Anwar gagal pertahan formula penurunan petrol serta merta apabila berkuasa

Mantan Timbalan Perdana Menteri dan banduan salah guna kuasa Anwar Ibrahim malam ini gagal mempertahankan skima khusus dengan logik bagaimana beliau boleh menjanjikan penurunan harga runcit petrol sejurus selepas mengambil alih tampuk pemerintahan Negara.

Beliau setakat mengulangi janji manis yang kosong dan  hanya rhetorik berupa kenyataan ‘populists’ (orang yang mencari perhatian dengan kepopularism) semata mata dengan menjanjikan bahawa RM 5 billion subsidi boleh diberikan dari pelaksanaan semula perjanjian pembelian tenaga dengan pembekal tenaga bebas (IPP). Dengan RM 5 billion ini, beliau menjanjikan pengurangan serta merta RM 0.50 seliter harga runcit petrol dari RM 2.70 sekarang ini.

Setakat yang orang ramai sedar, Kerajaan membelanjakan subsidi sebanyak hampir RM 50 billion untuk mengekalkan subisidi sebanyak RM 1.20 seliter untuk harga runcit petrol. RM 5 billion patutnya hanya akan memberi kesan sebanyak 12 sen seliter harga runcit pasaran dan bukan 50 sen, sebagaimana dijanjikan secara bersahaja oleh Anwar.

Anwar mendakwa berlaku ketirisan dan kebocoran ketara dalam perjanjian pembelian tenaga, yang kununya memihak kepada pembekal tenaga bebas (IPP) dan mengaut RM billion dari keuntungan. Anwar sengaja memanipulasikan fakta bahawa beliau merupakan Menteri Kewangan semasa kebanyakan perjanjian ini ditanda tangani dan beliau pada masa itu mempunyai kuasa veto untuk menentukan perjanjian yang membebankan TNB tidak dilaksana.

Mungkin Anwar juga percayai rata rata rakyat Malaysia akan terlupa bahawa syarikat pembekal tenaga bebas seperti Kumpulan MRCB (Malakoff dan Segari) merupakan ‘kroni’ beliau, semasa menjawat Menteri Kewangan. Beliau juga mempunyai hubungan baik dengan Genting dan Arab Malaysian, juga pembekal tenaga bebas yang aktif.

Menteri Penerangan Dato’ Ahmad Shabery Cheek juga berjaya memberi gambaran yang baik mengenai kemampuan Anwar membuat keputusan strategik dalam soal ekonomi dengan memberikan contoh preskripsi IMF yang Anwar bawa semasa krisis ekonomi dan kewangan 1997-8, yang sememangnya memberikan kesan buruk kepada banyak syarikat dan industri, samada IKS maupun yang gergasi.

Memperjudikan ekonomi negara dengan menjanjikan subsidi yang tidak mungkin dapat ditampung jangkamasa panjang kerana sistem menentukan harga pasaran minyak mentah bukanlah sesuatu yang Kerajaan Malaysia mampu mengawal. Kebarangkalian Anwar sebenarnya mempunyai kefahaman amat lemah mengenai sistem harga runcit petrol dan kos sebenar saringan dan penyediaan petrol, termasuk kos penghantaran dan pemasaran, adalah tinggi. Anwar juga gagal menjelaskan perjanjian pengeluaran minyak mentah yang rata rata secara majoriti dikuasai kontraktor asal industri minyak Malaysia. Petronas, yang ditubuhkan 1974, mula bergiat melombong minyak dengan sendiri lebih sepuluh tahun kemudian. Ini lebih kurang 80 tahun lewat berbanding Shell, di Sarawak.

Melemparkan sesuatu yang didambakan rakyat dengan harapan mengunung, adalah memang cara biasa Anwar untuk meraih sokongan. Subsidi yang Anwar janjikan ini lambat laun akan membebankan Kerajaan dan sebagaimana Shabery mempersoalkan, apakah wajar Malaysia berhutang untuk mengekalkan subsidi yang Anwar janjikan ini, tatkala harga pasaran minyak mentah makin naik, terutama akibat penyangak pasaran hadapan.

Anwar, dengan cara penyampaian oratori hebat yang mengaburi pemikiran, mungkin berjaya memberikan rakyat Malaysia gambaran bahawa Malaysia merupakan pengeluar penting bahan bakar paling berharga dunia itu. Malangnya, sebagai pengeluar berjumlah 700 ribu tong sehari, kedudukan Malaysia sebagai pengeluar bersih (net producer) adalah hanya 1.2% dari keperluan dunia. Memang ada kewajaran bahawa bekalan minyak sekitar perairan negara tidaklah banyak tinggal lagi kerana telaga sekitar Malaysia yang telahpun mula dikorek semenjak seabad ini (jauh lebih awal dari negara seperti Saudi dan Kuwait, pengeluar paling utama dunia). Anwar juga gagal menjelaskan bahawa Malaysia lebih bergantung kepada  pendapatan dari pengeluaran gas asli dan subsidi yang diberikan kepada bahan bakar ini sebenarnya hampir RM 2.00 seliter.

