Gunting dalam lipatan makin bisa

Dalam usaha untuk mengagalkan rancangan penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) yang dipercayai dilakukan dari dalam oleh gerombolan yang diketuai Pengarah Besar FELDA Dato’ Dzulkilfli A Wahab, kini ianya bergerak setahap lagi. Personaliti lain dilibatkan sama dalam ‘rampasan kuasa’ (coup d’etat) yang licik ini.

Difahamkan Dzulkilfli kini bersekongkol dengan Mantan Pengerusi FELDA Tan Sri Dr Yusof Nor dan Pengerusi Gabungan Generasi Felda Wawasan Tan Sri Rozali Ismail, untuk menghalang penyenarian FGVH yang melibatkan Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad.

Sebelum ini, usaha untuk mengagalkan penyenaraian dengan menghalang Isa dilantik sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan FELDA (KPF) termasuk mesyuarat Lembaga Pengarah (BOD) KPF pada 28 Oktober dimana Isa telah dilucutkan dari keahlian KPF. Walaubagaimanapun, Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah membatalkan keputusan BOD KPF tersebut dalam sebuah tribunal.

Mesyuarat kecil kecilan secara sembunyi ketua ketua peneroka untuk menentang penyenaraian sebagaimana yang dirancang Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak dimana Isa dilantik sebagai Pengerusi FGVH masih berterusan.

Ini semua akan melengahkan proses penyenaraian FGVH yang dijangkakan Mac atau April 2012, sebagaimana yang diumumkan PM Najib dalam Ucapan Bajet 2012 pada 7 Oktober. 112,635 orang peneroka FELDA juga akan lambat menerima ‘durian runtuh’ mereka, sebagaimana diumumkan dalam ucapan itu.

Published in: on December 9, 2011 at 12:37  Comments (7)  

Gunting dalam lipatan

Sudah terbukti. Walaupun berkali kali penafian dibuat dan malah menegaskan bawah beliau “Akur dengan keputusan dan akan berusaha untuk melaksanakanya, termasuk mempercepatkan proses”, musuh dalam selimut sebenar telah dikenal pasti.

Pada mesyuarat Lembaga Pengarah Koperasi Permodalan FELDA 28 Oktober 2011 di Kuala Lumpur yang telah dibuka oleh Pengerusi KPF Dato’ Dzulkifli Wahab, empat ahli telah di’gugur’kan iaitu Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad, Mantan Pengerusi FELDA Tan Sri Dr Yusoff Nor, Presiden FELDA Global Ventures dan Pengarah Urusan FELDA Holdings Bhd. Dato’ Seri Sabri Ahmad dan Mantan Pengarah Urusan FELDA Holdings Bhd. Dato’ Seri Mohd. Bakke Salleh.

Ini bermakna, Lembaga Pengarah KPF bawah Pengerusinya Dzulkifli telah mengagalkan rancangan asal Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak untuk memberikan hasil dari keuntungan semua perniagaan Kumpulan FELDA terus kepada peneroka melalui pelaburan KPF yang akan diaggregatkan di bawah FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) yang akan diapungkan di Bursa Malaysia seawal April 2012. Sebahagian dari rancangan itu ialah melantik Pengerusi FELDA Isa sebagai Pengerusi KPF dan seterusnya menjadi Pengerusi FELDA Global Ventures Holdings apabila KPF akan memegang 35% dari pegagangan FGVH.

Kemesraan antara Pengarah Besar FELDA dengan Pengerusi FELDA memberikan illustrasi kesefahaman dan kerjasama erat antara pembuat dasar dan pelaksana

KPF telah memaklumkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan surat bertarikh 31 Oktober bahawa Isa dan tiga lain itu di’gugur’kan dari keahlian KPF mereka pada mesyuarat Lembaga Pengarah KPF pada 28 Oktober. Ini bermakna Isa secara automatiknya tidak akan boleh dilantik sebagai Pengerusi KPF walaupun dengan kuasa kuasa khas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Pengguna bawah pengecualian Seksyen 87 Akta Koperasi 1993.Dipercayai Dzulkifli yang juga Pengarah Besar Lembaga FELDA mahu kekal sebagai Pengerusi KPF atas kepentingan peribadi. Beliau dalam kapasiti Pengerusi FELDA menduduki Lembaga Pengarah 34 buah syarikat Kumpulan FELDA termasuk anak syarikat KPF dan dibayar RM 600,000 sebagai yuran pengarah dan gaji dan elaun mesyuarat hampir RM 100,000 setahun, disamping gaji sebagai Pegawai Kerajaaan Staff 1. Ini bermakna, beliau meraih hampir RM 1 juta dari kedudukan ini dan ini tidak termasuk kepentingan lain seperti motorkar, perjalanan luar negara yang berbayar dan sebagainya.

Duzlkifli jelas telah berdusta kepada wakil wakil peneroka dalam siri ‘Road Show’ bersama Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad dan Pengarah Urusan FELDA Holdings Bhd. Dato’ Seri Sabri Ahmad di Kuantan (26 Oktober), Kuala Terengganu (27 Oktober), Melaka (29 Oktober), Trolak (31 Oktober) dan akhir sekali di Kuala Pilah pada 12 November bahwa beliau amat menyokong penuh plan penyenaraian FGVH. Ini termasuk akur kepada keputusan Lembaga FELDA agar arahan Perdana Menteri bahawa jawatan Pengerusi KPF dilepaskan dan Isa dilantik, sebagai menepati program ‘peralihan kuasa’ dan menentukan urus tadbir korporat sebagai gerak-kerja pra-penyenaraian.

Pengarah Besar Lembaga FELDA Dato' Seri Dzulkifli Wahab, Pengerusi Lembaga FELDA Tan Sri Isa Samad dan CEO FGVH Dato' Seri Sabri Ahmad semasa sidang media

Lembaga FELDA dalam mesyuarat pada 25 Ogos memutuskan agar Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad dilantik sebagai Pengerusi KPF. Ini adalah arahan Perdana Menteri, yang juga Menteri yang bertanggung jawab keatas FELDA.

Dalam ucapan di Kuala Pilah juga beliau menegaskan “Tiada ‘rampasan kuasa’ berlaku” dan “Menjadi tanggung jawab saya untuk mempercepatkan proses (penyenaraian FGVH termasuk ‘peralihan kuasa’ Pengerusi KPF)”. Namun apa yang sebenarnya berlaku ialah beliau mengkhianati amanah dan janji kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak dalam gerak-kerja penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings, yang mahukan semua perniagaan Kumpulan FELDA diaggregatkan sekali untuk diapungkan dan apa apa kebaikan termasuk keuntungan dari syarikat konglomerat berasaskan pertanian ini disalurkan kepada 112,635 melalui pegangan 35% kepentingan mereka dalam FGVH.

The Icon, Jalan Tun Razak

Difahamkan, Dzulkifli bukan sahaja mempertahankan kedudukan imbuhan yang beliau dapat secara langsung sebagai ahli Lembaga Pengarah 34 syarikat Kumpulan FELDA itu semata mata. Ada kemungkinan beliau mempertahankan apa apa keputusan yang dibuat oleh Lembaga KPF, yang sebenarnya tidak menguntungkan KPF pada jangkamasa panjang. Ini termasuk pelaburan KPF dalam menara The Icon di Jalan Tun Razak, yang difahamkan bernilai RM 400 juta untuk keluasan 500,000 kaki persegi dalam bangunan pejabat yang rata rata kosong itu.

Mereka yang membuat keputusan untuk pelaburan ini bukanlah mereka yang arif dalam perniagaan. Jauh lagi, jika ianya melibatkan pelaburan hartanah bernilai tinggi, terutama dalam kawasan mewah dan kommersial. Tidak dinafikan mungkin ada pihak yang berkepentingan meraih keuntungan peribadi dari pelaburan ini, terutama apabila sudah terbukti ianya amat sukar untuk dipasarkan sebagai ruang untuk disewa.

Siri penerangan pegawai pegawai Lembaga FELDA sebenarnya patut menerangkan dengan jelas kepada warga FELDA terutama peneroka:

1. Tanah milik peneroka tidak terjejas dalam penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings. Hanya tanah FELDA Plantations yang akan dipajak (dengan persetujuan Kerajaan Kerajaan Negeri tertentu)

2. Nilai pegangan KPF dalam FGV bernilai 15% dari nilai aggregat keseluruhan penyatuan FELDA Holdings Bhd dan FELDA Global Ventures, pra-penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings. Selepas penyenaraian, KPF akan mendapat pegangan nilai 35% dari keseluruhan asset FELDA Global Ventures Holdings yanga kan di’bebas-kunci’kan (unlocked value)

3. Yang akan diapungkan hanyalah saham saham FGVH. Manakala KPF hanyalah pelabur pemegang terbesar dalam FGVH. Ianya sama seperti ASNB merupakan pemegang saham terbesar dalam Maybank atau Sime Darby dimana syarikat gergasi ini diapung dalam Bursa Malaysia dan diuruskan oleh pengurus professional dan dikenakan urus tadbir korporat, sesuai dengan kehendak dan amalan pasaran. Saham syer KPF hanyalah boleh dibeli sebagaimana disyaratkan oleh piagam koperasi itu dan tertakluk bawah Akta Koperasi

4. Lembaga FELDA sebagai agensi Kerajaan Persekutuan dalam agenda membangun sosio ekonomi dan kommuniti masyarakat tanah rancangan FELDA dan fasilitator dan ko-ordinator segala projek dalam semua 317 tanah rancangan dibawah FELDA akan kekal diteruskan, sebagaimana 55 tahun sebelum ini.

