Model baru Petronas


Semenjak Dato’ Shamsul Azhar Abbas mengambil alih dari Tan Sri Hassan Merican pada bulan Februari 2010 kerana PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak enggan menyambung kontrak perkhidmatan Presiden dan CEO Petronas yang banyak berjasa itu, berlaku beberapa perubahan ketara dalam dasar dan arah tuju syarikat minyak bergelar “The New Seven Sisters” itu. Model baru Petronas diperkenalkan.

Persara MISC Bhd Dato' Shamsul Azhar Abbas kini diangkat sebagai CEO Petronas

Semasa bertemu pengurus kanan dalam bulan Mac, Shamsul mengariskan arah tuju, dasar dasar dan perubahan dalam pendekatan dan tumpuan aktiviti perniagaan Petronas. Pengurus pengurus Petronas diingatkan agar tidak alpa dan selesa (complacent) dan perlu berkerja lebih keras kerana menurut beliau, persepsi bahawa kedudukan dalam Fortune 500 itu bukanlah realiti malah persepsi yang mungkin akan ‘melekakan’.

Cabaran yang bakal Petronas, sebagai syarikat yang bergantung kepada 40% dari simpanan dan rizab minyak dan gasnya berada diluar negara itu akan tempuhi dan harungi ialah:

1. Operasi dan penyampaian kontrak baru di Iraq

2. Operasi gas di Eropah

3. Heavy oil di Venezuela

Beliau yang dikatakan telah berbincang dengan PM Dato’ Seri Najib, mengariskan beberapa pendekatan baru bagaimana Petronas akan beroperasi, walaupun sebenarnya merupakan sebuah GLC milik penuh negara. Perubahan yang paling ketara yang sudah pun terlaksana pada hari ini ialah komposisi ahli Lembaga Pengarah (Board of Directors – BOD). Hanya 2 wakil Kerajaan akan berada dalam BOD disamping kesemua Naib Presiden Eksekutif. Shamsul juga dikatakan menyebut bahawa PM Dato’ Seri Najib merestui BOD terdiri dari warga asing.

Satu perkara yang menarik ialah Shamsul juga dikatakan menegaskan bahawa PM Dato’ Seri Najib juga bersetuju sekiranya jawatan Presiden dan CEO Petronas itu dijawat oleh professional dari luar negara, sebagai contoh mereka dari Exxon atau Shell.

Untuk aktiviti eksplorasi dan produksi (exploration and productionENP),  pendekatan akan tertumpu kepada ‘innovasi, penstrukturan dan penjenamaan semula (rebranding)’. Shamsul mengingatkan semula ‘kegagalan’ dalam aktiviti ENP perlu dihentikan serta merta. Semua aktiviti eksplorasi diluar negara memerlukan ‘pengimbangan semula’ (re-balancing) atau ENP perlu menyusun dan pendifinisian (redefinition) semula kesemua model perniagaanya. Aktiviti eksplorasi dalam negara perlu memberikan fokus kepada perniagaan teras (core business), yang dikatakan tidak mampu memenuhi permintaan.

Model ENP baru untuk aktviti dalam negara dan luar negara perlu diasingkan antara satu salam lain. Syarikat asing bagi eksplorasi dan produksi, dan kedua aktiviti ini akan diuruskan secara berasingan dan tidak melibatkan antara satu dengan lain, dengan tatakerja operasi yang berbeza.

Mengenai perniagaan hartanah pula, Petronas tidak akan akan melibatkan dalam aktiviti ini lagi. Perniagaan ini akan dipindahkan kepada Kerajaan Persekutuan.

Perkembangan terbaru dalam Petronas ini boleh dianggap sebagai pembaharuan yang belum jelas memjaga kepentingan negara. Semenjak Shamsul mengambil alih, pembaharuan seperti komposisi BOD dan eksekutif kanan Petronas terdiri bukan sahaja dari Bukan Melayu, malah professional yang diambil dari luar dengan cepatnya berlaku dan mengambil tempat. Moral warga kerja Petronas terutama mereka yang amat setia dalam perkhidmatan dijangkakan akan terjejas.