Kewajaran hujah Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mencadangkan subsidi ini ditarik berperingkat sementara peluang meningkatkan pendapatan dipelbagaikan merupakan sesuatu yang Anwar sebenarnya mampu permodalkan. Malangnya, sebagaimana biasa, kepentingan Negara dan rakyat tidak langsung, terutama jangkamasa panjang dan strategik, menjadi perkiraan Anwar, yang sememangnya mendambakan kuasa dengan apa cara sekalipun.

Kegagalan Anwar ini hanya kerana pembohongan akan berjaya menurunkan harga runcit petrol yang berjaya dilaksanakan sebagai strategi ekonomi, merupakan modal yang dicanang pra-Pilihanraya Umum ke XII, dimana harga pasaran minyak mentah pada masa itu tidaklah setinggi hari ini.

*Perkembangan dikemas kini 1.50am

Ini merupakan laporan Bernama.com:

16 Julai, 2008 01:20 AM

Anwar Tidak Kemukakan Formula Mapan Turunkan Harga Minyak

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengemukakan formula menurunkan harga bahan api yang meyakinkan dan mapan pada debat khas mengenai Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak.

Walaupun beliau berhujah dengan petah dan menarik hati penonton terutama penyokongnya menerusi retoriknya, formula yang dibentangkan berjaya dipatahkan oleh lawannya Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan.

Menteri itu, lebih banyak mengemukakan fakta mempertahankan tindakan kerajaan menstruktur semula subsidi minyak berbanding Anwar yang memilih pendekatan populis yang mengambil hati penonton.

Menurut Anwar harga bahan api boleh diturunkan 50 sen seliter sehari selepas sekira Pakatan Rakyat memerintah menerusi formula RM5 bilion digunakan bagi menampung penurunan harga minyak.

Menurutnya lagi wang itu dapat diperoleh dengan penjimatan perbelanjaan kerajaan termasuk mengatasi masalah kebocoran dan ketirisan, dan mengurangkan ‘standby’ kapasiti pengeluaran tenaga daripada 40 peratus kepada 20 peratus oleh pengeluar tenaga bebas (IPP).

“Dengan mengurangkan kapasiti itu sahaja kita telah mendapat RM2 bilion, jadi RM3 bilion lagi diperoleh melalui penjimatan dan mengatasi kebocoran,” katanya.

Mematahkan hujah-hujah Anwar pada debat anjuran Agendadaily.com di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) malam ini, Ahmad Shabery berkata cadangan Anwar itu sudah tidak lagi relevan berikutan harga minyak di pasaran dunia sekarang lebih mahal berbanding harga semasa formula itu diuar-uarkan sejak sebelum pilihan raya umum Mac lepas.

Beliau menjelaskan pada masa itu harga bahan api adalah RM1.92 seliter bagi petrol dan RM1.58 seliter diesel.

Berikutan harga setong minyak di pasaran dunia mencecah lebih US$130 setong, kerajaan terpaksa menstruktur semula subsidi bahan api, menjadikan harga di pam petrol RM2.70 seliter dan diesel RM2.58 seliter.

“Kalau kerajaan mengekalkan harga minyak pada kadar yang lama, ini bermakna subsidi yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan ialah sebanyak RM50 bilion.

“Ini bermakna banyak program pembangunan, termasuk sekolah, jalan, Felda, soal orang di kampung tidak dapat dijalankan hanya untuk menampung cara hidup yang berterusan yang ada pada hari ini,” kata Ahmad Shabery.

Ahmad Shabery berkata kenaikan harga minyak adalah fenomena global yang berlaku di seluruh dunia akibat banyak faktor termasuk perang Iraq, kemungkinan Amerika Syarikat menyerang Iran dan peningkatan permintaan bahan api oleh China serta India.

Beliau berkata penyelesaian kepada masalah ini bukan dengan menambah subsidi secara konvensional tetapi memerlukan satu pendekatan baru menerusi penstrukturan subsidi bagi menjamin ia benar-benar disalur dan dinikmati oleh rakyat berpendapatan rendah.

“Kalau kita terus bagi subsidi, ada syarikat asing seperti Exxon-Mobil, Shell dan sebagainya yang turut mendapat faedah daripada wang rakyat,” katanya.

Beliau berkata kebanyakan negara lain turut mengambil pendekatan yang sama seperti Malaysia.

Ahmad Shabery yang turut membidas Anwar kerana mendakwa kenaikan harga minyak kerana pengurusan kerajaan yang tidak cekap, berkata malah Finland, Norway dan juga negara-negara yang dilaporkan kurang mempunyai kes rasuah tidak memberikan subsidi minyak kepada rakyatnya.