Kegagalan memberikan penerangan ini secara jelas sehinggga masyarakat FELDA terkeliru dan merasa tertipu dan marah atas gerak-kerja penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings sehingga Laporan Polis dibuat, wajar dilihat sebagai tindakan secara langsung segelintir pegawai Lembaga FELDA untuk mensabotaj rancangan strategik Perdana Menteri bagi menentukan masyarakat FELDA akan beroleh keuntungan berterusan jangka panjang, melalui pelaburan yang progressif KPF dalam FGVH.

Bagi masyarakat peneroka, mereka wajar merasakan diri mereka dikhianati.

Published in: on November 18, 2011 at 16:00  Comments (24)  

Sandiwara ‘musuh dalam selimut’ berterusan

Pengarah Besar FELDA Dato' Dzulkifli Wahab berucap di Kuala Pilah, 12 Nov 2011

Setelah dikenal pasti bahawa ‘gunting dalam lipatan’ yang menjadi ketua segala ‘pengganas halus’ untuk mengagalkan rancangan  Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak untuk menyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) seawal Mac/April 2012 sebagaimana yang diumumkan dalam Ucapan Bajet 2012 pada 7 Oktober, tindakan tegas telah diambil kepada Ketua segala ‘pengganas halus’ ini. Pada 9 Disember, Dato’ Dzulkilfli Abdul Wahab telah menerima surat arahan agar beliau beructi belajar selama lapan bulan dan berkuat kuasa serta merta.

Walaubagaimanapun, ‘keganasan’ kumpulan dalam Lembaga FELDA untuk mengagalkan rancangan penyenaraian FGVH ini. Hari ini, satu demonstrasi akan dianjurkan dihadapan Wisma FELDA, oleh Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaaan (ANAK) yang diketuai warga generasi kedua FELDA yang pro-Pembangkang Mazlan Aliman. Dipercayai ianya bertujuan untuk menghnatar memorandum menyokong Duzlkilfli.

Apa yang menghairankan ialah samada Mazlan dan ANAK selama ini tidak pernah mengambil tindakan menyokong apa apa keputuasan FELDA. Sebaliknya, mereka berterusan mengadakan pelbagai demonstrasi dan menghantar memorandum, termasuk menganjurkan sidang media untuk menghentam FELDA. Mereka juga menuntut agar tanah FELDA Plantations diagih agihkan kepada anak anak negerasi kedua dan ketiga FELDA. Untuk Mazlan dan ANAK tampil kehadapan menyokong Dzulkilfli merupakan satu tindakan yang amat diragukan dan ianya brsifat lebih kepada sandiwara politik semata mata.

Mazlan Aliman: Pengkhianat FELDA

Dipercayai demonstrasi hari ini telah dirancang dan gerakkan secara strategik oleh pendukung pendukung kuat Dzulkifli; Pengawai Khas kepada Pengerah Besar FELDA Dato’ Ramli Ismail, Timbalan Pengarah Besar Abdin Abdul Rahman, Pengarah Kommuniti Mohamad Ibrahim dan Timbalan Pengarah Innovasi dan Pembangunan Generasi Baru Hamimah Ismail.

Sebelum ini, Dzulkifli dan wakil wakil beliau telah secara konsisten menghasut ketua ketua peneroka untuk menentang program penyenaraian FGVH yang sebagaimana dirancang oleh Perdana Menteri ini. Ini termasuk menganjurkan mesyuarat secara senya senyap dan memberikan ‘hadiah’ kepada pemimpin pemimpin peneroka.

Nampaknya, sebagai warga kakitangan Kerajaan yang bertugas dalam agensi pembangun masyarakat luar bandar FELDA dan fasilatator kepada semua program kemajuan 317 tanah rancangan seluruh negara, Dzulkifli tergamak bekerjasama dengan mereka yang menjadi agen Pembangkang dalam FELDA semata mata ketamakan kepentingan peribadi semata mata.

Kini timbul pula ura ura bahawa Dzulkifli akan bertanding dalam PRU 13 akan datang dibawah panji Pembangkang di DUN Rantau dan sekiranya menang, akan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Jika khabar ini benar, maka ianya membuktikan jelas kerakusan Dzulkifli untuk mempertahankan kepentingan diri sendiri, terutama pendapatan sebagai ahli Lembaga Pengarah 34 anak syarikat Kumpulan FELDA yang memberikan beliau pendapatan RM 700,000 setahun. Mungkin juga, beliau ingin mempertahankan salah laku dan salah guna kuasa yang membawa kepentingan peribadi apabila sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan FELDA, telah membuat ‘urusan luar parameter’ dalam kontrak kontrak yang diberikan kepada kontraktor gerak kerja tanah dan penanaman semula.

Tindakan ini semua akan merugikan warga FELDA terutama 112,635 orang peneroka dalam jangkamasa terdekat dan juga strategik. Mereka ini wajar disifatkan sebagai ‘Pengkhianat Bangsa Melayu’.

Published in: on December 13, 2011 at 11:30  Comments (12)  

Systemic Failure (Part II): The forty thieves

In addendum to our earlier posting of ‘Systemic Failure’, some new information just surfaced here in this blog as a comment and we would like to share it with some of our avid readers. It seems that Prime Minister Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak not only has been hoodwinked by his strategic advisers, some of the ‘War Room’ senior members have been ‘plundering and pillaging the wealth of Baghdad’.

Ini surat saya kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM

Assalammualaikum Ketua Pesuruhjaya SPRM Saya adalah kakitangan ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD. Bos saya Azman Awaldin bersama rakan kongsi dia Jacqualine dan seorang lagi rakan mereka telah mendapat kontrak percetakan manifesto BN untuk PRU13 yang lalu.

Tidak ada apa apa yang pelik kalau mana-mana syarikat dapat kontrak secara telus tetapi cuba Tan Sri bayangkan, YAB Dato Sri Perdana Menteri telah bersetuju untuk memberikan kontrak percetakan manifesto BN ini kepada Utusan. Logiknya lah kerana Utusan merupakan UMNO linked company dan PM dengan kemuliaan hatinya nak tolong Utusan sebab Utusan ini bukan untung sangat pun. Tetapi apa yang terjadi, syarikat tempat saya kerja ini di handpicked directly oleh Dato’ Raof dan kuncu-kuncunya seperti Dr. Zuraidi Ishak dan Sdra Nor Azwan Aziz dari Ibu Pejabat UMNO dan menyerahkan kontrak percetakan manifesto BN ini kepada ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD.

Bukan setakat itu sahaja, Dato Khalid mantan ketua pengarang Utusan Melayu yang sekarang ini merupakan pengarah Kumpulan Komunikasi Nasional atau NCT yang bertanggung jawab sepenuhnya dalam hal ehwal media Perdana Menteri juga telah terlibat sama merencanakan pemberian kontrak ini kepada ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD. Dan di pejabat PM pula Dato’ Sri Farid Ridwan juga berperanan menyakinkan pihak-pihak yang terlibat dalam sandiwara ini. Barang tentu, Utusan akan mempercayai kata-kata mereka ini yang semuanya berada rapat di inner circle PM dan apa yang mereka kata, pastinya pihak UTUSAN mempercayainya sebagai kata-kata PM.

Maka terjadilah sandiwara buku manifesto BN ini.

Saya hanya menyedari perkara ini kerana baru baru ini saya diminta oleh bos saya untuk menyiapkan tutntutan sebanyak hampir RM 90 juta kerana kerja-kerja mencetak manifesto BN untuk PRU13 lalu. Setahu saya, syarikat kami tidak ada lessen percetakan yang diluluskan oleh KDN.

ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD. menuntut sebanyak RM12.83/naskah x 7 juta naskah yang dicetak.

Sedangkan, apa yang dibayar kepada Utusan hanyalah RM1.17/naskah x 7 juta naskah yang hanya berjumlah tidak sampai pun RM10 juta. Seperkara lagi, berapalah sangat gaji sebagai pengurus atau pengarah bahagian di ibu pejabat UMNO sehinggakan konco-konco Dato’ Raof ini berupaya membeli rumah tunai dan renovate rumah mereka dengan jumlah tiga kali ganda harga rumah berkenaan. Sila dapatkan maklumat mengenai rumah Dr. Ruzaidi Isyak dan Nor Azwan Ali. Apa kah mereka-mereka ini tidak tertakluk dengan perintah pengistiharaan harta.

Soalan saya,

1. Kenapa ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD mendapat kontrak tersebut tanpa pun ada lesen percetakan seperti yang ditetapkan oleh KDN?

2. Mengapa Utusan tidak dapat kontrak berkenaan secara direct dari UMNO?

3. Siapa sebenarnya di belakang ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD sehingga berlaku pengkhianatan terhadap Perdana Menteri ke tahap ini?

4. Siapa yang mendapat habuan lebihan RM80 juta itu Ini satu pengkhianatan terhadap YAB Perdana Menteri. Mereka yang sangat-sangat dipercayai sudah menjadi “harapkan pagar, pagar makan padi’.

Ini mesti dihapuskan kerana mereka semua ini adalah gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut. Surat ini dihantar dengan hasrat supaya satu siasatan oleh SPRM dilakukan dan Tan Sri juga mesti melaporkan hal ini kepada YAB PM. Semua penasihat beliau tidak ubah seperti penasihat 25% dalam cerita P. Ramlee yang akhirnya membawa kepada kehancuran dan kemusnahan. Sekian, terima kasih

HAMBA ALLAH YANG PRIHATIN DAN ANTI RASUAH

***************

The rumours about personalities within the inner circle ‘War Room Advisory’ making tonnes of money for personal gains from nationwide campaign programs such as ‘Jelajah Janji DiTepati’ and other BN related projects since March 2012 is not new. In fact, it is a common topic at any informal discourse about 13GE from the UMNO perspective, be it over harmless teh tarik or cigars from the Caribbean.

These allegations in this comment is very serious and warrants to be given priority for immediate investigation. Be it by the MACC or UMNO Disciplinary Board.

Take one point as example from this is the printing of BN manifesto. The discrepancy of RM 11.66 per copy translate to RM 81.62 million. Even that was exorbitant, compared to the RM 90 million claim the writer was asked to prepare. And that is just one item.

