Sistem ‘satu sekolah untuk semua’

Setelah pengumuman PPSMI dimansuhkan bermula 2012 dan sekolah vernakular dibenarkan mengajar matematik dan sains dalam bahasa ibunda etnik tertentu dan reaksi rakyat Malaysia, terutama dikalangan mereka yang celik ICT dan penguna cybersfera berjaya dirakamkan, maka sesuai untuk perkara ini dimajukan kehadapan dan tahap yang lebih progressif.

Oleh demikian, demi menentukan warga bloggosfera mengunakan peluang dan keseluruhan proses rasionalisasi untuk membawa isu ini secara progressif kehadapan, maka sesuai untuk dicanang secara gempar kempen SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA (SSS).

SSS

Ini bermakna sistem sekolah vernakular dihentikan dan semua pelajar sekolah melalui proses dan pembelajaran satu sukatan dan medium penghantar. SSS amat penting untuk menentukan dan menjamin agar perpaduan, kerjasama dan kesefahaman intra-etnik, toleransi dan semangat muhibbah dapat diteruskan dan dipupuk segar dalam sanubari rakyat Malaysia. Keseragaman merupakan kunci kejayaan penyatuan semua etnik dalam tanahair untuk menentukan dasar Kerajaan PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak “1 Malaysia” berjaya sepenuhnya dan secara menyeluruh.

Oleh demikian, kami di BigDogDotCom mengesa para pelayar bloggosfera menanda tangani secara elektronik petisyen ini untuk menyokong agar sistem SSS diujudkan demi untuk menjamin negara dapat dipacu, bangun dan makmurkan dalam keadaan kestabilan sosio-politik.

Diharapkan majoriti dikalangan mereka yang mengundi untuk menolak pemansuhan PPSMI selama empat hari lepas, 73,000 dari chedet.cc dan 4,200 dari utusan.com.my (dari jumlah hampir 100, 000 responden kedua poll ini ) sebagai kesinambungan merealisasikan keengganan kalian untuk menerima keputusan Kabinet Rabu lepas.

Apakah PENA sekarang sudah bersedia untuk menaja kempen SSS ini, demi memartabatkan “Bahasa Jiwa Bangsa”?

Published in: on July 14, 2009 at 00:01  Comments (35)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/07/14/sistem-satu-sekolah-untuk-semua/trackback/

RSS feed for comments on this post.

35 CommentsLeave a comment

  1. “Apakah PENA sekarang sudah bersedia untuk menaja kempen SSS ini, demi memartabatkan “Bahasa Jiwa Bangsa”?”

    Jika dilihat gaya penulisan dan falsafah penubuhan PENA, saya yakin mereka pasti bersedia untuk menaja kempen SSS.

  2. Salam Bro BigDog 🙂

    Thank you for your continued support for SSS.

    Must think along National lines, our country can no longer accommodate the Jenis, its simply a waste of resources…which ever way you look at it….

    take care

  3. dah ASES pulak… lawak…lawak…

  4. HIDUP SAUDARA BIGDOG !!!!

    HIDUP SAUDARA KU YANG BERJUANG!!!!

    HIDUP LAMAN CITRA BIGDOG YANG BERJIWA NEGARA!!!!!

    TERIMA KASIH SAUDARA!!! TERIMA KASIH!!!! TERIMA KASIH!!!

    Inilah buktinya seorang pejuang! Bukan sekadar di bibir sahaja!

    Perjuangan ini tidak susah mana pun, klik logo dan tandatangan petition tu!

    Yang nak berjuang untuk Bahasa, inilah tempatnya! Kembalikan maruah Bahasa Kebangsaan! Jadikan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah!

    Yang nak berjuang demi kemajuan anak-anak di dalam di dalam bidang Sains & Matematik, desaklah kerajaan supaya meneliti semula dengan mendalam Dasar Pelajaran yang ada sekarang ini!

    DO IT! Demi Bangsa dan Negara!!

    Dua-dua pihak boleh berpakat. Jom, kita buktikan Penyatuan Rakyat Malaysia melalui SSS! (kalau bukan rakyat Malaysia, apa lagi tunggu? pergi baliklah ke negara yang ada di dalam hati awak tu!!!!)

