Nazri: Samseng Kabinet PM Najib

Nazri Aziz: Mengkhianati Bangsa Melayu dengan menyifatkan 'Perjuangan' sebagai "Bloody Racist"

Episod Menteri diJabatan Perdana Menetri Dato’ Seri Mohd. Nazri Tan Sri Aziz mengelar Perdana Menteri Malaysia IV Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai “Bloody Racist” kerana mempertahankan Biro Tatanegara Negara (Yang berada sebagai agensi bawah Jabatan Perdana Menteri) dan kemudian digelar pula “Bapa Perkauman” dan “Enggan meminta maaf”, apabila ditegur pelbagai pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dan Perdana Menteri VI Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak, menampakkan jelas keceluparan terlampau, keangkuhan, sikap tidak matang dan ketidak sopanan.

Kami menerima transkrip seorang ahli UMNO Johor yang mengambil inisiatif untuk menegur pemimpin Majlis Tertinggi UMNO ini tentang sikap dan tindakan tidak melambangkan kedudukan yang beliau sandang, dari perspektif masyarakat, politik dan hierarki pentadbiran.

Watak dalam interaksi sms ini ialah:

Sang Nila Utama – SNU: Bekas Penulis dan Moderator Kelab Maya UMNO Malaysia yang juga ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah.

DS Nazri: Y.B Dato’ Seri Mohd Nazri Tan Sri Aziz, Menteri diJabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ahli Parlimen Padang Rengas

Kami diBigDogDotCom telah berjaya mendapatkan persetujuan SNU untuk menyiarkan interaksi sms ini agar masyarakat umum menilai sendiri sikap dan keperibadian Menteri Kabinet DiJabatan Perdana Menteri ini.

SNU:                     As’kum w.b.t, YB Dato’ Seri Mohd. Nazeri bin Tan Sri Abd. Aziz, hari ini org Melayu telah dikejutkan dgn kenyataan Dato’ Seri menyatakan YABhg Tun Dr. Mahathir sebagai racist berikutan kenyatan beliau mengenai module BTN tidakperlu dirombak. Izinkan saya menyatakan beberapa perkara dalam isu ini. 1) Tun Mahathir membuat kenyataan tersebut apabila beliau diajukan soalan oleh pemberita berikutan kenyataan pihak pembangkang mengenai module BTN yg perlu dirombak. 2) Kenyataan Tun mahathir adalah sebagai bekas seorg PM ke 4 dan Presiden UMNO ke 5 yg mana kenyataan beliau didapati menyebelahi Kerajaan BN dan UMNO di bawah kementerian JPM. 3) Tidakkah Dato’ Seri sedar bahawa module BTN selama ini adalah seiring dengan kehendak dan matlamat perjuangan bangsa Melayu sepertimana yg termaktub di dalam perlembagaan UMNO yg mulia selain menanamkan semangat jati diri dan patriotisma terhadap keseluruhan rakyat Malaysia. Ini bermakna kenyataan Dato Ser’ adalah menentang Kerajaan BN dan boleh ditafsirkan sebagai pembelot terhadap perjuangan org2 Melayu Islam melalui UMNO. Justru, saya sebagai org Melayu yg beragama Islam rakyat Malaysia yg berdaulat ingin melafazkan atas nama Allah Yg Maha Besar lagi Maha Berkuasa, atas darah pejuang2 Melayu yg mengalir kebumi bertuah ini krn menuntut kemerdekaan serta memilihar kedaulatan Melayu dan Islam dengan ini mengutuk sekeras2nya kenyataan yg dibuat oleh Dato’ Seri Mohd Nazeri terhadap YABhg Tun Dr. Mahathir sebagaimana yang tersebut selagi mana bangsa Melayu Islam wujud di muka bumi bertuah ini. Semuga Allah SWT memberi hidayah kpd Dato’ Seri untuk menginsafi diatas perbuatan yg dilihat sebagai petualang terhadap bangsa dan agama sendiri.

DS Nazri:           Sukahati awak, saya langsung tak peduli kerana yg lemahkan kerajaan melayu ialah kritikan mahadir tak henti2. Ini hak saya, dia kritik orang, jgn jadi bacul takut kritikan saya!

SNU:                     Sememangnya org yg malas berfikir akan mengatakan kritikan Tun M adalah punca Kerajaan BN lemah. Kenapa pemimpin sperti Dato’ Seri tidak mahu mengkaji fakta2 didlm kritikan Tun M betul atau salah? Sebenarnya faktor utama yg menjadikan kerajaan BN lemah adalah pemimpin UMNO yg amalkan rasuah dan berkelakukan bongkak dengan masyarakat pengundi seperti saya. Pemimpin yg bacul pula adalah pemimpin yg cepat melatah apabila berhadapan dengan kebenaran dan lebih teruk lagi apabila disergah oleh pihak pebangkang.

DS Nazri:           Awak nak jadi Tuhan, nak hukum saya apahal….? Saya ada pandangan saya, itu hak saya, kalau takut di lambung ombak jgn berumah di tepi pantai…. saya tak heranlah!

SNU:                     Nampaknya Dato; Seri melatah apabila saya menyentuh soal rasuah sehingga menuduh saya nak jadi Tuhan jatuh hukum terhadap Dato’ Seri. Kalau Dato’ Seri tidak takut dilambung ombak kenapa hanya berani kritik Tun Mahathir tanpa berhadapan dengannya utk dapatkan penjelasan lanjut dan kenapa pula kelihatan Dato’ Seri tunduk dengan desakan pembangkang dalam isu ni…? Saya tahu la kenapa Dato’ Seri tak eran dalam hal ni dan saya yakin ramai org2 politik pun tahu.

DS Nazri:           Saya bila2 masa boleh jumpa Tun. Saya tak takut siapa. Soalnya mahukah dia jumpa saya? Aturlah, beritahu saya bila dan di mana. Dan saya nak tahu apasal awak sms saya dan bukan Tun. Jadi sapa yg takut di sini.

SNU:                     Soalnya adakah Dato’ Seri sudah buat permohonan jumpa Tun M…? Jgn petikai kenapa saya sms Dato Seri’ dan bukan Tun M kerana isunya sekrg bukan nak tentukan siapa berani dan siapa bacul. Itu cara org yg tidak bertamadun dan tidak bermoral, kerana kita dalam UMNO tak amalkan budaya samseng dan kurang ajar.

DS Nazri:           Samseng tu awak, tak tamadun, saya tak kenal awak, mana awak dapat no telefon saya? Kalau jantan awak jumpa saya di parlimen sekarang.

SNU:                     Etika perjuangan tak perlu petikai dari mana dapat itu dan ini. Seseorang pejuang harus sentiasa redha hadapi apa sahaja yg hadir tanpa banyak persoalan. Lagipun saya bukan nak cari gaduh atau musuh dengan mana2 pemimpin UMNO seperti Dato’ Seri. Saya hanya gunakan hak saya sepertimana Dato’ Seri gunakan hak sendiri untuk kritik Tun M. Dato’ Seri harus ingat kedudukan dan kerusi yg Dato’ Seri perolehi sekarang adalah datangnya daripda kuasa rakyat seperti saya. Untuk berjumpa Dato’ Seri, saya tiada masalah, tetapi bukan sekarang kerana saya berada di luar KL. Insya’allah saya akan berhadapan dengan Dato’ Seri untuk menggali isi perut perjuangan yang sejati demi Melayu dan Islam.