“Mereka telah menunjukkan prestasi ekonomi yang lebih baik dan Malaysia juga harus menuju ke arah itu,” katanya.

“Kalau kita mengajar rakyat kita dengan harga yang murah walaupun pada hakikatnya harga minyak antarabangsa adalah tinggi, tahun 2015 (apakah) kita akan menjadi net importer?

“Mungkin beberapa tahun lagi kita tidak ada minyak lagi.

Apakah subsidi begini akan diteruskan atau pada waktu itu baru hendak naik mendadak serta-merta daripada apa yang ada sekarang?” tanya Ahmad Shabery kepada Anwar.

Anwar bagaimanapun mempertikaikan sumber minyak negara akan habis pada 2015 dan mendakwa kemungkinan telaga minyak baru ditemui kerana negara pernah menjangka kehabisan simpanan minyak pada 2005.

Kata Anwar lagi Petronas juga giat menjalankan aktiviti mencarigali di luar negara.

Ahmad Shabery berkata Malaysia memang negara pengeksport minyak tetapi bukannya pengeluar besar, oleh itu khazanah negara perlu diuruskan dengan cermat bagi kepentingan generasi akan datang.

“Daripada keuntungan Petronas itu, sebenarnya yang telah diberi pada kerajaan ialah sebanyak 91 peratus, apa lagi yang kita nak ambil dari Petronas,” katanya disambut dengan tepukan penonton.

Ahmad Shabery, yang tidak luntur semangat menghadapi kepetahan Anwar berhujah menambah kata “Ingat Petronas kuat dan maju sekarang ini kerana siapa. Tidakkah kerana kerajaan Umno dan Barisan Nasional.

“Kehebatan yang dibuat oleh Petronas selama ini adalah dorongan yang diberikan kerajaan. Kita tidak bebankan Petronas, kita benarkan Petronas untuk menabur kembali (keuntungan),” katanya.

Penonton yang terdiri daripada 50 orang daripada Pakatan Rakyat dan 50 daripada pihak kerajaan mengikuti debat itu dengan tertib tanpa membuat sebarang kekecohan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP.

Begitu juga dengan ratusan penyokong kedua-dua belah pihak yang memberi sokongan moral di luar dewan.

Rata-rata penonton yang ditemui berpuas hati dengan perjalanan debat itu yang mereka sifatkan sebagai menyuburkan amalan demokrasi di negara ini.

“Anwar mengambil pendekatan mencuri hati penonton menerusi retorik yang menyentuh emosi penonton tetapi kurang meyakinkan dari segi mengemukakan kaedah sedangkan Ahmad Shabery lebih banyak mengemukakan fakta-fakta kukuh dan munasabah,” komen seorang penonton yang enggan namanya disebut.

Debat kira-kira sejam itu dikendalikan oleh pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka Datuk Johan Jafaar.

— BERNAMA

Published in: on July 16, 2008 at 01:13  Comments (36)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/07/16/anwar-gagal-pertahan-penurunan-petrol-serta-merta-apabila-berkuasa/trackback/

RSS feed for comments on this post.

36 CommentsLeave a comment

  1. Saya pun berharap rakyat akan sedar dan dapat menilai fakta dan hakikat yang sebenar..

  2. The bottomline is UMNO is heading to the toilet pretty soon. If the government really want to help the Rakyat, there are many ways to skin a cow, so to speak! I am sure many economists or financial advisors are more than happy to give their ideas. The fact that the BN is not keen to be transparent with the Rakyat, it speaks volume. Again, I have no doubt that the owner of this blog is a BN asskisser.

  3. Bernama tengok program yang mane? Tak sama cam di report 🙂

  4. Saya kurang bersetuju dengan keterangan ini:

    “Setakat yang orang ramai sedar, Kerajaan membelanjakan subsidi sebanyak hampir RM 50 billion untuk mengekalkan subisidi sebanyak RM 1.20 seliter untuk harga runcit petrol. RM 5 billion patutnya hanya akan memberi kesan sebanyak 12 sen seliter harga runcit pasaran dan bukan 50 sen, sebagaimana dijanjikan secara bersahaja oleh Anwar.”

