Kompromi dengan masyarakat Cina: Jangan biarkan sehingga biadap

Masyarakat Cina sebagai minoriti yang satu masa dahulu diklassifikasikan sebagai etnik immigran perlu muhasabah diri, terutama kedudukan dan peranan mereka dalam politik dari konteks pembinaan Negara-Bangsa (nation building). Janganlah kerana peranan mereka membangunkan ekonomi semata mata dijadikan ‘tebusan’ agar boleh berlaku “bagi betis, mahukan peha”.

Isu mahukan seorang Timbalan Perdana Menteri etnik Cina dibangkitkan semula, terutama dalam kehangatan Pilihanraya Kecil (PRK) Bukit Gantang.

Laporan The Star:

Monday April 6, 2009

Better voice in government with a Chinese Deputy PM, says Wee

 

SUNGAI PETANI: The proposed appointment of a Chinese Deputy Prime Minister will give the Chinese people in the country a better representation in government, said MCA Youth chief Datuk Dr Wee Ka Siong.

“We welcome such a proposal and hope it will materialise,” said Dr Wee, who is also a Deputy Education Minister.

He was asked to comment on MCA deputy secretary-general Datuk Loke Yuen Yow’s call to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to create a post for a Chinese Deputy Prime Minister and a Chinese Barisan Nasional deputy chairman and appoint MCA president Datuk Seri Ong Tee Keat to the two posts.

********************

 

Peranan MCA sebagai parti komponen mewakili masyarakat Cina yang merupakan rakan kongsi BN kedua terutama selepas UMNO perlu dikaji dan perhalusi sebelum Kepimpinan BN dan Kerajaan menimbangkan permintaan yang berulang ini. Ini kerana prestasi MCA yang hanya mampu meraih 15 kerusi Dewan Rakyat secara automatiknya tidak melayakan mereka membuat sebarang ‘permintaan’, lebih lebih lagi strategik seperti Timbalan Perdana Menteri II. Kemampuan meraih 15 kerusi ini pun bergantung pada undi Melayu, yang semestinya dijana kerana ‘muka’ yang UMNO berikan.

Jika dihayati sebenar konsep ‘perkongsian kuasa’ yang mula mula dibawa Perikatan yang ditunjangi UMNO bawah Kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra ialah masyarakat minoriti etnik Cina dan India diberikan peluang untuk sama sama menyertai proses Pilihanraya untuk memberikan wakil dan suara dalam Majlis Perwakilan Persekutuan Tanah Melayu (1955), walaupun sebilangan besar dari kawasan yang mereka tandingi ialah kawasan majoriti Melayu. Kemudian, setelah dipilih, mereka tetap diundang untuk menduduki Kabinet kerana Tunku mengiktiraf bahawa keperluan etnik minoriti dalam proses pembinaan Negara-Bangsa. Ini tidak bermaksud konsep ‘perkongsian kuasa’ untuk ialah ber’kongsi’ secara samarata. Kompromi politik yang Kepimpinan Melayu sanggup buat perlu dihayati dari konteks yang betul.

Peranan minoriti etnik Cina dikatakan penentu antara BN (UMNO) dan PR (PAS), kerana orang Melayu sebagai majoriti penduduk kawasan Parlimen ini dikatakan sudah membuat kesimpulan pihak mana yang mereka sokong. Oleh demikian, parti komponen BN yang mewakili masyarakat Cina sengaja membangkit isu ini sekali lagi sebagai ‘ugutan politik’ kerana undi yang dipengaruhi masyarakat Cina dalam situasi ‘stand-off’ dimana UMNO dan PAS sama kuat seperti di Bukit Gantang ini amat berharga.

Kemenangan ‘moral’ PRK Bukit Gantang ini amat penting bagi Kepimpinan Perdana Menteri VI Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak. Pertamanya, ini kerana beliau baru mengangkat sumpah dan kemampuan pentadbiran baru meraih keyakinan rakyat di’uji’ dari prestasi BN disini.

Kedua, sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO dan BN Perak dan baru baru ini, penerimaan dan keberkesanan pengaruh dari kejayaan menubuhkan Kerajaan Negeri BN baru dan mengundurkan kerajaan boneka-DAP secara ‘paksa’ diukur dalam PRK Bukit Gantang ini.