Kemungkinan membawa personaliti dari luar untuk jawatan Presiden dan CEO, terutama syarikat seperti Exxon atau Shell dan bukan warga Malaysia merupakan sesuatu yang memberanjatkan. Ini merupakan satu ‘penangan yang memalukan’ (humilating slap in the face) kepada professional dikalangan Petroas yang sudahpun berjaya membuktikan kemampuan mereka merancang, mengurus dan memperkembangkan sehingga Petronas sampai ketahap ini dan mampu membawa keuntungan sebelum cukai sebanyak RM 89 billion pada tahun kewangan lepas. Melantik bukan warga menunjukan keyakinan keatas kemampuan warga Malaysia amat rendah sekali.

Kompleks Perdana Putra, Putrajaya. Ini merupakan kompleks pertama yang beroperasi, bermula Jun 1998.

Sekiranya Petronas tidak lagi berhasrat untuk menceburi bidangan hartanah, ini bermakna Petronas tidak lagi mahu menjadi tulang belakang dan penerajui pembangunan bandaraya pusat pentadbiran paling tersusun dan teratur dalam dunia yang begitu menjadi cemburu banyak negara termasuk negara maju; Putrajaya. Petronas melaburkan sejumlah wang dan kepakaran dari pengalaman pembangunan KLCC memungkinkan Putrajaya berjaya dibangunkan, walaupun mengharungi beberapa pusingan kitaran ekonomi yang merundum.

Hakikatnya, pelaburan dalam Putrajaya merupakan langkah strategik dimana negara beroleh pusat pentadbiran baru dan serba moden (sebagai langkah strategik Perdana Menteri Malaysia IV Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menyediakan prasarana bagi jentera Kerajaan Persekutuan lebihh mantap, effissyen dan mampu menampung keperluan menjana negara kearah tahap maju dan indsutri yang disegani) dan Petronas sebagai pemilik hartanah mempunyai asset bernilai berlipat kali ganda dalam masa akan datang.

Perubahan yang digariskan Shamsul ini, tidak memaparkan bahawa Petronas bergerak kearah yang menguntungkan negara dan bangsa secara strategik dan komprehensif tetapi sebenarnya menjuruskan kepada memberikan tumpuan hanya spesifik kearah keuntungan fizikal, pulangan modal dan nilai tambah (value creation). Ini sebenarnya merupakan bahasa bahasa kapitalism dan setakat ini, Petronas dibawah Shamsul tidak menampakan peranan mereka sebagai ‘pemangkin negara’ (catalyst to the nation) dalam erti kata sebenar.

Pendekatan ini ialah cara  dan intipati ‘Budak Budak Tingkat Empat’ dan Menteri EPU dan Mantan Menteri Kewangan II Tan Sri Nor Mohamed Yackop ‘menasihatkan’ PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang memperlihatkan Khazanah Nasional Bhd. distruktur semula dan GLC bergerak kearah memenuhi tuntutan kapitalism dengan pendekatan ‘keuntungan, pulangan pelaburan dan modal dan peningkatkan nilai’ dan membelakangi peranan sebagai agen ‘pembina negara bangsa’, peranan asal GLC ujud setelah perkhidmatan asas dikorporatkan semenjak 1980an. Akibatnya, kepentingan strategik negara mula telerai kepada pegangan asing, termasuk  saham Telekom Malaysia dijual kepada Temasek Holdings pada awal 2006. Langkah silap ini dianggap ramai penganalisa sebagai amat sukar untuk diperbetulkan.