    Kononnye RM5 Billion hanye memberi kesan 12 sen seliter.
    Tapi mase kerajaan naikkan harga rm0.30 seliter dulu, kerajaan cakap boleh jimatkan dalam 3.6 Billion. so takkan lah 5 billion boleh jadik rm0.12 seliter.
    TAK LOGIK. TAK LOGIK.
    Abis skang nih sape yg cakap tak serupa bikin nih…ke 2 2 main hantam sebut ja….
    ADOIIIIIIIIIIIIII LAAAAAAAAAAAAA

    Satu lagik…
    Rakyat mana yg suka harga minyak naik…takdak sapa ehh…ahli parlimen BN ja suka…sbb menteri2 mmg laa sume dapat SUBSIDI minyak keta, tol, bill tepon, bill api, bill air & ape2 yg boleh diSUBSIDIkan lagik laaa…mmg laaa bukan masalah meka.(diorang ja layak dapat subsidi, rakyat tak layak dapat subsidi)
    Masalah rakyat sebenarnyaaa nih…Cube diorang potong SUBSIDI diorang nih….patut sgt laa nak cakap pasal ubah gaya idup kat rakyat nih…

    Kalau pemimpin sanggup pakai keta lama, rumah sederhana ja, makan nasik bungkus 2 kali ja sehari (sbb nak ubah gaya idup, bukan ikut saranan TPM, tapi terpaksa hutang banyak nih).Baru laa rakyat nih salute…
    Nih cakap lebihhh….tapi tak ubah gaya idup pon…rambut bini makin kembang adalah…

    SEKIAN TERIMA KASIH

  5. Wang-NYC <— NAMPAK SANGAT KO NIE PENYOKONG PR..
    NAMPAK SANGAT TAK BOLEH TERIME HAKIKAT
    KALAU HATI DAH HITAM..HITAM JUGAK
    Wang-NYC <— asskisserXX

  6. Memang tidak ramai akan perasaan bagaimana Anwar bersembunyi dengan perkataan standardnya “…rakyat..rakyat” itu sahaja. Fakta dakta sebenar mengikut kajian dan statistik akan orang ramai tidak pentingkan.

    Mereka nak dengar yang “…rakyat” tu sahaja. Mereka rata rata mahu harga minyak turun walauapa pun implikasi terhadap ekonomi negara mahu pun masa hadapan anak cucu cicit mereka sendiri mengenai bahan api ini. Ramai antara kita tidak mahu terima kebenaran.

    Kebenaran memang menyakitkan dan pahit ditelan, kepura-puraan atau hidup dalam penafian lebih mudah. Buat tak tahu sahaja dan jangan pedulikan fakta, ini baik untuk HARI INI sahaja. Tapi tidak untuk jangka masa panjang negara dan penduduk generasi seterusnya.

    Mungkin tidak ramai yang peduli atau ingat akan titah DYMM Yang Di Pertuan Agung masa hari Keputeraan Baginda baru baru ini:” Mengenai bahan api ini..Kita jangan fikir segalanya untuk kita dan hari ini sahaja, tetapi juga apa yang bakal kita tinggalkan untuk generasi yang akan datang.”

    Tidak ada seorang pun rakyat Malaysia yang tidak mahu harga Petrol turun. Bahkan kalau minyak gamat pun mereka mahu harganya turun. Tetapi hakikat tetap hakikat, fakta tetap fakta.

    Pembangkang memainkan emosi rakyat, mengapi apikan dan mencanangkan diri mereka boleh sekelip mata buat itu dan ini untuk kita semua. Tapi lihat sahaja di Selangor, apa yang mereka telah kotakan janji-janji mereka? Bercakap memang senang, modalnya buka mulut sahaja, tetapi cubalah bekerja. Cubalah betul betul berfikir dengan wawasan yang jauh untuk rakyat.

    Menteri Penerangan masih muda, masih jauh perjalanan politiknya. Kalau dia tiba seusia AI satu hari nanti saya rasa, InsyaAllah dia pun boleh melontarkan kata kata yang mengasyikkan dan mempersonakan orang ramai yang memang ternanti nanti apa yang boleh dibuat mengenai harga petrol sedunia. Bila sudah terpersona, semua kata kata yang keluar sudah tentu mereka percaya. Peduli apa dengan fakta.

  7. At the end of the day, they both spewed a lot of populist hot air and nothing else.

    The Petronas chief got it right in todays papers – we are too dependent on oil revenue. Instead of building crystal monuments and other unnecessary structures and events like Monsoon Cup, the money should have been channeled into something more productive like raising our agricultural output so that we are not dependent on costly imports.

  8. Sememangnya Anwar Populist…

    Namun jangan abaikan Shahberry… peluang yang ada tidak digunakan sebaiknya untuk memberi penjelasan dasar.

    Jika Anwar gagal… Shahbery lagi teruk..

    P/S:- TUN M tetap terbaik dalam perdebatan.

  9. Hujah2 Anwar tidak kukuh, apa yang asyik disebut2 saja adalah ‘Kepentingan Rakyat’. Tu je asyik diulang, tapi formula tak kukuh pun..Tapi takpa sekurang2nya berani berdebat dan membincangkan cara aman, sedikit sebanyak kedua2 belah pihak boleh bertukar2 maklumat dan digunakan untuk pertimbangan. Tahniah kepada pihak kerajaan kerana memberi ruang untuk perkara sebegini. Tambahan lagi ruang kepada seseorang seperti Anwar..

