Chauvinis Cina kembali menuntut

Perancangan dan usaha golongan minoriti Bukan Melayu terutama Chauvinis Cina tidak pernah serik ataupun muak dengan sikap degil dan mencabar mereka sehingga wajar dipertimbangkan sebagai bersifat ‘Tidak Berterima Kasih dan Taat Setia’. Kedegilan dan kecenderungan melakukan provokasi, walaupun di’kaburi’ sebagai “Resolusi dari sebarang program diskusi intelektual dan ilmiah” sebenarnya tidak melenyapkan niat asas dan objektif yang ingin dicapai.

Walaupun telah dijelaskan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak semasa Perhimpunan Agung UMNO ke 61 pada 21-23 Oktober lepas bahawa peruntukan tertentu yang melibatkan orang Melayu dan ugama Islam seperti Artikel 3, 149, 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipinda maka tidak perlu ianya dibincangkan samada secara intelektual atau terbuka (dalam bentuk referenduma tau sebagainya), namun ada yang masih lagi berdegil.

Perhimpunan Agung Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) di Johor Bahru pada 6 Nov 2010 lalu telah meluluskan 36 usul berhubung politik, pendidikan, budaya, agama dan sosial. Kandungnnya sama dikatakan sama seperti tuntutan “Suqiu” 1999. Ianya dikatakan akan dikemukakan pada Kabinet tidak lama lagi.

Antara sebahagian dari 17 tuntutan Suqiu yang dimajukan oleh 2,093 NGO Cina ialah kesama rataan ugama, menghapuskan taraf ‘Bumiputra’, menghapuskan sistem ‘kuota’, kesama rataan peluang perniagaan semua peringkat, mengkaji dan memansuhkan Akta Pelajaran 1996 iaitu membenarkan sekolah dilaksanakan dengan bahasa ibunda masing masing dan menolak ‘Sekolah Wawasan’.

Dalam kongress ekonomi Cina yang dianjurkan MCA baru baru ini, isu mengenai kuota Bumiputra dan peluang untuk kontrak dari Kerajaan secara terbuka sepenuhnya telah dibangkitkan. Tindakan tindakan kenyataan seperti ini yang mengundang reaksi orang Melayu, terutama mereka yang mendukung semangat nasionalism agar apa yang telah dicapai semasa negara ini ditubuhkan termasuk ‘Kontrak Sosial’ agar tidak dibangkit, jauh sekali dicabar.

Akibat desakan dan tuntutan masyarakat Bukan Melayu terutama minoriti dari etnik Cina yang makin sistematik, konsisten dan lantang, maka NGO Melayu seperti PERKASA dan Majlis Perundingan Melayu mula ditubuhkan dan mendapat perhatian intensif. Walaupun keujudan dan meningkatnya populariti dan penerimaan NGO Melayu ini dikalangan orang Melayu sebenarnya adalah bersifat reaktif dan bertujuan untuk mempertahankan apa yang telah dipersetujui dan termaktub (termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan) bagi orang Melayu, ianya dilabel sebagai ‘rasisi’ dan ‘desakan amalan perkauman yang berpanjangan’ oleh Bukan Melayu, terutama golongan ekstremis dan chauvinis.

Beberapa hari lepas Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Dato’ Zaini Hassan mencadangkan agar setiap 13 Mei disambut secara positif sebagai ‘Hari Perpaduan’. Namun golongan Chauvinis Cina mula menyerang cadangan ini dan beberapa ADUN DAP telah membuat laporan Polis keatas Zaini.

Tindakan Hua Zong ini semestinya akan menerima reaksi negatif dan mungkin bernada emosi oleh orang Melayu, terutama setelah penjelasan tegas PM Dato’ Seri Najib pada ucapan penggulungan PAU ke 61 pada 23 Oktober 2010. Ianya tidak akan melenyapkan rasa pra-sangka dan makin merenggangkan jurang antara kaum. Gagasan ‘1 Malaysia’ makin akan sukar untuk dicapai bagi membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

 

 

Published in: on November 14, 2010 at 18:27  Comments (10)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/11/14/chauvinis-cina-kembali-mendesak/trackback/

RSS feed for comments on this post.

10 CommentsLeave a comment

  1. ini tak racist lak?
    kalau melayu mintak dikatakan racist..

  2. Racis atau tak ditentukan oleh kepala2-hotak DAP & pengikut DAP yg menyembah:-

    Karpal Singh (macai LKS seumur hidup)
    Lim Kit Siang
    LGE dll..

    Mereka beriman dgn LKY mcm beriman dgn Jesus..yg mengeluarkan Injil

    kata2 LGE dirujuk melalui falsafah Confucuis perlu di junjung mulia & dianggap benar.