One of the rampant and sundry complaints during the 13GE is “Duit tak turun“. So many persons who are close confidant of candidates talked how monies which where promised to them or perceived meant for to their campaign operations, never arrived. Regardless via any of the known channels. At least, not to the sum expected. Considering, there were talks about the amount being allocated to each candidates is quite princely. Especially, 13GE was dubbed ‘Mother of All GEs’.

Obviously, there was a serious discrepancy in the distribution of cash meant for the candidates’ campaign operations across the country. It is doubtful a proper system of distribution and receipt exist. Hence, no audit could be carried out to determine the failure.

A lot at stake here. When Prime Minister Najib took over from PM ‘Flip-Flop’ Abdullah Ahmad Badawi, during his acceptance speech as the 7th UMNO President in the closing ceremony of the UMNO General Assembly on 28 March 2009, he outlined three of his leadership’s thrusts to bring back the confidence of UMNO members and rakyat. One of it is the fight against corruption.

Again, it was repeated in his inaugural UMNO Presidential speech at the opening of UMNO General Assembly 19 October 2009.

Now not only all of these irregularities and unhealthy practices happened in the last four years, it existed within the ambit of decisions and control of some of the inner circle ‘War Room Advisers’. It is evidently clear on the root cause of the ‘Systemic Failure’.

What is baffling is that all these inner circle personalities of the ‘War Room Advisory’ are not sacked and still remain as they are, continuing business as usual.

That is why there is a ground swell of amongst the three million plus UMNO members to exercise their democratic rights and allow the new system of 145,000 delegates in over 20,000 UMNO branches to decide on the leadership, including top posts. UMNO members at grass root level felt very strongly that they need to send a strong message to the leadership, about this over-bearing ‘Business as Usual’ literally monkey-business that is going on in the UMNO HQ and perception that was initially casted and now being solidified about Prime Minister Najib’s negligence to keep proper watch of the vessel and the existence of the ‘forty thieves’.

That shall be our next topic for intense cyberpshere discourse.

Then again, no one left nor was let go. Everyone is back in their old desk, doing the same work and probably the same way the did. Even though some already proven to fail. Let’s not take their word for it. Numbers, speak for themselves. Especially a cost benefit analysis on monies spent, that cannot commensurate on the returns.

*Updated 430pm

Published in: on June 10, 2013 at 15:00  Comments (18)  

Dzul seret FELDA ke Mahkamah?

Kemesraan antara Pengarah Besar FELDA dengan Pengerusi FELDA memberikan illustrasi palsu

Desas desus khabar mengenai Mantan Pengarah Besar FELDA Dato’ Seri Dzulkifli Abd Wahab berhasrat untuk mengheret Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) ke Mahkamah makin rancak. Beliau dikatakan mahu dikembalikan jawatan lama, yang kini sudah dilaksanakan oleh pegawai lain.

Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan dan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dilantik oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak pada Disember 2010, untuk menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor. Ini merupakan sebahagian dari rancangan Perdana Menteri untuk mentransformasikan masyarakat FELDA dan merealisasi dan menjana semua perniagaan Kumpulan FELDA ke tahap yang lebih tinggi, termasuk pemain utama di peringkat global dalam produk berasaskan perladangan.

Dzulkifli telah didapati terlibat dalam usaha melengahkan, yang sebenarnya wajar dilihat sebagai cubaan mensabotaj penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) lewat tahun lepas dan awal tahun ini. Walaupun dalam beberapa sessi perjumpaan dengan ketua ketua peneroka peringkat wilayah, ‘Gunting Dalam Lipatan’ ini telah memaparkan ‘lakunan yang baik’, terutama apabila memberikan jaminan “Saya akur dengan keputusan dan akan mempercepatkan proses penyenaraian FGVH”.

Pengarah Besar Lembaga FELDA Dato’ Seri Dzuleifli Wahab, Pengerusi Lembaga FELDA Tan Sri Isa Samad dan CEO FGVH Dato’ Seri Sabri Ahmad semasa sidang media. Lenggok ‘bahasa badan’ (body language Dzulkefli mebayangkan rasa hati sebenar beliau

Semasa perjumpaan dengan wakil wakil ketua peneroka wilayah di Melang Inn, Kuala Pilah pada 13 November 2011, Dzulkifli memberikan ikrar mengenai kerjasama penuh dalam proses penyenaraian FGVH. “Ini adalah keperluan. Saya adalah seorang pegawai Kerajaan dan melaksanakan ini tanggungjawab saya”. Semasa sidang media selepas majlis tersebut, beliau menjelaskan “Tiada berlaku rampasan kuasa”. Namun, pada mesyuarat khas wakil ketua ketua peneroka pada 23 November 2011 yang dipengerusi Dzulkifli, perbincangan bersekitar dalam nada menentang Pengerusi FELDA Tan Sri Isa, yang dinamakan Perdana Menteri sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan FELDA (KPF) dan Pengerusi FGVH sebagai memberi kepimpinan diperingkat Lembaga Pengarah dan keputusan strategik mewakili kepentingan Kerajaan dalam gerak-kerja sebahagian dari proses penyenaraian.

Hakikatnya, Dzulkifli tidak mahu melepaskan jawatan Pengerusi KPF walaupun beliau dilantik kerana ehsan sebagai lantikan yang direstui Kerajaan. Sebaliknya, dalam mesyuarat Lembaga Pengarah KPF pada 28 Oktober 2011 yang dipengerusikan beliau, keahlian KPF Tan Sri Isa, Pengarah Urusan FGVH Dato’ Seri Sabri Ahmad, Mantan Pengerusi FELDA Tan Sri Yusof dan Mantan Pengarah Urusan FGV Dato’ Seri Mohd. Bakke Salleh.

Akibat dari itu, Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak bersetuju agar Dzulkifli di’hantar’ untuk menghadiri kursus diploma pasca ijazah di United Kingdom lewat tahun lepas.

Pegawai FELDA yang berkemungkinan besar mendapat pendapatan melebihi RM 1 juta setahun, dalam pelbagai kapasiti dan peranan yang dimainkan

Dalam keanenggan melepaskan jawatan Pengerusi KPF dan sekaligus rancangan awal Perdana Menteri untuk menyuntik syarikat syarikat bawah pengusasaan KPF seperti FELDA Holdings Bhd (FHB) kedalam FGVH dan sebagai timbal balas menerima 35% dari pegangan saham FGVH, telah gagal. Dalam rancangan awal Perdana Menteri mengenai penyenaraian FGVH sebagaimana yang diumumkan dalam ucapan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011, KPF akan menjadi pemegang saham terbesar FGVH.

Ini bermakna kesemua 112,635 peneroka FELDA dan selingan besar warga kerja Kumpulan FELDA, yang terdiri dari 220,o00 pemegang saham KPF akan menerima habuan langsung setiap tahun keuntungan FGVH, melalui dividen. Oleh kerana halangan dan ‘permainan belakang tabir’ Dzulkifli dan beberapa kepimpinan kanan KPF dan Lembaga FELDA sendiri, rancangan ini gagal dan penyenaraian FGVH dilakukan melalui ‘Plan B’.

Dzulkifli juga merupakan seorang pegawai FELDA yang beroleh banyak keuntungan peribadi. Beliau merupakan ahli lembaga pengarah dalam lebih 30 anak syarikat milik Kumpulan FELDA dan menerima imbuhan lumayan lebih RM 700,000.00 setahun disamping gaji dan semua kenikmatan sebagai Pengarah Besar FELDA. Kini, beliau telah di’bersara’kan dari sebilangan besar jawatan lembaga pengarah ini.

Sekiranya benar Dzulkifli berhasrat untuk membawa kes dimana beliau dikeluarkan dari jawatan Pengarah Besar FELDA dan masuk kejawatan pool, walaupun masih lagi menerima gaji dan elauns yang setimpal, bermakna beliau mengutamakan kepentingan peribadi. Ini juga mengukuhkan andaian selama ini penentangan beliau ke atas penyenaraian FGVH, termasuk mengagalkan suntikan anak syarikat KPF, adalah kerana kepentingan peribadi.

*Dikemaskinikan 900pm

Published in: on October 4, 2012 at 17:45  Comments (4)  

Biarlah mereka yang mahir jadi nakhoda

Sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia Silver Bird Group Bhd. mengalami kerugian dan saham menjunam. Ini akibat kegagalan anak anak syarikat menjelaskan kommitmen kewangan sebanyak RM 5.37 juta, lantas Bursa Malaysia meletakan syarikat ini dalam perhatian.

Laporan Malaysian Reserve:

Silver Bird shares plunge more than 50%, 3 top execs suspended

Friday, 02 March 2012 10:48 John Gilbert & Anuja Ravendran 0 Comments
E-mailPrintPDF

Silver Bird Group Bhd shares plunged by more than 50% yesterday, wiping off RM81.3 million of its market capitalisation as the share closed the day at 20.5 sen, after investors reacted negatively to the news of posssible financial irregularities of about RM111.5 million.

The news also saw three of its top executives suspended from their duties.

The share price has been on a steady decline for the last five years from about RM1 per share in early 2009.

According to Bloomberg, Lembaga Tabung Haji (LTH) holds the largest stake at 22% in the company while Berjaya Corp Bhd (BCorp) owns almost 21%.

The other substantial shareholders are Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd (KPF) which owns 12.7%, Silver Bird group managing director Datuk Jackson Tan Han Kook and a private equity firm CVC Ltd who hold 12.8% and 9.1% respectively.

With the current share price plunge, LTH’s investments would have depreciated by RM18 million while BCorp and KPF would see their investments shrink by RM16.7 million and RM10.33 million respectively.