  10. The rakyat would not have been so pissed off with the fuel hike if not for the secretive and sudden announcement that is only consistent with the flip flop administration. Further more, with the previous increases, it was promised that the money saved would go into improving the public transport but looks like the money went elsewhere instead and nothing changed.

    The launching of corridors here, there and everywhere showed as if the government is rich, billions this and that, but the truth is it was all hot air and now the government needs to reduce the so called subsidy to channel the money god knows where again, which is again at present not clearly explained.

    Stop treating the rakyat as Malaccan age peasants blindly loyal to the rulers. We live in modern times and pledge loyalty to leaders that will look after the people.

    Of course, the populist approach will win the rakyat’s heart, that’s a no brainer. The present government is still too comfortable to realize that, instead of winning back the lost votes from the last GE, they go about punishing PR states by giving all sort of excuses for the reluctance to release funds, as if the people can’t see through their act.

    UMNO should be populist as well, to all rakyat and not just the Malays. Use their might and power to implement policies with substance and better the lives of everyone. What have you got to lose? Face?

  11. This post has conveyed my thoughts about the debate last night.
    DSAI was playing with popular issues and he managed to say the right things- that were rakyat friendly. But as good as it sounded, it’s a very dangerous move to keep lowering the petrol’s price, it would mean neglecting other areas that are equally important as well.Do we want to lower the price now and when the dreaded time come, when we actually have to accept that we can’t depend heavily with government subsidy then the worst will hit us. By that time, Malaysia will be so far behind that we won’t be able to rise up from our comfy zone.

  12. Eh.. kalau macam tu pengetahuan shahbery.. tak payah dok lawan DSAI..siaran langsung buat malu aje..nampak sangat. Orang ramai la ni banyak yang dah ada pendidikan nampak macam shahbery tu tak pro nak balaih balik..memang kita ni sebagai pemerintah nak menangkis yang pembangkang nak bangkang dengan fakta.. kalau kita tak boleh selesaikan dengan fakta sampai dok ungkit2 ni apa pulak.. lawan balik dengan fakta baru ok. Kalau aku nak bagi markah kat Shaberi..aku bagi aje kosong ( 0 ) markah.

  13. BLOG PRO UMNO/BN SIKIT BENAR NAMPAKNYA MENDAPAT KOMEN SEDANGKAN BLOG PRO PR ATAU BLOG NEUTRAL YANG MENGEMUKAKAN ANALISIS TEPAT DAN BETUL, MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT DAN KOMEN YANG KEBANYAKANNYA BERSETUJU KEMENANGAN BERPIHAK KEPADA DSAI. KESIAN… RAKYAT KINI SEMAKIN TERBUKA DAN TERBELIAK MATANYA OLEH KERANA KEPINCANGAN KERAJAAN BN DAN DITAMBAH LAGI AIB DENGAN KEDANGKALAN ILMU MENTERI PENERANGANNYA YANG MENJADI BONEKA ‘BOSS’ NYA… PENDEKATAN, HUJAN, FAKTA, NOMBOR DAN KEIKHLASAN DSAI TERSERLAH BILA MANA MEMPERTAHANKAN NIAT PR UNTUK MERINGANKAN BEBAN RAKYAT. PALING MENARIK, SOALAN KENAPA KERAJAAN BN MENGKHIANATI AMANAH RAKYAT, MEMBOHONGI KITA APABILA MENJANJIKAN TIADA KENAIKAN MINYAK PADA TAHUN INI TAPI LIHAT APA YANG TERJADI??? SUNGGUH MUNAFIK. HUJAN DSAI TERLALU LOGIK DAN ‘GENUINE’ UNTUK DINAFIKAN. RAKYAT YANG TIDAK BERPELAJARAN PUN BOLEH TERGAMAM MELIHAT KEBODOHAN SHABERY CHEEK YANG JELAS TIDAK MENJAWAB SOALAN YANG DILONTARKAN. APATAHLAGI, RAKAN SEKUTU YANG DIBAWA DARI UUM / WAKIL BTN SANGAT MEMALUKAN PIHAK KERAJAAN KERANA TERLALU CETEK ILMU DAN TIDAK LAYAK SAMA SEKALI BERGELAR NAIB KAUNSELOR. PERJUANGAN ANWAR SEJAK 10 TAHUN YANG LALU TERHADAP RAKYAT, TIDAK TERMASUK FITNAH, KHIANAT, BELOT DAN KONSPIRASI YANG DIBUAT TERHADAPNYA TIDAK PERNAH MELUNTURKAN WALAU SEDIKIT SEMANGAT JUANGNYA. ITULAH PEMIMPIN SEBENAR YANG MASIH TIDAK DAPAT DILIHAT OLEH MP2 BN. ATAUPUN DIBUTAKAN OLEH SIKAP TAMAK MENGOREK KEKAYAAN NEGARA/RAKYAT UNTUK DIBELANJAKAN DEMI KEPENTINGAN TEMBOLOK MEREKA. TAK MENGAPA…ORANG YANG JUJUR INI MEMANG SELALU DIUJI TETAPI DIAKHIRNYA NANTI DIJANJIKAN KEMENANGAN YANG KUDUS. INSYA-ALLAH.

