Kronyism Nik Aziz

Realitinya, pemimpin PAS merupakan orang politik yang tidak bertanggung jawab kerana mempunyai naluri untuk tamak kuasa dan harta membatasi kepertanggung jawaban melunaskan amanah yang rakyat. Pemimpin PAS yang selalu mengambil peluang memperkudakan keyakinan orang ramai atas perjuangan mereka yang kunun kunun berlandaskan ‘Al Quran dan Sunnah’ kini sah dikategorikan dalam rumpun  amalan kronyism, terutama menjaga kepentingan sendiri.

Semalam, perlantikan Ariffahmi Abdul Rahman sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan Bhd. (PMBK) menjadi rasmi. Menantu MB Kelantan Nik Aziz Nik Mat ini mengambil alih jawatan agensi pelaburan dan pemangkin pembangunan Kelantan dalam tempoh singkat menjawat COO.

Antara tindakan terawal beliau setelah mengambil alih penuh kuasa eksekutif  ialah mengeluarkan perintah melucutkan jawatan CFO Puan Norizan Yaakob dan diberi tugasan ‘bilik sejuk’ (cold storage). Dipercayai, CEO bertindak demikian untuk menjaga maklumat mengenai kegiatan beliau semasa menjawat COO, terutama berkaitan salah guna kuasa. Kemungkinan, setelah CFO ini dikeluarkan serta merta, CEO bertindak untuk ‘memadamkan’ maklumat. Kuasa hampir mutlak ini juga memungkinkan dana dan pengaruh PMBK sebagai GLC Kelantan dijarah bagi kepentingan pihak tertentu.

PMBK dikatakan memberikan banyak kelebihan peluang perniagaan kepada mereka yang rapat dengan Nik Aziz, termasuk waris Abdul Razak “Pok Jak” Abas.

Jika benar kegiatan semua ini berlaku, maka kepimpinan Nik Aziz sebagai Murshidul Am PAS merupakan sesuatu ‘wayang’ semata mata. Pelawaan Nik Aziz mengundang Perdana Menteri Malaysia IV Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melihat Kelantan dari dekat merupakan sebahagian strategi PR dalam proses untuk ‘memutihkan’ amalan kronysim yang dilakukan.

Hari ini, orang yang secara mudah melacurkan nama Allah s.w.t. sebagai “pun mencarut” dan “boleh berkawan dengan syaitan” terbukti tamak kuasa dan harta.

Published in: on October 8, 2009 at 09:04  Comments (37)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/10/08/kronyism-nik-aziz/trackback/

RSS feed for comments on this post.

37 CommentsLeave a comment

  1. salam,
    kalu betul yang di ceritakan, prove it. Tunjukkan segala data. Jangan sekadar genenral statement. tapi kenapa apabila PRK show the prove of BN punya problem, you people don’t care… jangan hipokrit.

    • tiada tiada angin bertiup, masakan pohon bergoyang

      Cuba jawab ni:-

      Betulke Ariffahmi Abdul Rahman tu
      – CEO PMBK selepas tak lama jadi COO?
      – Menantu MB Kelantan?

      Betulke Puan Norizan Yaakob tu
      – CFO PMBK?

      Betulke Abdul Razak “Pok Jak” Abas tu
      – Ada berniaga dgn PMBK?
      – waris MB?
      – akan lucutkan jawatan atau di “sejuk” kan?

      Ketiga-tiga nama di atas tu nama orang, bukan nama antu. Ada batang tubuhnya.

      Nak memperlekehkan BigDog sikit ni. Sorry la brader!!

      BigDog ni hanya seorang penulis blog. Tak de kuasa nak selongkar ofis CEO, apatah lagi ofis MB nak tunjukkan segala data

      Amacam kalau saudara bawa berita BigDog ni kepada pengetahuan Pok Nik Ajis ke, Ariffahmi ke, Norizan ke, Pok Jak ke – kita kasi mereka chance untuk menjawab tulisan BigDog ni?

      Ini bukan sekadar general statement nampaknya. Kalau tak ada angin, pohon bergoyang jugak.. nampaknya itu kerja antu goyang la tu, sampai org boleh tempelak balik macam kes ni!

      (http://parpukari.blogspot.com/2009/10/nizar-kkk-datin-seri-rosmah-difitnah_08.html)

      Buat general statement, kemudian lari! hehehehee!!!