DS Nazri:           Awak bukan rakyat dan pengundi saya, saya peduli apa. Pengundi saya kenal saya. Sebab itu saya menang 4 kali. Awak tak kenal saya jangan cuba nak ugut. Saya akan tunggu awak, jangan jadi bacul. Bagi tahu saya bila, saya akan tunggu.

SNU:                     Memang la saya bukan pengundi di tempat Dato’ Serin tetapi saya memberi gambaran bahawa saya adalah RAKYAT serta antara pengundi yang sentiasa mengundi BN setiap kali PRU dan saya juga ahli UMNO. Tak kira la tempat mana seseorang rakyat itu mengund. Memang benar Dato’ Seri menang di tempat sendiri sebanyak 4 kali, tapi adakah majoriti yg Dato’ Seri perolehi pada PRU yang lepas meningkat naik? Adakah Dato’ Seri yakin akan sentiasa menang pada PRU seterusnya? Jelas kelihatan sikap Dato’ Seri yang sangat bongkak dan takbur serta pentingkan diri sendiri tanpa melihat prestasi BN secara menyeluruh. UMNO dan BN tidak memerlukan pemimpin yang setajat tahu memang kerusi parlimen ditempat sendiri sahaja TANPA melaksanakan amanah dan tanggungjawab untuk Alif Ba TA secara komprehensif. Jika keadaan ini berterusan maka UMNO akan dipimpin oleh pemimpin yg tiada kualiti dan tiada arah yg jelas untuk membela bangsanya dan agamanya. Saya cadangkan Dato Seri’ segera mentertai kembali kem BTN untuk merawat jati diri sayangkan bangsa dalam diri Dato’ Seri.

DS Nazri:           Tak payah nak ajar saya tentang politik. Kalau BN nak kalah pun ialah kerana Tun duk hentam kerajaan tak habis2. Awak pegi nasihat orang tua tu. Apapun bacul jumpa saya paham!

SNU:                     Saya bukan ajar Dato’ Seri, tapi saya terangkan pekara yang saya fikir Dato’ Seri harus tahu dan sedar mengenai UMNO, tapi malangnya Dato’ Seri sedang berada di satu dunia khalayan dan syok sendiri diatas kerusi parlimen yang dimenangi dengan majoriti yang menjunam teruk. Menuduh faktor Tun Mahathir sebagai punca prestasi buruk BN pada PRU12 yang lepas adalah satu sikap bacul yang nyata yang Dato’ Seri harus faham. Bagaimana pula faktor Pak Lah dan menantunya KJ serta rekod buruk peribadi seseorang calon BN yang terlibat dengan skandal rasuah dan salahguna kuasa serta moral? Sepatutnya pemimpin seperti Dato’ Seri harus bermuhasabah diri dan insaf apa yang telah melanda BN dan UMNO disepanjang penguasaan Pak lah selama lebih kurang 5 tahun, bukannya berterusan bersikap angkuh dan bongkak. Jadi Dato’ Seri lah yang perlu dinasihat bukannya Tun Mahathir.

DS Nazri:           Awak ni bukan aje bacul tapi buta! Tak baca interview Tun Daim. Apapun jangan lari, saya tak tahu awak kat mana tapi saya ada di Parlimen. Bagi tahu bila nak mari, saya akan tunggu. Apa pun, saya menteri, awak tu apa? Habuk pun takdak… bacul!!

SNU:                     Tak guna jadi orang yang celik dapat melihat tapi TAK NAMPAK apa yang dilihat, lebih baik jadi si “buta” sungguhpun tak dapat melihat tapi sentiasa nampak melalui hati dan akal. Saya tak pernah lari setiap kali berjuang bersama UMNO. Saya berada di JB. Antara kita tak perlu nak petikai siapa bacul sepatutnya itu bukan standard pemikiran Dato’ Seri yang bertaraf seorang Menteri. Memang saya tahu Dato’ Seri adalah Menteri dan tak perlulah nak bandingkan dengan saya yang Dato’ Seri anggap sebagai habuk kerana bila dalam kubur nanti badan kita akan jadi habuk juga, masa tu adakah pangkat Menteri yang Dato’ Seri bangga-banggakan itu akan dapat kekalkan jasad tidak menjadi HABUK..? Berapa umur Dato’ Seri sekarang dan berapa tahun lagi kah Dato Seri mampu bertahan untuk kekal jadi Menteri?

DS Nazri:           Itu kata awak, hakikatnya saya Menteri dan MP dan peguam, awak tu apa nak di buktikan, ahli UMNO bodoh, tak tahu rakyat dah tolak dan kalau tak berubah terus hancur bangang!

SNU:                     Saya juga punyai kedudukan dan berpendapatan tinggi dalam sebuah syarikat konglomerat, tapi tak perlulah saya nak nyatakan dan banggakan. Di Malaysia ramai juga peguam cabuk dan menipu, makan duit haram, tapi nasib Dato Seri’ agak baik kerana menang bertanding melalui platform UMNO dan BN lalu dapat jadi Menteri yang sedang mengalami kemerosoton undi dan sokongan rakyat. Tunggulah bila sampai waktunya apabila pangkat dan kedudukan ditelan takdir, itulah hakikat sebenar akan tiba nanti.

DS Nazri:           Ha… dah nak jadi penyokong Nik Aziz, doa bala kepada orang lain, awak ni orang Pas menyamar UMNO? Tak pe saya nak masuk undi dalam dewan sekarang. Saya memang nak jumpa awak. Bagi saya tarikh, saya tunggu.

SNU:                     Ini nombor keahlian UMNO saya 0265XXXX, Ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah, Negeri Johor. Jika perlu, sila la buat pengesahan. Saya merujuk kembali text saya sebelum ini, tiada satu ayat pun menunjukan saya mendokan bala kepada Dato’ Seri sepertimana Nik Aziz mendokan bala terhadap PM. Sungguh pelik, Dato’ Seri yang berkelulusan dalam bidang perundangan boleh membuat justifikasi yang lari daripada text saya sebelum ini. Selamat bersidang di dewan yang mulia. Semuga kita dapat berjumpa satu hari nanti.

 

Interaksi tamat, apabila Nazri tidak lagi membalas  selepas text yang terakhir di atas. Kami yakin mengenai kesahihan ini kerana Nazri sebenarnya cuba untuk menyelidiki gerangan SNU ini (berbekalkan dengan no. keahlian UMNO yang diberikan dalam sms tersebut).

Kami sebagai ahli UMNO sebenarnya amat malu kerana ujud pemimpin dengan budi pekerti dan sikap sedemikian, yang dikira sebagai mengkhaianati ‘Perjuangan’, prinsip dan landasan UMNO dan Bangsa Melayu.