  14. itu debat..bukannya sesi perbentangan bajet. Masa terhad. So mana ada orang bagi penerangan berjela-jela masa berdebat. Pakar debat perlu berhujah secara padat dan bernas. Shaberi chik dah ‘disembelih’ secara intelektual akhirnya memilih untuk menyerang peribadi anwar. Pakcik Kordi pula langsung tak tahu kaitan antara IPP dengan minyak.

    Asyik-asyik dok bagi penerangan hari itu dalam sejarah. Soalan pula tidak dijawab. Memalukan.

  15. Anda boleh mangatakan Anwar gagal dalam debat tersebut. bukan saja anda, malah TV3, Bernama, Utusan, dan bla bla bla boleh berkata demikian. namun, anda harus ingat 20 juta rakyat Malaysia menonton bagaimana kebodohan, kemerapuan, dan serangan peribadi Ahmad Shaberry akhirnya memakan diri sendiri. bukan itu saja, orang suruhannya Noordin Kardi turut dimalukan pada malam itu. Sungguh memalukan.
    Saya sungguh tertarik membaca artikel blog ini tentang kelemahan pemerintahan dan sebagainya, tetapi saya berasa sungguh jijik memabca artikel yang mencuba menutup kebenaran kata-kata tokoh yang bermusuhan dengan idola saudara Dr Mahathir dan Najid. Tak semena-mena saudara begitu menyokong polisi kerajaan PM flip flop yang tak habis2 menyusahkan rakyat.

    tahniah saudara!

  16. >>>>>Hujah2 Anwar tidak kukuh, apa yang asyik disebut2 saja adalah ‘Kepentingan Rakyat’. Tu je asyik diulang, tapi formula tak kukuh pun..Tapi takpa sekurang2nya berani berdebat dan membincangkan cara aman, sedikit sebanyak kedua2 belah pihak boleh bertukar2 maklumat dan digunakan untuk pertimbangan. Tahniah kepada pihak kerajaan kerana memberi ruang untuk perkara sebegini. Tambahan lagi ruang kepada seseorang seperti Anwar..<<<<<

    lebih baik dari hujah menteri yang cam budak sekolah tu .. yang x paham pada soalan .. sama la cam gang yang dia bawak tu … entah ape entah .. ko orang ingat dia x bagi formula ke .. dengar dulu jangan cepat melatah .. ni dok serang peribadi wakpe ?…

  17. Debat tsb sepatutnya tidak diadakan. Shabery tidak petah berpidato berbanding dengan Anwar yg sememangnya seorang pelakon apatah lagi mendapat peluang di TV untuk di tonton oleh jutaan orang. Debat ini hanya memberi peluang kpd Anwar untuk meraih simpati kpdnya.

    Semalam berdebat petang tadi diberkas. Tidakkah ini juga satu lagi kesempatan bagi Anwar dan PKR menghebohkan keseluruh dunia yg dia sedang di aniayakan, satu komplot menghalangnya mengambil alih kuasa? Anwar sudah sedia mempunyai “scheme” atau strategi jika dia digagalkan sekali lagi maka akan melancarkan tindak balas di jalanraya. Jangan lupa pengelaman Anwar dalam tindakan sedemikian bermula pada tahun 1974. Kepada dia “my personal interests come 1st.”

    Exactly my point!

  18. Anwar kerjanya menggoncang kerajaan,polis dan mahkamah aje,sebab tu ramai orang yang terpesona dengar.(sebenarnya, bagus jugak!) Sebab ramai yang nak buat,tapi takut menanggung risiko. Dia ni kira macam taiko la. Taiko berhujah. Kalau berhujah,berpidato siapa pun tak boleh lawan. Tapi buat kerja belum tahu boleh. Orang ramai cuma terpesona dengan kata kata dia je. Lagi satu,susah sangat ke nak pergi balai polis untuk bagi keterangan kes liwat tu? Nak suruh polis tangkap, lepas tu boleh bagi tahu satu dunia polis brutal.. Memang populist punya approach. Kalau tak percaya, malam sebelum tidor tu, fikir lah sendiri. Biar otak tu bergerak sikit….

  19. The UMNO govt has been lying to the rakyat. They say the rising oil prices is a global problem and they have to raise the pump prices as in other countries.