Setakat ini model Petronas telah pun berjaya membawa imbuhan kewangan kepada negara, semenjak penubuhan pada 1974. Petronas juga berjaya membangunkan modal insan, terutama dikalangan professional Melayu dan membuktikan kemampuan untuk meletakan syarikat kumpulan pembangun industri minyak 100% milik negara ini sebagai salah satu antara yang paling disegani, termasuk dikalangan syarikat gergasi yang sepenuhnya bukan milik negara. Perubahan model Petronas akan tentunya secara tidak langsung merubah seluruh lanskap sosio-ekonomi negara, terutama orang Melayu.

Advertisements
Published in: on May 13, 2010 at 14:18  Comments (17)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/05/13/model-baru-petronas/trackback/

RSS feed for comments on this post.

17 CommentsLeave a comment

  1. it reminds me of an old saying …dont fixed it if it is not broken…..petronas is the last bastion for the malays no petronas tak tahu apa nak jadi laa…..

    • If you wait until it’s broken, it might be too late, my friend.

      Ada dengar the old saying tak mahu nasi jadi bubur? Or retak seribu tak boleh baikki?

  2. Big Dog, this is serious, I mean,…can’t anybody do something more than just write? It’s starting to look like Najib’s 1Malaysia is being sabotaged by his own advisors. Only stupid PM ask for advise from outsiders on how to rule his country. Just imagine, outsiders are free to go in and out of JPM. While they advise PM’s office to tackle the opposition’s stupid blogs, they let others tear everything else apart.

    Writing don’t get us anywhere…do something! We are out of time..you must know someone who can do something about this.

    • Thank you.

      Can you pls answer me: Why it is my responsibility “to do something about this” whenever I write about something shocking?

      As I recall, this is not the first time to made the same request.

      • I think “nobody” is in agreement with what you write, Big Dog. He appears to also be exasperated at the many things happening at Petronas, etc.

        I suppose what he meant was somebody influential on DS Najib doing something like telling him not to do those unacceptable things. It was a rhetorical question by him.

        It seems to me he has been advised the proper things by advisors and others. It’s who he listens to more than the others. People like the Petronas loan delinquent Omar Ong perhaps?

        Or he has his own agenda, assisted by the likes of OO. For example, dia sedar RM3 million to a Chinese school in Hulu Selangor hardly brought him Chinese votes. Yet he announced RM18 mill to Chinese schools in Sibu. On top of so-called liberalization in Petronas, etc. To the chagrin of the Malays. Floundering Article 152 of the Constitution on Bahasa Malaysia, etc.

        Indeed, we need to keep on criticizing him until he realizes that he has been entertaining too much the interest of the minority and not that of the majority.

  3. so kesimpulan nya apa? hala tuju baru ni salah ke?

  4. Ternyata dasar dan hala tuju baru Petronas ini berpaksi dan diasaskan kepada Gagasan 1 Malaysia dan 1 Dunia yg berpandukan kepada prinsip iaitu wang adalah segala-galanya.Dasar baru ini akan membuka ruang dan peluang seluas-luasnya bukan sahaja kepada bukan Bumiputra untuk mendominasi dan menguasai jawatan- jawatan penting dalam Petronas tetapi juga kepada bangsa Asing dari negara lain mengtuai pentadbiran Petronas.Jelas dan nyata dasar semacam ini akan mengkhianati bangsa dan negara.

    Membenarkan bangsa asing menguasai Petronas yg merupakan aset utama negara yg dianggap sebagai lambang kekuatan dan kemegahan bangsa adalah satu perbuatan jahat ,tidak bermaruah dan bacul kerana perbuatan itu telah merendah dan mempergadaikan martabat dan maruah bangsa dan negara sendiri.Tindakan itu juga menampak seolah-olah kita membenarkan penjajahan bentuk baru.Bukankah ini satu perbuatan dayus dan jahat.

