Cina Gagal Berbahasa Melayu: Sudah tiba masa untuk laksana SSS

Semenjak pemerintah lemah PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi membenarkan masyarakat minoriti Bukan Melayu ‘bersuara’, mereka semakin lantang dan berani mencabar sistem sosial dan menjadi asas pembangunan Negara-Bangsa pasca Kemerdekaan, termasuk apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Masyarakat etnik Cina kini menuntut pelbagai kesama-rataan sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai hak penuh untuk menentukan kedudukan mereka.

Namun dalam mereka begitu lantang ‘menuntut hak’, termasuk kebebasan mempertahankan sistem sekolah vernakular mereka yang memberi kelebihan Bahasa Mandarin sebagai bahasa penghantar dan membelakangkan Bahasa Melayu, bahasa rasmi Persekutuan Malaysia, makin ramai dikalangan warga Malaysia etnik Cina sebenarnya tidak boleh berbahasa Melayu, walaupun setakat untuk perbualan.

Ini dibuktikan apabila proses bancian yang sedang berjalan menempuh pelbagai rintangan apabila berurusan dengan warga Malaysia etnik Cina. Kegagalan mereka mengunakan Bahasa Melayu walaupun sekadar perbualan menyukarkan proses untuk membanci statistik sebenar negara, demi untuk perancangan ekonomi dan sosial, terutama dengan Model Ekonomi Baru yang akan diperkenalkan oleh pentadbiran PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Laporan Berita Harian yang memetik Bernama.com:

Pembanci hadapi masalah sikap masyarakat Cina

2010/08/11

PUTRAJAYA: Masalah sikap orang ramai, khususnya masyarakat Cina merupakan cabaran utama pembanci melakukan tugas pembancian sepanjang gerakan Banci Penduduk dan Perumahan 2010 setakat ini, kata Pesuruhjaya Banci dan Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof.

Beliau berkata terdapat antara mereka mengatakan mereka tidak tahu berbahasa Melayu dan Inggeris.

Laporan ini amat membimbangkan kerana apa pun yang hendak dicapai, samada kesefahaman, toleransi, perpaduan, kerjasama dan/atau kesediaan untuk bertolak-ansur, terutama dengan penerapan semangat ‘1 Malaysia’ yang cuba diterapkan pentadbiran PM Najib akan gagal kerana asas ini semua iaitu kommunikasi sebenarnya masalah besar dan amat meruncing.

Kegagalan minoriti masyarakat Malaysia untuk menguasai penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, walaupun sekadar untuk perbualan dan pengunaan harian menunjukan jurang perbezaan antara kaum itu amat serious dan makin renggang.

Usaha mempertahankan sistem sekolah vernakular dan layanan yang diberikan semata mata menjaga ‘perasaan politik’ ini sudah jelas menunjukan produktiviti songsang kepada pembangunan dan proses memantapkan Negara-Bangsa. ‘Minoriti yang sombong’ ini telah membuktikan kedegilan mereka sudah menjejaskan kepentingan strategik negara.

Hakikatnya, golongan ini merupakan hanya 26% dari warga Malaysia tetapi mereka amat tegar mahukan sistem sekolah vernakular yang menggunakan Bahasa Mandarin sebagai bahasa penghantar diteruskan dan mereka tergamak menggunakan ‘ugutan politik’ untuk menentukan ‘hak’ mereka ini terpelihara dan makin diperluaskan.

Semasa Perjanjian Tanah Melayu dimeterai antara British dan Raja Raja Melayu dan disaksikan oleh wakil UMNO pada 1 Feb 1948, sebagai ganti kepada Malayan Union yang dikuat kuasa pada 1 Mei 1946 dan kemudian ditarik balik semula, salah satu dari syarat untuk seseorang itu diterima sebagai ‘warga DYMM Sultan’ ialah kemampuan menguasai Bahasa Melayu. Semangat Perjanjian Tanah Melayu ini merupakan asas pengubalan Persekutuan Tanah Melayu yang mula diguna pakai pada 31 Ogos 1957. Jelas hari ini, semangat ‘penguasaan Bahasa Melayu’ sebagai mengambarkan seseorang itu warga dan rakyat Malaysia serta layak untuk memegang hak itu telah menjadi tiris dan diabaikan sehingga kegagalan menguasai Bahasa Melayu mula menjadi ‘sifat’ golongan minoriti.

Sekiranya masyarakat minoriti etnik Cina begitu degil mempertahankan ‘budaya dan warisan’ mereka dengan mengorbankan agenda negara, maka kewajaran mereka dilayan dan tatang sebagai ‘minyak penuh’ adalah amat diragukan. Apa makna sekiranya negara maju tetapi rakyatnya berpecah belah dan hilang jati diri?