In a press release yesterday, RAM Rating Services Bhd announced that it has downgraded the respective long-term and short-term ratings of Silver Bird’s RM30 million commercial papers/medium-term notes programme for 2005/2012 (CP/MTN) from A2 (negative outlook) and P2 to C3 and NP respectively.

It also placed Silver Bird on “Rating Watch”, with a negative outlook, it said.

“The steep downgrade is premised on the heightened likelihood of default on the group’s CP/MTN following a series of unfavourable developments announced on Feb 29,” it said.

On Wednesday, the company announced to Bursa Malaysia that it has suspended Tan, executive director Ching Siew Cheong and general manager for accounts and finance Lai Poh Mei on full pay and benefits with effect from Feb 24, 2012, to facilitate the conduct of an internal inquiry into allegations of, among others, irregularities in the company’s accounts.

All three involved parties were unable to obtain the relevant supporting evidence and satisfactory explanations over the validity and recording of certain transactions.

The company revealedon Wednesday that Standard Confectionery Sdn Bhd, Stanson Marketing Sdn Bhd and Stanton Bakeries Sdn Bhd, all wholly owned subsidiaries of Silver Bird, were found in default of banking facilities repayments amounting to about RM5.37 billion to their lenders, comprising Bank Islam Malaysia Bhd, Malayan Banking Bhd and CIMB Bank Bhd.

The company officials were unreachable at press time.

Silver Bird is principally engaged in the business of bakery manufacturing, sales and distribution of bakery, and wholesale and logistics of bakery ingredients.

Silver Bird’s board members are Datuk Dr Gan Khuan Poh, who is the chairman and independent non-executive director, Tan, Ching, independent non-executive directors Lim Hock Chye, Richard George Azlan Abas and Datuk Seri Talaat Husain.

Non-independent non-executive directors are Peter John McLoghlin, Datuk Lee Kok Chuan, Adi Azuan Abdul Ghani and Vanda Russell Gould, who is also the alternate director to McLoghlin.

The company posted a profit of RM4.9 million for its fourth-quarter unaudited results in October last year, a 35% jump from the previous year, while revenue increased by only 3%.

************

Keadaan begitu mengancam apabila timbul khabar bahawa kemungkinan berlaku skandal kewangan sehingga berjumlah RM 115 juta. Kedudukan kecairan dan kemampuan modal cair juga diturun-nilaikan oleh agensi penilai kewangan. Akibatnya, nilai saham Silver Bird menjunam sebanyak lebih 50% dari nilai pasaran.

Carta menunjukan nilai pasaran saham Silver Bird menjunam

Antara pelabur yang menerima kesan negatif dari keadaan yang melanda Silver Bird ini ialah Koperasi Permodalan FELDA (KPF). Pengecutan nilai pasaran Silver Bird bermakna setakat ini KPF telah hilang lebih RM 10 juta.
Banyak persoalan timbul:
  1.  Adakah tiga pemegang saham terbesar Silver Bird termasuk KPF berada keadaan ‘alpa dan lena’ selama ini? Apakah wakil mereka dalam Lembaga Pengarah Silver Bird tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang diharapkan? Yang nyatanya, keadaan tidak akan menjadi parah sehingga tahap ini secara mendadak tanpa berlaku sebarang proses dimana kedudukan kewangan dan kecairan kumpulan makin tiris dan sepatutnya BOD mempersoalkan dalam mesyuarat lembaga.
  2. KPF merupakan koperasi yang mewakili 112,635 peneroka FELDA dan dana KPF merupakan sebahagian dari simpanan dan pelaburan strategik peneroka dan sebahagian dari warga kerja FELDA. Apakah pengurusan tertinggi KPF tidak menimbangkan ini semua dalam urusan pelaburan mereka?
  3. Pelaburan KPF dalam Silver Bird meningkat mendadak dari 1.74% naik ke 8.55% pegangan dalam Silver Bird pada tahun 2009. Ini ialah tahun pertama Pengarah Besar FELDA Dato’ Dzulkilfli Abdul Wahab dilantik sebagai Pengerusi KPF, sesuai dengan kedudukan sebagai Pengarah Besar. Pelaburan dalam Silver Bird ditambah dan sehingga 2011, KPF menjadi pemegang saham ketiga terbesar dengan 13.36% Silver Bird.
  4. Kalau dikaji prestasi dividen Silver Bird, dividen pertamanya diisytiharkan pada tahun 2005 iaitu 4% dan selepas itu, tiada dividen langsung diisytiharkan. Apa yang menghairankan, selalunya prestasi dividen adalah antara faktor utama yang diambilkira apabila melabur.  Tetapi KPF sebaliknya, dividen tiada diisytiharkan tetapi pelaburan ditingkatkan.  Berbanding dengan PNB dan KWSP,  pelaburan pun bersandarkan prestasi dividen.
  5. Sekiranya dilihat  pada penyata kewangan KPF bagi tahun 2010, kos per unit Silver Bird seperti yang dinyatakan dalam Sekuriti Pasaran bagi tahun 2009 adalah 75 sen seunit.  Hari ini saham Silver Bird di Bursa adalah sekitar 22 sen sesaham.  Maknanya, KPF telah kerugian 53 sen seunit saham Silver Bird atau 70.67% dari nilai kos pembelian saham
  6. Sebagai pemegang saham ketiga terbesar dalam Silverbird, KPF tiada langsung mempunyai wakil dalam lembaga pengarah.  Adakah Silver Bird adalah pelaburan yang kurang bijak oleh KPF? Adakah lagi pelaburan seperti ini dalam senarai syarikat dimana KPF melabur?
  7. ‘Khabar dari pasaran’ (market talk) KPF menambahkan pelaburan sebab dijanjikan dengan pulangan dividen dan sebagai timbal balas, Silver Bird akan bantu FELDA dalam program Gedung Makanan Negaranya.  Ianya berkemungkinan atas andaian bahawa gula boleh diperolehi dengan kos yang lebih rendah untuk pembuatan  kek dan roti High Satu lagi ialah hasil minyak sawit adalah bahan asas untuk susu pekat, iaitu kerjasama strategik yang kunun kununnya mampu mendatangkan hasil bagi kedua dua pihak. Hakikatnya, adakah ianya memberikan kelebihan bagi FELDA atau Silver Bird?
  8. Pada tahun lepas, Silver Bird memohon untuk membekal roti dan susu kepada semua sekolah dalam tanah rancangan FELDA yang jumlahnya hampir RM100 juta tetapi berjaya disekat.  Kontrak yang diberi cuma untuk sekolah terpilih dengan jumlahnya adalah lebih RM1 juta.  Persoalan timbul, sejak bila Silver Bird mempunyai produk tenusu?
  9. Difahamkan Dato’ Dzulkilfli semakin rapat dengan pengurusan tertinggi Berjaya Group selepas kerjasama KPF dalam Silver Bird. Lagi satu projek FELDA dengan Berjaya Group adalah dengan Kelab bola sepak Cardiff City telah menandatangani memorandum persefahaman dengan FELDA bagi membawa pembangunan komuniti melalui bola sepak di kalangan keluarganya. Antara bidang utama yang diberi perhatian adalah bagi membangunkan satu kurikulum berasaskan sukan bagi pelajar sekolah menengah tinggi, kemahiran bahasa Inggeris dan kejurulatihan dan pendidikan akar umbi. Perjanjian itu ditandatangani oleh Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab dan Pengerusi Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee di stadium kelab di sini, dalam masa terdekat.
  10. Pembangkang tidak putus putus menengahkan bahawa pelaburan FGVH rugi.  Bendahari KPF wajar menjelaskan maksud muka surat 6 buku Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2010
Apa yang lebih menghairankan ialah Pembangkang seperti Presiden Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman, yang juga AJK Pusat PAS tidak ikhlas dalam kunun kunun perjuangan membela 112,635 peneroka dan 1.3 juta warga FELDA.
  1. FELDA Trading Sdn Bhd, subsidiari KPF mengalami kerugian terkumpul sebanyak RM 66,147,598 bagi tahun kewangan 2009 sementara KPF Holdings Sdn Bhd dilaporkan mengalami kerugian bersih sebanyak RM 46,439 pada tahun kewangan 2009
  2. Mengapa Mazlan Aliman yang kunun kunun begitu bersungguh ingin menyelamatkan KPF daripada kerugian tidak mempersoalkan isu Silver Bird dan kerugian yang dialami oleh syarikat-syarikat subsidiari KPF?  Kenapa ANAK tidak memperjuangkan isu pelaburan peneroka lenyap?

Ataupun sebenarnya ‘musuh dalam selimut’ bersekongkol dengan ANAK untuk diam dan hanya memberi perhatian kepada isu yang membolehkan Pembangkang menangguk di air keruh, demi politik sempit dan bankrap mereka? Ini amat jelas apabila tumpuan bagi pengurusan tertinggi Lembaga FELDA dan ANAK hanyalah fokus kepada apabila YB Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dilantikan semata mata.

Untuk rekod, perlantikan Tan Sri Isa sebagai Pengerusi Lembaga FELDA, FELDA Global Ventures (FGV) dan KPF ialah atas keputusan dan arahan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak, sebagai rancangan ‘Transformasi dan Plan Strategik Bagi Masyarakat FELDA’. Ini termasuk rancangan penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings di Bursa Malaysia.

Pengalaman KPF dalam Silver Bird ini banyak persoalan timbul yang wajar dijawab oleh KPF, terutama Pengerusinya Dato’ Dzulkifli Abdul Wahab yang telah dengan jelas bersifat sebagai ‘gunting dalam lipatan’. Inilah bahana mempercayai golongan bukan pakar dan mahir (dalam dunia perniagaan dan korporat)  untuk menjadi nakhoda.

Jangan biarkan pisang berbuah dua kali dan ‘Bila dah terhantuk, baru nak tergadah’. Masa depan dan pelaburan 112,635 peneroka FELDA jangan diperjudikan untuk kepentingan peribadi individu tertentu.