    “NEGARA KITA NEGARA MALAYSIA”

    Semerah Padi

    P/s : KALAU MALAS JUGA LAGI NAK CARI LOGO SSS, NAH KLIK NI DAN SIGN. TERIMA KASIH

  5. Saudara BD..

    Harap boleh bawakan idea ini kepada TDM. Idea seperti ini memerlukan negarawan seperti Tun untuk diambil serius oleh pihak kerajaan.

    • Bukan itu sahaja. Ia juga memerlukan ramai lagi pendokong seperti BD.

  6. Saya turut mengalu alukan dan menyokong tindakan Sdr. Syabas.

    Mari lah kita berkempen untuk SSS. Saya fikir Cadangan itu se imbang dengan 1Malaysia. Ha nya tujuan memancing undi bukan Melayu dan menyokong sekolah vernakular itu janggal.

    Dengan liberalasasi sektor ekonomi dan kebenaran
    PPSM dalam bahasa vernakular ternampak berat sabelah dasar Kerajaan sekarang. Pembelaan kepentingan kaum majority menjadi tanda so’al. Faedah Equinas kapada kaum Melayu belom di terangkan. Tidak nampak ada usaha “mengliberalasasikan” pengagihan faedah DEB.

    Polarisasi kaum meningkat dan banyak yang risau dengan pendirian rakyat terhadap usaha usaha perpaduan dan penimbulan suatu Bangsa Malaysia yang kukuh dan bersepadu. Dengan sebab sebab tersebut di atas, memang patut lah Kerajaan menerima cadangan SSS itu.

  7. Salam Tuan BD;

    Semuga Allah panjangkan usia tuan, berkati segala usaha tuan, makmurkan keluarga tuan.

    Amiin.

  8. Salam Bro Bigdog

    Seperimana kempen SSS saya juga akan meneruskan sokongan terhadap PPSMI walaupun secara mikro(terhadap keluarga sendiri).

    Namun SSS pada saya adalah jawapan terserlah untuk membina perpaduan.

    “Melentur buluh biar dari rebungnya”

    • Kami hargai sokongan sdr/ sdri.

      Kalau boleh, bila bila lapang dan sesuai, tolong lah sebutkan di sana sini minta jiran, rakan pejabat dan sebagai nya t.t Petition SSS itu.

      Kami ucapkan banyak t.k dan do’akan panjang umur, murah rezeki dan aman damai untuk penyokong sekelian.

  9. Salam Bro BigDog,

    Pertamanya, saya menyokong pelaksanaan PPSMI atas sebab-sebab strategik dalam jangka masa panjang yang mana semua usaha tersebut menguntungkan demi bangsa & negara secara keseluruhannya.

    Persoalan: Adakah GMP ini benar-benar ikhlas dalam memertabatkan kedaulatan Bahasa Melayu? Jika benar-benar ikhlas, sepatutnya SSS ialah landasan yang sepatutnya diperjuangkan. Bahasa Melayu selaku bahasa Kebangsaan perlu diguna pakai sebagai bahasa pengantar UTAMA oleh semua sekolah di Malaysia (bukannya memansuhkan PPSMI dan dalam masa yang sama bersekongkol dengan pertubuhan cauvinis untuk mengenepikan fungsi bahasa Kebangsaan).

    Dengan izin,
    http://kembarapolitik.blogspot.com/2009/06/satu-sekolah-untuk-semua-pungutan-suara.html