Kerajaan Persekutuan wajar mengambil pandangan serious mengenai fenomena ini yang makin menghalang proses untuk merapatkan jurang antara kaum, bukan sahaja secara sosio-ekonomi malah sistem fabrik sosial yang makin terenggang. Tindakan perlu diambil dengan kadar segera dan perlaksanaan secara komprehensif dan berterusan. Negara perlu ada warga yang mampu berinteraksi atas platform yang sama dan tiada salah faham akan timbul akibat kelemahan kommunikasi.

Sudah tiba masanya Kerajaan PM Najib menimbangkan secara serious dan mengambil tindakan politik untuk secara berstruktur dan sistematik untuk mengurangkan sistem sekolah vernakular secara berperingkat sehingga dimansuhkan sepenuhnya dan masa yang sama melaksanakan sepenuhnya Sistem Satu Sekolah Untuk Semua (SSS).

*Perkembangan dikemas kini Khamis 12 Ogos 2010 0830hrs

Utusan Malaysia melaporkan mengenai masalah masyarakat minoriti Cina yang gagal menguasai Bahasa Melayu sekadar untuk perbualan dan memetik artikel yang diterbitkan dalam blog ini semalam.

Laksanakan Sistem Satu Sekolah Untuk Semua

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Sistem Satu Sekolah Untuk Semua perlu segera dilaksanakan bagi mengelak wujudnya generasi masa hadapan negara ini yang tidak bersatu dan hilang jati diri, sekali gus menggagalkan gagasan 1Malaysia.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang amat kecewa kerana masih terdapat kaum Cina di negara ini yang langsung tidak tahu berbahasa Melayu berkata, perkara itu amat serius dan memerlukan tindakan segera daripada kerajaan.

“Mereka ini bersungguh-sungguh mempertahankan sekolah vernakular dan mahukan hak sama sebagai bangsa Malaysia tetapi pada masa sama tidak mahu pula mempelajari dan menguasai bahasa Melayu.

“Saya bukan bercakap kosong tetapi ia dibuktikan melalui laporan bahawa sepanjang gerakan Banci Penduduk dan Perumahan 2010, masyarakat Cina paling banyak menimbulkan masalah kerana tidak tahu berbahasa Melayu,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas diminta mengulas saranan seorang blogger,http://www.bigdogdotcom.wordpress.com supaya kerajaan menimbangkan secara serius dan mengambil tindakan politik secara berstruktur untuk mengurangkan sistem sekolah vernakular dan melaksanakan sepenuhnya sistem ‘Satu Sekolah Untuk Semua’.

Di bigdogdotcom dalam tulisannya mendakwa dalam keghairahan kaum Cina lantang menuntut hak termasuk mempertahankan sistem sekolah vernakular yang menjadikan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar dan membelakangkan bahasa Melayu, sebenarnya masih ramai di kalangan mereka tidak boleh berbahasa Melayu, walaupun sekadar untuk perbualan.

“Ini dibuktikan apabila proses bancian yang sedang berjalan menempuh pelbagai rintangan apabila berurusan dengan kaum Cina.

“Kegagalan mereka mengunakan bahasa Melayu walaupun sekadar perbualan menyukarkan proses untuk membanci statistik sebenar negara, demi untuk perancangan ekonomi dan sosial, terutama dengan Model Baru Ekonomi yang akan diperkenalkan oleh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Ia disahkan oleh Pesuruhjaya Banci dan Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof seperti yang dilaporkan oleh Bernama semalam,” katanya.

Tambah penulis blog itu, apa sahaja penerapan semangat 1Malaysia akan gagal kerana asas utamanya iaitu kebolehan berkomunikasi amat penting dan kegagalan masyarakat minoriti itu menguasai bahasa Melayu, walaupun sekadar perbualan, menunjukkan jurang perbezaan antara kaum amat serius.

“Hakikatnya, golongan ini merupakan hanya 26 peratus tetapi mereka amat tegar mahukan sistem sekolah vernakular yang menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa penghantar diteruskan dan mereka tergamak menggunakan ‘ugutan politik’ untuk menentukan ‘hak’ mereka ini terpelihara dan makin diperluaskan.

“Sekiranya kaum Cina begitu degil mempertahankan ‘budaya dan warisan’ mereka dengan mengorbankan agenda negara, maka kewajaran mereka dilayan dan ditatang sebagai ‘minyak penuh’ adalah amat diragukan.

“Apa makna sekiranya negara maju tetapi rakyatnya berpecah belah dan hilang jati diri?,” katabigdogdotcom

Published in: on August 11, 2010 at 15:12  Comments (17)