      Goyang jgn tak goyang!!!

    • tiada tiada angin bertiup, masakan pohon bergoyang

      Cuba jawab ni:-

      Betulke Ariffahmi Abdul Rahman tu
      – CEO PMBK selepas tak lama jadi COO?
      – Menantu MB Kelantan?

      Betulke Puan Norizan Yaakob tu
      – CFO PMBK?
      – akan lucutkan jawatan atau di “sejuk” kan?

      Betulke Abdul Razak “Pok Jak” Abas tu
      – Ada berniaga dgn PMBK?
      – waris MB?

      Ketiga-tiga nama di atas tu nama orang, bukan nama antu. Ada batang tubuhnya.

      Nak memperlekehkan BigDog sikit ni. Sorry la brader!!

      BigDog ni hanya seorang penulis blog. Tak de kuasa nak selongkar ofis CEO, apatah lagi ofis MB nak tunjukkan segala data

      Amacam kalau saudara bawa berita BigDog ni kepada pengetahuan Pok Nik Ajis ke, Ariffahmi ke, Norizan ke, Pok Jak ke – kita kasi mereka chance untuk menjawab tulisan BigDog ni?

      Ini bukan sekadar general statement nampaknya. Kalau tak ada angin, pohon bergoyang jugak.. nampaknya itu kerja antu goyang la tu, sampai org boleh tempelak balik macam kes ni!

      (http://parpukari.blogspot.com/2009/10/nizar-kkk-datin-seri-rosmah-difitnah_08.html)

      Ada orang buat general statement, kemudian lari! lepas tu temberang busuk dia terbongkar!

      hehehehee!!!

      Goyang jgn tak goyang!!!

      (sorryla, ke posting balik sebab yg mula2 tadi ada teknikal sikit..heheheeh)

    • ada SD dari Datu Murad tak caye, in-law jadi CEO tak caya bukti. Lubang pecah pun tak nak caya. Gambar Rosmah kat tempat berbuka puasa ngan anak yatim, pun tak caya. sibuk jaga tepi kain org sampai anak jadi pencuri dan penagih dadah pun tak caya.
      Weiii!! Porahhh!

      • Yang tuduh dan memperaku Anwar “Mat King Leather” Ibrahim ini kaya raya ialah bekas Ketua Pemuda PKR, Lokman Noor Adam dan bukan thoroughbred orang UMNO.

        Laporan The Star:

        Thursday October 8, 2009
        Ex-PKR founder member calls for Anwar probe

        KLANG: A former ally of Datuk Seri Anwar Ibrahim is backing Umno Youth chief Khairy Jamaluddin’s call to investigate allegations that the PKR adviser has RM3bil in cash stashed away.

        Umno Youth exco member Lokman Adam said it was crucial for the investigations to be initiated given that Anwar was currently pro­pagating transparency.

        “He is also promoting good governance and so it is timely for the authorities to investigate him,” said Lokman.

        Khairy issued a media statement on Tuesday, saying that the allegation about Anwar’s RM3bil kept in several master accounts must be probed as a statutory declaration had been made.

        The allegation through the controversial statutory declaration was made by former Bank Negara assistant governor Datuk Abdul Murad Khalid in 1999, which he later retracted.

        Abdul Murad, who alleged that Anwar had money totalling RM3bil, had later retracted the statutory declaration for unknown reasons.

        Anwar had denied the allegation in 1999.

        Khairy had also said Umno Youth would be lodging a police report regarding the matter.

        Lokman, a former PKR founding member and party youth secretary, alleged that Anwar had never practised what he has been preaching now.

        “He is saying there should no longer be any direct negotiations and contracts must all be awarded through open tenders, but when Anwar was finance minister, he awarded 15 contractors jobs valued at RM1bil each.

        “This fact was revealed by none other than one of his former confidantes, Ezam Mohd Nor,” Lokman claimed.

        He also alleged Abdul Murad, who was a close friend of Anwar, must have made the statutory declaration due to some dissatisfaction but retracted it after the issue between them had been settled.

        Meanwhile, former MIC Youth chief S. A. Vigneswaran lodged a police report in Putrajaya yesterday over Anwar’s alleged RM3bil.

        ***********

        Bagaimana seorang yang menjawat Menteri Kewangan selama 7 tahun dan TPM selama 5 tahun boleh mengumpul sebegitu banyak harta dan kemewahan?