Published in: on March 15, 2012 at 22:00  Comments (12)  

Musang berbulu ayam: Bahaya terpendam kepada PM Najib?

Dua minggu lepas Ketua Penolong Pengarang Utusan Malaysia Dato’ Zaini Hassan mengejutkan negara dalam artikel beliau bertajuk “Musang Berbulu Ayam”. Agensi agensi Kerajaan kini dipenuhi dengan anasir anasir yang perjuangan mereka amat diragukan malah wajar disifatkan belot kerana bersedia untuk bersubahat dengan golongan talibarut Barat.

Zaini membuat sinopsis bahawa mereka yang masih taat dan mendukung perjuangan petualang negara Anwar “Mat King Leather” Ibrahim bukan sahaja bebas berkeliaran dalam, malah kini berada dalam kedudukan amat strategik, peringkat merancang dan pelaksana dasar Kerajaan Persekutuan.

Mungkin ramai berpendapat sikap ‘memburu jembalang’ (witch hunting) saki baki mereka yang mendukung atau simpati kepada perjuangan Anwar adalah tidak lagi relevan sekarang dan ianya lebih kepada paranoia. Namun, bibit bibit kebenaran paranoia ini jelas diilustrasikan dalam Bajet 2012, yang dibentang Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak lima hari lepas di Dewan Rakyat.

Pembangkang dengan secara bersahaja mendakwa bahawa desakan mereka melalui Buku Jingga yang dilancarkan Disember 2010, sebenarnya ditranslasi dalam pembentangan Bajet 2012 ini oleh PM Najib. Dengan kata lain, PM Najib ‘tunduk’ kepada desakan atau tekanan politik yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang Anwar “Mat King Leather” Ibrahim.

Buku Jingga menggariskan empat penstrukturan utama air, subsidi tarif elektrik kepada isi rumah, perumahan mampu milik (melalui Perbadanan Perumahan Negara) dan menyelesaikan isu projek perumahan terbengkalai. Ini semua terkandung dalam Bajet 2012.

Isu berkenanan pendidikan dan sistem remunerasi kakitangan awam termasuk perguruan yang dirombak yang menjadi sebahagian dari penstrukturan semula skima dan pelarasan gaji kakitangan awam, sebagaimana yang diumumkan PM Najib:

Pertama: Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;

Kedua: Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah 6,325 ringgit dan 39 sen, kelak, di bawah SBPA, gaji maksimum beliau akan meningkat 37.7 peratus kepada 8,710 ringgit. Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji maksimum adalah 3,860 ringgit dan 52 sen, kelak nanti, di bawah SBPA ia akan meningkat 39 peratus kepada 5,370 ringgit;

Ketiga: Pada perutusan khas Hari Guru yang lalu, saya telah mengumumkan laluan kerjaya perkhidmatan perguruan siswazah yang lebih baik. Tidak perlu lagi seperti dulu, seorang guru terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja. Seterusnya pula, bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah time-based lapan tahun turut diterima pakai; dan

Keempat: Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.

57. Kerajaan sentiasa prihatin ke atas beban kewangan yang ditanggung oleh pesara. Dengan pelaksanaan SBPA, lebih 600 ribu pesara Kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan 600 juta ringgit. Mulai tahun 2013 nanti, Kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.

Perbandingan dengan Buku Jingga:

Merakamkan penghargaan kepada golongan pendidik yang menjadi teras pembangunan negara dan persaudaraan rakyat, Pakatan Rakyat komited untuk:

Meneruskan bantuan terus kepada semua jenis institusi pendidikan marhaen yang membuka ruang pendidikan kepada rakyat, termasuk bantuan terus kepada golongan pendidik di institusi-institusi ini sebagai penghargaan kepada pengorbanan dan khidmat mereka.

Memperjuangkan pengharmonian gaji pendidik yang berbeza-beza latar belakang dan kelulusan, dengan prinsip memastikan kriteria penilaian yang lebih adil kepada para pendidik mengambil kira kepakaran dan tempoh berkhidmat.

Memperjuangkan skim gaji yang setara dengan golongan profesional di dalam sektor-sektor lain seperti jurutera, akauntan dan doktor yang diikat dengan penilaian prestasi yang lebih adil dan menyeluruh untuk menjamin mutu pendidikan negara.

Kami amat yakin semua pengumuman yang dibuat PM Najib dalam pembentangan Bajet 2012 bukanlah idea idea yang diceduk dari siri ceramah Pembangkang dan Buku Jingga. Ataupun gerakan ceramah politik Pembangkang yang bertali arus itu sebagai inspirasi bagi PM Najib dan penasihat penasihat beliau untuk merangkumkan apa yang mereka cetuskan itu sebagai ‘habuan untuk rakyat’.

Malah, ianya sebaliknya.

‘Habuan untuk rakyat’ yang dinamakan sebagai “DASAR TRANSFORMASI NASIONAL; BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERAKAN NEGARA” merupakan kesan dari analisa yang dibuat oleh kakitangan agensi yang bertanggung jawab dan diperhalusi apabila semua maklumat dan cadangan ini dikonsolidasikan oleh Kementerian Kewangan, dengan komen komen dari agensi agensi dibawah Jabatan Perdana Menteri seperti EPU, MAMPU, UKAS dan sebagainya.

Proses ini mengambil masa dan ianya dirancang satu persatu, termasuk isu isu yang berbangkit yang dibentang, bincang dan putuskan dalam Kabinet. Banyak dari item item dalam Bajet 2012 tidak semestinya berlaku dalam tempoh antara pembentangan Bajet 2011 dan lima hari lepas. Komen dari pelbagai jawatankuasa antara-jabatan atau antara-kementerian perlu diaggregatkan dalam apa apa yang akan dijadikan usul, terutama yang akan dibawa oleh Menteri tertentu kepada forum seperti Jawatankuasa Kabinet atau Kabinet.

Ini membuktikan bahawa Buku Jingga bukanlah idea asal. Ianya, sebagaimana drama lain yang datang dari Pembangkang terutama mantan-banduan-salahguna-kuasa Anwar Ibrahim, adalah maklumat yang dijadikan sebagai ‘sajian yang dipakejkan semula’ semata mata.

Buku Jingga: Idea yang diceduk dari hasil selidik kakitangan awam

Sekiranya diteliti, Buku Jingga mempunyai terlalu banyak ‘habuan yang sewenang wenang’ mahu ditaburkan kepada rakyat sebagai modal politik, tanpa dirasionalkan mana datangnya sumber yang ingin diberikan ini. Ianya jelas bahawa apa yang hendak di’hadiah’kan kepada rakyat itu, tidak dipadankan dengan sumber yang ada atau sumber yang akan didapati. Ini bermakna, banyak pengumuman yang bersedia untuk buat itu bukanlah datang dari proses pemikiran asli, malahnya datang dari pihak lain dan tidak dipadan-sesuaikan dengan samada keadaan maupun projek yang dirancang. Ini terutama projek atau program yang akan membawa sumber pendapatan, samada dalam bentuk cukai, dividen atau pulangan atas pelaburan atau pembiayaan seperti pinjaman atau mengeluarkan bon bon Perbendaharaan.

Pendekata, berlaku ‘potong dan tampal’ (cut and paste) tanpa perasionalisasian.

Pada hemat kami, maklumat yang disusun dalam Buku Jingga itu adalah sebenarnya diceduk dari pecahan banyak dari analisa analisa dan perancangan pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan sepanjang sekurang kurangnya dua tahun kebelakangan ini. Sedikit demi sedikit, ianya dibocorkan kepada mereka yang tidak sepatutnya mempunyai akses kepada maklumat atau analisa ini.

Sebagai contoh mengenai kenaikan gaji kakitangan awam terutama guru dan doktor, ianya memerlukan kajian dan analisa sebelum ianya dibincangkan dipelbagai peringkat. Akhirnya, keputusan ini akan disusun sebagai cadangan dan usul peringkat tertentu dan dimajukan untuk diputuskan jawatankuasa yang lebih tinggi. Ianya proses yang mengambil masa dan keturutan yang tertentu.

Perhatian kami ialah apakah berlaku ketirisan maklumat atau sebahagian dari analisa dalam keseluruhan proses untuk sampai kepada Bajet 2012 oleh mana mana kakitangan agensi atau Kementerian yang terlibat?

Sekiranya ini berlaku, maka paranoia yang sebagaimana ditulis oleh Zaini adalah jelas bahawa ujud pegawai pegawai tinggi Kerajaan dalam agensi strategik tertentu membocorkan maklumat kepada mereka yang tidak sepatutnya, adalah kemungkinan yang berasas. Makumat yang sepatutnya diklasifikasikan sebagai ‘rahsia’, kini telah dibocorkan keluar dan secara berstruktur sehingga ianya dijadikan sebahagian dari manifesto Pembangkang sebagaimana yang tertera dalam Buku Jingga.

Ini adalah amat bahaya kerana sekiranya ianya benar benar berlaku, maka peruntukan sebagaimana digariskan bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) telah dicerobohi. Siasatan perlu dilakukan.

Apabila diminta mengulas mengenai artikel Cuit Zaini itu:

ARKIB : 29/09/2011

Dakwaan Zaini satu pujian – Anwar

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan kolumnis Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan bahawa terdapat badan yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang beliau, adalah satu pujian.

Ketua Pembangkang itu yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh juga menyatakan, ia secara tidak langsung menunjukkan ‘kekuatan’ dirinya.

Beliau yang mendakwa tidak membaca akhbar arus perdana itu memberikan reaksi sedemikian apabila disoal oleh seorang wartawan portal berita ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini.

Anwar sebelum itu memfailkan afidavit jawapan berhubung permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengetepikan sapina yang menghendaki mereka menjadi saksi dalam kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Zaini yang juga Penolong Ketua Pengarang 1 Utusan dalam ruangannya, Cuit hari ini menulis rencana yang bertajuk ‘Musang berbulu ayam dalam badan-badan strategik kerajaan?’.