    Sekarang ini semakin jelas kelihata bahawa gagasan 1 Malaysia merupakan satu konsep orang Melayu perlu bertolak ansur dan banyak memberi.Demi untuk perpaduan,kononnya,orang Melayu perlu banyak berkorban.Contohnya, biasiswa JPA untuk Bumiputra pun terpaksa dikurangkan kerana terpaksa diberi kepada bukan Bumiputra sebanyak 70%.Sekarang ini pun kerajaan telah memberi peruntukan berpuloh juta ringgit kepada sekolah-sekolah SJKC di Sibu Serawak padahal sebilangan besar mereka itu tidak boleh bercakap bahasa Malaysia dengan fasih,sedangkan mereka itu warganegara Malaysia.Terkini,PM DS Najib telah meluluskan lesen judi sukan atas permintaan seorang Tokay Cina walaupun ramai pihak menentangnya.

    Askar Tua

    • Saya sokong pendapat Askar Tua.

      Melayu tak dapat langsung peluang disyarikat-syarikat yang dipunyai bukan Melayu saperti bank dan sebagainya. Ada pula yang mengata CIMB yang diterajui adek DS Najib sekarang pun banyak bukan Melayu memegang jawatan penting dan menindas setaf Melayu disana. Bank Bumi sudahlah lenyap.

      Be fair lah, terutamanya mereka yang mengiklankan jawatan kosong “For Mandarin speakers only” dan sebagainya. GLC saperti Petronas lah yang Melayu mengharapkan jawatan. Bukan lah Melayu disitu bodoh pulaknya. Hassan Merican dan pasukannya telah membuktikan kebolehan mereka membawa sebahagain besar dari 40% pendapatan negara setiap tahun.

      Jangan fikirkan bahawa banyak Melayu disektor awam sudah mencukupi. Ingatlah bahawa jawatan Kerajaan hanya berjumlah 10% dari tenaga kerja dinegara ini.

  5. Salam Tuan,
    Hassan Merican spearheaded Petronas’ internationalization strategies in the last 2 decades or so… it is now the most global of the NOCs (National Oil Cos.). Shamsul Azha was not in the picture then and he has limited hands on experience in E&P; and E&P is the lifeblood of global oil co’s nowadays… I wonder why Najib picked him over a few others who have better track records? Something to do with backdoor deal with the dozzzzzing Tun? Or perhaps with the L&M giveaway blocks? Or simply, Najib has his own personal agendas bertopengkan 1Msia? Or as Kadir Jasin hypothesized last couple of years that pemimpin UMNO dizaman dozzzzing Tun dah ramai yang “koro”… a situation when “benda” kepunyaan lelaki tu dah takut/menguncup dan tak nak keluar kepala, takut for some reasons? If this is the case, habis lah Melayu…

    • Saya setuju dengan pendapat Tuan keseluruhannya melainkan “habislah Melayu”.

      Kita mesti teruskan keji apa yang tak betul dibuat pemimpin. Kita coba dapatkan partinya kecam dia supaya dia tukar tindak tanduknya. Dulu Tun Dol buat tak tentu atau tidur selalu tetapi Big Dog dan lain lain blogger, didahului TDM, telah bisingkan sehingga TS Muhyiddin berkata sesuatu dan akhirnya Tun Dol tarik diri.

      Kita mesti terus berbuat demikian supaya tak habislah Melayu. Saya faham Tuan gunakan kata kata itu hanya sebagai “manner of speaking”. Saya pun ungkitkan disini supaya menarik perhatian pembaca perlunya kita teruskan caci mereka yang buat tak betul.

      Dah macam-macam mengarut dan melampau berlaku diMalaysia ni sekarang. Ayuh, teruskan, saya mesti sokong menghentam penyelewengan atau tindakan yang keluar dari landasan yang menjejas hak dan kepentingan Melayu.