  10. Yang pentingnya, kita mahu melihat ketegasan oleh pihak kerajaan setelah puluhan tahun janji untuk mewujudkan sistem sekolah satu aliran tertangguh atas pelbagai alasan yang diada-adakan. Selama PPSMI dilaksanakan pun, sekolah aliran Cina masih meneruskan pengajaran & pembelajaran S&M dalam bahasa mereka secara sendirian. Jika kerajaan, khususnya Kementerian Pelajaran bertegas menetapkan hanya satu aliran sekolah pun, mereka akan meneruskan pengajaran dalam bahasa mereka. Kepatuhan terhadap arahan kerajaan hanyalah kerana mereka tidak mahu kehilangan pengiktirafan dan peruntukan. Masalahnya, selama ini kerajaan terlalu menurutkan rentak mereka maka mereka bermaharajalela menuntut itu dan ini yang sebenarnya bercanggah dengan kandungan dan semangat Perlembagaan. Jika kerajaan benar-benar serius mahu menjayakan 1Malaysia, sudah tentulah SSS dicerna serta dilaksanakan dengan tegas. Buatlah apa langkah sekalipun, sekolah Cina akan terus dengan cara mereka, di samping apa yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Jika kerajaan tetapkan sekolah satu aliran, mereka akan patuh, sambil pada masa sama mengekalkan bahasa mereka sebagai bahasa pengantar secara selari. Mereka sanggup meluangkan masa sehingga jam 3:30 petang di sekolah pada hari tertentu untuk memartabatkan bahasa mereka. Itu perjuangan mereka, untuk mengekalkan kelangsungan bahasa sebagai teras budaya bangsanya. Jangan harap mereka akan menyerah begitu sahaja apatah lagi sekiranya kita terus berlembut, memang itulah yang mereka harapkan.

    • Tidak ada masaelah jika mereka mahu melebihkan masa di sekolah dan belajar bahasa mereka di luar masa resmi sekolah sekolah.

      So’al nya, mengapa Kerajaan mesti menari ikut lagu mereka? Ini mula kelihatan sejak Pak Lah memerintah. Sabelom keputusan PRU 12 lagi. Apa kah dia mahu masuk dalam sejarah atau meninggalkan legacy sebagi sa orang “liberal” konon? Apa dia kurang fahaman nya berkenaan sejarah Malaya/ Malaysia?

      Salepas PRU 12, memang pemimpin nampak bertempiaran haluan. Umpan undi di PRK KT dengan RM50 juta bantuan sekolah vernakular dsb nya. Saya khuatir yang di kejar tak dapat, yang di kendong keciciran. Penganut penganut apa yang di panggil “Malaysian Malaysia”, kumpulan kumpulan chauvinis dan subversif tidak akan memberi undi kapada BN walau bagaimana sekali pun. Undi bukan Melayu yang lari di PRU 12 pun saya fikir tidak begitu banyak.

      Oleh itu, mengapa tidak terima cadangan SSS? Kalau di laksanakan cadangan itu, sekurang kurang nya yang di kendong tidak keciciran.

  11. BIG DOG,

    Kenapakah susah sgt pemimpin politik nak fikir pasal hal sekolah ini? Bahasa Ibunda RAKYAT MALAYSIA adalah BAHASA MALAYSIA. Bukan bahasa selain drpd itu. Tanggungjawab sebagai warganegara adalah untuk fasih berbahasa kebangsaan. Kalau hal sebegini pun tidak boleh dilaksanakan, jangan jadi warganegara. Pergi mohon negara lain. Pagi wajibkan semua sekolah KEBANGSAAN. Petang lantaklah nak sekolah cina ke, tamil ke, agama ke.. Bukan susah sgt nak selesaikan masalah ini. Janji semua ada pemimpin perlu ada keazaman dan aspirasi kebangsaan.

    • terima kasih #1,833 anti hipokrit. Saya berbangga dengan anda!.

  12. “Persoalan: Adakah GMP ini benar-benar ikhlas dalam memertabatkan kedaulatan Bahasa Melayu?”

    GMP telah bertungkus-lumus menghantar memorandum kepada Yang DiPertuan Agong pada 31 Januari 2009 secara tersendiri untuk membela dan menjaga kedaulatan Bahasa Melayu.

    “Jika benar-benar ikhlas, sepatutnya SSS ialah landasan yang sepatutnya diperjuangkan. Bahasa Melayu selaku bahasa Kebangsaan perlu diguna pakai sebagai bahasa pengantar UTAMA oleh semua sekolah di Malaysia (bukannya memansuhkan PPSMI dan dalam masa yang sama bersekongkol dengan pertubuhan cauvinis untuk mengenepikan fungsi bahasa Kebangsaan).”

    Pertubuhan Cauvinis telah berkali-kali cuba menggesa GMP untuk merendahkan nada perjuangannya, dan menaja pengunaan bahasa-bahasa ibunda yang lain, supaya bahasa-bahasa tersebut dijadikan setaraf kemudian lebih penting daripada Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

    Hubungan GMP dengan cauvinis telah diputuskan, GMP telah menyarankan pihak cauvinis untuk berunding secara terus dengan Kerajaan Malaysia.

