Memperingati Sabra dan Shatila

Dua puluh lapan tahun lepas langit Beirut menyaksikan satu pembunuhan kejam keatas penduduk awam pelarian Palestin  yang merangkumi wanita, anak kecil dan orang tua tidak bersenjata (non combatants). Walaupun jumlah mereka yang terbunuh masih gagal disahkan, namun menurut seorang wartawan akhbar British The Independent yang amat dihormati Robert Fisk telah menganggarkan 2,000 nyawa awam pelarian Palestin telah terkorban.

Pengganas militia Arab Kristian Phalangist lengkap bersenjata telah dibenar dan galakkan oleh pasukan tentera ganas Zionis Israel (Israeli Defense Force) masuk ke kawasan khemah pelarian Palestin Sabra dan Shatila dipinggir Barat bandaraya Beirut dan melakukan pembunuhan kejam menyeluruh (genocide) . Asas pembunuhan ini ialah balas dendam.

Tentera ganas Zionis IDF menggunakan kesempatan kemarahan Arab Kristian Lubnan atas pembunuhan Presiden Lubnan Bashir Gemayel pada 14 September 1982 untuk masuk dan menakluki Beirut Barat, walaupun Israel mempunyai perjanjian dengan Amerika Syarikat. Pergerak taktikal telah berlaku dengan amat cepat. Pada 15 September 1982, IDF telah mengepung khemah pelarian tersebut dan mengambil tempat tempat strategik. Ini termasuk bangunan tinggi dan bertujuan untuk memerhati secara dekat operasi ketenteraan yang bakal dilakukan.

Sejurus kemudian mereka mula membedil kedua dua khemah tersebut. Dalam masa yang sama, mereka menghasut pihak militia Arab Kristian Lubnan, Phalangist, bahawa pembunuhan Gemayel dilakukan oleh pejuang PLO dan antara mereka berada dalam khemah Sabra dan Shatila. Kumpulan militia yang tengah marah meluap luap ini, telah dikerahkan masuk ke dalam khemah pelarian Sabra dan Shatila dan mereka mula menembak membabi buta.

Tentera ganas Yahudi Zionis IDF telah mengepung semua pintu keluar sambil terus membedil dari luar dan untuk menentuka militia Phalangist mampu bergerak dalam keadaan gelap, menembak flare ke udara langit Sabra dan Shatila. Ini berterusan berlaku untuk selama 36 hingga 48 jam.

Kenyataan seorang saksi pembunuhan kejam ini:

Siasatan kemudian menunjukan pembunuhan Gemayel bukanlah angkara pejuang PLO tetapi pasukan perisik Syria. Operasi taktikal IDF ini membuktikan jelas niat jahat Yahudi Zionis untuk membunuh orang Palestin. Dr Ang Swee Chai yang menjadi saksi pembunuhan kejam ini amat yakin militia Phalangist yang dilatih dan dipersenjatakan oleh IDF merupakan ‘tali barut’ Yahudi Zionis untuk menghancurkan warga Palestin sekitar Beirut dan peluang ini terbuka apabila Gemayel dibunuh dalam serangan bom, beberapa hari selepas dilantik sebagai Presiden Lubnan.

Keganasan ini membuktikan Yahudi Zionis Israel merupakan bangsa yang mempunyai sifat dendam kebinatangan yang memuncak. Seluruh dunia berkabung atas pembunuhan kejam keatas pelarian Palestin yang terdiri dari wanita, kanak kanak dan orang tua ini. Namun tiada apa apa tindakan yang dimabil kerana kuasa veto Amerika Syarikat dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, walaupun Persidangan Agung PBB (United Nations General Assembly) mengundi tindakan ganas ini disifatkan sebagai ‘pembunuhan kejam’ (genocide).

Menteri Pertahanan Israel pada masa itu Ariel Sharon tidak diambil apa apa tindakan oleh Perdana Menteri Israel Menachem Begin. Beliau kekal dalam Kabinet Israel sebagai Menteri Tidak Berpotfolio setelah tekanan rakyat Israel mengenai pembunuhan kejam ini dipaparkan media dan akhirnya berjaya diangkat sebagai Perdana Menteri Israel antara 2001 dan 2006.

Beberapa wartawan antarabangsa seperti William A. Cook dan Franklin Lamb mengambil peluang ini untuk memperingati peristiwa berdarah dan sejarah hitam pembunuhan kejam Sabra dan Shatila ini. Keganasan tentera Yahudi Zionis IDF keatas warga Palestin yang hidup dalam buangan tidak berakhir dengan peristiwa ini, malah berterusan dan dipertingkatkan walaupun kecaman hebat masyarakat antarabangsa. Paling terbaru ialah warga Palestin di Gaza semenjak tiga tahun lepas, termasuk pengeboman harian kawasan penduduk awam dan dinafikan pertolongan dari masyarakat antarabangsa.

Allahyarham Zubir Ali telah merakamkan kesedihan masyarakat Malaysia atas peristiwa ini dengan lagu yang menyayat hati “Balada seorang gadis kecil”:

Mari kita sama sama menghadiahkan Al Fatihah kepada seluruh warga Palestin yang selama 62 tahun diganasi Yahudi Zionis yang kejam.

Published in: on September 17, 2010 at 02:15  Comments (5)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/09/17/memperingati-sabra-dan-shatila/trackback/

RSS feed for comments on this post.

5 CommentsLeave a comment

  1. While I sympathize with the Palestine cause but that has nothing to do with the religion. For whatever silly reasons that may be, both the Jews and the Arabs have been fighting for many donkey years before Islam and Christianity actually came into existence.

    So why are some people so emotional over nothing.

  2. The Jews and Arabs are descendants of Araham. They are brothers at the beginning. I wonder what God will do tho these brothers who are killing each others in His name?

  3. stop the hatred towards Jews and fighting will stop.

    The problem is Moslems hate Jews because they rejected to convert into Islam. And moslems want to occupy the Holy Lands of the Jews in Jerusalem.

    I support underdogs… few million Jews bullied by 1 billion moslems…

    Dont be hypocrites when you Jew haters go drink in Starbucks, watch Steven spielbergs Jurassic park, ET…, use all Jews inventions but yet condemn Jews…

  4. Pembunuhan atlit Olypics Israel olen pengganas Palestine masa Olympics Munich pulak ape citer?? X Ganas ker Palestine ini???

  5. […] bacaan lanjut https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/09/17/memperingati-sabra-dan-shatila/ […]


Leave a comment