Dalam tulisannya, Zaini antara lain menyatakan ada menerima maklumat mengenai badan (atau mungkin lebih daripada satu badan) yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang Anwar.

Beliau turut menyifatkannya sebagai satu perancangan yang halus, licik dan terancang yang boleh menjejaskan kerajaan semasa.

***************

Respons Anwar adalah kebiasaan, apabila beliau di’kantul’. Ianya wajar dianggap sebagai ‘pengesahan’ bahawa memang ujud pegawai pelbagai peringkat dalam keududukan strategik dan akses kepada maklumat sulit, yang membocorkan rahsia sedikit demi sedikit.

Sebenarnya ini bukanlah misteri besar kerana sememangnya ada pegawai pegawai kanan Kerajaan Persekutuan dan mereka yang baru bersara, memang cenderung kepada politik Pembangkang, terutama PAS dan perjuangan anti-nasionalis Anwar Ibrahim. Agensi sperti Biro Tata Negara yang satu masa dahulu menjadi ‘alat’ kepada Anwar untuk jangka tempoh yang cukup strategik, masih lagi dipenuhi oleh pegawai pegawai yang taat kepada perjuangan yang didoktrinasikan oleh ‘Saudara’.

Kementerian Kewangan juga terdapat pegawai pegawai tinggi yang masih simpati sekiranya tidak mendukung apa yang dibawa oleh Anwar, walaupun bekas Menteri Kewangan itu telah di’nyah’ dari pejabat strategik itu 13 tahun dahulu. Pendoktrinasikan pegawai pegawai kerajaan melalui agensi seperti BTN dari tempoh lewat 80an berterusan selama lebih 10 tahun, jauh menempatkan mereka yang kini berjawatan strategik dalam pelbagai kedudukan dan jawatan.

Ianya bermula sewaktu Anwar menjadi Menteri Pelajaran dan siri latihan oleh agensi seperti BTN lebih diintensifkan. Beliau menggunakan pengaruh beliau dalam JPA untuk menentukan pegawai pegawai yang dilihat sebagai berpotensi untuk menjadi loyalis disusun untuk kenaikan pangkat seterusnya, dalam percaturan strategik ini. Ianya menjadi lebih ketara apabila beliau mengambil alih jawatan Timbalan Perdana Menteri pada lewat 1993.

Anwar menggunakan sepenuhnya segala sumber, kuasa dan pengaruh agensi seperti BTN sebagai agen pendoktrinasi ‘Kadre Anwarista’.

Mereka sebenarnya bukan lagi ‘Musang berbulu ayam’. Mereka sebenarnya ‘Gunting dalam lipatan’. Guna-tenaga mereka dalam membantu perjuangan politik songsang Pembangkang adalah jelas. Anasir anasir ini yang perlu diberikan perhatian serious. Paranoia ‘memburu jembalang’ ini mungkin berasas kuat dan kita sebenarnya tidak ada masa lagi.

‘Pertahanan Putrajaya’ ini sebenarnya perlu datang dari menentukan mereka dalam Putrajaya itu sendiri tidak belot dan bersubahat untuk menguntungkan mereka yang sebenarnya boneka Barat yang begitu ketagih mahukan kuasa.

Published in: on October 12, 2011 at 11:45  Comments (6)  

PAU ke 59: Khairy di’boo’, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah selar Tun Dr. Mahathir

wang_bangsa_perwakilan

Hari ini menyaksikan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) ke 59. Ianya dimulakan dengan upacra tradisi menaikan bendera Sang Saka Bangsa dan menyanyikan lagu Bersetia, Bersatu, Berkhidmat diperkarang PWTC. Sebagaimana dijangkakan, tiada perkara luar biasa seharusnya  berlaku dalam rutin tahunan (kecuali 2008 dimana tiada PAU). Namun begitu, satu peristiwa luar jangka berlaku.

Sejurus para Perwakilan masuk kedalam tempat masing masing dalam Dewan Merdeka, Ketua Pemuda baru dipilih YB Khairy Jamaluddin juga ditunjukan tempat. Setibanya kelibat beliau dapat dilihat sebahagian besar Perwakilan UMNO, beliau telah di’boo’ dengan lantang. Bukan setakat Perwakilan UMNO yang muda muda, malah yang veteran dan Wanita juga memberikan sambutan ‘hina’ dalam keadaan biasa sepatutnya yang penuh istiadat gilang gemilang. Sebagaimana dirancang, Khairy yang menjangkakan ada ‘hostiliti’ akan tunjukan ahli UMNO kepadanya, sampai dengan eskort Polis yang bersenjata.

Ini jelas menunjukan sentimen sebenar ahli UMNO terhadap pemimpin yang dikatakan sebagai ‘strategis’ yang telah menyumbang kekalahan luar biasa BN dalam Pilihanraya Umum ke XII 8 Mac 2008. Sekiranya peristiwa Pemuda akar umbi UMNO menjerit “’KJ’, Rasuah!” malam semalam dikira sebagai tindakan ‘kebudak budakan’ yang kurang matang, jelas peristiwa hari ini memanifestasikan perasaan sebenar ahli UMNO kepada MP Rembau itu.

Dalam ucapandasar kali terakhir Presiden UMNO VI PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, beliau telah sempat membidas Presiden UMNO V dan Negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang disifatkan sebagai “menderhaka dan gunting dalam lipatan” dan kemudian tergamak meninggalkan parti.

Laporan Bernama.com:

 

Saya tidak akan derhaka kepada UMNO – Abdullah

26/03/2009 1:15pm

 

KUALA LUMPUR 26 Mac — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata beliau tidak akan menderhaka dan bersifat gunting dalam lipatan kepada UMNO kerana sejak kecil lagi beliau ditanam dengan semangat perjuangan parti itu.

Presiden UMNO itu berkata walaupun pernah mengalami pengalaman pahit sebagai anggota UMNO dan pernah dihina oleh segelintir anggota parti, beliau tidak pernah menghina dan mencerca UMNO, jauh sekali meninggalkannya.

Abdullah, 69, yang dilantik sebagai Perdana Menteri kelima pada 31 Oktober 2003, berkata ujian kesetiaan adalah ketika menghadapi dugaan serta melalui era yang payah dan laluan yang susah, serta ketika tidak berjawatan dan tiada kedudukan.

“Semangat kental yang tertanam di jiwa saya menghindarkan saya daripada bersifat derhaka kepada UMNO,” katanya semasa menyampaikan ucapan dasar bertajuk “Masa Depan dan Survival Parti”, pada Perhimpunan Agung UMNO di sini hari ini.

***************

Yang ironi dalam ucapandasar ini, beliau membangkitkan isu politikwang, sedangkan menantu sendiri dikaitkan dengan perbuatan yang akan membawa parti nasionalis ini kearah kehancuran, walaupun Lembaga Disiplin UMNO hanya setakat memberikan ‘amaran’ sebagai hukuman. Namun, Khairy diyakini Lembaga Disiplin UMNO sebagai menyalahi tataetika pemilihan parti. 

utusan-18iii09-kt-kj1

 

Inilah reaksi kisah dua-beranak dalam UMNO yang akan dirakamkan dalam lipatan sejarah UMNO, mungkin sebagai paling banyak menyumbang kearah ketirisan keyakinan dan sokongan masyarakat kepada parti nasionalis yang paling banyak berjasa kepada Bangsa Melayu dan tanahair.

Published in: on March 26, 2009 at 23:58  Comments (16)  

Wayang Pengurusan KPF dan mengkhianati majoriti warga peneroka FELDA

Usaha mengagalkan rencana penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) yang dilaksanakan golongan minoriti yang berkepentingan peribadi makin menyerlah. Mesyuarat Khas Perwakilan (EGM) Koperasi Permodalan FELDA (KPF) yang dijadualkan esok untuk meluluskan beberapa resolution telah sekali lagi gagal dilaksanakan.

Kali ini, sebuah injuksi interim ex-parte untuk menghalang EGM tesebut telah dikemukakan oleh lima Perwakilan KPF. Mereka didapati terpedaya dengan dakyah ANAK yang diketuai Mazlan Aliman, seorang pemimpin Jawatankuasa Pusat PAS dan juga warga generasi kedua FELDA.

Lapan peneroka mohon perintah halang KPF lupuskan ekuiti Felda Holdings

17/02/2012 5:41pm

KUANTAN 17 Feb. – Lapan anggota Koperasi Permodalan Felda (KPF) hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini bagi mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang koperasi itu daripada membuat sebarang keputusan pada mesyuarat agung luar biasanya (EGM) pada 22 Februari ini.

Ini adalah tindakan ketiga yang diambil terhadap KPF selepas Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) memohon injunksi bagi menghalang EGM KPF diadakan pada akhir tahun lalu dan 22 Februari ini.

Peguam Mohd Haris Abdullah yang mewakili kumpulan peneroka berkenaan, ketika ditemui pemberita, berkata permohonan injunksi itu adalah bagi menghalang KPF daripada melupuskan sama ada kesemua atau sebahagian daripada ekuiti KPF dalam Felda Holdings Berhad (FHB) kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Antara alasan permohonan adalah cadangan KPF untuk melupuskan ekuiti miliknya dalam FHB dan anak-anak syarikat yang lain bernilai RM3.13 bilion ke FGVH tidak menguntungkan mereka dan pemegang saham KPF.

Satu lagi alasan ialah perwakilan yang akan bermesyuarat pada 22 Februari ini tidak pernah diberi mandat oleh anggota KPF untuk mewakili mereka pada EGM itu nanti. — BERNAMA

**************

Sebagai latar belakang, Mazlan mempunyai cita cita politik menentang arus yang nyata. Beliau pernah bertanding dalam PRU 10 Nov 1999 di DUN Senai, PRU 11 April 2004 DUN Semerah (kedua dua di Johor) dan PRU 12 2008 di Parlimen Bera, dibawah tiket PAS. Usaha ini telah gagal dan jelas masyarakat FELDA tidak menerima politik Mazlan ini, yang selama ini jelas tidak menguntungkan masyarakat FELDA.