  13. MUHAHAHAHHAHAHAHA
    SEMALAM KATA SOKONG PPSMI
    HARI NI KATA SOKONG SSS
    ESOK PULA MACAM MANA?
    AKU PENING DAN KELIRU DENGAN KARENAH PENCACAI “THE CROOKS” MUHAHAHHAHAH
    HE HE HE HE

    • Nampak sangat ceteknya pemikiran si kaga ni.

      Baru fikir sikit dah pening dan keliru.

      Lepas tu suka ketawa terbahak bahak.

  14. PPSMI masih lagi sekolah kebangsaan. Medium penghantar ialah Bahasa Melayu. Hanya matematik dan sains diajar dalam Bahasa Inggeris.

    SSS = Satu Sekolah Untuk Semua

    SSS tidak bercanggah dengan PPSMI.

    Jangan keliru dan/atau cuba mengelirukan orang lain. Sokong PPSMI dan SSS tidak bercanggah antara satu dan lain.

    • betul tu Tuan Biggum Dogmannsteinberg,

      Untuk pejuang bahasa, kalau nak perjuangkan bahasa kebangsaan, gunalah saluran SSS (bahasa pengantar mengikut perlembagaan Malaysia yang dicadangkan oleh SSS)

      Untuk perjuangan memantapkan anak bangsa dalam Sains & Matematik, kajilah semula dasar pelajaran negara. Ini dicadangkan juga oleh SSS kepada kerajaan.

      Yang penting kita cari titik di mana kita boleh bersatu, jangan asyik mencari titik yang boleh memecah belah.

  15. Chairman Kaga;

    Anda tak faham apa itu SSS sebenarnya. Dan anda tidak faham pula apa dia bahasa pengantar utama. Sekolah Kebangsaan menggunakan bahasa Kebangsaan iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Sedangkan di SJK Cina dan Tamil menggunakan bahasa Mandarin & Tamil sebagai bahasa pengantar utama sedangkan pendidikan adalah dikategorikan dalam urusan rasmi kerajaan. Itu bezanya. PPSMI pula tidak bersalahan dengan SSS kerana masih lagi bahasa pengantar utama merupakan bahasa kebangsaan. SAR pun tidak bersalahan dengan SSS kerana murid menghadiri sekolah kebangsaan di sebelah pagi dan kemudiannnya menghadiri SAR di sebelah petang. Dan SAR pula mengguna pakai bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Dan SSS tidak pula mahu SJK Cina & Tamil ditutup tetapi digesa mengguna pakai sistem satu aliran dengan memberi penekanan bahasa pengantar utama mestilah bahasa kebangsaan.

    Harap maklum.

  16. DB,

    Tuan tulis:

    “Pertubuhan Cauvinis telah berkali-kali cuba menggesa GMP untuk merendahkan nada perjuangannya, dan menaja pengunaan bahasa-bahasa ibunda yang lain, supaya bahasa-bahasa tersebut dijadikan setaraf kemudian lebih penting daripada Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

    Hubungan GMP dengan cauvinis telah diputuskan, GMP telah menyarankan pihak cauvinis untuk berunding secara terus dengan Kerajaan Malaysia.”

    Adakah disebabkan dengan ini perjuangan GMP terus senyap? Sepatutnya GMP terus menjadi agen pendesak supaya semua sekolah di Malaysia mengguna pakai bahasa Melayu (bahasa Kebangsaan) sebagai bahasa pengantar utama. Persoalan: Adakah GMP akan berjuang ke arah itu? Jika jawapannya TIDAK, maka GMP hanyalah sebuah badan NGO yang hipokrit. Maaf!

  17. GMP ‘memekik’ ke telinga kerajaan akan hal PPSMI, tetapi hanya ‘berbisik manja’ di telinga NGO cauvinis akan hal mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah.

    Nampak bezanya?

  18. Salam Bro BD,

    Saya dan rakan rakan diUtara sudah mula hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap DSN dan TSM,kita ANGKAT DAN JULANG MEREKA HINGGA MENJADI PM dan TPM tapi amat malang rupa rupanya mereka jenis tunduk pada asakan NGO NGO yang tidak ada kredibiliti dan hanya mementingkan diri sendiri sahaja.