  3. NGO Melayu juga harus menangkis semua tuntutan melampau secara tersusun dan tegas

  4. Mereka perlu disedarkan supaya berterima kasih. Dan dingatkan jangan sekali kali lagi menghasut atau “seditious”, mendesak secara kurang ajar supaya sasaran 30% ekuiti Melayu dihapuskan. Mereka perlu diberi tahu, dari masa kemasa, bahawa diAmerika Syarikat, pekerja pekerja Cina yang dibawa masuk untuk membina landasan kereta api trans-Amerika dan untuk diupah menggali bijeh emas diCalifornia diseparuh kedua abad 19, telah dihantar pulang kenegeri China berkapal kapal banyaknya. Tambahan pula, dibuatkan undang-undang tidak membenarkan kaum Cina tinggal diAmerika kerana menyusahkan Kerajaannya.

    Mereka perlu diberi tahu, dari masa kemasa, bahawa Kerajaan Amerika telah mengadakan “the Chinese Exclusion Act 1882, yang mukaddimahnya menyatakan, “Whereas, in the opinion of the Government of the United States the coming of Chinese laborers to this country endangers the good order of certain localities within the territory”.

    Celaka British tidak mahu keluarkan wang untuk menghantar mereka diMalaya pulang kerana mereka mahu apa wang berlebihan yang ada dari hasil yang dipungutnya dinegara ini pada zaman penjajahan itu dihantar keEngland. Dalam pada itu, jika Raja Raja Melayu dan pemimpin Melayu dimasa sebelom Merdeka tidak bersetuju dengan cadangan memberi hak kerakyatan kapada lk. 1 juta kaum Cina dimasa itu, mereka akan terus tidak berkerakyatan atau “stateless”, seperti selama lk. 100 tahun sejak mereka mula masuk negara ini secara ramai.

    Sekarang sudah mendapat kerakyatan, sudah kaya raya sebagai satu kaum, memenuhi kebanyakan bidang professional dinegara ini, mereka mesti diberi tahu, dari masa kemasa, supaya berterima kasih dan berpatutan. Mereka mesti hormatkan dan patuhi Perlembagaan negara sepenuhnya, terutamanya peruntukan-peruntukan sensitif yang tidak boleh dipinda walau pun jika ada 2/3 majoriti diParlimen, seperti yang Dato Ser Najib telah terangkan dengan panjang lebar di Perhimpunan Agung UMNO tempoh hari.

  5. Si sepet memang mudah lupa.
    LKS dan penyokongnya yag masuk Kampung Baru suruh orang Melayu balik kampung yang mencetuskan May 13.
    Baguslah Muhyiddin dah setuju nak memperingati May 13.
    Bagi si gelojoh babi sedar sikit.
    Marah Zahid sebab kata mereka kurang patriotik.
    Memangpun. Kita semua sokong Zahid.
    Janganlah tunduk kepada anak-anak babi tu.

  6. Apa yang saya nampak sekiranya kepimpinan UMNO yang menerajuai kepimpinan negara sekarang ini memberi ruang kapada tuntutan Hua Zong yang sabagini maka bersedialah kearah kehanchoran. Orang Melayu telah terlalu banyak beralah dan mengalah, sampai bila !,sampai bila mereka harus ditekan dan didesak. Adakah kita sudah sampai tahap “the last straw,that broke the camel back” ,adakah Orang Melayu masih bolih lagi menerima desakan demi desakan yang menchabar maruah mereka hanya demi perpaduan sedangkan orang lain sangup mengadaikan perpaduan demi mencapai hasrat mereka .
    Kalau para pemimpin terdahulu telah membuat kesilapan yang harus kita bayar ketika ini,patutkah kita terus membiarkan kesilapan berulang.

    Penchak silat tradisi melayu,mula dilupakan dan ditelan zaman.
    Melalak tampa tampa bersatu, Tanda Melayu akan dilupakan.

    1sekolah>1bahasa>1Malaysia

  7. Hua Zong dan sebagainya mengambil kesempatan memajukan kepentingan mereka kerana Melayu lemah. Melayu perlu bersatu. Usaha usaha giat harus dijalankan bagi mendapatkan kerjasama diantara puak puak Melayu. Cari jalan mengatasi isu royalti minyak dsbnya. PAS perlu meninggalkan DAP dan berkerjasama dengan UMNO. Jika tidak DAP, Hong Zong, Dong Zong dll akan lebih giat mengeksploitasi keadaan.

    Lebih ramai Melayu perlu mengeluarkan suara sekarang. Menulis pendapat-pendapat bagi mempertahankan dan memajukan hak dan kepentingan Melayu di sana sini.

    Apa saja dilapor kapada Polis oleh mereka sekarang. Bukan sahaja DAP, juga MCA yang cuba mengambil hati Cina secara DAP buat. Hingga meminta sasaran ekuiti Bumiputera dihapuskan. Sebelomnya, DAP Tony Pua mahukan diskaun perumahan Bumiputera dipinda. Sehingga ada Melayu yang mahukan hak kerakyatan mereka dihapuskan juga. Kedua-dua ini tidak baik bagi kesejahteraan negara.

    Sebagaimana ada saya terbaca, mereka tidak mahukan 13 Mei diperingatkan kerana merasa bersalah atau “guilty conscious”. Nyata mereka bertanggung jawab tercetusnya tragedi 13 Mei. Ahli-ahli, penganut dan penyokong mereka yang berkelakuan kurang ajar masa berarak diKampong Bahru KL ditahun 1969. Memperingatkan 13 Mei boleh mengurangkan kemungkinan berlakunya sekali lagi peristiwa yang tidak diingini itu.

