Ku Li: UMNO dihati orang Melayu, walaupun hilang kuasa ‘tawar menawar’

Mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah hari ini menegaskan bahawa UMNO perlu mengembalikan peranan memperjuangakan kepentingan orang Melayu, sesuai dengan kedudukan UMNO itu dihati sanubari jiwa orang Melayu. Beliau berkata demikian semasa berucap dalam satu majlis dengan ahli UMNO Bahagian Batu Pahat di Hotel Landmark.

Beliau mengingatkan bahawa orang Melayu perlu merasa risau dan takut kepada masa hadapan kerana hari sahaja, UMNO sudah hilang kuasa dalam 5 + 1 negeri dan PAS sudahpun mula bertapak diJohor. Negeri yang jatuh kepada Pembangkang merupakan negeri kaya dan maju, iaitu 75% dari KDNK Negara datang dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak dan Pulau Pinang. Ini bermakna, hari ini kuasa ‘tawar-menawar’ orang Melayu dalam negara telah tiris.

Apabila bercakap soal kegagalan mendapat 2/3 majoriti dalam Parlimen, erti sebenar ialah orang Melayu telah hilang kuasa, yang bermaksud kehilangan tapak moral dan ‘bisa’ untuk bertindak. Ianya keadaan dimana UMNO disifatkan berada dalam darurat dan parti komponen lain berada dipersimpangan yang tidak teragak agak untuk meninggalkan BN.

Dalam soal ekonomi pula, Tengku Razaleigh mengupas permalasahan yang sedang dilanda sekarang dimana keyakinan pelabur luar makin tiris (Kerajaan yang tidak kukuh), pengujudan peluang perkerjaan yang bermasalah, harga minyak mentah dijangka mencecah USD150 setong dan pendapat yang tidak meningkat sebagaimana harga barangan meningkat. Pendekata, negara amat memerlukan Kepimpinan yang kuat dan bijak untuk menyelesai masalah dan menghadapi cabaran.

Laporan lintas langsung dari Batu Pahat ini dibawa oleh blogger Husin Lempoyang.

*Perkembangan dikemaskini jam 9.30malam

Ku Li: UMNO perlukan “Revolusi” dan “Berdikari”, untuk tangani cabaran globalisasi

Di Muo malam ini pula, bercakap kepada 700 orang ahli UMNO dan peminat politik, Tengku Razaleigh membangkitkan soal cadangan EGM diadakan ialah bertujuan untuk membincangkan soal ‘Keputusan Pilihanraya Umum ke XII’, bukan untuk meminta mana mana pihak meletakan jawatan.

Beliau juga terus mengulangi saranan sebelum ini bahawa UMNO perlu lebih demokratik disemua peringkat, dari Kepimpinan, Bahagian hinga ke Cawangan dan mencadangkan agar dilakukan penilaian semula. Saranan tegas untuk melakukan “Revolusi” dalam UMNO sebagai cara untuk segera membetulkan keadaan, kerana kedapatan ada Ketua Bahagian amat liat untuk bertindak kearah perubahan yang didambakan akar umbi dan rakyat.

Para hadirin diingatkan bahawa hari ini, ekonomi orang Melayu sudah tinggal jauh kebelakang dan parti parti komponen tidak boleh diharapkan untuk memperjuangkan ini. Oleh itu, perubahan perlu dilakukan segera untuk menumpukan perhatian kepada keadaan ini. Mereka juga diingatkan bahawa parti komponen tidak semestinya akan berada disisi UMNO dalam BN untuk selamanya dan bibit bibit perubahan sudah mula kelihatan.

Beliau menegaskan bahawa sekiranya UMNO tidak mendapat sokongan padu, terutama dalam keadaan cabaran ekonomi global yang meruncing, seperti isu kenaikan harga bahan bakar, alam sekitar, bekalan makanan dan tanaman makin kurang, soal pelaburan dan perdagangan yang tidak seimbang, maka orang Melayu akan menghadapi cabaran yang amat perit dan terlalu besar untuk ditangani. Pendekata, Kepimpinan yang lemah dan kemampuan untuk bertindak yang amat diragukan akan memburukan keadaan.

Semasa sessi soal jawab, ramai wakil UMNO Muo bangkit untuk bercakap mengenai keperluan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk meletakan jawatan.

Laporan lintas lansung dari Muo ini dibawa oleh penganalisa blog AJG.

Published in: on May 4, 2008 at 15:25  Comments (1)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/05/04/ku-li-umno-dihati-orang-melayu-walaupun-hilang-kuasa-tawar-menawar/trackback/

RSS feed for comments on this post.

One CommentLeave a comment

  1. kedudukan umno yang ada sekarang menyebabkan kepentingan melayu ditekan dari pelbagai sudut bukan sahaja daripada pengkritik umno tradisi iaitu kalangan pembangkang malahan juga oleh orang-orang melayu sendiri serta rakan-rakan dari kalangan parti komponen dalam bn. mic dan mca yang merupakan perintis bn melalui perikatan telah bersuara lantang mempersoalkan perkara-perkara asas berkaitan dengan melayu termasuk mengenai Islam. mereka seolah-olah sudah lupa bahawa kerjasama yang dibentuk sejak sebelum merdeka banyak menguntungkan mereka daripada tolak ansur dan pengorbanan orang melayu khususnya jus soli. adakah presiden mca yang kalah di 25 daripada 40 kerusi yang ditandingi dalam pru12 menyangka bahawa sokongan kaum cina akan kembali kepada partinya dengan membuat kenyataan mengenai mualaf? bukanlah caranya untuk menangguk di air keruh dengan menikam kawan dari belakang dalam keadaan apa sekalipun. apa yang lebih wajar dilakukan oleh parti-parti komponen ialah melantangkan suara untuk sama-sama mendesak supaya perubahan dilakukan di peringkat pucuk pimpinan bn kerana persepsi tentang tindak tanduk pihak berkenaanlah yang menyebabkan terjejasnya kekuatan bn keseluruhannya.


Leave a comment