Ketiga, ‘peperangan psikologi’ dengan cara segala fitnah yang Ketua Pembangkang dan Mantan Banduan Salahguna Kuasa Anwar Ibrahim lontarkan secara konsisten dan berstruktur untuk ‘membunuh’ kareer politik dan persepsi mengenai kredibiliti Dato’ Seri Najib juga di’uji’ dalam medan PRK Bukit Gantang ini.

Dalam pada itu, pemimpin politik masyarakat Cina makin ‘berani’ dan ‘lantang’ memperkudakan  dan hingga tahap menghina Islam dalam kempen politik mereka. MP  Taiping Nga Kor Ming yang juga Setiausaha Agung DAP Perak dirakam menggunakan ayat Al-Quran dan membuat tafsiran semasa membuat ceramah politik. Ini dijangkakan amat menimbulkan kontroversi dikalangan masyarakat Melayu kerana tindakan biadap keterlaluan Nga ini dianggap menghina Islam. Mufti Perak Dato’ Seri Harussani Zakaria juga apabila diminta membuat ulasan berpendapat tindakan pemimpin DAP biadap ini keterlaluan kerana sebagai seorang Bukan Islam, tafsiran mengenai ayat suci Al Quran dikhuatiri akan di’lacur’kan hanya untuk kepentingan sempit politik.

Ini jelas menunjukan bahawa ada dikalangan pemimpin politik Cina yang berani biadap, terutama bila pemimpin politik Melayu, seperti PAS dan PKR reda untuk tunduk dan ‘menyembah’ mereka, demi pengaruh politik. Walaupun Kerajaan boneka-DAP Dato’ Seri Nizar Jamaluddin berjaya di’kalah’kan, namun pengaruh sebenar kuasa di Perak jelas terletak bawah DAP dan PAS ‘terbelenggu’ bawah telunjuk DAP. Pilihan Dato’ Seri Nizar sebagai calon PRK Bukit Gantang itu illustrasi jelas bahawa PAS terpaksa akur kepada kehendak DAP walaupun Kepimpinan PAS memilih calon lain.

Orang Melayu perlu waspada dengan perkembangan ini. Pertama, kompromi politik yang orang Melayu sebagai majoriti dan pribumi tanahair ini sanggup dan wajar berikan perlu ada had. Kedua, dalam kealpaan sedikit kompromi yang sanggup diberikan atas dasar ‘menghormati hak orang lain’ dan sehingga timbul kekeliruan memberikan orang lain ‘kebebasan bersuara’, perlu jangan dibiarkan sehinggakan sub-kumpulan ala kommunis dari sebahagian etnik minoriti Cina seperti chauvinis dan pelampau DAP berani berlaku biadap dan me’lacur’kan ugama Islam dalam modal politik mereka. Penghinaan ini  mampu akan menjadikan konflik antara kaum dan/atau ugama yang begitu ramai pihak mahu dielakan  dari ‘meletup’ setelah sekian lama berkudis sehingga keadaan “menang jadi abu, kalah jadi arang” menjadikan tanahair tercinta ini “padang jarak, padang terkukur”.

Inilah keadaan anarki paling sesuai, dimana pihak yang tergamak tanahair ini di’jajah’ semula, terutama tali barut Yahudi Neo Con sanggup rancang untuk mengambil kesempatan “menangguk diair keruh”.

 

 

 

Published in: on April 6, 2009 at 08:42  Comments (29)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/04/06/kompromi-dengan-masyarakat-cina-jangan-biarkan-sehingga-biadap/trackback/

RSS feed for comments on this post.

29 CommentsLeave a comment

  1. PAS = PELACUR AGAMA ISLAM SEMENANJUNG.

  2. Hanya kerana kami menentang UMNO kami dianggap biadap terhadap orang Melayu. Mahu biadap:

    UMNO-nama pun dalam BAHASA INGERIS. Pelacur pada orang putih dari Perjanjian Pangkor hingga hari ini.

    UMNO-Mahu jadi PM Malaysia mesti pandai BAHASA INGERIS. Lagi pelacur orang putih.

    UMNO-Anak Melayu didera dengan PPSMI. Hoi! Pelacur besar orang putih ni.