    Jika menggunakan istilah Hari Perpaduan pun dilapor Polis, mereka sudah melampau dengan rasa bersalah atau guilty conscience 13 Mei mereka. Mari kita kutuk pendirian mereka menghalang usaha usaha menentukan 13 Mei tidak akan berlaku lagi.

    • Saya setuju.

      Masa untuk meluahkan perasaan sahaja sudah pun tamat. Terlalu banyak kejadian yang membuktikan kewujudan agenda mengambil alih kerajaan berteraskan Melayu diMalaysia. Cara pertama mereka ialah menghasut rakyat membenci BN/UMNO, PDRM, MACC dan lain2 ikon kerajaan Melayu.

      Kini masa untuk bertindak sudah pun tiba. Najib pun harus mendengar suara rakyat sebab pendiriannya adalah “Rakyat didahulukan” dan “the days the government knows best are over”.

      #1 – Kempen SSS
      Satu Sekolah untuk Semua adalah satu kempen yang kritis supaya munculnya Bangsa Malaysia berdasarkan Bahasa Melayu sebagai bahasa penyatuan. Penyebaran kempen ini harus dijalankan lebih giat lagi. Pelekat kereta, baju-T, alas cawan, spanduk, dll harus dapat diperlaksanakan untuk menyedarkan rakyat jelata.

      #2 – Permohonan Undang2
      SJKC dan SJKT mungkin mengandungi unsur2 mempolarisasi rakyat. Harus ada sesuatu penyemakan ataupun permohonan undang2 (legal petition) untuk mengkaji jika peruntukan bagi sekolah jenis ini bertentangan dengan perlembagaan – Perkara 152.

      #3 – BMS (Beli drp Muslim Sahaja)
      Kuasa politik kini ditangan Melayu tetapi tiada jaminan bahawa ia akan berkekalan walaupun system Raja2 masih dilaksanakan. Lebih baik berwaspada dan berhati hati. Anasir2 anti-Melayu akan terus berusaha untuk merebahkan kerajaan berteraskan Melayu dengan menggunakan kuasa ekonomi mereka. Kempen membeli daripada peruncit2 Muslim sahaja akan menyokong menaikkan taraf ekonomi peniaga Muslim. Tabiat ini juga dapat menjamin barangan HALAL yang tulin.

      #4 – Website Halal
      Makanan camilan/snek berpakej yang dikeluarkan oleh kilang2 tidak ada jaminan halal, melainkan cetakan logo halal yang kadangkala meragukan. Satu website harus diadakan untuk memberi maklumat yang terkini berkenaan peniaga/kilang yang melanggar peruntukan makanan halal.

      #5 – Kempen Bahasa Kebangsaan
      Penggunaan Bahasa Malaysia harus diperkukuhkan dengan memperluaskan lagi penggunaannya. Ketika para atlet diwawancara dikaca TV, ramai yang berbicara dalam bahasa Inggeris. Ini sepatutnya tidak terjadi. Para wartawan harus menggalakkan mereka ini menggunakan BM, walaupun pun kekok sedikit. Ramai rakyat bukan bumiputera tidak mahu menguasai BM kerana mereka diterima sepenuhnya walaupun mereka hanya fasih dalam bahasa Inggeris.

  8. Raja Petra Kamuruddin

    To begin, Your Slogan to your blog “Source of Independent News” is but a laugh!!!! For your blog swears by The Most Lob-side news that is merely to promote you and your one-track mind

    In response to your claim that you did not accused and implicate Dato Najib and Rosmah with the killing of Altantuya;

    RPK, once and for all stop being a fake, you have been a phony all your life. You cannot be counted with the rest of your Malaysian, so you had to seek an attention seeking way out – write rubbish to get into the news.

    From your days at VI you have been troublesome. It was your father’s influence that saw to your admission at VI never on merit. Then when you became a misfit among the brighter students, you turned into a frenzied attention-seeking maniac. And you ran into trouble at every nook and corner at school.

    As an adult, your failure in life, again saw you turn into the same attention-seeking maniac. You began to hide behind the skirt of your wife to strike out al all others.

    Everyone was wrong in your eyes except the failed megalomaniac in you. The history of Malaysian was wrong, Independence of Malaysia was wrong, May 13th accounts was wrong, Tun Dr Mahathir was wrong, Abdullah Badawi was wrong and then, Dato Najib is wrong, only Raha Retra is the righ one.

    After having dragged Najib and Rosmah through the dirt now you come up that you never collaborated or character assinated by publishing degradotory article and printed false photographs of the PM.

    So you are not merely a fake and a bluff but a traitor! – A traitor is one who would abandon and ditch his sons and daughters and run away to safety to save his own neck. One who runs not wanting to fight another day but to criticize from afar! One who saves his soul to live in comfort when financed my some greedy jealous zealot.

  9. […] Dong Zhong did their convention on 6 November 2010 and passed a resolution with 36 items, which include demands. Some perceived […]


Leave a comment