Injuksi yang dipohon telah diserahkan kepada KPF:

Injunksi yang dikemukakan bukanlah satu yang baru. Kali pertama, EGM KPF hendak diadakan pada Januari 5 lalu, satu injunksi telah dipohon dan letakkan. Namun ianya terbatal secara automatik apabila EGM tersebut ditunda. Ini kali kedua terhadap perkara yang sama. Mengapakah peguam dan Lembaga Pengarah (BOD) KPF tidak bersungguh-sungguh mengenepikan injunksi kali kedua ini?

Malah, apa yang jelas nampak seperti tiada persediaan untuk melakukannya pun.

Notis Mesyuarat Agung Khas yang bertarikh 10 Februari telah mengatakan pandangan BOD yang membuat keputusan untuk mencadangkan kepada Perwakilan supaya KPF menerima tawaran FELDA untuk membeli saham-saham milik KPF di dalam FELDA Holdings Bhd (FHB) serta 10 anak syarikat milik FHB. Dalam pada itu,cadangan untuk KPF menerima penyenaraian FGVH telah diteliti and dianalisakan oleh Pricewaterhouse. Jika BOD KPF menerima cadangan ini, sudah tentu semua sudut telah diperhalusi oleh penasihat yang dilantik yang terdiri dari bank pelaburan. Ini merangkumi dari perspektif kewangan, maupun perundangan.

Jumlah yang dibelanjakan ini merupakan wang peneroka dan amalan biasa gerak- kerja korporat sebegini, akan sedar betapa banyaknya yuran professional ini.

Kalau dilihat injunksi interim telah melarang KPF untuk melupuskan pegangannya dalam FHB  dan 10 anak syarikatnya kepada FGVH. Bercanggah dengan agenda yang disenaraikan Mesyuarat Agung Khas, FHB serta 10 anak syarikatnya hendak dilupuskan kepada FELDA.

Satu yang menghairankan ialah dipercayai peguam mewakili KPF tidak tampil untuk menjelaskan kepada Hakim yang mengeluarkan perintah injuksi dan hujah mengapa EGM KPF yang dijadualkan esok tidak boleh diteruskan. Paling penting ialah mengapakah peguam dan BOD KPF tiada usaha bersungguh-sungguh untuk menolak injunksi ini memandang Lembaga FELDA sudahpun membuat keputusan untuk mengambil bahagian dalam penyenaraian FGVH dan melupuskan asset FELDA?

Adakah ini satu sandiwara yang dimainkan oleh individu-individu berkepentingan peribadi untuk ber’sandiwara’ menyokong, tetapi sebenarnya menentang.

Difahamkan yang BOD KPF telah bersidang pagi tadi untuk membatalkan EGM kerana injunksi tersebut. Adakah ini dirancangkan diadakan pada saat saat akhir dengan tujuan untuk membatalkan EGM?

Satu yang diperhatikan ialah sejurus selepas BOD KPF membuat keputusan mengenai pembatalan EGM besok, berita mengenainya amat pantas tersiar dalam Harakah online. Apakah ada anasir anasir pihak dalaman KPF sebenarnya bersekongkol sebagai agen Pembangkang dan secara langsung, mengkhianati kepentingan strategik majoriti warga peneroka FELDA?

Ini kenyataan Presiden ANAK Mazlan Aliman yang disiarkan dalam Harakah online:

EGM KPF batal, kemenangan warga Felda

Mazlan Aliman, 21 Feb 2012

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) mengucapkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT ekoran keputusan Lembaga Pengarah Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad(KPF) yang membatalkan Mesyuarat Agung Khas KPF yang bakal diadakan esok. Sambil mengucapkan tahniah atas keputusan tersebut, ANAK sekali lagi mengulangi desakan agar YAB Perdana Menteri membatalkan hasrat penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke Bursa Malaysia.

Kehadiran Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda telah menggugat keharmonian kehidupan 1.6 juta warga Felda dengan pelbagai pendekatan yang merugikan. Tindakannya memberi amaran kepada kakitangan Felda jika menyokong pembangkang, memperalat Jabatan Seranta Felda, ‘berperang dengan Ketua Peneroka Felda Kebangsaan (Shamsudin Othman)’ dan mendalangi usaha penyenaraian FGVH telah menghuru-harakan Felda.

ANAK dengan ini mempertegaskan agar Tan Sri Isa Samad meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Felda serta merta. Tumpukan perhatian sebagai Adun Bagan Pinang manakala rumahtangga Felda biarlah diserah kepada mereka yang berwibawa kerana terdapat 10 ribu anak-anak Felda yang mempunyai latar belakang pendidikan dan kerjaya yang boleh mengambilalih tempat beliau. Jika beliau enggan, Perdana Menteri wajar memecat beliau segera. Mempertahankan Isa Samad adalah suatu kesilapan besar yang menjauhkan hubungan warga Felda dengan kerajaan.

Menolak penyenaraian FGVH bukan bererti kita menolak gagasan mengangkat ekonomi Felda atau ‘mengantarabangsakan’ Felda di peta dunia. Proses penambahbaikan ke atas Felda telah dilakukan. Penstrukturan terhadap Felda Holding, Felda Plantation dan pengukuhan KPF juga sedang dibuat. Pandangan kritis ANAK dalam isu Generasi Baru Felda, penyelenggaran kebun peneroka, Kos Tanam Semula, kecelaruan Kadar Perahan Gred dan lain-lain sedang ditangani oleh Felda meskipun sebahagiannya di bawa ke Mahkamah.

Kembalikan ketenangan dan kedamaian di Felda. Tan Sri Isa Samad, Datuk Sabri Ahmad dan  Datuk Eshanudin Mohd Noor sila keluar dari Felda. ANAK mahu dikembalikan semula Datuk Zulkefly Abd Wahab dan Abidin Abd Rahman ke jawatan mereka sebagai Pengarah Besar Felda dan Timbalan Pengarah Besar Felda. Moga perkembangan Felda berterusan dan ANAK bertindak sebagai check dan balance bagi mempastikan Felda berada di landasan yang betul sebagaimana diasaskan Allahyarham  Tun Abd Razak.

Mazlan Aliman,

Presiden ANAK

21 Februari 2012

***************

Perancangan untuk menyenaraikan FGVH dalam Bursa Malaysia Mei ini dan menggunakan KPF sebagai pemegang saham terbesar dalam IPO syarikat yang berasaskan perladangan bernilai RM 21 billion ini merupakan satu usaha Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak untuk memartabatkan keududukan ekonomi warga peneroka FELDA secara strategik. Potensi FGVH amatlah besar (dianggarkan akan mencapai jualan yang diaggregatkan sebanyak RM 30 billion) dan 112,635 peneroka FELDA melalui pegangan mereka dalam KPF akan menjamin pendapatan mereka akan terus berada dalam kedudukan yang baik.

Apa yang berlaku ialah kegagalan penyenaraian FGVH menggunakan KPF bukan sahaja akan menjejaskan 112,635 peneroka FELDA, tetapi 108,00 ahli KPF lain yang terdiri dari warga masyarakat dan kakitangan FELDA. Kalau itu memang perancangan sebenarnya, maka mereka telah mencapai matlamat. Yang gigit jari dan mungkin berputih mata adalah majoriti golongan peneroka dan juga kakitangan FELDA yang mengharapkan pendapatan dari pulangan strategik mereka melalui KPF.

Difahamkan besok Pengerusi Lembaga FELDA Tan Sri Isa Samad, merangkap Pengerusi FELDA Global Ventures (FGV), akan mengadakan pertemuan dengan sejumlah besar Perwakilan KPF yang telahpun berada sekitar Kuala Lumpur bagi tujuan EGM sebagaimana yang dirancang untuk esok. Satu sidang media akan dipanggil dimana dijangkakan satu pengumuman penting mengenai program penyenaraian FGVH akan dibuat.

Secara rumusannya, penyenaraian FGVH sebagaimana yang dirancang dan persetujui oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak Mei ini akan terus berlaku, walaupun terdapat halangan seperti ‘Musuh Dalam Selimut’ ini. Sekiranya ada pihak yang rasa ‘putih mata’, maka jelas siapa yang mengkhianati mereka.

Published in: on February 21, 2012 at 20:00  Comments (6)  

Siapa Pengerusi KPF pada 22 Februari?

Mesyuarat Agung Perwakilan Khas (EGM) Koperasi Permodalan FELDA (KPF) akan berlansung pada 22 Februari 2012 ini di Kuala Lumpur. Antara agenda mesyuarat ialah meluluskan cadangan pra-penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH), yang dijangkakan akan disenaraikan di Bursa Malaysia Mei ini. Sebahagian dari habuan kepada 112,635 orang peneroka FELDA ialah ‘Durian Runtuh’, sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak dalam ucapan Bajet 2012 7 Oktober 2011.

‘Durian Runtuh’ yang dijanjikan ini difahamkan akan dalam bentuk sumbangan wang tunai dan sebahagian lagi ialah pegangan langsung individu peneroka FELDA dalam FGVH. Sekiranya ianya wang tunai, maka ianya ‘hadiah’ sekali seumur hidup. Mingguan Malaysia hari ini menerbitkan rencana khas mengenai ‘Durian Runtuh’ yang lebih strategik bagi masyarakat peneroka FELDA, iaitu pegangan KPF dalam FGVH.