    UMNO-Toyol rasuah yang bapak Indon boleh jadi MB. Orang bukan Melayu pendatang.

    UMNO-Kena main belakang oleh Mamak 22 tahun, mahu kena lagi. Syiok betul UMNO ini.

    Cukup biadap? Mahu lagi?

  3. Ini mungkin kerja Ong Tee Keat nak test water. Itu Loke Yuen Yow, kononnya kuda baru dipakai oleh Ong Tee Keat.

    Mungkin Loke telah dicadangkan sebagai menteri oleh Ong Tee Keat kut! Kalau tidak, tak mungkin berani buat cadangan test water ini!

  4. kepada vinnan,

    sah anda mmg BANGSAT

  5. Sial la vinnan ni!

    UMNO ialah acronym United Malays National Organisation kerana masa Dato Onn tubuhkan, ROS ialah orang Inggeris! Jadi UMNO daftar dalam senaraui asal pertubuhan & persatuan guna BI la!

    Apa banggang ko ni????

    Sama macam parti lain.

  6. That’s right.

    Merdeka wasn’t the work of multi-racial support, but only by UMNO.

    How dare MCA ask for something like this, they’ve only been a member of Barisan since it existed.

    How dare the Chinese speak up against Malay. The Deputy Prime Minister and Prime Minister must be MALAY, must be UMNO.

    It’s exactly this kind of thinkint that’s going to lose UMNO and BN more Chinese,Indian,Iban,Kadazan, Punjabi, Eurasian other non-malay support.

    If a permanent member of Barisan Nasional can’t ask for a simple thing like a deputy post, then it just points to the fact that UMNO is no longer abiding to the ‘social contract’ of power sharing. 50 years from Merdeka and backward, bigoted and racist such as yourselves can’t bear the though of a Chinese holding any position of power.

    It’s UMNO view that Chinese are the enemy is exactly why Chinese think UMNO is the enemy.

    Keep it up, the more powerful this school of thought becomes in UMNO, the quicker this country will be rid of you.

    Good Luck UMNO…you’re going to need it.

  7. Vinnan,
    Orang macam kamulah yang memecahbelahkan perpaduan bangsa! Bersikap kurang ajar & tidak mengenang budi seolah-olah kamu lah yang suci beriman! Orang macam kamu hanya layak di panggil biawak hidup! Hidup kamu penuh dengan kebencian & prasangka & tidak pernah memberikan faedah apa-apa pada bangsa kamu sendiri!

  8. Vinnan,
    Apsal ko x nak mampus masa ko dipancutkan kedunia ni dulu. Kecik2 tak mau mampus, bila besar menyusahkan orang.

    Kalo umno pelacur, ko tu lar anak pelacur! Ko hidup
    dan mampu pulak berinteraksi disini semata2 kerana usaha dan susah payah umno, ada paham? Kalo nk harapkan pas, apa ko dpt? Pandai melilit serban adalah agaknya.

  9. don’t lump all chinese together in one basket la… some of us have risen beyond race and colors. i personally don’t care for chinese pm or dpm or whatever – just make sure the guy can do a decent job.
    why can’t we embrace diversity and humanity without scolding each other just because our names are abu, ah chong or samy? it’s not like we even know these people personally…
    and just to set the record straight, some of us chinese do not believe in asking for anything – we can adapt and work our way to achieve what we want.
    what i object to is stupidity, cruelty and thieving, which is something that all humans are capable of.

  10. Dear Big Dog
    Let’s not fall into this trap of a planted story.
    It’s what you call testing the waters when a new leader comes into power.
    Najib will know how to handle it wisely.
    Just ignore pest like Vinnan.
    IT will go away.

  11. Maaf cakap lar, kawan kita ni hanya pandai ambil kesempatan sahaja. Nak harap kekuatan, habuk! Kerusi yg menang pun dikaw majoriti melayu dgn ihsan melayu, lepas tu tikam melayu dari belakang.

    Kita ni penat mendukung biawak hidup……

  12. Manalah ada harapan bagi Malaysia yang dewasa dan matang dengan cara berpolitik yang diterapkan oleh parti politik di Malaysia…sigh

  13. Big DOG, Thank God YOU ARE NOT YAB DATO SERI NAJIB’S ADVISOR or any of his secretaries or the other minorities in Malaysia will suffer..

  14. beri betis nak paha. dapat paha, nak badan.

    kah kah kah… Good try MCA! We know u vely well mah!

  15. they achieve economic wealth first, then they will go for the political mileage

    once they have administrative powers, you can bet they will tweak the laws of the land to benefit their own kind

    take perak as a glaring example of POWER in action

    they even tried to quote from the Quran

    they can only achieve their agenda if ALL malays are TOTALLY ignorant

    that’s why blogs like yours and TDM and many others, have and are doing GOOD to inform and gather a kind of consensus

    thank you, Big Dog

  16. Kepada Vinnan,
    Kau berani kerana diri kau tersembunyi. Aku percaya kalau org melayu mengenali kau, sudah pasti kepala kau terpenggal dari badan. Jangan cari pasal pendatang.

  17. Quoting from Quran is blasphemous but what about Tun Mahathir’s previous quote from Bible and Confucious? I mean, if we pick on the good part and quote it out as an example, that’s not a crime deemed punishable.

    Mr Author did quote on history regarding the evolvement of power sharing, I just want to say nothing is constant except changes. While I don’t quite agree on asking for DPM II post (since there will no real power to attached to it anyway), I don’t quite think it is right to continue Chinese and Indian as second class citizen not worthy of some say and have to be reminded that their achievement in nation building doesn’t trumps what the bumiputera has did. Bangsa Malaysia doesn’t differentiates on your birth right or achievement, if a Bangsa Malaysia has element of differentiation in it then it would defeat the whole purpose of having this ideal in the first place.

  18. What say you, Big Dog? BN lost both Bukits to Pakatan Rakyat. BN tak boleh menang lagi diSemanjung. 4 kali tanding, 4 kali kalah. Lebih baik pindah BN terutama UMNO, ke hutan Sarawak sekarang.

    Nga…ngek…ngu….

  19. Big Dog.

    Mentaliti macam ni lah yang menyebabkan BN kalah kat 2 Bukit. Bila lah orang Umno nak berubah…. Kalau najib announce TPM II akan diberi kepada MCA dah sah BN akan menang.

    I dont see anything wrong by giving the post to a non-malay.

  20. Big Dog..I read your article with much joy. If we have
    more people like in UMNO, UMNO will demise faster then ever. Keep it up..!!..Its people like you that will
    cause BN to lose more and more.

  21. Bloody racist.

  22. Tuan Big Dog,

    Apa hak masyarakat Cina mintak DPM kedua utk kaum mereka?

    Apa yg mereka korbankan utk kesejahteraan dan keselamatan tanahair ini?

    Berapa ramai anak Cina yang sanggup pikul senjata utk sabung nyawa jadi tentera & polis, demi utk tentukan majoriti rakyat tidur selesa????

    Berapa ramai doktor Cina yg sanggup berkhidmat dlm hospital kerajaan, terutama dikawasan pendalaman, termasuk ulu sarawak dan sabah????

    Berapa banyak persatuan / syarikat Cina bagi biasiswa utk anak Melayu, sebagai tanggung jawab CSR mereka dlm membina negara????

    Jawapanya: HAMPIR BOLEH DIABAIKAN!!!!
    Jadi, apa kelayakan mereka mintak diujudkan DPM kedua?????

    Dah la prestasi parti komponen Cina (MCA, Gerakan, SAPP, SUPP) dlm PRU 12 hancus!!!!

    Kenapa bila kita bangkit isu cam gini, kita dipanggil RACISTS????

    Org Melayu tak perlu lagi bersifat apologetik!

    Betul Big Dog, JANGAN BIORKAN CINA NI KURANG AJOR!!!!

    Satu analisa yang amat menarik dan tepat.

    Inilah asas ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad semasa AGM Perkasa tiga minggu lepas.

    HANYA kerana orang Melayu mengutarakan apa yang hak dan terpelihara, sebagaimana peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia, untuk menjamin kepentingan Bangsa Melayu dibela, kita digelar ‘Racists’. Bagaimana pula golongan keturunan immigran, yang terdapat antara mereka yang bersifat tegar Chauvinis Cina menghayati anti Melayu, anti Islam dan tidak lama dahulu, ganas sebagai pengganas kommunis?

  23. […] Sempena ulang tahun ini, kami mengesa agar Kepimpinan UMNO mengambil perhatian serious perkembangan akar umbi dan membuat perubahan dan pembaharuan sebagaimana yang diharapkan. Pembaharuan yang dibawa perlu mengambil kira kepentingan strategik dan taktikal orang Melayu dipelihara, agar tidak berlaku keadaan “Kera dihutan disusukan, anak dibuaian mati kelaparan” dan sehinggakan ada pihak minoriti ‘naik tocang’. […]

  24. […] Malaysia should objectively realise its own existing talents and capital, to revive the economy. PM Dato’ Seri Najib owes it to the Malays and Bumiputras first, who are the power base behind UMNO/BN’s all these years. […]

  25. big dog,

    anda seorang liberal?…Rasanya TIDAK!…Kalau berdasarkan tulisan anda di atas. Tidak ada salahnya kaum lain menjadi TPM2 dengan syarat pengganti PM dilantik dari TPM yg satu lagi.

    Yang pasti pemikiran anda masih dibelenggu dengan anggapan:”bangsa Cina & India di Msia adalah pendatang”. Seolah2 mereka ini masih BUKAN warga Msia. Pemikiran kolot seperti inilah yang akan terus memundurkan bangsa Melayu.

    Tolonglah buang sikap seperti ini, zaman ini kita harus berfikiran LIBERAL…& tinggalkan sifat kuno anda…

    • Memang etnik Cina dan India adalah etnik immigran dan bukan asal Nusantara. Ini adalah fakta sejarah. Majoriti nenek moyang mereka didatangkan kesini sebagai memenuhi keperluan sosio-ekonomi penjajah, terutama British.

      Kenapa perlu diujudkan jawatan TPM untuk Bukan Melayu? Sejarah menunjukan apabila pemimpin UMNO bersedia untuk ‘kongsi kuasa’ dengan pemimpin Bukan Melayu (MCA bagi Cina dan MIC bagi India), ianya hanyalah untuk menentukan suara masyarkat etnik Cina dan India diwakil dalam Kerajaan dan proses pengubalan dasar. Jawatan TPM bagi etnik Cina menunjukan konsep ‘kongsi kuasa’ asal telah tidak relevan sedangkan pemimpin etnik Cina dan India mendapat kuasa (semenjak pilihanraya 1955) ialah atas ehsan undi majoriti Melayu.

      Etnik Cina dan India ialah keturunan immigran. Ini tidak bermakna mereka bukan warga dan rakyat Malaysia. Kedudukan sejarah mereka dalam kerangka sejarah Malaysia masih dan sentiasa akan merakamkan mereka sebagai keturunan immigran.

      Kita hanya boleh berfikiran dan menerima nilai nilai LIBERAL HANYA APABILA ‘PADANG PERMAINAN’ ITU BENAR BENAR RATA, SECARA TOTAL DAN KOMPREHENSIF.

      Selaginya ianya masih lagi tidak seimbang dan majoriti Melayu masih tertinggal, maka dasar seperti tindakan affrmatif masih perlu diteruskan dan pandangan dan pemikiran LIBERAL diketepikan.

  26. […] Kompromi dengan masyarakat etnik Cina wajar menurut lunas prinsip formula ‘kongsi-kuasa‘ agar kedudukan dan kuasa orang Melayu sebagai majoriti dihormati dan mereka sebagai minoriti yang diperuntukan hak sama rata tidak berlaku biadap. Sikap tidak mahu menyokong Sistem Sekolah Satu Aliran demi perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia saling memahami dan sedia berkerjasama menunjukan mereka tidak mengenangi asas kuasa yang mereka nikmati. […]

  27. […] look good. During the Bukit Gantang and Bukit Selembau joint by-election campaigns April last year, MCA Youth Chief Dato’ Wee Ka Siong threw the notion of asking for a second Deputy Prime Minist… (which should be slotted for the Chinese). Imagine in their position of being poor-performers they […]

  28. […] constituencies as compared to DAP’s 24 seats, which is Chinese majority. They even asked for a Second Deputy Prime Minister post for the Chinese, despite their inability to deliver their end of the […]


Leave a comment