanita (boleh dipangil cucu) dari seberang dan port dickson menjadi port resmi mereka.
    6. Dll.

    Morale of the Story

    Melayu Liberal yang mentadbir GLC atau apa saja yang 99% menjadi kaya dan berjawatan atas dasar DEB memiliki DNA otak yang sama dengan perserta FELDA di Labu Negeri sembilan.

    Kalau di Labu, kebanyakkan jutawan segera itu sekarang sudah kembali manaiki basikal atau berjalan kaki dan tinggal di pondok buruk (kerana tidak menerima jutaan yang sepatutnya), para Professor Liberal di UM/UKM dan segala MM nya dan MElayu Liberal di GLC dan mereka yang kononnya BERJAYA dalam perniagaan, mereka juaga akan 1000% akan terlungkup, walaupun sebanyak mana duit yang disonglap daripada GLC berkenaan…. contoh terbaik TAMRIN GAFAR


Leave a comment