        Ini merupakan amalan kronyism dan salah guna kuasa paling kronik dalam sejarah negara.

  2. Yang saya tak boleh faham kenapa sa orang Tok Guru, Murshidur dan sebagai nya membuat penyelewengan, mengeluarkan kata kata “Pergi jahanam UMNO” dan lain2.

    Memang lah orang parti lain pun ada buat saperti itu tapi mereka tidak mengaku mereka alim ulamak dan saperti nya. Kalau tak mahu, atau tak sanggup, atau tak dapat kawal tindak tanduk yang menigikut ajaran Islam sapenuh nya, jangan lah guna nama Parti Islam. Keluar dari parti itu atau keluarkan ususl supaya parti itu tukar nama.

    Macam mana pemuda pemudi sekarang nak hormatkan pemimpin atau ikut lunas2 yang baik kalau pemimpin yang mengaku Tok Guru dan Murshidur pun sudah menyeleweng dan kasar bahasa? Padan lah ada yang ikut baring di atas jalan, menghalang jalan kereta Raja Muda Perak tak berapa lama dahulu.

    • N.Ajis bukan ulamak la, dia seorang politikus. Ada faham?

  3. Kalau tak ada perkatan “isla” dalam parti keparat ini payah orang nak sokong. Betullah kata tuan, “isla” sedang dilacurkan.

    mohamed

  4. Setiap fitnah yg dilakukan oleh PAS kini dah terpalit ke muka mereka sendiri , Nik Ajis dan pengikut PAS ibarat meludah kahak kelangit dan kahak hijau terpalit kemukanya sendiri .

    Rasuah dan Nepotisme nampaknya sudah mula dihalalkan PAS bila mendapat kuasa , orang beginikah yg seringkali mempertikaikan tentang iman orang lain ??? sungguh dajal !

  5. Definitely appointing one’s in law into an important position is cronyism. No wonder Tok Guru wants Tun Badawi to remain as PM; the senile old man has an excellent example to follow in rewarding family members and extended family members with positions and benefit. With all his religious bragging and liberal interpretation, Tok Guru is clearly displaying his true self –inability to control his nafs.

    Bigdogcom, this is indeed a good story to follow through in exposing one big dark side of Tok Guru whom his staunch followers are blinded to see. Indeed the clothes Tok Guru wore in appearing to live a simple life, is much tainted with plastic money – he is just like “those naked men who are able to built tall high buildings”. I wonder what is meant by “the deepest of hell are reserved for those so called religious men”; perhaps the PAS leadership has their own unique interpretation when these so-called religious zealots “sold their religion to DAP and non Muslims” for power and greed.

    It is good intention followed by action; recent PAS top leadership’s many actions in politicking failed to demonstrate good intentions rendering them sheer digression and what fateful poor lost souls they are. Don’t be strange unholy bedfellows; return to basics before it is too late, there’s a limit to religious polemics.

    • bukan setakat nik aziz je,karpal singh pun sayang tun dollah.hahaha.
      kalau cakap besar,rasuah,fitnah orang dan lacurkan agama macam ni,sekejap je tuhan balas.yang seramnya,balasan tuhan ni bukan untuk mereka sahaja,kita2 yg kat bawah ni pun kena sama.UMNO dan PAS perlu berubah.PKR tu sebab ada rear admiral(laksamana belakang) saja depa kuat.padam org tua tu,berterabur la semua nanti.dah nama pun parti kumpulan reject.

      ehh,baru perasan la.karpal singh mana p?xdengar kabar pun?tenggelam dah kot?

  6. kronisme ni bukan perkara biasa ker? bukan ke semua pemimpin malaysia mengamalkannya. Ngape, x bole ke? ala, kalu x bole ni mesti sebab bukan korang yang jadi kroni nye… kalu bigdog jadi kroni pun mesti tak kisah kan..kan kan kan kan kan kan kan kan…….

    • Aduh kesiannya . Jangan lupa baca tentang Nepotisme dan Rasuah yg dilaungkan oleh PAS/PKR dan juga DAPigs sebelum ni . Jangan hipokrit kawan !!!

      Nampaknya engkau sebolehnya nak halalkan Nepotisme yg diamalkan oleh Pakatan Rasuah . Bagaimana dengan laungan mereka sebelum ini , Nampaknya Pakatan Rasuah ni lagi teruk .. Janganlah anda menjadi penjilat ludah-ludah Nik Ajis , Lim Kit Siang dan Anwar tu , jijik tau !!!

    • Hahahaha… semua pemimpin malaysia, termasuk la pakatan rakyat dan segerombolannya. Bila dia kata orang lain salah, dan dia buat salah yang sama kata itu betul, tak tau la. Parti yang bertopengkan islam, nih la dia. Buat la salah mcmana pun, pak sheikh kata betul, jadilah dia betul. Pak sheikh kata syurga maka yakinlah mereka semua tu masuk syurga.

  7. Bermula COO jadi CEO pula
    Agaknya hebat prestasi ada
    Ditokok tangan amat kuasa
    Jika cepatnaik luar biasa

    Nik Aziz teramat istimewa
    Memiliki jeket digunasama
    Dalam politik, luar agama
    Ubahsuai pejam celek mata

    Yang malas fikir seketika
    Tokok peminat totok setia
    Nik Aziz kata, pasti caya
    Persoalannya hingga bila

  8. Tuan,

    Sorry off topic.
    Org Putih biarkan saje mamat ni demo ‘hunger strike’ tapi ….
    http://www.dailymail.co.uk/news/article-1219112/Hunger-strikers-7m-Big-Mac-Tamil-cost-London-fortune-policing-sneaking-fast-food.html#comments

  9. CEO BARU PMBK KENA JAWAB TU …… APA SBB CFO DI LUCUTKAN DARI JAWATAN.ADA UDANG SEBALIK MEE KE?KE TAKUTR BAYANG2 SENDIRI .KATANYA BARU SETAHUN JAGUNG DAH JADI CEO , NAK URUS BISNES PUN TAK RETI LAGI …

  10. […] 4. MB Kelantan Nik Aziz memberikan kroni konsessi balak dan melantik menantu sendiri sebagai CEO PMBK […]

  11. Macam mana Menteri Besar boleh lantik menantu menjadi CEO? Walaupun ada kelayakan akademik, tapi tiada pengalaman korporat. Hanya sebagai ketua sektor hartanah (itu pun apa yang telah dia realisasikan?) sebelum di angkat menjadi COO. Menggunakan mother in law untuk dapatkan jawatan sekarang. CEO ni depan mertua, pijak semut tak mati, alim dan warak, tapi dengan staff macam singa lapar. Kalu yang berani bertanya, bersedialah untuk di cold storage macam Norizan. Mungkin ada lagi yang akan menerima nasib seperti Norizan kerana dengarnya dia mengamok selepas mendengar ada desus2 yang mempertikaikan kenaikkan nya ke jawatan CEO kerana adanya kes2 salah guna kuasa untuk kepentingan diri. Tetapi, sayangnya, mertua terlalu sayamgkan menantu hingga tak ingin mendengar atau mengambil tahu hal PMBK di mana kuasa eksekutif terletak di tangan mentua.

  12. saya pernah dengar nik ajis berfatwa’ dalam islam nepostime dan kronisme dibenarkan. tak percaya katanya, semaklah hubungan antara Rasullullah dengan Abu Bakar Asssiddiq, Umar Al-Khatab, Ali Abi Talib dll. Itulah katanya. fikir-fikirkan………….

  13. PM Imam samudra, yang jerit sana sini nepostime dan kronisme tak betul kan PEMBANGKANG walaupun mereka tak serupa bikin ..cuba tengok dengan jelas sekali anak berana dalam PKR dan DAP tapi gitulah apa yang PAKATAN buat semua HALAL dan DEMOKRASI tapi bila BN buat maknanya ZALIM ….

  14. Biasale, kitakan sedang perang secara siasah….musuh PR (UBN) kami akan sebut zalim, kawan PR, (PKR/DAP/PAS) kami akan sebut pembela keadilan.

    Dalam peperangan, kita mesti membunuh musuh, jika tidak mahu membunuh, kita pasti dibunuh oleh musuh.

    Pelik ke…

  15. woi anjing gemuk…MACC pun tgh siasat lagi ko pandai2 buat assumption…tunggula dulu hasil siasatan MACC selesai dulu…ni tak..pandai2 buat fitnah…at least tuk guru selalu jadik imam mase solat…bagi ceramah agama selain dr jadik pemimpin negeri…menyeimbangkan antara dunia dan akhirat…ko?UMNO?chedet?…jgn ingat UMNO x main kroni…mahathir pujaan ko pun selalu gak main kroni…cermin diri tu dulu sebelum pandai2 nak fitnah orang lain…ingat…ada di kalangan orang2 melayu terkaya kt malaysia ni anak menteri2 ataupun ada kaitan dgn menteri2 ciptaan UMNO…tu bukan ke kroni namanya?jadik pemimpin utk sekadar isi kocek poket sendiri…tuk guru rumah kecik je tau…nak bandingkan dgn rumah2 org UMNO…

    • Tiada bandingan langsung.

      Tun Dr. Mahathir semasa menjadi PM selama 22 1/3 tidak pernah mengangkat anak-menantu ke apa apa jawatan (yg melibatkan Kerajaan, GLC dan/atau parti).

      Juga tidak Tun Hussein Onn, Tun Abdul Razak dan Tunku Abdul Rahman Putra.

      Siapa Nik Abduh dan Nik Adli senario sosio-politik Kelantan hari ini. Nik Aziz hari ini tiada beza dengan Lim Kit Siang-Lim Guan Eng, Anwar “Mat King Leather” Ibrahim-Wan Azizah-Nurul Izzah, Karpal Singh-Gobind Singh Deo dan paling ketara, Lee Kuan Yew-Brig. Gen. (NS) Lee Hsien Loong-Brig. Gen. (NS) Lee Hsien Yang!

  16. […] Kelantan GLC now headed by Nik Aziz’s son-in-law Ariffahmi Abdul Rahman. It was said the cronyism practices within PMBK is making Kelantanese very […]

  17. cubaan untuk memburukkan pas kerana kecewa dalam pru ….. nak samakan pas dgn kedajalan amno…. bandingkan la… kehidupan bekas2 pemimpin amno dgn nik aziz….. lu pikir la sendiri….. mau pakai otak kat kepala atas bukan kepala lutut.

  18. […] by TH Travel Sdn. Bhd. Accepting the offer should be classified as a bribe. However controversial Perbadanan Menteri Besar Kelantan Bhd. CEO Ariffahmi Abdul Rahman, who is also Nik Aziz’s son-in-law says it is was not wrong for the latter to accept the […]

  19. […] kerana menantu kesayangan beliau, CEO PMBK Ir. Ariffahmi Abdul Rahman ialah seorang ahli UMNO.  Beliau yang bernombor keahlian 02666057 merupakan ahli berdaftar […]

  20. […] came in a heated controversy after the MACC started to ‘pay visits’ to PMBK after the ‘irregularities’ were first highlighted by us here at […]

  21. […] Ir Ariffahmi Abdul Rahman as CEO of state owned GLC Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) and abused that position for personal reasons and ‘irregularities’, things have not been to well for the PAS Spiritual Leader. After he was exposed of accepting a […]

  22. […] Nik Aziz. 2009 saw the cronysim and nepotism of the PAS Spiritual Leader and longest Opposition Chief Executive, which drew a lot […]

  23. […] Isu kronyism MB Besar Kelantan Nik Aziz melantik dan mempertahankan menantu Ir. Ariffahmi A. Rahman (ini termasuk siasatan kes […]

  24. SPRM Kelantan sudah habis siasat ke kes ARiffahmi?
    Tak dengar apa2 berita pun. Bagaimana perkembangannya?
    Atau pun SPRM tak jumpa apa2 bukti kerana dah di delete atau dah dishredded musnah!

  25. […] juga yang mula mula sekali memaparkan kronyism MB Kelantan Nik Aziz Nik Mat melantik menantu beliau Ariffahmi Abdul Rahman ke jawatan CEO Perbadanan Menteri Besar […]

  26. […] Salah satu isu rasuah (salahguna kuasa) kontroversi 2009 ialah kes CEO PMBK Ariffahmi Abdul Rahman. […]

  27. […] sistem ‘nepotism dan kroni’ apabila MB Kelantan dan Murshidul Am PAS Dato’ Nik Aziz Nik Mat melantik menantunya sendiri untuk menduduki jawatan CEO di Perbadangan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dua Syawal yang lepas. Pendedahan kami ini […]


Leave a comment