‘Langkah menuju durian runtuh…’

Oleh Amir Firdaus Khan
pengarang@utusan.com.my
ANAK tangga pertama penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) sekaligus “durian runtuh” yang amat dinantikan peneroka bakal dilalui, Rabu ini.
Sebelum warga Felda dapat menikmati ganjaran ‘durian runtuh’ paling istimewa ini – sekali imbas – 1,200 perwakilan ke mesyuarat tahunan khas (EGM) Koperasi Permodalan Felda, Khamis ini harus meluluskan penjualan 51 peratus ekuiti koperasi dalam FELDA Holdings Berhad (FHB) kepada FGVH.

Saya sebutkan “sekali imbas” kerana bagi memahami proses ini, hakikat sebenar harus dikupas terlebih dahulu.

Asas utama ialah faktor hakmilik. Koperasi Felda yang menjadi koperasi terbesar dalam negara kita, dengan perolehan RM15 bilion dan dividen 15 peratus setahun kepada ahli yang 80 peratus daripadanya adalah warga Felda, tidak menguasai syarikat yang akan disenaraikan – FGVH.

Ini berbeza dengan kedudukan Koperasi Felda di dalam Felda Holdings di mana ia menentukan pelantikan pengurusan dan lembaga pengarah anak syarikat Felda Holdings, ganjaran, serta pemberian kontrak.

Benar, pegangan 51 peratus Koperasi Felda dalam Felda Holdings akan diganti dengan ekuiti sama dalam FGVH. Namun, seperti penstrukturan korporat lain selepas proses Terbitan Saham Awal (IPO), saham Koperasi Felda dalam FGVH dijangka menguncup kepada 37 peratus.

IPO bermaksud adanya peratusan yang diapungkan serta tidak dimiliki pelabur yang menguasai syarikat.

Persoalan hakmilik syarikat gergasi seperti Felda Holdings, apatah lagi FGVH yang jauh lebih berpotensi dan milikan aset lebih besar, ketara ia isu yang emotif.

Bagi Kerajaan pula, pertimbangan paling utama pastinya kepentingan peneroka Felda – bagi memastikan warga Felda mencapai tahap lebih tinggi dalam perjalanan Felda yang bermula di Lurah Bilut, 54 tahun lalu.

Jika dilihat pada struktur syarikat FGVH, ia gergasi global yang mempunyai aset serta keupayaan luar biasa dalam membawa perubahan sekali gus membuat keputusan perniagaan.

Selenggara

Penanaman semula contohnya, bakal di selenggarakan dengan lebih meluas dan pantas, sekaligus berupaya menambah dana dan aset syarikat.

Tidak seperti Felda Holdings, FGVH dapat meraih hak komersial tanah perladangan milik Kerajaan seluas 350,000 hektar selepas termeterainya perjanjian pajak dengan Kerajaan. Juga entiti yang bakal disenaraikan mempunyai hasil minyak sawit mentah (CPO) berjumlah 3.2 juta metrik tan setahun.

FGVH turut menguasai aset dan perniagaan lain, termasuk pegangan terbesar dalam syarikat gula MSM yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Setakat ini, FGVH memiliki 49 peratus ekuiti di dalam Felda Holdings yang terbabit dalam pelbagai aktiviti antaranya pemprosesan minyak sawit, aktiviti hiliran dan logistik minyak sawit serta getah, koko, IT serta perkhidmatan keselamatan.

Entiti yang akan disenaraikan kelak, yakni FGVH menawarkan untuk membeli 51 peratus pegangan dalam Felda Holdings daripada Koperasi Felda. Inilah keputusan yang akan harus dilakukan oleh perwakilan ke EGM Khamis ini.

Jawapan “ya” membolehkan penstrukturan semula serta kemungkinan pelupusan aset tidak-kekal tegar Felda Holdings.

Apa pula nasib peneroka sekiranya jawapan yang diberi ialah “tidak.’?

Apakah Kerajaan akan meneruskan rancangan penyenaraian FGVH sekiranya perwakilan ke EGM Koperasi Felda menolak penjualan saham dalam Felda Holdings kepada FGVH?

Tidak menghairankan – berdasarkan fakta yang ada – Kerajaan tetap dengan keputusannya menyenaraikan FGVH walaupun tanpa penyertaan Koperasi Felda.

Kekurangan 51 peratus ekuiti Felda Holdings sememangnya bermakna penguasaan saham FGVH lebih rendah, namun ia masih mempunyai kelebihan aset seperti tanah perladangan 350,000 hektar serta hasil minyak sawit mentah. Ini tetap menjadikan FGVH antara 10 syarikat gergasi di Bursa Malaysia.

Berdasarkan komitmen Kerajaan dan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada peneroka, perolehan penyenaraian FGVH tetap akan disalurkan kembali kepada peneroka – sama ada Koperasi Felda menyertai proses ini ataupun tidak. Perolehan RM3 ke RM4 bilion ini boleh diuruskan menerusi badan Yayasan ataupun amanah saham.

Difahamkan, walaupun FGVH tidak menguasai Felda Holdings, entiti yang bakal disenaraikan ini masih berkebolehan menguasai perniagaan dan syarikat Felda Holdings melalui urusan korporat serta pemberian kontrak tidak langsung.

Peneroka tidak akan rugi sekalipun Koperasi Felda enggan bersama proses penyenaraian. Lain pula halnya dengan keupayaan Koperasi Felda mengekalkan dividen dan bonus tahunan pada tahap 15 peratus kepada ahli, memandangkan Felda Holdings adalah penyumbang terbesar pemberian dividen Koperasi Felda – sekitar 50 peratus dengan perwakilan 20 peratus Felda Holdings daripada pelaburan Koperasi Felda.

Aset Felda Holdings bakal disalurkan ke FGVH, menyebabkan Felda Holdings tidak lagi mampu mengekalkan kadar pemberian dividen kepada Koperasi.

Ini akan memaksa Koperasi bergantung kepada aset lain sekali gus bertindak meningkatkan pelaburan.

Tiada kepastian bahawa Koperasi Felda berkebolehan mengekalkan prestasi kewangan sekarang pada era pasca-penyenaraian, sekiranya perwakilan memilih tidak bersama FGVH.

Hakikatnya, jika dibandingkan pegangan 37 peratus yang akan berkembang dengan pemilikan sentimental yang menguncup, pilihan yang ada pada perwakilan tentu sekali sangat jelas

Janganlah tersilap langkah, kerana bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, tersilap keputusan, buruk kesannya.

Fikirkanlah kegemilangan Felda dan masa depan warga dan generasi akan datang.

*******************

Pelbagai isu akan dibangkitkan dalam EGM KPF ini. Setakat ini, pelbagai ‘halangan’ yang diracun oleh ‘musuh dalam selimut’ telah dibuat untuk mengagalkan penyenaraian FGVH. Ini termasuk mesyuarat Lembaga Pengarah KPF pada 28 Oktober 2011 dan mengugurkan keahlian Pengerusi Lembaga FELDA Tan Sri Isa Samad, Pengarah Urusan FELDA Global Ventures (FGV) Dato’ Sabri Ahmad, Mantan Pengerusi Lembaga FELDA Tan Sri Dr Yusof Nor dan Mantan Pengarah Urusan FGV Dato’ Seri Mohd. Bakke Salleh.

Ahli Lembaga Pengarah BOD KPF juga meneruskan penentangan dari pelbagai sudut, sehingga menjadi ‘duri dalam daging’.

Setakat ini, KPF juga telah melantik konsultan untuk memberikan ‘nasihat’ mengenai cadangan penyenaraian FGVH, termasuk kedudukan KPF yang dicadangkan oleh Perdana Menteri sebagai pemegang saham terbesar pasca penyenaraian.

Persoalan sekarang ini yang bermain dalam minda ramai pemerhati ialah siapa yang akan mempengerusikan EGM KPF pada Rabu 22 Feb ini.

Ini kerana setelah penguguran Isa dan tiga orang lain dalam mesyuarat BOD KPF pada 28 Oktober itu, beliau secara automatiknya tidak menjadi Pengerusi KPF. Walaupun pengguguran itu bertentangan dengan prosedur dan setelah berlangsung tribunal khas oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan keputusan telah membatalkan pengguguran tersebut, namun perlantikan Tan Sri Isa sebagai Pengerusi KPF masih belum jelas.

Walaupun semua syarat dan prosedur telah dipenuhi dan SKM mahu mengembalikan kedudukan sediakala (status quo), namun difahamkan setakat Jumaat 17 Feb pihak KPF masih lagi memberikan alasan “Mahukan peguam KPF meneliti semua dokumen mengenai perlantikan ini”. Ini jelas bertentangan dengan keputusan Perdana Menteri melalui Setiusaha Sulit Kanan PM kepada Lembaga FELDA dalam surat bertarikh 25 Ogos 2011. Untuk rekod, Perdana Menteri telah melantik Isa kejawatan Pengerusi Lembaga FELDA dan Pengerusi FGV.

Ingin dinyatakan disini bahawa piagam KPF telah mensyaratkan bahawa perlantikan Pengerusi, Setiusaha dan Bendahari KPF diputuskan oleh Lembaga FELDA dan bukan Perwakilan.

Sekiranya 1,200 Perwakilan yang terdiri dari 900 peneroka FELDA (mewakili 112,635 peneroka FELDA) dan 300 kakitangan Lembaga FELDA dan KPF (mewakili 5,000 warga kerja FELDA) membuat keputusan diluar perencanaan Perdana Menteri, maka ianya mungkin akan dilihat sebagai tidak ‘menuriti arus’. Maka kemungkinan besar keputusan akhir mengenai penyenaraian FGVH akan berubah dan tidak lagi memihak kepada peneroka FELDA melalui KPF.

Amat malang sekiranya keputusan EGM KPF merupakan jalan yang sebenarnya secara tersembunyi memihak kepada segelintir mereka yang berkepentingan peribadi dan mengorbankan kepentingan strategik majoriti warga peneroka FELDA.

Published in: on February 19, 2012 at 22:01  Comments (1)