Nazri yang membelakangkan “Kesopanan dan kesusilaan” dengan keceluparan yang melampau dan biadap ini sebenarnya memberikan contoh tidak baik bagi rakyat Malaysia, terutama golongan muda dan remaja. Sekaligus ianya membelakangkan Prinsip KeV Rukunegara, sebagai landasan Gagasan ‘1 Malaysia’ PM Najib.

Kami diBigDogDotCom masih lagi amat tegas dengan pendirian dan mendesak agar:

PM NAJIB MEMECAT NAZRI AZIZ DARI KABINET DAN MAJLIS TERTINGGI UMNO MEMECAT BELIAU DARI UMNO!

Published in: on December 16, 2009 at 00:02  Comments (98)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/12/16/nazri-samseng-kabinet-pm-najib/trackback/

RSS feed for comments on this post.

98 CommentsLeave a comment

  1. Sungguh bongkak Nazri Aziz!. Ini ke menteri kabinet Najib?

    Pecat Nazri saya sokong 100%.

  2. Wow!Nazri said, BN akan kalah kerana kritikan Tun? Hahaha Nazri is sooo buta! Buta dan sombong!

    • Who is this Nazri to be compared to Tun M? This guy has no standard at all. May be he is a Menteri, lawyer or whatever…..!!!! but mentality is lower than rubbish..no good.

  3. Bro,

    Nazri takde masa nak layan sms ni …. curut dia pun di suruh hambanya bakarkan dengan rela, sudah tentu ada hamba badwi yang tukang balas sms ini melalui telefon bimbit kepunyaannya itu.

    Namun demikian, saya sokong usul BigDogDotCom untuk menekan PM Najib untuk memecatnya. Walaupun demikian, dalam bahasa orang putihnya saya ucapkan, Good Luck With That!

    Pertelingkahan diantara Tun dengannya adalah suatu yang merupakan peribadi dari zaman azali lagi yang mana hanya mereka berdua sahaja yang tahu. Harap jangan di heret Negara kita kedalam masalah peribadi diantara mereka. Tak tahulah apa…mungkin menantu tak jadi agaknya kerana beliau dikatakan pernah keluar dengan Marina dulu.

  4. Isk…isk.! Nasib baik le teman ni orang Bkt Gantang bukannye orang Pdg Rengas.Kalo tidak malunya berMP kan seekor kerbo pendek yg menyamar jadi manusia, pastu pandai pulak berlagak macam dia tu menteri! Ayat2 yg dia pakai ngalahkan si hindu yg jual kacang putih kat stesen bas di Kuala Kangsor tu!

    • Ni, aku ni org Pdg Rengas – aku dan kaum keluarga aku yg tidak pernah mis undi sibiol ni, tidak akan sekali2 mengundi lg dibiol ni..PR12 dulu pun kami dh mula undi parti lain..org kg kami dh mula pandang serong kat sibiol ni..walau pun bila terjumpa, kami bermuka manis, tp sori undi kami bukan untuk dia lagi..pd kami dia ni dh mula lupa diri dan sudah tidak ada lg jatidiri melayu..islam un ntah..kami cukup tersinggung bila dia berperanan dlm IFC dulu..

  5. *Komen dibuang

    Sila berikan pendapat dalam blog lain

  6. If the SMS conversation did take place, it shows how small the Cabinet Minister’s mind is.

    How stupid, impromptu reaction, saying things without serious thinking, jumping up to questions and criticisms, especially knowing he has been under attack by several quarters, until being pulled up and admonished by the PM.

    By reacting like the above, he also shows arrogance, utter contempt of an UMNO activist’s attempt to reason out with him, expressing High And Mighty opinions, pulling rank – what the heck should he do that, everybody knows he is a Minister, why the hell must he say that to a simple UMNO member wanting to have a discourse with him?

    Then again, knowing the kind of bloke he is, it is very probable that he did say all those, that the SMS conversation did take place.

    He could have just asked the JB UMNO activist to submit his comments in full and say that he would reply later. Then ask his Pol Sec or aide to draft a reply, OK it and send it. But this is not the manner of the biadab fellow, is it? We all know his uncouth, indecent and unbecoming (really, kurang ajar) tirades against TDM.

    Surely DS Najib realises this fellow is more a liability than an asset to him? Unless, as has been suggested before, DSN wants an insurance against TDM hitting him like was done to Pak Lah. If that is the case, where is DSN heading with his further reforms and new policies? DSN will lose many votes in UMNO and at PRU13 if he keeps trying endlessly to win back and dance to the tune of PRU12 absconded voters and keeps this sombong and angkuh fellow in his Cabinet.

    • Its not difficult to understand why Nazri is disgusted with Mahathir, that old man sucks

  7. Ade ke YB UMNO lain yg berfikiran seperti ini ?
    Ade kut !!!

  8. 1)Menteri botak yg suker pakai bow tie kata Tun M rasis.Rasis-rasis Tun,sepanjang 22 tahun pemerintahan rasis beliau,macam-macam pembangunan yang beliau bawa untuk Malaysia.Lebuhraya Utara Selatan,Proton,KLCC,Putrajaya dll, serta berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara membangun yang berdaya saing.Tapi botak yang tak rasis tu,bawa apa kemajuan untuk Malaysia,kalaupun tidak untuk bangsa dia(dia skang tak boleh sebut pesal melayu,nanti jadi rasis).

    2)Menteri botak tu kata Tun M rasis.Rasiskah Tun andaikata beliau mahu melihat anak bangsa dia maju,berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain.Sementelahan pula,komposisi bangsanya lebih banyak dari bangsa lain.Rasiskah Tun,sedangkan majoriti 10 orang terkaya di Malaysia ini bukan dari bangsanya.

    3)Menteri botak itu kata Tun rasis.Rasis-rasis Tun,tiadalah tersebar gambar anak-anak jantan beliau memeluk bohsia-bohsia gelandangan,sambil tangan memegang tin arak,gelas arak atau menghadap jug besar berisi arak.

  9. kenapa orang tidak boleh kritik Dr.m?. itu yang saya tidak faham. Apa-apa pun saya sokong Nazri. Memang dia hebat

    • Sehebat Zaid Ibrahim, Anwar Ibrahim dan Khaled Ibrahim.
      Juga sekelakar, seniman kita yang di hormati , Ibrahim Pendek.

      UMNO, please sack this Nazri guy.
      He is an embarassment.

  10. Level seorg Menteri, MP dan loyar. Kalau beginilah perangai mereka2 yg berada di atas sana, alamat bertambah teruklah UMNO. Najib perlu ambil perhatian serius mengenai Nazri ini. Beliau sepatutnya tiada dlm cabinet. Taraf dia sama dgn KJ dan Paklah. Tiada Kualiti sebagai pemimpin

  11. Sebab tu perangai dia turun kat anak dia. Teringat Uncle Don…………..

  12. This BASTARD NAZRI is a real NAJIS to UMNO,Najib must have balls to tell him once and for all ‘Nazri you bastard shut up’.

    Where are all MKT Members,Ketua Bahagian,Ketua Pemuda Bahagian,Ketua Wanita and Ketua Puteri Bahagian ,are you all dump ?none of you dare to challenge this bloddy idiot Nazri Najis.

    Wake up from your sleep and have some guts to kick this IDIOT NAZRI out of UMNO.

  13. saya tak nak kata nazri anak haram coz it would imply other matters but dis ni memang babi!!!!!!! kena rendam dia dalam tong taik. i will pee on this bastards grave, i swear i will!!!!

    costarica

  14. gadis2 yang pernah dianiaya oleh Nazri Aziz!!!! sila tampil dengan bukti dan kisah2 anda…kita kuburkan anak haram ini once and for all… ada gambar lagi bagus

  15. MYSTERY: Anwar tukar sampel DNA untuk bukti Afifa anak Azmin?

    di laman web The Unspinners di

    http://theunspinners.blogspot.com/2009/12/mystery-anwar-tukar-sampel-dna-untuk.html

    • Cepatlah tendang Nazri ni kuar!

      Kita gatal nak belasah Anwar Al Jubs!

  16. DS Nazri: …..Ini hak saya, dia kritik orang, jgn jadi bacul takut kritikan saya!

    SIAPA BACHUL SEBENAR?

    • Hari ini, DSNajib ialah BACUL!

      Dia tak mau buat keputusan utk MCA!

      Dia setakat sound NAZRI ni saja (yg mana dia buat dek je!).

      Keputusan yg DSNajib berani buat ialah lantik Omar Ong dlm petronas.

  17. tengok saja orang macam mana si nazri bela di lenggong, kenering, padang rengas…yg hampir buta huruf…yg samseng belaka.

  18. say, why not all pro-Melayu, pro REAL 1Msia and pro-UMNO bloggers come out with a campaign to give this guy a boot from UMNO/BN?

    We start by developing a site/blog accepting evidence, comments to the effect. All bloggers involved can use a graphic image with the words ‘ pecat Nazri’- ‘pecat pembelot bangsa!’

  19. Kalau Najib tak pecat Nazri, which I think is most likely scenario, what’s next? Kita suruh Najib letak jawatan?

    My suggestion is to forget about all this. Tun can defend himself. He doesn’t need us.

    Najib firing Nazri has snowball in hell of a chance. Zakhir should know this, dontcha?

  20. Looking at Nazri’s picture above..I guess he was saying poorraah..

  21. Saya amat dukacita dengan DSNTR kerana tidak mengambil tindakan yang wajar terhadap Nazri ni. Saya cenderong kepada tanggapan yang dia ni mendapat restu DSNTR supaya berkelakuan penyanggak atau “henchman” bagi tujuan tertentu politik tuannya.

    DSNTR ni ada “complex” jadi semestinya menggunakan orang seperti Nazri ni didalam apa-apa konfrontasi yang berisiko tinggi. Terus dan terangnya KPI PM kita ni saya berikan “Not Met”.

    • Aku setuju.

      DSNajib ni budak budak Umno cam aku tiak (org Johor sebut = panggil) sebagai “Pemimpin Kondom”.

      Play safe! Cam iklan kat kotak Durex!

      DSNajib patut berani buat keputusan. Baik lagi Sleepyhead Pak Lah, dia berani buat keputusan (walaupun salah & org lain yg bagi tau dia utk buat keputusan!).

      Tak da keputusan lagi teruk dr tak buat langsung.

  22. astaghfirullah hal Azim…begini ke sikap dan perangai seorang pemimpin yang dipilih oleh rakyat? bongkak, takbur dan merasakan dia lah paling hebat..tak sangka saya dengan perangai menteri ni.Kalau terus dibiarkan dia di dalam barisan pemimpin negara, tak mustahil, suatu hari nanti UMNO hanya akan jadi sejarah.

  23. i believe, the only reason everyone is now ‘untouchable’ is that Najib still to consolidate his power. he received the batton from Abdullah, and this by no mean, he still no prove his worth. and also these extreme circumtances, thanks to Abdullah, made it very difficult for Najib to call for snap election (to further stamp the I-M-THE-MAN power)

    this is not najibs fault. not to defend him, but even stevie wonder can see whats the heck of trouble hes dealing now.

    i would say, handle this botak man in some other way first. silencing him a good start. in the meantime, Najib has to get someone solid ready for Padang Rengas. that someone must get working now, getting Padang Rengas’s people trust. and not to mention the heart of Padang Rengas division.

    then come 2011, even thou i can imagine of botak will make himself irreplaceable, najib will be able to send him forever into wilderness without a sweat.

    as for time being, moving him into a small portfolio would present a right motive and just enough snowball effect to the others. smaller than that ‘Minister of Law’..

    this is the man once question an 80 years old man’s manhood. and that old man proved hes a man after quitting UMNO. since we are still in challenging manhood topic, i read somewhere about that old man told botak to step down. thats a manhood type challenge i believe.

    so now still, botak has not have any manhood. poor his wife. that kid must been his brothers.

  24. Nazri Aziz is a tool. Any political leader worth his salt need to use some ‘tool’ to control his people. As long Nazri Aziz plays the right card, obedient to the master of the day, he or she will be well fed and taken care of. Najib wants to promote his 1Malaysia, he wants to be more independent and out of the shadow of Abdullah & Mahathir…he wants his own style. All leader worth his salt, would like to rule using their own style. As you people are supporter of Mahathir, I’m sure Mahathir want to rule using his style as well….would Mahathir follow Tunku Abdul Rahman style? Musa Hitam style? I’m sure not.

    So, Najib cannot openly attack Mahathir and ask him to shut up, that I am PM now, this is my style…..don’t play play with me. So he cannot do that, as Mahathir will has his tool & followers as well to attack Najib then. So, the next best thing is for Najib to use the same tool Abdullah use, that is Nazri Aziz to attack….a proxy attacker. This is only natural. One day, who knows who else become PM, and I’m sure this PM would place his own tool as well to do the more “dirty” job for him.

    So, Mahathir supporter, don’t get angry…this is only politic and only natural. All leader put in their tools to attack one another, MCA also, MIC also….so is UMNO. There is no exceptions. If you don’t like it, just vote others people as your leader la. Nazri Aziz is cocky since he won 4 consecutive time….he gain his power from the people vote him.

  25. Also, whoever don’t agree with you, you label people traitors. You people are not different then those people who label people terrorists, communists, insurgents, etc. I got label for you Mahathir follower, fanatics.

    • Its okay.

      We are fine being ‘Che Det’s fanatics’. We went to primary school, highs school, university, get jobs, start a family a& eventually afford to own a house becoz TDM was in charge & he made sure this country was well & fine. The stability & climate was conducive for economy to grow & thus ppl like me, is where I am tday.

      When sleepyhead Pak lah took over, all that growth & stability went topsy-turvy. Look around us, even newly grads cant get decent jobs anymore. How can they now enjoy what ppl like me benefitted?

      BTW, this ‘fanatism’ on TDM is the conscience of the majority. That incl non malays, esp the business communities.

      DSNajib needs to be gutsy & gung-ho like TDM, to get this nation back on track after 5 yrs of slepyhead detioration. And he can veryw ell start by kicking rottweiler like NAZRI OUT ON THE STREET!

      • Rubbish! 51% voted that he should have been garlanded with slipper.

    • Botak Chin,

      What about the label of members of secret societies, thugs and gangsters? Is the name you choose after the gangster Botak Chin? Fitting, isn’t it.

      One Selangor PKR ADUN and one PKR MP said the Selangor DAP Exco has dealings with them (“Underworld”) even in the premises of the Selangor State Government.

      But if you label Nazri also as a thug or gangster, I don’t think I would mind it. Listen to the way he talks to people. Or about people.

    • Ya Saya fanatik Mahathir. Bila lagi nak jadi fanatik kalau bukan sewaktu dia ada. Pandangan berharga dihujung2 usia emas patutnya lebih dihargai..
      Salahkah meghargai pemimpin berjasa besar. Peduli apa kalau nak jadi fanatik kepada pemimpin agong seperti Mahathir.
      Sokong dia pun tak rugi masa depan. Macam emas, lagi lama disimpan akan datang lebih bernilai sahamnya, dikenang selama2nya. Itulah Mahathir..

    • Well, we are happy to be called Mahathir Fanatics unlike you guys who lick 24-7 KJ KJ kJ only, what did that mo fo did for the country?

      His BPN clown is attacking in whoever attack their master, yo asshole, you guys are more psycho fanatics than anyone else!

      Damn KJ and the goons!

  26. Anwarista vs Mahathirism, Red Shirt vs Yellow Shirt, Liverpool vs Manchester etc….

    • Haha

      botak and nazri have something in common – lack of hair and err same IQ level …

      • yes. they both lack hairs and lack IQ too.

  27. Nazri ni hanya layak menjadi anjing pembangkang sahaja .. ptuiihhhh !!! cakap takde fakta langsung , apa yg dia pandai ialah melalak macam DApigs

  28. Whoever leader, doesn’t matter….don’t corrupt. Portion for the poor people also take.

    http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/46735-macc-to-probe-gopeng-land-scam

  29. Najib? PM yang bersikap “apologetik” dan yg nampaknya lebih meminggirkan orang Melayu sekian hari?

    Artikel dari Tam Dalyell ini menarik hati utk para pembaca, khususnya ORANG MELAYU, membaca serta merenunginya:-

    http://tamdalyell.blogspot.com/2009/12/foot-that-kicks-up-dust.html

    Ketua apologetik, anak buah samseng. Dua-dua nampaknya menganut Malaysian Malaysia!

    • ‘Ketua apologetik, anak buah samseng. Dua-dua nampaknya menganut Malaysian Malaysia!”

      My thought exactly. Lakunan yang hebat… hiding their true colors..

      I believe DSN game would be if he can get enough support from the chineses and indians he believes he can maintain power and form a strong goverment.

      After all this is what Malay leaders of PAS and PKR are hoping for? Support from the chineses and indians.

      I dont think DSN trusts the Malays blindly. He is not born yesterday

      Malay at the grass root are also to be blame. Due to fragmentations, our political strength is probably at 35%. We are the majority only in names. And some are sombong and biadap tak habis!!!

      Yet we expect so much from our leaders!!!!!

      mohamed

  30. Nazri buat kechoh lagi,hari ini dia kata Utusan Malaysia RASIS dan mengarahkan Utusan memberhentikan segera semua penulisan yang berbentuk RASIS.

    Cukup pelik and very funny clown,BILA Melayu cakap fasal melayu dia kata RASIS tapi bila LIM KIT SIANG,Kulasegaran,Karpal Singh,lim guan eng,Ngeh dan ramai lagi pemimpin PR hantam dan persoal fasal hak hak melayu yang telah termaktub dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA dia tak respon langsung.Haramjadah betul si Nazri Najis ini.

    Elok dia keluar UMNO dan masuk DAP lagi bagus,UMNO can survive without this idiot NAZRI !

    • Mungkin betul kata orang Najib dalangkan siNazri. Biar dia didepan tabir meloncat sana, meloncat sini, melaung kapada siapa yang tak suka Najib tapi Najib tak boleh buat apa, macam Chedet.

      Itu pasal dia simpan Nazri yang kurang ajar kat Chedet dalam Kabinet dia. Walau pun dua malam lalu Gomen nyaris kalah undi dalam Parlimen. Fikirlah, menang hanya dengan 3 undi, kalau tak, tidak bergaji orang yang kerja ngan Kerajaan. Nazri kurang ajar Menteri yang jaga Parlimen. Najib simpan dia juga lagi.

      Najib sengaja hendak Nazri hentam orang yang tak setuju dengan policy dia. Dia hendakkan liberalisasi lagi, sengaja pergi sekolah Cina dan umumkan sekolah Cina boleh diteruskan. Tak kisahkan orang melaungkan Sekolah Satu Aliran, Bahasa Malaysia sebagai Artikel 152 diPerlembagaan.

      Nampaknya kita kena buat seuatu berkenaan Najib ni.

  31. No wonder this Botak Chin loves Nazri Aziz so much. Dua-dua samseng. Dua-dua pencacai.

    NAZRI AZIZ = ANJING DAP DI DALAM UMNO

  32. Sang Nila Utama dah jadi bekas lakk… heee bila masa dah jadi bekas nii … buang diri sendiri dari mykmujohor, Tahniah lee kerana berani SMS menteri Botak, heeee berani jugak ko yee mat …heee respekkk ..respek …tapi berani kee jumpa menteri botak tu … aku rasa ko penakut leee ..ko mana ada telo oiitttt Sang nila … hahahhaha tahniah ..tahniahh

    • Kamu ni tak reti baca ka?

      “SNU: Bekas Penulis dan Moderator Kelab Maya UMNO Malaysia”.

      Tak da tulis pun bekas KMU.Johor!

    • Aku rasa mamat ni admin mykmujohor.com nama zali. mamat ni memang bodoh tahap gaban. tak reti nak fahamkan fakta artikel. kalo tak silap budak zali ni bekas banduan pernah masok lokap kat Central Police JB sebab palsukan dokumen passport masa dia keje kat satu company buat software programming immegresen johor. budak ni sekrg dah cium pungkoq sorg proxy ghani othman kat johor. habis la mykmujohor tak lama lagi lingkup la krebiliti ko org semua.

  33. KAMI MAHU NAZRI BEBAL NAK MAMPSO NI MELETAKKAN JAWATAN! DS NAJIB KENA BUANG NAZRI, KJ DARI UMNO, BARU UMNO BOLEH DISELAMATKAN!

  34. nak tanya…

    SMS hanya terhad pada 160 characters…..tp peliknya…nape cam tulis surat plak ? cam tipu jer ??

    • Itu handphone jenis basic ja.

      Kalau handphone yang canggih, macam Blackberry, iPhone, HTC, LG, HP, Asus dan sebagainya, sampai 8 sms pun boleh.

      Janganlah kemampuan handphone hantar sms pun nak dijadikan alasan lemah untuk menafikan kesahihan interaksi ini.

  35. Ni hse pk ni member umno ke atau member persatuan dkk,menyalak tak abis abis.

  36. bagus… Melayu sama Melayu bertelagah.. Ni yang DAP suke nih… Last2 Melayu berpecah2, ada yang sokong nazri… ada yang sokong Tun… Apa2 pun kuasa atas PM dgn TPM mengemudi ‘kapal’ yang sedang dilanda laut bergelora.. Ibarat tarik rambut dalam tepung…

  37. Ni Lah dia Melayu .. Yang sorang macam anjing menyalak bukit (Sang Nila Utama) yang sorang Bukit Gondol (Nazri aziz) mana kan bergegar Bukit Gondol to anjing oiiii ..ko tu sapa ..tak lebih dari seorang melayu yang penuh hasat dan dengki ..perjuang apa yang ko bawak ..hanya sekadar melaung Nazri perlu dipecat …Menteri Botak tu pulak pun ada sengal juga ..yang pegi di layan mamat sangnila utama tu buat peee .. kan jarak ko dengan dia jauh …ko menteri …dia tu sekadar berkerja jeeee jawatan pun bukan leee bagus sangat … pencacai seorang datuk jeee … heeee dah leee oiittt melayu ko orang asik bergaduh buat peee …kalau ko betul2 bagus buat satu memorendum hantar kat PM …atau buat satu perhimpunan aman kat depan Parlimen ….peee ke banggangan sangat sang nila niii ahhhh

  38. Kalau orang tertinggi UMNO seperti Nazri dan Najib yang tidak lagi percaya kpd hak istimewa orang Melayu, ini bererti nasib Melayu bagai dihujung tanduk. Mereka berdua ini dengan sebiji pen boleh mengalih hala tuju UMNO dan meninggalkan nasib orang Melayu yang masih percaya kepada hak istimewa orang Melayu terkapai-kapai. Orang Melayu tidak ada back-up plan. Kalau tiba-tiba UMNO dibawa oleh Najib dan Nazri selari dgn pandangan PR, apa nak jadi dengan hak istimewa orang Melayu ? Saya berharap sangat ada segelintir orang Melayu yang segera menubuhkan parti baru yang terus memperjuangkan hak istimewa orang Melayu dengan segera kerana nampaknya pemimpin UMNO berdua tu nak membawa UMNO lebih sudu dari kuah dari PR.

    • The only problem is we would be divided into four Malay’s paty

      mohamed

  39. […] dalam satu blog pro-Umno pula. Perbualan SMS seorang penyokong BN dengan Dato’ Seri Mohd Nazri Tan Sri Aziz, Menteri di […]

  40. Kalo ikut pendapat kakiempat kat atas ni, org2 akarumbi tak boleh nak bersuara dan tak layak nak bersuara kat Menteri. Agaknye kepale hotak kakiempat ni masih lagi dijajah oleh penjajah. Cara kakiempat berpolitik ni mesti jadi yes men.. yes sir… akarumbi tak boleh nak bersuara dan tak buleh nak tegur pemimpin sebab status dan pangkat menteri yang sangat tinggi daripada ahli umno akar umbi. Kalaupun nak buat memorandum mestilah didahului dengan suara rakyat akarumbi terhadap kepimpinan then barulah disusuli dengan betuk surat menyurat. tapi zaman sekaran ICT menjadi medium yang cepat dan pantas untuk meluahkan suara rakyat akarumbi. jadi kakiempat kene la fikirla sendiri, siapa yang sebenarnye bangang. Atau mungkin kakiempat jelous alabila interaksi penuh Sang Nila Utama disiarkan diblog BigDog yang mendapat hits dan respond yang sangat tinggi setiap hari.

  41. …samseng sungguh budak ‘kepala botak’ atas bawah ni..cakap banyak samseng, jasa kepada ugama, bangsa dan negara habuk tarak..buat menyemak duduk dalam kabinet.. lebih baik DS Najib simpang saja budak samseng taik minyak ni dalam kabinet besi..tak tau lah kalau DS juga dah termakan bodek samseng kaki pukul betino ni..dah sampai masanya lu balik rumah jaga anak jantan tu..

    ..kalau benar BTN ajar perkauman/racist, sudah lama orang Melayu keluar mengamuk, bunuh dan bakar semua bangunan/harta kaum lain..silibus BTN ni lebih kepada supaya orang Melayu sedar dan kenal diri, jaga hak supaya tidak tergadai dan sayangi negara serta jadi warganegara yang berguna..ana sendiri telah 3 kali pergi kursus BTN..tak pernah lagi ana pergi atau terasa hendak tumbuk atau pukul orang Cina atau India walau pun sekarang telah ada diantara mereka mencabar kesabaran orang Melayu kerana kita kenal siapa mereka dan mengapa mereka bersikap sedemikian..

    ..sebenarnya tujuan DAP mempertikaikan BTN iaitu kerana mereka bimbang orang Melayu semangkin sedar dan kenal siapa itu DAP dan perancangan mereka dalam memecah belahkan orang Melayu untuk memerintah negara ini..

  42. Memang bongkak, mohon untuk hubungkan artikel ini dari blog saya… Terima kasih…

  43. Mmg setan biol si nazri aziz ni, Manusia yang tak pernah kenang budi. Siapa yang pernaikkan dia dalam politik kalau bukan mahathir? Dulu masa mahathir nak resign, dia antara orang yang kuat memujuk supaya jangan resign.Satu hal yang perlu diketahui…NAZRI AZIZ PEMBODEK NOMBOR WAHID KPD MANA-MANA PM.
    – Dia jadi ahli MT UMNO tak pernah bertanding, semuanya dilantik.Kalau bertanding, CONFRIM kalah.
    Satu lagi, cuba siasat dakwaan yang si nazri ni se bulan sekali pi melawat Betong, Thailand.Apa dibuatnya disana.Pegawai2 imigresen yang betugas di Pos Imigresen Bukit Berapit Pengkalan Hulu pasti tahu hal ini. Pooorahhh Nazri…!!!!! Hang tu sapa nak banding dengan Tun Mahathir.Apa jasa hang kpd rakyat Malaysia dan orang Melayu? Nak jaga parlimen pun x reti, riak pulak tu jd menteri. Apa punya banganglah hang ni. Kepada pengundi Padang Rengas, jangan undi BN dlm PRU ke 13 kalau calonnya masih Nazri Wal Haramjadah ni…

  44. nak tanya pendapat pun kena maki. ape punya menteri ar.letak jawatan je ar.saya pun fanatik tun dr mahathir juga.kalau ada benda yang tun ajar tu salah, tetap salah juga.tapi tun masalahnya mempertahankan kerajaan. yang nazri ni pergi bersetuju dengan pembangkang ape cite. kalau betul tun rasis, nape ramai cina yang menangis masa tun letak jawatan. diktator yang letak jawatan n rasis yang d sayangi semua kaum.itulah tun dr mahathir. bangga menjadi penyokong tun dr mahathir

  45. memang Nazri sudah diperangkap oleh SNU.. provokasi SNU mengena .

    usaha untuk mejatuhkan Nazri kini semakin hebat ,tahniah kepada anda semua .

  46. Sikap melambangkan keperibadian, agaknya kalau aku ni Orang johor tak ada maknalah..bagi DIA. Aku terguris hati bila sebut ungkapan “AHLI UMNO BODOH”
    DS Nazri: Itu kata awak, hakikatnya saya Menteri dan MP dan peguam, awak tu apa nak di buktikan, ahli UMNO bodoh, tak tahu rakyat dah tolak dan kalau tak berubah terus hancur bangang!

    Taubatlah..sebelum terlambat. Aku tetap sokong pendapat rakan yang lain.

  47. […] BigDogDotCom Read More […]

  48. Seorang MP yg menunjukkan kedunguan dgn perkataan yg tidak masuk diakal walaupun mempunyai pendidikan yg tinggi. Mengapa org tidak suka kepada UMNO..kerana org seperti BOTAK DUMB & DUMBERS inilah punca segala2nya….

    Melayu corruption = NAZRI AZIZ …fuck u

  49. Nazri Aziz bastard from Lorong Haji Taib is a lawyer kangkong. A mediocre.

    Nazri Aziz is a benchmark and a good indicator of Najib’s KPI.

    What the shame!

  50. Nazri Aziz MULU PUAKA!

    AKAL BENAK tipu dik Teresa Kok.

    F–k Lah pun akut sama BEBAL. Tak pasal2 hantar menteri ke China mohon maaf. He…he….

    Apa punya sial menteri camni rakyat Malaysia dapat?

  51. Bloody stupid Nazri Aziz is A LIABILITY to UMNO.

    Najib has to sake him or he will be saked.

  52. Prof. Teo Kok Seng from ATMA said that 1Malaysia concept is only sandiwara.

    What the shame!

    The Malays talk about unity but the Chinese and Indians talk about equality!

    So what Najib?

  53. DS Najib has to show his true colours.

    Everybody knows that he is a condom man. Play safe.

    If he want to be there for at least 2 period of time he has to sake Nazri Liability.

    Otherwise DS Najib is really a coward and a condom PM.

    What the shame! To be a good leader DS Najib has to stand firm. Pls do not follow F–k Lah flip-flop and hanky panky and topsy turvy leadership styles.

    Be yourself DS Najib. People only respect those who are able to handle everythings like MCA chaotic phenomena and Nazri’s drunken mouth.

    Juz say no and stand firm.

    People comes first doesn’t mean that everythings has to fulfill the chaotic needs of the greedy and bastard MP (63-60).

    63-60 juz after DS Najib declared the KPI results of his lauya team.

    What the shame!

  54. apalah nasib melayu sekarang ni, asyik bercakaran saja. sang menteri berlagak sombong macam dia sorang lawyer dan pandai.ingatlah! kaum lain tersenyum saja tengok gelagat orang melayu, apa nak jadi macam negara jiran ke? jalan tanggungjawab anda sebagai menteri parlimen baik-baik supaya undi 66-63 tak berulang. kalau tak bungkus baru nangi tak berlagu semua, asyik nak hentam orang je. tolong kenang jasa bro.

  55. Najib ni pengecut. Leka orgnya. Asyik ngan 1 malaysia je. Tapi kesannya melayu yg hilang hak nanti. Betul kata sorg pembaca td… 1 malaysia: melayu cakap pasal perpaduan, cina n india cakap pasal hak samarata. Najib punye pasallah ni.

    Babi mcm nazri ni pun tak mampu disingkirkan. Rasa mcm nak pijak2 je ulu hati mamat botak ni. Sialan!

  56. […] ini kami diBigDogDotCom pernah menyiarkan sms antara beliau dan seorang ahli UMNO Bahagian Gelang Patah, yang sebenarnya memaparkan sikap buruk beliau sebagai seorang pemimpin dan memalukan UMNO kerana […]

  57. Aku pernah duduk dalam satu sesi dialog dengan nazri nih. walaupun dia ni jenis mulut lepas, aku respek gak dia ni, sebab dia ni berani duduk dalam sesi dialog, dan berani berdepan dengan orang lain. kalau menteri lain, sure dah lari dah.

  58. ASSOBIYAH NI MACAM KAUM INDIA YG MENGKASTAKAN KAUM DIA SENDIRI…TAK SEPERTI UMNO…JAGA MELAYU YG ISLAM AGAMANYA DAN BANTU KAUM LAIN TIDAK ASSOBIYAH…

  59. […] Seri Mohd. Nazri Tan Sri Aziz is sacked from the Cabinet, he might join Anwar as well. He has clearly shown his trait as a ‘samseng‘, something so Anwarista-ish. After all, unlike UMNO which was given birth in a palace, PKR was  […]

  60. nazri -tak hairan menyombong ,abg dia merempat pun dia tak peduli,,,,apa dia heran ambiltau org lain,
    sifat ni wakil rakyat
    segarang2 nazri-dialah satu2nya ketua pemuda yg menangis-
    lawyer -kelulusan paling senang-mesti kuat MATA PELAJARAN SEJARAH-tapi mangkuk ni BUTA SEJARAH;
    kjawan aku pencen umur55 th belajar adi loyar,,,apo susah e,,jang,,,sambil nyangkung leh pas loyar-susah apo segulung ijazah Degree Lawya Buruk
    Nak hebat title Loyor borok-nazri kau masuk balik SOKOLAH TADIKA-BELAJA TATA SUSILA-jadi wakil rakyat pertama belajar tadika,,,,ok..banyak makan wang haram kata2 yg keluar mulut kau pun haran di ucap-mcm anak lu

  61. Ambik sms tu…, tunjuk kat DS Najib… Senang cerita. Tengok apa dia nak buat dengan kabinet minister dia yang macam ni…

  62. Nazri, you must remember and always remember that the raayat put you there. Should we look into you qualifications and your capabilities you are not qualified and fit to be a minister. I suggest you just
    shut up. That goes to other BN ministers and wakil raayat. You all talk too much , but the actual facts is you all knows nothing. You all being highly paid and enjoy the perks,but the raayat has to do all the sweating. I sincerely hope and pray that this coming PRU13 PAS,DAP and PKR shall occupy all your premises and make you a jobless person. Than you will realized
    the sky is so high and Putra Jaya not invincible. Be prepared to vacant your offices in PJ.

  63. Ni CALON BATANG PISANG . Dulu orang kata kalau letak batang pisang jadi calon BN pun boleh menang. sekarang ni jangan cari pasal, aku lebih rela undi pembangkang kalau orang macam sial ni jadi calon. Aku rasa kita gunakan suara rakyat jatuhkan haramjadah ni. Sial punya Nazri, TM dah bagi dia mangkuk pun masih tak sedar diri …. malulah ..

  64. Masyallah!!! Saya belum terjumpa spesis pemimpin spt ini!! Bonkakak, sombong, ria’, dan takabur!! Macam mana bolih jadi pemimpin. Hanya orang yang tidak beriman sahaja berani bersikap sedemikian. Tak sedar diri, kalau orang kafir yang bercakap sedemikian rupa saya tidak hairan. Ini anak kepada Allahyarham TanSri Aziz Yeop yang saya kenali di Lenggong.

    DSN Must do something otherwise …siapa yang bacul

  65. Sebenarnya UMNO rosak teruk sebab ada org yg buta perut,bodoh, bahlul,idiot, mcm Nazri Aziz dan dilantik pulak menjadi menteri….
    Saya dah lama dok pikir kenapa lah D.S.Najib melantik org buta perut mcm Nazri Aziz ni jadi menteri.
    Awat dia rasa kuat sangat…my kita lawan ..sorang lawan sorang…jgn pakai undang2..Nazri barua,hang habax tang mana…..
    Saya anggap Tun Mahatdir sebagai org yg paling bijak mentakbir Negara dan Tun lah yang melantik Nazri pelax ni jadi menteri dan kemudian dia kata macam2 kat Tun M. Org macam ni patut di serah kat Anuar Ibrahim suruh Anuar sula kot jubox Nazri…Nazri Aziz ni haram jadah..
    Awat hang pikir hang tak jatuh dah ka..Jgn jadi” Kadok Naik Junjong’
    Nazri Aziz patut di buang dari jadi Menteri,Kami orang Kedah sokong 100%..Woi pelax Nazri…aku pun ahli UMNO selama 30 tahun dah…
    Tapi dengan Nama Allah saya berniat, jika Nazri Aziz tidak turun dari jadi menteri,saya akan sokong parti pembangkang sehingga dia jatuh tersunkur pasai dia ni dah jadi takbur…
    Wahai Datuk Seri Najib,
    Buang lah Nazri Aziz sebab dia lah perosak parti UMNO.Hang jadi menteri,peguam aku peduli apa..Hang pun berak busuk juga..Awat hang pikir hang sapa..pelaxxx…
    hang lah moron,stupid,idiout…buta perut,haram jadah…
    Pembaca sekelian maaf jika terkasar bahasa. Org mcm Nazri Aziz ni kena ckap mcm ni baru dia pham…babi sungguh….

  66. nazri ni memang anak haram jadah besar…dulu masa tun jadi pm,bukan main lagi bodek…lepas tu gigit org tua tu…macam anjing betul lah …harkkk…tuihhhh!!!

  67. […] PM Najib masih biarkan seorang biadap dan menunjukan ‘sifat samseng’ masih berkuasa diperingkat kepimpinan tertinggi sehingga mempersoalkan Utusan Melayu yang kununnya […]

  68. […] dikeluarkan dari Kabinet dan kedudukan beliau sebagai ahli MT UMNO digantung. Peranan dan kemampuan Nazri untuk mengeruhkan lagi keadaan semestinya akan menyukarkan lagi agenda Perjuangan, terutama dalam keadaan dimana elemen anti […]

  69. nazri is bastard

  70. sibotak tu patut patut disingkir dari umno.kes permit teksi pun tak selesai. kaki komisen

  71. I am NOT a fan of Dato Seri Nazri. In fact, at times I feel disgusted to some of his statements. But, his opinion on TDM and BTN – I agree 110%.

    UMNO has one VERY SERIOUS problems. It’s rotten to the core. That is corruption. Everything about UMNO is practice is CORRUPTION, CORRUPTION, CORRUPTION. What makes it even worse – it’s like an accepted norm.

    Here’s what you UMNO try to portray – protect Malay rights and Islam – it doesn’t work anymore.

    If UMNO doesn’t do total clean-up, the people will condemn the party, EVENTUALLY.

  72. We di not respect him anymore. He is shoul resign from cabinet. tq

  73. Pastikan dia ni tak akan menjadi Ahli Parlimen Padang Rengas pada PRU 13 akan datang.Klu masih dia jadi calon kita ramai ramai pakat undi lawan dia walaupun kita sayang pada UMNO

  74. nazri aziz?
    gi MAMPUS sama ini mamat!!
    dasar manusia x sedar diri,cisssssss

  75. Yang hantar sms kenapa pengecut tak bagi nama? I dont blame Nazri in this case. Why should he layan orang macam ni? By the way,the corruption in UMNO long before Pak Lah. Masa zaman Tun M jugak. Jangan lupa history pulak just because nak bodek Tun.

  76. Salam,
    Congrats,well said and done Saudara Isa, saya setuju sepenuhnya dengan komen Saudara. Kepada Sang Nila Utama,saya amat memuji Saudara for “keeping your cool, under such an intense SMS debate”. Saya pasti pertukaran SMS antara SNU dengan Menteri berkenaan adalah genuine,tidak ada sebarang persediaan awal atau skrip.
    Bukan mahu bersikap kenegerian, tapi saya tahu dan faham hatibudi dan mentaliti orang Melayu Johor, saya mempunyai ramai kenalan dari Johor yang bersikap gentleman , berbudi bahasa dan peramah, yang mana mencerminkan keperibadian tinggi, but I think at the end of the day it boils down on how we are brought up, and the values that are instilled in our mind, by our parents,(I am not a psychologist).Orang Melayu
    negeri lain pun bagus, itulah saya katakan tadi, pucuk pangkalnya keperibadian yang mulia kita ini terbentuk dari didikan ibubapa kita sendiri dan persekitaran.
    Namun sikap kasar,panas baran,kiasu,kaki GELABAH dan tidak berhemah seperti yang ditunjukkan Dato Seri Nazri sebagai seorang pemimpin Melayu, seorang Islam, mungkin ‘natural’ bukannya nurtured atau diasuh.Sikap kacang lupakan kulit ini, kerana beliau jadi MP pun atas tiket BN, dan seharusnya beliau setia dengan bekas PM, Tun Mahathir,tidak kira apa perbalahan peribadi atau perbezaan pendirian antara Dato Seri Nazri dengan mantan PM kita (sometimes I wonder if Nazri deserves the title Dato Seri).Nazri should better worry why in PRU12 2008,his majority count has dipped so drastically,(1749 votes) if he is a genuine BN politician, who cares for the wellbeing of UMNO as a relevant political party and his constituency. By far, on all accounts, all the signs are indicating that he does not care about UMNO and BN, for he is being self-centered.The only other politician that comes to my mind as a fitting comparison to Nazri is Saudara Azmin Ali of Parti Keadilan.Jika diizin Allah, dan disetujui oleh Saudara SNU,saya ingin berjumpa beliau, bukan di Parlimen (that’s Nazri),but in KL or JB, tanda sokongan penuh saya kepada beliau, iaitu Saudara SNU.Sekian, salam perantauan. Semoga Allah SWT menyelamatkan Malaysia dan Rakyatnya dari kehancuran dan kemungkaranNya, amin.
    TaatSetia/Patriot

  77. masing-masing masih lagi nak menang bersorak padahal kampung dah hampir nak tergadai dah


Leave a comment