      • penaSIHAT SHAMSUL…MAKINZIE KOT….SAMA MCM DULU PUNYA PROPOSAL….DULU MAKINZIE TAK JALAN ZAMAN HASSAN…KERANA HASSAN PERCAYA ANAK MALAYSIA MAMPU BOLE MENTADBIR….ITU DULUUU…KESIAN KINI DPERLEKEHKAN KEWIBAWAAN ANAK BANGSA SENDIRI….ADA UDANG SEBALIK BATU agaknye…..

      • Terima kasih Tuan atas semangat tu… inshaallah akan teruskan! The least we can do is to create awareness so we could question some of these decisions that will affect us and generasi anakcucu…

  6. It is really sad to read about the going-ons with PETRONAS under the administration of our new ‘1 Malaysia’ PM. By his action in bringing in foreign personnel/expertise it is a clear indication that he has no confidence in the capabilities of our locals. I thought we have our own experienced technocrats and administrators to manage and operate PETRONAS core businesses i.e. oil and gas, exploration & Production; Refineries, Petrochemicals, Logistics & Maritime, Research & Technology, Properties and Trading. We may need certain people with rare expertise, but we should first find these locally and only employ foreigners to fill in the gapsand as the last resort. Employing foreigners have its risks, the most important of which is the exposure to danger such as sabotage and economic espionage to our potential enemies the secrets of our national riches and resources.

    I am sure our PM is very much aware of this. Maybe he needs reminding on this.

  7. Since the merger , many positions in Sime Darby termasuk decision making positions in HR dijawat oleh non Malays and the reason is that selection is made based on merits… This is not quite a correct statement. Intelligence and ability to work efficiently and effectively do cut across race and do not generally belong to other than the Malay race … But admittedly the selected people have an edge over the Malays ie the gift of the gap. In HR , the power that was had preferred to listen to Consultants who he hired to fill permanent positions… and these people are said to be selected ‘based on merits ‘. We had been conned and continue to be conned. It is especially sad as in the past only GLCs believe in the ability of the Malays and they had not been let down.. Petronas is, and Guthrie and Golden Hope were success stories..

    Also sad because it appeared that this blatant condescending behavior and deliberate ‘ down play ‘ of our ability and intelligence by others is because there are people of our own race who can make a difference but do not believe in the ability of the Malays.. strange isn’t it ?. When they see themselves in the mirror whose face do they see ? Brad Pit or Bruce Lee ?.

    And I wonder whether of the many people with power who can make the difference only Dr M is willing to raise the dignity of the Malays ?. With the new CEO of Petronas implying that he and the PM believe that foreigners are more capable then Malaysians to help manage a well managed Malaysian organization , the future seems bleak. Don’t we have capable current or ex Exxon or Shell personnel who can be hired to do the job ?. Or have the Malays lost the confidence to manage in the current environment of free for all blasting of Malays and Islam ?. If the latter is the reason , be strong and not allow others to brain wash us.. ?.

  8. ada beberapa kelemahan dalam Petronas yang wajib diperbaiki dengan segera , biar semasa zaman pentadbiran Hassan Merican ..atau zaman shamsul ini , benda itu masih berlaku ,

    sebagai lambang maruah dan jati diri rakyat Malaysia , hendaknya Petronas ditadbir sesuai dengan prinsip2 asas penubuhannya , kaji balik apa kandungan matlamat penuguhannya pada 1974 ,
    sungguh mengecewakan sekiranya Petronas diresapi oleh semanggat politik tertentu , tanda2 sudah ada malah beberapa individu yang nyata penyokong tegar parti tertentu telahpun dibawa masuk dalam Petronas ,

  9. […] talent management. Personalities from outside were brought in for top management positions. This ‘liberalisation’ is a new practice, which should not extend towards people who are not supportive but instead is counter productive to […]

  10. […] Things changed in Petronas after Prime Minister Najib’s man Dato’ Shamsul Azhar Abbas was brought in as CEO. Policy changed. The bit which Tun Dr. Mahathir found most damning is about Bumiputera participation in one of the most successful New Seven Sisters. […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: