Agenda penyangak pasaran hadapan memiskinkan dunia ke III pusingan ini

 

Masalah krisis tenaga global kerana kenaikan mendadak harga pasaran minyak mentah semakin meruncing dan mempengaruhi ekonomi dan kehidupan hampir semua masyarakat dalam dunia hari ini. Keadaan ketidak ketentuan dan kecelaruan influks mendadak harga minyak mentah ini mengakibatkan kegusaran dan kebimbangan kerana ia akan mengubah secara langsung fabrik masyarakat global, termasuk geo politik, sosial dan gayahidup.

Semalam harga pasaran minyak mentah mencecah USD 140 setong dan dalam setahun ini, ianya dijangkan akan mencecah sehingga USD 185 setong. Apakah yang mempengaruhi kenaikan harga sehingga memecahkan rekod baru, saban minggu?

Sejarah menunjukan, semenjak konflik bersenjata 1950an, harga minyak mentah dipengaruhi dengan peperangan dan konflik diplomatik, terutama di Asia Barat. Insiden seperti Terusan Suez 1956, Peperangan “Enam Hari” 1967, Peperangan “Yom Kippur” (Ramadhan) 1973, Revolusi Iran 1978, Peperangan Iran-Iraq 1980-88, Peperangan Teluk 1990-1991 dan sebagainya mempengaruhi pengeluaran, permintaan dan menimbulkan influks harga pasaran bahan bakar paling dikehendaki dunia. Paling terbaru, ialah semenjak penaklukan Iraq 2003 oleh tentera bersekutu yang didalangi oleh Amerika Syarikat atas alasan pembohongan dan palsu untuk menjajah kawasan minyak terpenting dunia. Secara tradisinya, pengeluaran dan polar harga pasaran minyak mentah dipengaruhi kuat oleh pengeluar teras industri ini,  “The Six Sisters” (Exxon Mobil, Shell, Chevron, BP, Total dan Conoco Phillips).

Menurut analisa Barat, permintaan meningkat diakibatkan negara negara OPEC, seperti Saudi Arabia dan Venezuela, mengurangkan pengeluaran tatkala permintaan meningkat. Permintaan pasaran tertentu seperti Amerika Utara dan China banyak mempengaruhi harga pasaran. Ancaman serangan keatas Iran semenjak 3 tahun kebelakangan ini dikhuatiri akan memberikan kesan negatif lagi kepada pengeluaran, dalam keadaan permintaan meningkat.

Realitinya, pengeluaran negara OPEC hanya menurun 5% secara relatif  berbanding pengluar Bukan OPEC, semenjak lima tahun lalu (AS menyerang Iraq). Sebagai contoh, target pengeluaran OPEC untuk tahun 2010 yang pada asalnya pada kapasiti 47.5 juta tong sehari, menurun kepada 41.8 juta tong sehari oleh kerana kos projek pengeluaran meningkat dan keengganan negara OPEC untuk melabur dalam projek pengeluaran baru setelah kos  meningkat. Pada tahun 2007, pengeluaran negara Bukan OPEC melebihi 50 juta tong sehari.

Mengapa harga pasaran minyak melonjak mendadak sebegitu sekali? Apakah kos pengeluaran dan pemprosesan minyak mentah dan pemasaran minyak diproses meningkat sedemekian, sehingga harga runcit dikebanyakan negara hari ini? Apakah penurunan kapasiti pengeluaran OPEC dua tahun akan datang lagi memberi justifikasi kenaikan harga pasaran minyak mentah melebihi 450% semenjak 5 tahun lepas?

Semenjak tiga tahun lepas, pasaran minyak mentah menyaksikan kegiatan transaksi pasaran minyak hadapan (futures oil trading) menjadi luar biasa aktif. Pada 2005 sahaja, kesan pedagangan spekulatif minyak mentah mempengaruhi 10% faktor harga pasaran. Semenjak dua tahun ini, bank pelaburan terkemuka Wall Street seperti Morgan Stanley dan Goldmann Sachs secara langsung terlibat dengan transaksi pasaran minyak hadapan ini. Syarikat kewangan gergasi ini mula menubuhkan anak syarikat khas dan membeli stok fizikal minyak mentah dan diproses dibeberapa negara, termasuk Singapura dengan kuantiti yang luar biasa (sebagai syarikat kewangan; persis syarikat pedagang minyak). Ini secara langsung memberikan mereka penguasaan dalam segmen tertentu pasaran minyak hadapan global dan pengeluaran bertahun tahun telah di’beli hadapan’ dengan harga yang bersifat ‘maya’ (artificial) kerana permintaan sebenar tidak bersangkutan dengan kapasiti pengeluaran fizikal semasa dan yang dijangka akan datang. Akibatnya, harga minyak mentah mula di’bida’ dengan spekulasi yang dibina secara ‘palsu’ ini, sehingga ketahap luar biasa.

Usaha untuk menetapkan harga minyak mentah kepada tahap tertentu selalunya menemui kegagalan. Ini kerana setiap kali OPEC bersetuju menetapkan harga, pasaran minyak akan diganggu gugat oleh pengeluar bukan OPEC dan berkahir dengan kuasa pasaran mengambil alih kedudukan harga pada transaksi minyak. Menyalahkan OPEC  sepenuhnya kerana krisis harga pasaran merupakan tidak tepat.

Hakikatnya, fenomena keadaan dimana harga minyak mentah ditahap ini adalah kerana penyangak pasaran minyak hadapan seperti Morgan Stanley dan Goldmann Sachs, yang memang dikuasai oleh Yahudi Neo Conservative Amerika Utara dan Eropah Barat. Ada analisa meletakan bahawa kegiatan spekulasi mempengaruhi 60% faktor harga pasaran  minyak mentah dunia.

‘Serangan’ keatas harga pasaran minyak hadapan ini mempunyai sifat amat rapat sebagaimana apa yang berlaku kepada  spekulasi matawang, semenjak 15 tahun kebelakangan ini. Sebagaimana George Soros, penyangak matawang melakukan ‘serangan’ keatas matawang melalui syarikat hedge funds keatas beberapa negara, bermula dengan UK pada awal sehingga pertengahan 1990an sehingga Indonesia, Thailand dan Malaysia pada 1997-98, methodologi yang sama diguna pakai (dengan penyesuaian pasaran) keatas pasaran minyak hadapan.

Objektif mutlak penyangak pasaran hadapan minyak ini ialah sebagai konduit penjajahan globalisasi Yahudi Neo Con melalui penguasaan ekonomi ‘maya’, sebagaimana pasaran modal dan kewangan berjaya dikuasai mereka. Dunia hari ini perlu membincangkan secara terbuka mengenai aktiviti spekulasi yang sebenarnya mempunyai matlamat jahat ‘memiskinan’ (impoverish) negara lain dan penjajahan ekonomi akan bermula. Semenjak penglibatan ketara penyanggak pasaran hadapan minyak kebelakangan ini, harga pasaran kommoditi lain, terutama logam juga mula dipengaruhi dan terjejas.

Ini belum ditambah faktor dimana Kepimpinan Amerika Syarikat mempunyai kaitan amat rapat dengan The Six Sisters. Presiden George W. Bush mempunyai kaitan rapat dengan Exxon Mobil dan Dick Chenney, dengan Haliburton. Setiausaha Negara AS Condoleeza Rice merupakan mantan pengarah syarikat Chevron dan pengaruh beliau keatas Chevron begitu ketara sehinggakan ada kapal pengangkut minyak Chevron dinamakan “Condoleeza”. Hegemony Yahudi Neo Con melalui Barat keatas agenda penjajahan semula dunia amat ketara.

Sepuluh tahun lalu, Kepimpinan Malaysia melalui Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dengan lantang mendedahkan kegiatan terancang yang amat jahat ini dan bagaimana Yahudi mengunakan ‘proksi’ tertentu, sehinggakan menjejaskan aktiviti penyangak matawang antarabangsa. Ianya perlu diulang semula, demi menentukan survival kita sebagai negara yang daulat merdeka. Malaysia perlu mempelopori gerakan mendesak agar satu pasukan tindakan khas (taskforce) peringkat global diujudkan untuk memantau dan menangani kesan yang ditimbulkan penyangak harga pasaran minyak yang kini mempengaruhi langsung ekonomi, sosial dan gayahidup hampir semua masyarakat antarabangsa.

*Perkembangan dikemas kini 400pm

Ucapan Ahli Parlimen Jerlun Dato’ Mukhriz Mahathir dalam “Perbahasan Usul Kajian Separuh Penggal RMK 9” di Dewan Rakyat pagi tadi:

 

PERBAHASAN USUL KAJIAN SEPARUH PENGGAL RMK9

Oleh YB DATO’ MUKHRIZ MAHATHIR – AHLI PARLIMEN JERLUN

 

 

1 JULAI 2008

 

Peruntukan perbelanjaan untuk RMK9 telah perlu ditingkatkan dengan tambahan RM30.0 billion kerana kenaikan kos akibat peningkatan harga minyak mentah dunia yang melambung dari US$50/tong pada Januari 2007 hingga US$140/tong kebelakangan ini.

Saya setuju bahawa peruntukan perlu dinaikkan supaya agenda pembangunan negara dapat Kerajaan selesaikan dalam tempohwaktu yang ditetapkan.

Malangnya kenaikan harga minyak mentah ini telah juga meningkatkan jumlah subsidi yang ditanggung Kerajaan. Kerajaan terpaksa kurangkan subsidi ini, sekaligus menyusahkan rakyat seperti yang telah dinyatakan oleh YAB Perdana Menteri sendiri dalam usulnya.

Kita mahu lihat pihak Kerajaan menangani masalah kenaikan harga secara komprehensif dan menyeluruh didalam dan diluar negara sebelum menuntut supaya rakyat menanggung kesusahan.

Walaupun disebut oleh YAB Perdana Menteri bahawa antara sebab kenaikan harga minyak mentah ini ialah “permintaan yang tinggi oleh China dan India…”, saya baca banyak analisa dan laporan bahawa tiada masalah kekurangan minyak di pasaran dunia sebenarnya.

Iran – yang dikatakan oleh YAB Perdana Menteri diancam serangan ketenteraan oleh Israel – punyai lebihan pengeluaran 25 juta tong minyak yang tidak terjual. Sehingga kini Iran tidak dikenakan sekatan jualan minyaknya, maka tiada soal kekurangan bekalan minyak dunia sebenarnya.

Keadaan ini mungkin berubah jika Iran diserang oleh Amerika Syarikat dan Israel seperti yang dilaporkan dalam media dunia kebelakangan ini.

Maka punca sebenarnya ialah kegiatan spekulator pasaran minyak yang mendagangkan “future” untuk “paper oil” di pasaran International Commodities Exchange – Futures di London, New York Mercantile Exchange (NYMEX), dan Singapore Mercantile Exchange (SIMEX) hingga melonjakkan harga minyak secara “artificial” semata-mata untuk meraih keuntungan yang luar biasa.

Hakikat bahawa tindakan penyangak spekulator minyak ini memiskinkan (impoverish) negara-negara membangun seperti Malaysia tidak menjadi pertimbangan kepada mereka. Hakikat bahawa berlaku rusuhan di beberapa negara akibat daripada kebuluran yang berlaku bila harga minyak naik secara mendadak – hingga ada yang terbunuh – juga tidak diberi pertimbangan penyangak spekulator minyak ini.

Pada tahun 1997 kita berusaha untuk menghentam dan mendedahkan kegiatan tidak bermoral penyangak matawang seperti George Soros kerana mencuri dari negara-negara membangun melalui serangan keatas matawang Ringgit, Baht, Korea Won dan Rupiah. Ringgit jatuh dari RM2.50 ke RM4.50 / US Dollar.

Syarikat-syarikat pedagang saham dunia pula menjual saham-saham mereka di bursa-bursa saham negara membangun hingga menyebabkan BSKL juga merudum dari 1200 mata ke 600 mata.

Jadi matawang RM dan bursa saham kita diserang hingga kekayaan negara diambil orang dengan cara “daylight robbery”.

Kerajaan BN waktu itu mengambil pendekatan serampang dua mata:

Mempertahankan RM dengan cara yang menggagalkan usaha penyangak matawang daripada menjatuhkan nilainya, sekaligus juga menstabilkan BSKL. Inilah yang dikatakan oleh YB Permatang Pauh sebagai “rejim kawalan matawang” kelmarin. Apapun, pendekatan ini terbukti berjaya menyelamatkan ekonomi negara.

2. Melancarkan “counter offensive” terhadap penyangak matawang melalui pendedahan aktiviti-aktiviti tidak bermoral mereka di forum-forum antarabangsa termasuk di persidangan IMF dan World Bank di Hong Kong. Kita telah menuntut agar digubal dan dipersetujui undang-undang antarabangsa untuk mengawal kegiatan penyangak matawang ini.

 

Ini tidak berjaya kita lakukan tapi sekurang-kurangnya kita berjaya mendedahkan kegiatan tidak bermoral penyangak matawang antarabangsa.Dan aktiviti-aktiviti mereka untuk mendapatkan keuntungan dari kekayaan negara-negara membangun telah dapat disekat.Mujurlah kita tidak ikut pandangan bekas Timbalan Perdana Menteri ketika itu yang mahu gunakan kaedah IMF.

 

· Kini, kenaikan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa oleh penyangak spekulator minyak adalah masalah yang lebih besar dari serangan keatas matawang kita dahulu.

 · Kita tahu bahawa antara penyangak spekulator minyak adalah firma-firma atau bank-bank pelaburan seperti Goldman Sachs dan Morgan Stanley.

· Mereka ini mendagangkan minyak hanya untuk memenuhi ketamakan mereka dengan untung yang tidak ada apa-apa kaitan dengan bekalan dan permintaan kepada komoditi penting ini.

· Bekalan minyak yang mereka dagangkan itu hanyalah “paper oil” dimana sebenarnya tiada minyak yang bertukar tangan. Pasaran “futures” ini jauh lebih besar dari dagangan minyak fizikal yang sebenar.

· Pada tahun 2003, jumlah dagangan minyak “paper oil” di ketiga-tiga bursa di New York, London dan Singapura melibatkan 100 billion tong! Inilah punca sebenar harga minyak mentah dunia melambung, dan ini tiada kaitan dengan bekalan dan permintaan.

· Pada bulan Ogos tahun lepas apabila harga minyak meningkat kekadar US$75 /tong, Goldman Sachs – salah satu firma yang terlibat dengan jualbeli minyak ini – menyatakan bahawa harga minyak akan mencecah US$95/tong pada akhir tahun 2007.

· Akhirnya minyak memang mencecah US$95/tong pada akhir tahun 2007 seperti yang diramalkan dan dikehendaki oleh penyangak spekulator minyak seperti Goldman Sachs ini, dan mencecah US$100/tong pada bulan Januari 2008.

· Kini, bila harga minyak sudah sampai US$140/tong, dan Kerajaan terpaksa buat keputusan tidak popular dengan mengurangkan subsidi minyak, Morgan Stanley sudah keluarkan kenyataan bahawa harga minyak akan cecah US$150/tong pada bulan Julai ini. Goldman Sachs pula meramalkan harga US$200/tong akhir tahun ini!

· Kita sepatutnya tidak hanya menyerah kalah kepada pasaran luar yang tidak terkawal untuk menentukan kedudukan ekonomi kita.

· Keadaan ekonomi dunia tentunya menghadapi masalah keruduman yang tidak tentu kesudahannya.

· Berserah sahaja kepada pasaran luar untuk menentukan nasib rakyat Malaysia bukannya satu tindakan pro-aktif.

YAB Perdana Menteri dalam usul Kajian Separuh Penggal RMK9 telah menyatakan bahawa masalah ini adalah “akibat daripada factor-faktor luaran yang berada diluar kawalan kita”.

· Seperti yang dilakukan pada 1997, kita sepatutnya menolak nasihat konvensyen dan gunakan daya kreatif yang sedia wujud di negara kita ini untuk melawan penyangak spekulator minyak ini

 · YB Menteri Luar telah cadangkan supaya dianjurkan persidangan dengan pengeluar minyak sedunia untuk mengambil alih daripada penyangak tanggung jawab untuk menentukan kadar harga minyak.

· Kongress Petroleum Dunia di Madrid dari dua hari lepas dan berakhir hari ini adalah antara pentas dimana kita harus sampaikan suara rakyat Malaysia dan negara-negara membangun yang lain. Saya hendak tahu adakah Kerajaan Malaysia diwakili di Kongress tersebut.

· Menteri Kewangan India pula mencadangkan harga dikawal dan tidak ditentukan oleh pasaran bebas.

· YB Menteri Luar kita juga cadangkan agar OIC wujudkan satu “task force” untuk menangani masalah ini, dan dipanjangkan kepada OPEC.

· Saya setuju dengan cadangan-cadangan ini. Saya sarankan agar “task force” seumpama ini diwujudkan di ASEAN, Asia, NAM dan mana-mana pertubuhan antarabangsa dimana masalah ini dapat dibincangkan.

· East Asian Economic Caucus (EAEC) yang pertubuhannya pernah dicadangkan dahulu perlu diwujudkan untuk tujuan ini juga, antara lain.

· Kita juga harus mendesak dan menuntut agar Inter Continental Exchange (ICE) dimana dagangan minyak dilakukan harus lebih telus dan terbuka dalam urusan niaga minyak in

 · Kita patut mencadangkan agar urusniaga minyak dilakukan secara langsung melalui kontrak antara negara pembeli dan penjual, dan bukannya melalui pasaran bebas yang dimanipulasi penyangak spekulator minyak.

· Saya tahu bahawa kita hanya sebuah negara yang kecil tanpa pengaruh yang besar dipersada antarabangsa.

· Tetapi sejak bila kita tidak lantang bersuara hingga keseluruh pelusuk dunia bagi mendesak supaya masyarakat antarabangsa bertindak untuk menyelamatkan keadaan?

· Apabila harga minyak mentah dunia meningkat ketahap US$130/tong, Kerajaan Malaysia membuat keputusan kurangkan subsidi minyak sebanyak 40.0%.

· Kini harga minyak sudah mencapai US$143/tong dan kita ditakut-takutkan dengan kemungkinan ianya akan cecah US$200/tong akhir tahun ini! Adakah lebih banyak lagi subsidi yang akan dihapuskan untuk menangani masalah ini?

 

 Sebenarnya kegiatan tidak bermoral penyangak spekulator tidak terhad kepada komoditi minyak sahaja.

Sejak beberapa tahun yang lepas, komoditi pertanian seperti gandum, jagung, kacang soya dan juga beras diperdagangkan secara “futures” dibursa-bursa komoditi negara-negara maju.

·Kenaikan harga gandum sudah mencecah harga US$9/bushel minggu lepas dari US$3.60/bushel dua tahun lepas

 · Lebih merunsingkan lagi ialah bagaimana penyangak spekulator ini memanipulasi harga beras dunia semata-mata untuk dapatkan keuntungan tanpa mengambilkira keadaan mesyarakat Dunia Ketiga yang kebuluran.

· Jelas sekali ekonomi dunia akan melalui “downward spiral” yang tentu akan ada impak kepada kita di Malaysia.

· Saya sarankan agar Kerajaan tingkatkan usaha untuk menjadi suara Dunia Ketiga dipentas antarabangsa dan menyedarkan masyarakat dunia mengenai kegiatan tidak bermoral penyangak spekulator, dan mengawal kadar harga minyak dan komoditi-komoditi penting yang lain.

Terima kasihh Tuan Yang DiPertua, Jerlun mohon menyokong.

*    * Perkembangan dikemas kini, 2 Julai 2008 0010hrs

July 02, 2008 00:01 AM

 

Speculators Causing Oil Price Increase – Mukhriz

 

 

KUALA LUMPUR, July 1 (Bernama) — The global oil price increase is not caused by problems in the supply but rather, by speculative activities in the futures market which have artificially inflated the price, the Dewan Rakyat was told Tuesday.

“There’s no problem with the global oil supply. Iran is facing the threat of attacks from Israel and 25 million barrels of oil are unsold.

“But up until now Iran has not been imposed with any oil sanctions, so there is no question of the world lacking in oil supply,” Datuk Mukhriz Tun Mahathir (BN-Jerlun) said when debating the Mid-Term Review of the Ninth Malaysia Plan Tuesday.

Towards this end, Mukhriz urged the government to be the voice of third world countries and expose the works of the speculators, which he said had impoverished many developing countries.

He said the situation now was the same as that of the 1997-1998 Asian economic crisis caused by currency speculators.

He said speculators clearly had a hand in manipulating the situation when oil prices went up just as forecasted — from US$95 per barrel in late 2007 to US$100 per barrel in January 2008.

“We are a small country but who says we should stop speaking our minds?” he asked.

He also urged the government to take a more pro-active approach and not to let the foreign market situation to dictate the way it implement its programme for the people’s well-being.

— BERNAMA

 

Published in: on July 1, 2008 at 10:36  Comments (16)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/07/01/agenda-penyangak-pasaran-hadapan-memiskinan-dunia-ke-iii-pusingan-ini/trackback/

RSS feed for comments on this post.

16 CommentsLeave a comment

  1. Syabas!! satu pendedahan yang amat tepat pada masanya! Maka terjawablah mengapa kita perlu bergantung kepada sebutharga minyak tapis dari kilang penapis di Singapura. Rujuk laporan Utusan Malaysia pada 14hb Jun 2008. Tun Dr Mahathir pun pernah menyebut pasal permainan pasaran hadapan di laman blognya, sebelum laman blognya digodam. Persoalannya sekarang, mampukah pemimpin negara kita sekarang mengatasi masalah tersebut di atas? Malahan mereka sekarang sibuk bercakaran sesama sendiri dari menyelesaikan masalah rakyat dan masalah negara ini.

  2. Malaysia adalah pengeluar minyak dan mempunyai stok minyak untuk kegunaan sendiri…Apakah minyak yang ada dimalaysia dijual dengan harga yang murah kenegara asing dan membeli minyak dengan harga yang mahal dan menjual kepada rakyatnya dengan harga lagi mahal…adakah anda setuju dengan menerima sebab mengapa harga minyak tinggi dan penglibatan kerajaan untuk membantu rakyat berkaitan minyak hanya sekadar retorik semata mata…bahkan bila disebut soal minyak rakyat sudah jemu dan malas untuk berkongsi cerita bab bab minyak…mereka tahu kerajaan tidak boleh membantu dalam hak ini…lagipun kerajaan yang ada terlalu sebok untuk menyakinkan rakyat bahawa kerajaannya maseh lagi bagus…macamana kerajaan yang ada nak memikirkan soal minyak…soal kedudukan mereka sendiri sebagai menteri maseh dipertikaikan…mereka sedang berusaha membersih diri sendiri untuk mendapat gelaran pemimpin bagus…apa saja alasan minyak naik memang dari tahun 80han lagi…tidak ada siapa yang boleh menurunkan nya…semua nya pemimpin cakap pandai jerr…tetapi yang sebenarnya tiada pemimpin yang bersungguh sungguh nak membantu rakyat…lihat lah sendiri dan hakimi sendiri…salam dari globalmalau

  3. Saya yakin hanya KJ yang bakal menyelesaikan problem sebegini..Undur Pak Lah Undur!

  4. Salam,

    Saya rasa pemerintah yg ada sekarang belum bersedia untuk menghadapi krisis ni.

    – mrbelimbing.blogspot.com

  5. Bilalah Paklah ni nak sedar yg dia ni liabiliti pada Malaysia. Undurlah Paklah, beri peluang pada kepimpinan baru. Paklah dah terbukti gagal. Kalau mati nanti dlm kegagalan memegang amanah rakyat balasannya neraka nanti Paklah.

  6. Tepat sekali. Berundur lah PM dan SIL, memalukan negara kerana tidak dapat mengenal pasti masaalah yang sebenar. Bandingkan kemantangan ulasan kaji oleh SIL nanti.

  7. Fyi, Tun M sudah berjabat tangan dengan Soros & menarik balik tuduhannya pada 2006.

    Please be updated…

  8. […] Agenda penyangak pasaran hadapan memiskinan dunia ke III pusingan ini […]

  9. […] oleh penyangak … Kongress Petroleum Dunia di Madrid dari dua hari lepas dan berakhir hari ini …https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/07/01/agenda-penyangak-pasaran-hadapan-memiskinan-dunia-ke-ii…Tentang harga petrol – JWG Underground Resource… rm50 diesel..ari pertama harga minyak naik […]

  10. […] Melemparkan sesuatu yang didambakan rakyat dengan harapan mengunung, adalah memang cara biasa Anwar untuk meraih sokongan. Subsidi yang Anwar janjikan ini lambat laung akan membebankan Kerajaan dan sebagaimana Shabery mempersoalkan, apakah wajar Malaysia berhutang untuk mengekalkan subsidi yang Anwar janjikan ini, tatkala harga pasaran minyak mentah makin naik, terutama akibat penyangak pasaran hadapan. […]

  11. […] Blog Bigdotcom( Penyokong Tun Mahathir ) […]

  12. yakin bahawa harga minyak dunia naik kerana penyangak harga pasaran minyak.
    tidak mungkin harga minyak naik terlampau mendadak.
    kita tak boleh harap kerajaan semata2 untuk mendedahkan perkara ini.
    kajian dan bukti yang mendalam mengenai bagaimana penyangak ini menjalankan aktiviti perlu didedahkan seluruh negara malah dunia.

  13. […] ekonomi dunia hari ini berpunca dengan harga minyak yang dilambungkan secara berstruktur, oleh penyangak pedagang minyak hadapan dengan kerjasama Yahudi Neo Conservative yang memang pun menjadi pendukung New World Order, terutama setelah Soviet Union dan blok kommunism […]

  14. […] The speculators, especially rogue traders decided to abandon their position and went into near panic selling of late. Especially financial firms like Goldmann Sachs and Morgan Stanley. They are now heavily exposed and no longer able to hold their position, especially considering their financial backing for their earlier mopping exercises. Other traders might go for the short selling when this happens. […]

  15. […] 2008, nothing could beat the adrenaline of month of July. First was the caution and later the call to end speculative oil trading, which is the main factor world economy is […]

  16. […] Bukan menjadi rahsia lagi di belakang kedua-dua syarikat gergasi ini adalah neo-konservatif Amerika yang sedang memiskinkan dunia melalui manipulasi kawalan harga minyak dunia. klik di sini. […]


Leave a comment