    Pejuang pejuang bahasa ini jenis buta ilmu yang mereka penting ialah bahasa mereka dan mereka ashik bersajak dan bersyair manakala bangsa lain didalam dunia telah jauh meninggalkan kita .Melayu akan jadi satu species yang akan pupus dan dihina dalam negara sendiri.

  19. “Adakah disebabkan dengan ini perjuangan GMP terus senyap? ”

    Tiada siapa yang senyap.

    “Sepatutnya GMP terus menjadi agen pendesak supaya semua sekolah di Malaysia mengguna pakai bahasa Melayu (bahasa Kebangsaan) sebagai bahasa pengantar utama.”

    Setuju.

    “Persoalan: Adakah GMP akan berjuang ke arah itu?”

    Bahasa Melayu sepatutnya digunakan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah sejak Kemerdekaan Malaysia.

    “Jika jawapannya TIDAK, maka GMP hanyalah sebuah badan NGO yang hipokrit. Maaf!”

    Kadang-kala, dalam perbincangan, beberapa fakta yang diutarakan disalahtafsirkan disebabkan oleh beberapa faktor. Tak payahlah memanggil nama atau melabel sesiapa. Jikalau perbincangan menemui jalan buntu pun, tidak apa.

    “GMP ‘memekik’ ke telinga kerajaan akan hal PPSMI, tetapi hanya ‘berbisik manja’ di telinga NGO cauvinis akan hal mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah.

    Nampak bezanya?”

    Suatu pembohongan semata-mata. GMP tidak boleh bertutur dalam kedua-dua bahasa vernakular yang lain, dan walaupun GMP hanya mengunakan bahasa yang lembut apabila menulis mengenai pihak Cauvinis, ini tidak bermakna GMP mempunyai hubungan yang baik dengan pihak Cauvinis.

    Jikalau pihak Cauvinis yang dimaksudkan adalah sesebuah negara, Malaysia mesti bersedia berunding dengan jiran-jirannya, seperti yang telah dilakukan sejak beberapa dekad yang lalu. Berunding tidak bermakna bersetuju dengan mana-mana atau apa-apa permintaan. GMP telah mengishtiharkan bahawa segala perundingan dengan negara Cauvinis telah diputuskan sejak semalam.

    Jikalau pihak Cauvinis yang dimaksudkan ialah pejuang bahasa vernakular, pintu perbincangan tidak pernah terbuka. Saya hairan bagaimana pihak kerajaan boleh terfikir GMP pernah berunding dengan pihak Cauvinis bahasa.

  20. DB,

    Persoalannya amat mudah:

    Rakyat mahu melihat arah tuju perjuangan GMP. Apakah GMP ‘tidak berdaya’ untuk berdemo di jalanan seperti demo anti PPSMI bagi memberikan desakan kepada pertubuhan NGO Dong Ziong & seangkatan dengannya demi mendesak penggunaan bahasa Melayu di seluruh sekolah? Jika GMP hingga sanggup berdemo demi menghapuskan PPSMI bagaimana pula dengan memartabatkan penggunaan bahsa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah termasuk SJK Cina & Tamil? Apa langkah GMP untuk ke arah ini?

  21. Adakah GMP takut untuk menentang pertubuhan Cina yang mempertahankan penggunaan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar utama di sekolah cina? Jadi, kami mahu melihat ada langkah yang luar biasa dari GMP seperti mana GMP ‘berdemo’ sanggup mati akan hal PPSMI. Jika tiada tindakan luar biasa, maka mudah disimpulkan bahawa GMP hanya pandai menjerit kepada kerajaan akan hal PPSMi tetapi tidak kepada pertubuhan Cina. Jadi, mana arah tuju GMP?

  22. GMP bertindak luar biasa dengan mengugut kerajaan agar menghentikan PPSMI atau sanggup membawa ke mahkamah. Kata dua diberikan dengan penuh tegas. Tetapi apa hala tuju perjuangan semua individu pejuang bahasa Melayu yang berada dalam GMP dalam memastikan penggunaan bahasa Melayu (bahasa kebangsaan) di sekolah Cina & Tamil? Adakah kata dua akan diberikan juga? Mana perginya pejuang bahasa Melayu dalam isu ini? Menikus?