    The Petronas boss Hassan Merican was quoted in Star Biz today “its dangerous to be dependent only on Petronas. What if oil prices drop? To sustain payments will be a challenge”

    The govt needs high oil prices to reap the windfall income. If the oil prices were to fall we would be in deep shit. The govt even with the high oil income needs to remove oil subsidy.

    As long as we are a net oil exporter high oil prices is good for us. We must follow Norway and invest the income PROPERLY for future generations.

    Because of corruption the NEP target can never be fulfilled.

    We Malays are just as capable as the rest of the world. Petronas which is a Bumi company is a world class company. Just put the right people at the top posts and stop govt interference and corruption, the rakyat will be better off.

  20. Isu nie sudah tentu lauk buat Anwar, tetapi Anwar nampaknya gagal melaukkan Shabery… Saya bukanlah ahli UMNO, cuma cuba untuk melihat dengan neutral…

    Saya rasa jika ade pendebat yang lebih petah, Anwar boleh terkena…

    Anyway Shabery is a gentleman… isu yang terlampau disadvantage buat government pun dia rela untuk berdebat…

    Tapi jika Anwar menang seklai pun adakah harga minyak turun? Tak turun jugak….

  21. Salam Big Dog,

    Saya bukan penyokong Anwar dan saya juga bukan Ahli UMNO berdaftar. dan pada yang sama saya juga bukan seorang blogger.

    Setelah membaca komen saudara mengenai debat semalam, nampak sangat saudara ini seorang blogger tak professional atau yang lebih tepat lagi seorang blogger upahan.

    Kita mesti berani terima kenyataan yang putih itu putih yang hitam itu tetap hitam. Jangan sekali-kali memutih yang hitam dan menghitamkan yang putih.

    Debat semalam benar-benar menunjukkan bahawa Ahmad Shabery tidak bersedia kerana tidak mampu menjelaskan secara professional ke atas tajuk debat.

    Penonton just want to know bagaimana kerajaan handle kenaikan harga bahan bakar tidak dapat dielakkan dan pada masa yang sama inflasi dapat dikawal.

    Anwar dapat tarik perhatian penonton dengan fakta-fakta yang kemas kini serta mutakir. caranya berhujah juga menarik. Body languagenya juga baik.

    Anwar tidak buat serangan peribadi dan cool menerima fakta-fakta sejarah daripada Shabery yang tidak kena mengena dengan tajuk debat.

    Anwar berjaya Shabery tewas dalam menonjolkan fakta dan atas isu semasa debat itu.

    BigDog “blogger upahan”?

    Begitu yakin?

    BigDog tak perlu pertahankan dakwaan ini kerana jika hanya BigDog mendapati hujah Anwar lemah dan menyatakanya dengan lantang, maka BigDog kini menjadi “blogger upahan”?

    Mungkin Anwar lebih mahir dalam penyampaian oratori, termasuk lenggok dan mimik muka serta keterampilan. Namun begitu, tiada apa dalam hujah Anwar yang memberikan justifikasi sesuai dan benar benar munasabah dan praktikal bahawa harga petrol mampu dikurangkan RM 0.50 seliter dan kemampuan untuk mempertahankan ini jangkamasa serdehana-panjang amat diragukan.

    Kebolehan Anwar berdrama dipentas politik bukan perkara baru. BigDog menyelami soal soal drama yang dipertontonkan Anwar ini, termasuk dakwaan seperti DPM Najib Razak terlibat dengan rasuah kes pembelian asset ATM Scorpene dan Su 30 MKM.

  22. debat, debat juga.

    orang kampung peduli apa kalau petrol turun.

    harga barang harian macam tu juga.

    sebiji jambu batu RM4.00.

    not a fan either one but anwar somethimes pissed me especially sebut pasal korupsi dan bocor.

    arwah gafar baba senantiasa dalam ingatan.

  23. Sabbery personal attack shows he lacks ideas to pin Anwar.Given the lack of access to records of the Govt ,DSAI did far bettter than Sabberi.

    This is typical of all well fed BN Ministers.They think their postion is GOD given.VC Karadi” Tamil = Beruang” is a typical BN appointed VC of little caliber.He is disgrace to academicians.

  24. saya rasa big dog sama macam Dr Kardi gak ….hati mati…

  25. I am Shabery’s supporter but I didn’t leave my TV set feeling satisfied with his effort.

    As much as I was routing for Shabery, he didn’t hold himself well against Anwar as I thought he was launching personal attacks when the rakyat wanted to hear facts and figures to the current issues, not history.

    The debate wasn’t about having balls or being more open now then before. If those were the points of reference then I would give full points to Shabery. The topic was about the petrol prices and although somewhere in the govt, there may be someone who could have explained it better, Shabery left much to be desired on this score last night.