  23. Apabila GMP juga mendokong SSS seperti sambil menyelam minum air.

  24. “Apakah GMP ‘tidak berdaya’ untuk berdemo di jalanan seperti demo anti PPSMI bagi memberikan desakan kepada pertubuhan NGO Dong Ziong & seangkatan dengannya demi mendesak penggunaan bahasa Melayu di seluruh sekolah?”

    Demonstrasi PPSMI adalah lebih bahaya dan mencabar daripada demonstrasi SSS. NGO seperti Dong Ziong adalah semut jika dibandingkan dengan Raja Komunis.

    “Jika GMP hingga sanggup berdemo demi menghapuskan PPSMI bagaimana pula dengan memartabatkan penggunaan bahsa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah termasuk SJK Cina & Tamil?”

    Satu sekolah untuk semua.

    Walaupun GMP tidak kelihatan lantang mendesak untuk SSS, tetapi GMP memang mempunyai keinginan yang tinggi untuk SSS sejak dahulu lagi. PPSMI dan SSS berteraskan ideologi yang sama, dan kedua-duanya penting untuk mewujudkan suatu Bangsa Malaysia.

    “Adakah GMP takut untuk menentang pertubuhan Cina yang mempertahankan penggunaan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar utama di sekolah cina?”

    GMP memang berani menentang Pertubuhan Cina, seperti di atas.

    “Jadi, kami mahu melihat ada langkah yang luar biasa dari GMP seperti mana GMP ‘berdemo’ sanggup mati akan hal PPSMI. Jika tiada tindakan luar biasa, maka mudah disimpulkan bahawa GMP hanya pandai menjerit kepada kerajaan akan hal PPSMi tetapi tidak kepada pertubuhan Cina. Jadi, mana arah tuju GMP?”

    Gerakan menentang PPSMI telah diatur dengan penuh hemat sejak tahun lalu oleh GMP. Jika arah tuju telah bertukar kepada SSS, maka ini akan mengambil masa kerana serangan paling berapi ialah serangan setelah ‘groundwork’ telah tersedia. Sila beri cadangan apa yang perlu dilakukan oleh GMP untuk membuktikan kepada kerajaan bahawa GMP betul-betul setia terhadap ideologi SSS. Adakah GMP perlu berguling di atas jalan raya dengan kain rentang? 😛

    “GMP bertindak luar biasa dengan mengugut kerajaan agar menghentikan PPSMI atau sanggup membawa ke mahkamah.”

    Yang diuguti bukan kerajaan, tetapi Raja Komunis. Segala catatan GMP sejak sebulan yang lalu tidak membawa apa-apa makna kerana semuanya tersirat dan ditujukan kepada pihak haluan kiri Komunis. Pihak komunis telah mengunakan media haluan kiri dan kadang-kala media antarabangsa untuk mengugut dan menghantar mesej kepada pihak GMP. Hanya GMP yang faham mesej mereka, dengan cara yang sama, hanya mereka yang faham mesej GMP, pihak yang lain yang membaca mesej-mesej tersebut tentu keliru dan berasa mesej-mesej tersebut tidak masuk akal, kadang-kala tidak selari intonasi GMP.

  25. DB,

    Syabas! Tekad & semangat yang sebegini yang mahu dilihat oleh rakyat! Mari bersama-sama berjuang!

  26. DB,

    Saya tidak fikir GMP serius memperjuangkan kedaulatan bahasa kebangsaan (bahasa Melayu). Artikel ini menjelaskan semuanya:

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0710&pub=utusan_malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm

    Nyata sekali GMP ditunggang!

  27. […] benar benar serious untuk menjayakan 1 Malaysia secara strategiknya, maka digesa agar diujudkan ‘Sistem Satu Sekolah Untuk Semua’ (SSS) dan sekolah vernakular dimansuhkan. Ini sesuai dengan peruntukan Akta Pendidikan 1996. Ini juga […]

  28. […] Perdana Menteri IV Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menyatakan sokongan terhadap Sistem Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) sebagai alat untuk merealisasikan agenda untuk menyemarakan […]

  29. […] the nationalist duo said are based on the provisions in the Federal Constitution. The call is for a ‘single school system‘, to foster greater understanding and unity amongst Malaysians, especially children who are […]


Leave a comment