    Bottomline, if I was watching through the eyes of the plain rakyat, I’d give last night to Anwar.

    I’m sure the debate left people especially in the rural areas more sympathetic to and convinced with Anwar. I was with staunch UMNO members including myself, the others too felt that Shabery got whipped from the second segment onwards.

    We should avoid holding debates we cannot win in the future. People won’t remember one’s consistent good deeds or transparency. They just remember who gets whipped or who comes last to give aid. Trust me, I’m in the system and I see first hand as to the depreciating attitude of our people today.

    I was flabbergasted at the way Johan Jaafar allowed Nordin Kardi to be foolish during question time.

    Nordin’s attitude and Shabery’s persisitent attacks on Anwar made Anwar come out smelling like roses.

    Nordin doesn’t have the pulse of the folks and it just makes it worse when he goes out of his way to ridicule Anwar and looking like an ass for not being right in his statement.

    Johan Jaafar should have been more in control and professional. He wasn’t sure which segment he was in and bungled several times after the breaks. The cameraman didn’t know who was whom seated next to the moderator when they were introduced transpositioning one with the other.

    It was just disappointing.

  26. Dear Dog,
    Liked the idea of a debate, but yesterday was just a beauty contest. I guess Anwar was more beautiful, but only skin deep. His ideas do not seem practical to reduce the oil price “the next day”, or in the near future for that matter.
    Shabery was less beautiful, but that’s the calibre of Paklah’s leadership.
    Hope Muhyiddin makes a move where Najib stalled.
    Regards.

  27. Tiada sebarang formula…tapi yang ada cuma janji manis….

  28. Jawapan UMNO D.U terhadap cadangan DSAI

    di http://www.suaradu.com

    Cakap saja tiada guna. Kena kaji dan lihat dan jawab dan balas. Berapa ramai Pemimpin UMNO yang boleh?

  29. Comments from Astro Awani much better from Bernama.
    Bernama berat sebelah…
    Ulasan masa PRU lepas pun dah nampak… Try la tgk Awani…

  30. “MINYAK NAIK ..RAKYAT MASIH CUKUP MAKAN JUGAK…”-sabery chek

    Ayat paling tak bertanggunjawab dalam dunia….org macamni macmana boleh jadi menteri…paut kena buang neara aje…

  31. Kalau aku ada depan sabery chek….memang aku tampar je mulut dia biar terkeluar semua bueh….

  32. Debat SDI vs ASC jelas kepada semua bahawa pendekatan SDI dalam menangani kenaikan harga minyak sangat relevan. Soal moral dan kesalahan yang disabitkan kpd SDI serahkan Allah SWT dan mahkamah tentukan dengan izin Allah.

  33. Pada amatan saya sbg rakyat kelas pertghan. Anuar sgt meyakinkan tetapi Ahmad Shaberi sangat mgecewakan. Kenapa saya berckp mcm itu kerana Soalan ditanya kemana dibelanjakan wang 3 bilion hasil pendapatan kerajaan dr Petronas. Jawapan Ahmad Shaberi ialah saudara anuar tidak berubah suka pada demontrasi dsbnya. Ditanya lain jawapan lain. Taubat…!
    Susah kita ni. Problem kita ni..! YB BN.
    Apapun Tahniah kpd Dtk Ahmad Shaberi wakil kerajaan dan fikir-fikirkanlah syor DSAI dalam menangani krisis kenaikan harga minyak sekarang.
    Serahkan pada yang maha kuasa menentukan siapa bersalah dalam kes dakwaan SDAi.
    Terima Kasih.

  34. Inflation rate this month 7.7%. Tertinggi semenjak 26 tahun lalu.

    SYABAS KERAJAAN BARISAN NASIONAL

  35. […] ini, dalam pentas Malaysia sahaja, Anwar telah gagal menyakinkan secara logik bagaimana beliau boleh memberikan kelegaan kepada penguna Malaysia jika diberikan […]

  36. Yang pasti dan nyata pimpinan kerajaan menuju kepimpinan kalau boleh saya nyatakan munafik,kerana sentiasa tidak menepati janji dan hanya pandai memberikan alasan.ASC banyak menimbulkan soal yg telah lalu sedangkan kita harus menuju ke hadapan bukannya mundur ke belakang.Soal subsidi ,memang rakyat tertanya2 ke mana dan siapa sebenarnya yg mendapat faedah drpd subsidi?Rakyat atau kroni2 dan taukeh2 besar kesayangan kerajaan BN?Mcm2 subsidi konon,tapi rakyat terus menanggung beban?Subsidi itu ini,harga brg2 makanan dsb tetap melambung.Memang betul kata DSAI,kerajaan BN hanya untuk taukeh2 besar dan kroni mereka saja.Terima kasih.


Leave a comment